You are on page 1of 10

Pengenalan

Budaya boleh dibahagi kepada dua, iaitu budaya material dan budaya bukan
material. Budaya material terdiri daripada objek fizikal atau artifak di mana kita boleh
melihat, mendengar mahupun memegang. Peralatan atau kelengkapan hidup seperti
rumah, kereta, perahu, senjata dan sebagainya merupakan contoh budaya material.

Budaya bukan material pula ialah unsur yang tidak wujud secara fizikal (no
physical existence) di mana kita tidak boleh memegang, merasakan, melihat, dan
mendengar sebagai objek yang sedia ada. Contohnya, adat, kepercayaan, bahasa,
dan nilai merupakan budaya bukan material.

BUDAYA MATERIAL

Sebagaimana yang kita sedia maklum, salah satu budaya material dalam
masyarakat Melayu yang telah saya pilih ialah permainan tradisional di Malaysia.
Permainan tradisional merupakan aktiviti hiburan yang dilakukan oleh kaum Melayu
pada masa dulu. Terdapat banyak permainan tradisional yang diwarisi, tetapi
generasi muda kini tidak lagi tertarik dengan permainan yang begitu mudah untuk
mendapat kegembiraan.

Bagi permainan tradisional, saya akan menjelaskan permainan sepak raga.


Permainan sepak raga telah sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Pada masa itu
permainan ini dimainkan oleh golongan bangsawan.Rakyat Biasa juga menggemari
permainan ini. Pada masa sekarang sepak raga lebih dikenali dengan nama sepak
takraw. Ia bukan hanya dimainkan oleh orang Melayu sahaja tetapi bangsa-bangsa
lain, malah telah dikenali di seluruh.

Bola sepak raga diperbuat daripada bilah-bilah rotan yang dianyam bulat
seperti raga sebesar isi buah kelapa dua atau tiga lapis. Permainan ini dimulakan
dengan salah seorang pemain melambung bola kepada rakannya dengan tangan.
Rakannya itu akan menimang bola itu dengan kakinya sekali atau beberapa kali,
sebelum menendangnya ke arah pemain lain. Pemain-pemain yang membentuk
lingkungan atau bulatan itu mestilah bergilir-giliran menimang bola itu dan
mengawalnya supaya tidak jatuh ke bumi. Jika bola itu jatuh, permainan dalam
pusingan tersebut ditamatkan.

Selain itu, Batu Seremban juga merupakan permainan tradisional yang


terkenal kini. Ia dikenali sebagai permainan Selambut atau Serembat. Sering
dimainkan di waktu lapang. Kononnya, permainan ini dimainkan oleh kanak-kanak

30
perempuan sama ada secara individu atau berpasangan. Ianya dimainkan secara
berkumpulan seramai dua hingga empat orang atau lebih.

Biasanya batu seremban menggunakan guli kaca, biji getah, ketul batu yang
kecil atau ketulan-ketulan objek lai berbentuk bulat. Bilangan yang biasa digunakan
sebanyak lima biji. Objek-objek ini dikenali sebagai buah. Dalam bermain Batu
Seremban ini terdapat beberapa peringkat atau cara sambutan buah yang berlainan.
Bermula dengan peringkat pertama yang mudah dengan menggunakan sebiji buah
yang dinamakan sebagai buah satu hinggalah kepada peringkat lebih tinggi atau
peringkat yang teratas dinamakan buah tujuh.

Sebelum saya tutup bicara bagi permainan tradisional bagi contoh budaya
material, tidak akan saya lupakan permainan yang paling terkenal di Malaysia iaitu
congkak. Congkak adalah sejenis permainan tradisional Melayu yang menggunakan
papan kayu berlubang atau lubang di atas tanah dan buahnya daripada biji saga, biji
salak, biji getah, biji guli dan lain-lain.

Permainan congkak melibatkan pengiraan. Mereka yang cekap mencongak


mempunyai kelebihan mengumpul mata dan seterusnya memenangi permainan. Dua
orang pemain diperlukan dan berkedudukan mengadap satu sama lain. Untuk
memulakan permainan, biji getah atau guli akan diisikan dalam setiap kampung
dengan sama banyak dan rumah dibiarkan kosong.

Dalam permainan ini, pemain akan memulakannya dengan serentak. Mereka


akan mengambil buah congkak dan dimasukkan secara satu persatu buah congkak
ke dalam setiap 'kampung' menuju ke rumah masing-masing menurut arah pusingan
jam, sehingga salah seorang berhenti di lubang yang kosong dan dianggap mati.
'Rumah' kepunyaan sendiri terletak di lubang hujung sebelah kiri pemain. Pemain
yang seorang lagi akan terus berjalan sehingga dia berhenti di lubang yang kosong.
Dan selepas itu setiap pemain akan bergilir berjalan sehingga buahnya mati. Setiap
pemain akan meneruskan permainan sehingga kehabisan buah congkak, dan
pemain akan mengisi lubang dengan buah yang terdapat dalam lubang ibu. Pemain
yang tidak cukup buah akan ditutup lubangnya, dan pemain yang menang dalam
giliran sebelumnya akan memulakan permainan. Ini akan diulang sehingga salah
seorang pemain tidak cukup buah bagi mengisi satu lubang sekalipun dan dianggap
kalah, atau apabila kedua-dua pemain sudah bosan.

Sekiranya pemain telah membuat satu pusingan, iaitu melepasi lubang ibu
dan kembali ke lubang sebelah pemain, ia boleh mengambil buah di sebelah lubang
bertentangan sekiranya ia mati di sebelah sendiri. Ini dikenali sebagai "tembak". Di

31
akhir permainan ini, buah congkak dikira dari rumah masing-masing. Pemenang
adalah yang memiliki buah congkak terbanyak. Sekiranya jumlah buah congkak
sama banyak, maka pemain dengan jumlah kampung terbakar terbanyak dikira
kalah.

Walaupun permainan congkak kelihatan sama dengan permainan lain yang


berasaskan lubang dan buah seperti Manchala dan Sungka, terdapat beberapa
perbezaan dari segi peraturan. Perbezaan utama ialah semasa permulaan
permainan di mana permainan congkak bermula serentak antara kedua-dua pemain.
Pengagihan buah dalam permainan congkak juga bergerak mengikut arah jam
berbanding dengan permainan lain yang bergerak secara melawan arah jam.

Sebagai kesinambungan dan kelangsungan idea budaya material yang


seterusnya, saya akan menjelaskan senjata tradisional Melayu. Orang-orang Melayu
merupakan mereka yang handal bermain senjata. Terdapat pelbagai senjata yang
digunakan dalam pekerjaan seharian, dan juga yang khusus untuk mempertahankan
diri. Bagaimanapun, senjata-senjata ini semakin pupus dan dilupai dari ingatan
walaupun dari mereka yang berbangsa Melayu. Disenaraikan di bawah sebahagian
kecil senjata yang masih diketahui agar ia berkekalan dalam pengetahuan kita
semua.

Sebagai lontaran idea yang pertama, saya telah memilih keris bagi senjata
pertama. Keris merupakan senjata pendek yang digunakan oleh orang Melayu sejak
zaman keagungan pemerintahan Kesultanan Melayu, lebih daripada 800 tahun yang
lampau terutamanya oleh pendekar, pahlawan serta kalangan pembesar istana.
Pada masa itu, keris digunakan untuk mempertahankan diri dan juga untuk melawan
musuh dalam peperangan. Senjata ini memang unik di dunia Melayu dan boleh
didapati di kawasan berpenduduk Melayu seperti Indonesia, Malaysia, Singapura,
Thailand Selatan, Filipina Selatan (Mindanao) dan Brunei.

Nama yang digunakan untuk keris berbeza mengikut daerah misalnya


sundang di Mindanao, kedutan di Bali dan kareh di Sumatera. Perkataan keris
dikatakan berasal dari bahasa Jawa Kuno iaitu malang kerik yang bermaksud
bercekak pinggang. Ini merujuk kepada figura orang bercekak pinggang pada hulu
keris pada peringkat awal.

Keris digunakan untuk mempertahankan diri (misalnya sewaktu bersilat) dan


sebagai alat kebesaran diraja. Senjata ini juga merupakan lambang kedaulatan
orang Melayu. Keris yang paling masyhur ialah keris Taming Sari yang merupakan
senjata Hang Tuah, seorang pahlawan Melayu yang terkenal.

32
Keris juga merupakan sejenis alat kebesaran bagi Raja-raja, lambang
kekuasaan serta kedaulatan diraja.Beberapa jenis keris telah menjadi senjata diraja
iaitu Keris Pendek,Keris Panjang Emas dan Keris Tamingsari.Keris mempunya dua
belah mata,melebar di pangkal serta tirus dan tajam di hujungnya.Selain itu, terdapat
juga mata keris yang lurus dan berlok-lok dengan keindahan pamor serta hulu dan
sarung yang menarik. Keris juga merupakan lambang kedaulatan orang Melayu.

Keris berasal dari kerajaan Srivijaya Kepulauan Jawa dan gambaran keris
terdapat di Candi Borobudur. Keris purba telah digunakan antara abad ke-9 dan
abad ke-14. Senjata ini terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu mata, hulu dan sarung.
Keris sering dikaitkan dengan kuasa mistik oleh orang Melayu pada zaman dahulu.
Antara lain, terdapat kepercayaan bahawa keris mempunyai semangatnya yang
tersendiri.

Kini, sesebilah keris akan dianggap lebih bernilai apabila keris tersebut
diperbuat daripada bahan-bahan yang berharga seperti emas, tembaga dan perak
serta dihiasi dengan intan dan permata. Jika keris itu disandarkan dengan fakta
sejarah serta mempunyai ciri-ciri istimewa, nilai keris tersebut akan menjangkau
dengan lebih tinggi. Orang Melayu memang terkenal dengan kepakaran mereka
dalam menghasilkan barangan yang mempunyai mutu seni yang tinggi seperti keris.

Keris menurut amalan Melayu tradisional perlu dijaga dengan cara


diperasapkan pada masa-masa tertentu, malam Jumaat misalnya. Ada juga amalan
mengasamlimaukan keris sebagai cara untuk menjaga logam keris dan juga untuk
menambah bisanya.

Selain daripada keris, saya ingin menjelask an senjata lading. Lading


merupakan senjata Melayu dari kategori parang. Parang Lading merupakan jenis
parang yang lebar dan melengkung pada bahagian tengahnya. Matanya tajam di
sebelah melengkung keluar dan digunakan sebagai alatan pertanian dan juga
sebagai senjata.

Sebenarnya, parang lading sinonim sebagai senjata di negeri Kedah. Ia juga


adalah senjata rasmi aliran Silat Cekak yang berasal dari Kedah. Lading dibuat
mengikut ukuran anggota pemakai. Senjata ini adalah unik di antara kelas senjata
berbilah seperti parang dan pedang kerana ciri-ciri fizikal dan cara pemakaiannya
yang amat berbeza.

Dari segi bentuk senjata ini, mata tajamnya hanya terdapat sekitar 2 atau 3
inci di hujungnya (20%) manakala bahagian lain bilahnnya (80%) adalah tumpul dan

33
digunakan untuk menangkis senjata lawan. Lading digunakan sebagai senjata jarak
dekat, tidak seperti parang yang boleh digunakan pada jarak sederhana. Ini adalah
kerana ia dihunus terbalik dengan bilahnya dipegang supaya ia selari dengan lengan
dan mata tajamnya terletak di tepi siku.

Jika dilihat secara menyeluruh, senjata ini membolehkan pakar pertempuran


jarak dekat seperti seorang pesilat menyembunyikan senjatanya dari pandangan
lawan sebelum masuk ke jarak bertempur yang sesuai baginya dan menidakkan
kelebihan capaian parang atau pedang yang memerlukan ruang yang besar untuk
berfungsi dengan berkesan. Oleh kerana ciri-ciri unik ini, ia digunakan secara
menghiris dan hentakan (hulunya yang digenggam boleh digunakan untuk
menumbuk) bukan menikam. Sasaran utama adalah rusuk, perut dan tangan lawan.
Maklumat lanjut di laman sesawang Seni Silat Cekak Malaysia.

BUDAYA BUKAN MATERIAL

Sebagai contoh bagi budaya bukan material, pertama sekali saya akan
menjelaskan budaya pantang larang dari segi kelahiran. Terdapat banyak pantang
larang yang terkandung dalam masyarakat Melayu. Pantang larang ini adalah
merupakan satu “disiplin lisan” yang terkandung dan diamalkan oleh sebahagian
besar masyarakat Melayu.

Pantang larang yang terkandung adalah meliputi dari segi social dan
ekonomi. Umumnya segala perlakuan dan tindak-tanduk diliputi oleh undang-undang
adat. Tujuan diadakan undang-undang adat ini adalah untuk kesejahteraan
masyarakat.

Terdapat pelbagai jenis pantang larang yang terkandung misalnya pantang


larang semasa hendak turun rumah atau sebagainya, atau juga pantang larang yang
berkaitan dengan adat ketika di majlis.

Pendekatan pantang larang ini adalah suatu tradisi pendidikan secara


langsung atau secara tidak langsung untuk kesejahteraan masyarakat umumnnya.

Orang Melayu pada zaman lampau masih kuat mengamalkan pantang larang
dalam kehidupan seharian. Begitu juga dalam hal kelahiran, meraka
memperkenalkan beberapa pantang larang tertentu untuk diamalkan.

Mereka menganggap bahawa pantang larang ini sebagai satu adat istiadat
penuh erti dan wajib dilakukan. Bagaimanapun memandangkan kini ramai kaum

34
wanita sudah mendapata taraf pendidikan yang tinggi, maka amalan ini semakin
berkurangan dan setengahnya tinggal menjadi sejarah sahaja.

Dalam Pantang Larang Wanita Hamil, wanita dilarang makan sotong. Hal ini
kerana dikatakan dengan memakan sotong, hantu boleh mencekik atau mencerut
bayi dalam kandungan kerana sotong mempunyai banyak tangan (janggut). Oleh itu,
wanita hamil dilarang memakannya kerana dikhuatiri akan menghadapi masalah
ketika bersalin. Anak mungkin terberut tali pusatnya.

Biasanya hampir keseluruhan wanita lama mematuhi pantang larang ini


kerana tidak mahu berlakunya sesuatu yang tidak diingini. Apabila sesuatu kejadian
yang ganjil berlaku misalnya anak cacat atau tercerut apabila keluar dari Rahim
sudah tentu mereka mengaitkan dengan kegagalan mematuhi pantang larang
tersebut.

Wanita hamil juga dilarang mencaci atau bercerita mengenai seseorang yang
cacat kepada orang lain, atau tidak digalakkan melihat orang cacat. Jika tidak, anak
yang bakal dilahirakan juga akan cacat anggotanya.

Ramai orang tua percaya nasib malang yang menimpa ibu mengandungi dan
anak yang bakal dilahirkan itu disebabkan kuasa ghaib atau kuasa Tuhan masing-
masing yang memberi pembalasan setimpal dengan orang yang berdosa.

Banyak perkara yang harus dan wajib dipatuhi oleh bakal-bakal ibu ini demi
menghindarkan kemurkaan kuasa ghaib (hantu syaitan) dan dewa-dewi serta Tuhan
mereka. Sebab itu kaum Melayu menyimpan duri atau benda-benda tajam di luar
atau di dalam bilik supaya hantu syaitan tidak berani menghampiri ibu dan anak yang
baru dilahirkan sehingga hampir tempoh pantangnya.

Selain itu, wanita yang bakal menjadi ibu tidak dibenarkan memaku,
memahat, mengail atau menyembelih ayam atau binatang ternakan lain. Jika tidak,
anak yang bakal dilahirkannya mungkin berbibir terbelah atau mendapat kecacatan
lain pada anggotanya. Pada sesetengah keluarga, hanya kaum wanita saja dilarang
membuat kerja-kerja tadi. Sesetangah keluarga lain pula melarang seluruh ahli
keluarganya, terutama suami wanita berkenaan daripada melakukan kerja-kerja itu.
Pantang larang ini dipatuhi sepangjang 40 minggu si isteri mengandung.

Di samping itu, wanita mengandung dilarang bergaduh denga ibu mentua


kerana akan menghadapi kesulitan melahirkan anak. Tetapi maksud sebenar
bergaduh dengan mentua merupakan amalan yang tidak baik dan menjejaskan
keharmonian sesebuah rumah tangga.

35
Bagi Pantang Larang Selepas Bersalin, apabila seseorang ibu itu bersalin, uri
yang keluar bersama-sama bayi pun ada pantang larangnya sewaktu hendak
menanamnya. Sehubungan dengan itu, uri tidak boleh ditanam pada waktu hari
tengah rembang (jam 12 tengah hari), nanti anak itu akan keras hati atau degil. Anak
juga akan gelap atau susah belajar ataupun menjadi bodoh jika melindung baying.

Jika menanam uri, adalah dilarang untuk menanam terlalu dalam kerana
dipercayai anak lambat bercakap. Uri itu hendaklah ditanam di pintu jalan atau di tepi
jalan supaya anak cepat dipinang orang. Sewaktu menanam, uri hendaklah dibasuh
bersih, dicampur dengan cili, garam, belacan, asam, buku dan pensel supaya
apabila dewasa anak rajin ke dapur da menjadi murid yang pintar. Sewaktu balik
selepas menanam uri, adalah dilarang menoleh ke belakang, nanti mata anak akan
menjadi juling.

Bagi Hari Pantang 44 Hari pula, seseorang ibu akan dijaga selama 44 hari
selepas bersalin. Masa ini juga dikenali sebagai masa pantang iaitu ibu akan
dikenakan beberapa pantang larang.

Pada masa ini, kesihatan ibu dijaga dengan begitu rapi. Jika dikaji dalam hal
makanan, ia boleh dibahagikan kepada lima kategori:

1. Tidak boleh memakan makanan yang boleh menyebabkan gatal dan


merebak luka seperti udang, sotong, ayam dan lain-lain lagi.
2. Makanan yang sejuk seperti sayur-sayuran, buah-buahan, the dan
sebagainya lagi.
3. Makanan-makanan yang tajam seperti nanas, air tebu dan lain-lain makanan
asam.
4. Makanan-makanan yang berangin seperti nangka, pulut, petai, ubi kayu dan
sebagainya.
5. Makanan yang beracun atau dikatakan membahayakan tempat peranakan
seperti pisang, jenis-jenis ikan yang dikatakan berbisa, roti yang dicampur
dengan ibu roti dan sebagainya.

Dalam hal ini, makanan amat perlu dijaga jika tidak akan menjejaskan
kesihatan ibu terutama yang menyusukan anak. Oleh itu, anak akan turut terlibat
seperti akan mendapat penyakit angina umpamanya kembung perut.

Selain itu, sesetengah makanan juga boleh menyebabkan kebas, pening,


sakit urat, sesak nafas, sakit sendi, kejang-kejang otot, kancing gigi dan turun darah.

36
Bagi makanan yang berminyak pula, ia boleh menyebabkan “batu merian”
berada dalam keadaan tidak betul. Ini kerana selepas bersalin, keadaan tempat
peranakan masih lagi kembang dan jika makanan tidak dijaga, “batu merian” akan
turun dan menjadikan ibu itu berada dalam keadaan tidak selesa.

Sebagai kesinambungan dan kelangsungan idea yang seterusnya, saya


memilih seni gerak sebagai contoh budaya bukan material seterusnya. Seni geral
adalah sebahagian daripada seni persembahan yang merangkumi aspek alunan
gerak (seni tari), gerak laku (seni silat) dan diiringi pula dengan aluann bunyi-
bunyian atau alunan muzik. Dalam bab ini tumpuan akan diberikan terhadap seni
gerak tari yang di dalamnya merangkumi juga aspek gerak laku yang ada kalanya
muncul sebagai seni tari silat atau gerak silat.

Seni gerak tari adalah seni gerak kerana seni itu merupakan ekspresi jiwa
yang disampaikan dengan gerakan penuh irama. Malah keindahan tarian saling
berkait dan membawa nilai tingkat budaya masyarakat yang menghasilkannya.

Seni tari mempunyai peranan tersendiri dalam kehidupan masyarakat. Seni


ini terus hidup dan berkembang sesuai dengan selera manusia pengamalnya. Seni
tari ialah cerminan jiwa yang saling berkomunikasi dengan nilai dan fungsi
kehidupan itu sendiri. Gerak badan ketika menari bukan sekadar fizikal tetapi
mencerminkan gerak hati, keinginan untuk menyampaikan hasrat jiwa sesuatu
masyarakat. Manusia pada peringkat awal mengenali kehidupan dengan
mempelajari, melihat dan meniru tabii alam. Diperhatikan kenapa daun berderaian
jatuh ketika musim gugur atau angin meniup pepohon dan laut bergelombang pada
musim tengkujuh. Burung berterbangan di udara, kijang dan napoh berlompatan d
rimba. Inilah gerak naluri pertama manusia. Manusia meniru dan menjelmakannya
dalam seni tari.

Dalam budaya Melayu, unsur tersebut tidak dapat dikesampingkan. Dapat


diandaikan perkataan “tari” yang dipakai pada hari ini berasal daripada bunyi ala
muzik “tar” atau tambur yang kerap mengiringi seni gerak Melayu.

Sebagai contoh, tarian Kuda Kepang. Tarian ini meniru aksi kuda. Kuda
kepang dibawa masuk oleh masyarakat Jawa ke Johor pada awal abad ke-20.
Sejarah perkembangan awal tarian ini memang sudah diketahui umum. Tarian ini
bermula di tanah Jawa pada zaman kebangkitan Islam di bawah pimpinan Wali
Songo pada abad ke-15, dan dikenali sebagai “jaran” (kuda) “kepang” (anyaman)

37
yang menghidupkan gerak kuda. Kuda kepang juga dikenali sebagai kuda lumping
kerana diperbuat daripada belulang.

Selain itu, Tarinai (tari + inai) di Kedah-Perlis dikenali juga sebagai tarian inai
di negeri Selangor, Perak, Pahang dan Kelantan. Tarian ini pada mulanya muncul di
istana Kelantan, dan ditarikan oleh dayang dan puteri-puteri istana berkenaan.
Persembahan tarian ini juga dikaitkan dengan upacara adat dan ritual.

Tarinai Perlis juga wujud dalam dua kategori, iaitu sebagai seni gerak tari dan
juga seni gerak silat. Dalam tarian tersebut terdapat gerak mengulai dengan
kegagahan atau gerak pencak sebagai pecah tari. Antara gerak tariannya
termasuklah tarian “cik lan”, “laying emas”, “gelek burung” dan “cinta sayang”.
Sebaliknya gerak silat berhias pula terdapat sulam lembut atau silat bunga seperti
dalam silat “laying emas” dan “lang merah”. Persembahan gerak tari dan silat ini
berkembang di istana Perlis sejak pemerintahan Syed Saffi Jamalullail (1897-1904)
(Siti Zainon 1989).

Tarinai bukan sahaja mempamerkan gerak tari tetapi juga dikukuhkan


dengan jalan cerita tari. Seorang tokoh silat tarian, Ismail Hassan (Allahyarham),
pada tahun 1983 telah menjelaskan asal tarinai dengan menyebutkan cerita
Selindun Bulan Kedah Tua dan Hikayat Terung Pipit. Contohnya, tari “Cik Sulung”
memang memetik cerita rakyat Perlis tentang asal usul pemerintahan negeri Perlis
yang kononnya bermula dari cerita tersebut.

Tarinai tidak akan sempurna tanpa iringan muzik. Set muzik gendang tarinai
terdiri daripada gong, gendang ibu, gendang anak dan serunai. Asalnya muzik ini
dikenali sebagai “gendang keling”- iaitu berasal dan bergaya seperti muzik arahan
Keling dari Kalingga- yang kini disebut sebagai “gendang peribumi”. Daripada segi
adat-istiadat, tarinai dapat menambahkan keindahan suasana majlis. Tetapi
keindahan sebenarnya bukan sahaja terletak ketika tarian itu dipersembahkan tetapi
pada ekspresi pemahaman yang timbul antara penari, pemuzik dengan penonton.

Di samping itu, tarian Joget Gamelan merupakan budaya tradisional bukan


material seterusnya. Di Malaysia, terdapat dua bentuk tradisi persembahan
gamelan. Pertamanya, di Pahang dan keduanya, di Terenggany. Persembahan ini
berkembang lewat Riau-Lingga pada awal abad ke-18. Selain itu, terdapat satu lagi
gamelan Jawa, iaitu yang berkembang di Johor dan Selangor yang baharu muncul
setelah Perang Dunia Kedua. Sekiranya gamelan Pahang dan Terengganu hidup di
lingkungan istana, gamelan Johor pula tumbuh di kalangan pendatang orang Jawa

38
ke daerah tersebut. Ini bererti joget gamelan di Pahang dan Terengganu bercirikan
budaya tradisi agung.

Walaupun seni gamelan lebih awal dikenali di Tanah Jawa, dan kemudiannya
berkembang ke Palembang-Jambi dan kepulauan Borneo, tetapi gamelan
Terengganu telah membentuk gaya khas Melayu terutamanya pada gubahan
nyanyian dan tariannya yang bercirikan pwesembahan istana. Perkembangan seni
gerak tari ini seiring dengan kemasukan set muzik gamelan itu sendiri.

Joget gamelan Terengganu bermula dengan minat Sultan Zainal Abidin III
ketika melangsungkan perkahwinan baginda dengan Tengku Long, puteri Sultan
Ahmad Pahang. Ketika itu Pahang telah pun mempunyai simpanan alat muzik
berkenaan. Oleh kerana jodoh baginda tidak panjang dengan Tengku Long, baginda
kemudiannya meminjamkan set gamelan terus dari Riau-Lingga. Kebetulannya
baginda telah berkahwin dengan Tengku Puteri, anak Tengku

39

You might also like