You are on page 1of 8

FOLIO SEJARAH

TAHUN 6
Tajuk:
Permainan lasak dan
tradisional

Daripada:
Wan Nurelisya Suraya Hanani
6 Gigih
WAU

Permainan wau, juga dikenali dengan nama layang-layang, wau


merupakan satu aktiviti menerbangkan layang-layang tersebut di udara.
Perkataan “wau” dikatakan berasal daripada perkataan kerajaan Melayu
Pattani (Thai) memandangkan negeri seperti Kelantan, Terengganu,
Perlis dan Kedah menggunakan perkataan tersebut.
Perkataan layang-layang pula digunakan di kebanyakan negeri seperti di
pantai barat dan selatan Semenanjung Malaysia, Selangor, Melaka dan
Johor. Ini dapat dibuktikan menerusi catatan Tun Seri Lanang yang
menyatakan bahawa Raja Ahmad bermain layang-layang bersama
pemuda-pemuda serta kerabat DiRaja. Selain itu kemunculan nama wau
juga dikaitkan dengan bunyi yang terhasil daripada busur yang diikat
pada wau. Apabila dinaikkan ke udara, daun ibus yang dipasang pada
busur tersebut akan menghasilkan bunyi "wau" secara berirama.
Permainan wau diadakan sebagai hiburan untuk pelbagai peringkat
umur. Permainan wau juga diadakan untuk pertandingan. Pertandingan
yang melihat bentuk kecantikannya diukur dari segi keindahannya
kepada bentuk, corak ciptaan, warna, keaslian ciptaan dan ukurannya.
TARIK UPIH

Tarik upih merupakan satu permainan kanak-kanak yang dimainkan oleh


kanak-kanak di beberapa negara. Upih pinang adalah pelepah daun
pokok Pinang. Lazimnya apabila pelepah ini tua, ia akan luruh atau jatuh
ke tanah. Ketika pelepah ini jatuh ia masih berguna. Daun pinang dari
pelepah itu akan dibuang dan dijadikan hulu atau tempat untuk menarik
upih tersebut. Selain pelapah pinang, pelepah kelapa juga digunakan.
Permainan ini dimain secara berkumpulan.Upih ini mesti dimain dengan
dua orang atau lebih. Seorang mesti menjadi tukang tarik dan seorang
lagi duduk di atas upih.Upih boleh dinaik oleh seorang, dua orang, tiga
orang atau berapa saja asalkan muat dan bergantung kepada saiz upih
itu. Biasanya yang lebih tua atau besar akan menjadi penarik,
sementara yang kecil menjadi penunggangnya. Setiap ahli diwajibkan
menarik setiap ahli kumpulan dimana peserta pertama akan menarik
peserta kedua dari titik permulaan sehingga ke garisan penamat dan
mereka akan bertukar peranan.Maka ahli kumpulan yang lain akan
meneruskan permainan sehingga semua ahli telah melakukan aktiviti.
MANDI SUNGAI

Banyak perkara yang menyeronokkan apabila berada di dalam air


sungai. Lebih menyeronokkan jika tahu cara untuk berenang. Sentiasa
gunakan pelampung jika tidak mahir atau tidak pandai
berenang.Berenanglah berdekatan dengan orang dewasa untuk
membantu sekiranya berlaku sebarang kecemasan.Berenang secara
berkumpulan. Sekiranya berlaku kecemasan, kawan atau teman boleh
memberi bantuan dan mendapatkan pertolongan.Ketahui kemampuan
diri sendiri. Jangan berenang terlalu lama kerana boleh menyebabkan
keletihan atau mengalami kekejangan otot. Sekiranya tidak mahir
berenang, berenanglah di kawasan yang dasarnya masih boleh disentuh
dengan kaki. Pelajari kemahiran pertolongan cemas.Pihak swasta atau
bukan kerajaan ada menganjurkan bengkel pertolongan cemas.
Kemahiran yang dipelajari mungkin dapat menyelamatkan
nyawa.Kecederaan boleh berlaku pada leher semasa menyelam jika
tidak cekap mengagak kedalaman. Keadaan ini boleh menyebabkan
penyelam lumpuh atau boleh menyebabkan kematian.Perhatikan
keadaan cahaya matahari. Sinar matahari yang terpantul dari air boleh
menyebabkan kulit terbakar. Gunakan losyen pelindung matahari, kaca
mata hitam dan pakaian pelindung sebelum memasuki air. Kerap minum
air. Walaupun berada di dalam air, dehidrasi mudah berlaku apabila
berada bawah panas terik matahari.Elakkan mengunyah, makan atau
minum sambil berenang. Ia boleh menyebabkan seseorang itu tercekik.
Jaga kebersihan di tempat anda berenang. Kenalpasti bahaya di dalam
air.

ENGRANG
Salah satu game tradisional yang mulai ditinggalkan adalah
engrang, engrang banyak dimainkan oleh anak-anak Jakarta,
tapi di daerah lain juga ada ditemukan permainan ini namum
bebeda nama sebutannya, misalnya di Aceh, permainan ini
disebut dengan nama "geunteut".

Engrang atau jangkungan dimainkan dengan tongkat galah


kayu atau bambu yang diberikan tangga tempat berdiri,
ukurannya berbeda-beda, tergantung orang yang memainkan,
biasanya dibuat dengan ketinggian di bawah satu meter untuk
anak-anak, untuk kategori orang dewasa, biasanya dibuat
sangat tinggi.

CONGKAK
Congkak ialah sejenis permainan tradisional Melayu yang sering
dimainkan sebagai aktiviti dalaman atau sebagai pertandingan.
Selalunya, ia menggunakan papan kayu berlubang atau lubang di atas
tanah dan kebiasaannya buah congkak menggunakan biji getah atau
guli.
Dari Timur Tengah, permainan ini tersebar ke Afrika. Congkak tersebar
ke Asia melalui pedagang-pedagang Arab.
Di Asia Tenggara, congkak mungkin berkembang dari Melaka
memandangkan negeri ini merupakan pusat perdagangan pada waktu
dahulu.Nama "congkak" dipercayai berasal dari perkataan “congak”
yang bermaksud pengiraan mental. Selain orang Melayu, keturunan
peranakan India dan Baba Melaka turut meminati permainan
Congkak.Permainan congkak melibatkan pengiraan. Mereka yang cekap
mencongak mempunyai kelebihan mengumpul mata dan seterusnya
memenangi permainan.
Dalam permainan congkak, terdapat dua bahan iaitu papan congkak dan
buah congkak. Papan congkak berbentuk sampan dan boleh diperbuat
daripada pelbagai jenis kayu dan terdapat lima atau tujuh lubang sebaris
yang dikenali sebagai 'kampung' dan di kedua-dua hujungnya terdapat
lubang ibu yang dikenali sebagai 'rumah'.

Terompah Gergasi
Permainan Terompah Gergasi atau juga dikenali sebagai
Kaki Lipan merupakan satu permainan kanak-kanak
tradisi.
Permainan ini dimainkan secara berkumpulan, dan
bilangan ahli kumpulan biasanya menyamai dengan
jumlah selipar. Ahli kumpulan akan bertanding dengan
kumpulan yang lain. Pemain di hadapan akan memberi
isyarat kepada pemain lain supaya bergerak secara
serentak bagi mengelakkan daripada terjatuh. Selain itu,
ahli kumpulan juga saling memegang pinggang pemain
di hadapan agar lebih stabil. Hanya pasukan pertama
yang sampai dahulu ke garisan penamat akan dikira
pemenang.
SEKIAN,
TERIMA KASIH..

Disediakan oleh:

Wan Nurelisya Suraya Hanani

6 Gigih

You might also like