You are on page 1of 123

PSV 3108

ALAT PERTAHANAN DIRI


DAN
ALAT PERHIASAN DIRI

ALAT PERTAHANAN
DIRI

PENGENALAN
Orang-orang Melayu telah membuat
dan menggunakan senjata semenjak
sekurang-kurangnya lima ratus tahun
dahulu dan mereka juga telah
mencipta beberapa jenis alat-alat
senjata lain seperti parang, pisau,
badik, karambit, lembing dan
sebagainya.

Sehingga awal abad kedua puluh,


kebanyakkan senjata Melayu telah
ditempah untuk kegunaan
pertarungan ataupun untuk
pertahanan diri mahupun serangan.

ALAT PERTAHANAN DIRI ialah senjata


yang digunakan untuk
mempertahankan diri sendiri
daripada serangan musuh, binatang
liar dan sebagainya.
Alat ini juga adakalanya menjadi
bahan dalam majlis-majlis yang
melibatkan semangat halus serta
menjadi lambang keberanian
pahlawan melayu.

Keris
sabit

Tumbuk
lada

Tekpi

Bedik

Sundang

Kerambit
ALAT
PERTAHANAN DIRI

Rencong

Lembing

Pedang

Cokmar
Parang
Illang

Kapak
Lading

KERIS

Keris ialah sejenis senjata pendek Austronesia yang


digunakan sejak melebihi 600 tahun dahulu.
Nama yang digunakan untuk keris berbeza
mengikut daerah misalnya sundang di Mindanao,
kedutan di Bali dan kareh di Sumatera.

Perkataan keris dikatakan berasal dari bahasa Jawa


Kuno iaitu malang kerik yang bermaksud bercekak
pinggang. Ini merujuk kepada figura orang bercekak
pinggang pada hulu keris pada peringkat awal.

Keris berasal dari Kerajaan Majapahit yang


berkuasa pada kurun ke 13.

Setelah Kerajaan Majapahit jatuh, sebahagian dari


pandai besi-pandai besinya berhijrah ke bahagian
lain di Tanah Jawa, Kepulauan Sumatra, Kepulauan
Sulawesi dan akhirnya ke Tanah Melayu.

Keris berkembang sebagai senjata di Tanah Melayu


sehinggalah apabila Tanah Melayu dijajah oleh
British.

BAHAGIAN-

BAHAGIAN KERIS

ukiran
patra

Selut

pocok

wrangka

Wilah
lok 3

mendak

pamor
lok 2

lok 1
janggut
Belalai gajah
Lambi gajah
dagu
pecetan

Janur
sogokan

gandar
pendok

grening

aring
ganja
peksi

buntut

JENIS-JENIS KERIS
Keris Semenanjung boleh dikatakan keris yang
menjadi asas kepada segala bentuk keris yang
berasal daripada Tanah Melayu.
Hulunya menyerupai satu lembaga yang sedang
tunduk dan berpeluk tubuh, dihiasi dengan ukiranukiran mujarad dan adakalanya bermotifkan bunga.
Sarung Keris Semenanjung ini mempunyai sampir
bujur sangkar yang agak besar dan berbentuk segi
empat.
Sementara batangnya pula lebar, tidak begitu tirus
dan mempunyai kasut atau buntut jalur bujur
sangkar. Jika sarung atau sampir keris disalut
perak, maka kasutnya akan berbentuk bulat
tempurung.

Keris Pekaka pula sejenis keris yang memiliki


rupa bentuk hulunya yang menyerupai kepala
burung Pekaka.
hulu keris ini diperbuat daripada kayu dan
tanduk. Tetapi ada kalanya logam perak juga
digunakan,hulu keris ini juga jika sekali imbas
kelihatan seperti salah satu watak dalam cerita
wayang kulit.
Mata keris ini biasanya lebih panjang daripada
keris-keris lain dan bentuknya pula ada yang lurus
dan ada yang berlok.
Selain itu, keris ini juga dikenali sebagai keris
Keris Ta Jong.

Keris Panjang pula keris yang mempunyai


bentuk mata yang panjang dan tirus, ada yang
lurus dan ada juga yang berlok.
Hulu keris ini biasanya diperbuat daripada kayu
atau tanduk dan berbentuk bengkok ,dihiasi
dengan ukiran kembangan bunga pada bahagian
hujungnya.
Hulu keris ini yang berasaskan kepada bentuk
tapak kuda dan kepala burung.

Keris Bali biasanya mempunyai rupa bentuk


yang besar dan panjang.
Hulu keris ini diperbuat daripada kayu atau
gading dan seringkali dihiasi dengan susunan
permata yang berwarna-warni.
Keris ini jarang menggunakan pendongkok dan
hanya dilengkapkan dengan sebentuk cincin
logam tebal yang dihiasi dengan permata.

sarung keris ini diperbuat daripada dua belah


kayu yang dicantumkan

Keris Madura pada lazimnya mempunyai rupa


bentuk hulu yang dihias dengan ukiran
bermotifkan bunga yang diperbuat daripada
gading.
Sarung keris ini juga diperbuat daripada
cantuman kayu dan adakalanya bahagianbahagian sampir serta batangnya diperbuat
daripada gading dan juga logam.
Terdapat juga Keris Madura yang hulu dan
pendongkoknya bertatahkan permata yang
berwarna-warni. Mata keris jenis ini biasanya
berkilat dan mempunyai pamur yang bercorak
warna putih kelabu dan berlatar belakangkan
tanah yang berwarna kehitaman.

Keris Jawa dapat dikenalpasti berdasarkan


rupa bentuk bahagian hulu dan sarungnya,
terutamanya pada bahagian sampirnya.
Hulu keris ini biasanya diperbuat daripada kayu
dan berbentuk bengkok pada hujungnya dan
adakalanya ia menyerupai bentuk Jawa Demam.
Selain itu, hulu keris ini juga dilengkapkan
dengan sebentuk cincin yang diletakkan pada
bahagian bawah pendongkok dan dikenali
sebagai selut.
Pada bahagian sarung keris ini pula, ukuran
batangnya tidak begitu lebar tetapi tirus serta
berbentuk bulat di bahagian pangkalnya.

Keris Bugis pula biasanya dikenalpasti


berpandukan kepada rupa bentuk hulu, sampir
dan buntutnya yang diperbuat daripada kayu
atau gading.
Sampir keris ini mempunyai bentuk yang hampir
serupa dengan sampir Keris Semenanjung tetapi
lebih bulat dan lebih tajam.
Adakalanya hulu keris ini juga diukir dalam
bentuk Jawa Demam, tetapi telah diubahsuai
menjadi lebih ringkas.
Identiti yang paling jelas bagi Keris Bugis ini
ialah keadaan kasut atau buntutnya yang
berbentuk mata kapak.

Keris Sundang mempunyai rupa bentuk hulu, mata


dan sarung yang berukuran lebih besar berbanding
dengan jenis-jenis keris yang lain. Matanya, sama ada
lurus atau berlok adalah lebih panjang, lebih tebal dan
lebar.
keris ini digunakan untuk menetak atau mengibas dan
bukannya untuk menikam.
diperbuat daripada gading atau kayu, berbentuk bulat
dan panjang serta dihiasi dengan susunan simpai
daripada tali atau logam.
mempunyai bentuk Kepala Burung Garuda dan dihias
dengan susunan logam perak.
Keris ini juga dikenali sebagai Keris Sulok.

TUMBUK LADA

Matanya

melengkung bongkok udang, tajam


sebelah dan meruncing di hujung, lebar di
atas.

Diperbuat

daripada besi campuran.

Berukuran

lebih kecil daripada keris lazimnya


dihiasi ukiran yang halus dan disaluti perak.

Tumbuk

Lada digunakan secara menikam,


menghiris dan menjajah dalam pertempuran
jarak dekat.

Hulunya

sering diukir penuh dengan


bentuk tumbuh-tumbuhan.

Ada

ukiran tebuk tembus yang


berbentuk bulat pipih di pangkal
bahagian belakang sarungnya.

Ukiran

yang terdapat pada tumbuk


lada ialah antara yang paling indah
dan halus dalam seni rupa Melayu.

BADIK

Bentuknya

hampir sama dengan


bentuk tumbuk lada.

Matanya

lebih tegak, hulunya


membongkok ke bawah.

Mempunyai

mata yang lurus dan


berkeluk seperti keris dan tebal
dibahagian belakangnya dan
meruncing dihujungnya.

Panjang

matanya diantara 18 - 20sm.


dan lebar 2sm.

Hulu

dan sarungnya diperbuat


daripada kayu, tanduk dan gading
serta dihias dengan motif awan larat.

Selain

digunakan untuk
mempertahankan diri, badik juga
menjadi pisau memotong daging,
bawang dan menyembelih haiwan.

KERAMBIT

Kerambit

atau kurambi juga dikenali


sebagai lawi ayam, kuku ayam atau
rambai ayam.

Senjata

kecil yang berupa seperti


sehelai bulu ayam jantan yang
terdapat pada ekornya.

Berkeadaan

melentik dan tirus


dihujungnya.

Nama

senjata ini juga dipercayai


mengambil nama dari taji atau lawi ayam
kerana bentuk dan cara digunakan juga
hampir serupa.

Kebiasaannya

kelambit berhulukan kayu


atau tanduk, yang terdapat lubang
sebesar jari tangan.

Dibahagian

pangkalnya diikatkan dengan


rotan atau logam, agar mengukuhkan lagi
ikatan hulu tersebut.

Saiz

hulu adalah sepanjang 8sm. dan mata


diantara 6sm. hingga 8sm.

Cara

menggunakannya adalah dengan


memasukkan jari telunjuk ke dalam gelang
yang terdapat pada hulunya, dan bahagian
matanya yang tajam meruncing itu akan
terkeluar dari gengaman di bahagian
kelingking.

Tikaman

dibuat dengan mengaritkan mata


pada objek secara tumbukan yang tepat ke
sasarannya, atau secara rautan.

LEMBING

Batangnya

diperbuat dari kayu lurus


berukuran sedepa, mata lembing
dimasukkan ke dalam batang dan
diperkuat dengan ikatan rotan atau
logam.

Mata

lembing lazimnya dibentuk


seperti pisau.

Lembing

Melayu lebih pendek, ringan


dan tajam dihujungnya.

Terdapat

pelbagai jenis lembing


kebanyakannya bermata tajam
diperbuat dari kayu atau buluh.

Lembing

bermata logam yang pada


asalnya diperbuat daripada tembaga
atau gangsa dan kemudian digantikan
dengan besi atau besi waja, telah
digunakan sejak berkurun dahulu.

Pada

masa sekarang lembing yang


bermata lebar seakan daun sirih
digunakan untuk upacara rasmi sahaja.

Lembing

yang digunakan untuk merejam


musuh adalah dari mata yang lebar serta
tangkai yang panjang dan ringan.

Manakala

lembing digunakan untuk


pertempuran adalah dari jenis yang
berabung pada matanya serta tangkai
yang pendek sedikit serta lebih kukuh .

COKMAR

Merupakan

alat yang dimajukan


dengan penggunaan bahan logam
bagi menggantikan kayu dan lebih
tajam bagi menjadikannya lebih
berbahaya.

Kebiasaannya

cokmar berbentuk
besar dan biasanya bersegi dan tajam
pada satu hujung, sementara kecil di
hujung yang bertentangan.

Dipegang

pada bahagian kecil,


sementara bahagian yang besar dan
berat pula digunakan untuk memukul
musuh.

Kepala

cokmar yang berat dan tajam


mampu menembusi baju besi
kesateria ketika berperang.

KAPAK

Sejenis

peralatan pertukangan kayu


yang digunakan sejak zaman dahulu
kala lagi, dan wujud dalam setiap
tamadun manusia.

Digunakan

untuk membelah kayu,


memotong kayu, menebang pokokpokok dan kayu balak.

Kapak

juga digunakan sebagai senjata


perang dan senjata pertahanan diri.

Kapak

juga digunakan sebagai alat


dalam istiadat keagamaan dan
upacara adat dan dijadikan sebagai
simbol lambang heraldic.

Mempunyai

pelbagai bentuk tetapi


bentuk asasnya tidak banyak berbeza,
iaitu kepala kapak yang dihubungkan
kepada satu pemegang.

LADING

Dari

kategori parang.

Sinonim

di negeri Kedah.

Senjata

rasmi aliran Silat Cekak yang


berasal dari Kedah.

Dibuat

mengikut ukuran anggota


pemakai.

Mata

tajamnya hanya terdapat sekitar 2


atau 3 inci di hujungnya manakala
keseluruhan bilahnya adalah tumpul dan
digunakan untuk menangkis senjata
lawan.

Digunakan

sebagai senjata jarak dekat,


tidak seperti parang yang boleh
digunakan pada jarak sederhana kerana
ia dihunus terbalik dengan bilahnya
dipegang supaya ia selari dengan lengan
dan mata tajamnya terletak di tepi siku.

PARANG
ILLANG

Dikenali

sebagai Malat/Mandau oleh


orang Kayan, atau Mandau, Baieng
oleh orang Kenyah.

Merupakan

salah satu senjata


tradisional pahlawan Iban.

Digunakan

sebagai senjata dalam


amalan warisan memburu kepala
musuh yang menjadi tradisi
masyarakat pribumi itu.

Mempunyai

satu mata lurus dengan


mata bilah semakin melebar dan runcing
di bahagian hujung.

Mata

bilah mempunyai lekuk dan


melengkung sedikit pada bahagian mata.

Diukir

indah dengan pola menarik dan


dihiasi dengan lubang dan tembaga
terbenam yang dikenali sebagai Lantak
Paku.

Senjata

tradisional warisan turun


temurun yang memiliki nilai estetika
yang tinggi dan berkait rapat dengan
elemen pertempuran, pertahanan dan
keselamatan, selain dikaitkan dengan
unsur mistik.

Hulunya

biasanya diperbuat daripada


tanduk rusa atau kayu, terukir indah
dengan muka menakutkan atau
hiasan dengan bulu kambing diwarna.

Sarungnya

diperbuat daripada dua


keping kayu dilekatkan bersama dan
dihiasi dengan ukiran menarik dan
diikat dengan rotan dalam pola
menarik.

Sarung

parang illang biasanya


mempunyai poket bagi menyimpan
pisau kecil: yang dikenali sebagai Pue
yang menyerupai Pisau Raut bagi
ukiran kayu kecil dan meraut rotan.

PEDANG

Senjata

tajam yang memiliki bilah panjang.

Memiliki

dua sisi tajam atau hanya satu sisi


tajam saja.

Dalam

beberapa kebudayaan, jika


dibandingkan senjata lainnya, pedang
biasanya memiliki prestij yang lebih atau
paling tinggi.

Bilah

pedang biasanya dibuat daripada


logam keras seperti besi atau baja.

Meskipun

begitu terdapat pedang


daripada emas yang digunakan
sebagai hiasan sahaja.

Untuk

latihan biasanya pedang kayu


yang digunakan, meskipun pedang
daripada kayu keras masih
berbahaya.

Zaman Gangsa
menggunakan senjata berpedang dari mulai
zaman gangsa
-Pedang zaman gangsa pertama kali mucul
dengan bentuk seperti daun di sekitar laut
tengah dan laut hitam, dan di Mesopotamia.
-Pedang dari zaman gangsa nordic sekitar 1400
SM
- Penghasilan pedang di China dimulai dari
zaman Dinasti Shang.

Zaman Besi
-Pedang besi mengalami kenaikan penggunaan
pada abad 13 SM.
-Bangsa Hittie, Myceania, Yunani, dan Proto-Celtic
Halstatt memiliki kebudayaan yang memiliki
kaitan dengan penggunaan awal pedang besi.
-Ketika memasuki zaman klasik antik dan bangsa
Parthia dan Sassanid di Iran, pedang besi sudah
menjadi umum.
-Roma akhir memperkenalkan Spatha yang lebih
panjang (istilah untuk pemakainya, spatharius,
menjadi pangkat kerajaan di Konstantinopel),

Zaman Pertengahan
Pedang spatha menjadi popular selama zaman
penghijrahan dan juga di abad pertengahan.
Abad ke-11 dimana pedang Norman mulai
dikembangkan Quillons atau Crossguard
(pelindung silang).
Pedang-pedang ini direka sebagai pedang
pemotong,
Pedang bermata tunggal menjadi popular di
dataran Asia.

Zaman Pertengahan Akhir dan Renaissance


Dari sekitar tahun 1300, dengan semakin tebal
dan bagus, hiasan pedang terus berevolusi
dengan cepat.
Pada tahun 1400 pedang ini dinamai dengan
Langes Schwert (longsword) atau pedang
panjang atau spadone.
Pada abad ke 16, Doppelhander (disebut
Zweihander sekarang) membuat tren
peningkatan ukuran dari pedang, dan zaman
moden kembali kepada rekaan pedang yang
ringkas dan ringan dengan penggunaan satu
tangan.

Zaman Moden
o Rapier merupakan evolusi dari espada ropera
dari Sepanyol sekitar abad ke-16.
o Selama abad ke-17 dan ke-18, pedang pendek
yang lebih ringkas menjadi bahagian utama dari
fesyen di negara-negara Eropah dan dunia baru,
dan orang terkaya dan pejabat tentera
memilikinya. Baik pedang pendek mahupun
Rapier menjadi popular sebagai pedang Eropah
untuk bertanding hingga abad ke-18.
o Pedang masih digunakan, namun hanya sebatas
pada pejabat tentera dan seragam upacara
ketenteraan saja, walaupun kebanyakan tentara
menggunakan pasukan askar berkuda berat
sebelum Perang Dunia ke-2

Pedang katana

Pedang rapier

Pedang kayu

RENCONG

Senjata tajam belati tradisional Aceh, di pulau


Sumatera Indonesia bentuknya menyerupai
huruf "L". Rencong termasuk dalam kategori
belati yang berbeza dengan pisau atau pedang
Rencong memiliki perigkat; untuk raja atau
sultan biasanya sarungnya terbuat dari gading
dan mata pisaunya dari emas dan berukirkan
sekutip ayat suci dari Al-Quran agama Islam.

Seperti kepercayaan keris dalam masyarakat


Jawa, masyarakat tradisional Aceh
menghubungkan kekuatan mistik dengan
senjata rencong.
Rencong begitu populer di masyarakat Aceh
sehingga Aceh juga dikenal dengan sebutan
"Tanah Rencong".

Belati rencong kerajaan,


terbuat dari emas dan
sarung gading dengan mata
pisau berukir ayat suci AlQuran.

SABIT

Sejenis

alatan tangan yang digunakan


dalam aktiviti-aktiviti pertanian,
termasuklah memotong rumput atau
menuai tanam-tanaman.

Alatan

ini digantikan secara besarbesaran oleh traktor dan mesin-mesin


yang lain, namun masih terus
digunakan dalam sesetengah
kawasan di Eropah dan Asia.

SUNDANG

Terdapat

dua jenis sundang yang


dikenal pasti iaitu sundang lipas
berbentuk pedang dua mata dan
sundang berbentuk keris besar.

Senjata

ini lebih sesuai untuk melibas.

Sejenis

senjata tradisi yang digunakan


oleh orang-orang Bugis dan Sulu.

Tidak

sesuai untuk menikam.

TEKPI

Bentuk

asas senjata ini adalah bercabang


tiga dengan cabang utama lebih panjang
daripada cabang di kiri dan kanannya.

Cabang

utama berbentuk lurus manakala


cabang di kiri dan kanan membentuk
huruf U atau seperti tanduk kerbau.

Masyarakat

Melayu menamakan cabang


utama tersebut sebagai batang tekpi
manakala cabang di kiri dan kanannya
sebagai sampir.

Hujung

hulunya pula dikenali sebagai


mata lalat atau bunga lawang.

Cabang

utama biasanya adalah


sepanjang 15 inci sehingga 20 inci
dan diukur mengikut kesesuaian tuan
punya senjata.

Tekpi

dipercayai berasal daripada


Indonesia sebelum tersebar ke
Malaysia, India, China, Indo-China
dan Okinawa, Jepun.

Di

Indonesia ia dikenali dengan nama


Tjabang dan dipercayai diambil hasil
dari Trisula, India, manakala di
Okinawa dalam bahasa Jepun ia
dikenali sebagai Sai ( ).

PERHIASAN
DIRI

LATAR BELAKANG PERHIASAN


DIRI
Mula zaman primitif. (Guna pelbagai warna untuk
mewarnai tubuh badan sebagai hiasan diri )
Faktor kepercayaan dan kebudayaan menentukan
cara perhiasan diri bagi sesuatu kumpulan manusia.
Dicipta menggunakan pelbagai bahan berharga
(emas, perak & batu permata).
Penemuan perhiasan dan wang emas - Lembah
Bujang, Kedah pada abad 7 Masihi.
Memenuhi keperluan dan kegunaan keluarga raja
kegemilangan Raja-Raja Melayu.
Cth: hiasan kepala, telinga, leher, tangan dan kaki &
hiasan di kepala.

PERHIASAN DIRI
Hiasan

HIASAN KEPALA
1. CUCUK SANGGUL
Guna cucuk sanggul yang diperbuat daripada
buluh, tembaga, perak & emas menyemat dan
menahan rambut supaya tidak terburai.
Berfungsi untuk menambahkan seri kepada si
pemakai.
Cth: Wanita nyonya Melaka guna cucuk sanggul
yang menyerupai ekor merak yang kembang.

HIASAN KEPALA
2. SIKAT / SISIR RAMBUT
Alat untuk mengemas dan merapikan rambut.
Digunakan sebagai hiasan kepala yang telah
disematkan pada sanggul dalam kedudukan
tertentu.
Dibuat daripada bahan spt: kayu, tanduk, buluh,
tulang, gading dan kulit.
Bahagian atas mata sisir dihiasi dengan ukiran
menarik.

BONE COMB BY
DEWFOOTER

ROMAN BONE
COMB

ESKIMO IVORY

HIASAN KEPALA
3. PENUTUP KEPALA
Orang lelaki memakai tenggolak.
Tenggolak golongan bangsawan & pengantin
lelaki dihiasi barang kemas yang diperbuat
daripada emas bermotif flora & fauna berbagai
bentuk.
Mahkota digunakan dalam adat istiadat diraja
atau dipakai pengantin.
Diperbuat logam biasa atau emas bertahtakan
intan permata.

HIASAN TELINGA
3 jenis hiasan telinga tradisional Melayu:
i)
Anting-anting / subang jurai ( diperbuat emas)
-Dipakai oleh pengantin perempuan dan wanita
untuk ke majlis.
- Bentuknya berjurai dan labuh
ii) Kerabu
- Melekat pada telinga yang dibuat dalam bentuk
geometrik, flora dan diikat dengan batu permata /
mutiara.
iii) Sunting Malar
- Digantung di telinga dan berjurai ke bawah.
- Wanita yang pakainya akan menyanggul rambut .

HIASAN LEHER
RANTAI
2 jenis rantai: rantai pendek & rantai labuh
Diperbuat emas, suasa atau perak bermotifkan
awan larat / flora.
Diikat dengan intan / berlian.
2. LOKET
Dipakai bersama rantai.
Bermotifkan flora dan fauna.
Berbentuk rupa geometrik atau organik.
Diikat dengan batu permata / mutiara.
1.

LOKET

RANTAI

HIASAN LEHER
3. Dokoh
Terkenal di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.
Bermotif alam semula jadi spt: bentuk daun
dicantumkan bertingkat-tingkat pada seutus
rantai dan ada 3 tingkat.
4. Kalung / aguk
Dipakai oleh pengantin dan diperbuat emas atau
perak.
Bentuknya berjalur dan bertingkat-tingkat hasil
daripada susunan rantai halus.
Cth: kalung panjang, kalung pendek

DOKOH

KALUNG

HIASAN TANGAN DAN LEHER


1. CINCIN
Dipakai di bahagian jari dan biasanya di jari
manis.
Ada juga yang memakai lebih daripada sebentuk
cincin.
Dibentuk dalam pelbagai rupa seperti
bertatahkan permata dan juga tanpa permata
iaitu cincin belah rotan.

GELANG
Sangat disukai oleh wanita dari dahulu hingga
sekarang.
Terdapat gelang yang berukuran timbul
bermotifkan flora dan bentuk geometri.
Terdapat juga gelang yang dihiasi dengan
permata.
Gelang yang berbentuk rantai dinamakan rantai
tangan.
Bentuknya leper dan kadang kala diikat dengan
batu permata.

Gelang kaki biasanya dipakai oleh pasangan


pengantin dan keturunan diraja.
Selalunya dipakai sepasang.
Terdapat pelbagai ukiran yang dijadikan hiasan
pada gelang kaki.

HIASAN PINGGANG
1. TALI PINGGANG
Manusia pada zaman lampau telah
menggunakan akar kayu, rotan dan jerami untuk
mengikat cawat, seluar dan kain di pinggang.
Lama-kelamaan ia diubahsuai mengikut
keadaan semasa sehingga bertemu bahan lain
sebagai gantinya.
Tali pinggang terdiri daripada jalinan logam,
besi, tembaga, perak dan juga emas yang
berantai-rantai dengan reka bentuk yang leper
dan lebar.

Pereka-pereka juga menggunakan duit-duit syiling


perak yang dirangkaikan di antara satu sama lain
sehingga cukup panjangnya mengelilingi ukuran
perut pemakainya.
Tali pinggang duit merupakan yang paling
istimewa sekali pada abad ke-19 dan awal abad ke20.
Wanita Sarawak dan Sabah menggunakan tali
pinggang seperti ini untuk dipadankan dengan
pakaian kebangsaan mereka.
Manakala di Semenanjung pula tali pinggang duit
hanya popular di Kelantan, Terengganu dan
Melaka.

Tali pinggang jenis ini masih boleh didapati


sekarang tetapi bilangannya sedikit kerana
kesulitan mendapatkan duit perak.
Ada juga tali pinggang yang ditempah khas
dengan menggunakan suasa dan emas
Terhad dan penggunaannya tertumpu di
kalangan pembesar negeri yang mampu sahaja.

PENDING
2. PENDING
Pending ialah pengancing tali pinggang atau kepala
tali pinggang yang dipakai oleh kaum lelaki dan
wanita Melayu sebagai pakaian istiadat.
Berbentuk bujur seperti mata manusia, bulat, segi
empat dan sebagainya.
Pending yang dipakai oleh pembesar-pembesar
Melayu dan raja yang memerintah dibentuk dengan
menggunakan emas atau suasa, perak atau
tembaga.
Dipercayai bahawa pending berasal daripada
pakaian wanita Siam yang telah dibawa masuk ke
Malaysia melalui orang Melayu Patani.

Pending diraja yang dipakai oleh DYMM Yang


diPertuan Agong diperbuat daripada emas tulen
dan dihiasi sebelas biji batu permata berwarna
merah.
Pending-pending yang dipopularkan oleh suku
kaum India dan Cina di Melaka juga
menerapkan rekabentuk yang hampir serupa
kecuali reka coraknya berunsur kepercayaan
agama dan simbol-simbol tertentu semenjak
berkurun-kurun lamanya.

Pending juga digunakan oleh wanita Iban di


Sarawak sebagai pakaian istiadat tradisional
mereka.
pending moden telah dicipta dan digunakan oleh
penari-penari tradisional tempatan untuk
menyerikan lagi pakaian mereka.

HIASAN PADA PAKAIAN


1. KERONSANG
Kancing baju atau lebih dikenali dengan
panggilan kerongsang yang digunakan semasa
memakai baju kebaya labuh atau kebaya pendek
sudah terkenal di kalangan orang Melayu,
Portugis, Nyonya peranakan dan juga kaum Ceti
di Melaka sejak berkurun-kurun yang lalu.

Dapat memaparkan keindahan senireka tukangtukang ernas zaman dahulu yang unggul d
Ada pula kerongsang yang bertatah permata
yang beraneka warna.an halus.
Pada masa sekarang, keronsang diubahsuai dan
dapat dipakai sebagai satu bahan hiasan yang
dipinkan kepada baju moden ataupun dilekatkan
disudut sebelah kiri baju kot.
Kerongsang juga adakalanya digunakan oleh
pengantin lelaki untuk menghiasi songkoknya.

RUKUKAN
Kathleen Chee. (2006). SPM fokus U: Pendidikan Seni
VisualBandar Baru Bangi: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (1998). Buku sumber guru
Pendidikan SeniKurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa &Pustaka
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2003). Huraian Sukatan
Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Pendidikan
Seni. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa &Pustaka.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2000). Sukatan Pelajaran
Kurikulum BersepaduSekolah Rendah: Pendidikan Seni Visual.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa &Pustaka.
Syed Ahmad Jamal. (1992). Rupa dan Jiwa. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa &Pustaka.

SEKIAN,
TERIMA KASIH

You might also like