You are on page 1of 4

SENI KRAF LOGAM

Seni kraf perak, tembaga dan besi adalah antara pertukangan kraf warisan logam yang masih kekal diusahakan sehingga kini di Malaysia. Penggunaan bahan, alat kelengkapan dan kepelbagaian teknik pembuatan membantu mendorong tukang kraf tempatan menghasilkan barangan seni kraf dalam pelbagai rupa bentuk dan kegunaannya. Kegagahan serta kreativiti para tukang logam terserlah melalui teknikteknik pembuatan barangan kraf secara tradisional seperti teknik penghapusan lilin dalam penghasilan kraf tembaga, teknik tempa bagi menghasilkan mata senjata atau keris dari logam besi serta teknik memahat dan teknik pintalan dawai bagi barangan kraf perak. Kesederhanaan tukang kraf dalam menghasilkan reka bentuk dan kreativiti mengadun jalinan motif menonjolkan identiti seni warisan kraf Melayu. Hasil pertukangannya yang tidak keterlaluan dalam memperlihatkan kemahiran juga kemampuan mengadun rupa bentuk, motif atau corak menggambarkan keharmonian dan tatatertib dalam sebuah peradaban. Antara hasil barangan seni kraf warisan logam adalah seperti tepak sirih, kendi, pahar, bekas perasapan, kebak laksa, keris, tombak, golok, parang, kelewang serta barangan kemas sebagai perhiasan diri seperti dokoh, kerongsang, pending, gelang kaki, caping dan sebagainya.

SENI KFAT SERAMIK

Tembikar merupakan salah satu daripada hasil kraftangan Melayu tradisi. Ia diperbuat daripada tanah liat dan antara barang-barang yang diperbuat dari tembikar ialah zawan, mangkuk, pinggan, pasu dan sebagainya. Terdapat empat kawasan utama sebagai pusat kegiatan pengeluaran barangan ialah di Kampung Mambong, Kuala Krai, Kelantan, di Sayong, Kuala Kangsar, Perak, di Kampung Pasir Durian, Hulu Tembeling, Pahang dan beberapa tempat di Sarawak. Salah satu barangan tembikar yang begitu popular di Malaysia ialah labu sayong. Cara menghasilkan tembikar juga dipanggil seramik di empat kawasan tersebut tidak banyak berbeza cuma jenis barangan yang dihasilkan dan rekacorak hiasan atau pengemasannya. Perbezaan ini wujud kerana pengaruh adat dan cara hidup mesyarakat tempat, serta daya cipta pengusahanya. Hal ini juga memberi gambaran bahawa barangan tembikar tradisional mengutamakan ciri fungsional dari ciri perhiasan. Labu ialah sejenis buyong, takar atau kendi tembikar yang bentuk asasnya menyerupai buah labu. Sayong pula nama merupakan sebuah kampung yang terletak di Kuala Kangsar

Sepak Raga

Permainan sepak raga telah sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Pada masa itu permainan ini dimainkan oleh golongan bangsawan.Rakyat Biasa juga menggemari permainan ini. Pada masa sekarang sepak raga lebih dikenali dengan nama sepak takraw. Ia bukan hanya dimainkan oleh orang Melayu sahaja tetapi bangsa-bangsa lain, malah telah dikenali di seluruh. Bola sepak raga diperbuat daripada bilah-bilah rotan yang dianyam bulat seperti raga sebesar isi buah kelapa dua atau tiga lapis. Permainan ini dimulakan dengan salah seorang pemain melambung bola kepada rakannya dengan tangan. Rakannya itu akan menimang bola itu dengan kakinya sekali atau beberapa kali, sebelum menendangnya ke arah pemain lain. Pemain-pemain yang membentuk lingkungan atau bulatan itu mestilah bergilir-giliran menimang bola itu dan mengawalnya supaya tidak jatuh ke bumi. Jika bola itu jatuh, permainan dalam pusingan tersebut ditamatkan.

Batu Seremban

Batu Seremban juga dikenali sebagai permainan Selambut atau Serembat. Sering dimainkan di waktu lapang.Permainan ini dimainkan oleh kanak-kanak perempuan sama ada secara individu atau berpasangan. Ianya dimainkan secara berkumpulan seramai dua hingga empat orang atau lebih.Biasanya ia menggunakan guli kaca, biji getah, ketul batu yang kecil atau ketulan-ketulan objek lai berbentuk bulat. Bilangan yang biasa digunakan sebanyak lima biji. Objek-objek ini dikenali sebagai buah Dalam bermain Batu Seremban ini terdapat beberapa peringkat atau cara sambutan buah yang berlainan. Bermula dengan peringkat pertama yang mudah dengan menggunakan sebiji buah yang dinamakan sebagai buah satu hinggalah kepadaperingkat lebih tinggi atau peringkat yang teratas dinamakan buah tujuh.

You might also like