You are on page 1of 6

KADAZAN DUSUN Masyarakat Kadazan merupakan penduduk majoriti negeri Sabah yang juga dikenali sebagai 'negeri di bawah

bayu'. Masyarakat Kadazan dahulunya dikenali sebagai Orang Dusun dan mereka begitu berpegang teguh terhadap adat resam warisan nenek moyang mereka. Keunikan masyarakat ini terserlah melalui kebudayaan dan adat resam yang diamalkan. Kebanyakan daripada amalan tersebut mengandungi unsur-unsur ritual dan animisme. Ini jelas terlihat melalui adat resam dan kepercayaan yang diamalkan dalam aspek kelahiran, perkahwinan dan kematian.

Sewaktu Mengandung Bidan merupakan orang yang bertanggungjawab tentang kelahiran seorang anak. Bidan terdiri daripada kaum perempuan yang lanjut usia dan mengetahui tentang selok-belok perubatan masyarakat Kadazan secara menyeluruh. Tugas bidan meluas iaitu sejak bayi di dalam kandungan sehinggalah selamat dilahirkan. Sejak di dalam kandungan lagi bidan memastikan keadaan bayi berada di dalam keadaan sihat. Kandungan akan dijaga dengan baik dan bidan memberi beberapa pantang larang kepada ibu mengandung. Ini penting supaya kandungan berada di dalam keadaaan sihat. Apabila sahaja bayi dilahirkan, tugas bidan lebih berat. Bidan perlu memastikan bayi dalam keadaan sihat terutama jika seseorang itu beranak sulung.

Bersalin Biasanya ibu yang bersalin dikenakan pantang. Bagaimanapun bilangan hari berpantang bergantung kepada unsur kasta. Bagi orang kebanyakan tempoh berpantang ialah tujuh hari. Bagi orang yang berdarjat, tempoh pantangnya ialah 21 hari. Manakala bagi yang berdarjat lebih tinggi, tempohnya ialah 44 hari. Sepanjang tempoh berpantang, si suami tidak dibenarkan berada jauh dari rumah. Sejak hari kelahiran hingga tamat tempoh berpantang, ibu dan anak yang baru lahir diberi kawalan secara mistik oleh bidan agar tidak diganggu oleh makhluk halus. Biasanya jampi mantera digunakan untuk mengusir makhluk halus di sekitar tanah. Tempat darah yang mengalir ketika ibu itu bersalin, digantung dengan daun-daun limau. Antara pantang yang mesti diikuti oleh ibu yang bersalin ialah dia tidak boleh makan ikan yang bertulang keras, ikan yang berduri, nasi sejuk dan nasi bercampur air seperti bubur. Manakala bagi bayi yang baru lahir terutamanya dari hari pertama hingga hari ke tujuh, bayi tidak boleh dibawa ke ruang yang terdedah, umpamanya ke halaman rumah. Ini untuk mengelakkan bayi itu daripada diganggu oleh roh jahat yang dinamakan Rogon Gaiyah. Bidan juga akan memastikan ahli keluarga yang lain supaya pintu rumah kediaman mereka diikat dengan sejenis daun yang dipanggil wongkong. Daun itu menunjukkan rumah tersebut telah menerima ahli baru. Justeru itu sahabat-handai yang tinggal di kawasan itu tidak boleh berkunjung melainkan saudara-mara yang terdekat.

Selain mengurus tentang kelahiran anak, bidan ini juga bertanggungjawab tentang ubatubatan yang terdiri daripada akar-akar kayu, herba dan sebagainya. Pada masa yang sama beberapa urutan akan dilakukan ke atas ibu yang baru bersalin untuk memulihkan tenaga yang hilang semasa bersalin dahulu. Bidan juga perlu tahu meramu pelbagai jenis bahan untuk dijadikan ubat-ubatan. Bidan yang tahu tentang kegunaan sesuatu jenis herba untuk setiap penyakit merupakan satu kelebihan. Biasanya akar-akar kayu atau herba dibentuk menjadi ubat yang mujarab dan boleh mengubati pelbagai penyakit. Antara herba yang paling banyak digunakan dalam masyarakat Kadazan ialah cekur, akar kacip fatimah, halia dan pelbagai jenis lagi. Kebanyakan tumbuhan herba ini diperoleh di kawasan persekitaran. Terdapat pelbagai jenis bentuk ubat yang boleh dibuat oleh bidan untuk menyembuh sesuatu penyakit. Bidan boleh merebus sahaja tumbuhan herba itu dan kemudian diberi minum kepada ibu-ibu yang baru bersalin. Cara ini diamalkan oleh sebilangan besar bidan. Cara lain yang turut digunakan ialah dengan mencampurkan minyak kelapa dan kemudian diurut pada bahagian yang sakit. Cara ini digunakan kepada ibu-ibu yang baru bersalin untuk memulihkan semula tenaga mereka. Sungguhpun kerajaan telah menyediakan pelbagai kemudahan untuk pesakit, tetapi bidan kampung masih lagi diperlukan. Ini adalah kerana kebanyakan masyarakat Kadazan mendiami kawasan pedalaman yang jauh dari klinik atau hospital. Oleh itu peranan bidan amat popular di kalangan mereka.

Selepas Lahir Adat memberi nama anak dilakukan setelah bayi itu berumur lapan hari. Anak itu diberi nama sebanyak dua kali, iaitu nama sementara dan nama sebenar. Pemberian nama sementara mesti dibuat kerana kalau terlalai memberi nama sementara seberapa segera, roh jahat iaitu Rogon Gaiyoh dipercayai akan mendahului memberi nama dan atas sebab itu, dia berhak menuntut anak tersebut. Upacara rasmi memberi nama sebenar dibuat pada hari kelapan di beranda rumah. Pada hari itu juga anak tersebut dibawa keluar rumah buat pertama kalinya. Keluarga, jiran dan orang kenamaan di seluruh kampung dijemput hadir untuk berbincang dan menentukan nama anak itu. Upacara ini disebut Madsapi atauModsopik, lengkap dengan mentera dan tatacaranya. Nama-nama yang dicadangkan itu dikumpul dan dipilih. Pemilihan nama dibuat berdasarkan segala macam peristiwa yang berlaku ketika anak itu dilahirkan. Kadangkala nama itu diambil daripada nama salah seorang ahli keluarga mereka. Setelah anak itu berusia kira-kira satu bulan, upacara turun tanah atau disebutMintuhun atau Minuhun dilakukan. Anak itu dibawa oleh ibunya sendiri. Beberapa baranga dibawa bersama iaitu; Sebuah berait atau bakul yang dianyam daripada rotan, bertutup dan bertali untuk disondong. Berait ini diisi dengan pelbagai alatan.

Sebilah mamadik iaitu pisau kecil yang digunakan untuk menghalau Rogon Gaiyoh.

Serangkai Komburongoh, iaitu jerangau sejenis rumput yang dianggap ibu kepada segala semangat dalam upacara perubatan tradisi mereka.
Sebuah siud iaitu tangguk yang diperbuat daripada jaring. Sebelum memijak tanah, tapak anak tersebut diconteng dengan arang kuali dengan satu garis lurus hingga ke atas dahinya. Setelah selesai, barulah kaki anak itu dipijakkan ke tanah. Ketika anak itu dibawa semula ke dalam rumah, ibunya akan membawa bersama sedikit rumput-rampai dari halaman rumah yang sudah dipijak oleh anaknya. Kemudian rumput itu dicampurkan ke dalam air mandian tersebut.

Guys and girls, saya ingin minta pertolongan di sini. Tentang barang yang diperbuat dari perak di kalangan semua perkauman di sabah, diantaranya ada seperti syiling perak tali pinggang ("tinggot" yg digelar oleh kaum kadazan, atau "tirol linggit" oleh kaum murut) dan lain lain lagi. Saya ingin tahu dimanakah boleh saya dapat lagi banyak maklumat tentang kesemua barang ini? Telah saya visit muzeum untuk mendapat maklumat tapi diorang ni keep dan panggil sia cari di tempat lain, di sana diorang tiada maklumat (padahal ndak mau tolong....). Sabah Tourism Board lagi kik, panggil sia turun ke kampung tanya orang tempatan... Bah mau jalan satu sabah ni! so please, sila tunjukkan jalan di mane boleh saya dapatkan maklumat kesemua ni?

Ini pandangan untuk anda pertimbangkanlah. 1. Material culture seperti perak merupakan 'material pinjaman' dari temadun lain. Duit syling perak di buat tali pinggang sebab pengguna hanya menghargai nilai mata wang suatu masa dulu. Saya pun sudah ada talipinggang dari duit siling emas malaysia yang tidak digunakan lagi. material itu bukan milik penduduk asal di Sabah. 2. Rujuk persamaan budaya dalam ethnografi, atau antropologi budaya di asia, anda pasti akan menemui jawapannya. 3. penggunaan alat itu bagi bumiputera Sabah, suatu masa dulu adalah; sebagai lambang kekayaan sehingga dijadikan berian kepada pengantin perempuan, masa kini, generasi baru menghargainya sebagai satu warisan nenek moyang dan dijadikan aksesori dengan pakaian tradisi. mungkin nilainya mahal tetapi kerana ia adalah bahan antik.

3 Mac 2009 "Budaya Menunjukkan Sebuah Bangsa" begitulah gahnya kekayaan pelbagai budaya dan tradisi masyarakat pelbagai kaum di Sabah yang sehingga kini masih mengekalkan adat dan warisan nenek moyang mereka. Suku Kaum Dusun Lotud di Tuaran Sabah yang bukan sahaja kaya dengan keindahan dan keunikan budayanya yang mungkin masih ramai yang tidak mengetahui bahawa suku kaum ini mempunyai sesuatu warisan yang tidak ada pada kaum lain iaitu Linangkit atau sulaman pakaian tradisional masyarakat tersenut yang sangat cantik dan halus. Krew Sabah Di Satu sempat menyingkap keistimewaan sulaman tersebut melalui satu majlis perkahwinan suku kaum dusun Lotud yang diadakan di Perkampungan Budaya Linangkit di Tuaran. Majlis Perkahwinan tradisional masyarakat dusun Lotud ini berbeza dengan perkahwinan tradisional suku kaum lain yang mengekalkan banyak pantang larang yang harus dipatuhi pasangan pengantin. Sebelum majlis persandingan diadakan, pengantin lelaki akan berjalan kaki menuju ke rumah pengantin perempuan untuk menjemputnya bersama-sama berarak ke tempat persandingan. Sebagai merestui perkahwinan kedua-dua pengantin orang-orang tua diberi penghormatan untuk mencuci kaki pasangan pengantin sebelum diapit menuju ke laman pengantin dikenali "Libunan" dalam bahasa dusun Lotud. Sejurus pasangan pengantin mengambil tempat di laman pengantin yang dihiasi dengan kain-kain yang bercorak dan berwarna-warni, persembaham silat diadakan sebagai menyambut ketibaan pengantin dan tetamu. Persembahan silat juga ada persamaan dengan perkahwinan Melayu. Apa yang membezakan Dusun Lotud, pengantin perempuan duduk bersimpuh sementara pengantin lelaki akan dijemput oleh keluarga kedua-due pihak pengantin untuk menikmati jamuan "Makan Beradab". Yang uniknya, makan beradab ini tidak membenarkan pengantin lelaki menjamah makanan daging kecuali ikan dan sayur-sayuran sepanjang tempoh persandingan. Sementara pengantin perempuan pula hanya menunggu di laman pengantin sehingga pengantin lelaki dengan kedua-dua pihak selesai menjamu selera. "Bahar" atau minuman keras yang diperbuat daripada nirah kelapa dan nasi yang dibungkus dengan daun keladi atau "Linopot Du Omon" merupakan antara hidangan istimewa dalam makan beradab kaum dusun lotud. Sejurus selesai majlis makan beradab tersebut, "Upacara Moninjau" atau menyanyikan lagu-lagu berunsur nasihat sebagai tanda restu dan berkat kepada kedua-dua pengantin dalam menempuhi hidup berumahtangga. Upacara ini, dilakukan kaum lelaki sahaja dan kebiasaannya diketuai oleh pemegang atau ketua adat dan ketua kampung sahaja. Tarian Monigol yang juga dikenali sebagai tarian helang dan tarian sumayan merupakan

antara tarian tradisional suku kaum dusun lotud yang sering dipersembahkan dalam setiap majlis rasmi dan perkahwinan suku kaum itu. Jika sekali pandnag, pakaian perkahwinan tradisional suku kaum dusun lotud ini tidak banyak beza dengan pakaian tradisional kadazan dusun dari segi baju asas berwarna hitam. Bagaimanapun dari segi aksesori dan sulaman linangkit yang ada pada pakaian dusun lotud memberikan banyak perbezaan dan keistimewaan tersendiri kepada pakaian tradisional ini. Bagi pakaian pengantin perempuan, "Karo Lawit" atau kalung marupakan antara aksesori yang paling berharga dan turut dipakai pengantin lelaki. Ini kerana ada diantara kalung tersebut diwarisi turun-temurun sejak 500 tahun lalu. Sementara gaun yang dipenuhi sulaman linangkit pula dikenali sebagai "Sinugitan", Sanggul Kepala "Sigar", aksesori di lengan pula dipanggil "Simpai" dan di kaki pula dipanggil "Lansung". Keris atau "Tatarapan dan Songkok atau "Sundi" pula merupakan antara aksesori yang dipakai pengantin lelaki. Sesungguhnya, keunikan dan kehalusan seni budaya pelbagai suku kaum di Sabah menyimpan seribu satu budaya dan adat daripada lebih 32 etnik. Kepelbagaiaan dan keindahan budaya dan tradisi masyarakat majmuk di negeri ini juga sukar diungkapkan dengan kata-kata. Sebagai masyarakat dan anak jati yang cintakan seni dan budaya, usaha berterusan perlu dilakukan bagi mengekalkan dan memartabatkan warisan nenek moyang tidak hilang ditelan zaman.

PAKAIAN TRADISIONAL KAUM KADAZAN

Masyarakat Kadazan atau orang dusun merupakan penduduk majoriti Sabah. Perhiasan dan sulaman pada pakaian tradisi Kadazan adalah sederhana berbeza dengan etnik lain. Pakaian kaum lelaki seperti Gaung (Baju lengan panjang), Souva (Seluar panjang hitam dengan ikat pinggang berwarna biru indigo), Kaking atau toogot (Bengkung pinggang hitam), Siga (Penutup kepala), Tupi sinikat (Topi bulat). Pakaian kaum wanita terdapat 3 jenis : Sinuangga baju blaus pendek dan leher berbetuk U dipakai oleh wanita muda. Sinompukung Blaus dengan lengan dan tidak mempunyai sulaman dipakai oleh wanita pertengahan. Kihongon Blaus dengan lengan panjang, dipakai oleh wanita tua dan spesialis ritual Aksesori yang dipakai seperti Himpogot (Tali pinggang), Titimbak (Pin rambut), Hamai (Rantai leher), Simbong (Subang), Paun Kerongsang

You might also like