You are on page 1of 7

maksud

Pesta Kaamatan sebenarnya adalah pesta penuaian padi yang juga dianggap sebagai
Hari Kesyukuran. Pesta Kaamatan atau nama lain iaitu (Tadau Kaamatan) atau di dalam
bahasa Kadazan Magavau merupakan upacara perayaan khas untuk menghormati
Bambazon iaitu semangat padi. Perayaan ini adalah amalan secara tradisi Kaum
Kadazan-Dusun sejak zaman berzaman.



BILA DIADAKAN
Perayaan Magavau ini biasanya diadakan selepas selesai menuai padi. Pesta
Kaamatan yang dirayakan dewasa ini telah diluluskan oleh Majlis Undangan Kerajaan
Koloni sebagai cuti umum Sabah sejak tahun 1960 lagi, oleh Tun Haji Mohamad Fuad
Stephens, Ketua Menteri Sabah yang pertama.

Antara sambutan menarik yang diadakan
ialah persembahan dan pertandingan
tarian Sumazau. Tarian ini ditarikan oleh
kaum petani terdiri daripada lelaki dan
perempuan dengan memakai pakaian
tradisional mereka. Tarian ini dengan
iringan paluan gong. Tarian ini ditarikan
dengan kedua-dua tangan diangkat ke
paras bahu dan dikibar-kibarkan umpama
kipasan sayap burung, mengikut alunan
rentak yang dimainkan.

Menurut cerita lisan, Kinoingan ( Tuhan ) dan isterinya Suminundu mempunyai seorang
anak perempuan yang bernama Huminodun. Untuk menyelamatkan orang-orang
Kadazandusun daripada kebuluran kerana tidak mempunyai makanan yang
mencukupi, maka Kinoingan terpaksa mengorbankan anak kesayangan mereka
Huminodun. Huminodun dibunuh dan mayatnya dikubur menurut adat istiadat
selengkapnya. Kononnya, mayat Huminodun itu telah mengeluarkan berjenis-jenis
benih tumbuhan yang menjadi makanan utama kepada kita sekarang. Salah satu benih
tumbuhan itu ialah padi. Oleh kerana sebahagian dari mayat Huminodun itu
mengeluarkan benih padi, maka wujudlah kepercayaan bahawa padi itu mempunyai
semangat yang diberi nama "Bambazon".

Bermula dari kejadian inilah orang-orang Kadazandusun memulakan upacara Pesta
Kaamatan ( Pesta Menuai ) seperti yang dirayakan dewasa ini. Perayaan seumpama
ini mengharapkan agar rezeki yang akan datang bertambah baik dan lumayan.
Upacara penghormatan terhadap semangat padi yakni padi-padi yang selesai dituai
dan telah selamat dimasukkan ke dalam ketawai ( Tangkob ) iaitu bekas tempat
menyimpan padi. Selain itu, perayaan Pesta Kaamatan ini juga mengingatkan kita
akan rasa penghargaan dan penghormatan masyarakat Kaum Kadazandusun akan
Penciptanya ( Kinoingan ) yang sanggup mengorbankan anak kesayangannya
Huminodun untuk menyelamatkan orang-orangnya supaya tidak mati kebuluran.
Asal Usul Keaamatan.
Antara hidangan popular semasa perayaan
ini ialah meminum tapai atau "Kinomol",
iaitu sejenis arak tradisional. Tapai
merupakan minuman tradisi mereka,
diperbuat sama ada daripada beras (nasi)
atau ubi kayu. Nasi akan diperam di dalam
sebuah tempayan besar atau "tajau"
selama seminggu, atau ubi kayu diperam
selama dua hingga tiga minggu. Biasanya
tapai dicampur dengan ragi untuk
mempercepatkan proses "memberi rasa"
kepada tapai tersebut. Makanan tradisional
turut disediakan sempena hari tersebut

You might also like