You are on page 1of 3

sabah & sarawak

ARKIB : 22/04/2009

Hospital lama kini muzium


Oleh MORTI BUTEK
utusansabah@utusan.com.my

SIBU 21 April - Mendengar perkataan


muzium, sudah pasti kita mula
membayangkan artifak sejarah dan
warisan budaya.
Tetapi di bandar ini, satu-satunya
muzium ialah Muzium Peringatan
Hospital Lau King Howe terletak di Jalan
Pulau di sini.

BANGUNAN Hospital Lau King Howe di Sibu, Sarawak


yang diubahsuai menjadi muzium peringatan.

Ia mengambil sempena nama King Howe, seorang guru terlatih berhijrah dari Foochow,
Fukien, China pada 1916 dan mengurus ladang getah di sini.
Sebelum pulang ke China pada 1930, beliau mendermakan semua harta bendanya kepada
penjajah untuk menubuhkan sebuah hospital pertama di Sibu.
Hospital berharga RM82,000 itu siap pada 1936.
Hospital itu ditutup pada 31 Ogos 1994 apabila hospital baru di Jalan Oya beroperasi.
Selain pelbagai peralatan perubatan, muzium ini turut mempamerkan catatan peribadi
King Howe.
Di laluan masuk ke ruang pameran, pihak pengurusan mempamerkan patung mendiang
King Howe sebagai memperingati jasanya.
Antara peralatan dipamerkan ialah mesin dialisis, alat pembedahan, mikroskop, pakaian
seragam jururawat, replika bilik pembedahan dan sinar-X serta model rangka manusia.
Gambar-gambar lama bangunan Hospital Lau King Howe turut disajikan untuk tatapan
pengunjung.
Bangunan Hospital Lau King Howe yang diubah suai bagi menempatkan pelbagai peralatan
berkaitan bidang perubatan dan kesihatan, mula beroperasi pada 4 Disember 2008.
Sejak ia dibuka, kehadiran pelawat ke muzium itu amat menggalakkan.
Setiausaha Lembaga Pengurusan muzium itu, Dr. Hu Chang Hock berkata, jumlah
pengunjung kini hampir 2,000 orang sejak ia dibuka.
"Kehadiran pengunjung yang memberangsangkan menunjukkan muzium ini antara tempat
menarik perlu dikunjungi di Sibu.
"Kita harap lebih ramai pengunjung datang untuk memahami sedikit sebanyak sejarah dan
peralatan perubatan yang dipamerkan," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.
Chang Hock menambah, majoriti pengunjung merupakan penduduk bandar ini dan
kawasan sekitarnya.
Menurut beliau, muzium dibuka bermula 9 pagi hingga 5 petang dan hanya ditutup pada
hari Isnin.
"Apa yang kita perlu usahakan sekarang ialah promosi agar muzium ini terus menerima
kunjungan orang ramai termasuk pelancong," katanya.

Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?


y=2009&dt=0422&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sabah_

%26_Sarawak&pg=wb_01.htm#ixzz4CvrIObMR
Utusan Melayu (M) Bhd

Sejarah Lau King Howe Medical Museum Sibu


Posted By: apepheryaPosted date: July 30, 2013in: Tempat Wisata Sarawak, Wisata Budaya &
WarisanNo Comments

Banyak tempat sejarah yang ada di Sarawak, salah satunya ialah Lau King Howe
Medical Museum. Sejarah Lau King Howe Medical Museum, Sibu berawal ketika Lau
King Howe datang ke Sibu tahun 1915 untuk membantu mengembangkan perkebunan
karet di Malaysia. Lau adalah seseorang yang sangat berkomitmen, terbukti saat melihat
kebutuhan akan tim medis di Sibu dia kemudian menghadap Rajah untuk berkonsultasi
dengan tujuan meminta sejumlah dana untuk membangun rumah sakit dan untuk
mendapatkan bantuan tanah dari pemerintah.

Di tahun 1936 rumah sakit tersebut resmi dibuka dan melayani masyarakat Sibu dengan
sangat baik, sementara Lau King Howe kembali ke China untuk mengabiskan sisa
hidupnya. Namun di awal tahun 80an, Sibu General Hospital yang selama ini telah
melayani masyarakat lokal dengan baik beralih menjadi sebuah museum yang
menggambarkan cinta dan perhatian dari Lau untuk masyarakat Sibu dan
menjadikannya legenda lokal.

Saat masih menjadi rumah sakit, Lau King Howe Medical Museum, Sibu pertama kali
dikepalai oleh Pegawai kesehatan Dr. Le Gros Clark, salah satu pegawai kesehatan
yang kemudian menjadi Professor of Anatomy di Oxford University. Pada tahun lima
puluhan, hanya ada 3-5 pegawai kesehatan yang diantaranya adalah spesialis bedah,
pengobatan dan ginekolog. Tugas jaga selalau dibagi di antara mereka, para dokter
tersebut. Sebelum Perang Dunia II bahkan rumah sakit ini hanya memiliki 3 perawat saja
dan harus merawat pasien yang terkena dipteri, tuberculosis, kolera, malaria, dan
penyakit-penyakit masyarakat lokal. Pekerjaan yang sangat banyak melayani para
pasien tidak membuat tim yang hanya segilintir orang ini keteteran. Mereka bekerja
sepenuh tenaga dan bekerja sama untuk melayani penduduk lokal dengan baik.

Jika tengah berada di Sibu, mengunjungi Lau King Howe Medical Museum adalah hal
yang sangat menarik. Mengamati peninggalan sejarah yang pernah begitu berjasa bagi
masyarakat Sibu, menjadikan pengunjung akan menikmati nuansa perjuangan para
pekerja medis yang telah bersusah payah mengabdikan hidup mereka bagi penduduk
Sibu. Mengenang kebaikan hati Lau King Howe adalah dengan mengunjungi Lau King
Howe Medical Museum, Sibu.

You might also like