You are on page 1of 30

UKP1031

Tarian Tradsional

JL1

JURNAL REFLEKSI

NAME MATRIC NUMBER


ANGELA LOKE MEI F21A1055
KUAN

LECTURER MOHAMAD KHAIRULLAH bin ATAN


DATE
MINGGU 1

Topik Pembelajaran: Perjumpaan pertama kali secara talian Tarikh:12/10/2021

DISKRIPSI

Pada minggu yang pertama yang bertarikh 12 Oktober,saya telah melibatkan diri dalam
perjumpaan kali pertama dijalankan secara talian di atas aplikasi ‘google meet’ yang
dikendalikan oleh pensyarah Mohammad Khairullah bin Atan.

Melalui ucapan yang disampaikan,saya terdedah kepada jenis tarian tradisional Melayu
yang terdapat di Malaysia.Beliau telah memperkenalkan asas retak tarian tari iaitu tarian
zapin,joget,inang dan melayu asli.

Tarian Zapin merupakan sejenis tarian rakyat tradisional dilakukan oleh masyarakat
Nelayu dalam kepulauan Nusantara rantau Asia Tenggara terutamanya di negara Indonesia
(Sumatera,Kalimantan,Kepulauan Riau,Bangka
Belitung ,Gorontalo) ,Jawa(Jakarta) ,Malaysia (Semenanjung Melayu khususnya di
Johor,Brunei dan Singapura.

Tarian Joget merupakan sejenis tarian Melayu tradisional yang lazim di Malaysia,
terutamanya di negeri Melaka.Tarian ini biasa dipersembahkan ketika upacara Mandi
Safar.Selain itu,tarian inang merupakan versi moden bagi tarian tradisional rakyat iaitu
Tarian Mak Inang dan ia sering dipersembahkan di majlis-majlis sosial manakala bagi tarian
melayu asli merupakan kumpulan tarian yang dicipata berasaskan lagu-lagu Melayu.

Refleksi saya daripada program tersebut,saya telah mempelajari beberapa nilai murni
seperti kerja berpasukan.Sebuah tarian memerlukan kerja sama antara ahli penari supaya
dapat dipersembahkan dengan baik.Selain itu,saya telah mengetahui bahawa nilai kepimpinan
memainkan peranan yang sangat penting bagi sebuah pasukan tarian tradisional.Hal ini
disebabkan oleh ketua pasukan tersebut perlu menyelesaikan masalah-masalah seperti
pertelingkahan antara ahli dan mambawa pasukan tarian tradisional ke arah lebih baik.
BAHAN RUJUKAN SAMPINGAN

Tarian Melayu Asli Tarian Inang

Tarian Joget Tarian Zapin

ULASAN FASILATOR

___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
MINGGU 2

Topik Pembelajaran: Unsur Tari Tarian Tradisional Traditional Tarikh:29/10/2021

DISKRIPSI

Pada minggu kedua yang bertarikh 29 Oktober,saya telah melibatkan diri dalam
perjumpaan yang kali kedua dijalankan secara talian di atas aplikasi ‘google meet’ yang
dikendalikan oleh pensyarah Mohammad Khairullah bin Atan.Melalui ucapan yang
disampaikan,saya telah mempelajari lima unsur tari tarian iaitu tubuh badan,masa, ruang,
tenaga dan kesegaraman.

Unsur tubuh badan ialah alat untuk mengekspresikan pergerakan.Tubuh badan


terbahagi kepada lima konsep iaitu gestur,wirasa,wirama,wiraga dan postur.Wirasa
merupakan penghayatan terhadap estetika yang ditunjukkan melalui raut wajah dan lenggok
bahasa badan penari.Dekspresi wajah haruslah berjaya menampilkan karakter yang sesuai
dengan kehendak tarian seperti perasaan marah,sedih,gembira dan tugas.

Wirama merupakan ketepatan pelaksaan gerak tari yang seiring dengan irama alat
muzik seperti gendang atau rebana.Wirama juga memerlukan penari membeza frasa irama
yang terkandung dalam muzik tersebut..Wiraga ialah keterampilan penari menunjukkan
setiap gerak tari dengan sempurna .Postur pula ialah kedudukan,bentuk,gaya dan sikap tubuh
badandari Bahagia kepala hingga ke hujung jari manakala bagi gestur pula ialah bentuk
anggota badan pada kedudukan statik atau ketika melakukan pergerakan. Terdapat juga
gestur yang mempunyai makna dan menyampaikan tertentu.

Unsur masa digunakan untuk menerangkan kadar kelajuan muzik yang dimainkan
sepanjang lagu.Masa terbahagi kepada dua konsep iaitu tempo dan detik.Tempo ialah
terminology yang digunakan untuk merujuk kepada kadar masa sesuatu muzik.Lebih laju
sesuatu,lebih cepat muzik itu dimainkandan begitu sebaliknya.Bagi detik pula ialah
pengukuran masa yang dapat dilakukan menggunakan penanda aras yang lebih tepat.
Unsur ruang ialah kawasan yang digunakan oleh penari yang terdiri daripada ruang
umum dan peribadi. Ruang peribadi atau kinesfera merujuk kepada kawasan di sekeliling kita
yang mampu dicapai oleh anggota tubuh tanpa mengubah tempat manakala ruang umum
merujuk kepada Kawasan sebenar membolehkan kita bergerak seperti studio tari,bilik darjah
atua lam sekitar.

Arah merujuk kepada kedudukandan pergerakan tubuh badan dalam ruang


termasuklah ruang hadapan,belakang ,kanan,kiri,pentas bawah,pentas atas dan
diagonal(pepenjuru) dan sisi.Aliran merujuk kepada laluan penari untuk bergerak dari titik ke
titik yang lain manakala aliran merujuk kepada laluan penari untuk bergerak dari satu titik ke
titik yang lain.Aras merujuk kepada tahap pergerakanyang diukur pada kedudukan badan
dalam paksi menegak dan iaitu mempunyai tiga aras berbeza iaitu aras rendah,aras sederhana
dan aras tinggi.

Unsur tenaga ialah keupayaan yang digunakan oleh anggota tubuh badan untuk
menampilkan sifat pergerakan seperti berat,ringan,kuat,lemah dan sebagainya.Berat merujuk
kepada sifat pergerakan yang mengikut arah tarikan graviti seperti sifatnya keras manakala
bagi ringan pula merujuk kepada sifat pergerakan yang melawan gravity seperti sifat
terapung.Untuk unsur yang terakhir pula iala harmoni yang merujuk kesepaduan antara
sesuatu dengan lain yang memberikankesanmenyenangkan secara audio dan visual.

Refleksi saya daripada upacara tersebut,saya telah mempelajari kepentingan unsur tari
tarian sebagai pertunjukan.Fungsi tari yang pertama adalah untuk sebuah pertunjukan atau
pentas.Tarian untuk fungsi kepada menonjolkan sis koreografi yang indah serta
terkonsep.Dengan begitu,penonton yang melihatnya akan tertarik dan merasa terhibur
BAHAN RUJUKAN SAMPINGAN

Ruang umum Lakaran ruang pentas

Pelbagai arah laluan pergerakan dari sudut

Pandangan penari

ULASAN FASILATOR

___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
MINGGU 3

Topik Pembelajaran: Latar belakang Tarian Tarikh:27/10/2021

DISKRIPSI

Pada minggu ketiga yang bertarikh 27 Oktober, saya melibatkan diri dalam perjumpaan
yang kedua dijalankan secara talian di atas aplikasi ‘google meet’ yang dikendalikan oleh
pensyarah Mohammad Khairullah bin Atan.Pensyarah.Beliau telah menceritakan latar
belakang tarian tradisional kepada kita.Tarian tradisional merupakan taraian yang diwarisi
secara turun-menurun.Pada zaman dahulu,persembahan tarian adalah bertujuan untuk
menghindari daripada roh jahat.

Antara tarian tradisional yang diceritakan oleh beliau ialah tarian piring.Tarian piring
merupakan dicipta oleh orang Minangkabau yang berasal dari Sumatera Barat.Tarian piring
juga dikenali sebagai Tari Piring.Tarian ini menyerupai gerakan para petani semasa bercucuk
tanam dan menuai.Ia juga melambangkan rasa gembira dan syukur dengan hasil tanaman
mereka.

Selain itu,beliau juga menceritakan latar belakang tentang Tarian Ulek Mayang.Tarian
Ulek Mayang berasal dari Terengganu dan kaitnya dengan alam mistik.Tarian ini dikatakan
bermula ratusan tahun dahulu.Ia sebenarnya sebuah mentera yang dinyanyikan untuk
menghalau roh laut yang jahat.

Tarian tradisional Melayu terbahagi kepada tiga jenis iaitu Tari Pergaulan Melayu,Tari
Daerah/Etnik dan Tari Klasik Istana.Tarian Pergaulan Melayu dikenali sebagai tarian
tradisional kebangsaan kerana ia merupakan tarian melayu tradisional yang lazim di
Malaysia.Contohnya Tarian Joget,Tarian Inang,Tarian Zapin dan Tarian Melayu Asli.

Tari Daerah merupakan tarian yang tumbuh dalam kalangan masyarakat sesuai letak
geografisnya.Tari daerah kerap berasal dari suku-suku tertentu sehingga sejumlah tari di
provinsi yang berdekatan dapat memiliki tari daerah yang sama atau mirip.Contohnya,Tari
Seudati,Tari Saman dan Tari Ranup Lampuan.

Tari Klasik Istana merupakan tarian yang berkembang di lingkungan istana dan
dimiliki oleh kaum bangsawa istana.Bentuk tarian ini biasanya elite ,formal, normative,
berstruktur dan kontemplatif.Tarian ini hanya berkembang dan hidup di lingkungan istana
dan tidak diperbolehkan tarian ini berkembang atau bahkan dimiliki oleh masyarakat pada
umunya.

Refleksi saya daripada program tersebut,kita haruslah mengetahui asal usul tarian
tradisional melayu yang diwarisi secara turun-menurun daripada nenek moyang.Kita juga
haruslah tidak melupakan daratan dan sebaliknya kita harus sentiasa sedar kesulitan nenek
moyang kita..Generasi muda memainkan peranan yang penting dalam bergiat secara proaktif
dengan melibatkan diri dalam aktiviti warisan budaya dengan mempromosikan ,melatih,
membangunkan dan mengekalkan tarian tradisional.

BAHAN RUJUKAN SAMPINGAN

Tari Klasik Istana Tari Daerah -tari sama

Tarian Piring Tarian Ulek Mayang


ULASAN FASILATOR

___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________

MINGGU 4

Topik Pembelajaran: Pembentangan perancangan program aktiviti Tarikh:2/11/2021


Tarian Tradisional

DISKRIPSI

Pada minggu keempat yang bertarikh 2 November,saya telah melibatkan diri dalam
perjumpaan yang kali keempat dijalankan secara talian di atas aplikasi ‘google meet’ .Aktivit
yang dijalankan adalah pembentangan oleh enam kumpulan yang terdiri daripada lima
anggota ahlinya.Pembentangan ini harus berkaitan dengan Tarian Tradisional Melayu.

Kumpulan pertama adalah dibentangkan oleh Shalini a/p Mani Arasu yang
bertopik’UMK got talent’.Projek ini terbahagi kepada dua aktiviti iaitu Pertandingan‘Tik Tok
dance Challenge’ dan Aktiviti ‘Glam Goddness(makeup workshop)’.Peserta yang menyertai
mana-mana aktiviti akan memperoleh e-sijil secara talian dan terdapat penyediaan hadiah
untuk Pertandingan’Tik Tok Challenge’ iaitu bagi tempat pertama akan memperoleh wang
tunai sebanyak RM100 dan tempat kedua pula sebanyak RM80 dan akhirnya untuk tempat
ketiga adalah sebanyak RM50.Pertandingan ‘Tik Tok Challenge’ adalah diadakan melalui
planform Facebook dan Instagram berdasarkan populariti penonton manakala bagi
Aktiviti’Glam Goddness(makeup workshop)’adalah dijalankan sepanjang sejam di
aplikasi’zoom’ dan teknik solek oleh pensyarah yang berpengalaman.

Kumpulan kedua telah membentangkan perancangan program Pertandingan Tarian


Tradisional menggunakan lagu tradisional.Pembentangan ini dilakukan oleh semua ahli
kumpulan iaitu Homili a/p P.Santhrasergan,Siti Mariambinti Hamid @Awang,Izzah Nadiah
Binti Ismail,Nor Emieylia Syuhada Binti Zukifili dan Noor Ezara Binti Baharudin.Sebelum
ini,,Homili telah menerangkan bahawa lagu tradisional adalah lagu-lagu yang tertua dan ia
tidak dapat dikesan bila lagu-lagu ini diperkenalkan pada mulanya. Bagi tatacara untuk
program ini,peserta dikehendaki untuk menggunakan lagu tradisional untuk
mempersembahkan tarian dengan menarik.Pemenang akan dipilih berdasarkan jumlah’views’
dan’likes’ yang diperoleh. Juara akan diberikan sebanyak RM170, naib Juara pula
sebanyakRM100, tempat ketiga pula sebanyak RM70 dan sagu hati tempat keempat dan
kelima akan diberikan RM50 masing-masing.

Topik seterusnya adalah ‘Tarian Gabung’yang dibentangkan oleh kumpulan


Muhammad Nur Syahmi Bin Othman.Syahmi telah memperkenalkan tarian gabung
merupakan tarian mempersembahkan aneka tarian tradisi Malaysia seperti Zapin
Melayu,Tarian Kipas Cina dan Bharatha Natyam Inida.Pertandingan ini diadakan melalui
planform ‘Tik Tok’ dan budget adalah sebanyak Rm400 iaitu juara sebanyak RM200,naib
johan pula sebanyakRM150 manakala tempat ketiga pula sebanyak RM50.Bagi kumpulan
keempat pula dibentangkan oleh kumpulan Muhammad Zulhaimi Bin Ahmad yang bertopik
PertandinganTarian Zapin.Pertandingan ini adalah berasaskan kumpulan yang terdiri
daripada 5 hingga 10 ahli dan masa yang diberikan hanya 5 minit.Kebanyakan adalah
disediakan pihak UMK seperti alatan muzik,banner,aksesori dan dewan dan pemenang akan
dianugerahkan dengan cenderamata.

Seterusnya,pembentangan yang bertopik Peragaan Pakaian Tradisional dilakukan oleh


kumpulan Alya Amani Binti Yusri.Pertandingan ini dilakukan aplikasi ‘Tik Tok’ dan
‘Instagram’.Peserta dikehendaki berpakaian berpakain kebaya seperti Baju Belah Kebaya
Panjang atau Kebaya Riau Pahang untuk mempersembahkan tarian mereka.Peserta juga
diberikan peluang untuk memakai aksesori seperti gandik dan sanggul lintang semasa
menari.Bagi kumpulan yang terakhir dibentangkan adalah bertopik Pertandingan Tarian
Traditional dan kumpulan yang terdiri daripada Angela Loke Mei Kuan,Naraqila Binti
Kharuddin,Ren Necya Yasun,Sonitah Jastin dan Felson Bin Petrus.Pertandingan ini
dijalankan secara online dan peserta dihendaki menghantar video tarian tradisional kepada
penganjur dan pemenang akan diberikan sebanyak RM100 bagi juara,RM70 bagi naib johan
dan RM50 bagi tempat ketiga.

Refleksi saya daripada program tersebut,tujuan untuk mengadakan pertandingan tarian


tradisional adalah untuk membolehkan generasi mengetahui tarian tradisional yang diwarisi
secara turun-menurun.Selain itu,tarian tradisional adalah penting kerana ia juga dijadikan
kebanggaan asset bangsa Malaysia..Oleh itu,kita haruslah memahami dan mengahrgai tarian
tradisional yang diwarisi turun-menurun supaya budaya kita tidak pupus.

BAHAN RUJUKAN SAMPINGAN

Baju Belah Kebaya Panjang Kerbaya Riau Pahang

Gantik Sanggul Lintang

ULASAN FASILATOR

___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
MINGGU 5

Topik Pembelajaran: Aplikasi Tari Tarikh:15/11/2021

DISKRIPSI

Pada minggu kelima yang bertarikh 15 November,saya telah melibatkan diri dalam
perjumpaan yang kali kelima dijalankan secara talian di atas aplikasi ‘google meet’ yang
dikendalikan oleh pensyarah Mohammad Khairullah bin Atan.Pensyarah.Topik
perbelanjaran yang dijalankan adalah aplikasi tari.

Dahulunya,gerak sembuh yang dilakukan dalam tarian ialah perlakuan yang


melambangkan penghormatan dan ketaatan rakyat kepada raja.Pergerakan ini merupakan
lambing kesopanan dan kesusilaan masyarakat Melayu amnya.Apabila tarian
dipersembahkan di hadapan khalayak umum,gerak sembah bukan lagi menjadi perlambangan
terhadap institusi diraja tetapi menunjukkan tanda hormat kepada penonton.

Terdapat pelbagai pergerakan sebelum tangan ditetapkan dalam posisi sembah.Telapak


tangan yang disusun dalam posisi sembah biasannya ke aras muka dan dirapatkan sama ada
di bawah daguatau di dahi.Pergerakan yang dipanggil Langkah,Kuda-kuda dan Limbai
Tangan merupakan pergerakan asas yang memberikan bentuk,struktur dan gaya dalam silat
Melayu.Apabila ketiga-tiga unsur ini digabungkan dan disusun secara berangkai mengikut
struktur yang tertentu,pergerakan ini dipanggil bunga silat.

Hormat Guru bermaksud perlakuan gerak berasaskan susunan Bunga Silat tertentu pada
permulaan dan pengakhiran Latihan sebagai tanda menghormati guru atau pergurusan.Bagi
bunga silat pula mengandungi tujuh pergerakan yang berasaskan tujuh kuda-kuda dan tujuh
limbai tangan.Bunga Silat kebiasaannya dilakukan sebelum,semasa dan selepas Latihan
sebagai tanda hormat kepada guru dan perguruan(hormat guru).

Langkah bermaksud bergerak menggunakan satu atau kedua-dua kaki berasaskan kuda-
kuda tertentu.Kuda-kuda bermaksud kedudukan kedua-dua belah kaki Ketika dalam keadaan
tetap atau pegun sama ada bersedia untuk melangkah,menyerang atau bela diri.Limbai tangan
bermaksud pergerakan tangan semasa bergerak atau Ketika melangkah.

Refleksi saya daripada perbelanjaran tersebut ialah saya telah mengetahui dan
memahami asas gerak sembah serta pergerakan berdasarkan unsur tari.Selain itu,saya juga
dapat melakukan asas gerak sembah,hormat guru,Langkah,Kuda-Kuda dan Limbai Tangan
serta gerak tari berdasarkan unsur tari seperti tubuh badan,masa,ruang dan harmoni dengan
betul dan konsisten melalui perbelanjaran.

BAHAN RUJUKAN SAMPINGAN

ULASAN FASILATOR

___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
MINGGU 6

Topik Pembelajaran: Tarian Rakyat Melayu Tarikh:19/11/2021

DISKRIPSI

Pada minggu keenam yang bertarikh 19 November,saya telah melibatkan diri dalam
perjumpaan yang kali keenam dijalankan secara talian di atas aplikasi ‘google meet’ yang
dikendalikan oleh pensyarah Mohammad Khairullah bin Atan.Pensyarah.Topik
perbelanjaran yang dijalankan adalah Tarian Rakyat Melayu.

Tari didefinisikan sebagai struktur budaya yang mempunyai system pergerakan.Ia juga
mencerminkan gaya atau bentuk dalam system pergerakan yang berstruktur khususnya
Kawasan,dialek,kumpulan atau komuniti.Jenis Tari Rakyat Melayu terbahagi kepada empat
jenis iaitu Asli,Inang,Zapin dan Joget.

Tari Rakyat Melayu Asli termasuklah Senandung,Gunung Sayang,Melayu Asli dan


tarian Dongdong Sayang manakala bagi Tarian Inang pula termasuklah Mak Inang
Lama,Inang Pulau Kampai dan Lenggang Mak Inang.Selain itu,beliau telah menceritakan
bahawa hampir semua taraian Zapin telah ditemui di seluruh negeri di Malaysia yang dikenali
sebagai : Zapin Melayu (Johor) ,Zapin Arab (Johor) , Zapin Pekan (Pahang) , Zapin
Terengganu(Terengganu) ,Zapin Sindang (Sarawak), Zapin Sebat (Sarawak),Zapin Tidung
(Sabah), Zapin Perak (Perak), dan Zapin Kelantan (Kelantan) dan akhirnya Tarian Joget
termasuklah Tandak,Joget Lambak dan Joget Moden.

Beliau juga menceritakan bahawa lenggang dan liuk dalam tari pergaulan
Melayu.Lenggang melibatkan pergerakan anggota tangan,lambalan,lenggangan dan lenggok
yang dihayun dari bahu hingga ke pergelangan tangan sewaktu menari sambal berjalan dan
tertakluk kepada paras-paras tertentu yang dihadkan manakala liuk merukan pergerakan
tubuh badan penari yang dilakukan sambal berpusing kekanan atau kekiri yang sekaligus
melibatkan Gerakan-gerakan menunduk dan mengayunkan badan.Pergerakan liuk juga
mengiringi pergerakan tangan sambal berjalan.Pergerakan meliuk tubuh dalam tari boleh
diibaratkan seperti “Lalang ditiup angin”.

Refleksi saya daripada perbelanjaran tersebut ialah pelbagai jenis tarian di dunia yang
menonjolkan kesenian dan kebudayaan sesuatu kaum atau bangsa.Di Malaysia,tarian
mencerminkan identity sesebuah masyarakat yang berbilang kaum.Oleh itu,tarian perlulah
dijaga keseniannya agar generasi akan dating dapat mengenali dan mempelajari tarian secara
mendalam dan tarian tradisional supaya tidak dilupakan oleh masyarakar akan datang.

BAHAN RUJUKAN SAMPINGAN

Inang Masri(Bertempo perlahan) Inang Lama(Bertempo Laju)

ULASAN FASILATOR
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________

MINGGU 7

Topik Pembelajaran: Majlis Perasmian Penutp PESKO 10&11 Tarikh:25/11/2021

DISKRIPSI

Pada minggu ketujuh yang bertarikh 25 November,saya telah melibatkan diri dalam
Majlis Perasmian Penutup PESKO 10& 11 secara siaran di atas aplikasi ‘Facebook’.Majlis
ini adalah diadakan di UMK Kampus Kota & Pantai Irama Bachok,namun saya tidak dapat
hadir secara fizikal disebakan pandemik Covid-19.

Perasmian majlis ini bermula dengan ucapan yang disampaikan oleh YBrs. Ts. Dr.
Saufi Bin Che Rusuli, pengerusi Pesta Konvokesyen Universiti Malaysia Kelantan Kali ke-
10&11 dan YBhg. Prof. Dr. Razli Bin Che Razak,Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal
Pelajar dan Alumni).Seterusnya, majlis pengacara telah membawa kita merasakan
kemeriahan jualan di tapak Pesko Pantai Irama,Bachok secara siaran.

Sebelum melangkah ke sesi penyampaian hadiah,Encik Sufian Nawawi telah


membawa persembahan dengan lagu ‘Memburu’.Suaranya merdu bagai bulan buluh
perindu.Terdapat beberapa katogeri pertandingan dalam sesi penyampaian hadiah iaitu
pertandingan “Tulisan Khat”, pertandingan “Video Pendek”,Pertandingan “Call of
Duty”,Pertandingan Catur Online kategori bawah 12 tahun dan Pertandingan “DR Freestyle
Challenge”.Sebelumnya majlis ini berakhir,Encik Baynik telah membawa lagu “JAMPI”.

Refleksi saya daripada majlis ini ialah saya telah memperoleh banyak ilmu
pengetahuan dan juga memperluaskan pengalaman.Contohnya,saya telah mempelajari teknik-
teknik permainan catur semasa menonton pertandingan tersebut.Sebagai mahasiswa yang
unggul,kita haruslah sentiasa meningkatkan kemahiran diri dari segi ilmu dan kemahiran
supaya tidak ketinggalan.

Persembahan sebelum majlis bermula Persembahan nyanyian

Jualan di tapak Pesko Pantai Irama,


Bachok secara siaran.

BAHAN RUJUKAN SAMPINGAN

https://m.facebook.com/peskoumk/
ULASAN FASILATOR

___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________

MINGGU 8 Tarikh:7/12/2022

DISKRIPSI

Pada minggu kesembilan yang bertarikh 7 Disember,saya telah melibatkan diri dalam
perjumpaan yang kali kesembilan dijalankan secara talian di atas aplikasi ‘google meet’ yang
dikendalikan oleh pensyarah Mohammad Khairullah bin Atan.Pensyarah.Topik
perbelanjaran yang dijalankan adalah Tarian Inang.

Beliau meneruskan pembelajaran minggu lepas iaitu Tarian Inang tetapi mengajar
teknik tarian lebih perician.Beliau telah mengajar lenggang Tarian Inang yang perlu diamlkan
samara menari.Untuk melakukan persembahan tarian yang lebih sempurna,beliau
membetulkan pelajar yang melakukan kesilapan semasa menari dengan sabar.Selepas
itu,beliau mengajar Tarian Inang dengan iramanya.Bagi saya,cabaran menari Tarian Inang
dengan iramanya agak menyukarkan.Contohnya,pergerakan semasa menari Tarian Inang.

Refleksi saya daripada perbelanjaran ialah saya dapat lebih memahami lebih mendalam
teknik Tarian Inang.Pada pendapat saya,memahami asas tarian amat penting untuk
berlangkah ke fasa yang seterusnya.Selain itu,senyuman semasa menari adalah penting untuk
meninggalkan tanggapan yang baik kepada pelanggan.

Lenggang Tarian Inang Postur semasa menari


Tarian Inang

ULASAN FASILATOR

___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________

MINGGU 9

Topik Pembelajaran: Tarian Inang da Tarian Joget Tarikh:16/12/2022

DISKRIPSI

Pada minggu kesembilan yang bertarikh 16 Disember,saya telah melibatkan diri dalam
perjumpaan yang kali kesembilan dijalankan secara talian di atas aplikasi ‘google meet’ yang
dikendalikan oleh pensyarah Mohammad Khairullah bin Atan.Topik perbelanjaran yang
dijalankan adalah Tarian Inang dan Tarian Joget.

Beliau telah mengajar Tarian Inang dengan menunjukkan posisi dan Teknik yang perlu
dimiliki semasa menari.Untuk kelas pembelajaran ini, beliau telah mengajar dua ragam
Tarian Inang.Beliau juga membetulkan pelajar yang melakukan kesalahan semasa dalam
menari tarian ini.Hal ini demikian posisi tarian yang salah akan menjejaskan keindahan tarian
dan juga menyumbang kecerdaraan.

Seterusnya,beliau telah mengajar konsep Tarian Joget.Joegt bermaksud tari atau tandak
yang dirujuk sebagai Lagu Dua atau ronggeng di Sumatera.Joget telah bertahan di tanah air
kita selama lebih daripada empat abd.Struktur joget dipengaruhi oleh tarian social masyarakat
Portugis di Melaka yang dikenali sebagai ‘branya’.Joget boleh ditarikan secara berpasangan
antara lelaki dengan perempuan.

Emsembel muzik yang sama dengan ensemble muzik tarian Melayu asli dan inang
digunakan lagu berentak joget.Contohnya,tamorin,flut dan gitar juga ditambahkan dalam
muzik joget.Tempo lagu joget biasannya laju daripada tempo inang dan asli.Penari
menghayunkan kaki ke hadapan dan menyilangkannya ke sisi yang lain secara berganti-
ganti.Repertor tarian joget yang baik biasanya digarap dengan mengambil kira susunan ragam
yang bersesuaian dengan pola melodi atau bahagian lagu tertentu.

Refleksi saya daripada pembelanjaran ini ialah saya telah mempelajari cari menari
Tarian Inang.Saya akan berlatih Teknik tarian Inang yang disampaikan oleh beliau disebakan
tidak kebiasaan dengan tarian ini.Selain itu,saya juga mempelari ilmu pengetahuna tentang
Tarian Joget seperti emsembel muzik.

BAHAN RUJUKAN SAMPINGAN


Rebana Gong

ULASAN FASILATOR

___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________

MINGGU 10 Tarikh:15/1/2022
MINGGU 11 Tarikh:11/1/202
Topik Pembelajaran: Bicara Seni (Tradisi Melangkau Zaman)

DISKRIPSI

Pada minggu kesembilan yang bertarikh 11 Januari,saya telah melibatkan diri dalam
Bicara Seni (Tradisi Melangkau Zaman) di atas aplikasi ‘google meet’.Moderator majlis
dikendalikan oleh pensyarah Mohammad Khairullah bin Atan.Program ini dijalankan selama
dua jam dari pukul 4 petang hingga pukul 6 petang.

Pada mulanya,para penonton dikehendaki untuk mengambil kehadiran melalui “google


form”. Pada pukul 4 petang, program ini dimulakan dengan persembahan tarian
tradisional .Persembahan ini sangat menarik dan sayat amat mengagumi.Selepas itu,Encik
Mohd Hairil Anuar Bin Bari memberi ucapan tentang langkah-langkah mempromosikan
tarian tradisional.

Pelbagai ilmu telah diperoleh daripada ucapan yang disampaikan oleh beliau.Selepas
itu, “Q &A Session” dibuka kepada para penonton.Antaranya soalan yang dipersoalkan
termasuklah cara memupuk minat anak muda terhadap tarian tradisional dan cara
memperkenalkan tarian tradisional kepada generasi muda.

Refleksi saya daripada program ini ialah saya telah mepelajari pelbagai ilmu dari segi
cara untuk memumpuk minat anak muda terhadap anak muda terhadap tarian
tradisional.Contohnya,kempen kesedaran merupakan cara yang amat berkesan untuk
memupuk minat terhadap tarian tradisional.Bukan itu shaja,para pihak termasuklah ibu
bapa,media massa dan pihak sekolah harus bekerjasama memperkenalkan tarian tradisional
yang diwarisi secara turun-menurun.
Q &A Session Persembahan tarian tradisional

BAHAN RUJUKAN SAMPINGAN

https://meet.google.com/nuk-eyhh-jcz

https://docs.google.com/forms/d/1N2APHGa07gr-ySJuhf0DZBvIZ5rGaiwlpvlTA3BuBhM/
edit?usp=sharing

ULASAN FASILATOR

___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
MINGGU 12 Tarikh:15/1/2022
MINGGU 13 Tarikh:18/1/2022

DISKRIPSI

Pada minggu ke-13 yang bertarikh 18 Januari, saya telah melibatkan diri dalam
perjumpaan kali tigabelas dijalankan secara talian di atas aplikasi ‘google meet’ yang
dikendalikan oleh pensyarah Mohammad Khairullah bin Atan.Pembelajaran yang
disampaikan adalah Tarian Zapin.

Zapin berasal daripada tradisi tari zaffin dari Hadramaut.Zapin juga dikenali sebagai
jipin,jepin,japin,zafin dan dana.Walaupun tarian zapin cukup sinonim dengan negeri
Johor,namun terdapat juga pelbagai jenis di negeri-negeri lain di seluruh Malaysia. Mula-
mulanya,zapin di desa ditarikan oleh gologan lelaki sahaja.Kemudiannya,gologan Wanita
turut berzapin namun dilakukan sesame mereka tanpa melibatkan percampuran gologan
lelaki.Setelah zapin berkembang luas,tarian ini mula ditarikan secara berpasangan antara
penari lelaki dengan wanita.

Zapin Malaysia merupakan hasil karya Allahyarham Said Manaf yang pernah bertugas
sebagai jurulatih tari untuk Kumpulan Budaya Negara di Kompleks Budaya
Negara(KBN).Zapin ini dikembangkan daripada gerak asas zapin yang dipelajari oleh beliau
semasa bergiatdi pentas ronggeng..Tarian zapin dalam ruangan tradisional lebih dikenali
sebagai “permainan” yang mementingkan improvisasi dan kebolehan bermain ragam tari
tanpa dirancang.

Kebanyakkan zapin dipersembahkan dengan pergerakan yang lincah.Namun begitu,


terdapat juga zapin yang ditampilkan dengan pergerakan yang perlahan bergantung kepada
tempo lagu yang dimainkan.Penari kebiasaannya tidak merancang ragam tari yang akan
ditarikan sepanjang lagu malah ragam tari akan disebut dan pola lantai disusun secara
spontan sepanjang persembahan.

Refleksi saya daripada perbelanjaran tersebut,keunikan tarian zapin berkait rapat dan
sangat senonim dengan masyarakat di Malaysia yang terdiri daripada pelbagai
bangsa,keturunan,agama dan nilai kebudayanya.Namun begity,keunikan tarian zapin secara
beransur-ansur dilupakan oleh generasi muda pada masa kini.Pada pendapat saya,semua
pihak seperti kerajaan,ibu bapa,media social dan lain-lain hendaklah bekerjasama untuk
menggalakan tarian ini kepada masyarakat dalam Malaysia.
BAHAN RUJUKAN SAMPINGAN

Diaspora Zapin di Malaysia Struktur Pergerakan Tarian Zapin


Malaysia

Struktur persembahan tarian zapin

ULASAN FASILATOR

___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
MINGGU 14 Tarikh:21/1/2022

DISKRIPSI

Pada minggu terakhir yang bertarikh 21 Oktober,saya telah melibatkan diri dalam
perjumpaan kali terakhir dijalankan secara talian di atas aplikasi ‘google meet’ yang
dikendalikan oleh pensyarah Mohammad Khairullah bin Atan.Pembelajaran yang
disampaikan adalah kepentingan tarian tradisional.

Budaya tarian tradisional telah diancam dan semakin mengalami kepupusan.Terdapat


pelbagai punca yang menyebabkan fenomena berlaku termasuklah budaya asing yang lebih
menarik.Contohnya,generasi muda lebih berminat “breakdance”,”hip-hop,”popping” dan
sebagainya.Tidak dapat dinafikan bahawa tarian tradisional adalah sangat penting untuk
dikekalkan kerana ia merupakan identiti kita.

Tarian tradisional adalah penting untuk melambangkan identity negara.Antaranya tarian


tradisional yang terdapat di Malaysia ialah tarian Inang, Joget, Zapin dan Melayu Asli.
Kedudukan tarian tradisional tidak setinggi berbanding dengan zaman dahulu,namun ia
digunakan sebagai hiburan.Walaupun tarian tradisional telah diwarisi secara turun-menurun
tetapi makna dan asal usulnya telah dilupai oleh masyarakat ini.

Selain itu,tarian tradisional adalah penting untuk dikekalkan untuk kesimbangan


tamadun kita.Melalui tarian tradisional,kita mengetahui asal usul dan tidak akan lupa daratan
kita.Contohnya,tarian Portugis mengingatkan kita tentang kedatangan Portugis.Dengan
itu,kita akan menerapkan pelajaran dan tidak akan mengulangi kesalahan yang sama.

Refleksi saya daripada perbelanjaran tersebut,saya mengetahui kepentingan untuk


mengekalkan tarian tradisional.Sebagai generasi muda,kita memainkan perananan yang
penting untuk mengembangkan tarian tradisional termasuklah menganjurkan kempen.

BAHAN RUJUKAN SAMPINGAN


Tarian Rakyat Tradisional Portugis

ULASAN FASILATOR

___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________

You might also like