You are on page 1of 12

Sibu merupakan bahagian yang ketiga daripada dua belas bahagian di Sarawak dan

dikenali sebagai bandar yang mempunyai banyak orang Cina Foochow. Sebelum tahun 1901,

kawasan Sibu dikenali sebagai Malin. Hal ini dikatakan demikian kerana kawasan tersebut

pada awalnya merupakan sebuah kampung yang kecil dan kebanyakannya terdiri daripada

orang Melayu. “Sibu” dalam bahasa Melayu juga dikenali sebagai sejenis buah hutan, iaitu

rambutan merah yang masam. Selepas tahun 1870, nama Sibu mulai kerap kelihatan dalam

penulisan di “Sarawak Gazette”. Menurut orang tua tempatan, nama Sibu yang datang

daripada nama “Buah Sibu” pada masa itu merupakan sebutan buah rambutan bagi orang

Iban. Pada 1 Jun 1873, Malin diisytiharkan sebagai salah satu bahagian dalam Sarawak dan

ditukar nama kepada Sibu. Pada ketika itu, masyarakat Cina yang berasal dari daerah

Hokkien wilayah Changchow datang ke Sibu bertujuan untuk menjalankan perdagangan di

Sibu. Namun begitu, Sibu telah mengalami kebakaran pada tahun 1889 sehingga

melambatkan perkembangan pembangunan bandar Sibu. Kemasukan orang Foochow secara

beramai-ramai di bawah pimpinan Wong Nai Siong sejak tahun 1901 telah membawa

perkembangan dan pembangunan bandar Sibu. Masyarakat Foochow telah memberi

sumbangan yang penting dalam perkembangan bandar Sibu dalam semua aspek dengan

bantuan pihak gereja Methodist dan pihak kerajaan Brooke.

1
Pada awal kurun ke-20, terdapat tiga kumpulan imigran China telah datang ke

Lembangan Rajang Sarawak untuk tujuan meneroka. Kedatangan golongan imigrian ini

dikaitkan dengan perjanjian Raja Charles Brooke pada tahun 1901 dan perjanjian tersebut

merangkumi banyak perkara seperti penghijrahan, kewangan, pinjaman, kemudahan, tanah,

perlindungan dan aktiviti pertanian. Komuniti Foochow dapat berkembang dengan pesat

sehingga membentuk Foochow baru di Sibu. Kumpulan pertama yang dibawa oleh Wong

Nai Siong kebanyakannya terdiri daripada orang Foochow dari Wilayah Fujian di China

Selatan secara berperingkat pada awal tahun 1901. Kumpulan yang seterusnya dibawa oleh

Teng Kung Shook yang berasal dari Wilayah Guangdong di China Selatan telah sampai ke

Sarawak pada tahun 1902 manakala kumpulan yang ketiga terdiri daripada orang Xinghua

dari Wilayah Fujian.

Wong Nai Siong merupakan tokoh pertama yang membawa masyarakat Foochow ke

Sarawak. Pada tahun 1901, masyarakat Foochow di bawah pimpinan Wong Nai Siong telah

berhijrah beramai-ramai ke Sibu iaitu di sekitar Sungai Rejang, Sarawak. Kawasan yang

paling awal diduduki dikenali sebagai Seduan. Kemudian masyarakat Foochow ini semakin

berkembang dan seterusnya tersebar ke seluruh Timur Sarawak, Brunei, dan Sabah. Wong

Nai Siong telah menamakan kawasan tersebut sebagai Foochow baru. Antara tahun 1901

sehingga 1902, beliau telah berjaya membawa masuk ribuan orang Foochow untuk

menerokai Sibu. Pada tahun 1903, seorang lagi tokoh iaitu Lin Shin Mei telah memimpin

lima ratus orang Foochow datang ke Tanah Melayu di Setiawan.

Namun begitu ,Wong Nai Siong telah diburu kerana beliau didakwa terlibat dalam

kegiatan membelot negara disebabkan beliau telah terlibat dalam Gerakan membela nasib dan

kebajikan rakyat di China. Oleh itu, beliau terpaksa melarikan diri ke Singapura pada bulan

September 1899 untuk menggelakkan diri daripada diburu. Beliau ingin mencari satu tempat

2
baru yang sesuai untuk memulakan kehidupan baru. Melalui bantuan Ling Wun King dan

Wong Zhang Shui, beliau berjaya memasuki Sarawak.

Bermula dari tahun 1899, beliau telah menghabiskan masa selama setengah tahun

untuk mencari kawasan yang sesuai supaya beliau dapat membina tapak baru masyarakat

Foochow. Pada April 1900, beliau sampai ke Sarawak dan merantau di sekeliling Sungai

Rejang1 selama tiga belas hari. Beliau mendapati bahawa Sungai Rejang mempunyai

tumbuhan yang subur dan gunung-ganang yang mempunyai tasik. Terdapat dua puluh lebih

keluarga pedagang Cina menetap di Sarawak untuk menjalankan perniagaan dengan

penduduk tempatan. Sementara itu, Sarawak tidak mempunyai binatang liar yang boleh

mengancam keselamatan manusia.

Dengan ini, beliau memilih kawasan sekitar Sibu sebagai kawasan pertapakan baru

bagi rombongan imigran orang Foochow.2 Lau Ka Zhuo merupakan peneroka kedua di Sibu

setelah Wong Nai Siong.Beliau sampai di Sibu pada Mac 1901. Beliau telah banyak

menolong Wong Nai Siong dalam kerja-kerja penerokaan Sibu. Beliau menetap di Kampung

Nang Chong Sibu setelah sampai di Sibu dan banyak menyumbang kepada masyarakat

Foochow di sana. Beliau telah membina jeti pada tebing sungai Kampung Nang Chong untuk

dijadikan pelabuhan, terutamanya pelabuhan untuk kapal Barat yang datang dari Eropah.

Beliau menjadi pembantu James M. Hoover iaitu pendakwah dari Amerika Syarikat setelah

Wong Nai Siong balik ke China. Lau Ka Zhuo turut menjadi pemimpin masyarakat Foochow

di kawasan daerah Sibu. Pada tahun 1926, Raja Brooke telah melantik beliau sebagai

pentadbir Sibu.

Kegiatan ekonomi orang Foochow di Sibu pada tahap awalnya adalah bersifat sara diri dan

hanya dapat menampung keperluan kehidupan dan menyara keluarga mereka sendiri. Hal ini

menyebabkan ekonomi mereka tidak bersifat komersail dan jarang berlaku lebihan hasil.

3
Pada masa itu, orang Foochow ditempatkan di luar bandar manakala dialek China lain

seperti Kantonis ditempatkan di kawasan bandar. Maka, faktor persekitaran telah mendorong

orang Foochow hanya menceburi aktiviti pertanian, penangkapan ikan dan udang di tepi

sungai, peternakan dan sebagainya sebagai asas untuk menampung kehidupan mereka.

Hampir separuh orang Cina di Sarawak pada hari ini terlibat dalam bidang pertanian. Ini

dianggap sebagai satu situasi yang unik di kawasan Asia Tenggara dan juga petempatan lain

orang Cina seberang laut manakala Orang Foochow juga tidak terkecuali. Masyarakat

Foochow seperti masyarakat Hakka juga berfikiran luar bandar dan mempunyai kesedaran

yang tinggi terhadap penggunaan tanah.3 Selain itu, orang Foochow juga mengusahakan

tanaman tebu. Namun, tanaman tebu gagal diusahakan kerana tanah Sarawak kurang subur

dan sesuai untuk tanaman tebu. Selain pertanian sara diri, orang Foochow juga menjalankan

aktiviti peternakan seperti menternak ayam, itik dan khinzir liar.

Orang Foochow juga menjalankan aktiviti pertanian komersil iaitu tanaman lada

hitam. Hal ini kerana lada hitam merupakan komoditi eksport utama Sarawak pada awal abad

ke-20. Namun, penanaman lada hitam lebih popular dalam kalangan orang Foochow setelah

kedatangan mereka ke Sibu pada awal 1900.4 Lada hitam diusahakan apabila petempatan

orang Foochow meluas dari hulu sungai sehingga ke Durin dan dari hilir sungai hingga ke

Bukit Lan.5Seterusnya, pengenalan getah oleh pihak gereja Methodist pada 1906 telah

memulakan aktiviti perusahaan getah dalam kalangan orang Foochow. Wong King Ho telah

membawa masuk bijih benih6 getah pertama dan menjalankan percubaan penanaman getah

sebanyak 3000 pokok getah di kawasan Sungai Sadit. Di Kawasan Sungai Ensurai pula,

Encik Kuo Yew Chuo cuba mengusahakan sebanyak 1000 pokok getah. Setelah berjaya

dalam percubaan perusahaan getah, pihak gereja Methodist Sibu membawa masuk lagi bijih

benih getah dari Kuala Lumpur dengan jumlahnya sepuluh juta biji benih. Maka, bermulalah

penanaman getah secara besar-besaran dalam kalangan orang Foochow di Sibu.

4
Pengenalan teknologi penggergajian kayu yang bersaiz 18 ichi oleh J.Hoover telah

menjadi titik permulaan bidang pembalakan di Sibu. Pelbagai industri kayu balak di

Sibutelah ditubuhkan untuk memenuhi keperluan bidang pembalakan. Namun, perkembangan

awal perusahaan kayu balak di Sibu tidak begitu pesat. Secara umumnya, perkembangan

aktiviti pembalakan di Sibu boleh terbahagi kepada tigs tahap , iaitu tahap akhir 1940-an

hingga awal 1960 , 1920-an hingga 1930-an dan selepas Perang Dunia Kedua. Sebagai

buktinya, selepas Perang Dunia Kedua, orang Foochow mula menjadi kumpulan yang

dominan dalam penguasaan sektor pembalakan.

Tambahan pula, konsep perbankan orang Foochow bermula daripada amalan

mengirim wang kepada ahli keluarga di China sejak kedatangan mereka di Sibu. Hal ini

dikatakan demikian kerana kebanyakan orang Foochow amat menitikberatkan nafkah

kehidupan keluarganya di China. Kehidupan keluarga mereka di China tidak terjamin jika

tanpa mempunyai aktiviti mengirim wang. Walau bagaimanapun, aktiviti mengirim wang

adalah aktiviti berrisiko tinggi dan tidak selamat. Disebabkan aktiviti mengirim wang itu

adalah berisiko tinggi, system “travelling merchants” diperkenalkan untuk menangani

masalah tersebut. Sistem ini akan memberi jaminan kepada perkhidmatan mengirim wang

iaitu memastikan proses pengiriman wang ke China adalah lancar dan selamat. Disebabkan

ketinggian permintaan proses pengiriman wang, ini telah mendorong pembentukan Sherwood

Bank sebelum Perang Dunia Kedua. Penubuhan ini diasaskan oleh Chen Chan Tang, seorang

Foochow Kutien bersama dengan beberapa kawannya. Demi tujuan untuk memudahkan

segala akktiviti yang berkaitan proses pengurusan pengiriman wang,penubuhan ini telah

menubuhkan cawangannya di Singapura disebabkan Singapura pada masa itu merupakan

pusat perdagangan dan komersil di Asia Tenggara. Oleh itu, penubuhan Sherwood Bank telah

memberi peranan perantaraan dengan komuniti Foochow di Sibu dengankeluarga rapat di

China.7 Namun, selepas berlakunya Perang Dunia Kedua, peranan Sherwood Bank telah

5
diambil alih oleh Bank Negara.8 Konsep pengiriman wang telah menjadi asas pembentukan

Bank Hock Hua pada 1952. Penubuhan pada mulanya dicadangkan oleh sekelompok peniaga

Foochow dan beberapa doctor pada 8 April 1951. Akhirnya, cadangan ini telah membawa

kepada pembentukan Bank Hock Hua dengan kelulusan akta syarikat Sarawak pada 8

November 1951 atas kegighan dan usaha para peniaga Foochow9. Bank Hock Hua bermaksud

“intipati Foochow” yang merangkumi kombinasi antara modal, kegigihan dan koperasi

sesame komuniti Foochow.10 Secara rasminya, Bank Hock Hua mula beroperasi pada 1Mac

1952 dan diletakkan di tingkat bawah bangunan Persatuan Foochow Sibu.

Dalam aspek sosial, masyarakat Foochow lebih bertumpu kepada agama kristian

secara mendalam di Sibu. Agama Kristian Methodist ini telah dibawa sejak kemasukan orang

Foochow di Sibu di bawah pimpinan Kangchu Wong Nai Siong pada 1901. Ini bererti

bahawa kemasukan orang Foochow ke Sibu di bawah pimpinan Kangchu Wong Nai Siong

secara tidak langsung membawa masuk agama Kristian Methodist pada 1901. Hal ini telah

menyebabkan penubuhan gereja Methodist untuk meluaskan pengaruh agama Kristian di

Sarawak. Bukan itu sahaja, dasar liberal kerajaan Brooke juga mendorong agama Kristian

Methodist dapat bertapak di Sibu secara bebas tanpa sebarang kawalan. Kerajaan Brooke

mempunyai hasrat untuk mewujudkan sebuah kerajaan yang stabil diberkati oleh Tuhan. 11

Secara tidak langsung, dasar ini telah memudahkan agama Kristian disebarkan sehingga

mengukuhkan kedudukan politik kerajaan Brooke di Sarawak. Pada peringkat awal, matlamat

penyebaran agama Kristian Methodist bertujuan untuk mentamadunkan masyarakat bukan

barat kerana agama Kristian Methodist bukan hanya terhad kepada orang barat tetapi juga

kaum lain. Agama Kristian Methodist berperanan penting dalam aspek kehidupan orang

Foochow. Pihak gereja telah menjaga dan melindungi perkembangan komuniti Foochow

sepanjang masa. Hal ini telah mewujudkan hubungan yang rapat antara pihak gereja

Methodist dengan masyarakat Foochow. Gereja Methodist biasanya dibina berhampiran

6
dengan kawasan petempatan orang Foochow untuk memudahkan masyarakat Foochow

menyertai segala aktiviti yang dianjurkan oleh pihak gereja Methodist. Tamsilnya,

penganjuran Hari Krismas, Hari Paskah dan sebagainya pada setiap tahun. Pada tahun 1903,

gereja Methodist pertama iaitu Gereja Sin Ann telah didirikan di Sungai Merah. Bilangan

gereja Methodist di Sibu telah bertambah kepada lima buah pada tahun 1906 dengan jumlah

pengikutnya meningkat kepada 14000 orang. Pada tahun 1930, terdapat 15 buah gereja

Methodist dan 113 missionari Kristian Methodist di Sibu. Pihak gereja Methodist telah

memberi panduan hidup kepada masyarakat Foochow dengan memupuk nilai murni ajaran

Kristian yang baik. Masyarakat Foochow di Sibu sentiasa mematuhi dan akur terhadap ajaran

Kristian dengan tidak mudah dipengaruhi oleh amalan yang buruk.

Aspek pendidikan juga merupakan satu elemen yang penting dalam perkembangan

sosial orang Foochow. Hal ini kerana pendidikan dianggap sebagai satu budaya dan tradisi

nenk moyang turun-temurun. Perkara ini bererti pendidikan dengan elemen budaya tidak

dapat dipisahkan. Orang Foochow melihat pendidikan sebagai satu elemen yang penting

dalam meneruskan dan mempertahankan budaya masing-masing. Dengan itu, amalan tradisi

budaya tidak akan berlaku kepupusan. Secara umumnya, Pendidikan bertujuan untuk

memupuk nilai kekeluargaan dalam kalangan masyarakat Foochow. Selain itu, pendidikan

juga penting sebagai kapitas modal insan dalam pembangunan sosial orang Foochow. Hal ini

disebabkan pendidikan membolehkan orang Foochow terdedah kepada ilmu pengetahuan dan

akhirnya menjadi orang yang berguna. Ini bererti orang Foochow boleh mengaplikasikan

segala ilmu pengetahuan sedia ada dalam kehidupan mereka. Dengan itu, masa depan orang

Foochow terjamin dan ini bererti mereka akan disanjung tinggi oleh masyarakat dengan

memiliki status dan prestij yang tinggi. Maka, keadaan ini akan membawa kepada kekayaan

dan kemakmuran generasi Foochow. Unsur tradisi nenek moyang telah mendorong orang

Foochow menekankan pendidikan sejak kecil sehingga mereka membentuk sistem

7
pendidikannya tersendiri. Pihak gereja Methodist telah memperkenalkan pendidikan formal

di Sibu. James Hoover berperanan sebagai tokoh pendidikan yang penting di Sibu telah

mendirikan sekolah lelaki yang dikenali sebagai Sekolah Guan Ann dan bilangan pelajar

seramai 30 orang pada tahun 1905. James Hoover turut berkhidmat sebagai guru bahasa

Inggeris. Sukatan pendidikan yang diperkenallan oleh James Hoover adalah berbentuk

dwibahasa iaitu bahasa Inggeris dan bahasa Cina. Pendidikan dwibahasa bertujuan untuk

memastikan kanak-kanak Foochow bukan sahaja menguasai bahasa Inggeris bahkan bahasa

ibunda. Di samping itu, pihak gereja Methodist juga mempelbagaikan sukatan pelajaran yang

merangkumi bahasa Melayu dan dialek lain dalam pendidikan Foochow supaya kanak-kanak

Foochow dapat berkomunikasi dengan kaum lain. Sekolah perempuan Methodist telah

diperkenalkan oleh pihak gereja Methodist pada tahun 1911 dan bilangan pelajar adalah

seramai 15 orang. Sekolah tersebut berfungsi sebagai tempat peluang pendidikan bagi

golongan perempuan Foochow yang berasaskan teori dan partikal dalam kehidupan. Dengan

ini, golongan wanita Foochow dapat melatih diri dan berdikari dengan menguasai segala ilmu

perubatan dan pemakanan. Di kawasan luar bandar, terdapat banyak sekolah rendah telah

dibina dari tahun 1907 hingga tahun 1924. Misalnya, sekolah rendah Kwong Hua, sekolah

rendah Su Lai, sekolah rendah Jin Nam, sekolah Chung Cheng dan sekolah Zhong Hua.

Sukatan pelajaran sekolah rendah adalah berorientasi China dan guru diimport dari China dan

buku teks serta segala kokurikulum pelajaran mempunyai unsur kechinaan yang kuat.

8
Kesimpulannya, sejarah orang Foochow di Sibu dari tahun 1901 ke tahun 1963 telah

memberi impak yang besar terhadap perkembangan “Maling” iaitu nama Sibu dahulu .

Golongan Foochow telah berjaya membentuk bandar Sibu semakin unik dari segi budaya dan

ekonomi berbanding dengan orang Hokkien yang tinggal lama di Sibu. Kangchu Wong Nai

Siong telah banyak menyumbang dan melibatkan diri dalam transformasi masyarakat

Foochow di Sibu. Secara tidak langsung, kedatangan orang Foochow juga telah membawa

masuk agama Kristian dan gereja Methodist sehingga menjadi tulang belakang kepada

transformasi masyarakat Foochow. Kedudukan dan hak golongan wanita Foochow yang

mendapat pendidikan telah diiktiraf oleh gereja Methodist. Bukan itu sahaja, perubahan dari

segi sosioekonomi membolehkan orang Foochow yang bersemangat kental mendapat peluang

dalam kehidupan sehingga mereka telah berjaya dalam pelbagai sektor ekonomi.Pencapaian

mereka dalam ekonomi juga telah mengukuhkan kedudukan politik orang Foochow di Sibu.

Oleh itu, generasi muda Sibu seharusnya menghargai sumbangan dan pengorbanan tokoh

Wong Nai Siong dan masyarakat Foochow yang berjaya membangunkan bandar Sibu.

9
1
Pusat Pengajian Wong Nai Siong, 2007, (Wong Nai Siong, Tokoh), Hong Kong, Hlm.35
2
Meng Lei Wong, Pioneer Trail of Foochow 2005, Hlm.82
3
Craig A. Lockard, Chinese Immigration and Society in Sarawak 1868-1917, Sarawak: Sarawak

Chinese Cultural Association, 2003, Hlm. 116


4
Keat Gin Oai, Of Free Trade and Nativve Interests: The Brookes and the Economic Development of

Sarawak, 1841-1941, Hlm, 180


5
James C. Jackson, Sarawak: Satu Kajian Ilmu Alam Tentang Sebuah Negeri Yang Sedang

Membangun, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1976, Hlm, 55.
6
Meng Lei Wong, The Ku-tien Nanyang Migration Story, Sibu: Sarawak Kutien Association, 2010,

Hlm. 77.
7
Jin Yih Ching, Dari gunung ke estet getah: Foochow Kutien Peneroka dan Pembukaan Tanah ,

Perak: Persatuan Kutien Manjung Perak, 2010, Hlm. 54.

Meng Lei Wong , The Ku-tien Nanyang Migration Story, Hlm. 101
8
?Terbitan Ulangan Tahun ke-90 petempatan orang Foochow di Sibu, Sibu: Persatuan Foochow Sibu,

1991, Hlm. 334.


9
Jin Yih Ching, Dari gunung ke estet getah: Foochow kutien peneroka dan pembukaan tanah, Perak:

Persatuan Kutien Manjung Perak, 2010, Hlm. 50.


10
San Tong Lao dan Ing Seng Tien, Journal kajian Sarawak Cina, Sibu: Sarawak Chinese Cultural

Association, 1992. Hlm. 104.


11
Keat Gin Oai, ‘Mission Education in Sarawak During the Period of Brooke Rule, 1840-1946’.

Sarawak Museum Journal, Vol.XLII, No.63, Dis. 1991. Hlm. 289.


Bibiografi
Buku

1. Chin, John M. The Sarawak Chinese, Kuala Lumpur: Oxford University Press, 1981.

2. Jin Yih Ching, Dari gunung ke estet getah: Foochow kutien peneroka dan pembukaan tanah,

Perak: Persatuan Kutien Manjung Perak, 2010.

3. Jackson, James C., Sarawak: Satu kajian ilmu alam tentang sebuah negeri yang sedang

membangun, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1976.

4. Leigh, Micheal., The Chinese Community of Sarawak: A Study of Communal, Relations,

Singapore: Malaysia Publishing House, 1964.

5. Chooi Kwa Lim, The History of Chinese in Malaysia, Selangor: The Federation of

Alumi Association of Taiwan Universities, Malaysia, 1984.

6. Nelson Hii, Sejarah Masyarakat Foochow Cina Foochow Di Sibu, Sarawak, 1901-1963, Kuala

Lumpur: Jabatan Sejarah Fakulti Sastera dan Sains Sosial Univerisiti Malaya, 2012-2013.

7. Keat Gin Oai, Of Free Trade and Native Interests: The Brookes and the Economic

Development of Sarawak, 1841-1941, Kuala Lumpur: Oxford University Press, 1997.

8. Poritt, Vernon L. British Colonial Rule in Sarawak, 1946-1963. Kuala Lumpur: Oxford

University Press, 1997.

9. Ju-K’ang Tien, The Chinese of Sarawak: A Study of Social Structure, Monograph on Social

Anthropology, No.12, London: The London School of Economics and Politics Science, 1956

10. Meng Lei Wong, Pioneer Trail of Foochow, Sibu: Persatuan Foochow Sibu,2005

Temubual

1. Temubual dengan Wong Meng Lei (Pengarang Akbar Methodist, Sibu, Sarawak) secara atas

talian pada jam 3:09 petang bertarikh 9 hingga 11 April 2020.

You might also like