You are on page 1of 13

KEMUNCULAN MASYARAKAT

PELBAGAI KAUM DI SABAH


DAN SARAWAK
PENGHIJRAHAN BURUH ASING KE SABAH
Orang cina
• Kemasukan orang cina di Sabah agak berbeza dengan Tanah Melayu
kerana kedatangan mereka tidak didorong oleh pembukaan kawasan
lombong bijih timah. Sebaliknya kedatangan mereka berlaku akibat galakan
daripada syarikat- syarikat tembakau dan Syarikat Berpiagam Borneo Utara
British (SBBU).
• Pada tahun 1880-an, ladang tembakau mula dibuka di Sabah dan hampir
semua tenaga buruhnya dibawa masuk dari China. Selain itu,
perkembangan perusahaan getah pada awal abad ke-20 juga menarik
perhatian buruh asing Cina untuk datang ke Sabah. Pada tahun 1930,
terdapat 30 buah ladang getah dengan hampir separuh tenaga buruhnya
terdiri daripada orang Cina.
Orang india
• Orang india seperti masyarakat yang lain mula bertapak di Sabah sejak di bawah
pentadbiran SBBU. Pada awalnya, kehadiran mereka lebih tertumpu dalam beberapa
sektor tertentu seperti bidang pentadbiran, sokongan dan teknikal.
• Mereka terdiri daripada orang Sikh, Pathan, Telegu dan Tamil yang ditempatkan di
beberapa buah jabatan kerajaan seperti Jabatan Audit, Pelabuhan, Pos dan Telegraf,
Keselamatan, Polis dan Penjara. Mereka diambil berkhidmat sebagai kakitangan sama
ada pada peringkat pentadbiran mahupun pada peringkat bawahan.
• Perkembangan ini memperlihatkan cara kemasukan mereka agak berbeza dengan orang
india dia Tanah Melayu, terutamanya orang Tamil yang dibawa masuk untuk bekerja
sebagai buruh di ladang- ladang getah. Sebaliknya orang india di Sabah dibawa masuk
untuk mengisi jawatan dalam pelbagai jabatan kerajaan di bawah pentadbiran SBBU.
• Keadaan ini berlaku kerana SBBU menghadapi masalah kekurangan kakitangan akibat
keengganan bangsa Eropah yang lain untuk datang berkhidmat di Sabah atas alasan
bahawa negeri itu masih mundur. Mereka lebih gemar dihantar berkhidmat ke Hong Kong
atau Singapura.
PENGHIJRAHAN BURUH ASING KE SARAWAK
Orang cina
• Orang cina merupakan kelompok terbesar dalam kalangan masyarakat bukan bumiputera yang meliputi
23.3 peratus daripada jumlah penduduk Sarawak. Kawasan petempatan mereka tertumpu di bandar-
bandar besar. Orang cina di Sarawak dibahagikan kepada beberapa suku kaum seperti Hokkien,
Foochow, Hakka, Teochew, Kantonis dan Henghua. Mereka bertutur menggunakan bahasa Mandarin dan
Hokkien.
• Sebelum kedatangan James Brooke pada tahun 1840, terdapat sejumlah kecil orang cina yang telah
menetap di Sarawak. Mereka menjalankan beberapa kegiatan seperti berdagang, melombong emas dan
bercucuk tanam. Orang cina semakin ramai berhijrah ke Sarawak menjelang akhir abad ke-19, iaitu
semasa pemerintahan Charles Brooke. Kebanyakan mereka berasal dari China Selatan, iaitu wilayah
Canton, Fukien dan Kwantung.
• Mereka tidak datang secara langsung dari China, tetapi melalui kawasan Sambas- Pontianak di
Kalimantan. Kongsi Cina daripada suku kaum Hakka telah melombong emas di kawasan itu sejak tahun
1760- an. Apabila Belanda menguasai kawasan pantai barat Kalimantan pada tahun 1823 dan longgokan
emas pula semakin kurang di kawasan itu pada tahun 1830- an, pelombong cina mula berpindah ke
tempat lain.
• Pada tahun 1841, pelombong cina dari Sambas mula berpindah ke kawasan Bau di hulu Sungai Sarawak.
Sebelum kemasukan mereka secara besar- besaran, sebilangan kecil orang cina telah melombong emas
di Bau sehingga awal tahun 1840-an, hampir semua orang cina di Sarawak adalah dari suku kaum
Hakka. Pedagang cina dari suku kaum Hokkien menetap di Kuching mulai tahun 1840-an.
Orang india
• Orang india yang meliputi 0.3 peratus daripada penduduk merupakan
kelompok terkecil dalam kalangan masyarakat bukan bumiputera di
Sarawak. Mereka terdiri daripada orang Sikh dan Punjabi Muslim yang
dibawa masuk oleh James Brooke untuk bekerja sebagai polis di
Sarawak. Setelah Sarawak mencapai kemerdekaan menerusi Malaysia,
keturunan mereka terus menetap di Sarawak sehingga kini.
• Selain orang Sikh dan Punjabi Muslim, terdapat sejumlah kecil orang
india berketurunan Muslim yang datang ke Sarawak sebagai peniaga
kain dan pedagang. Namun, tidak ramai orang india berhijrah ke
Sarawak untuk bekerja sebagai buruh kerana dari segi geografi,
kedudukan Sarawak agak jauh dari benua India.
BAHAGIAN B
18.1 PERLUASAN KUASA
BELANDA DI INDONESIA
Tema 2: Transformasi Masyarakat
• Peluasan kuasa Belanda di Indonesia tertumpu pada Pulau Jawa.
• Diwakili oleh Syarikat Hindia Timur Belanda.
• Perjanjian surat-surat Kew antara Belanda dengan British pada 1795.
• Sir Stamford Raffles menduduki Pulau Jawa, Palembang, Makassar
dan kawassan lain.
• Setelah Perang Nepoleon, Raffles menyerahkan Pulau Jawa kepada
Belanda semula.
Faktor Ekonomi
• Keperluann barang dagangan seperti rempah-ratus dan telah
mendorong Belanda menjalankan dasar perluasan tanah jajahan di
Timur.
• Perkembangan Revolusi Industri di Eropah pada tahun 1800
menyebabkan keperluan bahan mentah yang banyak, murah dan
berterusan.
• Perkembangan industri mewujudkan persaingan antara negara-negara
Eropah yang lain.
Faktor Perkembangan Teknologi
Perindustrian
• Bijih timah merupakan eksport utama Indonesia terutama di Pulau
Bangka, Pulau Belitung dan Palembang.
• Permintaan tinggi di Eropah didorong oleh perkembnagna industry
mengeton
• Disebabkan oleh pengeluaran bijih timash di Eropah yang tidak
memenuhi permintaaan, keadaan omni memaksa mereka beralih ke
Asia Tenggara yang kaya denhgan bijih timah.
Faktor Politik
• Dasar peluasan kuasa dijalankan oleh kuasa-kuasa Barat untuk
menjamin keselamatan nasional dan kekuatan ketenteraan bagi
melindungi kepentingan jajahan mereka.
• Belanda memperluas kuasanya di Indonesia kerana bimbang pengaruh
Brituish di Tanah Melayu akan mengancam kepentingannya.
Semasa Marshall Daendals di Pulau Jawea
1808-1811
• Ditugaskan untuk Menyusun semula pentadbiran Belanda I Pulau
Jawa, mengadakan pembaharuan serta mengihukuhkan dassr
pentadbiran.
• Pulkau Jawsa dibahagiu kepsda 5 bahagian dan 38 daerah.
• Pem,besar tempatan dilantik sebagaiu wakil raja yang dibayar gaji
sebagai pegawai Belanda dan berpangkat tentera.
Melalui Campur Tangan Dalam Hal Ehwal
Tempatan dan Perjanjian
• Perlombongan arang batu di Banjar Masin dan Timur Pulau Kutai
menebabkan berlakunya perang antara Belanda dan Sultan
Banjarmasin 1859-1863.
• Pemerintahan Buguis di Suklawesi sering huru-hara akibat perang
menentang Boni pada 1858 dan 1859.
• Pada 1858, pemerintah Deli, Serdang, Langkat dan Asahan telah
membuat perjanjian dengan Belanda.
Melalui Penaklukan
• Pada tahun 1856, Belanda menakluk jajahan Lampung, jajahan Batak
(1857) dan Bangkahulu (1868).
• Belanda menguasai Acheh melalui serangan yang dilancarkan pada
1873-1899.
• Belanda Berjaya menamatkan tentangan daripada pembesar tempatan
dan menguasai Acheh.
• Pada 1894, Belanda menguasai Lombok.

You might also like