You are on page 1of 11

2O SOALAN ANEKA PILIHAN

Soalan 1: Aras Pengetahuan

1. Encik Zainuddin hendak __________ bil elektrik dan bil astro di pejabat pos.

A. jelas
B. menjelas
C. menjelaskan
D. memperjelas

Soalan 2: Aras Pengetahuan

2. __________

riangnya

Muhammad

Nordin

apabila

melihat

kepulangan

abangnya

sekeluarga dari luar negara.

A. Agak
B. Sering
C. Betapa
D. Demikian
H B E F 3 2 0 3 PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN____________

Soalan 3: Aras Pengetahuan

3. Bukan __________________ caranya hendak menjadi seorang murid yang cemerlang,


kata Salmi kepada anaknya.
A. selalu
B. begitu
C. mudah
D. pernah

Soalan 4: Aras Pengetahuan

4. Pak Samad __________ jalanya untuk menangkap udang galah di sungai itu.
A. membaling
B. membuang
C. menebar
D. melabuh

H B E F 3 2 0 3 PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN____________

Soalan 5: Aras Pengetahuan

5. Sanak-saudara yang jauh mahupun yang dekat akan __________ semasa menyambut
hari raya puasa.

A. tegur-menegur
B. kenang-mengenang
C. kunjung-mengunjungi
D. pandang-memandang

Soalan 6: Aras pengetahuan

6. Pak Cik Alias sedang __________ papan untuk dibuat dinding rumahnya.

A. meraut
B. melarik
C. mengetam
D. menggosok

H B E F 3 2 0 3 PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN____________

Soalan 7: Aras Pengetahuan

7. Banyak pekerja di kilang elektronik itu telah __________ akibat kemelesetan ekonomi.

A. berhentikan
B. diberhentikan
C. menghentikan
D. memberhentikan

Soalan 8: Aras Aplikasi

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul

8 I Emak membeli bahan untuk membuat kek lapis.


II Fahmi mencari bahan untuk berhujah dengan pihak lawan.
III Farah Dila belajar menggunakan bahan perhiasan daripada kakaknya.
IV Bahan perbicaraan kes penyeludupan kereta import itu dihadapkan di mahkamah

A . I dan II sahaja
B . III dan IV sahaja
C. I, II dan III sahaja
D. II, III dan IV sahaja

H B E F 3 2 0 3 PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN____________

Soalan 9: Aras Analisis

Nyatakan ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberi.


9. Saya tidak mampu membeli kasut sukan yang mahal itu, kata Faris kepada Hashim.

A. Faris memberitahu Hashim tidak mampu membeli kasut sukan yang mahal itu.
B. Faris memberitahu Hashim bahawa dia tidak mampu membeli kasut sukan yang
mahal itu.
C. Faris berkata kepada Hashim bahawa dia tidak akan membeli kasut sukan yang
mahal itu.
D. Faris menjelaskan kepada Hashim apabila dia tidak mampu membeli kasut sukan
yang mahal itu

Soalan 10: Aras Pemahaman

Pilih ayat-ayat yang betul.

10. I

Aduhai, sakitnya luka ini!

II Amboi, cantiknya lukisan kamu!


III Wah, pandainya kamu berlakon!
IV Cis, berani sungguh dia mencabar saya!

A. I dan II sahaja
B. II dan III sahaja
C. I, II dan IV sahaja
D. II, III dan IV sahaja

H B E F 3 2 0 3 PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN____________

Soalan 11 hingga soalan 15

Baca puisi di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Hingga ke saat ini


hembusan bayu menerjah
tubuhku yang kerdil
namun langkah ku tetap bersemangat
mencari sesuap nasi
demi keluarga tercinta.

Anak isteriku tetap menanti


rezeki yang ku bawa
penuh resah dan gelisah
yang tersembunyi di lubuk hati
namun pasrah pada ketentuan Ilahi.

Ku redah lautan yang ganas


tanpa teman tanpa rakan
nya wa menjadi pertaruhan
demi memenuhi harapan keluarga.

Jauh di sudut hati


azam ku terus membara
melihat anak-anak
menggapai kejayaan

H B E F 3 2 0 3 PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN____________

Soalan 11: Aras Kefahaman

11. Nyatakan bagaimana penulis menyara keluarganya

A. menangkap ikan.
B. menternak ikan.
C. menjual ikan.
D. meraih ikan

Soalan 12: Aras Kefahaman

12. Suasana yang digambarkan oleh pemuisi dalam sajak di atas jelas menunjukkan bahawa
pada masa itu musim

A. luruh.
B. bunga.
C. kemarau.
D. tengkujuh.

Soalan 13: Aras Kefahaman

13. Nyatakan mengapa penulis terpaksa ke laut walaupun rakan-rakannya tidak berbuat demikian

A. dia perlu menyara keluarganya.


B. dia seorang yang tabah dan berani.
C. dia ingin meningkatkan taraf hidupnya.
D. dia dan keluarganya berada dalam kelaparan.

H B E F 3 2 0 3 PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN____________

Soalan 11: Aras Aplikasi

14. Keluarga penulis berada dalam keadaan resah dan gelisah kerana

A. risau akan penulis lewat pulang.


B. bimbang akan keselamatan penulis.
C. risau akan keadaan laut yang bergelora.
D. bimbang akan penulis tidak mendapat hasil tangkapan.

Soalan 15: Aras Analisis

15. Manakah antara yang berikut tidak benar tentang puisi di atas?

A. Penulis tidak ada kerja lain selain daripada mencari rezeki di laut.
B. Penulis telah karam di laut akibat dipukul ombak yang tinggi dan ganas.
C. Penulis terpaksa ke laut walaupun dia tahu bahawa keadaan di laut berbahaya.
D. Penulis yang hidup dalam kemiskinan sanggup menggadai nyawa demi keluarganya.

H B E F 3 2 0 3 PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN___________

10

Soalan 16 hingga soalan 20

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Bot yang ku tunggu sudah tiba. Penumpang berebut-rebut memasukinya. Perut bot
itu hanya boleh memuatkan dua belas orang tetapi kini terdapat tujuh belas orang penumpang
di dalamnya. Semua penumpang tidak mahu beralah walaupun pemandu bot mengatakan
bot sudah terlebih muatan.

Pemandu bot terpaksa memulakan perjalanan. Bot tidak dapat bergerak laju kerana
menanggung muatan yang berlebihan. Aku membatukan diri walaupun perasaan ku resah.

Aku memakai jaket keselamatan. Namun ada juga penumpang yang tidak berbuat
demikian kerana jaket yang disediakan tidak mencukupi. Laut mula bergelora. Aku
semakin resah apabila bot terumbang-ambing dipukul gelombang. Keadaan menjadi tidak
terkawal apabila ada penumpang yang menjerit ketakutan.

Tiba-tiba bot terbalik akibat pukulan ombak dan gelombang yang sungguh kuat. A ku dan
penumpang bot yang lain tercampak ke laut. Aku bernasib baik kerana memakai jaket
keselamatan. Kami berenang mencari pantai dalam keadaan laut yang bergelora.

Mujurlah ada sebuah bot yang kebetulan lalu di kawasan itu dan menyelamatkan
kami. Kami dibawa balik ke jeti. Walau bagaimanapun, dua orang penumpang mati
lemas. Pengalaman ngeri itu sukar untuk aku lupakan. Aku berharap agar tragedi itu tidak
berulang lagi.

H B E F 3 2 0 3 PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN____________

11

Soalan 16: Aras Kefahaman

16. Bot itu tidak dapat bergerak laju kerana

A. terlebih muatan.
.

B. laut bergelora.
C. enjin bot rosak
D. terlanggar beting pasir

Soalan 17: Aras Kefahaman


17. Nyatakan mengapa aku begitu resah?

A. Lambat sampai di destinasi.


B. Takut akan ombak yang ganas.
C. Tidak menyukai penumpang yang lain.
D. Bimbang penumpang tidak memakai jaket keselamatan.

Soalan 18: Aras Kefahaman

18. Apakah yang terjadi kepada penumpang apabila bot terbalik?

A. Berenang mencari pantai.


B. Menjerit meminta tolong.
C. Menangis ketakutan.
D. Terhumban ke laut.

H B E F 3 2 0 3 PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN____________

12

Soalan 19: Aras Aplikasi

19. Pilih pernyataan yang tidak benar tentang petikan di atas.

A. Keadaan dalam bot terlalu padat.


B. Lima belas orang penumpang bot itu terselamat.
C. Bot itu dinaiki oleh dua belas orang penumpang.
D. Terdapat penumpang yang tidak memakai jaket keselamatan.

Soalan 20: Aras Kefahaman

20. Perkataan tragedi dalam petikan di atas bermaksud

A. cerita.
B. sejarah.
C. salasilah.
D. peristiwa.

You might also like