You are on page 1of 1

Kebudayaan Malaysia

Malaysia ialah sebuah negara berbilang kaum yang hidup dalam keadaan aman dan
damai. Tiga kaum yang utama di Malaysia ialah Melayu, Cina dan India. Melayu
merupakan kaum terbesar dengan membentuk 54% daripada populasi Malaysia. Melayu
adalah satu kaum yang beragama Islam, berbahasa Melayu dan mengamalkan budaya
Melayu. Kaum Melayu mempunyai pengaruh yang penting dalam arena politik di
Malaysia. Cina pula mewakili 25% daripada penduduk Malaysia dan tinggal di bandar-
bandar besar di pantai barat semenanjung. Kebanyakan kaum Cina beragama Buddha,
Taoisme atau Kristian, berbahasa Mandarin, Hokkien, Hakka, Kantonis atau Teochew
dan lebih dominan dalam bidang ekonomi. India pula membentuk 7.5% daripada
populasi. Kebanyakannya beragama Hindu, bertutur Tamil, Malayalam, dan Hindi. Selain
itu, terdapat juga kaum Sikh, Serani atau Eurasian dan kaum bumiputera lain. Bahasa
Melayu ialah bahasa rasmi Malaysia, tetapi Bahasa Inggeris digunakan secara meluas.

Kaum Bumiputera yang terbesar di Sarawak ialah Iban dengan 600,000 orang. Mereka
tinggal di rumah panjang, dan menetap di sepanjang Sungai Rajang dan Sungai Lupar.
Orang Bidayuh pula seramai 170,000 oarng tinggal di barat daya Sarawak. Orang Asli
(140,000) tinggal di Semenanjung Malaysia. Dahulunya mereka merupakan pengumpul
hasil hutan, hidup berpindah-randah, dan bercucuk tanam, tetapi kini sudah diserap ke
dalam kehidupan moden Malaysia. Walaubagaimanapun, mereka kekal sebagai
kumpulan etnik yang mempunyai pendapatan terendah berbanding kumpulan etnik yang
lain. Kemungkinannya ini disebabkan sistem ekonomi mereka yang tidak bergantung
kepada wang tunai, contohnya makanan dan rumah sebahagiannya dihasilkan dari
keluaran hutan tanpa perlu dibeli. Bagaimanapun pihak kerajaan menawarkan peluang
pelajaran yang samarata dan ada di antara mereka kini menjawat jawatan profesional
seperti doktor.

Muzik Malaysia merangkumi muzik tradisional dan kontemporari yang dimainkan oleh
rakyat Malaysia. Muzik tradisional banyak dipengaruhi oleh budaya Cina, Islam, India
dan Indonesia. Kebanyakan alat muzik terdiri daripada gendang, seruling, gong dan
sebagainya. Negara ini mempunyai tradisi yang kuat dalam tarian, sesetengahnya berasal
daripada Thai, India, dan Portugis. Selain itu, ada juga wayang kulit, silat, dan barangan
kraf seperti batik, sulaman, dan barangan perak dan tembaga.

Seperti rakyatnya, makanan di Malaysia adalah pelbagai, dari makanan berat seperti nasi
lemak hinggalah yang ringan seperti kuih.

You might also like