You are on page 1of 76

TEMA ALAM SEKITAR

Isu Kebersihan Kawasan Persekitaran di Negara Kita (Karangan Respson


Terhad)

Bahan Dialog

Ketika Ali, Ah Beng, dan Shaman berjalan-jalan di taman perumahan, mereka ternampak
sebuah bangunan terbengkalai.

Ali: Semalam, saya ternampaka seekor ular berhampiran dengan bangunan terbengkalai itu.

Ah Beng: Bahaya, Ali. Di situ juga ada banyak tikus. Mungkin lipas, lipan, dan kala jengking
pun ada. Nyakmuk pastilah banyak.

Shaman: Eeii... takutlah saya, Ali, Ah Beng! Saya juga bimbang akan keselamatan dan
kesihatan penduduk kampung.

Ali: Baik kita laporkan hal ini kepada ketua kampung. Bolehlah beliau menghubungi
pihak yang berkenaan untuk bertindak.

Ah Beng: Setuju. Keadaan seperti ini tidak boleh kita biarkan. Pemilik bangunan
terbengkalai itu juga mesti diberitahu tentang hal ini.

Shaman: Kita mesti bertindak segera. Sukar untuk kita atasi masalah ini kalau keadaan
bertambah teruk, bak kata pepatah, belukar sudah menjadi rimba.

Ali: Haiwan seperti tikus membawa pelbagai penyakit seperti cirit-birit, leptospirosis, dan
hawar.
Ah Beng: Bahaya sungguh, Ali. Saya sependapat dengan Shaman. Kita mesti mengambil
tindakan secepat mungkin, jangan sudah terhantuk baru tengadah.

Shaman: Memang Bahaya. Kelawar pun banyak di situ. Saya pernah terbaca najis kelawar
yang terkumpul akan menghasilkan sejenis kulat yang boleh mendatangkan masalah
pernafasan kepada mereka yang menyedutnya. masalah akan bertambah teruk jika ada antara
penduduk kampung yang mempunyai penyakit alahan seperti lelah, resdung, dan penyakit
kulit.

Ali: Kalau begitu, usah bertangguh lagi. Ayuh, kita ke rumah ketua kampung sekarang!

Huraikan pendapat anda tentang isu kebersihan kawasan persekitaran di


negara kita. Panjangnya huraian hendaklah antara 150 hingga 200 patah
perkataan.

   Dasawarsa ini, isu kebersihan kawasan persekitaran semakin serius dan meruncing. Hal
ini membimbangkan semua lapisan masyarakat kerana kawasan persekitaran yang kotor akan
menjejaskan keselesaan dan kualiti hidup manusia. Oleh itu, kebersihan kawasan persekitaran
adalah penting dan pelbagai langkah perlu diambil untuk menjamin kebersihan kawasan
persekitaran.

Kepentingan perdana kebersihan kawasan persekitaran ialah kesihatan masyarakat


terjamin. Hal ini dikatakan demikian kerana kawasan persekitaran yang kotor kemungkinan
besar akan menjadi tempat pembiakan haiwan pembawa penyakit. Haiwan-haiwan tersebut
membawa pelbagai penyakit yang boleh dijangkiti oleh masyarakat dan memudaratkan
kesihatan mereka. Tegasnya, sesebuah kawasan yang bersih dapat mengelakkan penularan
haiwan pembawa penyakit.

Kita boleh merancang beberapa pendekatan yang ampuh untuk membersihkan


kawasan persekitaran. Cara perdana yang boleh kita laksanakan ialah kita perlu menghubungi
pihak berkuasa tentang kawasan atau tapak yang ditimbuni sampah sarap. Selepas membuat
laporan kepada pihak berkuasa, mereka akan memikul tanggungjawab mereka untuk
membersihkan kawasan tersebut. Dengan itu, masyarakat mempunyai kawasan tempatan
yang selesa. Tuntasnya, laporan hendak dibuat dengan secepat mungkin sekiranya ternampak
timbunan sampah.

Kesimpulannya, keadaan kawasan persekitaran mencerminkan imej negara kita sama


ada baik atau buruk. Lantaran itu, semua pihak perlu berganding bahu untuk menangani
masalah pencemaran kawasan persekitaran. Dengan itu, masyarakat dapat menikmati suasana
kehidupan lebih selesa.

197 patah perkataan

Markah -
25/30
Langkah-langkah Menguruskan Sisa Elektronik

Sisa elektronik ialah komponen elektronik yang telah usang atau tidak diperlukan oleh
penggunaanya. Sisa elektronik mengandungi bahan kimia berbahaya seperti asid, pelarut,
raksa, dan plumbum. Bahan kimia ini mengancam kesihatan manusia dalam jangka masa
pendek dan panjang. Di Malaysia, sisa elektronik dikatergorikan sebagai sisa terjadual dalam
Jadual Pertama Kod SW110 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 [Akta 127] Bungan Terjadual
(2005). Sisa ini dikategorikan sebagai bahan buangan terjadual kerana mempunyai ciri-ciri
kebolehnyalaan, menghakis, bertindak balas, dan bertoksik

(Sumber: Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, Jabatan Alam Sekitar Malaysia)

Sisa elektronik telah mencemarkan bumi tercinta.


Jelaskan langkah-langkah untuk menguruskan sisa elektronik

Tema: Sisa Elektronik


Kunci Soalan: Langkah-langkah menguruskan sisa elektronik

  Zaman beralih, musim berubah. Zaman ini semakin dilimpahi dengan inovasi
dalam bidang elektronik, pelbagai elektronik yang berfungsi canggih dicipta untuk memenuhi
keperluan manusia. Sayang seribu kali sayang, terdapat satu lakaran suram di sebalik
kemajuan sains dan teknologi, iaitu jumlah pembuangan sisa elektronik yang usang dan
tidak boleh digunakan semakin meningkat tanpa titik noktahnya pada setiap saban
tahun. Perkara ini telah menjadi mauduk bicara masyarakat dan telah menyayat hati
masyarakat kerana telah mengakibatkan pencemaran alam sekitar. Sesungguhnya, tak ada
gunung yang tak dapat didaki, tak ada lumrah yang tak dapat dituruni. Sebelum kudis
menjadi tokak, pelbagai langkah yang pragmatik dan drastik harus diimplementasikan untuk
menguruskan sisa elektronik.

Antara usaha untuk menguruskan sisa elektronik adalah dengan mengamalkan amalan
kitar semula dalam kehidupan harian. Hal ini dikatakan demikian kerana sisa elektronik
mengandungi pelbagai komponen yang boleh dikitar semula seperti logam emas dan plastik.
Contohnya, kita boleh membawa telefon pintar atau peranti komputer ke pusat pengumpulan
barang sisa elektronik untuk dikitar semula. Kita bukan sahaja dapat menguruskan sisa
elektronik, malahan dapat menjana pendapatan. Hal ini memang bertepatan dengan
peribahasa serampang dua mata. Dengan itu, hal ini dapat mengurangkan jumlah sisa
elektronik yang dibuang. Tegasnya, setiap rakyat patutlah mempraktikkan amalan kitar
semula supaya dapat menguruskan sisa elektronik.

Selanjutnya, pihak sekolah patutlah menambahkan ilmu pembaikan barang elektronik


dalam sukatan pelajaran mata pelajaran Reka Bentuk. Hal ini dikatakan demikian kerana
dapat melahirkan pakar teknikal dalam bidang pembaikan peranti elektronik. Misalnya, murid
dapat membaiki barang elektronik yang telah rosak sendiri jika dilengkapi dengan ilmu
tersebut. Dengan itu, murid dapat menjimatkan wang perbelanjaan kerana tidak perlu
membeli peranti elektronik yang baharu untuk menggantikan peranti elektronik yang rosak.
Hal ini sekai gus dapat membantu dalam pengurusan sisa elektronik kerana peranti elektronik
dapat terus digunakan dan tidak perlu dibuang. Tuntasnya, jika murid didedahkan dengan 
ilmu pembaikan peranti elektronik, sudah tentu dapat memulihkan barang elektronik yang
rosak tanpa perlu membeli peranti yang baharu.

Sementalahan, pihak kerajaan wajarlah menguatkuasakan undang-undang yang


berkaitan dengan pembuangan sisa elektronik. Hal ini dikatakan demikian kerana Malaysia
masih mempunyai undang-undang yang longgar dalam pembuangan sisa elektronik. Dalam
hal ini, jabatan yang berkaitan seperti Jabatan Alam Sekitar patutlah menguatkuasakan
undang-undang dengan memandatorikan rakyat untuk melakukan pembahagian sisa harian
dengan sisa elektronik supaya dapat memudahkan pengutip sampah untuk membawa barang
sisa elektronik ke pusat pelupusan khas untuk sisa elektronik. Sesiapa yang tidak berbuat
demikian akan dikenakan hukuman dan denda. Dengan itu, rakyat akan berasa takut dan akan
menguruskan sisa elektronik dengan baik. Pendek kata, undang-undang yang dikuatkuasakan
dapat menggalakkan rakyat untuk menguruskan sisa elektronik. 

Intihanya, kemelut peningkatan jumlah pembuangan sisa elektronik patutlah


dirungkai sehingga ke akar umbinya. Dalam hal ini, semua pihak patutlah bersinergi
bagai aur dengan tebing untuk menguruskan sisa elektronik dengan baik. Kata William
Shakespeare, “Jangan hentikan usaha yang mulia selagi hasilnya belum kita kecapi”
patutlah dijadikan sebagai pegangan dalam usaha menguruskan sisa elektronik supaya
pelbagai langkah yang dijalankan sebelum ini tidak akan umpama mencurahkan air ke
daun keladi. Dengan itu, jumlah sisa elektronik di negara kita akan menjadi kurang dan
negara kita dapat duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara maju lain. 

(493 patah perkataan)

Markah - 58/70
Kes pencemaran yang berlaku di Malaysia mutakhir ini memberi isyarat betapa
bahayanya jika ilmu mengenai alam sekitar tidak dipelajari oleh generasi
muda. Sebagai akibatnya, mereka gagal melaksanakan tanggungjawab untuk
memelihara bumi ini daripada sebarang kerosakan yang boleh memudaratkan
dan mengancam nyawa. 
(Dipetik dan diubah suai daripada 
"Kongsi Ilmu Alam Semula Jadi",
Harian Metro 15, Julai 2019)

Petikan di atas memperlihatkan kepada kita tentang kepentingan menjaga


alam sekitar. Jika alam sekitar tidak dijaga, sudah tentu timbulnya pelbagai
masalah terhadap manusia dan unsur-unsur alam yang lain. Generasi muda
pula mestilah bertanggungjawab memelihara alam sekitar supaya dapat
diwariskan kepada generasi akan datang dalam keadaan yang baik

Tulis sebuah rencana tentang peranan generasi muda dalam memelihara


alam sekitar.

Panjangnya karangan anda hendaklah antara 350 hingga 500 patah


perkataan

Tema: Alam Sekitar


Kunci Soalan: Peranan Generasi Muda dalam Memelihara Alam Sekitar

Peranan Generasi Muda dalam Memelihara Alam Sekitar


Oleh Muhammad Ali

Zaman beralih, musim bertukar. Sejajar dengan era globalisasi ini, roda


pembangunan negara kita bergerak bagai lipas kudung dan ekonomi negara kita tumbuh
bagai cendawan selepas hujan. Sayang seribu kali sayang, di sebalik pembangunan
pesat tersebut terdapat satu lakaram suram, iaitu kes pencemaran alam sekitar
semakin meningkat pada saban tahun tanpa titik noktahnya. Hal ini membimbangkan
masyarakat lagi apabila generasi muda gagal melaksanakan tanggungjawab untuk
memelihara bumi ini daripada kerosakan. Persoalan yang berlegar-legar dalam gawang
minda saya ialah apakah peranan generasi muda dalam memelihara alam sekitar?

Peranan perdana yang perlu dilakukan oleh generasi muda dalam memelihara alam
sekitar ialah generasi muda patutlah sentiasa mengamalkan amalan 3R dalam kehidupan
harian. Amalan 3R termasuklah mengurang, mengitar semula dan mengguna pakai semula.
Dalam konteks ini, generasi muda perlulah mengurangkan penggunaan bahan plastik kerana
bahan plastik sukar untuk dilupskan dan mengambil masa yang lama untuk diuraikan. Selain
itu generasi muda boleh mengitar semula bahan yang boleh dikitar semula. Contohnya,
mereka boleh membuang bahan tersebut ke daalam tong kitar semula mengikut kategori yang
ditetapkan. Dengan itu, jumlah pembuangan sampah akan dikurangkan. Tegasnya, amalan 3R
patutlah dipraktikkan oleh generasi muda dalam kehidupan harian sehingga menjadi air
mandi mereka untuk memelihara alam sekitar.

Selanjutnya, generasi muda juga harus acap kali melibatkan diri dalam aktiviti yang
berkaitan dengan alam sekitar. Hal ini dikatakan demikian kerana aktiviti tersebut dapat
memastikan alam sekitar bebas daripada sebarang bentuk pencemaran. Misalnya, generasi
muda boleh menyertai program mengutip sampah di tepi pantai. Rentetan dengan itu, mereka
dapat bersinergi antara satu sama lain untuk membersihkan kawasan pantai bagai aur
dengan tebing. Selain itu, aktiviti tersebut boleh menjadi medan kepada generasi muda yang
beraneka kaum untuk bergaul dan bertukar-tukar pendapat. Hal ini sekali gus meningkatkan
semangat perpaduan dalam kalangan generasi muda dan dianggap serampang dua mata.
Tuntasnya, aktiviti sebegitu perlulah disahut oleh generasi muda spaya kebersihan alam
sekitar terjamin.

       Sementelahan, generasi muda juga tidak perlu melakukan sebarang aktiviti yang boleh
mencemarai alam sekitar. Hal ini dikatakan demikian kerana perbuatan tersebut bukan sahaja
merosakkan keindahan alam sekitar malahan mencalar nama baik negara. Misalnya, jika
generasi muda membuang sampah sarap di merata-rata tempat, pelancong akan berasa tidak
berpuas hati. Hal ini bertepatan dengan peribahasa kerana nila setitik, roask susu
sebelangga. Dalam hal ini, generasi muda perlu tidak bersekongkol dengan pihak pencemar
untuk merosakkan keindahan alam sekitar. Sebaliknya, mereka harus melaporkan sebarang
perbuatan pihak pencemar kepada pihak berwajib iaitu Jabatan Alam Sekitar(JAK).
Tuntasnya, generasi muda patut mengelakkan  diri daripada melakukan aktiviti yang boleh
mencemari alam.

Bulan kian terang, bayang kian jelas bahawa generasi muda memikul


tanggungjawab untuk memelihara alam sekitar. Hal ini dikatakan demikian kerana semula
jadi merupakan khazanah alam yang dikurniakan oleh Tuhan kepada manusia. Bak kata
peribahasa, "pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara". Lantaran itu, generasi muda
yang merupakan aset negara haruslah bertanggungjawab memelihara alam sekitar supaya
alam sekitar dapat menjadi tatapan generasi yang akan datang. Dengan itu, negara dapat
duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara maju lain. Biar matahari terus
bersinar, biar pokok terus bergoyang, biar nusa teercinta kita terus disegani kerana
mempunyai alam sekitar yang indah. 

(474 patah perkataan)

Markah -  58/70
TEMA: PENGGUNA

Kelebihan dan Kekurangan Penggunaan Dompet Maya kepada Masyarakat

Populariti e-Wallet semakin meningkat di Malaysia setelah Bank Negara mengeluarkan lebih
40 lesen e-Wallet kepada bank dan syarikat kewangan bukan bank. Untuk melangkah maju
ke arah “Cashless Society”, setiap kedai, restoran, pusat membeli-belah malah gerai juga kini
mempunyai pilihan untuk melakukan transaksi menggunakan e-Wallet.

Petikan di atas menunjukkan bahawa penggunaan dompet maya atau e-wallet


semakin meningkat di negara kita.

Jelaskan kelebihan dan kekurangan penggunaan dompet maya kepada


masyarakat.

Tema: Dompet Maya


Kunci Soalan: Kelebihan dan Kekurangan Penggunaan Dompet Maya kepada
Masyarakat

  Zaman beralih, musim berubah. Pada era globalisasi ini, dunia ini semakin
dilimpahi dengan teknologi maklumat. Dengan teknologi maklumat, setiap informasi dapat
dicapai di hujung jari. Sejajar dengan era teknologi maklumat, perbincangan tentang
perancangan dompet maya sering dimomokkan oleh lapisan masyarakat dan diperhebatkan
oleh pihak kerajaan. Tidak dapat dinafikan bahawa dompet maya telah menyenangkan
kehidupan masyarakat. Antara aplikasi khas untuk dompet maya termasuklah GrabPay, Boost
dan Touch N Go. Memandangkan dompet maya sudah menjadi satu trend di dunia ini,
persoalan yang muncul di gawang minda saya ialah apakah kelebihan dan kekurangan
dompet maya?

Kelebihan perdana dompet maya ialah dapat mengurangkan jumlah wang tunai yang
perlu dibawa ke luar rumah. Hal ini dikatakan demikian kerana wang tunai akan disimpan
dalam telefon pintar dan sebarang transaksi wang dapat dibuat dengan aplikasi dompet maya
dengan mudah. Contohnya, kita hanya perlu mengimbas kod QR untuk membuat transaksi
wang kepada penjual. Dengan itu, kita bukan sahaja dapat mengurangkan risiko wang dicuri
malahan dapat mengelakkan diri lupa membawa wang ke luar rumah. Hal ini bertepatan
dengan peribahasa “serampang dua mata”. Hal ini sudah tentu dapat meningkatkan kualiti
kehidupan kita. Tegasnya, dompet maya menyenangkan kehidupan kita.

Selanjutnya, dompet maya juga dapat menjadikan transaksi wang lebih pantas. Hal ini
dikatakan demikian kerana langkah pembayaran wang dengan dompet maya adalah cepat.
Contohnya, setiap bayaran boleh dibuat dengan mengimbas kod QR untuk membuat transaksi
wang dan penjual tidak perlu membayar balik wang tunai yang lebih. Selain itu, aplikasi
dompet maya dapat menyimpan segala rekod perbelanjaan dan pembeli tidak perlu
menyimpan resit. Dengan itu, banyak masa dapat dijimatkan dan pelanggan tidak perlu
beratur panjang untuk mengeluarkan wang. Penjual juga dapat menjual lebih banyak barang.
Tuntasnya, dompet maya telah membantu kita menjimatkan masa dan masa tersebut dapat
kita gunakan untuk melakukan aktiviti lain dan selaras dengan peribahasa “Masa itu emas”.

Bak kata peribahasa,"tiada gading yang tak retak". Bukan setiap perkara ada
kebaikan semata-mata, tentulah ada kekurangan di sebalik kelebihannya. Antara kekurangan
dompet maya ialah dompet maya sukar digunakkan jika talian Internet kurang stabil atau
tidak laju. Hal ini dikatakan demikian kerana transaksi kewangan dompet maya tidak boleh
dilakukan tanpa capaian Internet. Contohnya, transaksi tidak dapat dilakukan jika  sesuatu
premis perniagaan tidak membekalkan talian Internet yang pantas. Rentetan dengan itu, kita
akan terpaksa untuk membeli talian Internet dari Celcom atau Maxis supaya dapat
menggunakan dompet maya. Hal ini sudah tentu akan meningkatkan wang perbelanjaan kita.
Tegasnya, dompet maya hanya boleh digunakan jika mempunyai capaian Internet yang laju.

Bulan kian terang, bayang kian jelas bahawa dompet maya mempunyai kelebihan
dan kelemahan. Namun begitu, dompet maya dapat menaiktarafkan dan menyenangkan
kehidupan masyarakat. Oleh itu, semua pihak patutlah menjangkau sehabis tangan ibarat
ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni untuk memartabatkan dompet maya. Dalam
hal ini, pihak kerajaan perlu memperuntukkan wang yang mencukupi untuk
menambahbaikkan rangkaian internet supaya dompet maya dapat dinikmati oleh semua
lapisan masyarakat. Dengan itu, nusa tercinta ini dapat duduk sama rendah, berdiri sama
tinggi dengan negara maju lain.

(485 patah perkataan)

Markah -
60/70

TEMA: MASYARAKAT

Cara-cara menggalakkan masyarakat mengamalkan amalan menabung

Catatan Penulis* : 

Karangan ini ditulis sepanjang tahun 2021, iaitu tahun yang mempunyai penularan
wabak penyakit COVID-19. Terdapat beberapa fakta yang berkaitan dengannya ditulis
untuk menunjukkan kematangan. Walau bagaimanapun, isi-isi karangan masih boleh
diguna.

Kebanyakan rakyat Malaysia tiada simpanan langsung! Mengikut laporan 2017


dari Institut Khazanah, Malaysia mempunyai kadar simpanan terendah di dunia.

(Sumber: AIA.com.my)

Amalan menabung harus dipraktikkan dalam kalangan masyarakat


Malaysia. Ramai yang mengetahui kelebihan menyimpan wang, tetapi tidak
ramai yang menjadikannya sebagai budaya hidup.

Anda bercadang untuk menulis sebuah rencana dalam sebuah majalah


berkaitan dengan usaha menggalakkan masyarakat mengamalkan budaya
menabung. Tulis rencana tersebut selengkapnya.
Tema: Amalan menabung
Kunci Soalan: Cara-cara menggalakkan masyarakat mengamalkan amalan menabung

Cara-cara Menggalakkan Masyarakat Mengamalkan Amalan Menabung


Oleh Muhammad Ali

  Zaman beralih, musim berubah. Dunia ini semakin sarat dengan pelbagai onak
dan duri yang semakin mencabar. Misalnya, wabak penyakit COVID-19 yang melanda
negara kita telah mengakibatkan kegawatan ekonomi negara kita. Masyarakat turut
menerima tempiasnya apabila berjuta-juta orang terpaksa mengalami pengangguran dan
banyak syarikat yang gulung tikar.  Dalam hal ini, wang tabungan menjadi satu wadah yang
penting untuk kita meneruskan kehidupan kita jika menghadapi masalah pengangguran. Hal
ini menunjukkan betapa pentingnya amalan menabung dalam kehidupan kita untuk
menghadapi masalah yang dilanda pada waktu kecemasan. Persoalan yang berlegar-
legar di gawang minda saya ialah apakah cara-cara menggalakkan masyarakat
mengamalkan amalan menabung?

Langkah yang perdana ialah ibu bapa haruslah menjadi uswah hasanah kepada anak-
anak mereka. Hal ini dikatakan demikian kerana anak umpama sebuah kain putih yang
akan dicorakkan oleh ibu bapa sama ada warna-warni atau pudar. Ibu bapa perlu
mendidik anak mereka yang masih berdarah setampuk pinang tentang kepentingan
menabung kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Dalam hal ini, ibu bapa perlu
mempraktikkan amalan menabung dalam kehidupan harian. Contohnya, mereka boleh
sentiasa menyimpan wang ke dalam tabung setiap kali mereka pulang dari rumah. Dengan
itu, anak yang menjadi cerminan ibu bapa akan mencontohi amalan murni mereka untuk
menabung. Tegasnya, sikap bagai ketam mengajar anak mereka berjalan betul oleh ibu
bapa untuk mengajar anak mereka menabung haruslah dielakkan.

Selanjutnya, pihak kerajaan patutlah sentiasa menganjurkan kempen untuk


meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan amalan menabung. Dalam hal ini,
kerajaan boleh bekerjasama dengan pihak media massa untuk memperhebat kempen tersebut
kerana media massa mampu dijadikan sebagai wadah untuk mempengaruhi minda
masyarakat. Contohnya, pihak kerajaan perlu menayangkan video yang menerangkan
kepentingan amalan menabung dalam kehidupan kita. Kempen sebegini patutlah dianjurkan
dari semasa ke semasa dan bukannya bagai melepaskan batuk di tangga. Dengan itu,
rakyat akan menyedari kepentingan amalan menabung dan seterusnya mula mempraktikkan
amalan tersebut. Tuntasnya, kempen haruslah acap kali dianjurkan untuk menggalakkan
amalan menabung dalam kalangan masyarakat.

Sementalahan, pihak bank haruslah menawarkan pakej simpanan wang yang menarik
kepada masyarakat. Hal ini dikatakan demikian kerana pakej tersebut dapat memikat hati
rakyat untuk menyimpan wang di bank. Contohnya, pihak bank boleh memberikan pakej
yang menawarkan kadar faedah yang tinggi seperti akaun deposit tetap. Akaun deposit tetap
yang menawarkan kadar faedah tinggi tentulah akan menarik minat rakyat untuk menyimpan
wang ke dalam bank untuk menjana pendapatan pasif yang lumayan daripada faedah bank.
Hal ini bukan sahaja dapat menggalakkan masyarakat untuk menabung malahan
merancakkan ekonomi negara kita. Hal ini memang bertepatan dengan peribahasa
“serampang dua mata”. Dengan itu, rakyat akan berlumba-lumba untuk memohon pakej
tersebut. Tegasnya, pakej penyimpanan wang yang menarik akan memikat hati rakyat untuk
mengamalkan amalan menabung.

Intihanya, amalan menabung memang banyak mendatangkan faedah kepada kita.


Contohnya, wang tabungan dapat kita gunakan untuk menangani masalah pada waktu
kecemasan kerana malang tidak berbau. Ingatlah bahawa setiap bangunan yang
tersergam megah tidak bergantung pada sebatang tiang sahaja tetapi tiang-tiang dan
pasak-pasak yang saling menopang antara satu sama lain kerana bersatu teguh
bercerai roboh. Oleh itu, semua pihak haruslah berganding bahu bagai aur dengan tebing
untuk menggalakkan masyarakat untuk menabung kerana bertepuk sebelah tangan tidak
akan berbunyi. Dengan itu, usaha yang dicurahkan tidak akan umpama mencurah air
ke daun keladi dalam menggalakkan masyarakat untuk menabung dan negara kita dapat
duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara maju lain.

(504 patah perkataan)

Markah - 56/70
Sebab-sebab Permainan Tradisional di Malaysia Perlu Dipertahankan dan
Dimartabatkan

NEGARA kita kaya dengan pelbagai jenis permainan tradisional yang tak lapuk dek hujan
tak lekang dek panas. Permainan tradisional seperti congkak, gasing, galah panjang, batu
seremban, teng-teng, tarik upih dan konda-konde diamalkan masyarakat dahulu sebagai
pengisi masa lapang. Sayangnya permainan tradisional yang menunjukkan kebudayaan
sesuatu tempat itu mula sedikit demi sedikit terpinggir apabila kebanyakan daripada
permainan berkenaan kurang diketahui golongan muda.

Malah permainan tradisional semakin dilupakan kerana perkembangan pesat teknologi gajet
dan penambahan aplikasi permainan secara maya.

(Sumber: Internet)

Petikan di atas menyatakan maklumat berkaitan dengan permainan


tradisional di Malaysia. Sebagaimana kita sedia maklum, setiap negara di
muka bumi bertuah ini memiliki permainan tradisional yang tersendiri.
Rakyat Malaysia memainkan peranan penting dalam penjagaan permainan
tradisional agar tidak terus ditelan arus pembangunan. 

Jelaskan sebab-sebab permainan tradisional di Malaysia perlu dipertahankan


dan dimartabatkan oleh setiap individu.

Tema: Permainan tradisional


Kunci Soalan: Sebab-sebab permainan tradisional di Malaysia perlu dipertahankan
dan dimartabatkan
Negara kita telah kaya dengan pelbagai jenis permainan tradisional daripada pelbagai
kaum di negara kita. Contoh permainan tradisional di Malaysia termasuklah gasing, congkak,
tarik upih dan sebagainya. Sejajar dengan era globalisasi ini, permainan tradisional yang
pernah menjadi kegemaran masyarakat pada zaman Tuk Nadur berkajang kain semakin
dipinggirkan. Kalau kita renungi sejenak, akan kita dapati bahawa permainan elektronik
telah semakin mengambil alih permainan tradisional. Hal ini telah menyebabkan permainan
tradisional semakin luput ditelan zaman. Lantaran itu, pihak kerajaan telah
mengimplementasikan pelbagai inisiatif untuk memartabatkan permainan tradisional.
Memandangkan kesungguhan pihak kerajaan untuk mempertahankan permainan tradisional,
persoalan yang muncul di gawang minda saya ialah apakah sebab-sebab kita perlu
mempertahankan permainan tradisional?

Sebab perdana permainan tradisional perlu kita pertahankan ialah permainan


tradisional merupakan warisan nenek moyang yang melambangkan kebudayaan, adat dan
tradisi di negara kita. Permainan tradisional bukan sahaja mempunyai nilai kebudayaan yang
tidak ternilai harganya, tetapi mempunyai keunikan yang tersendiri. Misalnya, wau yang
diperbuat daripada kertas dan ranting kayu dihiasi dengan pelbagai corak yang berwarna-
warni. Corak tersebut mempunyai nilai estetika yang tinggi dan memaparkan kebudayaan
masyarakat lalu. Dalam hal ini, kita tidak seharusnya bersikap bagai kacang lupakan kulit
dan perlu berusaha untuk mempertahankan permainan tradisional. Dengan itu, generasi muda
berpeluang untuk didedahkan dengan kesenorokan permainan tradisional. Sekiranya
permainan tradisional telah luput,  sedikit banyak telah mencerminkan betapa rapuhnya
identiti sesuatu kaum. Oleh itu, ingatlah peribahasa “sesal dahulu pendapatan, sesal
kemudian tidak berguna”. Tegasnya, permainan tradisional perlu dipertahankan untuk
tatapan generasi yang akan datang.

Selanjutnya, permainan tradisional juga  mampu menggamit pelancong untuk datang


ke negara kita. Hal ini dikatakan demikian kerana tujuan pelancong asing yang melawat ke
negara kita adalah untuk mengenali budaya tempatan kita  kerana jauh perjalanan, luas
pemandangan. Dalam hal tersebut, pelancong akan tertarik oleh permainan tradisional
negara kita yang unik dan cenderung untuk mencuba permainan tersebut kerana tak kenal
maka tak cinta. Hal ini tentu akan menjana ekonomi negara kita ekoran daripada
peningkatan pengaliran wang asing ke negara kita. Dengan itu, apabila mereka balik ke
negara asal mereka, mereka akan menceritakan pengalaman mereka kepada ahli  keluarga
mahupun rakan mereka. Hal ini tentu dapat mempopularkan nama negara kita di persada
dunia. Pelabur di luar negara juga akan yakin akan negara kita dan melabur dalam negara
kita. Izharnya, permainan tradisional dapat merancakkan ekonomi di negara kita.

Sementalahan, permainan tradisional perlu dipertahankan kerana dapat menjamin


perpaduan kaum di negara kita. Hal ini dikatakan demikian kerana permainan tradisional
boleh dijalankan secara beramai-ramai ataupun berpasukan. Sepanjang dengan pelaksanaan
permainan tradisional, pemain dapat berkongsi pendapat antara satu sama lain. Sekiranya
pemain terdiri daripada beraneka kaum, maka sudah tentu mereka berpeluang mengenali
adat resam atau pantang larang kaum lain. Tidak hairanlah dapat mewujudkan suasana yang
muhibah. Dengan itu, rusuhan kaum yang pernah berlaku pada 13 Mei 1969 dapat dielakkan 
agar pisang tidak akan berbuah dua kali. Sudah terang lagi bersuluh bahawa permainan
tradisional telah menyediakan satu medan untuk berkongsi pendapat dan mengelakkan
sebatang prejudis. Dengan itu, “Gagasan Keluarga Malaysia” yang diuar-uarkan oleh
perdana menteri kesembilan, Ismail Sabri dapat dicapai.

Bayang kian jelas, bulan kian terang bahawa permainan tradisional bukan sahaja
merupakan warisan nenek moyang, mahupun dapat memberikan kemaslahatan kepada
negara kita. Lantaran itu, semua pihak perlu menggembleng tenaga bagai aur dengan
tebing untuk mempertahankan permainan tradisional di negara kita. Tamsilnya, pihak
kerajaan boleh menganjurkan pertandingan permainan tradisional di peringkat kebangsaan
dan menyediakan hadiah lumayan kepada pemenang. Sekiranya, semua pihak mengambil
inisiatif untuk mempertahankan permainan tradisional, sudah tentu permainan tradisional
akan tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.

(505 patah perkataan)

Markah - 61/70
TEMA: NEGARA

KARANGAN BAHAGIAN A

Kebaikan Melancong di dalam Negara (Karangan Respsons Terhad)

Bahan 1

Geembung Pelancongan Bersasar

Berkuatkuasa pada 10 Mac 2021

 pergerakan antara negeri-negeri PKPP sahaja DIBENARKAN


 Gelembung pelancongan bersasar terpakai untuk Pulau Langkawi
 Status Pulau Langkawi ditukar ke PJPP dari PKPB, walaupun Kedah masih di bawah
PKPB
 Pulau Langkawi kini ialah Zon Hijau dengna 2 kes terakhir direkodkan pada 20
Februari 2021

Syarat

 Pergerakan secara persendirian TIDAK DIBENARKAN


 Perlu guna perkhidmatan agensi dan syarikat kenderaan pelancongan yang berdaftar
dengan MOTAC
 Agensi pelancongan perlu dapatkan kebenaran polis untuk pergerakan rentas negeri
 TIDAK DIBENARKAN BERHENTI di negeri PKPB
 Tempat penginapan dan aktiviti pelancongan perlu ditetapkan lebih awal
 Pergerakan dari PKPB ke PKPP masih TIDAK DIBENARKAN

7 NEGERI PKPP (SEHINGGA 15 MAC 2021)

 MELAKA
 PAHANG
 TERENGGANU
 SABAH
 PUTRAJAYA
 LABUAN
 PERLIS

Dapatkan maklumat lanjut SOP di


www.motac.gov.my & www.mkn.gov.my

Bahan 2

Cuti-cuti Malaysia

Pergilah Melancong!

Kebaikan Melancong di Dalam Negara

 Menjimatkan masa dan wang


 Mengenal Malaysia dengan lebih dekat
 Meningkatkan ekonomi negara
 mewujudkan peluang pekerjaan

Huraikan pendapat anda tentang kebaikan melancong di dalam negara.


Panjangnya huraian hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. 

Lagu Cuti-cuti Malaysia banyak menggalakkan rakyat Malaysia untuk melancong di


negara sendiri. Pada masa ini, negara kita dilanda wabak penyakit berjangkit dan kita tidak
dibenarkan untuk bergerak ke mana-mana. Walau bagaimanapun, pihak kerajaan mengambil
keputusan untuk membenarkan pergerakan antara negeri-negeri PKPP shaja.

Terdapat banyak kebaikan melancong di dalam Malaysia. Kebaikan perdana ialah kita
dapat mengenal Malaysia dengan lebih dekat. Contohnya, apabila kita berkunjung ke Gunung
Kinabalu, kita akan terpegun akan ketinggian gunung tersebut yang merupakan gunung
tertinggi di Malaysia. Dengan itu, kita akan melahirkan rasa patriotisme kerana tak kenal
maka tak cinta. Tuntasnya, kita akan lebih mengenali asal usul Malaysia jika melancong di
Malaysia.

Selanjutnya, kita dapat menjimatkan masa dan wang apabila berkunjung di Malaysia
kerana berbelanja di negara kita adalah lebih murah berbanding dengan di luar negara. Hal ini
secara tidak langsung dapat menjana ekonomi negara kita dan sekali gus mewujudkan lebih
banyak peluang pekerjaan dalam sektor pelancongan. Tegasnya, pengaliran wang ke negara
lain dapat dikurangkan di samping kita juga dapat menjimatkan masa dan wang. Bak kata
peribahasa “serampang dua mata”. 

Kesimpulannya, kita patutlah menyahut seruan kerajaan untuk melancong di dalam


Malaysia kerana “hujan batu di negeri sendiri, hujan emas di negeri orang, lebih baik di
negeri sendiri”. Namun begitu, kita patutlah mematuhi syarat gelembung pelancongan
bersasar agar dapat mengawal penularan wabak penyakit COVID-19.

205 patah perkataan

Markah - 24/30
Usaha-usaha memajukan sektor pelancongan di Malaysia

Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia) menjelaskan


bahawa Malaysia mencatatkan peningkatan pendapatan pelancongan sebanyak 2.4
peratus kepada RM86.14 billion manakala jumlah ketibaan pelancong pula
meningkat 1.0 peratus kepada 26.1 billion pada 2019 daripada angka tahun
sebelumnya.

(Dipetik dan diubah daripada "Sektor Pelancongan Sumbang RM86.14 Billion kepada
Ekonomi Malaysia  2019")

Petikan di atas menunjukkan bahawa bidang pelancongan di negara kita


turut menjana ekonomi negara. Bidang pelancongan turut menyumbang
pendapatan yang agak tinggi dan sudah semestinya beberapa usaha mesti
dilakukan agar bidang ini memperoleh pendapatan yang lebih tinggi dari
setahun ke setahun.

Huraikan usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk mencapai matlamat


tersebut. Panjangnya karangan anda hendaklah antara 350 hingga 500 patah
perkataan.

Tema: Pelancongan

Kunci Soalan: Usaha-usaha memajukan sektor pelancongan di Malaysia


Sejajar dengan era globalisasi ini, sektor pelancongan di Malaysia semakin maju dari
tahun ke tahun. Hal ini dikatakan demikian kerana nusa tercinta ini diberkati oleh Tuhan
dengan kekayaan alam semula jadi, keindahan flora dan fauna serta cuaca khatulistiwa.
Selanjutnya, Malaysia yang terdiri daripada berbilang kaum turut memikat hati pelancong
untuk melawat ke negara kita. Sektor pelancongan merupakan tonggak ekonomi negara kita
yang terbesar selepas sektor perindustrian. Oleh hal yang demikian, pihak kerajaan telah
memperuntukkan banyak dana bagi memajukan sektor pelancongan dengan harapan dapat
menjana ekonomi negara kita. Memandangkan kesungguhan pihak kerajaan untuk berbuat
demikian, persoalan yang muncul di gawang minda saya ialah apakah usaha yang perlu
dilakukan agar bidang ini memperoleh pendapat yang lebih tinggi dari tahun ke tahun?

Usaha perdana yang boleh dilakukan untuk memajukan sektor tersebut ialah pihak
kerajaan patutlah acap kali menganjurkan kempen yang berkaitan dengan sektor
pelancongan. Hal ini dikatakan demikian kerana kempen tersebut dapat mempromosikan
tempat-tempat pelancongan terkenal ke negara luar dan membolehkan pelancong mengenali
negara kita dan berminat untuk melancong ke negara kita kerana tak kenal maka tak cinta.
Contohnya, “Kempen Cuti-cuti Malaysia” yang dianjurkan oleh pihak kerajaan merupakan
usaha yang terpuji. Pihak kerajaan haruslah memastikan kempen sebegini dianjurkan pada
setiap tahun dan bukannya bagai melepaskan batuk di tangga. Tegasnya, sekiranya kempen
sebegini sering diadakan, maka nama negara dapat dikenali oleh masyarakat di luar negara.

Selanjutnya, pihak kerajaan haruslah memperlengkap infrastruktur pelancongan di


negara kita. Hal ini dikatakan demikian kerana infrastruktur yang baik dapat memberikan
keselesaan yang optimum kepada pelancong. Dalam hal ini, pengangkutan awam menjadi
wadah utama pelancong untuk bergerak di negara kita. Oleh itu, pihak kerajaan boleh
meningkatkan bilangan pengangkutan awam. Hal ini tentu dapat memudahkan pelancong
untuk bergerak ke destinasi pelancongan. Bukan infrastruktur yang perlu dinaiktarafkan
tetapi bangunan bersejarah juga perlu dibaik pulih agar tidak kelihatan usang. Dengan itu,
pelancongan dapat menikmati keindahan di negara kita dengan hati yang gembira. Tuntasnya,
infrastruktur yang lengkap di negara kita dapat menjamin pengalaman pelancong yang manis
semasa melancong di negara kita.

Sementalahan, pihak kerajaan wajarlah memastikan keindahan tempat pelancongan.


Hal ini dikatakan demikian kerana alam sekitar yang kotor akan menjijikkan mata
pelancong ketika melancong. Hal ini akan mencalar imej negara kita di mata dunia. Oleh
hal yang demikian, kita yang digelar warganegara haruslah memikul peranan untuk
memastikan kawasan persekitaran adalah bersih dan bebas daripada sebarang sampah.
Sehubungan dengan itu, pelancong melawat ke negara dapat menikmati keindahan negara
kita dan bukannya indah khabar daripada rupanya. Dengan itu, nama negara kita akan
dititi dari bibir ke bibir oleh pelancong asing dan menarik hati lebih banyak pelancong ke
negara kita. Tegasnya bahawa alam sekitar yang bersih memainkan peranan yang penting
untuk menarik hati pelancong ke negara kita.
Intihanya, sektor pelancongan merupakan salah satu sektor yang menguntungkan
negara kita dan dianggap sebagai tonggak ekonomi negara kita. Sekiranya sektor ini
dimajukan dengan baik, maka negara kita dapat memperoleh keuntungan yang lebih
lumayan. Selain itu, sektor tersebut turut membolehkan nama negara ditingkatkan di mata
dunia. Oleh itu, semua pihak haruslah menjangkau sehabis tangan untuk memajukan sektor
pelancongan. Hal ini supaya ekonomi negara dapat dijanakan dan seterusnya dapat duduk
sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara maju lain.

(497 patah perkataan)

Markah - 60/70
Usaha-usaha Menggalakkan Raykat Tempatan Melancong dalam Negara

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia akan memperhebat usaha bagi
menggalakkan lebih banyak rakyat tempatan melancong dalam negara, sekali gus memacu
pertumbuhan industri terbabit. Kementerian itu turut menyasarkan sebanyak 92.8 juta
pelancong tempatan yang menyumbang sebanyak RM 76.9 billion kepada ekonomi negara
tahun ini berbanding dengan 85.2 juta pelancong tempatan dengan sumbangan RM 68.5
billion pada tahun 2019.

Sumber: Bernama Online, 7 Mac 2020

Petikan akhbar di atas menyatakan bahawa aktiviti melancong di dalam


negara dalam kalangan rakyat tempatan merupakan aktiviti yang dapat
meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara serta memacu perkembangan
industri berkenaan. Oleh itu, pelbagai usaha perlu dilakukan oleh pihak
kerajaan bagi menggalakkan lebih banyak rakyat tempatan melancong di
dalam negara. 

Sehubungan dengan itu, anda dikehendaki menulis rencana bagi


menggalakkan rakyat melancong di negara sendiri. 

Tajuk rencana tersebut ialah "Usaha-usaha Menggalakkan Raykat Tempatan


Melancong dalam Negara". Tulis rencana tersebut dengan selengkapnya.

Tema: Pelancongan
Kunci Soalan: Usaha-usaha Menggalakkan Raykat Tempatan Melancong dalam
Negara
Usaha-usaha Menggalakkan Raykat Tempatan Melancong dalam Negara
Oleh Muhammad Ali

  Zaman beralih, musim berubah. Tempat pelancongan di negara kita tumbuh bagai
cendawan selepas hujan. Malaysia memang sesuai untuk menjadi destinasi pelancongan
kerana mempunyai musim Khatulistiwa dan dilimpahi tempat bersejarah. Di sebalik
kemajuan sektor pelancongan di negara kita, terdapat satu lakaran suram iaitu menurut
kajian pakar, rakyat Malaysia lebih suka melancong di luar negara berbanding dengan di
negara sendiri. Bak kata peribahasa, “hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri
sendiri, lebih baik di negeri sendiri”. Persoalan yang berlegar di gawang minda saya ialah
apakah langkah-langkah untuk menggalakkan rakyat Malaysia untuk melancong di negara
sendiri?

Langkah perdana untuk menggalakkan rakyat Malaysia melancong di negara sendiri


ialah pihak kerajaan patutlah menawarkan pakej melancong yang lebih murah khas kepada
warganegara. Hal ini dikatakan demikian kerana rakyat Malaysia akan lebih berminat untuk
melancong di Malaysia jika dapat melancong dalam kos yang rendah. Contohnya, pihak
kerajaan boleh memberikan diskaun kepada warganegara yang melancong di destinasi
pelancongan. Dengan ini, rakyat Malaysia dapat menjimatkan kos melancong dan berasa
lebih sesuai untuk melancong di Malaysia berbanding dengan di luar negara. Tegasnya, pihak
kerajaan patutlah memastikan warganegara menikmati diskaun dalam pakej pelancongan
supaya rakyat Malaysia sudi melancong di negara sendiri.

Selanjutnya, pihak kerajaan perlulah menayangkan iklan tempat pelancongan yang


wujud di Malaysia melalui media massa. Hal ini dikatakan demikian kerana dalam era yang
dilimpahi teknologi maklumat, rakyat akan mudah terpikat oleh iklan yang menunjukkan
keindahan destinasi pelancong di negara kita. Apa-apa yang ditunjukkan bukanlah indah
khabar daripada rupa. Contohnya, media massa boleh menyiarkan iklan yang
menunjukkan keindahan Pulau Redang, haiwan liar di hutan dan keseronokan di Genting
Highland. Rentetan dengan itu, rakyat Malaysia akan mempunyai rasa dan nafsu untuk
melancong di negara sendiri. Tuntasnya, iklan boleh digunakan sebagai satu langkah yang
ampuh untuk menarik lebih ramai rakyat Malaysia untuk melancong di negara sendiri.

Sementalahan, pihak kerajaan boleh memperuntukkan wang untuk mengadakan


projek pembangunan taman negara dan tapak pelancongan. Hal ini dikatakan demikian
kerana apabila terdapat banyak destinasi pelancongan yang baharu dan dilengkapi prasarana,
rakyat Malaysia akan terpikat untuk melancong di destinasi-destinasi tersebut yang berlokasi
di Malaysia. Contohnya, Taman Bertema Escape yang terletak di Pulau Pinang telah terbina
sebuah gelongsor air yang terbesar di dunia. Hal ini telah menarik ramai pelancong di negara
atau di luar negara untuk mengunjungi tapak pelancongan tersebut. Tegasnya, kewujudan
tapak pelancongan yang baharu akan menarik minat ramai rakyat Malaysia untuk
mengunjung.

Sebagai penutup bicara, sektor pelancongan akan lebih maju sekiranya lebih ramai
rakyat bercuti di Malaysia kerana dapat mengurangkan pengaliran mata wang ke luar
negara. William Shakespeare pernah berkata, “jangan hentikan usaha yang mulia
selagi hasilnya belum kita kecapi”. Lantaran itu, semua pihak seyogia bersinergi bagai
aur dengan tebing untuk menggalakkan rakyat Malaysia untuk melancong di negara sendiri.
Kerjasama daripada pelbagai pihak diperlukan kerana bertepuk sebelah tangan takkan
berbunyi. Sehubungan dengan itu, semua pihak haruslah menyokong kempen Cuti-cuti
Malaysia yang dianjurkan oleh pihak kerajaan untuk melancong di negara sendiri supaya
sektor pelancongan negara kita dapat duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan
negara maju lain.

(491 patah perkataan)

Markah - 56/70
Kepentingan Pelaburan Asing kepada Negara Kita

Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) menafikan dakwaan bahawa pelaburan


asing merosost kerana pertumbuhan ekonomi yang tidak cukup tinggi dan masa depan yang
tidak meyakinan. Dalam kenyataan, MIDA berkata ekonomi negara terus berkembang pada
kadar 5.8 peratus pada suku tahun kedua 2017, antara yang tertinggi di dunia.

(Sumber: Bernama, 22 Oktober 2017)

Dengan berdasarkan maklumat di atas, huraikan kepentingan pelaburan


asing kepada negara.

Tema: Pelaburan Asing


Kunci Soalan: Kepentingan Pelaburan Asing kepada Negara Kita

Zaman beralih, musim bertukar. Sejajar dengan era globalisasi ini, negara kita
yang mempunyai potensi ekonomi yang tinggi telah menarik minat pelabur asing untuk
melabur di negara kita. Beberapa inisiatif telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan untuk
menarik minat pelabur asing untuk melabur di negara kita. Contohnya, pihak kerajaan telah
mewujudkan zon industri bebas seperti di Bayan Lepas, Pulau Pinang. Hal ini telah berjaya
menarik minat syarikat multinasional seperti Intel untuk datang ke negara kita untuk
menjalankan perniagaan. Memandangkan kesungguhan pihak kerajaan untuk menarik minat
pelaburan asing di negara kita, persoalan yang berlegar-legar di gawang minda saya ialah
apakah kepentingan pelaburan asing kepada negara kita?
Kepentingan perdana pelaburan asing kepada negara kita ialah ekonomi negara akan
dijana dengan adanya pelaburan asing dalam projek-projek negara kita. Hal ini dikatakan
demikian kerana pengaliran wang ke negara lain dapat disekat. Hal ini berlaku apabila
pelabur asing menggunakan bahan mentah tempatan untuk menghasilkan produk-produk
mereka. Contohnya, kilang tayar yang didirikan oleh pelabur asing di negara kita
memerlukan getah yang terdapat di negara kita sebagai bahan mentah utama untuk
mengeluarkan tayar. Sesungguhnya, permintaan terhadap bahan mentah di negara kita akan
meningkat dan sekali gus meningkatkan pendapatan negara kita melalui kutipan cukai.
Tegasnya, pelaburan asing di negara kita mampu menjana ekonomi di negara kita.

Selanjutnya, pelaburan asing di negara kita dapat memajukan bidang sains dan
teknologi di negara kita. Hal ini dikatakan demikian kerana pemindahan ilmu teknologi dapat
dibawa masuk ke negara kita apabila pelabur asing mendirikan syarikat multinasional di
negara kita. Dalam hal ini, pekerja tempatan yang bekerja di syarikat tersebut dapat
menambah ilmu pengetahuan tentang teknologi yang dibawa oleh syarikat tersebut. Misalnya,
syarikat Skymind yang didirikan di negara kita telah membolehkan pekerja tempatan belajar
ilmu kecerdasan buatan (AI) yang merupakan trend dunia kini daripada pakar dari luar
negara. Tuntasnya, dengan pelaburan asing di negara kita, aspek teknologi negara kita dapat
dimajukan dan duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara maju lain.

Sementalahan, peluang pekerjaan di negara kita dapat diperluas dengan adanya


pelaburan asing di negara kita. Hal ini dikatakan demikian kerana lazimnya, syarikat yang
didirikan di negara kita akan mengupah pekerja di negara kita untuk menjimatkan
perbelanjaan. Dalam hal ini, kadar pengangguran di Malaysia dapat dikurangkan dan sekali
gus meningkatkan taraf hidup rakyat Malaysia. Selain itu, jika kilang yang didirikan oleh
pelabur asing terletak di luar bandar, masalah penghijrahan penduduk luar bandar ke bandar
dapat dikurangkan. Kawasan di sekitar kilang tersebut akan maju dan mungkin boleh
berkembang menjadi bandar. Tegasnya, pelaburan asing di negara kita bukan sahaja
mewujudkan peluang pekerjaan malahan memajukan kawasan sekitar negara kita. Hal ini
bertepatan dengan peribahasa “serampang dua mata”.

Bulan kian terang, bayang kian jelas bahawa pelaburan asing di negara kita banyak
mendatangkan kemaslahatan kepada negara kita. Tanpa pelaburan asing, negara kita tidak
akan mencapai mercu kejayaan dalam pelbagai aspek. Lantaran itu, semua pihak haruslah
menggembleng tenaga bagai aur dengan tebing untuk menarik minat pelabur asing untuk
melabur di negara kita kerana bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. Rentetan
dengan itu, usaha yang drastik dan pragmatik haruslah diambil oleh pihak kerajaan untuk
menganjurkan kempen supaya dapat menarik minat pelabur asing. Usaha-usaha murni
tersebut tidak seharusnya bagai melepaskan batuk di tangga supaya usaha yang dicurahkan
tidak akan umpama mencurahkan air di daun keladi. Dengan itu, negara kita dapat
mencapai status negara maju dan gah di persada dunia.

(499 patah perkataan) 

Markah - 50/70
Kepentingan Pemuliharaan dan Pemeliharaan Bangunan Bersejarah

 “Beta mahu usaha memulihara dan memelihara bangunan bersejarah yang berkaitan dengan
negeri itu diperhebat. Beta bimbang jika bangunan dan monumen tersebut tidak dipulihara
secepat mungkin serta terbiar, tinggalan sejarah itu akan runtuh atau rosak sehingga tidak
dapat diselamatkan lagi. Kebanyakan bangunan seumpama itu memiliki nilai sejarah yang
sangat tinggi serta masih menjadi destinasi pelancongan tumpuan di ibu negara. Pihak yang
berkenaan seperti Jabatan Warisan Negara, Kementerian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) perlu melakukan pemuliharaan serta
pemeliharaan lebih intensif terhadap bangungan-bangunan bersejarah tersebut.”

(Dipetik daripada ucapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, Sinar Harian, 31
Januari 2021)

Kandungan ucapan di atas menerangkan bahawa bangunan bersejarah di


negara ini perlu dipulihara dan dipelihara kerana banyak kepentingannya
terhadap masyarakat amnya dan negara khasnya.

Andaikan anda salah seorang daripada peserta yang mengambil bahagian


dalam pertandingan syarahan. Tajuk syarahan anda ialah “Kepentingan
Pemuliharaan dan Pemeliharaan Bangunan Bersejarah”. Tulis teks syarahan
anda itu selengkapnya.

Tema: Bangunan Bersejarah


Kunci Soalan: Kepentingan Pemuliharaan dan Pemeliharaan Bangunan Bersejarah
Selamat pagi dan salam sejahtera saya ucapkan kepada pengetua yang dikasihi, guru-guru
yang dihormati, barisan panel yang arif lagi bijaksana dan rakan-rakan sekalian. Saya
bernama Muhammad Ali dari kelas 5SK1. Pada hari ini, saya akan menyampaikan sebuah
syarahan yang bertajuk “Kepentingan Pemuliharaan dan Pemeliharaan Bangunan
Bersejarah”.

Hadirin yang dihormati,

Zaman beralih, musim berubah. Sejajar dengan era moden ini, roda
pembangunan di negara kita berkembang dengan pesat bagai lipas kudung. Sayang
seribu kali sayang, terdapat satu lakaran suram di sebalik pembangunan pesat di
negara kita, iaitu bangunan bersejarah yang telah wujud di Malaysia sejak zaman Tuk
Nadur berkajang kain semakin dipinggirkan dan kelihatan usang. Hal ini telah
menyayatkan hati pihak kerajaan dan raja negara kita kerana bangunan bersejarah
merupakan warisan nenek moyang kita dan tidak ternilai harganya. Lantaran itu, pihak
kerajaan telah mengimplementasikan pelbagai inisiatif untuk memulihara dan memelihara
bangunan bersejarah. Memandangkan kesungguhan pihak kerajaan untuk menjaga keaslian
bangunan bersejarah, persoalan yang muncul dalam gawang minda saya ialah apakah
kepentingan pemuliharaan dan pemeliharaan bangunan bersejarah?

Kepentingan perdana ialah bangunan bersejarah mempunyai nilai kajian yang tinggi.
Hal ini dikatakan demikian kerana bangunan bersejarah boleh membekalkan sumber
maklumat sejarah sesuatu tempat. Misalnya, Stadthuys boleh menjadi bukti kukuh bahawa
negeri Melaka pernah dijajah oleh pihak Belanda. Selain itu, bangunan A famosa turut
membuktikan Melaka pernah dijajah oleh pihak Portugis. Hal ini banyak membantu para
sejarawan untuk menyunting rekod kronologi sejarah Kesultanan Melayu Melaka dengan
betul.  Tanpa bangunan sejarah, kajian tentang sejarah di negara kita sukar dibuktikan.
Natijahnya, kita akan hilang dan tidak mengetahui peristiwa-peristiwa sejarah yang pernah
berlaku di negara kita. Tegasnya, bangunan sejarah merupakan sumber bekalan maklumat
dengan bukti yang kukuh dan sahih kepada para sejarawan.

Selanjutnya, bangunan bersejarah turut dapat menyemarakkan semangat patriotik


dalam sanubari masyarakat. Hal ini dikatakan demikian kerana bangunan bersejarah yang
ditinggalkan boleh mengingati masyarakat tentang perjuangan nasionalis dalam
mempertahankan kedaulatan negara kita. Contohnya, kota A Famosa memaparkan penjajahan
Portugis di Melaka manakala kota Cornwallis memaparkan penjajahan British di Pulau
Pinang. Hal ini boleh menyedarkan masyarakat tentang kepentingan mempertahankan
kedaulatan negara kita di samping membangkitkan semangat patriotik dalam jiwa
masyarakat. Dengan itu, masyarakat akan memegang prinsip “biar putih tulang, jangan
putih mata” dalam memperjuang kedaulatan negara pada setiap saat genting. Tuntasnya,
bangunan bersejarah merupakan wadah yang mampu memupuk patriotisme dalam kalangan
masyarakat.

Hadirin yang dikasihi,

Sementalahan, bangunan bersejarah turut banyak mendatangkan manfaat kepada


sektor pelancongan. Hal ini dikatakan demikian kerana bangunan bersejarah yang
mempunyai nilai estetika unik bakal menjadi destinasi pelancongan di negara kita.
Contohnya, bangunan Sultan Abdul Samad di Kuala Lumpur mempunyai unsur seni bina
yang tiada tolok bandingnya. Ramai pelancong dari luar negara terpesona oleh bangunan
tersebut yang bukan sahaja mempunyai nilai yang berharga dari segi keunikan unsur seni
bina, malahan dari segi nilai sejarah bangunan tersebut. Dengan itu, nama baik negara kita
akan ditingkatkan di mata dunia. Selain itu, perkunjungan pelancong di negara kita turut
membantu dalam menjana ekonomi negara kita. Hal ini memang bertepatan dengan
peribahasa “serampang dua mata”. Tegasnya, bangunan bersejarah mampu dijadikan
sebagai destinasi pelancongan di Malaysia.

Bulan kian terang, bayang kian jelas bahawa bangunan bersejarah banyak
mendatangkan kepentingan kepada negara kita. Lantaran itu, semua pihak haruslah
bersinergi bagai aur dengan tebing dalam memulihara dan memelihara bangunan
bersejarah sebelum kudis menjadi tokak. Ingatlah pesanan William Shakespeare iaitu,
“jangan hentikan usaha yang mulia selagi hasilnya belum dicapai”. Dalam hal ini, Pihak
yang berkenaan seperti Jabatan Warisan Negara, Kementerian Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) perlu memperuntukkan wang
membaiki kerosakan bangunan-bangunan tersebut supaya tidak kelihatan usang. Dengan itu,
bangunan bersejarah di Malaysia dapat tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.

Sekian terima kasih.

(518 patah perkataan)

Markah - 55/70
Langkah-langkah untuk Memajukan Industri Desa

MELAKA: Ketua Menteri Adly Zahari meminta agensi kerajaan membantu industri
pembuatan makanan desa dengan membeli produk berkenaan untuk dihidangkan pada
program formal dan tidak formal. Katanya, produk makanan seperti nasi lemak, kuih-muih,
mi dan seumpamanya yang dihasilkan anggota komuniti desa harus didapatkan agensi
kerajaan untuk tujuan berkenaan, sekali gus mempromosi produk itu kepada agensi lain.

(Sumber: Berita Harian)

Industri desa dapat mengatasi masalah pengangguran di desa.

Bincangkan langkah-langkah untuk memajukan industri desa.

Tema: Industri desa
Kunci Soalan: Langkah-langkah untuk memajukan industri desa.

  Sektor industri desa telah dijalankan sejak zaman Tuk Nadur berkajang kain.
Industri ini meliputi kraf tangan, makanan, pakaian, dan inap desa. Zaman beralih, musim
bertukar. Sejajar dengan era yang dilimpahi dengan teknologi maklumat, taraf hidup
manusia semakin meningkat berikutan dengan perkembangan ekonomi negara kita. Sektor
perindustrian sering diberikan tumpuan untuk menjana ekonomi negara kita. Walau
bagaimanapun, sektor industri desa semakin dipinggirkan pada saban hari. Sebenarnya,
sektor industri desa berpotensi tinggi untuk memajukan ekonomi negara kita di samping
dapat mengatasi masalah pengangguran di desa. Persoalan yang berlegar-legar di gawang
minda saya ialah apakah langkah-langkah untuk memajukan industri desa di negara kita?
Langkah perdana untuk memajukan industri desa di Malaysia ialah pihak kerajaan
haruslah memberikan bantuan kepada pengusaha industri desa yang muda dan baharu. Hal ini
dikatakan demikian kerana pengusaha tersebut memerlukan kos yang tinggi untuk
memulakan perusahaan mereka dalam industri desa. Contohnya, tindakan pihak kerajaan
yang mengenalkan Industri Kecil dan Sederhana(IKS) merupakan satu tindakan terpuji
kerana mampu memikat hati masyarakat untuk menceburi bidang industri desa. Dalam hal
ini, pihak kerajaan boleh menawarkan pakej peminjaman modal, khidmat nasihat, dan
peralatan kepada pengusaha tersebut. Bak kata peribahasa, “ada padi semua kerja jadi, ada
beras semua kerja jadi deras”. Dengan adanya bantuan pihak kerajaan, pengusaha dapat
memulakan pekerjaan industri desa dengan lancar. Tegasnya, pihak kerajaan perlu membantu
pengusaha industri desa supaya mereka mampu mengusahakan industri desa dengan baik.

Selanjutnya, pihak sekolah perlu mendedahkan sektor industri desa kepada murid-
murid sejak bangku sekolah lagi bagai melentur buluh biarlah dari rebungnya. Hal ini
dikatakan demikian kerana murid-murid yang masih berdarah setampuk pinang mudah
menerima pengaruh luar. Misalnya, pihak sekolah boleh mengadakan lawatan sambil belajar
ke industri desa untuk mendedahkan proses pembuatan kraf tangan atau makanan di industri
desa. Seterusnya, pihak sekolah turut boleh mengajak usahawan industri desa yang berjaya
untuk menyampaikan ceramah kepada murid-murid. Hal ini secara tidak langsung dapat
mengikis tanggapan buruk terhadap sektor industri desa dalam kalangan murid-murid dan
mereka akan berminat untuk menceburi bidang tersebut ketika dewasa. Tuntasnya, pihak
sekolah harus meyakinkan murid-murid bahawa sektor industri desa turut memulangkan
pendapatan yang lumayan.

Sementelahan, pengusaha industri desa patut menimba ilmu pengetahuan dan


pengalaman sendiri di negara-negara jiran seperti Thailand dan Indonesia. Hal ini dikatakan
demikian kerana pengusaha industri desa dapat belajar dan mendalami budaya kraf tangan
negara lain. Contohnya, dengan kelengkapan ilmu tersebut, pengusaha dapat membuat
inovasi untuk menghasilkan kraf tangan yang baharu dengan penerapan nilai tempatan dan
nilai estetika negara lain. Sehubungan dengan itu, kraf tangan yang baharu akan menarik
perhatian pembeli dan menembusi pasaran antarabangsa kerana mempunyai reka bentuk yang
berbeza dengan kraf tangan yang lama. Hal ini merupakan satu pendekatan serampang
dua mata untuk menaikan nama baik negara dan menjana ekonomi negara. Tegasnya,
pengusaha industri desa patut menghasilkan produk yang berbeza untuk memajukan industri
desa.

Intihanya, industri desa mampu menjana ekonomi negara kita dan amat berpotensi
untuk dimajukan. William Shakespeare pernah berkata bahawa jangan hentikan usaha
yang mulia, selagi hasilnya belum dikecapi dan dicapai. Lantaran itu, semua pihak
haruslah bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk memajukan sektor industri desa
kerana bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. Peribahasa genggam bara api, biar
sampai jadi arang haruslah menjadi pegangan pengusaha industri desa dalam memulakan
perusahaan industri desa. Sehubungan dengan itu, industri desa mampu dimajukan dan
duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan industri negara maju lain. 

(503 patah perkataan)

Markah - 58/70  
TEMA: KELUARGA

Peranan Ibu Bapa supaya Anak-anak Tidak Menyalahgunakan Kemudahan


Internet

Internet merupakan satu daripada medium yang telah menjadi dunai seolah-olah semakin
mengecil. Para pengguna dapat menggunakan Internet sebagai alat komunikasi dalam
pembelajaran dan perhubungan.

(Sumber: Internet)

Pelbagai maklumat yang bermanfaat mahupun sebaliknya disalaurkan


dengan mudahnya kepada pengguna Internet tanpa kawalan.

Huraikan peranan ibu bapa supaya anak-anak tidak menyalahgunakan


kemudahan Internet.

Tema: Internet
Kunci Soalan: Peranan Ibu Bapa supaya Anak-anak Tidak Menyalahgunakan
Kemudahan Internet

  Zaman beralih, musim bertukar. Sejajar dengan era yang dilimpahi dengan
teknologi maklumat, pelbagai inovasi dicipta untuk memenuhi keperluan manusia,
terutamanya kemudahan Internet. Internet merupakan satu inovasi yang menjadikan dunia
seolah-olah semakin mengecil. Internet boleh dijadikan sebagai wadah dalam bidang
pembelajaran dan perhubungan. Sayang seribu kali sayang, golongan generasi muda yang
masih berusia setahun jagung tidak dapat membezakan antara kaca dengan permata
dan semakin terjebak dalam perbuatan menyalahgunakan kemudahan Internet. Hal ini
menyayat hati masyarakat kerana generasi muda merupakan aset negara yang bakal
menerajui tonggak kepemimpinan negara kita pada masa depan. Persoalan yang
berlegar-legar di gawang minda saya ialah apakah peranan ibu bapa supaya anak-anak
tidak menyalahgunakan kemudahan Internet?

Peranan ibu bapa perdana ialah ibu bapa haruslah sentiasa memantaukan sejarah
Internet yang dilayari atau digunakan oleh anak-anak mereka. Hal ini dikatakan demikian
kerana tindakan ini mampu mengelakkan anak-anak mereka daripada menelusuri laman
sesawang yang berunsur negatif. Contohnya, ibu bapa boleh memuat turun aplikasi yang
mampu mengawasi aktiviti anak dalam Internet. Sekiranya anak mereka tertekan laman
sesawang yang berunsur lucah atau keganasan, ibu bapa mampu mengetahui perkara tersebut
dan akan membimbing anak mereka pada peringkat awal supaya tidak mengulangi kesalahan
tersebut. Pengesanan pada peringkat awal ini mampu memandu anak mereka supaya tidak
terpesong ke arah kemudaratan dan mereka tidak akan membabitkan diri dalam
penyalahgunaan Internet. Tuntasnya, ibu bapa harus sentiasa memantau aktiviti anak dalam
Internet.

Selanjutnya, Albert Einstein pernah berkata bahawa Ilmu tanpa agama adalah
buta, agama tanpa ilmu adalah lumpuh. Jelaslah bahawa agama merupakan perisai
golongan muda dalam mengharungi seribu batu dugaan luar. Rentetan dengan itu, ibu
bapa haruslah menitikberatkan dan menerapkan ajaran agama dalam sanubari anak mereka.
Misalnya, ibu bapa boleh meluangkan masa untuk acap kali membaca buku kitab dengan
anak mereka pada waktu lapang. Sehubungan dengan itu, anak mereka dapat membezakan
antara kaca dengan permata. Apabila mereka sedar bahawa perbuatan menyalahgunakan
Internet adalah melanggar ajaran agama, mereka akan takut untuk berbuat demikian.
Tegasnya tanpa ajaran agama, kehidupan golongan generasi muda akan seumpama
kapal tanpa nakhoda yang berumbang-ambing di laut yang bergelola. 

Semetelahan, ibu bapa patut menjadi uswah hasanah kepada anak mereka. Hal ini
dikatakan demikian kerana anak umpama sehelai kain putih dan ibu bapa yang akan
menentukan kain tersebut sama ada berwarna-warni atau hitam. Dalam hal ini, ibu bapa
patut menjadi pengguna Internet yang berhemah dan beretika. Tamsilnya, ibu bapa tidak
patut memplagiat hak cipta orang lain dengan menyalin karya orang lain sebagai laporan
sendiri dalam Internet. Seterusnya, ibu bapa turut tidak boleh terlibat dalam jenayah siber
yang merupakan perbuatan yang salah di sisi undang-undang. Sehubungan dengan itu, anak
mereka akan mencontohi sikap murni ibu bapa untuk menggunakan Internet secara beretika. 
Tuntasnya, sikap bagai ketam mengajar anaknya berjalan betul haruslah dielakkan. 
Bulan kian terang, bayang kian jelas bahawa ibu bapa memainkan peranan yang
penting dalam mengatasi masalah anak-anak menyalahgunakan kemudahan Internet. Bak
kata peribahasa “pemuda bangsa negara, pemudi tiang negara”, golongan generasi muda
merupakan aset negara yang tidak ternilai harga. Ingatlah pesanan William Shakespeare
bahawa jangan hentikan usaha yang mulia selagi hasilnya belum dikecapi. Lantaran itu,
semua pihak haruslah bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk menangani masalah
tersebut kerana bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. Dengan itu, generasi muda
yang berminda kelas pertama serta celik teknologi maklumat dapat dilahirkan dan negara
kita dapat duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara maju lain.

(503 patah perkataan)

Markah - 55/70
TEMA: SEKOLAH

Faedah-faedah Mempelajari Mata Pelajaran Sejarah

Pada masa ini, mata pelajaran Sejarah bukan lagi suatu  mata pelajaran yang asing kepada
murid-murid. Sejak sekolah rendah, mereka sudah mempelajari mata pelajaran ini. Tambahan
pula, mata pelajaran Sejarah telah diwajibkan lulus bagi semua calon Sijil Peperiksaan
Malaysia (SPM) mulai 2013. Walau bagaimanapun, terdapat murid yang beranggapan
bahawa Sejarah merupakan suatu mata pelajaran yang susah dan membosankan sedangkan
banyak faedah yang dapat diperoleh melalui mata pelajaran ini.

(Dipetik daripada buku teks tingkatan 4, halaman 107, Kementerian Pendidikan Malaysia.)

Petikan di atas menerangkan tentang mata pelajaran Sejarah.

Anda telah diminta oleh guru kelas anda untuk menulis sebuah rencana
untuk disiarkan di dalam majalah sekolah anda. Tajuk rencana anda ialah
"faedah-faedah mempelajari mata pelajaran Sejarah" 

Tulis rencana anda itu selengkapnya.

Tema: Sejarah
Kunci Soalan: Faedah-faedah Mempelajari Mata Pelajaran Sejarah
Faedah-faedah Mempelajari Mata Pelajaran Sejarah
oleh Muhammad Ali

Zaman beralih, musim berubah. Sejajar dengan era globalisasi ini, generasi muda
semakin tidak menitikberatkan mata pelajaran Sejarah. Hal ini telah menjadi buah mulut
masyarakat dan menggusarkan hati masyarakat. Hal ini dikatakan demikian kerana
generasi muda merupakan aset negara yang bakal menjadi pemimpin yang menerajui
tonggak kepemimpinan negara. Bak kata peribahasa, “pemuda harapan bangasa, pemudi
tiang negara”. Sejak tahun 2013, mata pelajaran Sejarah diwajibkan lulus oleh semua calon
SPM. Pihak kerajaan berbuat demikian untuk melahirkan generasi muda yang peka terhadap
sejarah negara kita. Memandangkan kesungguhan pihak kerajaan untuk menggalakkan
pembelajaran mata pelajaran Sejarah, persoalan yang berlegar-legar di gawang minda
saya ialah apakah faedah mempelajari mata pelajaran Sejarah?

Kemaslahatan perdana mempelajari mata pelajaran Sejarah adalah dapat melahirkan


generasi muda yang mempunyai semangat patriotik yang kental. Hal ini dikatakan demikian
kerana mata pelajaran Sejarah banyak mengisahkan dan menghidangkan perkara yang
berkaitan dengan perjuangan tokoh-tokoh yang lalu. Contohnya, sumbangan Tunku Abdul
Rahman yang berusaha memperjuang kemerdekaan negara kita akan menyemarakkan
semangat cinta akan negara dalam jiwa generasi muda. Hal ini boleh menjadi inspirasi dan
ilham generasi muda untuk meneruskan semangat perjuangan beliau. Dengan itu, generasi
muda yang mempunyai semangat patriotik yang kental akan sentiasa bersiap siaga untuk
memperjuang kedaulatan negara kita pada saat genting kerana ‘biar putih tulang, jangan
putih mata’. Tegasnya, mata pelajaran Sejarah mampu menyemarakkan semangat patriotik
dalam sanubari generasi muda.

Selanjutnya, mata pelajaran Sejarah turut membolehkan kita mengambil iktibar 


daripada peristiwa yang lalu. Hal ini dikatakan demikian kerana ahli falsafah terkenal,
George Santayana pernah berkata, “Mereka yang melupai sejarah pasti akan
mengulanginya”. Misalnya, negara kita pernah dijajah oleh pihak British. Sikap tidak
berwaspada terhadap kuasa asing oleh raja-raja melayu pada masa lalu telah mengakibatkan
campur tangan pihak British untuk memanipulasi keadaan yang berlaku di negara kita.
Perkara tersebut telah menasihati kita tentang kepentingan sentiasa peka terhadap kuasa asing
untuk mempertahankan kedaulatan negara. Dengan itu, kita tidak akan mengulangi kesalahan
tersebut. Tegasnya, mata pelajaran Sejarah memastikan pisang tidak berbuah dua kali jika
kita mendapat iktibar daripada peristiwa lampau.

     Sementalahan, mata pelajaran Sejarah turut menyemai semangat perpaduan dalam


kalangan masyarakat. Hal ini dikatakan demikian kerana mata pelajaran Sejarah banyak
mengutamakan elemen perpaduan dalam sukatan pelajarannya. Misalnya, terdapat satu
lakaran m suram di sebalik sejarah negara kita iaitu peristiwa yang berlaku pada 13
Mei 1969 telah menimbulkan keresahan antara kaum. Natijahnya, banyak nyawa diragut
dan banyak harta benda dirosakkan. Hal ini telah meningkatkan kesedaran masyarakat
tentang kepentingan perpaduan dalam menjamin keharmonian negara kita. Dengan itu, rakyat
Malaysia akan melupakan sebarang prasangka terhadap kaum lain dan sekali gus memegang
prinsip “ambil yang jernih, buang yang keruh”. Tuntasnya, mata pelajaran Sejarah boleh
digunakan sebagai wadah menjamin hubungan silaturahim antara kaum di negara kita.

       Bulan kian terang, bayang kian jelas bahawa mata pelajaran Sejarah banyak
mendatangkan faedah kepada  rakyat Malaysia. Lantaran itu, semua pihak patutlah
bersinergi bagai aur dengan tebing untuk menggalakkan generasi muda untuk mempelajari
mata pelajaran Sejarah. Hal ini dikatakan demikian kerana bertepuk sebelah tangan takkan
berbunyi. William Shakespeare pernah berkata, “Jangan hentikan usaha yang mulia
selagi hasilnya belum dicapai”. Rentetan dengan itu, pihak sekolah patutlah mengubah
pendekatan cara mengajar mata pelajaran Sejarah agar dapat memikat hati murid untuk
belajar Sejarah. Dengan itu, generasi muda yang berminda kelas pertama dan
menitikberatkan sejarah negara kita akan dilahirkan agar dapat duduk sama rendah, berdiri
sama tinggi dengan negara maju lain.

(505 patah perkataan)

Markah - 68/70
TEMA: KERJAYA

Usaha-usaha Untuk Menarik Minat Anak-anak Muda Dalam Pertanian


(Karangan Respsons Terhad)

Bahan 1

Generasi muda merupakan tenaga penggerak utama industri pertanian negara dan sekiranya
minda mereka tidak dibuka, negara terpaksa bergantung kepada sumber makanan yang
diimport. Selain itu, persepsi masyarakat yang memandang tinggi kepada bidang kerja di
pejabat perlu diubah. Mereka juga perlu diberi pendidikan menerusi kursus serta latihan
dan keyakinan dalam bidang ini.

(Dipetik dan diubah suai daripada Sinar Harian, 31 Januari 2019)

Bahan 2

Institut Pertanian Semenanjung Malaysia

Tawaran Kursus Pertanian


Anjuran
Kelab Pertanian

Bertempat di Institut Pertanian


Semenanjung Malaysia

Setiap Sabtu dan Ahad


8:00 pagi hingga 5:00 petang
Untuk permohonan, sila layari:
http://edubestari.com

Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha untuk menarik minat anak-


nak muda alam pertanian.

Panjangnya huraian anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.

  Sektor pertanian merupakan salah satu sektor yang penting di negara kita. Namun
begitu, sektor pertanian semakin dianaktirikan akibat perkembangan pesat dalam sektor
perindustrian. Oleh itu, pelbagai langkah harus diambil untuk menarik minat anak-anak muda
dalam pertanian.

Antara usaha untuk menarik minat remaja dalam pertanian ialah pihak kerajaan
haruslah mengadakan kursus pertanian untuk mendedahkan golongan muda tentang bidang
pertanian. Contohnya, kolej RISDA menawarkan kursus dalam bidang pertanian. Tegasnya,
golongan muda akan mendapat sijil apabila tamat pengajian.

Selanjutnya, pihak kerajaan patutlah berusaha mengubah persepsi golongan muda


terhadap bidang pertanian kerana rata-ratanya golongan muda beranggapan bahawa bidang
pertanian kurang menarik, iaitu 3D. Sesungguhnya, bidang pertanian berpotensi untuk
mendatangkan pulangan yang lumayan. Peribahasa “alang-alang menyeluk pekasam, biarlah
sampai ke pangkal lengan” haruslah dijadikan sebagai pegangan untuk memajukan bidang
tersebut.

Sementelahan, pihak kerajaan patutlah menggalakkan penggunaan kaedah moden


dalam bidang pertanian kerana kaedah tradisional tidak menjanjikan pulangan yang lumayan.
Misalnya, penggunaan jentera dalam aktiviti di sawah mapu membantu meningkatkan
produktiviti petani. Tuntasnya, pulangan yang lumayan boleh meyakinkan golongan muda
untuk menceburi dalam bidang pertanian.

Intihanya, semua pihak patutlah mendorong golongan muda untuk menceburi bidang
pertanian kerana berpotensi mendatangkan pulangan yang lumayan. Jika sektor pertanian
masih tidak diminati oleh rakyat, negara kita akan bergantung kepada negara lain untuk
mendapat bekalan makanan. Lantaran itu, golongan muda patutlah berani menceburi bidang
tersebut.

205 patah perkataan

Markah - 24/30
Usaha-usaha Yang Boleh Dilakukan Oleh Pelbagai Pihak Agar Dapat
Menarik Minat Generasi Muda Menceburi Bidang Pekerjaan "kolar baharu"

Kuala Lumpur : Kita biasa dengar pekerja kolar biru dan kolar putih tetapi ada satu lagi
bidang pekerjaan yang mungkin kurang diberi perhatian iaitu “kolar baharu”. Secara
umumnya, seseorang pekerja “kolar baharu” ialah individu yang memajukan diri dengan
kemahiran teknikal dan insaniah. Golongan ini bekerja dalam bidang berkaitan dengan
teknologi dan kemahiran. Kerjaya “kolar baharu” seperti tukang paip, juruelektrik dan tukang
gunting rambut mungkin dianggap kerjaya kelas kedua pada waktu dahulu tetapi tidak lagi
sekarang. Permintaan yang semakin meningkat untuk tenaga mahir bidang itu
mengangkatnya ke satu tahap yang harus dibanggakan. Menteri Sumber Manusia, M
Kulasegaran percaya bidang “kolar baharu” ini adalah satu peluang yang perlu direbut rakyat
Malaysia.

(Sumber : BERNAMA, 13 Februari, 2020)

Bidang pekerjaan dalam petikan di atas jelas mendapat permintaan yang


tinggi.

Berikan pendapat anda tentang usaha-usaha yang boleh dilakukan oleh


pelbagai pihak agar dapat menarik minat generasi muda menceburi bidang
pekerjaan tersebut.

Tema: Kerjaya
Kunci Soalan: Usaha-usaha yang boleh dilakukan oleh pelbagai pihak agar dapat
menarik minat generasi muda menceburi bidang pekerjaan "kolar baharu"
Zaman beralih, musim bertukar. Sejajar dengan era pascamerdeka ini, pihak
kerajaan telah mempelbagaikan kegiatan ekonomi melalui Dasar Ekonomi Baru dan Dasar
Pembangunan Nasional supaya kadar pengangguran di negara kita dapat berkurang.
Pekerjaan yang biasanya diceburi oleh rakyat ialah pekerjaan kolar biru dan kolar putih tetapi
pekerjaan “kolar baharu” kurang diceburi oleh rakyat. Secara umumnya, seseorang pekerja
“kolar baharu” ialah individu yang memajukan diri dengan kemahiran teknikal dan insaniah.
Golongan ini bekerja dalam bidang berkaitan dengan teknologi dan kemahiran. Kerjaya
“kolar baharu” ini termasuklah tukang paip, juruelektrik dan tukang gunting rambut.
Sesungguhnya, permintaan terhadap bidang pekerjaan tersebut semakin meningkat.
Persoalannya, apakah usaha-usaha yang boleh dilakukan oleh pelbagai pihak agar dapat
menarik minat generasi muda menceburi bidang pekerjaan tersebut?

Langkah perdana ialah pihak kerajaan haruslah mengadakan bengkel dan memberikan
latihan yang berkaitan dengan bidang “kolar baharu” kepada golongan belia. Hal ini
dikatakan demikian kerana latihan tersebut dapat melengkapkan mereka dengan
kemahiran yang diperlukan dalam bidang pekerjaan tersebut. Contohnya, tindakan pihak
kerajaan menubuhkan Pusat Latihan Kemahiran Giatmara merupakan tindakan yang terpuji
kerana membolehkan golongan dilatih mudah mendapatkan pekerjaan “kolar baharu” yang
berkaitan dengan kemahiran sendiri. Dengan adanya latihan yang berkualiti, ramai generasi
muda akan berminat untuk menceburi bidang tersebut. Tegasnya, pihak kerajaan haruslah
menawarkan kursus kemahiran yang berkaitan dengan bidang “kolar baharu” dari semasa ke
semasa dan bukan hanya bagai melepaskan batuk di tangga.

Selanjutnya, ibu bapa turut memainkan peranan yang dominan dalam menggalakkan
anak-anak mereka untuk menceburi bidang “kolar baharu”. Hal ini dikatakan demikian
kerana ibu bapa merupakan orang yang terdekat dengan anak-anak mereka. Rentetan itu, ibu
bapa haruslah mendorong anak mereka untuk menceburi bidang pekerjaan tersebut.
Misalnya, ibu bapa  boleh menerangkan faedah menceburi bidang pekerjaan “kolar baharu”
dan meyakinkan anak mereka bahawa kolar baharu tidak berpendapatan rendah serta bukan
pekerjaan kelas bawahan. Sehubungan dengan itu, tanggapan buruk dan stigma anak
mereka terhadap “kolar baharu” dapat dikikis sekali gus memikat hati mereka terhadap
bidang pekerjaan tersebut. Tuntasnya,  dorongan ibu bapa mampu menarik minat anak
mereka untuk menceburi bidang “kolar baharu”.

Sementelahan, pihak sekolah boleh mendedahkan kemahiran bidang pekerjaan “kolar


baharu” kepada murid-murid sejak bangku sekolah lagi bagai melentur buluh biarlah dari
rebungnya. Hal ini dikatakan demikian kerana murid-murid yang masih berumur setahun
sejagung mudah menerima pengaruh luar. Dalam hal ini, pihak sekolah boleh memasukkan
kemahiran bidang pekerjaan “kolar baharu” seperti teknik membaiki paip dalam sukatan
pelajaran. Sehubungan dengan itu, murid boleh menggunakan ilmu dan kemahiran yang
dipelajari dan dimiliki untuk diaplikasikan dalam bidang pekerjaan “kolar baharu”. Tegasnya,
pendedahan awal tentang kemahiran bidang pekerjaan tersebut oleh pihak sekolah mampu
menarik minat murid untuk menceburi bidang pekerjaan tersebut ketika dewasa. 

Intihanya, bidang pekerjaan “kolar baharu” merupakan peluang pekerjaan yang perlu
direbut oleh rakyat Malaysia kerana permintaan terhadap pekerjaan tersebut semakin
meningkat pada saban tahun. Oleh itu, sampailah masa untuk minda masyarakat
melonjakkan anjakan paradigma untuk mengikis tanggapan buruk terhadap bidang
pekerjaan “kolar baharu”. William Shakespeare pernah berkata bahawa “jangan
hentikan usaha yang mulia, selagi hasilnya belum dikecapi”. Lantaran itu, pelbagai pihak
haruslah berganding bahu bagai aur dengan tebing untuk menarik minat generasi muda
untuk membabitkan diri dalam bidang pekerjaan “kolar baharu” kerana bertepuk sebelah
tangan tidak akan berbunyi. Sehubungan dengan itu, kadar pengangguran di negara kita
dapat menurun dan sekali gus meningkatkan taraf hidup rakyat.

(506 patah perkataan)

Markah - 58/70
Langkah-langkah untuk Menggalakkan Golongan Belia Menceburi Industri
Kraf Tangan

KUALA LUMPUR: Produk kraf tangan tradisional tempatan mampu menembusi pasaraan
antarabangsa sekiranya mempunyai landasan pemasaran dan penghasilan material
bersesuaian dengan cita rasa semasa. Oleh itu, penghasilan produk seni dana kraf tangan
tempatan perlu lebih unik, kreatif dan mengekalkan keaslian, tetapi kontemporari sejajar
dengan aliran semasa.
(Sumber: Berita Harian)

Masa depan kraf tangan agak cerah sekiranya berjaya menembusi pasaran
antarabangsa.

Bincangkan langkah-langkah untuk menggalakkan golongan bellia


menceburi industri kraf tangan.

Tema: Industri Kraf Tangan


Kunci Soalan: Langkah-langkah untuk Menggalakkan Golongan Belia Menceburi
Industri Kraf Tangan

Sektor industri kraf tangan telah dijalankan sejak zaman Tuk Nadur berkajang
kain. Kraf tangan merupakan penghasilan peralatan dengan tangan yang mempunyai nilai
estetika tersendiri dan memaparkan budaya nenek moyang kita. Zaman beralih, musim
bertukar. Sejajar dengan era yang dilimpahi dengan teknologi maklumat, taraf hidup
manusia semakin meningkat berikutan dengan perkembangan ekonomi negara kita. Sektor
perindustrian sering diberikan tumpuan untuk menjana ekonomi negara kita. Sayang seribu
kali sayang, sektor industri kraf tangan semakin dipinggirkan pada saban hari. Sebenarnya,
sektor industri kraf tangan berpotensi tinggi untuk memajukan ekonomi negara kita.
Persoalan yang berlegar-legar di gawang minda saya ialah apakah langkah-langkah untuk
menggalakkan golongan belia menceburi industri kraf tangan?
Langkah perdana untuk memajukan industri kraf tangan ialah pihak kerajaan haruslah
memberikan bantuan kepada pengusaha industri kraf tangan yang muda dan baharu. Hal ini
dikatakan demikian kerana bantuan yang diberikan oleh pihak kerajaan kepada industri
tersebut adalah alang kepalang. Sesungguhnya, pengusaha tersebut memerlukan kos yang
tinggi untuk memulakan perusahaan mereka serta membeli bahan mentah yang diperlukan
dalam kraf tangan. Contohnya, pihak kerajaan boleh menawarkan pakej peminjaman modal
dan khidmat nasihat kepada pengusaha tersebut. Bak kata peribahasa, “ada padi semua
kerja jadi, ada beras semua kerja jadi deras”. Dengan adanya bantuan sempurna,
pengusaha dapat memulakan pekerjaan industri kraf tangan dengan lancar. Tegasnya, pihak
kerajaan perlu membantu pengusaha industri kraf tangan supaya mereka mampu
mengusahakan industri kraf tangan dengan baik.

Selanjutnya, pihak sekolah perlu mendedahkan sektor industri kraf tangan kepada
murid-murid sejak bangku sekolah bagai melentur buluh biarlah dari rebungnya. Hal ini
dikatakan demikian kerana murid-murid yang masih berdarah setampuk pinang mudah
menerima pengaruh luar. Misalnya, pihak sekolah boleh mengadakan lawatan sambil belajar
ke industri kraf tangan untuk mendedahkan proses pembuatan kraf tangan di industri kraf
tangan. Seterusnya, pihak sekolah turut boleh mengajak usahawan industri kraf tangan yang
berjaya untuk menyampaikan ceramah kepada murid-murid. Hal ini dapat mengikis
tanggapan buruk murid-murid terhadap sektor industri kraf tangan dan mereka akan
berminat untuk menceburi bidang tersebut ketika dewasa. Tuntasnya, pihak sekolah harus
meyakinkan murid-murid bahawa sektor industri kraf tangan turut memulangkan pendapatan
yang lumayan.

Sementelahan, pengusaha industri kraf tangan patut menimba ilmu pengetahuan dan
pengalaman sendiri di negara-negara jiran seperti Thailand dan Indonesia. Hal ini dikatakan
demikian kerana pengusaha industri kraf tangan dapat mendalami budaya kraf tangan negara
lain. Contohnya, dengan kelengkapan ilmu tersebut, pengusaha dapat membuat inovasi untuk
menghasilkan kraf tangan yang baharu dengan penerapan nilai tempatan dan nilai estetika
negara lain. Sehubungan dengan itu, kraf tangan yang baharu akan menarik perhatian pembeli
dan menembusi pasaran antarabangsa kerana mempunyai reka bentuk unik serta
kontemporari sejajar dengan aliran semasa. Hal ini merupakan satu pendekatan
serampang dua mata untuk menaikkan nama baik negara dan menjana ekonomi negara.
Tegasnya, pengusaha industri kraf tangan patut menghasilkan produk yang berbeza untuk
memajukan industri kraf tangan.

Intihanya, industri kraf tangan mampu menjana ekonomi negara kita serta merupakan
khazanah warisan nenek moyang kita dan kita tidak harus bersikap seperti kacang lupakan
kulit. William Shakespeare pernah berkata bahawa jangan hentikan usaha yang mulia,
selagi hasilnya belum dikecapi dan dicapai. Lantaran itu, semua pihak haruslah
bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk memajukan industri kraf tangan kerana
bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. Peribahasa genggam bara api, biar
sampai jadi arang haruslah menjadi pegangan pengusaha industri kraf tangan dalam
memulakan perusahaan industri kraf tangan. Sehubungan dengan itu, industri kraf tangan
mampu dimajukan dan akan tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan. 

(505 patah perkataan)


Markah - 59/70

TEMA: KESELAMATAN

Jenayah Siber (Karangan Respons Terhad)

Maklumat di bawah berkaitan dengan jenayah siber.

Bahan 1

JENAYAH SIBER
ANCAMAN KESELAMATAN NEGARA

"Menurut Pusat Strategik Dan Pembelajaran Antarabangsa, jenayah siber merupakan


perbuatan ataupun tindakan yang menggunakan peranti elektronik seperti komputer, gajet
dengan sambungan internet untuk menjalankan kegiatan pemalsuan dan pencurian data,
penyebaran virus berbahaya, penggodaman dan pengintipan yang menyalahi undang-undang
sesebuah negara."
Munirah Muhamad
Juara Pidato Kenegaraan Peringkat Kebangsaan 2019
PENIPUAN SIBER
Sejak 2018, aduan insiden penipuan siber adalah yang tertinggi diterima saban tahun
berbanding jenayag siber lain.

3,127
kes penipuan siber diadukan kepada Malaysia Computer Emergency Response Team
(myCERT) bagi Januari hingga Julai 2019.

Jenayah siber 2018:

 Penipuan siber        5,123


 Pencerobohan         1,805
 Kod jahat                1,700
Antara Jenis Aduan:

 Memancing data (phishing)


 "Nigerian scam"
 Penipuan pekerjaan
 Penipuan loteri
 Penipuan dalam talian termasuk urus niaga jual beli barangan

Langkah elak jadi mangsa penipuan:

1. Jangan mengemas kini status yang menunjukkan anda kesunyian, sedang mencari
pasangan hidup, terdesak untuk memiliki seseorang.
2. Jangan terlalu mudah terima permohonan untuk menjadi rakan di media sosial.
3. Tidak terpedaya dengan sebarang pujian & pujuk rayu rakan media sosial.
4. Jangan mudah percaya dengan sebarang tawaran hadiah.
5. Timbulkan perasaan ragu & syak khususnya kepada pernyataan seolah-olah dia
berkedudukan, berpangkat, baru mendapat pekerjaan, berharta & lain-lain (yang
kelihatan terlalu indah)
6. Netizen perlu lebih berhati-hati sekiranya ada sebarang komunikasi melibatkan wang.

Sumber: CyberSecurity Malaysia

Bahan 2

Kenapa jenayah siber boleh berlaku? Apa puncanya?

 Salah satu punca jenayah siber berlaku adalah kerana ia SUKAR UNTUK
DIKENAL PASTI siapanya penjenayahnya.

 Sikap manusia yang negatif kononnya SEKADAR SUKA-SUKA juga antara punca
jenayah siber tersebar kerana ia sering dilakukan oleh manusia yang mempunyai sikap
yang negatif.

 Penjenayag hanya serang sistem sekadar suka-suka ataupun MENCUBA ILMU


BAHARU  yang mereka pelajari.

 Dipengaruhi sifat ketamakan untuk JADI KAYA dalam masa singkat dengan
menggunakan kaedah alternatif menggodam kerana jenayah siber tidak perlu
melibatkan tenaga fizikal seperti jenayah lain, contohnya merompak.

 Penjenayah siber akan melakukan jenayah ini terhadap institusi pesaing atau
MERKEA DIUPAH pihak tertentu. Biasanya mereka SUSAH DITANGKAP.
 Federal Bureau of Investigation (FBI) menyatakan penjenayag siber biasanya
GOLONGAN BERPENGETAHUAN ATAUPUN PROFESIONAL.

Huraikan pendapat anda tentang jenayah siber. 

Panjangnya huraian hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.

Jenayah siber merupakan perbuatan menggunakan peranti elektronik dengan


sambungan Internet untuk menjalankan kegiatan pemalsuan serta pencurian data, penyebaran
virus komputer, dan penggodaman dan pengintipan yang menyalahi undang-undang negara.
Kini, jenayah siber semakin bermaharajalela di negara kita. Persoalannya, apakah punca
jenayah siber boleh berlaku?

Punca perdana jenayah siber boleh berlaku ialah penjenayah siber sukar untuk dikenal
pasti kerana penjenayah siber biasanya golongan berpengetahuan dalam bidang tersebut dan
berkemungkinan diupah oleh pihak tertentu. Contohnya, mereka bijak menyembunyikan
pengenalan mereka dengan menyamarkan pengenalan sendiri. Natijahnya, pihak polis tidak
dapat mengenal pasti penjenayah siber. Tegasnya, penyamaran pengenalan mereka
menyebabkan mereka susah ditangkap.

Selanjutnya, sikap manusia yang negatif turut menyumbang kepada aktiviti jenayah
siber. Contohnya, mereka yang bersikap tamak akan melakukan aktiviti jenayah siber untuk
menjadi kaya dalam masa singkat melalui kaedah alternatif menggodam. Seterusnya, terdapat
sesetengah orang melakukan jenayah siber sekadar suka-suka atau mencuba ilmu baharu
tentang jenayah siber. Tuntasnya, sikap manusia yang buruk mendorong aktiviti jenayah
siber.

Intihanya, jenayah siber merupakan ancaman keselamatan negara kita. Lantaran itu,
kita patut bersikap berwaspada ketika menggunakan Internet supaya tidak terpedaya oleh
aktiviti penjenayah seperti penipuan loteri, penipuan pekerjaan, penipuan dalam talian dan
pemancingan data. Sehubungan dengan itu, keselamatan negara kita dapat terjamin dan nama
baik negara kita akan gah di persada dunia.

(204 patah perkataan)

Markah - 25/30
Cadangan-cadangan untuk menangani masalah kemalangan motosikal yang
membabitkan golongan muda

Seorang remaja maut dalam kemalangan membabitkan sembilan motosikal dan sebuah kereta
di Kilometer 35.1 Lebuh Raya PlUS arah utara di sini semalam. Menurut Ketua Polis Daerah
Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow, dalam kejadian kira-kira pukul 10:00 malam itu,
pihaknya menerima maklumat berlaku kemalangan membabitkan sekumpulan penunggang
motosikal dengan sebuah kereta. Bagaimanapun, motosikal-motosikal tersebut tidak terlibat
dalam aktiviti lumba haram

(Dipetik dan diubah suai daripada "Remaja Maut dalam Kemalangan Sembilan Motosikal",
Harian Metro, 29 November 2020)

Petikan di atas menunjukkan bahawa kemalangan yang membabitkan


golongan muda yang menunggang motosikal. Manakala, peratus tertinggi
kemalangan jalan raya di negara kita membabitkan golongan ini.

Sebagai seorang yang prihatin terhadap masalah ini, anda dikehendaki


mencadangkan beberapa tindakan yang boleh dilakukan untuk menangani
masalah ini.

Jelaskan cadangan-cadangan tersebut. Panjangnya karangan anda hendaklah


antara 350 hingga 500 patah perkataan.

Tema: Kemalangan motosikal


Kunci Soalan: Cadangan-cadangan untuk menangani masalah kemalangan motosikal
yang membabitkan golongan muda

Dr HM Iskandar al-Haj pernah berkata, “Hakikatnya banyak negara di dunia


ini telah merdeka, tetapi fikiran mereka masih terbelenggu oleh penjara diri.” 
Dasawarsa ini, masyarakat acap kali dikejutkan dengan kes kemalangan motosikal yang
membabitkan golongan muda yang terpapar di dada akhbar. Kes tersebut semakin
bermaharajalela pada saban tahun tanpa titik noktahnya.  Hal ini telah menyayat hati
golongan masyarakat kerana golongan muda merupakan aset negara yang bakal menjadi
pemimpin negara yang menerajui tonggak pentadbiran negara.  Sesungguhnya, tidak
ada gunung yang tidak dapat didaki, tidak ada lumrah yang tidak dapat dituruni. 
Persoalan yang berlegar-legar dalam gawang minda saya ialah apakah cadangan-
cadangan untuk membendung masalah kemalangan motosikal yang membabitkan golongan
muda?

Pada pendapat saya, langkah perdana yang boleh dilakukan untuk menangani isu
tersebut ialah pihak kerajaan haruslah menguatkuasakan undang-undang yang berkaitan
dengan kemalangan motosikal.  Hal ini dikatakan demikian kerana undang-undang jalan raya
di Malaysia masih longgar dan pesalah penunggang motosikal masih mampu membayar
hukuman saman yang dikenakan terhadap mereka.  Dalam hal ini, pihak kerajaan wajarlah
mengenakan hukuman berat yang setimpal terhadap golongan remaja yang melanggar
undang-undang jalan raya.  Contohnya, hukuman saman yang berat terhadap remaja yang
melakukan mat rempit ataupun menunggang motosikal walaupun masih bawah umur. 
Dengan itu, mereka akan sedar akan kesalahan sendiri dan tidak akan mengulangi kesalahan
tersebut.  Tuntasnya, undang-undang yang ketat akan menyebabkan golongan remaja takut
untuk melanggar peraturan trafik semasa menunggang motosikal di jalan raya.

Sementalahan, pihak sekolah patutlah memastikan penerapan elemen keselamatan


jalan raya dimasukkan dalam sukatan pelajaran sejak di bangku sekolah lagi.  Hal ini
dikatakan demikian kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya, murid-murid yang
masih berumur setahun sejagung mudah dipupuk  nilai bertanggungjawab semasa di jalan
raya.  Misalnya, guru boleh berkongsi dengan murid-murid tentang peraturan yang wajib
dipatuhi oleh semua orang ketika menunggang motosikal di jalan raya. Seterusnya, guru turut
boleh menayangkan video tentang statistik kemalangan motosikal kepada murid.  Dengan itu,
hal ini dapat menyedarkan mereka tentang kepentingan mematuhi peraturan ketika
menunggang motosikal di jalan raya.  Tegasnya, apabila murid sedar akan peraturan di jalan
raya, mereka tidak akan melakukan perbuatan yang membahayakan keselamatan sendiri.

Selanjutnya, ibu bapa turut memainkan peranan yang dominan dalam membendung
masalah tersebut.  Hal ini dikatakan demikian kerana ibu bapa merupakan orang yang
terdekat dengan anak mereka.  Rentetan dengan itu, ibu bapa patutlah memantau pergerakan
anak mereka di luar rumah.  Contohnya, ibu bapa perlu sentiasa mengambil tahu destinasi
anak mereka ketika anak mereka keluar dari rumah.  Lebih-lebih lagi, ibu bapa haruslah
sentiasa mendidik anak mereka untuk memegang prinsip “biar lambat asalkan selamat”
serta menampilkan uswah hasanah yang baik di hadapan mereka kerana bapa borek anak
rintik.  Sikap bagai ketam mengajar anak berjalan betul haruslah dielakkan oleh ibu
bapa.  Dengan itu, anak mereka akan mencontohi ibu bapa untuk menjaga keselamatan diri
semasa menunggang motosikal di jalan raya.  Tegasnya, ibu bapa memikul tanggungjawab
penting untuk mendidik anak mereka berhati-hati ketika berada dalam jalan raya.

     Intihanya, masalah kemalangan motosikal yang membabitkan golongan remaja haruslah


dikekangkan hingga ke akar umbinya. Hal ini dikatakan demikian kerana “pemuda
bangsa negara, pemudi tiang negara”. Lantaran itu, semua pihak haruslah menjangkau
sehabis tangan bagai aur dengan tebing untuk membendung masalah tersebut kerana
bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi. Ingatlah pesanan daripada William
Skakespeare, “Jangan hentikan usaha yang mulia selagi hasilnya belum dikecapi”.
Semua usaha murni yang drastik dan pragmatik harus diimplementasikan supaya langkah
untuk membendung masalah tersebut tidak akan umpama mencurah air ke daun keladi.
Dengan itu, negara kita akan duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara maju
lain. 

(505 patah perkataan)

Markah - 64/70
Cara-cara Mencegah Penularan Pandemik COVID-19 (Karangan Respson
Terhad)

Bahan 1

PANTUN COVID-19

Mencari lokan di tepi tambak.


Dapat setimbun sebesar lengan;
Untuk elakkan virus merebak,
Gunakan sabun cucilah tangan.

Kembang perlahan ekor si merak,


Berwarna-warni menyerikan hutan;
Patuh arahan bataskan jarak,
Terhindar kita daripada jangkitan.

Kayu dibelah tak sudah-sudah


Kapaknya tumpul tangan pun sakit;
Jangan berkelah, jangan riadah,
Kalau berkumpul boleh terjangkit.

Ibnu Bin Assingkiri


Bahan 2

CEGAH COVID-19: AMALKAN NORMA BAHARU

#KitaTeguhKitaMenang

 kerap membasuh tangan


 Penjarakan sosial
 Guna pelitup muka

ELAKKAN 3S

 Sesak - tempat yang sesak


 Sempit - tempat sempit dan tertutup
 Sembang Dekat - bersembang dekat-dekat

Maklumat di atas berkaitan dengan pandemik COVID-19. 

Huraikan pendapat anda tentang penularan pandemik COVID-19.


Panjangnya huraian hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.

Pandemik COVID-19 telah melanda negara kita dan seolah-olahnya tiada noktahnya.
Pandemik COVID-19 yang datang seperti ribut, pergi seperti semut itu telah menjejaskan
kesihatan dan kehidupan harian masyarakat. Lantaran itu, kita patut mengamalkan amalan
norma baharu, iaitu Prosedur Operasi Standard (SOP) untuk mencegah penyakit COVID-19.

Amalan norma baharu yang patut kita amalkan ialah kita wajarlah kerap membasuh
tangan sama ada sebelum makan atau selepas makan. Hal ini dikatakan demikian kerana
banyak virus dan bakteria pada tangan kita. Contohnya, kita boleh mencuci tangan dengan
sabun untuk membasmikan bakteria yang ada pada tangan kita. Tegasnya, amalan mencuci
tangan mampu mengelakkan COVID-19 merebak.

Selanjutnya, kita wajar mengamalkan penjarakan sosial dan mengelakkan tempat


yang sesak serta sempit. Kita juga tidak harus bersembang dekat-dekat. Hal ini dikatakan
demikian kerana kalau berkumpul, COVID-19 mudah merebak melalui titisan air. Misalnya,
kita tidak digalakkan melakukan aktiviti riadah seperti berkelah di luar rumah. Tuntasnya,
penjarakan sosial mampu menghindarkan kita daripada jangkitan COVID-19.

Intihanya, pandemik COVID-19 telah banyak meragut nyawa masyarakat. Lantaran


itu, kita patutlah mematuhi SOP untuk mencegah pandemik tersebut. Pakailah pelitup muka
ketika berada di mana-mana tempat. Kita teguh, kita memang. Semoga rantaian kes COVID-
19 dapat dirungkai supaya kehidupan harian masyarakat akan dipulihkan seperti biasa. 
196 patah perkataan

Markah - 25/30

Punca-punca Berlakunya Penularan Wabak Penyakit Berjangkit dalam


kalangan Masyarakat di Malaysia

Punca-punca Berlakunya Penularan Wabak Penyakit Berjangkit dalam


kalangan Masyarakat di Malaysia

Tema: Penularan Wabak Penyakit Berjangkit


Kunci Soalan: Punca-punca Berlakunya Penularan Wabak Penyakit Berjangkit dalam
kalangan Masyarakat di Malaysia

Tidak dapat dinafikan bahawa kini masyarakat sejagat telah dihantui penularan
penyakit berjangkit, iaitu COVID-19. Sebagai langkah untuk mencegah penularan penyakit
tersebut, pihak kerjaaan telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan(PKP). Seterusnya,
rakyat digalakkan untuk menerima suntikan vaksin untuk mengurangkan risiko kemautan
daripada penyakit tersebut. Hal ini telah membuahkan hasil apabila bilangan kes positif
COVID-19 semakin menurun di Malaysia. Sebelum mengambil tindakan untuk
membasmikan penyakit berjangkit, punca berlakunya penularan wabak penyakit berjangkit
haruslah dikenal pasti. Persoalan yang berlegar-legar dalam gawang minda saya ialah
apakah faktor-faktor berlakunya penularan wabak penyakit berjangkit dalam kalangan
masyarakat di Malaysia?

Punca perdana berlakunya penularan wabak penyakit berjangkit ialah sikap


sesetengah rakyat yang tidak mematuhi Prosedur Operasi Standard(SOP). Hal ini dikatakan
demikian kerana SOP diperkenalkan sebagai panduan asas untuk mencegah penularan
penyakit berjangkit. Misalanya, terdapat sebahagian rakyat tidak suka memakai pelitup muka
ketika berada di luar rumah. Terdapat juga segelintir anggota masyarakat yang tidak
mengamalkan penjarakan sosial dan menyebabkan sesuatu tempat dalam keadaan berhimpit-
himpit. Sesungguhnya, penyakit berjangkit seperti COVID-19 dan Influenza boleh ditular
melalui titisan air dan angin. Sekiranya rakyat tidak mematuhi SOP, sudah tentu akan
meningkatkan risiko dijangkiti penyakit tersebt. Tuntasnya, sikap umpama enau dalam
belukar, melepaskan pucuk masing-masing haruslah dielakkan oleh masyarakat untuk
mematuhi SOP.

Selanjutnya, keadaan pesakit penyakit berjangkit yang tidak dikuarantin turut


menyumbang kepada penularan wabak penyakit berjangkit. Hal ini dikatakan demikian
kerana pesakit yang tidak dikuarantin akan menular penyakit berjangkit kepada orang lain
ketika berada di luar. Contohnya, terdapat beberapa pesakit yang tidak mematuhi peraturan
untuk keluar dari rumah walaupun dijangkiti penyakit berjangkit atau memilik simptom-
simptom yang disyaki merupakan penyakit berjangkit. Perbuatan mereka tentulah akan
membawa penyakit berjangkit ke tempat yang lain. Hal ini akan menimbulkan lebih banyak
kluster wabak penyakit berjangkit di negara kita. Tegasnya, sesiapa yang disyaki menghidapi
penyakit berjangkit tetapi tidak dikuarantin akan menyebabkan penularan wabak penyakit
berjangkit.

Kebersihan asas kesihatan. Sesungguhnya, penyakit berjangkit seperti malaria,


denggi dan zika boleh menular jika sesuatu tempat adalah kotor dan dilimpahi sampah sarap.
Hal ini dikatakan demikian kerana keadaan kekotoran dan timbunan sampah sarap boleh
menjadi tempat pembiakan haiwan yang berpotensi membawa penyakit berjangkit berjenis
vektor. Misalnya, timbunan sampah boleh menakung air dan menjadi tempat pembiakan
nyamuk Aedes. Hal ini sudah tentu akan mengakibatkan kes penyakit demam denggi di
tempat tersebut. Selagi aktiviti gotong-royong tidak sentiasa dijalankan, penyakit berjangkit
akan mudah merebak. Tuntasnya, penularan penyakit berjangkit disebabkan oleh keadaan
yang tidak bersih.

    Intihanya, penularan wabak penyakit berjangkit banyak memberikan penderitaan kepada


rakyat di Malaysia. Bak kata peribahasa,"mencegah lebih baik daripada mengubati".
Lantaran itu, semua pihak haruslah berganding bahu bagai aur dengan tebing untuk
mencegah dan membasmikan penyakit berjangkit kerana bertepuk sebelah tangan tidak
akan berbunyi. William Shakespeare pernah berkata bahawa, "jangan hentikan usaha
yang mulia selagi hasilnya belum dikecapi". Oleh itu, usaha yang padu daripada semua
pihak adalah diperlukan supaya usaha sebelum ini tidak umpama mencurah air ke daun
keladi. Sehubungan dengan itu, negara kita dapat bebas daripada penularan wabak penyakit
berjangkit. 

(462 patah perkataan)

Markah -  61/70
TEMA: SUKAN

Kepentingan E-Sukan

        Zaman beralih, musim berubah. Dalam persepsi kebanyakan orang, sukan merupakan
suatu aktiviti yang melibatkan kecergasan fizikal seseorang. Sesungguhnya, sejajar dengan
era moden yang dilimpahi dengan pelbagai teknologi maklumat, terdapat satu sukan yang
memerlukan teknologi seperti komputer, papan kekunci dan telefon pintar, iaitu e-sukan. E-
sukan dikelaskan sebagai salah satu jenis sukan kerana e-sukan memerlukan kecerdasan
minda peserta dan berpaksikan daya saing yang kuat antara peserta. Contohnya, Dota,
PUBG, dan Call Of Duty  telah menjadi permainan maya yang sering dipertandingkan dalam
e-sukan. Sayang seribu kali sayang, golongan muda sering dikongkongkan oleh ibu bapa
untuk tidak menceburi bidang e-sukan supaya masa depan mereka terjamin. Sebenarnya, e-
sukan memang banyak mendatangkan faedah kepada kita.

        Kepentingan perdana e-sukan ialah e-sukan mampu mencerdaskan minda kita. Hal ini
dikatakan demikian kerana permainan maya dalam e-sukan memerlukan perancangan strategi
yang baik, koordinasi jari-jari tangan yang fleksibel serta reaksi yang cepat supaya mampu
memenangi permainan tersebut. Contohnya, terdapat satu kajian yang menyatakan bahawa
peserta e-sukan diyakini mempunyai masa reaksi yang lebih cepat berbanding dengan orang
lain. Bukan itu sahaja, peserta e-sukan turut akan bijak merancang strategi ampuh dalam
menempuhi sebarang masalah yang melanda kehidupannya. Dengan itu, generasi muda
yang bersikap bijak bagai menarik rambut di dalam tepung akan dilahirkan. Tegasnya, e-
sukan mampu melahirkan generasi muda yang berminda kognitif.

        Selanjutnya, e-sukan turut dapat menghiburkan hati kita. Hal ini dikatakan demikian
kerana permainan maya dalam e-sukan membantu kita melepaskan tekanan yang
terpendam dalam hati kita. Misalnya, permainan maya yang mempunyai grafik yang cantik
dan ganjaran tugasan permainan maya yang menarik mampu merangsang hormon-hormon
yang dapat menghiburkan minda kita ketika berasa bosan. Dalam hal ini, tekanan pelajaran
murid yang sering berorientasikan peperiksaan dapat diseimbangkan dengan permainan
maya dalam e-sukan. Dengan itu, kita akan hidup dengan lebih ceria dalam kehidupan.
Tuntasnya, e-sukan boleh dijadikan sebagai wadah untuk melupakan sebarang tekanan dan
menikmati hiburan.

        Sementalahan, kita mampu menjana pendapatan melalui e-sukan. Hal ini dikatakan
demikian kerana terdapat banyak pertandingan e-sukan menyediakan wang dan hadiah yang
lumayan kepada pemenang-pemenang. Tamsilnya, terdapat seorang remaja di Amerika
Syarikat yang masih berumur 16 tahun telah muncul sebagai pemenang johan pertandingan e-
sukan iaitu Fortnite dan berjaya memenangi bejuta-juta wang. Sesungguhnya, jika kita
mewakili negara kita dan menang dalam pertandingan e-sukan, kita bukan sahaja dapat
menjana pendapatan, malah kita dapat mengharumkan nama negara kita. Hal ini bertepatan
dengan peribahasa “serampang dua mata”. Tegasnya, e-sukan boleh dijadikan sebagai satu
kerjaya kita pada masa depan dan e-sukan turut menjamin masa depan kita yang cerah.

       Bulan kian terang, bayang kian jelas bahawa e-sukan banyak mendatangkan
kepentingan kepada kita. Oleh itu, semua pihak haruslah berganding bahu tangan bagai
aur dengan tebing untuk menggalakkan golongan muda untuk melibatkan diri dalam bidang
e-sukan kerana bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. Ingatlah pesanan William
Shakespeare, “jangan hentikan usaha yang mulia selagi hasil belum dicapai”. Rentetan
dengan itu, ibu bapa perlu melakukan anjakan paradigma dengan mengikis persepsi buruk
terhadap e-sukan iaitu menganggap e-sukan tidak menjamin masa depan yang cerah. Selain
itu, pihak kerajaan perlu mengadakan kempen untuk memikat hati generasi muda untuk
menceburi bidang e-sukan. Dengan itu, negara kita dapat duduk sama rendah, berdiri sama
tinggi dengan negara maju lain di samping nama negara kita akan gah di persada dunia.

(498 patah perkataan)

Markah - 65/70
Usaha-usaha Ibu Bapa Mendorong Anak Membabitkan Diri Dalam Kegiatan
Sukan dan Riadah

Ketagihan permainan video ialah tabiat permainan video dalam talian atau luar talian yang
berlebihan sehingga menjejaskan kebolehan seseorang untuk berfungsi secara normal dalam
aktiviti harian. Permainan video mempunyai ciri tertentu yang menarik sekali gus
meningkatkan peluang seseorang untuk menjadi ketagih berbanding dengan permainan luar
talian seperti aktiviti riadah. Peningkatan tabiat permainan video yang tidak terkawal dalam
kalangan kanak-kanak juga amat membimbangkan ibu bapa.

(Sumber: Internet)

Petikan di atas memperkatakan isu anak-anak kurang melakukan aktiviti


riadah dan lebih tertumpu kepada permainan berasaskan komputer. Senario
tersebut menimbulkan pelbagai kesan kepada anak-anak.

Huraikan usaha-usaha yang dapat dilakukan oleh ibu bapa untuk mendorong
anak-anak agar membabitkan diri dalam pelbagai kegiatan sukan dan riadah
pada masa lapang.

Tema: Sukan
Kunci Soalan: Usaha-usaha Ibu Bapa Mendorong Anak Membabitkan Diri Dalam
Kegiatan Sukan dan Riadah

Zaman beralih, musim berubah. Sejajar dengan era globalisasi yang dilimpahi
teknologi maklumat, banyak inovasi teknologi dicipta untuk memenuhi keperluan manusia,
termasuk permainan video yang dicipta untuk tujuan hiburan. Sayang seribu kali sayang,
golongan generasi muda semakin ketagihan dalam permainan video sehingga mengabaikan
kegiatan sukan dan riadah yang banyak dilakukan oleh masyarakat pada zaman Tuk Nadur
berkajang kain. Hal ini memang menyayatkan hati ibu bapa kerana kesihatan anak mereka
akan terjejas sekiranya anak mereka ketagihan dalam permainan video. Lantaran itu, ibu bapa
seharusnya mencari pendekatan yang ampuh untuk mendorong anak mereka membabitkan
diri dalam kegiatan sukan dan riadah pada masa lapang.

Usaha perdana ibu bapa untuk mendorong anak mereka untuk melakukan kegiatan
sukan dan riadah ialah ibu bapa perlu menampilkan ushwah hasanah yang baik kepada anak
mereka kerana ke mana tumpah kuah kalau tidak ke nasi. Contohnya, ibu bapa perlu acap
kali membawa anak mereka untuk melakukan aktiviti sukan dan riadah seperti bermain
badminton, berjoging, dan berbasikal pada masa lapang. Sepanjang melakukan aktiviti sukan
dan riadah, generasi muda boleh berkongsi masalah dengan ahli keluarga. Dengan itu,
generasi muda bukan sahaja dapat merapatkan hubungan kekeluargaan malah dapat
mencergaskan badan. Hal ini bertepatan dengan peribahasa “serampang dua mata”.
Tegasnya, sikap bagai ketam mengajar anak berjalan betul harus dielakkan dalam
mendorong anak melakukan aktiviti riadah.

Selanjutnya, ibu bapa juga perlu membelikan alat sukan sebagai hadiah kepada anak
mereka. Hal ini dikatakan demikian kerana kegiatan sukan tidak akan diminati oleh anak
tanpa alat sukan yang sempurna. Misalnya, ibu bapa boleh membelikan kasut sukan atau
raket badminton kepada anak mereka sebagai hadiah. Dalam hal ini, ibu bapa haruslah
mengelakkan diri daripada menghadiahi mereka permainan video yang boleh mengakibatkan
mereka ketagihan dalam permainan tersebut sehingga tidak sudi untuk membabitkan diri
dalam kegiatan sukan dan riadah. Dengan itu, generasi muda akan lebih menikmati
keseronokan aktiviti sukan dan riadah kerana mempunyai alat yang sempurna. Tuntasnya,
penghadiahan alat sukan kepada anak akan memikat hati mereka terhadap kegiatan sukan dan
riadah.

Semetalahan, ibu bapa juga hendaklah acap kali membelikan majalah sukan yang
diminati oleh anak mereka. Hal ini demikian kerana mereka akan lebih berminat untuk
melibatkan diri dalam sukan jika mereka mendapat maklumat terkini tentang perkembangan
sukan melalui majalah sukan tersebut. Contohnya, ibu bapa boleh melanggan Majalah Dunia
Sukan untuk anak mereka membaca. Majalah sukan akan menghidangkan pengalaman dan
pencapaian ahli sukan yang terkenal di Malaysia seperti Dato Lee Chong Wei. Hal ini dapat
memberikan suntikan dorongan kepada mereka untuk menjadikan ahli sukan yang tersohor
sebagai contoh dan sekali gus lebih bergiat aktif dalam aktiviti sukan. Tegasnya, majalah
sukan boleh dijadikan oleh ibu bapa sebagai wadah untuk mendorong anak mereka
melibatkan diri dalam aktiviti sukan dan riadah.

Intihanya, kegiatan sukan dan riadah banyak mendatangkan kemaslahatan kepada


generasi muda. Bak kata peribahasa, “pemuda bangsa negara, pemudi tiang negara”.
Generasi muda merupakan aset negara yang tidak ternilai dan bakal menjadi pemimpin yang
bakal menerajui tonggak kepemimpinan negara kita. Lantaran itu, semua pihak haruslah
bersinergi bagai aur dengan tebing untuk menggalakkan anak muda untuk melakukan
kegiatan sukan dan riadah kerana bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyi. Dalam hal
ini, pihak kerajaan perlu menaiktarafkan prasarana sukan dalam taman supaya boleh
digunakan oleh masyarakat. Dengan itu, golongan generasi muda yang sihat dari segi jasmani
dan rohani akan dilahirkan dan negara kita akan duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
dengan negara maju lain.

504 patah perkataan

Markah - 55/70

Usaha-usaha menggalakkan generasi muda melibatkan diri secara aktif


dalam bidang sukan

Program ini menumpukan perhatian kepada pembentukan kemahiran sukan spesifik bagi
atlet-atlet berumur 13-21 tahun di peringkat negeri. Atlet-atlet terbaik ini nanti akan diberi
peluang untuk memasuki Program Pelapis di peringkat zon mahupun kebangsaan. Latihan
akan dijalankan secara separa masa sebanyak 5-8 sesi seminggu. Para atlet akan diberi
kemudahan latihan dan kejurulatihan yang mencukupi bagi membolehkan mereka menjalani
latihan yang teratur.

(Sumber: laman MSNPP)

Atlet negara China, Hong Chan yang berusia 14 tahun meraih pingat emas
dalam acara terjun 10 meter platform Olimpik Tokyo. Namun begitu,
Malaysia masih menghadapi ketandusan atlet yang berbakat seperti Hong
Chan.

Huraikan usaha-usaha yang seharusnya dilakukan untuk menggalakkan


generasi muda melibatkan diri secara aktif dalam pelbagai bidang sukan.

Tema: Sukan
Kunci Soalan: Usaha-usaha menggalakkan generasi muda melibatkan diri secara aktif
dalam bidang sukan
Tidak dapat dinafikan bahawa aktiviti sukan merupakan aktiviti yang banyak
dilakukan oleh semua lapisan masyarakat sejak zaman Tuk Nadur berkajang kain.
Malaysia telah melakar kejayaan dalam bidang sukan apabila Datuk Mohd Azizulhasni
Awang memenangi dalam acara keirin Olimpik Tokyo 2020. Sayang seribu kali sayang,
bidang sukan semakin dipinggirkan oleh generasi muda. Hal ini telah banyak menyayat hati
masyarakat kerana ketandusan atlet-atlet yang berkaliber dalam bidang sukan. Dalam hal
ini, Majlis Sukan Negara Pulau Pinang(MSNPP) telah menjalankan Program Pelapis untuk
memastikan atlet dapat menjalankan latihan dengan teratur. Memandangkan kesungguhan
MSNPP untuk meningkatkan mutu sukan negara kita, persoalan yang berlegar-legar di
gawang minda saya ialah apakah usaha-usaha untuk menggalakkan generasi muda bergiat
aktif dalam bidang sukan?

Usaha perdana untuk mendorong generasi muda bergiat aktif dalam bidang sukan
ialah pihak kerajaan haruslah menyediakan prasarana sukan yang mencukupi dan
menyelenggarakan prasarana sukan yang rosak. Hal ini dikatakan demikian kerana dengan
adanya prasarana sukan yang lengkap, masyarakat mampu melakukan aktiviti sukan dalam
keadaan yang selesa dan selamat. Contohnya, pihak kerajaan patut memperuntukkan wang
untuk mewujudkan lebih banyak padang bola sepak dan gelanggang badminton. Sehubungan
dengan itu, generasi muda akan berpeluang menikmati prasarana tersebut untuk melakukan
aktiviti sukan. Tegasnya, pihak kerajaan patutlah memastikan prasarana sukan dalam keadaan
yang baik dan mencukupi agar dapat digunakan oleh ramai orang.

Selanjutnya, ibu bapa perlu memupuk minat bersukan dalam jiwa anak mereka sejak
kecil lagi bagai melentur buluh biarlah dari rebungnya. Dalam hal ini, Ibu bapa menjadi
ushwah hasanah kepada anak mereka kerana bagaimanakah contoh begitulah kuihnya.
Contohnya, ibu bapa boleh acap kali membawa anak mereka ke taman untuk melakukan
aktiviti sukan seperti bermain badminton. Hal ini merupakan satu pendekatan serampang
dua mata untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan serta mendorong anak mereka
membabitkan diri dalam bidang sukan. Tegasnya, sikap bagai ketam mengajar anaknya
berjalan betul haruslah dielakkan oleh ibu bapa dalam memikat hati anak mereka terhadap
bidang sukan.

     Sementalahan, pihak sekolah patut menganjurkan acara sukan setiap tahun. Hal ini
dikatakan demikian kerana acara sukan memberikan peluang emas kepada para murid untuk
mencungkil bakat sendiri dalam bidang sukan. Contohnya, pihak sekolah boleh mengadakan
acara sukan merentas desa dan acara bermain bola sepak setiap tahun. Sekiranya murid
memenangi dalam acara sukan tersebut, mereka akan mendapati bakat sendiri dan akan
berminat untuk menceburi bidang sukan kerana tak kenal maka tak cinta. Dalam hal ini,
pihak sekolah boleh menyediakan hadiah lumayan kepada para pemenang untuk memikat
hati murid membabitkan diri dalam bidang sukan. Tuntasnya, pihak sekolah boleh
mengadakan acara sukan untuk menarik minat para untuk bergiat aktif dalam bidang sukan.

        Intihanya, Falsafah Pendidikan Kebangsaan diperkenalkan untuk melahirkan


murid yang holistik dari segi jasmani, rohani, intelek dan emosi. Lantaran itu, semua
masyarakat wajar bersinergi bagai aur dengan tebing untuk menggalakkan generasi muda
bergiat aktif dalam bidang sukan. Kerjasama yang padu daripada semua pihak amat
diperlukan kerana bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. Menurut William
J.Siegel, “manusia tidak merancang untuk gagal tetapi mereka gagal untuk
merancang”. Sekiranya perancangan yang rapi tidak dikendalikan, sudah pasti semua
usaha yang dijalankan sebelum ini seolah-olah mencurah air ke daun keladi. Jikalau
generasi muda bergiat aktif dalam bidang sukan, ramai atlet berkaliber dapat dilahirkan untuk
melakar kejayaan dalam acara sukan dan negara kita akan duduk sama rendah, berdiri
sama tinggi dengan negara lain.

(495 patah perkataan)

Markah - 60/70

TEMA: TEKNOLOGI

Cara-cara Anda Memanfaatkan Dron Anda

Populariti robot terbanga atau umumnya dipanggil dron semakin meningkat kerana senang
diperoleh di kedai dalam talian. Penggunaan dron juga menjadi kegilaan dalam kalangan
remaja untuk mengambil gambar dari sudut jauh.

Ahli keluarga anda telah menghadiahi anda dron baru-baru ini.


Huraikan cara-cara anda memanfaatkan dron anda.

Tema: Teknologi dron


Kunci Soalan: Cara-cara anda memanfaatkan dron anda

  Zaman beralih, musim berubah. Sejajar dengan era yang dilimpahi dengan
teknologi maklumat, pelbagai inovasi teknologi moden telah dicipta untuk memenuhi
keperluan manusia. Antara teknologi yang dicipta termasuk teknologi dron. Tidak dapat
dinafikan bahawa teknologi dron yang dicipta telah memikat hati masyarakat untuk
menceburi diri dalam bidang teknologi maklumat. Sesungguhnya, dron merupakan satu robot
bersaiz kecil yang boleh terbang dengan alat kawalan jarak jauh. Ramai orang berlumba-
lumba untuk membeli dron untuk bermain pada masa lapang. Begitu juga dengan saya.
Namun begitu, saya tidak akan menggunakan dron untuk tujuan permainan semata-mata,
tetapi akan memanfaatkan dron yang telah saya beli. 
Cara pertama saya memanfaatkan dron saya ialah saya akan menggunakan dron untuk
membantu petani dalam sektor pertanian. Hal ini dikatakan demikian kerana dron saya
mampu meningkatkan produktiviti petani dalam penyemburan baja dan racun serangga.
Contohnya, saya boleh memasang penyembur baja di dron saya untuk menyembur baja di
kebun petani. Dengan itu, petani tidak perlu bergelumang dalam kebun dan berjemur di
bawah sinar matahari yang terik. Pada masa yang sama, saya boleh mempelajari kaedah
petani mengusahakan bidang pertanian di samping menimba ilmu pengalaman mengaplikasi
ilmu sains dan teknologi moden yang canggih. Hal ini bertepatan dengan peribahasa
“serampang dua mata”. Tegasnya, saya akan menawarkan perkhidmatan dron untuk
membantu petani untuk meningkatkan produktiviti mereka.

Selanjutnya, saya akan mengaplikasikan dron dalam kokurikulum saya iaitu kelab
fotografi. Hal ini dikatakan demikian kerana dron mampu menangkap gambar di lokasi yang
tidak mampu dicapai oleh manusia. Contohnya, saya boleh menangkap gambar seluruh
sekolah saya dari sudut pandangan mata burung. Saya turut boleh menangkap gambar
panorama yang indah nian dan memuat naik gambar dalam media sosial. Selain itu, saya
menggunakan gambar yang ditangkap dengan dron untuk menyertai pertandingan fotografi
yang dianjurkan oleh kelab fotografi. Tegasnya, dron mampu membantu saya dalam kelab
fotografi saya untuk menangkap gambar yang indah.

Sementalahan, saya akan menggunakan teknologi dron untuk membantu pihak


kerajaan dalam pemeliharaan alam sekitar. Hal ini dikatakan demikian kerana sebagai
seorang remaja yang masih berumur setahun jagung, saya tidak mempunyai kemampuan
untuk memasuki hutan yang dipenuhi pepohon dan haiwan liar. Dalam hal ini, saya boleh
menggunakan dron saya untuk mengawasi kawasan hutan yang belum diterokai. Sekiranya
saya mendapati kawasan hutan yang digondol secara haram, saya akan melaporkan isu
tersebut kepada pihak kerajaan yang berkaitan iaitu Jabatan Alam Sekitar(JAK). Dengan itu,
pembalakan haram akan menjadi kurang dan sekali gus memelihara alam sekitar di Malaysia.
Tuntasnya, saya turut memainkan peranan yang dominan dalam pemeliharaan alam sekitar
dengan menggunakan dron saya untuk memantau kawasan hutan.

Intihanya, sudah terang lagi bersuluh bahawa teknologi dron telah banyak
mendatangkan faedah kepada manusia. Sayang seribu kali sayang, terdapat satu lakaran
suram di sebalik kebaikan teknologi dron, sesetengah pihak yang menyalahgunakan dron
untuk melakukan jenayah seperti menggunakan dron untuk mengintai orang lain bermandi.
Lantaran itu, kita bertanggungjawab untuk memanfaatkan teknologi dron dengan betul dan
berhati-hati supaya dapat mendatangkan faedah kepada manusia. Dalam hal ini, pihak
kerajaan perlu menguatkuasakan undang-undang yang berkaitan dengan penyalahgunaan
dron. Marilah kita bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk memanfaatkan dron dan
melahirkan golongan yang celik dalam teknologi supaya negara kita dapat duduk sama
rendah, berdiri sama tinggi dengan negara maju lain.

500 patah perkataan

Markah - 54/70
FORMAT E-MEL

Membalaskan e-mel kepada sahabatmu yang berada di Singapura tentang


Amalan Perayaan di Malaysia

Baca e-mel daripada rakan anda dengan teliti

Bahan 1
Daripada: hairin_ali@gmail.com
Kepada: zaidiahmad@gmail.com
Perkara: Perayaan

Sahabatku, Zaidi.

Apa khabar? Semoga saudara berada dalam keadaan sihat sejahtera bersama-sama keluarga

Hari Raya Aidilfitri masih diraikan kerana kita baru sahaja dalam bulan Syawal. Di
Singapura, perayaanny semakin hambar kerana penduduk beragama Islam di sini tidak
seramai penduduk beragama Islama di Malaysia.

Oleh itu, bolehkah saudara menceritakan amalan ziarah-menziarahi semasa musim perayaan,
terutamanya ketika sambutan Aidilfitri di tempat saudara?
Sekian terima kasih.

Yang benar,

Hairin Ali

Bahan 2

Majilis Rumah Terbuka Aidilfitri

Tempat: Pekarangan Balai Raya Kampung Sentosa


Tarikh: 25 Mei 20__
Masa: 11:00 pagi hingga 4:00 petang
Tuan-tuan dan puan-puan dijemput hadir ke majlis ini.

Selepas baca e-mel rakan anda. Anda dikehendaki menjawab e-mel tersebut.
Tulis e-mel anda itu selengkapnya. 

Panjang e-mel anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.

Daripada: zaidiahmad@gmail.com

Kepada: hairin_ali@gmail.com

Perkara: Amalan Perayaan

Sahabatku, Hairin.

Apa khabar? Semoga saudara berada dalam kesihatan sihat sejahtera bersama-sama keluarga
di Singapura. E-mel saudara telah saya baca. Saya berasa suka hati kerana saudara ingin
mengetahui amalan perayaan di nusa tercinta saya.

Negara saya terdiri daripada pelbagai kaum. Sepanjang musim perayaan, amalan ziarah-
menziarahi diamalkan oleh masyarakat di negara saya tanpa mengira kaum. Saya mempunyai
kawan yang berlainan kaum turut menziarahi rumah saya sepanjang musim perayaan. Perkara
ini telah memperlihatkan perasaan muhibah yang wujud dalam kalangan rakyat Malaysia
yang berbilang kaum.

Selain amalan ziarah-menziarahi, majlis rumah terbuka Aidilfitri turut menjadi budaya
baharu di negara saya. Majlis tersebut bukan sahaja menjemput kaum Melayu sahaja, tetapi
juga menjemput kaum lain untuk meraikan Hari Raya Aidilfitri bersama-sama dengan kaum
Melayu. Misalnya,  masyarakat pelbagai kaum datang ke majlis rumah terbuka untuk
menjamu selera sambil berbual-bual. Mereka berbual-bual dan berpeluang untuk memahami
budaya dan adat resam kaum yang lain.

Kesimpulannya, amalan ziarah-menziarahi menjadi satu amalan biasa yang diamalkan oleh
rakyat Malaysia manakala majlis rumah terbuka menjadi medan pertemuan rakyat Malaysia
yang berbilang kaum untuk melupakan sebarang prejudis dan prasangka. Kedua-dua amalan
tersebut bukan sahaja menjadikan sambutan Aidilfitri lebih meriah, malahan memupuk
semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Sekian terima kasih.

Yang benar,
Zaidi Ahmad

204 patah perkataan

Markah - 23/30
Peranan Beberapa Pihak untuk Menangani Masalah Kekotoran di Tempat
Awam dan Tandas Awam

Kebersihan merupakan suatu yang dicintai ALLAH. "Sesungguhnya ALLAH SWT itu baik,
Dia menyukai kebaikan. ALLAH itu bersih. Dia menyukai kebersihan. ALLAH itu mulia,
Dia menyukai kemuliaan. ALLAH itu dermawan ia menyukai kedermawanan maka
berihkanlah olehmu tempat-tempamu dan janganlah kamu menyerupai kaum Yahudi." -
Riwayat al-Tirmizi
(Sumber: www.sinarharian.com.my)

Isu kebersihan ini sering kali menimbulkan masalah dan perasaan tidak puas
hati dalam kalangan pelbagai pihak.

Bincangkan peranan beberapa pihak untuk menangani masalah kekotoran di


tempat awam dan tandas awam.

Tema: Masalah kekotoran


Kunci Soalan: Peranan Beberapa Pihak untuk Menangani Masalah Kekotoran di
Tempat Awam dan Tandas Awam

      Tidak dapat dinafikan bahawa pihak kerajaan telah banyak menyediakan tempat awam
dan tandas awam demi kesenangan masyarakat. Riwayat al-Tirmizi pernah berkata bahawa
“ALLAH itu bersih. Dia menyukai kebersihan”. Sayang seribu kali sayang, masyarakat
yang kurang menghargai tempat awam dan tandas awam tersebut telah mengakibatkan
masalah kekotoran di tempat awam dan tandas awam. Dalam hal ini, pihak kerajaan terpaksa
menanggung kos penyelenggaraan untuk mengupah pekerja bagi menjamin kebersihan
tempat awam dan tandas awam. Memandangkan keadaan tempat awam dan tandas awam di
negara kita yang kotor, persoalan yang berlegar-legar di gawang minda saya ialah apakah
peranan beberapa pihak untuk menangani masalah kekotoran di tempat awam dan tandas
awam?

Sebagai pembuka tirai perbincangan, ibu bapa haruslah menjadi uswah hasanah
kepada anak mereka. Hal ini dikatakan demikian kerana anak yang masih berumur setahun
sejagung tidak mampu membezakan antara kaca dengan permata dan akan meniru
perlakuan ibu bapa kerana bapa borek, anak rintik. Dalam hal ini, ibu bapa tidak wajar
meludah dan membuang sampah-sarap dengan sewenang-wenangnya di tempat awam dan
tandas awam. Sehubungan dengan itu, perbuatan murni ibu bapa dapat dicontohi oleh anak
untuk menjaga kebersihan tempat awam dan tandas awam. Tegasnya, sikap bagai ketam
mengajar anaknya berjalan betul haruslah dielakkan oleh ibu bapa dalam menerapkan
kesedaran sivik dalam sanubari anak untuk memastikan kebersihan tempat awam dan tandas
awam.

Selanjutnya, pihak kerajaan seyogia menguatkuasakan undang-undang yang berkaitan


dengan masalah kekotoran tempat awam dan tandas awam. Hal ini dikatakan demikian
kerana masyarakat tidak akan mempedulikan peraturan untuk menjaga kebersihan tempat
awam dan tandas awam kerana mereka masih mampu membayar denda. Sekiranya pihak
kerajaan menjadikan perbuatan mengotori tempat awam dan tandas awam sebagai perbuatan
vandalisme yang akan menjatuhkan hukuman denda yang berat, sudah tentu masyarakat akan
takut untuk mengotori tempat awam dan tandas awam. Sehubungan dengan itu, masyarakat
akan berwaspada untuk menjaga kebersihan tempat awam dan tandas awam agar tidak
didenda. Tuntasnya, pihak kerajaan patutlah menitikberatkan kebersihan tempat awam dan
tandas awam dengan menguatkuasakan undang-undang.

Sementelahan, anggota masyarakat bertanggungjawab menjaga kebersihan tempat


awam dan tandas awam. Hal ini dikatakan demikian kerana anggota masyarakat
menggunakan tempat awam dan tandas awam setiap hari. Rentetan dengan itu, anggota
masyarakat boleh sentiasa menganjurkan aktiviti gotong-royong untuk membersihkan
kawasan tempat awam dan tandas awam. Sehubungan dengan itu, tempat awam dan tandas
awam yang bersih dapat membasmikan tempat pembiakan nyamuk Aedes. Selain itu, aktiviti
gotong-royong merupakan satu pendekatan serampang dua mata untuk memupuk
semangat perpaduan antara murid yang beraneka kaum dan menjaga kebersihan kawasan
sekitar. Tegasnya, dengan adanya aktiviti gotong-royong yang berkala, tempat awam dan
tandas awam yang bersih dapat dinikmati oleh rakyat.

Intihanya, rakyat mempunyai obligasi untuk menjaga kebersihan tempat awam dan
tandas awam. Lantaran itu, semua pihak haruslah bersinergi bagai aur dengan tebing untuk
menangani masalah kekotoran di tempat awam dan tandas awam yang sudah lama berakar
umbi di negara kita kerana bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. Ingatlah
pesanan William J. Siegel,”manusia tidak merancang untuk gagal, tetapi mereka gagal
untuk merancang”. Sekiranya perancangan yang rapi tidak dikendalikan , sudah pasti
semua usaha yang dijalankan sebelum ini seolah-olah mencurah air ke daun keladi.
Dengan adanya tempat awam dan tandas awam yang bersih, sudah tentu imej negara kita
akan gah di persada dunia dan duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara
maju lain.

(501 patah perkataan)

Markah - 58/70

100+ Frasa, Ungkapan & Ayat Menarik

"Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain."


 Anda boleh baca satu frasa, ungkapan & ayat menarik setiap hari.

1. Media massa merupakan wadah penyampaian informasi berkesan kerana mata pena
lebih tajam daripada mata pedang
2. Kepentingan ..... banyak terpancar melalui cogan kata "....."
3. Sebagai wahana untuk
4. memikul obligasi
5. tidak boleh lepas tangan
6. jejak langkah boleh diikuti oleh anak-anak
7. ibu bapa yang sibuk diburu waktu dan asyik mengejar fatamorgana sehingga
mengabaikan tanggungjawab mereka untuk memberikan kasih sayang kepada anak-
anak ...... ibarat "anak kera di hutan disusui, anak di rumah kebuluran"
8. bercanggah pendapat dan menuding jari terhadap cara-cara / punca-punca / kesan-
kesan.....
9. persoalan yang muncul/berlegar-legar di gawang minda saya ialah.....
10. menjamin hubungan ..... yang sakinat
11. media massan dan jaringan Internet dalam dunia tanpa sempadan membolehkan
maklumat diakses di hujung jari. Jiwa remaja yang masih hijau mudah terpengaruh
dan tenggelam dalam dunia khayalan yang boleh menjejaskan potensi remaja.
12. membezakan yang mana kaca dan yang mana intan / antara kaca dengan permata
13. ibarat kapal tanpa nakhoda (kecetekan didikan agama) 
14. Lao Tze pernah berkata bahawa "kegagalan merupakan asas kemenangan"
15. biar pepohon terus bergoyang, biar matahari terus bersinar, biar nusa tercinta kita
terus disegani kerana.....
16. melahirkan generasi muda yang berminda kelas pertama, berwibawa dan tidak tumpas
dalam gelombang milenium ini
17. menerajui negara tercinta ke mercu kejayaan
18. merupakan bakal pemimpin yang dapat mengorak langkah/memacu negara tercinta ke
mercu kegemilimangan di puncak jagat
19. ibu bapa yang menjadi tungguk yang dominan kepada anak-anak perlulah ..... supaya
menjadi rumah daya tarikan anak-anak
20. rumah tersebut ibarat neraka dan anak-anak akan mudah terjebak dalam kancah
sosial/kebejatan sosial
21. anak-anak remaja yang masih berdarah setampuk pinang dan berumur setahun
jangung dapat .....
22. sikap ketam mengajar anaknya berjalan dengan betul haruslah dielakkan
23. anak-anak ibarat sehelai kain putih dan ibu bapa yang mencorakkan kain tersebut
sama ada berwarna-warni atau gelap gelita
24. ..... merupakan tulang belakang negara ke arah merealisasikan visi utama negara
25. mengambil inisiatif untuk melakukan anjakan paradigma bagi merealisasikan
pembentukan ..... dalam kalangan watan Malaysia
26. mengimplementasikan pelbagai langkah yang drastik dan pragmatik
27. ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi
28. para pendidik yang dikenali sebagai agen pemasyarakatan perlu menyempurnakan
tanggungjawab mereka dalam menyemaikan sifat ..... kepada para pelajar
29. melentur buluh biarlah dari rebungnya
30. sebelum nasi menjadi bubur / sebelum bisul menjadi nanah / sebelum kudis menjadi
tokak
31. mempunyai didikan agama yang mantap dan utuh
32. sifat ..... semakin terhakis dalam jiwa para masyarakat dan telah diganti dengna sikap
individualistik bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing
33. supaya belenggu yang merantai masalah ..... dapat dirungkai dan diselesaikan
/dikekangkan / dibendung hingga akar cerucuknya / akar umbinya
34. tidak menjadikan jarak beribu batu sebagai alasan untuk merenggangkan hubungan
35. masalah ..... semakin bermaharajalela dan menjadi-jadi ibarat cendawan tumbuh
selepas hujan
36. generasi muda bakal memacu pembangunan negara kita agar negara berada pada
landasan yang tepat dan dapat duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara-
negara maju lain
37. tunjang pembentukan keperibadian anak-anak
38. jelaslah bahawa kemelut ini tidak seharusnya dipandang remeh dan perlu dibanteras
dengan segeranya dari akar umbi
39. amalan ..... haruslah ..... dipraktikkan .....
40. Gagasan "Satu Malaysia" yang diuar-uarkan oleh Najib Razak dapat direalisasikan
dan dicapaikan
41. Gagasan "Keluarga Malaysia" yang diuar-uarkan oleh Ismail Sabri dapat
direalisasikan dan dicapaikan
42. "kerana nila setitik, rosak susu sebelangga". Pperkara tersebut jangan dipandang
remeh kerana akan mencalar nama negara kita.
43. masalah ..... semakin menghantui dan membayangi jutaan penduduk terutamanya di
bandar-bandar besar
44. rakyat yang kental semangat ..... akan mengambil inisiatif yang berlipat ganda
untuk ..... yang menjadi nadi utama kepada penjanaan ekonomi negara kita
45. menyemarakkan/membangkitkan / menyuntik semangat dalam lubuk hati masyarakat
46. jadikan "Rumahku Syurgaku" sebagai  tempat terperciknya sinar kebahagiaan dalam
kehidupan seseorang
47. mengajar anak-anak mereka agar tidak tersesat ketika menempuh belantara kehidupan
tanpa terpesong ke arah kemudaratan
48. ungkapan slogan "....." memanifestasikan kepentingan ..... kepada kita yang banyak
tidak terperi
49. kalau kita renungi sejenak, / bertitik tolak daripada sudut lain / kalau kita tinjau
daripada perspektif yang lain
50. bertindak sebagai benteng untuk menangkis seribu batu dugaan dan gadaan luaran
51. masalah tersebut semakin meningkat tanpa titik noktahnya pada saban hari
52. sudah terang lagi bersuluh bahawa grafik yang jelas dan berwarna-warni itu akan
menarik minat dan meningkatkan keghairahan generasi muda untuk .....
53. janganlah kita menjahanamkan dirinya dengan najis dadah yang keji durjana
54. prakarsa = inisiatif
55. negara yang bakal mengecap nikmat kecemerlangan perlu disokong oleh barisan
rakyat yang sihat, cergas, dan positif
56. langkah yang mujarab / efektif
57. Intervensi / Campur tangan daripada ibu bapa amat diperlukan untuk menyedarkn
anak-anak mereka tentang ..... sejak kecil lagi
58. ibu bapa memikul tanggungjawab keibubapaan yang sebaik-baiknya
59. George Santayana mengatakan, "mereka yag lupa akan sejarah pasti akan mengulangi
kesilapan yang lalu"
60. mendidik anak sejak kecil lagi / sejak anak merah tapak kaki
61. kepesatan arus globalisasi dan juga limpahan media hiburan terhadap anak-anak muda
zaman ini menyebabkan sifat kewarganegaraan mereka terhakis secara tidak
langsung. Sebagai contoh, hiburan yang terlampau dan bersifat kebaratan mudah
mempengaruhi minda generasi muda yang sememangnya mudah terikut-ikut seperti
lembu dicucuk hidung sahaja lagaknya
62. sejajar dengan landaan gelombang globalisasi dengan pelbagai corak, roda
pembangunan telah bergerak pantas bagai lipas kudung di negara tercinta ini demi
menggapai status negara maju
63. Namun di sebalik kemajuaan ini, terdapat lakaran suram yang terpahat di negara kita,
iaitu .....
64. sebagai penghias penutup bicara, sudah terang lagi bersuluh .....
65. pepatah Arabb ada menyebut, "masa itu umpama pedang, jika kamu tidak
memancungnya, pasti masa akan memancung kamu"
66. ....., seperti yang ditegaskan oleh Confucius, ahli falsafah sosial yang termasyhur dari
China yang menjelaskan bahawa semakin banyak kita belajar, semakin insaflah kita
betapa sedikitnya yang kita ketahui
67. pesanan ahli falsafah Yunani Socrates, aku makan untuk hidup, bukan hidup untuk
makan perlu dijadikan pegangan untuk mengekalkan kesihatan kita
68. mencari sesuap nasi dan seteguk air
69. Sekiranya usaha kita hanya sekadar melepaskan batuk di tangga, sudah pasti semua
usaha yang dijalankan sebelum ini seolah-olah mencurah air ke daun keladi.
Peribahasa ada menyatakan, perahu sudah di air, dayung sudah di tangan, maka sudah
sampai masanya untuk rakyat bangkit dan .....
70. pada saat kita sibut merencana kehidupan di dunia yang fana ini, wujudnya fenomena
yang amat membimbangkan segenap masyarakat, iaitu .....
71. hayatilah pesanan guru Ching Hai, iaitu kita bekerja bukan untuk mencari wang
semata-mata, melainkan untuk menunaikan kewajipan kita
72. bantuan ..... yang dihulurkan oleh ..... adalah alang kepalang
73. sayang seribu kali sayang, .....
74. usaha untuk ..... perllu diikhtiarkan supaya .....
75. Menerusi bantuan modal dan khidmat nasihat secara berterusan ..... dapat
dikembangkan kerana ada padi semua kerja jadi, ada beras semua kerja deras
76. melonjakkan anjakan paradigma
77. Alfred Adler, pakar perubatan dari Austria ada berkata, "orang yang menyisihkan
dirinya daripada pergaulan tidak akan mencapai kemajuan kerana pergaulan
mencerdaskan dan menajamkan ingatan" [mendapat nasihat]
78. memikat = menarik [hati, perhatian]
79. Pendek kata, usaha yang murni ini tentu dapat mendatangkan / membuahkan hasil
yang lumayan kerana ..... merupakan lubuk emas negara
80. Haruslah kita sedari bahawa setiap bangunan yang tersergam megah tidak bergantung
pada sebatang tiang sahaja tetapi tiang-tiang dan pasak-pasak yang saling menopang
antara satu sama lain kerana bersatu teguh bercerai roboh. Kejayaan yang semanis
madu tidak akan dapat kita kecapi tanpa curahan usaha yang sepahit hempedu kerana
yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang.
81. golongan remaja menrupakan aset modal insan negara yang bakal menerajui pucuk
kepemimpinan negara kelak
82. keadaan saling menuding jari seperti yang jelas dipaparkan dalam lirik lagu "Bangau,
Oh, Bangau" terhadap isu ini harus dikikis dengan segera [saling mementingkan diri-
sendiri]
83. uswah hasanah = teladan baik
84. ibu bapa haruslah mengasuh, mendisiplinkan, dan melengkapkan anak-anak mereka
dengan didikan yang sempurna
85. Socrates yang masyhur ada berkata "bertambah banyak aku tahu, bertambah sedarlah
betapa tololnya diriku"
86. menjadi air mandi
87. bersinergi = bekerjasama
88. wadah = saluran
89. Hal ini berupaya memacu negara ke arah yang lebih maju dalam mengharungi
Revolusi Industri 4.0 yang berterakan teknologi
90. Nilai kerjasama dan sikap tidak mudah berputus asa ini menjadi elemen penting untuk
para remaja khususnya untuk mengharungi kehidupan dalam dunia nyata yang penuh
dengan pancaroba / (onak, duri, dan ranjau)
91. sesungguhnya, ibu bapa perlu melakukan anjakan paradigma supaya menghapuskan
kekotoran fikiran mereka
92. remaja yang mampu menarik rambut di tepung dapat dilahiran [bijak]
93. Vergilius pernah berkata bahawa kerja yang dilakukan dengan semangat yang tidak
kenal putus asa, dapat mengatasi segala-galanya
94. walaupun terdapat perdebatan tentang baik dan buruk .....
95. berkecimpung dalam bidang .....
96. kita haruslah memegang teguh pada pesanan Norman Vincent Peale yang merupakan
pegarang tersohor di Amerika Syarikat, iaitu "ubahlah fikiran anda supaya anda dapat
mengubah dunia adnda"
97. mengharumkan nama negara sehingga nama Malaysia gah di persada dunia
98. memetik nukilan Saiyidina Ali, "tuntutlah ilmu kerana ilmu menjaga kamu dan kamu
menjaga harta. Ilmu apabila diperdagangkan bertambah dan harta apabila
diperdangkan berkurang, membuktikan bahawa ilmulah yang menjadi harta paling
kekal"
99. mauduk bicara = buah mulut
100. Dalam satu proklamasi, Presiden Soekarno pernah berkata, "gantunglah cita-
citamu di bintang yang tinggi walaupun kakimu masih terbenam di perlimbahan".
Demkianlah betapa besarnya makna cita-cita dalam kehidupan manusia
101. …… menagguk di air keruh
102. ……. zaman beralih, musim bertukar, fasa demi fasa perubahan dunia telah
berlaku
103. …… mencecah umur 50-an
104. ……. berlipat ganda
105. ……. stigma dan pandangan buruk yang menyelubungi masyarakat ini perlu
direvolusikan dengan bantuan media massa supaya anggota masyarakat lebih optimis
untuk menceburi bidang .....
106. ……. mengadakan jerayawara untuk memupuk orang ramai terhadap .....
Pendek kata, revolusi minda rakyat mampu memberikan nafas kepada .....
107. …….. memanifestasikan peranan sebagai landasan dengan .....
108. kita perlu mempamerkan kesungguhan yang kuat untuk menjayakan hasrat
kerana menurut William J. Siegel, "manusia tidak merancang untuk gagal, tetapi
mereka gagal untuk merancang"
109. sementelahan = selanjutnya
110. menyalakan kesungguhan dan kemahuan dalam sanubari sehingga berjaya
melakar kejayaan
111. kata mutiara daripada Vince Lambardi, iaitu perbezaan antara yang berjaya
dengna yang lain bukanlah kerana kekurangan kekuatan atau ilmu, tetapi lebih kepada
kekurangan kesungguhan dan kemahuan haruslah dijadikan sebagai azimat untuk
terus mengorak langkah ke hadapan demi menjamin masa depan yang cerah
112. ..... tidak patut berputus asa kerana John F. Kennedy pernah menegaskan
bahawa hanya mereka yang berani gagal akan meraih kejayaan
113. ..... haruslah bersikap siaga sebagai modal insan yang berdaya kepemimpinan
dan berkaliber
114. Dasar Perpaduan Negara 2030
115. nafsu ingin tahu akan ..... akan membuak-buak dalam sanubari mereka untuk
menerokainya
116. berjinak-jinak dalam masalah sosial
117. anak watan = warganegara
118. menangkis segala godaan anasir yang mampu menconteng orang di muka ahli
keluarga kita
119. kesimpulannya, pelbagai pihak haruslah bersinergi bagai aur dengan
tebing ..... Kerjasama yang padu daripada semua pihak amat diperlukan kerana
bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi
120. William Shakespeare pernah berkata, "jangan hentikan usaha yang mulia
selagi hasilnya belum kita kecapi"
121. ..... bersikap nafsi-nafsi bagai enau dalam berlukar, melepaskan pucuk masing-
masing
122. merupakan satu pendekatan serampang dua mata untuk .....
123. ..... seyogia menganjak paradigma tentang ....., iaitu .....
124. pesanan "....." haruslah selalu berlegar-legar dalam gawang minda .....
125. menurut William J. Siegel, "manusia tidak merancang untuk gagal tetapi
mereka gagal untuk merancang." Sekiranya perancangan yang rapi tidak
dikendalikan, sudah pasti semua usaha yang dijalankan sebelum ini seolah-oleh
mencurah air ke daun keladi.
126. Peribahasa ada menyatakan, perahu sudah di air, dayung sudah di tangan,
sudah sampai masanya untuk .....
127. menyayat hati
128. sebagai rakyat yang bernaung di bawah panji negara yang tercinta ini, .....
129. menangani segala aral melintang
130. ..... kerana hasil tidak akan dapat dituai jika hanya bermodalkan kata-kata
kerana Confusius pernah mengungkapkan bahawa orang yang hebat bertindak
sebelum berkata dan berkata selaras dengan tindakannya

"Usaha Tangga Kejayaan"


Peribahasa dalam Buku Teks Tingkatan 4

Peribahasa Maksud
Belayar sambil memapan, merapat sambil
Melakukan 2 tugas semasa
belayar
Hendak belajar berenang, dapatkan itik, Belajar daripada orang yang pakar dalam bidang
hendak belajar memanjat, dapatkan tupai yang ingin dipelajari
Seseorang yang bercita-cita tinggi akan
Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
berusaha untuk mencapai cita-citanya
Orang mengantuk disorongkan bantal mendapat sesuatu yang diingini
Orang haus diberi air, orang lapar diberi
mendapat sesuatu yang diingini
nasi
Zaman Tuk Nadur berkajang kain zaman dahulu
Pengayuh sayang dibasahkan, sampan tidak
kejayaan tidak dapat dicapai tanpa usaha
akan sampai ke seberang
melakukan kerja secara bertanggung merugikan
Bertangguh itu pencuri masa
diri-sendiri
Untung sabut timbul, untung batu selamat jika bernasib baik, binasa jika bernasib
tenggelam malang
Titik peluh hasil usaha sendiri
Hujan halau mentua hujan sebentar sahaja
Kecil jangan disangka anak, besar jangan
ilmu pengetahuan tidak mengikut usia seseorang
disangka bapa
Kalau takut dilambung ombak, jangan
jangan dekati bahaya jika takut ambil risiko
berumah di tepi pantai
Takkan lari gunung dikejar, hilang kabut Jangan terburu-buru terhadap perkara yang
tampaklah dia sudah pasti
Hujan emas di negeri orang, hujan batu di Walaupun negera orang lebih makmur, negera
negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri sendiri lebih baik
orang yang bijak sahaja yang mengetahui
Jauhari juga yang mengenal manikam
keelokan ilmu
Khabar sentiasa lebih baik daripada keadaan
Indah khabar daripada rupa
sebenar
Peribadi seseorang anak akan sama dengan ibu
Bapa borek, anak rintik
bapanya
Peribadi seseorang anak akan sama dengan ibu
Bagaimana acuan, begitulah kuihnya
bapanya
Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang Orang mengatakan sesuatu tentulah ada
tak kata sebabnya
Lain hulu lain parang, lain dahulu lain
Zaman berubah
sekarang
Orang yang tidak menghargai hadiah yang
Kera mendapat bunga
didapati
Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya Sepandai-padai seseorang dalam suatu perkara,
jatuh ke tanah juga sekali pasti akan melakukan kesilapan juga
Bagai itik mendapat air Gembira
Kalau tidak berada-ada, takkan tempua Setiap perkara yang berlaku tentulah ada
bersarang rendah sebabnya
Kalau tiada angin bertiup, masakan pokok Setiap perkara yang berlaku tentulah ada
bergoyang sebabnya
Air tenang jangan disangka tiada buaya Orang pendiam jangan disangka bodoh
Seperti telur di hujung tanduk keadaan yang bahaya
2 atau lebih matlamat yang dicapai dengan 1
Sambil menyelam minum air
pekerjaan
Sekali mengalami kerugian, tentu akan berhati-
Pisang tidak berbuah dua kali
hati pada masa depan
Yang baik dijadikan teladan, yang buruk Contohi perkara yang baik, jauhi perkara yang
dijadikan sempadan buruk
Sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan Insaf segera selepas mendapati kesalahan diri
Mata air Tempat air terbit dari tanah
Jalan tengah Tidak berat sebelah
Harga diri Maruah
Membuang muka Tidak menghiraukan
Membuka mata Meluaskan pandangan
Panas baran Cepat marah
Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata Berhati-hati ketika bertutur supaya tidak
buruk padahnya menyinggung perasaan orang lain
Ambil kira Membuat pertimbangan
Kecelakaan yang tidak dapat diketahui
Malang tidak berbau
sebelumnya
Anak bongsu Anak yang paling muda dalam keluarga
Walaupun sesuatu barang mahal, tetapi tahan
Alah membeli, menang memakai
lama
Membaca jambatan ilmu Membaca menambah ilmu pengetahuan kita
Lebih baik mati daripada menanggung
Biar putih tulang, jangan putih mata
kemaluan
Adat lama tetap dilaksanakan di samping
Yang lama dikelek, yang baharu didukung
budaya hidup yang baharu
Belakang parang kalau diasah lagikan tajam Kejayaan boleh dicapai jika berusaha
Duit saku Wang perbelanjaan peribadi
Air tangan Masakan seseorang
 
Peribahasa dalam Buku Teks Tingkatan 5

Peribahasa Maksud
Belukar sudah menjadi rimba Kesalahan yang tidak dapat diperbaiki lagi
Nasi sudah menjadi bubur Kesalahan yang tidak dapat diperbaiki lagi
Duit tepi Pendapaan sampingan
Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi orang yang sama darjat atau pangkat
Usaha tangga kejayaan Kejayaan boleh dicapai jika berusaha
Hemat pangkal kaya, rajin pangkal pandai Kejayaan boleh dicapai jika berusaha
Genggam bara api, biar sampai jadi arang Kejayaan boleh dicapai jika berusaha
Masa itu emas Masa itu tidak ternilai harga
Selepas mendapat kesusahan baru hendak
Sudah terhantuk baru tengadah
beringat-ingat
Sediakan payung sebelum hujan Berwaspada sebelum ditimpa kesusahan
Sentiasa berwaspada ketika berbelanja supaya
Ingat sebelum kena jimat sebelum habis
tidak kehabisan harta
Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian Fikir masak-masak sebelum berbuat sesuatu
tidak berguna supaya tidak menyesal
Gading mana yang tidak retak, bumi mana
Setiap orang pasti pernah melakukan kesilapan
yang tidak ditimpa hujan
Gulung tikar Muflis
Anak buah Pekerja di bawah jagaan kita
Bekerjasama antara satu sama lain akan
Bersekutu Bertambah Mutu
membuahkan kejayaan
Sakit sama mengaduh, luka sama menyiuk Sama-sama bertanggungjawab
Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah Kesilapan seseorang mengakibatka orang lain
semua menerima tempiasnya atau akibatnya
Umpama sirih, menjalar dulu kemudian Setiap pekerjaan perlulah dikerjakan mengikut
melilit, barulah memanjat puncak junjung peraturannya
Bertakuk ditebang, bergaris yang dipahat Mengikut peraturan (adat/resam) yang lazim
Tak lapuk dek hujang, tak lekang dek panas Sesuatu yang sudah utuh
Dicabut layu, diubah mati Tidak dapat diubah lagi (keputusan)
Disuruh pergi, dipanggil datang Perihal seseorang yang patuh menurut perintah
Adat dikuatkuasakan dan undang-undang
Adat dikelek, hukum dijunjung
ditegakkan
Adat sepanjang jalan, cupak sepanjang Setiap perbuatan ada peraturannya, setiap negeri
betung mempunyai kebiasaannya
Langkah bendul Adik berkahwin lebih dahulu dari kakaknya
Kerugian bagi seseorang, keuntungan bagi orang
Jong pecah yu yang kenyang
lain
Bahasa ibunda Bahasa yang dituturkan oleh sesuatu kaum
Celik huruf Orang yang tahu membaca dan menulis
Membaca membuka mata Dengan membaca memudahkan kita berfikir
Semakin banayk ilmu, semakin tinggi pangkat
Ikut resmi padi, makin berisi makin tunduk
dan semakin merendah diri
Jangan ikut resmi ayam, bertelur sebiji riuh Orang yang berusaha senyap beroleh banyak
sekampung, ikutlah resmi penyu, telur hasil berbanding yang sedikit diperoleh tetapi
beribu tak siapa tahu diheboh-hebohkan
Mendidik anak-anak biarlah ketika anak itu
Melentur buluh biarlah daripada rebungnya
masih kecil
Nama yang digunakan oleh penulis pada
Nama pena
karyanya
Bahasa Menunjukkan Bangsa Bahasa ialah ciri pengenalan atau identiti bangsa
Bak cendawan tumbuh selepas hujan Terlalu banayk pada sesuatu masa
Daripada segenggam, jadi segantang Bernasib baik
Di mana air bertakung, di situ ikan Di maba-mana tempat berpeluang mencari
berkampug rezeki orang akan bertumpu
Janji sahaja yang banyak dibuat tetapi tidak
Senduk besar tak mengenyang
ditepati
Buah tangan Hasil pekerjaan
Darah daging Anak dan saudara-mara dari keturunan sendiri
Bukit sama didaki, lurah sama dituruni sepakat
Kesusahan yang dialami oleh seseorang apabila
Anak ayam kehilangan ibu
dirinya kehilangan tempat bergantung
Orang yang menyuruh orang lain berbuat betul
Ketam mengajar anaknya berjalan betul
tetapi diri sendiri tidak berbuat betul

You might also like