You are on page 1of 3

Tajuk Forum: Pencemaran Alam Sekitar

Pengerusi :

Selamat pagi guru Bahasa Melayu, _________________________ dan murid-murid sekalian. Saya,
________________________ ialah pengerusi majlis forum pada pagi ini.Izinkan saya
memperkenalkan ahli-ahli panel saya – saudari ______________________ , saudara
___________________dan saudara _____________________. Tajuk forum hari ini ialah
“Pencemaran Alam Sekitar”. Pencemaran alam sekitar bererti keadaan ataupun suasana sekeliling
mengalami perubahan sifat fizikal alam sekeliling daripada sesuatu yang cantik menjadi sesuatu yang
kotor, berdebu, berlumpur dan tidak terurus. Masalah pencemaran ini di negara kita tidak pernah
reda. Malah, masalah ini menjadi semakin teruk. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa masalah ini
akan menjadi suatu krisis nasional sekiranya tiada langkah yang proaktif dilaksanakan bagi
membanteras pencemaran mulai sekarang.

Panel 1 :

Sedarsawasa ini, pencemeran alam sekitar sekian hari sekian bertambah serius. Pencemaran alam
sekitar telah membawa banyak kesan kepada insan, malah kepada flora dan fauna. Pertamanya,
pencemaran udara seperti jerebu banyak menjejaskan aktiviti harian kita. Di kawasan yang
mengalami jerebu dengan serius, penglihatan kita dihadkan. Kita hanya dapat melihat objek dalam
lingkungan 100m. Cuba bayangkan, semasa kita memandu, kita tidak dapat melihat kenderaan yang
berada di hadapan kita. Peluang berlaku kemalangan jalan raya akan bertambah. Kadar kemalangan
jalan raya akan meningkat dan seterusnya mengancam nyawa kita.

Seterusnya, pencemaran seperti pencemaran air telah menyebabkan nyawa manusia dan haiwan
terancam dan bagai “telur di hujung tanduk”. Bahan toksik dan asid yang mengalir ke dalam sungai
menyebabkan kehidupan akuatik musnah dan bekalan sumber ikan menjadi beracun. Apabila kita
makan dan minum makanan dan air yang tercemar ini, kita akan turut diracun dan nyawa kita akan
tergugat. Selain itu, pembuangan sampah ke dalam sungai menyebabkan sungai menjadi busuk dan
keindahannya terjejas. Ini bukan sahaja mencemarkan sumber air, malah membawa ketidakselesaan
kepada penduduk yang mendiami di kawasan tersebut.

Panel 2 :

Pencemaran alam sekitar bukanlah suatu fenomena baru. Malah, masalah yang berpunca daripada
kepesatan pembangunan negara ini kian hari kian meningkat dan makin rumit untuk ditangani.
Faktor utama yang menyebabkan pencemaran adalah pelepasan gas-gas toksik daripada kilang dan
kenderaan. Seperti negara kita yang menjadikan bidang perindustrian sebagai bidang utama
pencemaran udara serius di negara kita. Kilang-kilang seperti kilang simen, besi dan lain-lain
melepaskan gas yang beracun dalam proses pembuatan. Kini, setiap orang mampu untuk memiliki
kenderaan sendiri. Gas seperti karbon monoksida, karbon dioksida dan gas-gas yang lain yang
dilepaskan dari kenderaan menyebabkan pencemaran udara.
Selain itu, pembakaran secara terbuka akan mencemerkan kualiti udara. Pembakaran hutan sering
dijalankan tuntuk kegunaan pertanian pindah dan pembangunan tapak perumahan. Sebagai contoh,
negara Indonesia yang sering berlaku pembakaran hutan telah menyebabkan jerebu berlaku. Untuk
maklumam anda, fenomena hujan asid di Malaysia semakin serius dan sampai ke tahap yang
meruncingkan. Fenomena ini biasanya berlaku di kawasan perindustrian sebab kawasan tersebut
banyak melepaskan gas-gas beracun seperti karbon monoksida, karbon dioksida, sulfur dioksida dan
gas-gas lain. Semasa hujan, sulfur dioksida dalam udara mencair dalam titisan hujan dan menjadi
hujan asid. Bangunan yang sentiasa kena hujan asid akan terhakis. Jika kulit seseorang dikena hujan
asid, seseorang itu akan dijangkiti penyakit kulit.

Panel 3 :

Memang tidak dinafikan bahwa kegiatan manusia dalam mengejar pembangunan dan kemajuan
telah mengakibatkan pencemaran alam sekitar. Negara-negara membangun seperti Malaysia
memerlukan pembangunan walaupun terpaksa mengorbankan alam sekitar pada kadar yang
berpatutuan. Pencemaran alam sekitar menjadi semakin menjadi serius dan kritikal di negara kita.
Bagi menangani maslah pencemaran alam sekitar, langkah-langkah efektif telah diambil oleh pelbagai
pihak. Untuk membanteraskan kegiatan pencemaran alam sekitar, kerajaan telah menguatkuasakan
undang-undang yang lebih tegas dan menjatuhkan hukuman yang lebih berat. Sebagai contoh,
seseorang yang didapati membakar secara terbuka akan ditangkap oleh pihak berkuasa akan didenda
sebanyak beribu-ribu ringgit Malaysia ataupun dipenjara tidak kurang daripada setahun. Selain itu,
kempen cintai alam sekitar hendaklah diadakan. Kempen-kempen tersebut berfungsi untuk
menyedari masyarakat tentang kepentingan dan kesan menjaga alam. Jika pemimpin-pemimpin
politik berceramah di depan masyarakat dan menjadi teladan kepada masyarakat, kempen akan
berlangsung dengbumi yang kita diami ini sentiasa selamat dan bebas dan lebih efektif dan proaktif.
Secara tidak langsung, kesedaran manusia terhadap alam sekitar dapat ditingkatkan.

Pengerusi :

Kesimpulannya, sekiranya kerajaan benar-benar serius dalam usaha membanteras masalah


pencemaran ini hingga akar umbi, langkah-langkah yang sungguh harus diambil demi generasi akan
datang. Tiada gunanya pelbagai akta digubal jika tiada keazaman untuk menguatkuasakan akta-akta
tersebut. Janganlah apabila ada pendedahan yang dibuat oleh media massa, barulah berikthiar
menyelesaikan masalah. Setiap orang harus sedar tentang pentingnya menghargai alam sekitar dan
perlunya usaha memeliharanya agar bumi yang kita diami ini sentiasa selamat dan bebas daripada
pencemaran. Sekian, terima kasih.
Kepentingan kitar semula kepada alam sekitar pula adalah dapat mengurangkan pencemaran alam
daripada terus berlaku. Sikap tidak bertanggungjawab segelintir manusia yang membuang sisa-sisa
yang tidak sepatutnya ke dalam sungai dan laut telah menyebabkan insiden yang tidak diingini
berlaku. Sebagai contoh, peristiwa di Pasir Gudang di mana pencemaran udara telah berlaku akibat
pembuangan sisa toksik di sungai berhampiran dan mengakibatkan golongan kanak-kanak
mengalami kesukaran untuk bernafas dan dimasukkan ke hospital. Bencana ini sepatutnya menjadi
pengajaran kepada kita semua kerana nyawa yang tidak berdosa akan terkorban sekiranya
pencemaran tidak dibendung secara tegas. Tambahan pula, amalan kitar semula yang mengurangkan
kadar pembuangan sampah dapat menyelamatkan alam sekitar daripada menjadi tempat pembiakan
nyamuk atau tikus. Haiwan yang membiak di kawasan kotor berpotensi menjadi punca penularan
wabak penyakit berjangkit. Oleh itu, penting untuk kita mengamalkan kitar semula agar kebersihan
alam sekitar dapat dipelihara dengan baik.

You might also like