You are on page 1of 2

SAINS TINGKATAN 2 TAHUN 2021

PEMBELAJARAN BERASAKAN PROJEK

TEMA 3 (TENAGA DAN KELESTARIAN HIDUP)

Bidang Pembelajaran 9.0 Haba


Standard Kandungan 9.4 Hubung Kait Jenis Permukaan Objek dengan Penyerapan dan
Pembebasan Haba

Standard Pembelajaran 9.4.1. Menunjukcara bagaimana objek yang gelap dan kusam
menyerap haba lebih baik daripada objek putih dan berkilat

9.4.2. Menunjukcara bagaimana objek yang gelap dan kusam


membebaskan haba lebih baik daripada objek putih dan berkilat

9.43. Mengkonsepsikan dan mereka bentuk mengunakan konsep haba


dalam kehidupan harian

Pengenalan

Konsep bangunan hijau merupakan bangunan yang bercirikan teknologi binaan mesra alam
semulajadi bermula dari lakaran, pembinaan, operasi, selenggara sehingga peringkat
menqubahsuaian. Bangunan hijau memberi tumpuan terhadap heberapa aspek berikut;

1. Kecekapan tenaga yang tinggi (energy efficient) :

 dapat dilakukan melalui penggunaan tenaga solar atau


 penggunaan tenaga yang boleh diperbaharaui (enewable energy)

2. Persekitaran dalaman berkualiti :

 melihat kepada kualiti udara, pencahayaan, visual dan keselesaan di dalam bangunan
berkenaan

3. Sumber penggunaan bahan :

 melihat kepada jenis material yang digunakan


 menggalakkan penggunaan bahan-bahan kitar semua

4. Penggunaan air yang efisien :

 menggalakkan penggunaan semula air (water recyling) dalam sistem bangunan

Objektif

1. Mengetahui konsep bangunan hijau

2. Merekacipta model RUMAH KEDIAMAN HIJAU yang bercirikan konsep bangunan hijau.
Pernyataan masalah

1. Bagaimanakah untuk membina model rumah kediaman hijau yang mempunyai ciri seperti
Kecekapan penggunaan tenaga, suasana persekitaran yang berkualti, penggunaan bahan terpakai
dan penggunaan sitem pengairan yang efisien?

MODEL RUMAH HIJAU SAYA

Konsep Rumah Hijau Model Rumah Hijau Saya

Kecekapan tenaga yang tinggi  mempunyai panel solar untuk penggunaan alat-alat
(energy efficient) elektrik di rumah
 mempunyai alat elektrik yang boleh menjana tenaga
solar seperti lampu di luar rumah
Persekitaran dalaman berkualiti  mempunyai bumbung lutsinar untuk meningkatkan
pencahayaan di dalam rumah dan mengurangkan
penggunaan lampu elektrik
 mempunyai lubang angin untuk memudahkan aliran
angin keluar dan masuk, dan menyejukkan keadaan
dalam rumah
 tingkap lutsinar yang besar dapat membenarkan
cahaya masuk dan membolehkan udara panas dari
dalam rumah keluar

3. Sumber penggunaan bahan  penanaman rumput dapat menyejukkan tanah dan


mengekalkan kelembapan tanah
 mempunyai kawasan kebun untuk menanam sayur-
sayuran keperluan rumah
 bahan sisa domestik boleh digunakan sebagai baja
tumbuhan.
 Pokok teduhan ditanam untuk menyejukkan
kawasan rumah

Penggunaan air yang efisien  mempunyai tangki simpanan air hujan untuk
menyimpan air bagi kegunaan kebun, membasuh
kenderaan dan kawasan rumah.

You might also like