You are on page 1of 2

SMK KG PASIR PUTEH

SAINS TINGKATAN 2 TAHUN 2019


PEMBELAJARAN BERASAKAN PROJEK

TEMA : 3 (TENAGA DAN KELESTARIAN HIDUP)


Bidang Pembelajaran : 9.0 HABA
Standard Kandungan : 9.4 Hubung Kait Jenis Permukaan Objek dengan Penyerapan dan
Pembebasan Haba
Standard Pembelajaran:
9.4.1 Menunjukcara bagaimana objek yang gelap dan kusam menyerap haba lebih baik
daripada objek putih dan berkilat.
9.4.2 Menunjukcara bagaimana objek yang gelap dan kusam membebaskan haba lebih
baik daripada objek putih dan berkilat
9.4.3 Mengkonsepsikan dan mereka bentuk mengunakan konsep haba dalam kehidupan
harian.
Pengenalan:

Konsep bangunan hijau merupakan bangunan yang bercirikan teknologi binaan mesra alam semulajadi bermula dari lakaran
pembinaan, operasi, selenggara sehingga peringkat pengubahsuaian. . Bangunan hijau memberi tumpuan terhadap beberapa
aspek berikut;
1. Kecekapan tenaga yang tinggi (energy efficient) – dapat dilakukan melalui penggunaan tenaga solar atau
penggunaan tenaga yang boleh diperbaharaui (renewable energy)
2. Persekitaran dalaman berkualiti – melihat kepada kualiti udara, pencahayaan, visual dan keselesaan di dalam
bangunan berkenaan.
3. Sumber penggunaan bahan - melihat kepada jenis material yang digunakan, di mana menggalakkan penggunaan
bahan-bahan kitar semula
4. Penggunaan air yang efisien – menggalakkan penggunaan semula air (water recyling) dalam sistem bangunan

Objektif:
1. Mengetahui konsep bangunan hijau
2. Merekacipta model RUMAH KEDIAMAN HIJAU yang bercirikan konsep bangunan hijau

Pernyataan masalah:
1. Bagaimanakah untuk membina model rumah kediaman hijau yang mempunyai ciri-ciri seperti kecekapan penggunaan
tenaga, suasana persekitaran yang berkualiti, penggunaan bahan terpakai dan penggunaan sitem pengairan yang
efisien?
Projek:
Berdasarkan Prinsip Pemindahan Haba, reka bentuk satu Rumah Kediaman Hijau di mana penggunaan tenaga dapat
dikurangkan bagi menyejukkan rumah atau sebaliknya.
Murid boleh membuat reka bentuk atau inovasi dalam konteks tempatan atau global.
1. Projek dijalankan secara berkumpulan (3 @ 4 orang 1 kumpulan)
2. Sediakan laporan lengkap berkaitan konsep dan lakaran Rumah Kediaman Hijau yang dibina tidak melebihi
20 mukasurat.
3. Hantar laporan lengkap berserta Model Rumah Kediaman Hijau kepada guru mata pelajaran selewat-
lewatnya 29 OKTOBER 2019
4. MARKAH BAGI PROJEK ADALAH 20 %

FORMAT LAPORAN PROJEK:


Font: Arial
Saiz: 11
1.5 Spacing
Tidak melebihi 20 mukasurat dan BERTAIP

Muka Depan Sekolah


Tema 3 : Tenaga Dan Kelestarian Hidup
Bidang Pembelajaran : 9.0 Haba

Nama projek:
Nama ahli kumpulan
Kelas :
Nama guru:

ISI KANDUNGAN Pendahuluan Pengenalan


objektif penghasilan projek
Penyataan masalah,
Aplikasi Konsep Sains:
1. Kecekapan tenaga yang tinggi (energy efficient) – dapat dilakukan melalui penggunaan
tenaga solar atau penggunaan tenaga yang boleh diperbaharaui (renewable energy)
2. Persekitaran dalaman berkualiti – melihat kepada kualiti udara, pencahayaan, visual dan
keselesaan di dalam bangunan berkenaan.
3. Sumber penggunaan bahan - melihat kepada jenis material yang digunakan, di mana
menggalakkan penggunaan bahan-bahan kitar semula
4. Penggunaan air yang efisien – menggalakkan penggunaan semula air (water recyling)
dalam sistem bangunan
Reka Bentuk dan  Lakaran projek,
Proses Pembinaan  Penerangan semasa proses pembinaan projek dan sertakan
Projek gambar pembinaan projek
PENUTUP Lampiran Soalan yang diberikan,
Gambar / maklumat yang berkaitan
Kesimpulan Membuat rumusan keseluruhan berkaitan projek

You might also like