You are on page 1of 5

RBT Ting.

3 Nota Bab 2- Penghasilan Produk

MENGHASILKAN PRODUK BERFUNGSI ATAU BERFUNGSI SEBAHAGIAN

Perbezaan Mock-up/ Model/ Prototaip


Mock-up Model Prototaip
(model olokan) (produk berfungsi sebahagian) (produk berfungsi)
 Dihasilkan sebelum produk  Dihasilkan selepas mock-up  Dihasilkan selepas produk
berfungsi dibina dibina berfungsi sebahagian dibina
 Menunjukkan idea rekaan  Menunjukkan rekaan dalam  Menunjukkan idea rekaan
dalam bentuk 3D bentuk 3D yang lebih realistik dalam bentuk yang sebenar
 Mengikut skala atau saiz  Mengikut skala atau saiz  Mengikut spesifikasi saiz
sebenar sebenar sebenar
 Boleh disentuh atau dipegang  Dapat menunjukkan kefungsian  Boleh disentuh, dipegang dan
 Reka bentuk boleh ditambah beberapa bahagian atau menguji kefungsian produk
baik sekiranya perlu komponen produk  Reka bentuk dan kefungsian
 Boleh disentuh dan dipegang produk boleh ditambah baik
untuk memahami kefungsian selepas melakukan pengujian
produk dan penilaian
 Reka bentuk boleh ditambah
baik sekiranya perlu

Ciri- ciri Mock-up/ Model/ Prototaip


Jenis Bahan Skala Kefungsian
 Tidak mengikut saiz
 Direka bentuk bukan menggunakan produk sebenar
bahan sebenar  Boleh sama ada lebih
 Tidak berfungsi
Mock-up  Boleh direka bentuk menggunakan kecil, sama besar
sepenuhnya
kertas, gabus, kadbod, polisterena, atau lebih besar
kayu lembut dan lain-lain daripada produk
sebenar
 Tidak menunjukkan
fungsi sebenar produk
 Tidak mengikut saiz
 Tidak semestinya direka bentuk  Hanya sebahagian
produk sebenar
menggunakan bahan sebenar komponen boleh
 Boleh sama ada lebih
 Oleh direka bentuk menggunakan berfungsi
Model kecil, sama besar
foam, kadbod, paip PVC, MDF,  Kefungsian sebenar
atau lebih besar
polisterena, kayu, papan lapis dan tidak dapat diuji
daripada produk
lain-lain  Produk hanya dinilai
sebenar
dari segi reka bentuk
luaran
 Direka bentuk menggunakan bahan
sebenar
 Berfungsi sepenuhnya
 Boleh direka bentuk menggunakan
 Mengikut saiz produk  Diuji dalam situasi
Prototaip kayu, keluli, zink , getah, plastic,
sebenar sebenar dari segi reka
perspeks dan lain-lain bergantung
bentuk dan kefungsian
kepada reka bentuk dan kegunaan
produk

Disediakan oleh: En. Mohd Najib Bin Abd Razak 1 SMP 2019
RBT Ting. 3 Nota Bab 2- Penghasilan Produk

Kepentingan merancang pembinaan produk berfungsi atau produk berfungsi sebahagian:

1) Menghasilkan produk yang menepati keperluan dan kehendak pengguna


2) Membolehkan penambahbaikan dilakukan pada reka bentuk dan fungsi produk
3) Membantu menganggar kos jualan produk
4) Merancang tenaga kerja yang diperlukan
5) Menjalankan pengujian dan penilaian yang lengkap terhadap produk dari segi reka bentuk dan
kefungsian
6) Menentukan kaedah dan tempoh pembinaan produk

Langkah menghasilkan produk berfungsi:

1) Mengukur, menanda dan memotong bahan


2) Membina dan mencantum bahagian-bahagian produk
3) Membuat kemasan; tujuan – menambah nilai estetika, nilai komersial dan ketahanan produk

MEMBUAT PENGUJIAN DAN PENILAIAN KEFUNGSIAN SERTA KESESUAIAN PRODUK

 Proses terakhir untuk mengukur tahap keberkesanan produk


 Diukur berdasarkan 3 faktor:
o Mematuhi projek brief
o Memenuhi kehendak pelanggan
o Ketepatan rupa bentuk

Pengujian

Kaedah Pengujian
Ujian Makmal Ujian Parameter
Pengujian terhadap produk berfungsi di dalam makmal Pengujian terhadap produk berfungsi yang dibuat
atau bengkel dengan menggunakan peralatan dan dalam situasi dan lokasi yang sebenar bagi
kelengkapan tertentu yang bersesuaian dengan jenis menentukan kefungsian, kesesuaian, keupayaan serta
produk kebolehgunaan produk
Faktor dikawal:
1) Daya
2) Cahaya
3) Suhu
4) Angin
5) kelajuan
Contoh ujian:
1) Ujian Kemuluran
2) Ujian Kekuatan
3) Ujian Beban

Disediakan oleh: En. Mohd Najib Bin Abd Razak 2 SMP 2019
RBT Ting. 3 Nota Bab 2- Penghasilan Produk

Penilaian

 Dijalankan untuk menganalisis keputusan pengujian yang telah diperoleh


 Menggunakan borang soal selidik mengandungi soalan:
1) Kefungsian
2) Ergonomik
3) Reka bentuk
4) Nilai estetika
5) Keselamatan

Kesesuaian Produk

 Ditentukan berdasarkan penilaian terhadap keputusan pengujian yang telah dijalankan terhadap produk
 Dapat membuktikan produk dihasilkan menepati keperluan dan kehendak pengguna

Tahap Keselamatan

 Contoh penilaian keselamatan:


1) Adakah produk mempunyai bahagian yang tajam?
2) Adakah produk mempunyai manual penggunaan?
3) Adakah produk selesa untuk dikendalikan?
4) Adakah bahagian elektronik pada produk boleh membahayakan pengguna?

MEMBUAT CADANGAN PENAMBAHBAIKAN PRODUK BERDASARKAN LAPORAN KEPUTUSAN UJIAN

 Tujuan penambahbaikan: menjadikan produk lebih baik dan sempurna dari segi kefungsian dan mampu
mencapai objektif asal penghasilannya
 Kriteria semasa penambahbaikan:
1) Menambah atau menggantikan komponen yang rosak atau tidak bersesuaian
2) Membuat pengubahsuaian pada bahagian tertentu supaya produk lebih mantap dan efisien
3) Menambah baik kemasan pada produk seperti susunan komponen dan warna yang digunakan
4) Mengubah reka bentuk produk untuk disesuaikan dengan fungsinya
5) Memberi perhatian terhadap ciri-ciri ergonomik bagi keselesaan pengguna
6) Memberi perhatian kepada ciri-ciri keselamatan yang perlu ada pada produk

Disediakan oleh: En. Mohd Najib Bin Abd Razak 3 SMP 2019
RBT Ting. 3 Nota Bab 2- Penghasilan Produk

MENYEDIAKAN DOKUMENTASI

 Definisi: Satu laporan bertulis yang menghuraikan perincian reka bentuk meliputi maklumat daripada
peringkat penjanaan idea sehingga ke peringkat mock-up atau model dihasilkan.
 Kepentingan:
1) Menjadi bukti rekaan seseorang pereka bentuk
2) Diperlukan untuk memfailkan permohonan paten
3) Memudahkan membuat rujukan dan penyelidikan
 Format laporan :
1) Muka hadapan
2) Penghargaan
3) Abstrak
4) Kandungan
5) Pengenalan
6) Penentuan gabungan teknologi
7) Perancangan konsep
8) Lakaran akhir
9) Jadual kerja
10) Pengurusan kewangan
11) Penghasilan produk
12) Pengujian dan penilaian
13) Cadangan penambahbaikan
14) Penutup
15) Bibliografi
16) Lampiran
 Persembahan: Bertujuan memperkenalkan produk kepada umum dari segi kefungsian, reka bentuk dan
keistimewaannya

Disediakan oleh: En. Mohd Najib Bin Abd Razak 4 SMP 2019
RBT Ting. 3 Nota Bab 2- Penghasilan Produk

Contoh lukisan isometrik/ skematik/ unjuran ortografik

Lukisan Isometrik Lukisan skematik

Lukisan unjuran ortografik

Lakaran ceraian Lakaran 3D bermaklumat

Disediakan oleh: En. Mohd Najib Bin Abd Razak 5 SMP 2019

You might also like