You are on page 1of 16

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BANDAR BARU

BANGI

TAJUK :
SISTEM RESPIRASI MANUSIA
BAND 6 TEMA 1

DISEDIAKAN OLEH:

TINGKATAN :

GURU KELAS :

ISI KANDUNGAN
1
Isi Kandungan Mukasurat

1.0 Biodata Murid 3

2.0 Penghargaaan. 4

3.0 Objektif Kajian.. 5

4.0 Bahan-bahan yang digunakan... 6

5.0 Langkah-langkah Menghasilkan Model Respirasi Manusia.7

6.0 Gambarajah Model Berlabel 11

7.0 Hubungan antara Bahagian Model Sistem Respirasi dengan

Sistem Respirasi Sebenar Manusia... 12

8.0 Cara Menggunakan Model Pernafasan untuk Menwujudkan Proses

Tarikan Nafas dan Hembusan Nafas. 14

9.0 Kesimpulan... 15

10.0 Bahan Rujukan 16

1.0 BIODATA MURID

2
1. Nama :

2.0 PENGHARGAAN

3
Saya ingin mengucapkan setinggi penghargaan kepada guru matapelajaran

Sains kerana banyak membimbing saya di dalam menghasilkan folio berkenaan binaan

mekanisma sistem respirasi manusia ini.

Ribuan terima kasih kepada ibu dan ayah saya kerana tidak pernah jemu

membimbing dan memberikan idea-idea yang bernas di dalam menghasilkan folio bagi

matapelajaran Sains ini. Ibu dan ayah juga banyak membantu saya mencari maklumat

melalui internet dan menyediakan bacaan yang bersesuaian sehinggalah saya berjaya

menyiapkan folio ini.

Akhir sekali terima kasih kepada rakan-rakan tingkatan 3 Bakti yang banyak

membantu dan memberikan idea di dalam menghasilkan folio ini.

4
3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Sebagaimana yang kita semua sedia maklum, konsep asas sistem respirasi
manusia terdiri daripada beberapa struktur dan organ yang penting. Bermula daripada
mulut dan rongga hidung, seterusnya bergerak ke trakea atau lebih dikenali sebagai
salur pernafasan dan seterusnya bergerak ke paru-paru.

Objektif utama kajian ini ialah untuk membuat model sistem respirasi manusia
dan dan mengetahui apa yang berlaku kepada sangkar rusuk, rongga torasik dan juga
diafragma semasa proses menarik dan menghembus nafas.

Tujuan folio ini juga ialah untuk membantu pelajar menjadi mahir dengan
mengaitkan model sistem respirasi manusia dengan sistem respirasi manusia yang
sebenar. Sebagai contoh penyedut minuman bertindak sebagai trakea, botol plastik
bertindak sebagai sangkar rusuk dan belon bertindak sebagai paru-paru.
. Secara umumnya, objektif penghasilan folio ini ialah untuk merealisasikan
pengetahuan di dalam matapelajaran Sains dalam kehidupan seharian. Ianya juga
dapat melahirkan pelajar yang lebih berinformasi dan memahami maklumat sains
dengan apa yang berlaku terhadap diri manusia melalui kajian terhadap sistem respirasi
manusia ini.

4.0 BAHAN-BAHAN YANG DIGUNAKAN UNTUK MEMBINA MODEL


SISTEM RESPIRASI MANUSIA

5
Sistem pernafasan manusia terdiri daripada beberapa struktur dan organ yang
penting. Ianya bermula daripada mulut dan rongga hidung, seterusnya bergerak ke
trakea atau salur pernafasan dan seterusnya bergerak ke paru-paru.

Berikut adalah gambar bahan-bahan yang diperlukan untuk membina sistem respirasi
manusia:

Berdasarkan gambar di atas, senarai bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti


berikut:

a. 1 Botol Plastik
b. Plastik
c. 2 biji Belon
d. 2 Penyedut Minuman
e. Gunting
f. Pita Pelekat
g. Tanah liat atau plastisin

6
5.0 LANGKAH-LANGKAH UNTUK MEMBINA MODEL SISTEM
RESPIRASI MANUSIA

Bahagian ini akan menerangkan langkah-langkah secara mendalam untuk membina


system respirasi manusia.

5.1 LANGKAH 1: BUAT TIUB Y DENGAN MENGGUNAKAN PENYEDUT MINUMAN

a. Potong salah satu penyedut minuman di bahagian tengah dengan


menggunakan gunting.

b. Tebuk penyedut minuman yang satu lagi di bahagian tengah. Lekatkan


penyedut minuman yang dipotong di bahagian (a) dengan penyedut
minuman yang satu lagi di bahagian tengah. Kemaskan dengan melekatkan
pita pelekat di sekeliling bahagian yang bersambung itu. Pastikan tidak ada
udara di sekeliling bahagian yang bersambung itu.

7
5.2 LANGKAH 2: LEKATKAN BELON PADA TIUB Y

Seterusnya lekatkan belon pada cabang tiub Y yang dibuat pada langkah 1 di atas.
Kemaskan dengan menggunakan pita pelekat.

5.3 LANGKAH 3: POTONG BOTOL PLASTIK

Potong di bahagian bawah botol plastik dengan menggunakan gunting.

8
5.4 LANGKAH 4: TEBUK PENUTUP BOTOL

Tebuk penutup botol dengan mengunakan hujung gunting atau paku. Pastikan lubang
yang di tebuk itu dapat memuatkan penyedut minuman iaitu tiub Y.

5.5 LANGKAH 5 : MASUKKAN TIUB Y YANG TELAH DILEKATKAN DENGAN


BELON KE DALAM BOTOL PLASTIK

Masukkan tiub Y yang telah dilekatkan dengan belon ke dalam botol plastik melalui
bawah botol yang telah dipotong tadi.

5.6 LANGKAH 6: TUTUP BOTOL DAN PASTIKAN TIADA LUBANG UDARA

9
Tutup botol dan masukkan pangkal awal tiub Y kedalam lubang penutup botol yang
telah ditebuk. Tutup bahagian atas penutup dengan plastisin dan pita pelekat .

5.7 LANGKAH 7: POTONG PLASTIK DAN LEKATKAN DI BAWAH BOTOL

a. Potong separuh plastik dengan menggunakan gunting.

b. Lekatkan plastik tersebut di bawah botol dengan menggunakan pita pelekat.

10
Setelah selesai langkah-langkah di atas bermakna model system respirasi kita telahpun
siap. Ianya akan diuji di dalam bahagian berikutnya.

6.0 GAMBARAJAH MODEL BERLABEL

11
7.0 HUBUNGAN DI ANTARA BAHAGIAN MODEL SISTEM RESPIRASI
DENGAN SISTEM RESPIRASI SEBENAR MANUSIA

Bahagian ini akan menerangkan hubungan antara bahagian pada model sistem
respirasi dengan sistem respirasi sebenar manusia. Gambarajah berikut menunjukkan
kedudukan beberapa struktur penting, seperti trakea, bronkus, paru-paru dan
diafragma.

a. Sistem pernafasan manusia terdiri daripada beberapa struktur dan organ yang
penting. Ianya bermula daripada mulut dan rongga hidung, seterusnya bergerak
ke trakea atau salur pernafasan dan seterusnya bergerak ke paru-paru.
b. Pada paru-paru, akan berlaku pertukaran gas oksigen yang akan digunakan oleh
badan dengan gas karbon dioksida yang telah digunakan oleh badan dalam
struktur yang diberi nama alveolus.

12
c. Gambarajah berikut menunjukkan apa yang berlaku kepada sangkar rusuk,
rongga torasik dan juga diafragma semasa proses menarik dan menghembus
nafas.

SEMASA TARIK NAFAS


Sangkar rusuk akan bergerak ke atas dan ke luar. Rongga torasik membesar.
Diafragma bergerak ke bawah. Tekanan udara di luar lebih tinggi daripada tekanan
udara di dalam rongga torasik.

SEMASA HEMBUS NAFAS


Sangkar rusuk akan bergerak ke bawah dan ke dalam. Rongga torasik mengecil.
Diafragma bergerak keatas. Tekanan udara dalam rongga torasik lebih tinggi daripada
tekanan udara di luar

d. Melalui penerangan di atas, kaitan sistem pernafasan sebenar dengan model sistem
respirasi kita ialah, penyedut minuman bertindak sebagai trakea, botol plastik
bertindak sebagai sangkar rusuk, belon bertindak sebagai paru-paru dan plastik di
bawah botol bertindak sebagai diafragma.
13
Apabila plastik di bawah botol ditarik ke bawah, belon akan menggembang dan
tekanan udara di dalam botol berkurang. Ini sama dengan proses menarik nafas.
Apabila plastik di bawah botol ditolak ke atas, belon akan mengecut dan tekanan
udara di dalam botol bertambah. Ini bersamaan dengan proses menghembus
nafas.

8.0 CARA MENGGUNAKAN MODEL PERNAFASAN UNTUK


MEWUJUDKAN PROSES TARIKAN NAFAS & HEMBUSAN NAFAS

Bahagian ini akan menerangkan tentang cara-cara menggunakan model pernafasan


untuk menwujudkan proses tarikan nafas dan hembusan nafas.

Tolak plastik menghala ke dalam


botol. Belon akan mengecut.

14
Tarik plastik menghala ke luar botol.
Belon akan mengembang.

5.0 KESIMPULAN

Berdasarkan model yg telah dibuat berikut adalah kesimpulannya:

a) Model sistem respirasi manusia dapat menunjukan hubungan antara tekanan


udara dalam rongga toraks dengan proses tarikan dan hembusan nafas.

b) Apabila plastik di bawah botol ditarik ke bawah, belon akan menggembang dan
tekanan udara di dalam botol berkurang. Ini bersamaan dengan proses
penarikan nafas.

c) Apabila plastik di bawah botol ditolak ke atas, belon akan mengecut dan tekanan
udara di dalam botol bertambah.Ini bersamaan denga proses hembusan nafas.

d) Respirasi berlaku dalam semua organisma hidup. Manusia memperoleh oksigen


dan menyingkirkan karbon dioksida melalui sistem respirasi.

15
6.0 BAHAN RUJUKAN

1. Buku Teks Sains, Tingkatan 3

2. http://www.cikguhailmi.com/2014/01/bina-model-sistem-respirasi-manusia.html

3. http://www.biologi-sel.com/2013/06/projek-sains-pada-sistem-pernapasan.html

4. http://www.sagadbl.com/2012/07/nota-sains-tingkatan-3-bab-1-respirasi.html

5. http://www.slideshare.net/zealot90/sains-tingkatan-3-sains-bab-1-mekanisme-pernafasan-

manusia

16

You might also like