You are on page 1of 20

SAINS KSSM TINGKATAN 3 BAB 1

BAB 1 RANGSANGAN DAN GERAK BALAS

1.1 Sistem Saraf Manusia


Fungsi sistem saraf manusia:
a) Mengesan rangsangan
b) Menghantar impuls
c) Mentafsir impuls
d) Menghasilkan gerak balas

1
CikguNurSalsabillah
SAINS KSSM TINGKATAN 3 BAB 1

Sistem Saraf Manusia

Sistem Saraf Pusat Sistem Saraf Periferi

Otak Saraf tunjang Saraf kranium Saraf spina

Bahagian yang terdapat pada otak manusia dan fungsi setiap bahagian otak.

Mengapa permukaan serebrum berlipat-lipat?


Untuk membekalkanpermukaan yang luas untuk menempatkan lebih banyak neuron.

Rangsangan Perubahan yang terhasil oleh sumber-sumber tertentu yang dikesan oleh organ deria.
Contoh, sejuk, panas dan sakit
Reseptor Sel deria yang terdapat dalam organ deria
Efektor Organ yang bergerak balas terhadap rangsangan (otot dan kelenjar)
Laluan impuls saraf Selepas mengesan rangsangan, reseptor akan menghantar impuls ke sistem saraf pusat
melalui neuron deria. Sistem saraf pusat akan memproses maklumat dan menghantar impuls ke efektor
melalui neuron motor untuk melakukan gerak balas.

2
CikguNurSalsabillah
SAINS KSSM TINGKATAN 3 BAB 1

Tindakan Terkawal
Tindakan terkawal ialah tindakan yang disedari dan dikawal oleh otak.

Tindakan Terkawal (Urutan dalam Impuls)


Rangsangan → Afektor (reseptor) → Otak → Efektor (otot atau kelenjar) → Gerak balas
Contoh : menulis, berjalan, menari

Tindakan Luar Kawal


Tindakan luar kawal ialah tindakan yang berlaku secara serta merta (automatik) tanpa disedari atau difikirkan
terlebih dahulu.

Tindakan Luar Kawal (Urutan dalam Impuls)


Rangsangan → Afektor (reseptor) → Saraf tunjang/Medula oblongata → Efektor (otot atau kelenjar) → Gerak balas
Contoh : bersin, bernafas, denyutan jantung

Melibatkan medulla oblongata Melibatkan saraf tunjang (Tindakan reflex)


Contoh : bernafas, peristalsis Contoh : bersin, menarik tangan apabila terkena objek
panas/tajam

Contoh tindakan yang melibatkan saraf tunjang (tindakan refleks)

Kepentingan sistem saraf manusia:


a) Mengelakkan kecederaan dan keadaan bahaya
b) Membolehkan organ mengesan dan bergerak balas

1.2 Rangsangan dan Gerak Balas dalam Manusia


3
CikguNurSalsabillah
SAINS KSSM TINGKATAN 3 BAB 1

Mata
1. Mata manusia terdiri daripada tiga lapisan tisu iaitu sklera (lapisan paling luar), koroid (lapisan tengah) dan
retina (lapisan paling dalam).

2. Di bahagian hadapan, mata dilindungi oleh kelopak mata yang boleh tertutup dengan sendirinya.

3. Mata juga dilincirkan oleh air mata yang dihasilkan oleh kelenjar air mata (tear gland).

Bahagian Struktur/ciri-ciri Fungsi

Sklera (sclera) Lapisan putih yang kuat.  Memegang bentuk mata.


 Melindungi mata.
Kornea (cornea) Membran lut cahaya (translucent)  Membenarkan cahaya masuk ke dalam mata.
sklera, pada bahagian depan mata.  Memfokus cahaya pada retina.
Koroid (choroid) Lapisan gelap yang mempunyai  Membekal oksigen dan makanan kepada mata.
banyak kapilari darah  Menyerap dan mengelakkan pantulan cahaya di dalam
mata.
Konjunktiva Lapisan epitelium pada depan mata.  Melindungi kornea.
(conjunctiva)
Iris Lapisan berbentuk cakera (disc-  Menentukan warna mata.
shaped) pada depan mata.  Mengawal saiz pupil dan jumlah cahaya yang memasuki
mata.
Anak mata (pupil) Bukaan kecil pada depan mata.  Membenarkan cahaya memasuki mata.
Kanta mata (lens) Kanta cembung yang lut sinar dan  Membias dan menfokus cahaya pada retina.
elastik.
Otot silia (ciliary Otot yang membentang dari koroid.  Mengubah ketebalan kanta apabila jarak fokus kanta
muscle) berubah.
Ligamen gantung Satu struktur yang terbentuk  Menyokong dan memegang kanta pada tempatnya.
(supportive daripada gentian kolagen.
ligament)
Gelemaca (vitreous Bahan seperti jeli yang mengisi  Mengekalkan bentuk mata.
humour) ruang di dalam biji mata. Menyerakkan dan memfokus imej pada retina.
Bertindak sebagai penyerap getaran pada mata.
Gelemair (aqueous Cecair tidak berwarna yang mengisi  Membias dan menfokus cahaya yang memasuki mata.
humour) ruang di bahagian hadapan kanta
mata.

4
CikguNurSalsabillah
SAINS KSSM TINGKATAN 3 BAB 1

Retina Lapisan sel yang peka kepada  Mengesan rangsangan cahaya dan menukarkannya kepada
cahaya. impuls.
(a) Bintik kuning Titik bertentangan dengan pupil dan  Kawasan mata yang paling peka terhadap cahaya.
(yellow spot) kaya dengan reseptor peka cahaya.  Mengandungi dua jenis fotoreseptor,
iaitu sel rod dan sel kon.
 Sel rod peka kepada keamatan
cahaya yang berbeza termasuklah
cahaya yang samar.
 Sel kon peka kepada warna cahaya
(merah, hijau, biru) dalam keadaan
cerah.
 Imej objek yang dilihat difokus disini.

(b) Bintik buta Titik melalui saraf optik, yang keluar


(blind spot) dari retina, dan tidak mempunyai sel  Kawasan mata yang tidak peka terhadap cahaya.
yang peka kepada cahaya.  Imej objek yang terbentuk di sini tidak dapat dikesan.
Saraf optik (optic Sekumpulan saraf yang  Menghantar impuls dari retina ke otak untuk
nerve) menghubungkan retina ke otak. ditafsirkan.

5
CikguNurSalsabillah
SAINS KSSM TINGKATAN 3 BAB 1

Telinga

1 Telinga terbahagi kepada tiga bahagian iaitu, telinga luar, telinga tengah dan telinga dalam.

2 Telinga luar dan telinga tengah dipenuhi dengan udara, manakala telinga dalam dipenuhi dengan cecair.

3 Fungsi bahagian-bahagian telinga adalah seperti berikut:


Bahagian Struktur / Ciri-ciri Fungsi
Telinga luar: Berbentuk corong dan terdiri daripada tulang Mengumpul dan mengarahkan gelombang
Cuping telinga (Pinna) rawan. bunyi ke dalam telinga.
Salur telinga Tiub sempit yang menghala ke arah gegendang Menghantar gelombang bunyi ke
(Ear canal) telinga. gegendang telinga.
Gegendang telinga Membran nipis yang memisahkan bahagian Bergetar dan menghantar gelombang bunyi
(Eardrum) telinga luar daripada telinga tengah. ke osikel.
Telinga tengah: Terdiri daripada tiga tulang kecil: Mempertingkatkan getaran gelombang
Osikel Tukul (Hammer): Menyentuh gegendang bunyi sebanyak 22 kali sebelum menghantar
(Ossicles) telinga. ke tingkap bujur.
Andas (Anvil): Menyambungkan tulang tukul
kepada tulang rakap.
Rakap (Stirrup): Melekat pada tingkap bujur.
Tiub Eustachia Tiub sempit yang menyambungkan bahagian Mengimbangi tekanan udara di kedua-dua
(Eustachian tube) telinga tengah ke tekak. belah gegendang telinga.
Tingkap bujur Membran nipis yang berbentuk bujur antara Menghantar getaran bunyi dari bahagian
(Oval window) telinga tengah dan telinga dalam. telinga tengah ke telinga dalam.
Telinga dalam: Tiub bergelung yang penuh dengan cecair. Mengubah getaran bunyi kepada impuls.
Koklea Dinding dalamnya mempunyai hujung saraf
(Cochlea) yang sensitif terhadap getaran gelombang
bunyi.
Salur separuh bulat Tiga saluran yang terletak pada sudut kanan di Mengimbangi kedudukan badan.
(Semicircular canals) antara satu sama lain. Mempunyai kantung kecil
yang dipenuhi dengan cecair dan hujung saraf
yang sensitif terhadap keseimbangan fizikal
badan.
Saraf auditori Sekumpulan saraf yang menyambungkan sel-sel Menghantar impuls dari koklea ke otak
(Auditory nerves) deria ke otak. untuk ditafsirkan sebagai bunyi.

6
CikguNurSalsabillah
SAINS KSSM TINGKATAN 3 BAB 1

4 Tiub Eustachia dan salur separa bulat adalah bahagian telinga yang tidak terlibat dalam pendengaran.

5 Tiub Eustachia mengimbangi tekanan pada kedua-dua belah gegendang telinga.

6 Salur separuh bulat mengawal keseimbangan badan (body equilibrium).


i.Salur separuh bulat terdiri daripada tiga tiub yang diisi dengan sejenis cecair yang dipanggil 'endolymph'.
ii.Pergerakan kepala akan mempengaruhi keadaan endolymph.
iii.Pergerakan endolymph akan merangsang sel-sel deria untuk mengeluarkan impuls.
iv.Impuls tersebut akan dihantar ke otak untuk mengesan kedudukan dan arah pergerakan kepala.

Hidung
1 Hidung manusia mempunyai rongga yang dipenuhi dengan tisu epitelium.

2 Pada permukaan tisu epitelium terdapat 10 juta sel-sel deria bau (sensory cells) yang dikenali sebagai sel-sel
penghidu (olfactory cells).

3 Permukaan rongga hidung adalah lembap kerana terdapat mukus yang dirembeskan oleh sel-sel kelenjar.

4 Rongga hidung mempunyai sepasang pembukaan luaran (lubang hidung) yang mempunyai bulu untuk
menapis habuk dari udara yang disedut melalui hidung.

Proses mengesan bau oleh hidung:


1 Bau dalam bentuk molekul kimia yang disedut ke dalam rongga hidung (rongga nasal) akan larut dalam
mukus dan merangsang sel-sel deria.

2 Sel-sel deria yang dirangsang akan menghasilkan impuls. Impuls adalah isyarat maklumat yang bergerak
pantas di sepanjang saraf.

3 Impuls yang dirangsang akan dihantar ke otak. Otak akan mentafsir impuls tersebut sebagai bau.

4 Sel-sel deria boleh mengesan bau seperti bau bunga (floral scent), bau busuk (foul odour), bau dibakar
(burnt smell) dan aroma makanan (food aroma) yang diangkut melalui udara kedalam hidung.

7
CikguNurSalsabillah
SAINS KSSM TINGKATAN 3 BAB 1

Kepekaan (sensitivity) hidung kepada rangsangan adalah dipengaruhi oleh faktor-faktor berikut:
i. Kekuatan bau
- Bau yang lebih kuat akan lebih mudah dikesan oleh hidung berbanding dengan bau yang lebih
lemah. Jika sel-sel deria dirangsang oleh bau yang kuat, bau-bau yang lain (yang lebih lemah baunya)
tidak akan dikesan pada masa yang sama.
ii. Kehadiran mukus dalam hidung
- Mukus yang banyak akan mengurangkan kepekaan hidung kerana kurang bahan-bahan kimia yang
merangsang sel-sel deria. Sebaliknya, ketiadaan mukus menyebabkan rongga hidung kering dan
menyebabkan bau tidak dapat dikesan dengan betul.
- Semasa selsema, sel-sel deria dilitupi dengan mukus yang banyak. Ianya menghalang sel-sel deria
daripada dirangsang oleh bahan kimia. Oleh itu, orang yang menghidap selsema mempunyai
kecekapan hidung yang kurang.

Lidah
1 Lidah (tongue) merupakan organ deria yang sensitif terhadap rangsangan kimia / bahan berperisa.

2 Lidah merupakan organ berotot yang terletak di dalam rongga mulut.

3 Permukaan lidah mempunyai deria / tunas rasa (taste buds). Tunas rasa ini menyebabkan permukaan lidah
kasar dan menggerutu (spotty).

4 Setiap tunas mempunyai banyak (10 hingga 50) reseptor rasa yang boleh mengesan rasa sesuatu bahan iaitu
manis, masin, masam, pahit dan umami.

5 Lidah manusia mempunyai empat kawasan / bahagian, yang mana masing-masing sensitif terhadap
rangsangan rasa tertentu sahaja.

6 Sebagai contoh, bahagian depan lidah adalah lebih sensitif terhadap rasa manis dan masin, bahagian
belakang lidah lebih sensitif terhadap rasa pahit, manakala bahagian sisi lidah lebih sensitif terhadap rasa
masam.

8
CikguNurSalsabillah
SAINS KSSM TINGKATAN 3 BAB 1

Proses mengesan rasa oleh lidah manusia:


i. Rasa makanan hanya dapat dikesan apabila makanan tersebut berada dalam bentuk cecair (liquid form).
ii. Apabila makanan dimakan, air liur (saliva) dirembeskan di dalam mulut untuk melarutkan makanan.
iii. Makanan yang telah dilarutkan akan merangsang tunas rasa (taste buds) untuk mencetuskan impuls.
iv. Impuls tersebut akan dihantar ke otak melalui sistem saraf untuk ditafsirkan sebagai rasa.
v. Rasa lazat sesuatu makanan itu dihasilkan oleh kombinasi kesemua empat jenis rasa (tastes).

Hubungan antara deria bau (sense of smell) dan deria rasa (sense of taste):
i. Rongga hidung dan rongga mulut adalah bersambung. Jadi, deria rasa dan deria bau adalah saling
berkaitan.
ii. Apabila seseorang menghidap selsema, selera makannya akan berkurang kerana hidungnya tersumbat
dengan lendir / mukus (mucus).
iii. Mukus akan menyebabkan sel-sel deria bau kurang dirangsang oleh bau makanan. Oleh itu, selera makan
seseorang penghidap selesema itu akan berkurangan.

Kulit
1 Kulit terbahagi kepada dua lapisan iaitu, dermis (lapisan dalaman) dan epidermis (lapisan luar).

Dermis:
 Terdiri daripada lapisan tebal tisu penghubung (connective tissue).
 Kaya dengan kapilari darah (blood capillaries) untuk mengangkut (to transport) nutrien, oksigen ke dermis
dan membawa keluar karbon dioksida.
 Struktur lain yang dijumpai dalam dermis adalah otot gentian (muscle fibres), kelenjar peluh (sweat
glands) dan tisu adipos (lemak).
 Dermis juga mengandungi 'hujung saraf' (nerve endings) untuk mengesan kesakitan, sejuk, panas,
sentuhan dan tekanan.
 Hujung saraf juga dikenali sebagai reseptor deria (sensory receptors) kerana ianyanya boleh mengesan
pelbagai deria di seluruh bahagian kulit.

Epidermis:
 Epidermis bersifat kalis air.
 Lapisan paling luar kulit epidermis dibarisi oleh lapisan sel-sel mati yang keras pada permukaan.
 Sel-sel mati itu mengandungi keratin.
 Lapisan epidermis yang paling rendah dipanggil lapisan Malpighian. Sel-sel dalam lapisan tersebut
sentiasa membahagi untuk menghasilkan sel-sel baru.

9
CikguNurSalsabillah
SAINS KSSM TINGKATAN 3 BAB 1

2 Tahap kepekaan kulit


 Kulit kita mempunyai tahap kepekaan yang berbeza (different degrees of sensitivity) di setiap bahagian
yang berlainan pada badan.

 Ini adalah kerana reseptor (penerima) tidak sama rata pada setiap bahagian kulit. Sebagai contoh, lidah
dan hujung jari adalah lebih sensitif berbanding tumit kaki, siku atau tapak tangan.
 Tahap kepekaan (sensitivity) kulit bergantung kepada dua faktor:

a) Ketebalan epidermis
 Bahagian kulit yang nipis lebih sensitif terhadap rangsangan.

b) Bilangan reseptor
 Bahagian kulit yang banyak bilangan reseptor lebih sensitif terhadap sentuhan.

3 Kepekaan kulit pada bahagian-bahagian yang berlainan pada tubuh manusia


 Leher, pipi dan hujung jari. Bahagian ini mempunyai epidermis yang nipis serta reseptor yang banyak,
yang sensitif terhadap rangsangan sentuhan.
 Tapak tangan (palm). Bahagian ini mempunyai banyak reseptor yang sensitif kepada
rangsangan sejuk dan panas.
 Tapak kaki dan siku (soles and elbows) adalah kurang sensitif terhadap sentuhan kerana ia
mempunyai epidermis yang tebal serta bilangan reseptor yang sedikit.

10
CikguNurSalsabillah
SAINS KSSM TINGKATAN 3 BAB 1

4 Kegunaan kepekaan kulit dalam kehidupan seharian:


 Tempat suntikan pada badan.
Pesakit biasanya diberi suntikan pada lengan atau punggung (pinggul). Ini adalah kerana bahagian kulit
ini mempunyai epidermis yang tebal. Jadi, pesakit akan kurang merasa kesakitan apabila disuntik.
 Membaca 'Braille'.
Orang buta menggunakan hujung jari mereka untuk mengenal pasti huruf dan membaca Braille. Ini
adalah kerana bahagian hujung jari mempunyai epidermis yang nipis serta banyak reseptor, yang sensitif
terhadap rangsangan mana-mana sentuhan.

Had Deria

Had Deria Penglihatan


1 Ilusi Optik
- Berlaku apabila otak tidak dapat mentafsir sesuatu maklumat dengan tepat
- Menyebabkan apa yang dilihat berbeza daripada situasi sebenar.

2 Titik Buta
- Titik pada retina mata yang tidak dapat mengesan imej
- Bintik buta terletak dipangkal saraf optik dan tidak mempunyai sel-sel deria yang peka terhadap cahaya
- Imej tidak dapat dilihat jika imej jatuh pada bintik buta

11
CikguNurSalsabillah
SAINS KSSM TINGKATAN 3 BAB 1

Kecacatan organ deria dan proses penuaan yang mempengaruhi pendengaran dan penglihatan manusia
1 Penglihatan normal, cahaya yang memasuki pupil akan jatuh pada retina.

2 Penglihatan manusia dipengaruhi oleh faktor kecacatan dan proses penuaan.

3 Pendedahan kepada cahaya biru bertenaga tinggi yang dipancarkan oleh bahan digital seperti telefon pntar
untuk tempoh masa yang lama terutamanya dalam keadaan gelap boleh merosakkan retina.

4 Kecacatan penglihatan dan cara pembetulan:

Jenis kecacatan penglihatan Cara pembetulan

Rabun jauh (Miopia)


- Dapat melihat objek dekat dengan jelas tetapi
tidak dapat melihat objek jauh dengan jelas.

Imej terbentuk di hadapan retina

Punca :
 Kanta mata terlalu tebal Kanta cekung mencapahkan cahaya yang memasuki
 Bola mata terlalu panjang mata

Rabun dekat (Hipermetropia)


- Dapat melihat objek jauh dengan jelas tetapi
tidak dapat melihat objek dekat dengan jelas.

Imej terbentuk di belakang retina

Punca :
 Kanta mata terlalu nipis
 Bola mata terlalu pendek Kanta cembung menumpukan cahaya yang memasuki
mata

Astigmatisme
- Objek yang dekat atau jauh kelihatan kabur dan Memakai kanta berbentuk silinder atau pembedahan
tidak jelas. laser.
- Imej tidak tajam

Punca :
 Kanta tidak sekata atau permukaan kornea
melengkung atau tidak rata
12
CikguNurSalsabillah
SAINS KSSM TINGKATAN 3 BAB 1

5 Alat untuk mengatasi had penglihatan

Alat dan fungsinya


Kanta pembesar - Untuk melihat objek kecil Mikroskop – Untuk melihat objek seni

Periskop - Untuk melihat di sekeliling sudut

13
CikguNurSalsabillah
SAINS KSSM TINGKATAN 3 BAB 1

Binocular - Untuk melihat objek jauh Teleskop - Untuk melihat objek jauh

Mesin X-ray - Untuk melihat menerusi objek legap

Had deria pendengaran


1 Manusia hanya dapat mendengar bunyi dengan frekuenesi antara 20 Hz hingga 20 000 Hz.

2 Julat frekuensi pendengaran bagi haiwan lain :

Haiwan Julat frekuensi pendengaran (Hz)


Anjing 67 – 45 000
Tikus 200 – 76 000
Ikan emas 20 – 3 000
Kelawar 2 000 – 1 110 000
Dolphin 150 – 150 000

3 Penggunaan gerudi oleh kontraktor dan mendengar muzik yang kuat menggunakan fon telinga untuk
tempoh yang lama boleh menjejaskan pendengaran.

3 Kecacatan pendengaran boleh mengakibatkan pekak.


Punca : - jangkitan bakteria
- gegendang telinga terkoyak
- tulang osikel bercantum
- kerosakan koklea
- kerosakan saraf auditori
- pendedahan bunyi yang terlampau kuat dalam jangka masa panjang

14
CikguNurSalsabillah
SAINS KSSM TINGKATAN 3 BAB 1

4 Kecacatan pendengaran dan cara pembetulan.

Aspek Pekak merujuk kepada separa pekak atau pekak sepenuhnya


Punca : Pembetulan :
Tulang-tulang osikel bercantum bersama Melalui pembedahan atau alat pendengaran.
akibat jangkitan.
Alat pendengaran menguatkan bunyi dan membantu seseorang
Proses penuaan menyebabkan gegendang yang mempunyai asalah pendengaran mendengar dengan lebih
telinga menjadi kurang elastik. baik.

Pendedahan kepada bunyi kuat untuk


tempoh masa berpanjangan boleh
merosakkan reseptor dalam koklea dan
menyebabkan pekak kekal.

5 Alat untuk mengatasi had pendengaran

Stetoskop - Menguatkan bunyi denyutan jantung Alat bantuan pendengaran - Menguatkan bunyi

Pembesar suara (megafon)- Menguatkan suara

1.3 Rangsangan dan Gerak balas dalam tumbuhan


15
CikguNurSalsabillah
SAINS KSSM TINGKATAN 3 BAB 1

Gerak balas dalam tumbuhan

Tropisme Gerakan nasti

 Gerak balas tumbuhan terhadap  Gerak balas tumbuhan terhadap


sentuhan, cahaya, graviti dan air rangsangan alam sekitar
 Melibatkan bahagian tertentu  Arah gerak balas tidak
pada tumbuhan bergantung pada arah
 Arah gerak balas bergantung rangsangan
pada arah rangsangan
Tropisme

Positif Negatif
Tropisme positif ialah apabila gerakan itu Tropisme negative ialah apabila gerakan itu
menuju sumber rangsangan menjauhi sumber rangsangan

Fototropisme - pertumbuhan bahagian tumbuhan ke arah cahaya Kepentingan


Positif Negatif Membantu pucuk
Pucuk tumbuh ke arah cahaya Akar tumbuh menjauhi cahaya mendapatkan cahaya matahari
untuk fotosintesis.

16
CikguNurSalsabillah
SAINS KSSM TINGKATAN 3 BAB 1

Geotropisme - pertumbuhan bahagian tumbuhan ke arah graviti Kepentingan


Positif Negatif Membantu akar menembusi tanah
Akar tumbuh ke bawah ke Pucuk tumbuh kea rah bertentangan bagi memperoleh air dan akar dapat
arah graviti dengan arah tarikan graviti mencengkam tanah dengan kuat.

.
Hidrotropisme – pertumbuhan bahagian tumbuhan ke arah air Kepentingan
Positif Negatif Membantu tumbuhan menyerap air
Akar tumbuh ke arah air. Pucuk tumbuh menjauhi air dan garam mineraldari tanah.
Hidrotropisme akar lebih kuat
daripada geotropism positif.

17
CikguNurSalsabillah
SAINS KSSM TINGKATAN 3 BAB 1

Tigmotropisme – pergerakan tumbuhan terhadap Kepentingan


sentuhan atau apabila bersentuh dengan objek
Bahagian sulur paut memintal/melilit sesuatu objek yang Membantu tumbuhan mencapai kedudukan
menyentuhnya tinggi untuk mendapat cahaya matahari.
Mendapat sokongan untuk mengekalakan
kedudukan tegak.

Gerak balas nasti Kepentingan

Tumbuhan bergerak balas terhadap sentuhan, cahaya dan haba. Melindungi daun daripada
Contoh : kecederaan.
Daun perangkap lalat Venus tertutup apabila serangga hinggap Memerangkap serangga yang
padanya. bersentuhan dengannya untuk
Daun pokok semalu (Mimosa pudica) tertutup apabila disentuh. dimakan.

Mimosa pudica Venus fly trap

Perbezaan antara tigmotropisme dan gerakan nasti

Tigmotropisme Gerakan nasti


Gerak balas ke arah rangsangan Gerak balas tidak bergantung pada arah
rangsangan
Gerak balas berlaku dengan perlahan Gerak balas berlaku dengan cepat
Gerak balas kekal Gerak balas sementara
Untuk mendapatkan sokongan dan cahaya Untuk perlindungan dan mendapatkan makanan
matahari untuk berfotosintesis

18
CikguNurSalsabillah
SAINS KSSM TINGKATAN 3 BAB 1

Gerak balas tumbuhan dalam situasi yang berbeza

Dapatkah tumbuhan ditanam di angkasa lepas?


Jika ya, bagaimanakah tumbuhan bertumbuh
di angkasa lepas?

Di angkasa lepas, ketiadaan gravity menyebabkan akar tumbuh ke semua arah. Air dan utrien juga terapung.
Untuk mengatasi kedua-dua masalah ini, saintis menggunakan beg berisi tanah, baja dan nutrien digaul
bersamadalam medium yang lembap. Kemudian biji benih dilekatkan padabeg dengan akar menghala ke arah
bawah dan pucuk menghala ke atas. Lampu LED dipasang di atas bagi membolehkan tumbuhan melakukan
fotosintesis. Saintis berjaya menumbuhkan salad melalui kaedah ini.

1.4 Kepentingan Gerak balas terhadap Rangsangan dalam Haiwan lain

1 Haiwan karnivor dan haiwan herbivor mempunyai jenis penglihatan yang berbeza

Penglihatan stereoskopik (haiwan karnivor) Penglihatan monocular (haiwan herbivor)

Kedua-dua mata berada di hadapan kepala Satu mata di setiap belah kepala
Kedua-dua mata digunakan untuk melihat pada satu Satu mata sahaja digunakan untuk melihat pada satu
objek objek
Medan penglihatan kedua-dua mata bertindih di Medan penglihatan kedua-dua mata tidak bertindih
tengah atau bertindih sedikit
Medan penglihatan lebih kecil berbanding medan Medan penglihatan luas, kadangkala menjangkau
penglihatan monokular 360°
Membentuk imej tiga dimensi Tidak membentuk imej tiga dimensi
Boleh menganggar kedudukan dan jarak sesuatu Anggaran kedudukan dan jarak sesuatu objek tidak
objek dengan lebih tepat tepat
Manusia dan haiwan pemangsa mempunyai Haiwan mangsa mempunyai penglihatan monokular
penglihatan stereoskopik
Membolehkan pemangsa seperti burung hantu dan Membolehkan mangsa seperti rusa dan kambing
harimau menentukan kedudukan dan jarak mangsa mengesan pemangsa dari pelbagai sudut
dengan tepat

19
CikguNurSalsabillah
SAINS KSSM TINGKATAN 3 BAB 1

Pendengaran stereofonik
1 Pendengaran stererofonik ialah pendengaran yang menggunakan kedua-dua belah telinga.

2 Pendengaran stereofonik membantu dalam menentukan arah dan lokasi bunyi dengan tepat dan
membolehkan mangsa lari dari pemangsa.

3 Haiwan berbeza mempunyai organ deria yang berlainan bagi menjamin kesinambungan haiwan di Bumi.
Organ Contoh Gerak balas
deria
Misai Landak Mempunyai bulu (atau misai) berbentuk duri yang tajam dan
kuat padabadan.
Bergerak balas apabila diserang dengan melepaskan duri ke
arah musuh.

Medan Ikan elektrik Spesis ikan ini mempunyai organ elektrik yang menghasilkan cas
elektrik elektrik. Cas elektrik menghasilkan medan elektrik di sekeliling
badan ikan.
Medan elektrik membantu ikan menentukan arah serta
mengesan gangguan daripadaobjek atau organisma lain yang
berdekatan.
Feromon Kumbang jantan Kumbang jantan menggunakan antenna untuk mengesan
feromon yang dihasilkan oleh kumbang betina.
Hasil ini mebantu kumbang mencari pasangan untuk membiak.

Organ Ular Organ Jacobson terdapat pada lelangit mulut reptilian.


Jacobson Organ ini membantu ular menegsan bau yang terkumpul pada
lidah dan seterusnya mengesan musuh.

Mata Lelabah Lelabah mempunyai lebih daripadasepasang mata yang sangat


kompleks dan keupayaan penglihatan yang sangat baik.
Mata lelabah mempunyai medan penglihatan 360 untuk
mengesan pergerakan dan kedalaman objek.

Penderia Belalang Belalang mempunyai gegendang telingan pada abdomen yang


tubuh dapat mengesan bunyi dan pergerakan udara.

Garis Ikan Garis lateral ialah satu sistem organ deria yang terdapat
lateral sepanjang badan ikan.
Garis lateral mengesan perubahan tekanan air, mengesan
mangsa dan membantu pergerakan.

20
CikguNurSalsabillah

You might also like