You are on page 1of 7

Apa itu Gen dan Kromosom?

Manusia terbentuk dari himpunan berjuta-juta sel. Sel adalah unit paling ringkas
kehidupan. Setiap satu sel mengandungi unit warisan digelar gen. Setiap
manusia mempunyai lebih kurang 20 ribu hingga 25 ribu gen. Setiap gen ini
diwarisi secara berpasangan satu salinan diwarisi dari ibu dan bapa masing-
masing.

Gen tersusun dalam struktur bebenang yang dipanggil kromosom. Setiap sel
manusia mengandungi sejumlah 46 kromosom, disusun dalam 23 pasang ; 23
kromosom diwarisi daripada ibu, manakala separuh lagi diwarisi daripada
bapa.

Kromosom ialah struktur berbentuk bebenang kromatin yang dibina daripada


rantai asid deoksiribonukleik (DNA) yang membawa maklumat genetik. Gen
ialah segmen pada DNA yang menentukan ciri-ciri seperti warna mata, bentuk
muka, dan lain-lain. Setiap gen terdiri daripada sepasang alel.

Sel → Nukleus → Kromosom → DNA → Gen → Nukleotida


(Sumber :Adapted from National Human Genome Research Institute)

Molekul DNA dibina daripada dua rantaian polinukleotida, iaitu bahagian


molekul gula deoksiribosa dan kumpulan fosfat membentuk tulang
belakang. Rantaian ini berpintal membentuk struktur heliks ganda dua. Bes
nitrogen berada di antara dua rantai ini yang dihubungkan dengan ikatan
hidrogen pada setiap pasangan bes.
Terdapat protein histon dalam molekul DNA yang menyebabkan rantai DNA
menjadi lebih pendek kerana bergulung di histon.
Unit asas DNA ialah nukleotida. Terdapat empat jenis nukleotida yang
dibezakan dengan empat jenis bes iaitu adenina (A), tiamina (T), sitosina (C)
dan guanina (G).
Bes nitrogen adenina (A) berpasangan dengan timina (T) manakala bes
nitrogen sitosina (C) berpasangan dengan guanina (G).
Urutan tiga bes tertentu pada rantai DNA akan membentuk kod genetik untuk
membina asid amino. Kod ini dibaca oleh RNA untuk sintesis protein, contohnya
hormon, kulit dan otot.
Gula
Gula pentosa
pentosa

Gula
Gula pentosa
pentosa

Gula
Gula pentosa
pentosa

Gula
Gula pentosa
pentosa
Kromosom seks menentukan jantina individu

Rajah di atas menunjukkan pasangan kromosom yang ke-23 terdiri daripada XX yang
menjadikannya seorang perempuan.

Pasangan kromosom 1-22 serupa fungsinya untuk lelaki dan perempuan,


manakala antara tugasan penting pasangan kromosom ke-23 adalah untuk
penentuan jantina. Pasangan kromosom ini juga dikenali sebagai kromosom
seks. Terdapat 2 kromosom seks, iaitu kromosom X dan kromosom Y.

Perempuan mempunyai 2 kromosom X (XX) manakala lelaki mempunyai 1


kromosom X dan 1 kromosom Y(XY). Perempuan mewarisi satu kromosom X
daripada ibunya dan satu lagi kromosom X daripada bapanya. Lelaki pula
mewarisi satu kromosom X daripada ibunya dan satu kromosom Y daripada
bapanya.
Rajah skema perwarisan yang menentukan seks anak

Proses ini menghasilkan gamet


yang mengandungi separuh
bilangan kromosom sel soma.
Proses ini berlaku secara
rawak.

Seks anak ditentukan semasa


proses ini.

Peluang untuk mendapatkan


lelaki atau perempuan adalah
sama.

perempuan perempuan lelaki lelaki

You might also like