You are on page 1of 6

MODUL PDP SPM PASCA PKP

NEGERI PERAK 2020


Biologi Tingkatan 4
7.1 Penghasilan Tenaga Melalui Respirasi Sel

BIOLOGY FORM 4
CHAPTER 7: CELLULAR RESPIRATION
BIOLOGI TINGKATAN 4

BAB 7: RESPIRASI SEL

7.1 Penghasilan tenaga melalui respirasi sel.

 Mewajarkan keperluan tenaga dalam proses metabolisme.


 Mengenal pasti substrat utama dalam penghasilan tenaga.
 Menyenaraikan jenis respirasi sel:

*Respirasi aerob
*Respirasi anaerob
*Fermentasi

Penghasilan tenaga melalui respirasi

Respirasi sel ialah proses pengoksidaan molekul organik bagi membebaskan tenaga.
Substrat utama : Glukosa

Manusia dan Haiwan : Glukosa diperolehi melalui pencernaan karbohidrat

Tumbuhan : Glukosa melalui proses fotosintesis.

Tenaga digunakan untuk:

 Pengecutan otot bagi pergerakan


 Pengangkutan aktif bahan biokimia
 Penghantaran impuls saraf
 Sintesis protein
 Pembahagian sel
Jenis respirasi sel

Fermentasi

 ialah laluan alternatif untuk mendapatkan tenaga selain daripada respirasi sel.
 Penguraian glukosa tidak lengkap
 Kurang/Tanpa oksigen

Perbandingan antara respirasi aerob dan fermentasi

PERSAMAAN

 Penguraian glukosa
 Proses bermula di sitoplasma
 Menghasilkan tenaga dalam bentuk ATP
 Glukosa ditukarkan kepada piruvat
 Berlaku dalam haiwan,tumbuhan,yis, bakteria

Respirasi aerob PERBEZAAN Fermentasi

Perlu Keperluan oksigen Tidak perlu

Lengkap Pengoksidaan glukosa Tidak lengkap

Karbon dioksida, air,tenaga Hasil respirasi  Otot manusia/ bakteria:


Asid laktik dan tenaga
 Tumbuhan/yis:
Etanol, Karbon dioksida,
tenaga

2898 kJ Jumlah tenaga Otot manusia: 150 kJ

Yis: 210 kJ

38 molekul ATP Bilangan molekul ATP 2 molekul ATP

Mitokondrion Tapak tindak balas Sitoplasma


FAQ

Apakah maksud respirasi sel? 1

Proses penguraian glukosa untuk mendapatkan


tenaga.

2 Apakah contoh keperluan


tenaga kepada organisma?

Untuk pertumbuhan, pembiakan, gerak balas, pernafasan, penghadaman, perkumuhan,


pengecutan otot,pengangkutan aktif, penghantaran impuls saraf,pembahagian sel

Apakah substrat utama dalam


3
penghasilan tenaga?

Glukosa

4 Adakah subtrat lain boleh digunakan


selain daripada glukosa?

Fruktosa dan galaktosa

5 Nyatakan jenis repirasi?

Respirasi aerob dan respirasi anaerob

Daripada manakah manusia dan haiwan sumber


glukosa?

Melalui pencernaan karbohidrat daripada sumber


makanan yang dimakan.
LATIHAN PENGUKUHAN

1. Apakah substrat utama bagi respirasi sel?

A Sukrosa

B Fruktosa

C Glukosa

D Galaktosa

2. Adakah subtrat lain boleh digunakan selain daripada glukosa?

A Asid amino

B Protein

C Galaktosa

D Lipid

3. Antara berikut, yang manakah adalah persamaan antara respirasi aerob dan
fermentasi dalam otot manusia.

A Oksigen digunakan

B Tenaga dibebaskan

C Asid laktik dihasilkan

D Karbon dioksida dihasilkan

4. Terangkan keperluan tenaga dalam proses metabolisme.

5. Lengkapkan ayat berikut:

(a) Respirasi aerob ialah proses pengoksidaan atau penguraian …………………untuk


menghasilkan tenaga dengan kehadiran…………………………..

(b) Respirasi anaerob ialah proses penguraian glukosa untuk menhasilkan…………………..


tanpa…………………………………
BIO AKSES

Respirasi Respirasi dalam organisma

CADANGAN JAWAPAN

NO SOALAN JAWAPAN

1 C

2 C

3 B

4  Untuk mengekalkan suhu badan


 Pada suhu optimum iaitu 37 °C.
 Untuk pembahagian serta pertumbuhan dan perkembangan sel.

5 (a) Glukosa, oksigen


(b) Tenaga, kehadiran oksigen

You might also like