You are on page 1of 27

Bahan Intervensi Kem Eksplorasi KBAT

Stesen 1: Tumbuhan Bernafas

BAHAN INTERVENSI
KEM EKSPLORASI KBAT

Stesen 1:
Tumbuhan Bernafas

1
Bahan Intervensi Kem Eksplorasi KBAT
Stesen 1: Tumbuhan Bernafas

BAHAN INTERVENSI
KEM EKSPLORASI KBAT
Stesen 1:
Tumbuhan Bernafas
(Naskhah Guru)

2
Bahan Intervensi Kem Eksplorasi KBAT
Stesen 1: Tumbuhan Bernafas

BAHAN KEM EKSPLORASI KBAT


STESEN 1: TUMBUHAN BERNAFAS

PANDUAN GURU
ASAS PERTIMBANGAN – KERANGKA KERJA TIMSS 2023
Biologi
Ciri-ciri dan Proses Struktur dan Terangkan peranan organ utama dan
Kehidupan fungsi sistem sistem organ utama dalam
Organisma organ utama mengekalkan kehidupan (contoh;
organ yang terlibat dalam peredaran
dan pernafasan).
Proses fisiologi Kenali tindak balas haiwan yang
dalam haiwan berfungsi untuk mengekalkan
keadaan badan yang stabil di bawah
perubahan luaran dan dalaman
(contoh; peningkatan kadar denyutan
jantung semasa bersenam, rasa
dahaga apabila dehidrasi, berasa
lapar apabila memerlukan tenaga,
berpeluh dalam kepanasan, menggigil
dalam kesejukan)
Sel dan Fungsinya Proses Terangkan proses asas fotosintesis
fotosintesis dan (iaitu, memerlukan cahaya, karbon
respirasi selular dioksida, air, dan klorofil;
menghasilkan glukosa/gula; dan
membebaskan oksigen).
Terangkan proses asas respirasi
selular (iaitu, memerlukan oksigen
dan glukosa/gula; menghasilkan

1
Bahan Intervensi Kem Eksplorasi KBAT
Stesen 1: Tumbuhan Bernafas
tenaga; dan membebaskan karbon
dioksida dan air)
Ekosistem Kitaran air, Huraikan peranan hidupan dalam
oksigen dan mengitar oksigen dan karbon melalui
karbon dalam ekosistem (iaitu, tumbuhan
ekosistem mengambil karbon dioksida dari udara
dan membebaskan oksigen ke udara
sebagai sebahagian daripada
fotosintesis dan menyimpan karbon
dalam sel mereka; dan haiwan
mengambil oksigen dari udara dan
membebaskan karbon dioksida ke
udara sebagai sebahagian daripada
pernafasan)

2
Bahan Intervensi Kem Eksplorasi KBAT
Stesen 1: Tumbuhan Bernafas

RINGKASAN AKTIVITI
Aktiviti Tajuk Objektif Pemetaan Tempoh
1 Serbuk Mengenal pasti jenis tindak Sains (15 minit)
penaik dan balas kimia yang boleh Tingkatan 2,
cuka menghasilkan karbon Asid dan alkali
dioksida.
2 Yis dan Memahami bahawa yis Sains (15 minit)
gula melakukan respirasi dan Tingkatan 1,
membebaskan karbon Sel Sebagai
dioksida. Unit Asas
Kehidupan
3 Rumah Memahami bahawa Sains (15 minit)
hijau tumbuhan juga melakukan Tingkatan 1,
respirasi. Sel Sebagai
Unit Asas
Kehidupan
4 Kitar Memahami karbon dioksida Sains (15 minit)
Karbon digunakan oleh tumbuhan Tingkatan 1,
dalam fotosintesis dan Sel Sebagai
membebaskan oksigen Unit Asas
untuk kegunaan manusia Kehidupan
dan respirasi sel.
5 Rumusan (10 minit)

3
Bahan Intervensi Kem Eksplorasi KBAT
Stesen 1: Tumbuhan Bernafas

Bahan yang diperlukan untuk mengendalikan aktiviti


(Penyediaan bahan adalah untuk untuk anggaran 20 orang; 5 orang satu kumpulan)

Aktiviti Bahan
SERBUK PENAIK DAN CUKA 8 botol air mineral (500 ml)
1 paket serbuk penaik (anggaran 250 g)
1 botol cuka (anggaran 500ml)
1 botol air paip (anggaran 1.5 L)
8 Belon
1 penimbang elektronik
2 corong turas
YIS DAN GULA 8 botol air mineral (500 ml) – air suam
1 paket yis (anggaran 250 g)
1 paket gula (anggaran 250 g)
1 botol air paip (anggaran 1.5 L)
8 Belon
1 penimbang elektronik
2 corong turas
RUMAH HIJAU 3 set gambar rumah hijau
1 set sticky note (saiz kecil ditanda perkataan
CO2)
1 papan blue tack
1 pen penanda (marker pen)
Pencetak berwarna
KITAR KARBON 1 buku kertas lukisan
1 set pen penanda berwarna (sharpie)

4
Bahan Intervensi Kem Eksplorasi KBAT
Stesen 1: Tumbuhan Bernafas
NASKHAH GURU
AKTIVITI 1: SERBUK PENAIK DAN CUKA
PENGENALAN
Tindak balas antara serbuk penaik atau baking soda (natrium bikarbonat) dan cuka
(asid asetik) menghasilkan gas karbon dioksida.

LANGKAH PELAKSANAAN:
1) Sediakan 2 botol air, serbuk penaik, cuka dan 2 belon bagi setiap kumpulan.
2) Pecahkan kumpulan murid kepada 2 kumpulan kecil. Kumpulan A akan
melakukan aktiviti A manakala kumpulan B akan melakukan aktiviti B
serentak.

Aktiviti A
3) Murid diminta menimbang dan memasukkan serbuk penaik ke dalam botol
kosong menggunakan corong turas. Kemudian masukkan air.
4) Tutup mulut botol dengan menggunakan belon.
5) Perhatikan perubahan yang berlaku pada belon dan rekodkan keadaan yang
berlaku di dalam botol.

Aktiviti B
3) Murid diminta menimbang dan memasukkan serbuk penaik ke dalam botol
kosong menggunakan corong turas. Kemudian masukkan cuka.
4) Tutup mulut botol dengan menggunakan belon.
5) Perhatikan perubahan yang berlaku pada belon dan rekodkan keadaan yang
berlaku di dalam botol.

❖ Didalam kumpulan besar, murid diminta untuk menerangkan kejadian yang


berlaku secara saintifik secara lisan atau bertulis terhadap pemerhatian yang
dibuat. Penerangan boleh dibuat berdasarkan perkara berikut: tindak balas kimia,
tindak balas asid dan alkali, jirim, atau lain-lain yang sesuai.

5
Bahan Intervensi Kem Eksplorasi KBAT
Stesen 1: Tumbuhan Bernafas
NASKHAH GURU
AKTIVITI 2: YIS DAN GULA
PENGENALAN
Ragi atau yis adalah mikroorganisma yang biasa digunakan untuk membuat doh roti
melalui proses penapaian. Untuk penapaian berlaku, yis memerlukan sumber bahan
bakar dalam bentuk gula. Tindak balas ini menghasilkan karbon dioksida atau juga
dikenali sebagai respirasi sel.

LANGKAH PELAKSANAAN:

1) Sediakan 2 botol air, yis, gula, air suam dan 2 belon bagi setiap kumpulan.
2) Pecahkan kumpulan murid kepada 2 kumpulan kecil. Kumpulan A akan
melakukan aktiviti C, kumpulan B akan melakukan aktiviti D serentak.

Aktiviti C
3) Murid diminta memasukkan yis dan air ke dalam botol kosong.
4) Tutup mulut botol dengan menggunakan belon.
5) Perhatian perubahan yang berlaku pada belon dan rekodkan keadaan yang
berlaku di dalam botol.

Aktiviti D
3) Murid diminta memasukkan yis dan air ke dalam botol kosong. Kemudian
masukkan gula.
4) Tutup mulut botol dengan menggunakan belon.
5) Perhatian perubahan yang berlaku pada belon dan rekodkan keadaan yang
berlaku di dalam botol.

❖ Murid diminta untuk menerangkan kejadian yang berlaku secara saintifik secara
lisan atau bertulis terhadap pemerhatian yang dibuat. Penerangan boleh dibuat
berdasarkan perkara berikut: respirasi sel, jirim, atau lain-lain yang sesuai.

6
Bahan Intervensi Kem Eksplorasi KBAT
Stesen 1: Tumbuhan Bernafas
NASKHAH GURU
AKTIVITI 3: RUMAH HIJAU
PENGENALAN

Rumah Hijau

Rumah hijau, atau rumah kaca ialah satu bangunan yang diperbuat daripada kaca atau
plastik yang membolehkan penanaman yang terlindung dan terkawal. Haba dari cahaya
matahari yang menembusi strukturnya yang lutsinar memanaskan tumbuh-tumbuhan
dan tanah di dalamnya. Ini membolehkan tumbuhan melakukan fotosintesis dalam
keadaan yang terkawal.

Bangunan ini dibina dalam pelbagai bentuk dan peranan. Dalam industri asas tani,
misalnya, ia dibina dengan saiz yang besar dan dilengkapi pelbagai peralatan moden
bagi mengawal dan menggalakkan pertumbuhan tanaman di dalamnya. Kaca atau plastik
yang digunakan pula bekerja sebagai bahan perantaraan yang membenarkan
perpindahan sinaran pada frekuensi tertentu. Kesannya ialah, tenaga yang masuk
diperangkap di dalamnya untuk memanaskan tanaman, dan tidak boleh keluar bebas
daripada rumah hijau ini. Rumah hijau sering juga digunakan dalam industri seni
taman dan juga untuk tujuan penyelidikan.

Fotosintesis

Tumbuhan hijau dapat mensintesis makanan sendiri melalui fotosintesis. Fotosintesis


ialah proses penghasilan makanan oleh tumbuhan hijau daripada air dan karbon dioksida
dengan kehadiran cahaya dan klorofil. Struktur sel yang terlibat dalam fotosintesis ialah
kloroplas yang mengandungi klorofil yang berfungsi untuk menyerap cahaya matahari.
Makanan yang dibuat oleh tumbuhan iaitu glukosa kemudiannya disimpan dalam bentuk
kanji di dalam daun, batang, buah dan akar tumbuhan.

7
Bahan Intervensi Kem Eksplorasi KBAT
Stesen 1: Tumbuhan Bernafas

Proses respirasi sel dan fotosintesis saling melengkapi. Semasa respirasi sel, gas
oksigen diserap dan gas karbon dioksida disingkirkan. Karbon dioksida yang disingkirkan
akan digunakan oleh semua tumbuhan hijau untuk melakukan fotosintesis. Oksigen yang
dihasilkan daripada proses fotosintesis pula digunakan oleh semua organisma untuk
respirasi sel.

LANGKAH PELAKSANAAN:

1) Murid diminta memerhatikan dan membanding beza 3 gambar rumah hijau yang
dilekatkan pada dinding.
2) Murid diminta untuk menganalisis perbezaan ketiga-tiga situasi tersebut secara
saintifik dengan mengambil kira perkara berikut: kehadiran/keamatan cahaya
matahari, kandungan karbon dioksida, kandungan oksigen.
3) Murid diminta untuk mengagih-agihkan dan melekatkan 30 kertas bertanda karbon
dioksida pada 3 gambar tersebut berdasarkan analisis yang dibuat.
4) Murid diminta untuk memberi justifikasi terhadap aktiviti yang telah dibuat.

8
Bahan Intervensi Kem Eksplorasi KBAT
Stesen 1: Tumbuhan Bernafas
NASKHAH GURU
AKTIVITI 4: KITAR KARBON
PENGENALAN

Kitar karbon ialah kitar yang mengekalkan kandungan karbon dioksida dalam
udara dengan mengambil karbon dioksida dari udara dan mengembalikannya semula ke
udara secara berterusan.
▪ Kitar karbon bermula dengan pengambilan gas karbon dioksida oleh tumbuhan
hijau melalui proses fotosintesis.
▪ Haiwan yang memakan tumbuhan memperoleh unsur-unsur karbon daripadanya.
▪ Apabila tumbuhan dan haiwan mati, tumbuhan dan haiwan
akan mereput. Pereputan yang dilakukan oleh bakteria dan kulat dalam tanah
membebaskan karbon dioksida.
▪ Pembakaran bahan api fosil yang mengandungi karbon seperti arang batu dan
petroleum juga membebaskan karbon dioksida.
▪ Semasa respirasi, semua tumbuhan dan haiwan juga membebaskan karbon
dioksida.
▪ Jadi, proses-proses seperti pereputan, pembakaran dan respirasi diseimbangkan
oleh fotosintesis.

9
Bahan Intervensi Kem Eksplorasi KBAT
Stesen 1: Tumbuhan Bernafas

Kitar oksigen ialah kitar yang melibatkan pengambilan oksigen daripada udara dan
pengembalian oksigen semula ke udara secara berterusan. Oksigen yang diperlukan
untuk proses respirasi, pengaratan, pembakaran dan pereputan diperoleh daripada hasil
fotosintesis.

Kita hendaklah sentiasa menghargai dan mengagumi kitar karbon dan kitar oksigen
dalam mengekalkan komposisi gas dalam udara. Segala aktiviti yang boleh
mendatangkan kesan yang tidak baik kepada udara hendaklah dihentikan.

Aktiviti manusia seperti penebangan pokok dan penggunaan racun serangga dalam
pertanian secara tidak terkawal menyebabkan peningkatan gas karbon dioksida dan
mengganggu kitaran-kitaran semula jadi termasuklah kitar oksigen dan kitar karbon.
Antara kesannya kepada hidupan dan persekitaran ialah pemanasan global dan kesan
rumah hijau.

10
Bahan Intervensi Kem Eksplorasi KBAT
Stesen 1: Tumbuhan Bernafas
LANGKAH PELAKSANAAN:

1) Murid diminta untuk melukis dan melabel kitar karbon di atas kertas lukisan
berdasarkan kefahaman sedia ada murid.
2) Murid diminta membuat perkaitan antara pengetahun sedia ada serta
pengetahuan baharu yang diterima semasa menjalankan eksplorasi aktiviti 1, 2
dan 3.
3) Murid membuat penerangan secara bertulis mengenai kitar karbon dan kitar
oksigen dengan tidak melebihi dari 50 patah perkataan dalam buku nota murid.

11
Bahan Intervensi Kem Eksplorasi KBAT
Stesen 1: Tumbuhan Bernafas

BAHAN INTERVENSI
KEM EKSPLORASI KBAT
Stesen 1:
Tumbuhan Bernafas
(Naskhah Murid)
Bahan Intervensi Kem Eksplorasi KBAT
Stesen 1: Tumbuhan Bernafas
NASKHAH MURID

AKTIVITI 1: SERBUK PENAIK DAN CUKA

Aktiviti A
1) Timbang (rekod maklumat di dalam lampiran yang diberikan) dan masukkan
serbuk penaik ke dalam belon kemudian isi botol kosong dengan air.
2) Tutup mulut botol dengan menggunakan belon.
3) Perhatian perubahan yang berlaku pada belon dan keadaan yang berlaku di
dalam botol.
4) Terangkan secara bertulis kejadian yang berlaku secara saintifik terhadap
pemerhatian yang dibuat.
Bahan Intervensi Kem Eksplorasi KBAT
Stesen 1: Tumbuhan Bernafas

NASKHAH MURID

AKTIVITI 1: SERBUK PENAIK DAN CUKA

Kemahiran Mengukur
Aktiviti A

Bahan yang dimasukkan ke dalam Nilai dan unit kuantiti fizik


botol

Pemerhatian
Perkara yang hendak diperhatikan Perubahan yang diperhatikan

Belon

Keadaan dalam botol


Bahan Intervensi Kem Eksplorasi KBAT
Stesen 1: Tumbuhan Bernafas
NASKHAH MURID

AKTIVITI 1: SERBUK PENAIK DAN CUKA

Aktiviti B
1) Timbang (rekod maklumat di dalam lampiran yang diberikan) dan masukkan
serbuk penaik ke dalam belon kemudian isi botol kosong dengan cuka.
2) Tutup mulut botol dengan menggunakan belon.
3) Perhatian perubahan yang berlaku pada belon dan keadaan yang berlaku di dalam
botol.
4) Terangkan secara bertulis kejadian yang berlaku secara saintifik terhadap
pemerhatian yang dibuat.
Bahan Intervensi Kem Eksplorasi KBAT
Stesen 1: Tumbuhan Bernafas
NASKHAH MURID

AKTIVITI 1: SERBUK PENAIK DAN CUKA

Kemahiran Mengukur
Aktiviti B

Bahan yang dimasukkan ke dalam Nilai dan unit kuantiti fizik


botol

Pemerhatian
Perkara yang hendak diperhatikan Perubahan yang diperhatikan

Belon

Keadaan dalam botol


Bahan Intervensi Kem Eksplorasi KBAT
Stesen 1: Tumbuhan Bernafas
NASKHAH MURID

AKTIVITI 2: YIS DAN GULA

Aktiviti C
1) Timbang (rekod maklumat di dalam lampiran yang diberikan) dan masukkan
serbuk yis ke dalam botol kemudian isi botol tersebut dengan air.
2) Tutup mulut botol dengan menggunakan belon.
3) Perhatian perubahan yang berlaku pada belon dan keadaan yang berlaku di
dalam botol.
4) Terangkan secara bertulis kejadian yang berlaku secara saintifik terhadap
pemerhatian yang dibuat.
Bahan Intervensi Kem Eksplorasi KBAT
Stesen 1: Tumbuhan Bernafas
NASKHAH MURID

AKTIVITI 2: YIS DAN GULA

Kemahiran Mengukur
Aktiviti C

Bahan yang dimasukkan ke dalam Nilai dan unit kuantiti fizik


botol

Pemerhatian
Perkara yang hendak diperhatikan Perubahan yang diperhatikan

Belon

Keadaan dalam botol


Bahan Intervensi Kem Eksplorasi KBAT
Stesen 1: Tumbuhan Bernafas
NASKHAH MURID

AKTIVITI 2: YIS DAN GULA

Aktiviti D
1) Timbang (rekod maklumat di dalam lampiran yang diberikan) dan masukkan
serbuk yis ke dalam botol kemudian isi botol tersebut dengan air larutan gula.
2) Tutup mulut botol dengan menggunakan belon.
3) Perhatian perubahan yang berlaku pada belon dan keadaan yang berlaku di
dalam botol.
4) Terangkan secara bertulis kejadian yang berlaku secara saintifik terhadap
pemerhatian yang dibuat.
Bahan Intervensi Kem Eksplorasi KBAT
Stesen 1: Tumbuhan Bernafas
NASKHAH MURID

AKTIVITI 2: YIS DAN GULA

Kemahiran Mengukur
Aktiviti D

Bahan yang dimasukkan ke dalam Nilai dan unit kuantiti fizik


botol

Pemerhatian
Perkara yang hendak diperhatikan Perubahan yang diperhatikan

Belon

Keadaan dalam botol


Bahan Intervensi Kem Eksplorasi KBAT
Stesen 1: Tumbuhan Bernafas
NASKHAH MURID

AKTIVITI 3: RUMAH HIJAU

1) Perhatikan dan buat banding beza antara 3 gambar rumah hijau yang dilekatkan
pada dinding.
2) Analisis perbezaan ketiga-tiga situasi tersebut secara saintifik.
3) Berdasarkan analisis yang dibuat, lekatkan 30 kertas bertanda karbon dioksida
pada 3 gambar tersebut
4) Beri justifikasi terhadap aktiviti yang telah dibuat.
Bahan Intervensi Kem Eksplorasi KBAT
Stesen 1: Tumbuhan Bernafas
NASKHAH MURID

AKTIVITI 3: RUMAH HIJAU


Pemerhatian
Jumlah karbon dioksida yang
Waktu dalam sehari
dibebaskan (bulatkan jawapan)

4.00 a.m. Tinggi/Rendah/Sangat rendah

9.00 a.m. Tinggi/Rendah/Sangat rendah

12.00 p.m. Tinggi/Rendah/Sangat rendah

Jawab soalan berikut.

S1. Mengapa tumbuhan menjalankan proses respirasi?

S2. Pada waktu bilakah tumbuhan membebaskan jumlah karbon dioksida yang paling
tinggi pada hari tersebut? Jelaskan jawapan anda.
Bahan Intervensi Kem Eksplorasi KBAT
Stesen 1: Tumbuhan Bernafas
NASKHAH MURID

AKTIVITI 4: KITAR KARBON

1) Lukis dan label kitar karbon di atas kertas lukisan berdasarkan kefahaman sedia
ada anda.
2) Buat penerangan secara bertulis (30 patah perkataan) mengenai kitar karbon
dan kitar oksigen.
Bahan Intervensi Kem Eksplorasi KBAT
Stesen 1: Tumbuhan Bernafas
NASKHAH MURID

AKTIVITI 4: KITAR KARBON


Bahan Intervensi Kem Eksplorasi KBAT
Stesen 1: Tumbuhan Bernafas

BAHAN INTERVENSI
KEM EKSPLORASI KBAT
Stesen 1:
Tumbuhan Bernafas
(Lampiran)

You might also like