You are on page 1of 3

3.3 Pengaruh Baka 3.3.

1 Umum menyedari bahawa baka atau keturunan memberikan


pengaruh yang besar dalam proses pertumbuhan dan perkembangan individu. Antara pengaruh yang
sangat ketara ialah sifat fizikal seseorang seperti saiz badan, warna mata, warna rambut, warna kulit,
jenis darah dan penyakit. Apakah baka? Baka ialah ciri-diri pewarisan yang diperturunkan oleh ibu dan
bapa malah nenek moyang kepada anak yang dilahirkan.

3.3.2 Baka diperturunkan kepada anak-nak melalui gen. Semasa proses persenyawaan antara benih
ibu dan bapa, 23 kromoson daripada sperma bapa akan bergabung dengan 23 kromosom daripada
ovum ibu. Gabungan ini akan menghasilkan 46 kromosom atau 23 pasang kromosom. Kromosom ini
mengandungi gen-gen yang mewarisi kebakaan bapa dan ibu kepada anak yang akan dilahirkan. Dari
sinilah baka mempengaruhi cirri-ciri pertumbuhan dan perkembangan seseorang individu.

3.3.3 Ciri-ciri fizikal yang sangat jelas menampakkan pengaruh baka boleh dilihat pada warna kulit.
Secara umumnya kanak-kanak berketurunan Melayu mempunyai kulit sawo matang, keturunan Cina
pula berkulit cerah dan India berkulit gelap. Begitu juga dengan bentuk rambut. Masyarakat orang Asli
akan mewarisi rambut kerinting. Warna mata masyarakat Eropah biasanya hijau atau biru. Manakala
mata orang Asia berwarna coklat. Apa yang sangat menarik ialah apabila berlaku perkahwinan campur.
Kita biasa melihat ada dalam kalangan anggota masyarakat yang berkahwin campur. Contohnya antara
keturunan Cina dan India. Disebabkan percampuran kromosom ibu dan bapa, anak yang dilahirkan
berkulit sawo matang, bermata sepet dan mempunyai wajah iras-iras Cina dan India.

3.3.4 Pengaruh yang paling ketara dalam pewarisan baka ialah penyakit. Banyak penyakit yang berlaku
disebabkan oleh pengaruh baka. Antara penyakit yang disebabkan oleh baka berdasarkan Kementerian
Kesihatan Malaysia ialah penyakit Pompe, penyakit Kencing Sirap Maple (Maple syrup urine disease -
MSUD) dan penyakit Gaucher atau Galactosemia merupakan sejenis penyakit genetik dalam kelompok
Kecacatan Metabolik Semulajadi Inborn Errors Metabolism (IEM), penyakit Tay-Sachs adalah sejenis
penyakit genetik yang berlaku apabila kuantiti banyak gangliosida , sejenis terbitan asid lemak, penyakit
Sistik Fibrosis (bahasa Inggeris cystic fibrosis), Ekzema ialah sejenis penyakit kulit yang menyebabkan
radang, gatal dan kering, penyakit kusta atau juga dikenali sebagai penyakit Hansen, sindrom dawn dan
Skizofrenia adalah penyakit mental yang teruk dengan ciri-ciri kecacatan Porphyria bukannya satu
penyakit yang berjangkit tetapi merupakan penyakit genetik yang boleh diwarisi.(3) Terdapat banyak lagi
penyakit-penyakit yang memang telah diketahui disebabkan oleh pengaruh genetik.

3.3.5 Selain daripada ciri fizikal dan penyakit, sahsiah juga boleh menerima kesan daripada baka.
Contohnya sifat introvert atau ekstrovert yang ada pada pembawa gen iaitu ibu atau bapa akan diwarisi
oleh anak-anaknya. Begitu juga dengan kecerdasan seseorang. Ketika lahir, bayi tidak sahaja mewarisi
bentuk fizikal induknya, bahkan turut mewarisi kelenjar-kelenjar rasa, otak dan struktur lain yang
penting dalam pembentukan kederdasan seseorang.

Jelaslah di sini bahawa baka turut memberi kesan kepada faktor pertumbuhan dan perkembangan
seseorang individu.

Setiap kehidupan diperturunkan ciri-ciri daripada generasi ke genarasi yang lain.Ianya diterangkan
melalui prinsip genetiK. Setiap individu membawa genetic yangdiwarisi daripada generasi yang
terdahulu. Kod genetik ini sebenarnya serupa bagisemua manusia.

2.3 Faktor Genetik atau Baka Mempengaruhi Perkembangan Kreativiti Kanak-kanak

Genetik atau baka memainkan peranan penting ke atas pertumbuhan danperkembangan kanak-kanak
itu. Antara faktor yang mempengaruhi perkembangankanak-kanak ialah ciri fizikal, fisiologi, kecacatan
mental, sahsiah dan kecerdasan.Contohnya ialah warna kulit, bentuk mata dan jenis darah. Manakala
ciri fisiologi pulabermaksud kanak-kanak daripada ibu bapa yang sihat juga merupakan individu
yangsihat. Andaian ini dibuat memandangkan ada sesetengah penyakit seperti hemophiliadan
kekerdilan berlaku disebabkan faktor baka.Menurut Amran Schienfeld, baka akan menentukan
persamaan ibu bapa dananak dalam sesuatu keluarga iaitu sifat anak-anak seperti minat, kebolehan
danpengawalan emosi.Baka merupakan rantaian genetik manusia di antara satu generasi ke
generasiyang seterusnya. Baka akan menentukan persamaan yang terdapat di antara anakdengan ibu
dan bapanya. Hal ini disebabkan oleh faktor kromosom, gen, kelenjar danhormon.Baka mempunyai
beberapa elemen iaitu gen, hormone, sel, kromosom dankelenjar. Gen ialah info biologikal yang
membawa karekter yang diperturunkan daripadaibu bapa kepada anak-anaknya. Gen mengandungi
kandungan molekul protein yangmempunyai asid deoksiribonukliek yan membawa segala bentuk biologi
ibu bapanyakepada anak. Untuk pengetahuan, gen terbahagi kepada dua iaitu gen dominan dangen
resesif. Gen dominan merupakan gen yang kuat dan mengatasi gen resesif. Apabila anak dilahirkan,
gendominan akan mempengaruhi anaknya. Gen-gen inidibawa oleh kromosom contohnya rambut. Jika
bapa berambut perang manakala ibnyaberambut hitam, anak akan mengikut salah satu ciri rambut
kedua ibu bapanya.Hormon pula ialah bahan kimia yang diperbuat daripada sel-sel yang terdapatdalam
kelenjar hormon. Bahan kimia akan dialirkan ke dalam darah untukmelaksanakan tugas-tugas seperti
melancarkan proses pertumbuhan tubuh. Hormonmempunyai paras yang berubah-ubah pada peringkat
awal ini akan menyebabkanketidakstabilan emosi kepada kanak-kanak. Selain itu hormon yang
dikeluarkan olehkelenjar akan memberi kesan kepada organ-organ lain.

Kromosom pula ialah selirat seperti benang yang terdiri daripada komponenprotein yang membawa
gen-gen organism terdiri daripada butir-butir halus yangterdapat dalam nucleus. Manusia normal
mempunyai 46 kromosom yang setiapkromosom mempunyai kumin kecil yang dikenali sebagai gen.sel
pula merupakanorganism hidup yang sangat kompleks. Di dalam sel ini terdapat nukleus
yangmengandungi kromosom dan gen. gen ini berfungsi mengawal sifat luaran kanak-kanakseperti
kebolehan menggulung lidah.Kecacatan mental adalah disebabkan oleh perwarisan gen yang resesif
daripadakedua-dua ibu bapa yang mempunyai tali persaudaraan yang rapat. Manakalakecerdasan
seseorang bergantung kepada ciri-ciri fizikal yang sihat. Jika semua faktor adalah sihat, maka kecerdasan
seseorang itu juga akan berkembang dengan baik.Walaupun sahsiah seseorang itu banyak dipengaruhi
oleh persekitaran, baka jugamemainkan peranan yang penting. Contohnya seseorang yang cepat marah
danbimbang banyak dipengaruhi oleh baka.Namun begitu, terdapat bukti yang sebenarnya boleh kita
pertimbangkan untukmenyangkal dakwaan Amran Schienfeld bahawa pengaruh genetiklah
yangmenentukan minat, kebolehan dan kawalan emosi. Sebagai contoh Allahyarham TanSri P. Ramlee
merupakan seorang yang berbakat besar dalam bidang seni terutamanyadalam bidang lakonan,
nyanyian dan pengarahan filem. Akan tetapi anak-anak beliauseperti Nasir P. Ramlee dan Dian P.
Ramlee (sekadar beberapa nama) gagal mengikut jejaknya. Ini menjelaskan kepada kita kebarangkalian
faktor genetik sebenarnyabukanlah kekuatan utama seseorang anak itu mengikuti genetik asal

You might also like