You are on page 1of 15

5.

2 PEWARISAN
PEWARISAN DALAM
MANUSIA

• Setiap anak mewarisi ciri-


ciri tertentu daripada ibu
bapanya.
• Pemindahan ciri daripada
ibu bapa kepada anak-
anaknya dikenali sebagai
pewarisan.
CIRI
• Ciri-ciri diturunkan daripada ibu bapa kepada anak-
anak melalui gen.
• Gen mengawal ciri tertentu dalam suatu organisma.
• Sepasang gen yang berada pada lokus atau
kedudukan yang sama pada kromosom homolog
akan mengawal satu trait organisma.
• Pasangan gen yang berada pada lokus yang sama
ini dikenali sebagai alel.
• Alel boleh hadir dalam bentuk dominan atau resesif.
ALEL
• Alel dominan akan mempamerkan ciri yang dikawalnya dan menutupi
kesan alel resesif.
• Alel resesif pula hanya akan menunjukkan ciri yang dikawal apabila alel
yang dominan tidak hadir.
• Oleh itu, ciri resesif hanya akan dipamerkan apabila kedua-dua alel
adalah resesif.
• Alel dominan diwakili oleh huruf besar manakala alel resesif diwakili oleh
huruf kecil.
• Misalnya, ‘T’ digunakan untuk mewakili tinggi dan ‘t’ mewakili rendah.
Jenis
alel

Homozigot Homozigot Heterozigot


dominan resesif
MEKANISME PEWARISAN
• Gregor Mendel ialah orang pertama yang menemui
mekanisme pewarisan. Beliau dikenali sebagai Bapa
Genetik.
• Kacukan monohibrid yang dijalankan oleh Gregor
Mendel melibatkan kajian tentang satu ciri pada satu
masa Contoh ketinggian, iaitu tinggi atau rendah.
• Mendel melakukan kacukan antara satu pokok kacang
pea tinggi yang berbaka tulen dengan satu pokok kacang
pea kerdil yang berbaka tulen.
• Pokok tinggi berbaka tulen ialah pokok yang mempunyai
genotip “TT”.
• Pokok kerdil berbaka tulen ialah pokok yang mempunyai
genotip “tt”.
Gregor Mendel
MEKANISME PEWARISAN

• Generasi pertama hasil daripada kacukan disebut generasi filial


pertama (F1)
• Apabila individu daripada F1 dikacukkan, generasi filial kedua
(F2) terbentuk
• Genotip = maklumat genetik dalam sesuatu organisma.
• Fenotip = ciri-ciri fizikal yang dipamerkan pada sesuatu
organisma itu.
• Seorang lelaki dan perempuan mempunyai 46
KROMOSOM SEKS
kromosom yang terdiri daripada 44 autosom
dan 2 kromosom seks
• Lelaki mempunyai dua jenis kromosom seks iaitu
X dan Y
• Perempuan mempunyai dua kromosom seks X
sahaja.
• Selepas meiosis, sperma akan mempunyai
separuh bilangan kromosom induk, iaitu 23
kromosom (sama ada 22 + X atau 22 + Y).
• Ovum juga akan mempunyai separuh bilangan
kromosom induk, iaitu 23 kromosom (22 + X).
JANTINA ANAK

• Jantina anak bergantung pada jenis sperma


yang mensenyawakan ovum
• Jika sperma (22 + X) mensenyawakan ovum
(22 + X), jantina anak yang terbentuk ialah
perempuan, (44 + XX)
• Jika sperma (22 + Y) mensenyawakan ovum
(22 + X), jantina anak yang terbentuk ialah
lelaki, (44 + XY).

You might also like