You are on page 1of 24

Genetik Perwarisan

Basic Mendelian genetics


Gregor Johann Mendel seorang rahib di Austria menjalankan kajian genetik kacang. dikenali sebagi bapa genetik kerana telah mengemukakan banyak prinsip-prinsip genetik.

Genetik boleh dianggap sebagai sains kebakaan. Baka/pewarisan ialah penurunan ciri induk kepada progeni dari generasi ke generasi. Dalam mekanisme pewarisan, ciri-ciri (fenotip) tidak diturunkan tetapi yg diturunkan sebenarnya adalah gen.

Teori Pewarisan
Pewarisan monohibrid merupakan pewarisan bagi sepasang ciri (trait) yang sama tetapi variasi (strain) yang berbeza. Mendel melakukan kajian ke atas pokok pea (Pisum sativum) telah banyak menerangkan ciri-ciri yang bertentangan dengan induknya.

Mendels Seven Traits

Kajian Perwarisan Monohibrid


Varieti kacang yg digunakan merupakan warisan tulen. warisan tulen bermakna kacukan sendiri (pendebungaan sendiri), sentiasa menghasilkan progeni yg seiras dgn induk dari segi kandungan gen.

Warisan tulen
homozigus bg semua alel yg dikaji contoh: TT, tt, AABB, aabb warisan tulen boleh dihasilkan dengan cara kacukan sesama sendiri antara individu yang mempunyai ciri tertentu dan hasilnya akan mempunyai sifat yang dapat dikekalkan ke generasi seterusnya.

Kacukan monohibrid
kacukan di antara 2 induk homozigot untuk 2 faktor (strain TT vs tt) yg berbeza bagi satu ciri. anak adalah hibrid hasil dari 2 strain yang berbeza bagi satu ciri sahaja. Hibrid adalah 1 individu yg dihasilkan melalui kacukan antara 2 individu yg menmpunyai genotip yg berbeza
Induk asal Generasi P : TT (tinggi) X tt (rendah) Anak generasi pertama F1 (tinggi) Anak generasi kedua F2 (tinggi) & (rendah)

Hukum Mendel I
Hukum Mendel I (Hukum Segregasi) yang berasaskan eksperimen kacukan monohibrid menyatakan: Sesuatu ciri dikawal oleh pasangan gen yang dikenali sebagai alel. Pasangan gen ini akan mengasing semasa meiosis dan hanya satu daripada sepasang alel akan dibawa oleh setiap gamet.

Apabila dua bentuk bagi sesuatu faktor(alel) hadir pada sesuatu organisma, hanya faktor yang dominan akan menonjolkan cirinya sebagai fenotip dalam organisma tersebut. Nisbah daripada pengacukan monohibrid ialah 3:1.

Pembentukan gamet

Nisbah kacukan genetik boleh diperolehi dengan menggunakan Segiempat Punnet.

Cara menggunakan Segiempat Punnet adalah seperti berikut;

Hukum Mendel II
Setiap ahli dari sepasang alel boleh bergabung secara rawak dengan mana-mana satu alel daripada pasangan yang lain. Mendel mengkaji 2 pasangan ciri berlainan Kacukan ini dipanggil dwihibrid.

Gamet hanya menerima salah satu drp sepasang alel dan mana-mana satu ahli drp pasangan alel yg lain. Gabungan alel berlaku secara rawak.

Kacukan Dwihibrid
Beliau mengacukkan antara baka tulen tinggi (T) dan bunga berwarna (C) dengan yg kerdil (t) dan berbunga putih ( c). Nisbah fenotip bagi F2 dalam kacukan dwihibrid ialah 9:3:3:1
Segiempat Punnet adalah cara paling mudah untuk menentukan genotip dan fenotip pada generasi F2.

Contoh:
Pasangan ciri yang dikaji pasangan I : Tinggi (dominan) & kerdil (resesif) pasangan II : Berwarna (dominan) & putih (resesif) Dalam generasi F1, semua progeni mempunyai ciri dominan sahaja. Generasi F2 didapati dengan kacukan sesama progeni F1.

Kerdil, Berwarna Kerdil, Berwarna

RRYY X rryy

You might also like