You are on page 1of 29

KULIAH 5:

TINGKAHLAKU REPRODUKSI
(Tingkahlaku Pembiakan)

Disediakan oleh:
Mas Ayu Binti Ibrahim
Kolej Jaiputra
TINGKAHLAKU PEMBIAKAN
• Tingkahlaku pembiakan merupakan satu
kaedah yang digunakan di dalam proses
penghasilan generasi baru atau juga dikenali
sebagai proses baka.
• Tingkahlaku pembiakan terbahagi kepada dua
iaitu :
– Pembiakan melalui seks
– Pembiakan melalui aseks
Pembiakan melalui seks
• Pembiakan seks memerlukan dua induk yang
berlainan seks.
• Merupakan proses penghasilan individu baru
melalui gabungan satu sel pembiakan (gamet)
dan satu sel pembiakan betina.
Pembiakan melalui aseks
• Memerlukan hanya satu induk untuk
menghasilkan individu tanpa melibatkan sel-
sel pembiakan.
• Pembiakan melalui beberapa cara iaitu :
– Belahan dedua
– Pertunasan
– Penghasilan spora
Tingkahlaku Pembiakan Manusia
• Melalui pembiakan seks
• Seks manusia ditentukan secara genetik oleh dua
kromosom yang dikenali sebagai kromosom seks.
• Kromosom merupakan struktur bebenang halus yang
wujud dalam nukleus.
• Setiap spesis organisma mempunyai bilangan
kromosom yang tetap dan wujud secara berpasangan.
• Kromosom terbahagi kepada dua iaitu :
– Kromosom seks : kromosom yang membawa bahan
genetik bagi penentuan jantina.
– Kromosom autosom : kromosom biasa yag membawa
bahan genetik bagi penentuan ciri-ciri individu.
Perbezaan dan Perkembangan Seks
• Seks ditentukan secara genetik oleh dua kromosom
yang dikenali sebagai kromosom seks.
• Di dalam setiap tubuh manusia terdapat 23 pasang
kromosom iaitu 22 pasang autosom dan satu
pasang kromosom seks.
• Kromosom seks iaitu kromosom X menentukan
sifat2 betina manakala kromosom Y menentukan
sifat2 jantan.
• Lelaki : 44 autosom + xy
• Perempuan : 44 autosom + xx
Persenyawaan dan Penentuan Seks
• Persenyawaan adalah proses percantuman antara gamet jantan
(sperma) dengan gamet betina (ovum) untuk membentuk zigot.
• Semasa proses persenyawaan hanya satu sperma dan satu ovum
sahaja bercantum walaupun berjuta-juta sperma dihasilkan semasa
proses meiosis.
• Oleh kerana ovum hanya sejenis iaitu 22 + X, semasa proses
persenyawaan ovum yang membawa kromosom X boleh
disenyawakan dengan sperma yang membawa kromosom X atau Y.
• Proses persenyawaan berlaku secara rawak menyebabkan sperma
yang membawa kromosom Y atau kromosom X mempunyai
kebarangkalian yang sama untuk disenyawakan dengan kromosom
X pada ovum.
• Jantina seseorang bayi ditentukan oleh sperma bapa dan bukannya
ovum dari ibu kerana jantina ditentukan oleh jenis sperma yang
disenyawakan dengan ovum sama ada kromosom X atau
kromosom Y.
Autosom dan Kromosom
Gambarajah proses penentuan jantina bayi
Perkembangan Organ-organ Seks
1) GONAD
• Fungsi gonad ialah untuk menghasilkan ovari dan
sperma serta untuk merembes hormon.
• Hingga minggu ke-4 kehamilan, fetus lelaki dan
perempuan adalah seiras dan mempunya gonad yang
seiras untuk berkembang menjadi ovari dan testis.
• Perkembangan gonad ditentukan oleh gen tunggal pada
kromosom Y iaitu SRY di mana ia akan mengeluarkan
enzim yang menentukan testis, ketidakhadiran SRY
menyebabkan gonad menjadi ovari.
• Perkembangan gonad akan mempengaruhi
perkembangan organ2 seks individu dan otak.
2) ORGAN SEKS DALAMAN
• Bersifat dwiseksual – semua embrio mempunyai pelopor
untuk kedua-dua organ seks lelaki dan wanita dimana
hanya satu pelopor sahaja yang akan berkembang.
• Pelopor bagi organ seks dalaman wanita berkembang
menjadi fimbrae, tiub fallopia, uterus, vagina dan ia
dinamakan sebagai Sistem Mullerian.
• Pelopor bagi organ seks dalaman lelaki berkembang
menjadi epidermis, vas deferen, vesikel seminal dan
prostat yang dikenali sebagai Sistem Wolffian.
• Gender organ seks dalam fetus ditentukan oleh kehadiran
hormon yang dirembes oleh testis. Kehadiran hormon
menyebabkan Sistem Wolffian berkembang dan
ketidakhadiran hormon menyebabkan Sistem Mullerian
berkembang.
3) GENITALIA LUARAN
• Organ seks yang kelihatan daripada luar iaitu
penis dan skrotum bagi lelaki dan klitoris dan
vulva bagi wanita.
• Tidak perlu dirangsang kerana ia berkembang
secara semulajadi.
Kematangan Seksual
• Berlaku apabila seseorang mencapai tahap baligh.
• Semasa baligh, gonad dirangsang untuk mengeluarkan
hormon-hormon yang menyebabkan seseorag matang dari
segi seks.
• Baligh bermula apabila sel-sel dalam hipotalamus merembes
hormon untuk merangsang kelenjar pituitari depan supaya
1) Merembes hormon gonadotrofik (hormon perangsang folikel
dan hormon penglutin)
2) Merembes hormon steroid seks iaitu testosteron untuk lelaki
(menyebabkan otot berkembang, bulu muka tumbuh dan suara
parau).
3) Merembes estrogen menyebabkan pembesaran buah dada dan
pembesaran tekstur kulit.
KECELARUAN GENETIK
Androgen insensitive syndrome
• Mutasi gen menghalang pembentukan penerima androgen mengakibatkan
androgen untuk kesan maskulin dihalang
• Organ seks dalaman lelaki gagal berkembang
• Kehadiran anti-mullerian juga menghalang organ seks dalaman wanita
• Sepatutnya lelaki tetapi berkembang menjadi wanita yang ada faraj cetek dan
tiada uterus dan tiada ovari

Persistent mullerian duct syndrome (khunsa)


• Gagal menghasilkan hormon anti mullerian atau tiada reseptor untuk hormon
anti-mullerian
• Androgen ada kesan maskulin tetapi kesan defeminin tidak berlaku
• Ada dua jenis organ seks lelaki dan perempuan
• Kehadiran organ seks wanita selalunya mengganggu kefungsian normal lelaki
KECELARUAN GENETIK (AKIBAT NON-
DISJUNCTION DALAM MEOISIS)
• Turner syndrome
• Klinefelter syndrome
• Down syndrome (XXX, 21)
• XXY, 47 syndrome
• XXYY syndrome
• XXX, 47 syndrome
Turner syndrome
• Ada statur pendek dan ketidaknormalan skeletal wanita
• Dikenali juga sebagai 45 X, monosomy X, TS, atau Ulrich-turner syndrome
• Webbed neck (tengkuk lebar) dan ketidaknormalan leher
• Secara genitiknya wanita
• Tidak matang seksual dan tidak subur
• Garis bulu rendah
• Ovari tidak sempurna dan kurang perkembangan ovari
• IQ dan kitaran hidup normal
• Kecelaruan tulang
• Berisiko menghidap osteoporosis, diabetis, buah pinggang & dan masalah
tiriod
• Selalu dirawat dengan growth hormone dan terapi penukaran estrogen
• Teknologi reproduktif boleh membantu turner sindrom mengandung
Klinefelter syndrome
• Sindrom XXY, 47
• Dada besar
• Tidak subur – mandul
• Secara genitiknya adalah lelaki
• Mempunyai sikap seakan-akan wanita
• Berlaku disebabkan non-disjunction ketika proses meiosis

Down syndrome
• Sindrom XXX, 21 atau Trisomy 21 (Memiliki tiga kromosom yang ke 21)
• IQ rendah atau terencat akal
• tegangan otot yang agak rendah dan tubuh badan yang kecil
• Mata miring ke atas dan keluar
• Memiliki satu lipatan di tapak tangan, antara jari kaki pertama dan kedua terdapat
jarak yang luas
• Hidung kecil dan tulang hidungnya rata
• Selalunya berat dan panjang ketika lahir
• Leher pendek, kepala kecil, lidah menonjol keluar, bentuk telinga tidak normal
(kecil)
XYY syndrome
• Akibat non-disjunction ketika proses meiosis
• Mempunyai 45 kromosom X dan 2 kromosom
Y
• Mengalami kelajuan pertumbuhan badan
ketika kanak-kanak
• Kurang bijak dan mudah terpengaruh dengan
jenayah
• Kebanyakkan banduan lelaki di penjara
mempunyai sindrom ini
• Kesuburan pembiakan normal
XXYY syndrome
• Membawa masalah kepada tingkah laku lelaki
• Mengganggu perkembangan seksual lelaki
• Mempunyai testis yang kecil walaupun dewasa
• Kurang menghasilkan testosterone

XXX syndrome
• Trisomy X atau 47 XXX
• Berkemungkinan lebih tinggi badan daripada purata normal
• Perkembangan seksualnya normal
• Risiko dalam ketidakupayaan pembelajaran dan kemahiran bahasa
• Otot yang lemah
• Mungkin mengalami masalah tingkah laku dan emosi
• Sawan atau ketidaknormalan buah pinggang berlaku dalam kira-kira
10 wanita yang terlibat
Pengawalan Hormon Ke atas Tingkahlaku
Seksual

1. Pengawalan hormon ke atas kitaran


reproduksi betina.
2. Tingkahlaku seks.
3. Kawalan neural ke atas tingkahlaku seks.
4. Tingkahlaku keibuan.
5. Tingkahlaku agresif.
6. Kesan hormon feromon
1) PENGAWALAN HORMON KE ATAS KITARAN REPRODUKSI
BETINA.

• Kitaran reproduksi perempuan dikenali sebagai kitaran


menstrual.
• Kitaran reproduksi mamalia betina dikenali sebagai estrous.
• Kedua-dua kitaran ini dipengaruhi oleh rembesan hormon
daripada kelenjar pituitari dan ovari.
• Kitaran haid boleh ditakrifan sebagai perubahan berkitar yang
berlaku di dalam endomentrium.
• Kitaran bermula dengan rembesan hormon gonadotrofik yang
merangsang hormon perangsang folikel untuk menghasilkan
sel-sel eoitilia di sekeliling ovum.
• Wanita menghasilkan satu folikel setiap bulan. Apabila folikel
ovari telah matang, hormon estradiol akan dirangsang untuk
menyediakan dinding uterus untuk persediaan implantasi
ovum.
• Paras hormon estradiol yang meningkat akan merangsang
pengeluaran hormon penglutin oleh kelenjar pituitari
depan.
• Hormon penglutin menyebabkan ovulasi dan folikel ovari
yang pecah akan menghasilkan ovum.
• Hormon progesteron membantu proses kehamilan jika
ovum yang telah dibebaskan disenyawakan oleh sperma. Ia
akan mengekalkan lapisan pada dinding uterus dan
menghalang ovari daripada menghasilkan folikel yang baru.
• Ovum yang dibebaskan akan memasuki tiub fallopia. Ovum
yang disenyawakan akan mengambil masa beberapa hari
untuk menempel di dinding uterus.
• Jika tidak disenyawakan, hormon estradiol dan progesteron
mengakibatkan dinding uterus mengelupas dan kitaran
haid yang lain bermula.
2) TINGKAHLAKU SEKS
• Tingkahlaku seks semua spesis mamalia
termasuklah manusia bergantung kepada
kehadiran hormon endrogen.
• Tingkahlaku bersifat kejantanan merujuk
kepada perkembagan yang distimulasi oleh
endrogrn yang akan bertindakbalas terhadap
testosteron untuk menghasilkan tingkahlaku
seks jantan.
• Tingkahlaku seks betina adalah kesan daripada
hormon estrogen ke atas estradiol dan
progestron semasa dewasa.
3) KAWALAN NEURAL KE ATAS TINGKAHLAKU SEKS

• Bagi haiwan jantan – kawasan praoptik medial di bahagian


depan merupakan tempat kawalan bagi tingkahlaku seks
kerana neuron di kawasan ini mengandungi reseptor-
reseptor testosteron.
• Aktiviti seks atau mengawan menyebabkan peningkatan
dalam aktiviti metabolisme di kawasan ini.
• Pembuangan di kawasan ini akan menghapuskan
tingkahlaku tersebut untuk selama-lamanya.
• Lobus temporal memainkan peranan dalam minat seks, di
mana jika lobus ini tidak berfungsi desakan seks juga akan
berkurang.
• Nukleus ventromedial di bahagian hipotalamus – terdapat
kehadiran reseptor progesteron dan estrogen bagi betina
atau wanita.
4) TINGKAHLAKU KEIBUAN
• Kehadiran anak dalam beberapa hari akan merangsang
tingkahlaku keibuan, di mana ia melibatkan proses
penjagaan keseluruhan anak tersebut.
• Berlaku hasil daripada tindakbals hormon progenteron
semasa hamil dan prolaktin semasa ovulasi.
• Kawasan otak yang mengawal tingkahlaku keibuan –
kawasan praoptik medial (otak depan) dan kawasan
tegmentum ventral (otak tengah).
• Neuron2 dalam kawasan praoptik medial akan
menghantar akson ke kawasan tegmentum ventral.
• Gangguan pada bahagian ini akan menyebabkan
kurangnya tingkahlaku penjagaan terhadap anak-anak.
5) TINGKAHLAKU AGRESIF
• Hampir kesemua spesis manusia dan haiwan
bertingkahlaku agresif. Ia melibatkan tingkahlaku
mengancam, menyerang atau mempertahankan
diri.
• Haiwan juga menunjukkan tingkahlaku menyerah
untuk mengelakkan diri daripada berlakunya
perkelahian.
• Bahagian otak yang terlibat :
– Tekmental ventral (otak tengah) : tingkahlaku
mempertahankan diri atau mencari mangsa.
– Hipotamalus / Amigdala : mengandungi reseptor2
estrogen dan endrogen untuk menerima input
daripada sistem olfaktori.
Tingkahlaku Agresif dalam Kalangan Manusia :
• Kanak-kanak lelaki lebih agresif berbanding
kanak-kanak perempuan.
• Masyarakat lebih menerima tingkahlaku agresif
pada lelaki berbanding dengan perempuan.
• Androgen memberi kesan terhadap agresif –
bagi kanak-kanak lelaki, paras testosteron mula
meningkat pada awal belasan tahun
menyebabkan tingkahlaku agresif juga
meningkat.
6) KESAN FEROMON TERHADAP TINGKAH LAKU
PEMBIAKAN BAGI SESETENGAH HAIWAN MAMALIA
• Haiwan dan manusia yang menghidunya bertingkah laku seksual lebih
aktif

• Sekumpulan haiwan betina dikumpul bersama mengalami kitaran


estrous perlahan/berhenti = lee-Boot effect

• Sekumpulan haiwan betina didedahkan dengan bau jantan (atau bau


kencing jantan) mengalami kitaran estrous = whitten effect

• Pelajuan onset baligh betina kerana bau jantan = vandenbergh effect

• haiwan betina yang mengandung bertemu jantan yang tidak pernah


diawaninyaa mengalami keguguran = bruce effect
Sekian, Terima Kasih

You might also like