You are on page 1of 15

PENGENALAN

Sistem Endokrin : Sistem yang melibatkan kelenjar-kelenjar tertentu

yang menghasilkan hormon yang


berfungsi untuk mengawal sistem tubuh. Hormon yang dilepaskan akan menyerap terus ke dalam darah dan dibawa oleh sistem pengaliran darah ke

seluruh tubuh ( tanpa salur ).

KELENJAR PITUITARI
Kelenjar pituitari terletak di bawah hipotalamus. Antara hormon yang dirembeskan ialah hormon tumbesaran (growthhormone).

Hormon tumbesaran ialah hormon bagi metabolisme


umum. Tindakan hormon ini adalah seperti berikut: (a) mempercepatkan kadar pertumbuhan tubuh. (b)Melakukan proses rejunavasi, menebalkan tisu kulit, tulang yang kuat dan otot yang sempurna. (c) merangsang penguraian lemak untuk tenaga. Cara ini memelihara homeostasis gula dalam darah dengan menyimpan glukosa.

KELENJAR TIROID
Hormon kalenjar tiroid dirembes oleh kalenjar tiroid pada bahagian hadapan leher. Ia merupakan hormon yang dikenali ramai kerana

kekurangan hormon ini boleh mengakibatkan


kelembapan otak, kegemukkan, kulit dan rambut yang kurang bermaya dan kemungkinan juga jangkitan penyakit jantung. Fungsi utamanya:(a) Membantu tumbesaran normal dan fungsi otak pada peringkat bayi. (b)Membantu tumbesaran normal organ dan tisu kanak-kanak. (c)Menjamin metabolisma sel, tisu dan organ.

KELENJAR ADRENAL
Kelenjar adrenal terletak di atas ginjal. Kelenjar ini
terbahagi kepada adrenal korteks dan adrenal medulla. Adrenal korteks merembeskan hormon

glukokortikoid, mineralokortikoid dan androgen (kuantiti kecil). Ia merangsang pertambahan glukosa


dalam darah dan penyimpanan glikogen. Adrenal medula pula merembeskan hormon epinefrin

dan norepinefrin. Ia meningkatkan kandungan glukosa


dalam darah, meningkatkan aktiviti metabolik dan menjerut salur-salur darah tertentu.

KELENJAR PANKREAS
Pankreas terletak berhampiran dengan perut. Pada pankreas terdapat kelenjar endokrina yang dikenali sebagai kumpulan pankreatik. Kumpulan pankreatik ini menghasilkan hormon insulin dan glukagon.

Di dalam tubuh kita, metabolisma glukosa biasanya dikawal oleh insulin.


Kekurangan insulin boleh menyebabkan kandungan gula yang tinggi didalam darah. Ini menyebabkan ketidakseimbangan glukosa dan akhirnya mengakibatkan penyakit kencing manis.

Fungsi insulin:(a) Membantu pembakaran dan penyerapan glukosa oleh sel badan (b)Mengimbangkan paras glukosa didalam darah dan mencegah kencing manis.

(c ) Membantu sel menyimpan tenaga dalam bentuk glukosa di dalam hati


(d )Membantu proses penyimpanan glukosa berlebihan dalam bentuk lemak di dalam hati.

KELENJAR OVARI
Kelenjar ini merembeskan hormone estrogen yang dapat mengawal perkembangan organ seks dan ciri seks skunder dalam perempuan. Fungsi oestrogen:(a)Mengawal fungsi otak (b)Mencegah masalah menopos (putus haid yang melebihi 12 bulan, biasanya mula berlaku diantara umur 45 50) ( c )Menjamin pertumbuhan tisu yang sihat termasuk kecekangan dan kelembapan Di samping itu, ia juga merembeskan hormone progesteron (rembesan dirangsang oleh FSH dan LH). Hormon ini berfungsi menyebabkan dinding uterus menjadi tebal untuk membolehkan proses penempelan ovum tersenyawa pada dinding uterus, menghalang proses pengovulan, dan merangsang pembesaran kelenjar susu semasa kehamilan.

KELENJAR TESTIS
Ia merembeskan hormone testosterone, berfungsi sebagai merangsang kematangan testis untuk menghasilkan sperma dan merangsang ciri-ciri sekunder pada lelaki . Hormon testis ialah hormone seksual terpenting untuk lelaki. Lelaki yang berumur antara 40 47 mengalami kekurangan

hormon ini sebanyak 1% setiap tahun. Fenomena ini agak


menyerupai fenomena menopos putus haid pada wanita. Fungsi hormon testis:(a)Mengawal keinginan berseks (lelaki dan wanita) (b)Merangsang tumbesaran otot, tulang, kulit dan organ seks ( c)Merangsang tumbesaran rambut, janggut dan organ kelakian. (d )Menambah baik fungsi otak dan penglihatan, daya

pemahaman dan penglihatan serta naluri ruang.

RAJAH PERKAITAN

Meransang penguraian lemak untuk tenaga.

Menjamin metabolisme sel.

Membantu pembakaran dan penyerapan glukosa oleh sel badan.

Meransang pertumbuhan glukosa dalam darah.

You might also like