You are on page 1of 27

TAJUK:

SISTEM ENDOKRIN

PENDAHULUAN Sistem endokrin adalah sistem yang melibatkan kelenjar-kelenjar tertentu yang menghasilkan sejenis bahan kimia yang dinamakan hormon. Hormon yg dilepaskan akan menyerap terus ke dalam darah dan dibawa oleh sistem pengaliran darah ke seluruh tubuh. Sistem saraf dan sistem endokrin memainkan peranan penting dalam mengawal sistem tubuh. Terdapat empat fungsi utama yang dilakukan oleh hormon. Fungsi yang pertama ialah membantu mengawal persekitaran dalaman dengan mengatur kandungan kimia dan isi padunya di dalam tubuh badan. Kedua, membantu tubuh dalam keadaan tertekan seperti semasa keadaan trauma, stres, pendehidratan, pendarahan dan perubahan suhu yang melampau. Ketiga, memainkan peranan dalam pertumbuhan dan perkembangan badan dan yang keempat, hormon memainkan peranannya dalam pembentukan gamet, persenyawaan, pemakanan kepada embrio dan fetus, proses bersalin dan pemakanan kepada anak yang baru lahir. Ciri utama tindakan hormon ialah dirembes terus ke sistem peredaran darah dan diangkut oleh darah ke bahagian lain dalam badan, kuantiti yang sedikit menghasilkan kesan yang besar, kesan hormon lama kerana hormon dapat berada dalam darah untuk beberapa ketika, dan hormon bersifat spesifik. Hormon tertentu merangsang aktiviti tertentu pada organ tertentu. Setiap hormon mempunyai fungsi yang berbeza. Kebanyakan hormon peptida terikat kepada reseptor protein yang terdapat di dalam membran plasma dan ia mengaktifkan sistem pengangkutan yang kedua. Seterusnya, sistem pengangkutan yang kedua akan menyebabkan sel-sel berubah untuk mengenalpasti hormon yang perlu disimpan dan yang perlu dibebaskan. Kebiasaannya pengangkut yang kedua akan dijumpai di dalam sel-sel badan termasuk di cyclic AMP dan kalsium. Pengangkut kedua akan bergerak ke suatu enzim kerana setiap enzim akan bertindak aktif diantara satu sama lain. Enzim intrasel mengakibatkan perubahan pada sel yang bersatu dengan hormon. Enzim tersebut akan mengubah atau hentikan proses tersebut. Dalam tubuh sesuatu organisme, terdapat suatu mekanisme kawal atur yang berupaya untuk mengekalkan badan dalam keadaan seimbang yang dipanggil homeostasis. Homeostasis merupakan suatu mekanisme pemeliharaan ciri-ciri kimia dan fizikal persekitaran dalaman iaitu bendalir luar sel tubuh organisma hidup secara fisiologi supaya berada dalam keadaan yang seimbang. Antara kepentingan homeostasis ialah organisma dapat hidup dan menyesuaikan dirinya dalam julat habitat dan persekitaran yang lebih luas, mampu menyediakan suatu 1

keadaan dalaman yang stabil untuk menjalankan segala proses hidup sel dengan cekap, kadar metabolisme atau aktiviti-aktiviti lain dapat ditingkatkan atau diturunkan pada bika-bila masa sahaja dan enzim-enzim dalaman dapat berfungsi dengan kecekapan yang optimum. Walaupun kesemua proses ini adalah bertentangan dan bersaing antara satu sama lain, tetapi melalui suatu proses yang di sebut suap balik, proses-proses ini tersusun dalam sebegitu cara untuk menghasilkan satu nsistem yang dapat berfungsi dengan baik. Proses homeostasis adalah proses suap balik negatif dan positif. Persekitaran dalaman atau bendalir luar sel suatu organisma berfungsi secara konsisten melalui kawalan suatu sistem hemeostasis. Terdapat beberapa faktor yang dikawalatur oleh bendalir luar sel iaitu kepekatan glukosa, urea, garam, pH, suhu dan kandungan air. Setiap faktor ini mempunyai julat normal masing-masing. Sebarang pesongan dari julat normal akan dikesan oleh reseptoe tertentu dalam badan yang seterusnya akan menghantar maklumat ke suatu pusat kawalan, biasanya otak. Di pusat kawalan, langkah yang sesuai akan diambil untuk mengembalikan keadaan ke aras normal. Terdapat beberapa kelenjar endokrin yang utama iaitu kelenjar hipotalamus dan pituitari, kelenjar tiroid dan paratiroid, kelenjar adrenal dan pankreas. Kelenjar endokrin yang lain ialah testis dan ovari, kelenjar timus dan kelenjar pineal. Kelenjar hipotalamus adalah bahagian kecil Diencephalon (otak) pada bahagian bawah (inferior) talamus. Kelenjar ini penting untuk hubungan sistem saraf dan endokrin. Hipotalamus mengawal persekitaran dalaman dalam tubuh. Ia membantu untuk mengawal denyutan jantung, suhu badan dan kandungan air supaya seimbang di dalam badan. Kelenjar pituitari pula merupakan kelenjar utama kerana dapat menghasilkan banyak hormon yang mengawal kelenjar endokrin yang lain serta mengawal aktiviti tubuh. Ia berbentuk bulat dan berdiameter 1.0 cm. Ia terletak di dalam ruang tengkorak. Kelenjar pituitari dan kelenjar hipotalamus dihubungkan oleh infundibulum.

Kelenjar hipotalamus dan pituitari

hormon di bahagian anterior dan posterior

Kelenjar pituitari mempunyai dua bahagian utama iaitu cuping anterior dan cuping posterior. Cuping posterior merembeskan pelbagai hormon. Antaranya ialah Thyroid stimulating hormon (TSH) untuk mengawal penghasilan hormon tiroksina oleh kelenjar tiroid, Follicle stimulating hormon (FSH) bagi merangsang pertumbuhan folikel Graaf & penghasilan estrogen dlm ovari dan merangsang tubul semen dalam testis, Growth hormone (GH) adalah untuk mengawal proses pertumbuhan. GH berlaku dalam otot, tulang, hati, rawan dan tisu lain. Selain itu, cuping anterior juga merembeskan Adrenocorticotrophin hormon (ACTH) bagi mengawal rembesan hormon kortisol dari korteks adrenal, Luteinising hormon (LH) untuk merangsang pembentukan korpus luteum, penghasilan progestron dan estrogen di ovari serta merangsang rembesan testosteron di testis dan juga merembeskan hormon Prolactin untuk merangsang perkembangan kelenjar susu bagi wanita yg hamil dan memelihara rembesan susu.

Cuping anterior pula hanya merembeskan dua jenis hormon iaitu hormon Oksitosin dan Antidiuretic hormon (ADH). Hormon oksitosin adalah untuk pengecutan otot uterus semasa kelahiran anak dan merangsang penghasilan susu dari kelenjar susu. Manakala ADH pula adalah untuk duktus pengumpul ginjal menjadi telap kepada air supaya lebih banyak air dapat diserap semula ke dalam ginjal.

Jumlah GH yang dihasilkan oleh cuping anterior akan memberi kesan kepada ketinggian seseorang. Kuantiti GH akan mempengaruhi tumbesaran seseorang semasa kanak-kanak dan juga pada masa remaja. Jika terlalu sedikit GH semasa zaman kanak-kanak, tumbesarannya akan terbantut. Perwatakan pula adalah seperti kanak-kanak normal tetapi ketinggiannya terbantut. Ini dipanggil sebagai orang kerdil. Jika terlalu banyak GH, seseorang itu akan menjadi terlalu tinggi atau gergasi. Biasanya orang itu akan menghadapi masalah kesihatan kerana kandungan gula di dalam badan dan menyebabkan penyakit kencing manis. Kanak-kanak akan menghadapi pertumbuhan luar biasa pada tulang tangan, kaki dan tengkorak

Kelenjar tiriod terletak pada bahagian bawah (inferior) larinks (peti suara). Kelenjar tiroid dipenuhi oleh folikel tiroid. Dinding bagi setiap folikel terdiri daripada sel folikular. Sel folikular menghasilkan hormon triiodothyronine (T3) dan thyroxine (T4). Kelenjar tiroid berfungsi mengatur susunan kimia tisu dan sebagai perangsang proses pengoksidaan. Hormon yang dirembeskan oleh kelenjar ini ialah tiroksin. Hormon tiroksin berfungsi sebagai pengawal kadar metabolisme sel dan sebagai pertumbuhan dan perkembangan fizikal serta mental yang normal. Selain itu, hormon tiroksin juga berperanan penting dlm proses tumbesaran tubuh bdn pd peringkat kanak-kanak dan memelihara kesihatan kulit tubuh & rambut.

tiroid

proses perembesan hormon dalam tiroid

Apabila kekurangan hormon tiroid di dalam darah, ia akan menggalakkan penghasilan tirotrofin dan hormon perangsang tiroid (TSH) di pituitari anterior. Kemudian, ia akan merangsang penghasilan hormon tiroid di dalam badan. Sekiranya sudah mencukupi, hormon tiroid akan menghantar maklumat bahawa hormonnya sudah mencukupi dan proses perembesan akan berhenti. Proses sebaliknya akan berlaku sekiranya peningkatan hormon tiroid di dalam darah. Kekurangan hormon tiroksina,akan berlakunya kretinisme iaitu kekurangan rembesan pada waktu bayi yang seterusnya akan mengakibatkan pertumbuhan mental dan fizikal terencat. Bagi golongan dewasa, keadaan ini menyebabkan miksedema di mana proses metabolik sangat perlahan dan cenderung untuk menjadi gemuk, pergerakan lembap, kulit menjadi tebal dan kering, rambut gugur dan menjadi jarang, suhu badan di bawah normal dan denyut nadi perlahan. Sekiranya berlebihan hormon tiroksina, kadar metabolisme menjadi tinggi dan suhu badan menjadi lebih tinggi daripada normal. Pada keadaan ini, pesakit kehilangan berat badan, gelisah dan mudah marah, kadar denyutan nadi naik, output jantung bertambah, dan mengalami simptom kardiovaskular seperti fibrilasi atrium dan kegagalan jantung. Seseorang itu juga akan menghadapi penyakit goiter,terlalu aktif dari segi mental dan juga menghadapi kesukaran untuk tidur. Kelenjar paratiroid terbina daripada tisu yang kecil dan bulat. Hormon paratiroid yang dikeluarkan berfungsi untuk mengatur metabolisme kalsium dan mengawal jumlah kalsium di dalam darah dan tulang. Ia memainkan peranan dalam metabolisme dan fosfat.

Kelenjar paratiroid

regulasi kalsium dalam darah

Apabila kalsium di dalam darah tinggi, kelenjar tiroid akan merembeskan calcitonin. Calcitonin akan menyuruh tulang mengeluarkan kalsium kerana tulang mengandungi banyak kalsium. Kemudian kalsium di dalam darah kembali normal. Manakala apabila kalsium di dalam darah rendah, kelenjar paratiroid akan merembeskan hormon paratiroid (PTH). Hormon ini menyebabkan tulang merembeskan kalsium. Ia juga menyebabkan ginjal menyerap semula kalsium dari tubul dan mengaktifkan vitamin D. Kemudian, usus akan menyerap kalsium dan kandungan kalsium dalam darah akan kembali normal. Proses ini dinamakan proses hemeostasis.

Kekurangan hormon di dalam kelenjar paratiroid menyebabkan kekurangan kalsium di dalam kandungan darah. Keadaan ini menyebabkan keadaan seperti tetanus iaitu gejala kekejangan otot dan konvulsi terutamanya pada tangan dan kaki yang dikenali sebagai karpopedal spasma. Gejala ini dapat diredakan dengan memberikan kalsium dalam kadar segera. Aktiviti kelenjar yang berlebihan berkaitan dengan pembesaran (tumor) kelenjar. Pengagihan kalsium terganggu di mana kalsium dikeluarkan semula dari tulang dan dimasukkan kembali ke serum darah. Ini akan menyebabkan penyakit tulang di mana bahagian tulang menjadi nipis. Kegagalan ginjal juga boleh berlaku jika kalsium terbina di dalam ginjal.

Kelenjar adrenal adalah berpasangan yang terletak di bahagian atas (superior) ginjal. Ia mempunyai bentuk piramid yang rata dan mengandungi darah yang banyak serta dilapisi dengan kapsul berserat. Kelenjar adrenal mempunyai dua bahagian utama iaitu korteks adrenal (bahagian luar) dan medula adrenal (bahagian dalam). Kelenjar adrenal bahagian korteks mengeluarkan kortisol manakala bahagian medula menghasilkan adrenalin dan noradrenalin.

-kelenjar adrenal

Medula adrenal berada di dalam bahagian dalam kelenjar adrenal. Ia terdiri daripada sel kromafin (chromaffin cells) yang menghasilkan hormon epinephrine dan norepinephrine atau nama lain adrenaline dan noradrenaline. Rembesan hormon dikawal oleh sistem saraf autonomik. Korteks adrenal terbahagi kepada 3 bahagian iaitu zon glomerulosa yang berada di bahagian paling luar,di bawah lapisan kapsul. Ia menghasilkan rembesan mineralokortikoid. Hormon ini mengatur keseimbangan elektrolit dengan meningkatkan penyerapan natrium dan kumuhkan kalium. Aktiviti fisiologi ini membantu dalam mempertahankan tekanan darah normal dan kadar denyutan jantung. Bahagian yang kedua ialah zon fasikulata berada di bahagian tengah dan bahagian paling besar. Selnya merembeskan glukokortikoid. Bahagian yang ketiga adalah zon retikularis merupakan bahagian korteks paling dalam dan menghampiri bahagian medula. Selnya merembeskan hormon androgen.

Proses yang berlaku ketika dalam keadaan takut

Proses ini berlaku di dalam medula adrenal. Apabila seseorang itu takut, oksigen akan berkurang di dalam darah dan ia memberi kesan kepada medula adrenal. Apabila ini berlaku, lobus frontal akan merangsang hipotalamus. Kemudian, hipotalamus akan ke medula oblongata seterusnya menghantar impuls di sepanjang saraf simpatetik yang akan menyebabkan pembebasan adrenalin oleh medula adrenal ke dalam aliran darah. Apabila keadaan telah stabil, maklumat akan dihantar semula ke hipotamus dan hipotalamus akan berhenti memproses. Pankreas merupakan tisu endokrin bagi sistem penghadaman. Pankreas terdiri daripada kelenjar endokrin serta eksokrin (exocrine). Pankreas adalah organ leper yang berukuran antara 12.5 hingga 15cm. Ia berada pada lengkungan deodenum (bahagian pertama usus kecil). Ia juga terdiri daripada 3 bahagian utama iaitu head (kepala), body (badan) dan tail (ekor). Terdapat kumpulan sel istimewa yang dinamakan sel Langerhans. Sel Langerhans menghasilkan hormon insulin yang terus menyerap masuk ke dalam aliran darah (endokrin).

Pankreas

proses hemeostasis kandungan glukosa dalam darah

Insulin adalah penting untuk proses metabolisma karbohidrat. Sel langerhans terdiri daripada 4 jenis sel iaitu sel alpha (sel A) yang rembeskan glukagon, sel beta (sel B) yang rembeskan insulin, sel delta (sel D) yang rembeskan somatostatin dan sel F yang merembeskan polipeptida pankreatik. Insulin membantu menurunkan kandungan gula dalam darah manakala glukagon meningkatkan kadar gula dalam darah. Tindakan glukagon bila kadar gula dalam darah rendah, dan asid amino dalam darah meningkat. Kesannya glukoagon ini juga sama dengan kesan kortisol, GH dan epinefrin. Dalam meningkatkan kadar gula darah, glukagon merangsang glikogenolisis (pemecahan glikogen menjadi glukosa) dan meningkatkan asid amino dari otot serta meningkatkan glukoneogenesis (pemecahan glukosa dari yang bukan karbohidrat). Dalam metabolisme lemak, glukagon meningkatkan lipolisis (pemecahan lemak).

Kekurangan insulin akan menyebabkan aras glukosa meningkat dan berpenyakit diabetes melitus. Akibat berlebihan insulin pula akan menyebabkan aras glukosa menurun. Sekiranya glukagon kurang di dalam badan, seseorang itu akan menjadi kurang aktif dari segi mental dan fizikal dan jika berlebihan, seseorang itu akan menjadi terlalu aktif dari segi mental dan fizikal.

Testis adalah berpasangan yg berbentuk oval dilitupi kantung skrotum. Selain menghasilkan sperma, testis turut menghasilkan hormon androgen iaitu Testosteron. Hormon ini penting untuk regulasi penghasilan sperma dan merangsang perkembangan sifat maskulin seorang lelaki. Testis juga menghasilkan Inhibin bagi merencat penghasilan FSH. Ovari merupakan telur atau jasad tisu berbentuk oval yang hadir sepasang pada rongga pelvic wanita. Ia menghasilkan beberapa jenis hormon iaitu estrogen dan progesteron. Hormon estrogen adalah untuk mengawal perkembangan organ seks dan ciri sekunder seks dalam perempuan dan untuk merangsang penebalan dinding uterus bagi membolehkan proses penempelan ovum tersenyawa pada dinding uterus. Hormon progesteron pula bagi mengekalkan penebalan dinding uterus yang dapat menyokong perkembangan zigot dan fetus, menghalang proses pengovulan dan merangsang pembesaran kelenjar susu semasa kelahiran.

Testis

ovari

Kesan kekurangan hormon aldestron, badan akan kehilangan air dan garam mineral secara berlebihan dan otot-otot juga menjadi lemah. Manakala kesan daripada berlebihan hormon ini, menyebabkan perkembangan otot yang kuat. Akibat kekurangan hormon estrogen dan progestron dalam ovari, ciri seks sekunder dan organ seks tidak akan berkembang dengan sempurna dan akan menyebabkan keguguran fetus. Jika berlebihan hormon ini, kanak-kanak akan mempunyai ciri perempuan dan mencapai kematangan terlalu awal pada peringkat kanakkanak. Jika berlebihan hormon progestron pula akan membuat kegagalan untuk melahirkan anak pada masa yang betul dan kegagalan pengecutan uterus semasa kelahiran anak. Kekurangan hormon testosteron akan menjejaskan perkembangan ciri seks sekunder dan berlebihan hormon, kanak-kanak akan bersifat kelelakian dan mencapai kematangan pada peringkat awal. Kelenjar timus terletak dalam toraks. Ia berwarna kemerah-merahan dan terdiri daripada dua lobus. Saiznya sangat kecil dengan berat kira-kira 10g bagi bayi yang baru lahir dan beratnya bertambah kepada 30 hingga 40g pada waktu remaja dan kemudian mengecut semula. Kelenjar timus berkaitan dengan penghasilan antibodi. Ia berperanan dalam pertahanan tubuh terhadap jangkitan. Sebahagian besar strukturnya terbina daripada tisu limfatika.

10

Kelenjar timus Kelenjar pineal terletak pada korpus kalosum dan bersaiz kecil dan berwarna merah. Ia dilapisi oleh kapsul yang bernama pia mater. Kelenjar ini menghasilkan hormon melatonin dan adrenoglomerulotropin. Melatonin boleh merencatkan aktiviti pembiakan dengan cara merencatkan hormon gonadotropik. Adrenoglomerulotropin pula merangsang korteks adrenal untuk merembeskan mineralokortikod.

Kelenjar pineal 11

BIBLIOGRAFI Mohd Zairi Husain, 2009, Asas Anatomi Dan Fisiologi, OUM, Meteor Doc. Sdn. Bhd Gan Wan Yeat ,Choong Choe Hin, 2004, Sukses Biologi SPM , Fajar Bakti Sdn.Bhd. Evelyn C. Pearce ,2001, Anatomi Dan Fisiologi , Kuala Lumpur, Golden Books Centre Sdn.Bhd. Susannah Nelson Longenbaker, 2008,Understanding Human Anatomy And Physiology Edisi Keenam, Higher Education. Elaine N.Marieb, Katja Hoehn,2007, Human Anatomy And Physiology Edisi Ketujuh, Pearson Benjamin Cummings

12

TAJUK 3 : SISTEM URINARI Sistem urinal (urinary tract) adalah suatu sistem saluran dalam tubuh manusia, meliputi ginjal dan saluran keluarnya yang berfungsi untuk membersihkan tubuh dari zat-zat yang tidak diperlukan. zat yang diolah oleh sistem ini selalu berupa sesuatu yang larut dalam air.

Sistem ini terdiri dari sepasang ginjal (ren,kidney) dengan saluran keluar urineberupa ureterdari setiap ginjal. Ureteritu bermuara pada sebuah kandung kemih (urinary bladder, vesica urinaria) di perut bagian bawah di belakang tulang kemaluan (pubic bone). Urine selanjutnya dialirkan keluar melalui sebuah urethra.

Anatomi Urinari Sistem

Gambarajah 1

Ginjal

13

Ginjal manusia berjumlah 2 buah, terletak di pinggang sedikit di bawah tulang rusuk bagian belakang. Ginjal bersaiz penumbuk berukuran panjang 10-12 cm

mempunyai ukuran lebar sekitar 6 cm dan tebal 3 em, terbungkus dalam kapsul yang terbuka ke bawah.Ginjal terdapat di bahagian belakang rongga abdomen dengan kedudukan ginjal kiri lebih tinggi sedikit daripada ginjal kanan. Ginjal berbentuk kacang merah, berwarna merah coklat. Bahagian luarnya dilitupi renal kapsul iaitu kapsul keras daripada tisu penghubung fibrous. Ia juga mempunyai dua lapisan lemak yang bertindak sebagai kusyen. Pada orang yang kekurangan makan, lemak ini akan menipis sehingga perlindungan ginjal juga terganggu. Tepat di ujung atas ginjal terdapat kelenjar anak ginjal (suprarenal gland) yang vital dan merupakan bagian dari sistem endokrin. Ginjal terbahagi dua bahagian iaitu external dan internal. Setiap ginjal mengandungi lebih daripada sejuta unit berfungsi asas yang disebut nefron.

Struktur ginjal

14

External struktur ginjal

15

INTERNAL ANATOMI GINJAL

Copyright 2009, John Wiley & Sons, Inc.

Bahagian Permukaaan( external ) ginjal terbahagi kepada tiga lapisan iaitu bahagian lapisan dalam ialah renal capsule, bahagian tengah ialah adipose capsule dan bahagian luar ialah renal fascia. Bahagian dalam (internal ) ginjal terbahagi kepada tiga iatu renal kortex, renal medulla dan renal pelvis.Renal kortex ialah bahagian luar ginjal yang kebanyakkan mempunyai nephron didalamnya.bahagian ini cerah dan berwarna perang kemerahan . Ia juga bahagian dalam juxtamedullary zone dan tempat utama untuk penurasan atau penyaringan dan rembesan. Renal medulla ialah yang gelap dan berwarna merah tua. Di dalam renal medulla ialah renal pyramids, renal papilla, and renal columns. Fungsi renal columns ialah melengkapi ruang untuk menghantar daripada nephron. Fungsi salur darah pergi atau

renal pelvis ialah mengumpul

urin daripada semua

calyces. Urin ialah konduktor daripada ginjal ke urinari bladder untuk menggunakkan ureter. Ureters bersambung dengan renal pelvis dan berada di tengah ginjal.

16

Nefron Nefron ialah struktur halus ginjal yang terdiri drpd banyak nefron yang merupakan fungsi unit ginjal. Dianggarkan ada 1,000,000 nefron dalam setiap ginjal.Setiap nefron bermula sebagai rumpun kapilari (glomerulus) yang tersusun rapat dalam hujung atas yang lebar pada uriniferus tubula dan nefron. Setiap nefron terbahagi kepada tiga bahagian iaitu kapsul bowman,tubul uriferus, dan glomerus.

THE NEPHRON

17

Kapsul bowman dan glomerulus Kapsul bowman berbentuk cawan dan di dalamnya terkandung jaringan kapilari darah yang disebut glomerulus. Di anatara membaran luar dan membran dalam dikenali sebagai rongga kapsul. Kedua-dua lapisan dinding kapsul bowman dan dinding kapilari glomerulus adalah setebal satu sel. Kapsul bowman terdapat dalam bahagian korteks ginjal. Ia juga disambungkan dengan tubul uriniferus. Dalam waktu 1 minit sekitar 20% darah manusia mengalir melewati ginjal untuk

dibersihkan. Darah itu melalui arteri renal masuk jaringan ginjal bercabang-cabang sampai menjadi kapiler dan mencapai suatu bangunan yang dinamakan

glomerulus.Arteri renal membawa darah beroksigen dari jantung ke ginjal manakala vena renal membawa darah terdeoksigen dari ginjal kembali ke jantung.

KAPSUL BOWMAN

GLOMERULUS

Copyright 2009, John Wiley & Sons, Inc.

18

Tubul uriniferus.

Tubul uriferus terdiri daripada tubul berlingkar proksimal , liku (gelung) Henle dantubul berlingkar distal. Tubul berlingkar proksimal dan tubul berlingkar distal berbentuk lingkaran. Kedua-duanya terletak di bahagian korteks ginjal. Liku Henle ialah tubul panjang berbentuk u dan didapati di bahagian medulla ginjal. Tubul uriniferus berakhir dengan duktus pengumpul ke dalam ureter.

Fungsi ginjal

Ginjal

mempunyai

dua

fungsi

utama,

iaitu

perkumuhan

dan

pengosmokawalaturan. Sebagai organ perkumuhan , ginjal menyingkirkan bahan kumuh toksik( sebatian nitrogen) seperti urea, asid urik, ammonia dan kreatinina. Sebagai organ pengosmokawalaturan, ginjal mengawal jumlah isi padu air dalam bendalir badan, kepekatan ion dalam bendalir badan, tekanan osmosis darah iaitu kepekatan zat terlarut dan isi padu darah serta bendalir badan dan kandungan elektrolit dan ph darah serta bendalir badan. Kawalan ph darah dan bendalir badan dilakukan
19

dengan menyingkirkan ion hydrogen dari badan sebagai garam ammonium sekiranya ph darah dan bendalir badan terlalu berasid. Sebaliknya, dalam keadaan terlalu beralkali , ion hydrogen karbonat disingkirkan. Selain itu juga ia juga merembeskan hormon. Ia juga mensintesiskan vitamin D dan pegawalaturan darah dalam glukosa.

Ureter

Dikenali sebagai salur ginjal. Ureter merupakan tiub yang keluar dari setiap ginjal. Tugas ureter adalah membawa urin ke pundi kencing .terdiri daripada tiub berotot dan mempunyai panjang kira-kira 25 cm panjang. Terbahagi kepada dua bahagian ureter iaitu pertama adalah corong atau pelvis ginjal . Bahagian atas yang kembang berbentuk seperti mangkuk dan dinamakan kaliks. Kedua ialah salur buah pinggang. Mempunyai panjang lebih kurang 25.4cm .Ia bermula dari hadapan otot belakang abdomen terus ke ruang pelvis benar dan berakhir di permukaan belakang pundi kencing. Terdapat tisu-tisu di ureter iaitu tisu serat iaitu lapisan luar. Tisu otot bebas iaitu lapisan tengah, gerakan peraltasis bertanggungjawab mengalirkan urin dari ginjal ke pundi kencing dan tisu epithelium peralihan iaitu lapisan dalam ureter berfungsi untuk melindungi daripada asid urik.

Pundi kencing

Organ yang berotot dan berongga. Berfungsi untuk menangkung air kencing. Ia berbentuk bulat apabila penuh dan berbentuk leper berlipat-lipat apabila kosong. Pundi kencing mempunyai apeks, dasar dan tiga dinding. Ruang dalam pundi kencing berbentuk segi tiga dan disebut sebagai trigon. Dasar segi tiga menghala ke atas , manakala bahagian puncaknya menghala ke bawah. Trigon mempunyai banyak hujung saraf deria dan sangat peka terhadap perubahan isi padu urin dalam pundi kencing. Otot pundi kencing terdiri daripada otot licin dan bersifat tidak voluntari. Lapisan dalamnya kalis air dimana terbina daripada membrane mucus jenis epithelium peralihan.
20

Urin disimpan untuk sementara waktu sahaja sehingga ia keluar melalui uretra. Sebanayak 1 liter urin boleh ditakungkan oleh pundi kencing. Namun, dalam keadaan luar biasa ia boleh menangkung sebanyak 3 liter urin. Pada keadaan normal, apabila pundi kencing menangkung 6-10 liter urin, perasaan hendaklah kencing semula akan timbul.
Ureter Ureter Openings

Female Bladder

Ureter

Male Bladder

Trigone
Internal Urethral Sphincter

Ureter Openings
Internal Urethral Sphincter External Urethral Sphincter
31
30

Trigone

Urogenital Diaphragm

External Urethral Sphincter

Uretra

Uretra berfungsi untuk membawa keluar urin dari pundi kencing pada waktu yang sesuai. Saluran yang melalui leher pundi kencing ke bukaan luar, dilapisi oleh membran mukosa yang bersambung dengan membran yang melapisi pundi kencing. Meatus urin terdiri daripada fiber otot bulat yang membentuk uretra. Ukuran panjang uretra wanita ialah 2.5 hingga 3.5 cm. Uretra wanita tidak

mempunyai prostat dan bahagian spongiosa. Panjang uretha lelaki pula berukuran 1723 cm panjang. Terdapat 3 bahagian pada uretra lelaki.
URETRA LELAKI
URETRA PEREMPUAN

21

Pembentukan air kencing Terdapat tiga proses utama yang terlibat dalam penghasilan air kencing iaitu proses ultraturasan, penyerapan semula dan rembesan.

Structures and functions of a nephron


Renal corpuscle Afferent arteriole Glomerular capsule Renal tubule and collecting duct

1 Filtration from blood plasma into nephron

Fluid in renal tubule


2 Tubular reabsorption from fluid into blood 3 Tubular secretion from blood into fluid

Urine (contains excreted substances)

Efferent arteriole

Peritubular capillaries

Blood (contains reabsorbed substances)

Ultraturasan

Copyright 2009, John Wiley & Sons, Inc.

Ultraturasan berlaku merentas dinding bowman. Proses ultraturasan dapat berlaku melalui glomerulus kerana kedua-dua dinding kapsul bowman dan dinding kapilari glomerulus mendirikan satu lapisan setebal dua sel yang hanya membenarkan molekul bersaiz tertentu melaluinya. Terdapat liang pada dinding glomerulus yang menyebabkannya lebih telap berbanding dengan kapilari lain.glomerulus

merupakankapilari yang lebih panjang daripada kapilari darah lain. Diameter arteriol aferen yang membawa darah ke glomerulus adalah lebih besar daripada diameter arteriol eferen yang membawa darah keluar dari glomerulus. Akibatnya, tekanan hidrostatik (tekanan darah) yang tinggi di hasilkan di dalam glomerulus. Tekanan ini lebih tinggi daripada tekanan darah kapilari lain.

Tekanan hidrostatik ini adalah lebih tinggi daripada tekanan hidrostatik dalam kapsul bowman. Oleh itu, satu daya turasan wujud untuk menolak hampir semua kandungan plasma darah masuk ke dalam rongga kapsul bowman melalui dinding kapilari glomerulus dan dinding kapsul bowman. Walaupun wujud daya tarikan tekanan
22

osmosis yang lebih tinggi di dalam kapilari glomerulus berbanding dengan daya tarikan tekanan osmosis kapsul bowman. Namun begitu, daya tarikan tekanan osmosis ini adalah lebih kecil daripada tekanan hidrostatik di dalam kapilari glomerulus .Tekanan osmosis adalah lebih tinggi dalam kapilari glomerulus berbanding dengan kapsul bowman kerana wujudnya protein dan saiz molekul protein plasma ini adalah terlalu besar untuk keluar dari kapilari glomerulus. Keadaan ini menyebabkan plasma terturas bersama-sama dengan kandungannya( kecuali sel darah dan protein plasma).

Proses penurasan kandungan plasma( kecuali sel darah dan protein plasma) secara pukal di bawah tekanan hidrostatik yang tinggi ini dikenali sebagai ultraturasan dan bendalir yang terturas dalam rongga kapsul bowman disebut hasil turasan glomerulus.

1 GLOMERULAR BLOOD HYDROSTATIC PRESSURE (GBHP) = 55 mmHg

2 CAPSULAR HYDROSTATIC PRESSURE (CHP) = 15 mmHg


3 BLOOD COLLOID OSMOTIC PRESSURE (BCOP) = 30 mmHg

Afferent arteriole

Proximal convoluted tubule

Efferent arteriole

NET FILTRATION PRESSURE (NFP) =GBHP CHP BCOP = 55 mmHg 15 mmHg 30 mmHg = 10 mmHg Glomerular (Bowman's) capsule Capsular space

Penyerapan semula di tubul uriferus

Hasil turasan glomerulus akan mengalir masuk kedalam tubul berlingkar proksimal, liku Henle , tubul berlingkar distal dan duktus pengumpul. Di sepanjang tubul, hasil turasan glomerulus iaitu air dan zat terlarut diserap semula ke dalam aliran darah melalui kapilari darah (kapilari peritubul ) yang menglingkari tubul uriniferus.

23

Proses penyerapan semula adalah perlu kerana bahan yang berguna perlu dikembalikan ke dalam aliran darah. Sebahagian besar penyerapan semula berlaku dari tubul berlingkar proksimal ke dalam kapilari darah yang melingkari tubul uriferus. Di sini, penyerapan semula dicetuskan melalui penyerapan semula ion natrium secara pengankutan aktif . Ini diikuti oleh penyerapan semula air secara osmosis , penyerapan semula urea secara resapan dan penyerapan semula glukosa dab asid amino secara resapan berbantu.

Di liku Henle, natrium klorida diserap semula secara pengangkutan aktif dan penyerapan semula air berlaku secara osmosis. Akhir sekali, di duktus pengumpul , air diserapkan semula secara osmosis dan urea diserapkan semula secara resapan sebelum air kencing dialirkan ke pundi kencing.

Rembesan Rembesan ialah pergerakan bahan dari kapilari yang berlingkari tubul (kapilari peritubul) ke dalam tubul berlingkar proksimal dan tubul berlingkar distal. Bahan yang dirembeskan masuk ke dalam tubul merupakan bahan yang tidak terturas ke dalam kopsul bowman. Bahan yang dirembeskan secara aktif ke dalam tubul ginjal ilah ion hydrogen, bahan toksik seperti dadah dan bahan bernitrogen seperti kreatinina. Proses rembesan membolehkan badan mengawal atur ph bendalir badan dan menyingkirkan bahan toksik atau bahan yang tidak diperlukan. Pada lazimnya, air kencing mengandungi air, urea, garam natrium klorida , asid urik dan ammonia.

24

Proses pengosmokawalaturan oleh ginjal

Proses pengosmokawalaturan merupakan proses kawal atur keseimbangan kandungan air dan garam mineral (terutamanya natrium klorida), iaitu tekanan osmosis persekitaran dalam yang dibantu oleh hormon. Komposisi bendalir badan lebih dipengaruhi oleh ginjal berbanding dengan kuantiti isi padu air yang diambil oleh badan.

Hormon yang terlibat dalam pengosmokawalaturan ialah hormone antidiuresis \ ( ADH) yang dirembeskan oleh lobus posterior kelenjar pituitari dan hormone aldosteron yang dirembeskan oleh bahagian korteks kalenjar adrenal. Hormone ADH mengawal ketelapan membrane tubul berlingkar distal dan duktus pengumpul terhadap air. Akibatnya, lebih banyak air di serapkan semula ke dalam aliran darah. Hormone aldosteron mengawal atur penyerapan semula ion natrium di liku Henle.

Dalam proses pengoswokawalaturan , penyerapan semula air adalah lebih penting daripada penyerapan semula ion natrium. Apabila seseorang meminum air terlalu banyak , tekanan osmosis darah akan menurun. Sebaliknya , apabila dia meminum air tidak mencukupi atau mengambil makanan yang mengandungi kandungan garam yang tinggi , tekanan osmosis darah akan meningkat.

Perubahan tekanan osmosis dikesan oleh osmoresptor di pusat kawalan di hipotalamus. Maklumat rangsangan di hantar ke kelenjar pituatari. Jika tekanan osmosis darah meningkat , rembesan ADH ditingkatkan. Jika tekanan osmosis darah
25

menurun, ADH kurang dirembeskan . Sebaliknya kekurangan garam dalam darah merangsang rembesan aldosteron yang meningkatkan penyerapan semula garam di tubul berlingkar distal dan duktus pengumpul. Pengawalaturan kandungan garam dalam darah dibantu oleh hormone aldosteron. Apabila kandungan garam dalam darah berkurang, kalenjar adrenal akan dirangsangkan untuk merembeskan hormone aldosteron. Hormone ini akan bertindak ke atas tubul berlingkar distal supaya lebih banyak garam diserapkan untuk meningkatkan semula kandungan garam dalam darah. Sekiranya kandungan garam dalam darah meningkat, kalenjar adrenal tidak di rangsangkan . Oleh itu, hormone aldesteron tidak dirembeskan dan kurang garam diserap semula . kandungan garam dalam darah menurun ke julat normal semula.

Proses pengawalaturan oleh ginjal adalah suap balik negative. Apabila tekanan osmosis darah kembali ke aras normal, osmoresptor dalam hipotalamus tidak akan dirangsang, maka kalenjar pituitari juga tidak akan dirangsangkan. Seterusnya hormone ADH dan hormone aldosteron tidak akan dirembeskan.

Vasa recta Loop of Henle Juxtamedullary nephron and its blood supply together Afferent arteriole

Glomerular (Bowmans) capsule H2O Glomerulus Distal convoluted tubule Interstitial fluid in renal cortex
300

Na+CI Blood flow Presense of Na+-K+-2CI symporters Flow of tubular fluid

200

Efferent arteriole Proximal convoluted tubule

H2 O H2 O

H2 O

300

320

Collecting duct
300 320

300

300

H2O Na+CI 400 Interstitial fluid in renal medulla


380

100

3 Principal cells in
collecting duct reabsorb more water when ADH is present
500

H2O Na+CI
400

200

H2O
400

H2O 600
Osmotic gradient 580 400

H2O H2O
600

600

Na+CI
700

1 Symporters in thick
ascending limb cause buildup of Na+ and Cl 800
780 600

H2O Urea
800

800

H2O

H2O 1000
980 800

4 Urea recycling
1000

900

causes buildup of urea in the renal medulla

H2O
1000 1100

Na+CI

H2O 1200

2 Countercurrent flow

1200

1200

through loop of Henle establishes an osmotic gradient

Papillary duct Concentrated urine

1200

Loop of Henle

1200

(a) Reabsorption of Na+CI and water in a long-loop juxtamedullary nephron

(b) Recycling of salts and urea in the vasa recta

26

BIBLIOGRAFI Mohd Zairi Husain, 2009, Asas Anatomi Dan Fisiologi, OUM, Meteor Doc. Sdn. Bhd Gan Wan Yeat ,Choong Choe Hin, 2004, Sukses Biologi SPM , Fajar Bakti Sdn.Bhd. Evelyn C. Pearce ,2001, Anatomi Dan Fisiologi , Kuala Lumpur, Golden Books Centre Sdn.Bhd. Susannah Nelson Longenbaker, 2008,Understanding Human Anatomy And Physiology Edisi Keenam, Higher Education. Elaine N.Marieb, Katja Hoehn,2007, Human Anatomy And Physiology Edisi Ketujuh, Pearson Benjamin Cummings

27

You might also like