You are on page 1of 32

ANATOMI DAN FISIOLOGI

SISTEM ENDOKRIN
Apakah sistem endokrin?

• Sistem endokrin adalah sistem yang


mengawal kelenjar tanpa saluran (ductless)
yang menghasilkan hormon.
• Kalenjar endokrin merupakan organ dalaman
yang merembeskan atau menghasilkan
hormon.
• Hormon meransang proses jangka masa
panjang seperti pertumbuhan, metabolisme,
penguraian, tindak balas dan pertahanan
badan.
• Hormon ialah bahan kimia yang
disintesis oleh sel-sel hidup.
• Hormon diperlukan dalam kuantiti yang
sedikit untuk merangsang fungsi tisu atau
organ khusus pada manusia.
Kelenjar-kelenjar utama dalam sistem
endokrin
• Antara kelenjar-kelenjar utama dalam
sistem endokrin manusia ialah:-
- Kelenjar pituitari
- Kelenjar adrenal
- Kelenjar tiroid
- Kelenjar pankreas
Kelenjar pituitari
• Terletak di bawah otak.
• Juga di kenali sebagai “the master gland” kerana
mengawal kelenjar lain dalam sistem endokrin.
• “Mengawal” dalam erti kata lain adalah merujuk
kepada bagaimana kelenjar ini “mempengaruhi
hormon yang dirembeskan oleh kelenjar lain
dengan rembesan hormon dari kelenjar ini”.
• Ini bermaksud, kelenjar ini mengawal kelenjar-
kelenjar lain dalam aktivitinya (merembeskan
hormon) melalui rembesan hormon dari kelenjar
pituitari.
• Kelenjar lain ialah merujuk kepada
kelenjar-kelenjar yang terdapat dalam
sistem endokrin utama manusia seperti
kelenjar tiroid, kelenjar adrenal, kelenjar
pancreas.
• Namun demikian, kelenjar ini juga
berfungsi dalam merembeskan sejenis
hormon iaitu Growth Hormone (GH) yang
merupakan sejenis hormon tumbesaran
manusia.
• Proses tumbesaran manusia bergantung
dengan kelenjar pituitari dimana sekiranya
rembesan hormon yang dirembes oleh
kelenjar ini berlebihan akan menyebabkan
“kegergasian” dan sekiranya hormon yang
dirembeskan sedikit akan menyebabkan
“kekerdilan”.
• Hormon tumbesaran (growth hormone – GH)
berfungsi sepenuhnya dalam proses tumbesaran
manusia kerana hormon ini akan bertindak balas
kepada sistem dalam tubuh badan seperti:
- Meransang pertumbuhan sel-sel badan.
- Meningkatkan saiz badan melalui pergerakan
asid amino ke dalam sel.
- Meransang perkembangan tulang.
- Menjalankan sintesis protein.
- Meningkatkan kadar pembekalan tenaga
daripada karbohidrat dan lemak.
Penyakit kerdil

Acromegaly
Hormon-hormon yang dirembeskan
oleh kelenjar pituitari
NAMA HORMON FUNGSI
Hormon Meransangan pertumbuhan badan dan sel dalam sistem
tumbesaran (GH) reproduktif, membantu mengawal jumlah lemak dalam otot,
membantu menyembuhkan luka dan membanti sistem
imun tubuh
Hormon stimulasi Meransang kelenjar tiroid merembeskan hormon tiroksi
tiroid (TSH) untuk mengawal denyutan jantung, metabolisme dan
membantu mengatur suhu badan.
Hormon Meransang penyerapan kembali cairan tubuh dari ginjal
antidiuresis (ADH)
Hormon Meransang perkembangan folikel graf pada ovari dan
peransang folikel tulang rawan
(FSH)
Hormon Meransang kelenjar adrenal untuk menghasilkan kortisol
adrenokortikotropi (mengawal tekanan darah, regulasi gula dalam darah dan
k (ACTH) meningkatkan metabolisme)
Fungsi kelenjar pituitari dalam
aktiviti sukan
• Penghasilan hormon tumbesaran sangat
diperlukan dalam membentuk fizikal yang
optimum dan disesuaikan dengan jenis
sukan yang diceburi.
• Kelebihan fizikal yang tinggi, berotot dan
besar akan menghasilkan prestasi yang
baik kepada pergerakan seorang atlet.
Kelenjar adrenal
• Kelenjar ini berada di atas kedua-dua ginjal
manusia dan terdapat dua kelenjar adrenal
bagi seorang manusia normal.
• Kelenjar ini dibahagikan kepada dua
bahagian iaitu bahagian luaran yang dikenali
sebagai adrenal cortex dan adrenal
medulla.
• Adrenal cortex menghasilkan hormon
glukokortikoid dan mineralkortikoid manakala
adrenal medulla menghasilkan hormon
adrenalina dan hormon noraadrenalina.
Adrenal cortex

• Glukokortikoid.
- Mensintesis (menguraikan) glukosa dan
glikogen yang sangat diperlukan dalam
proses penghasilan tenaga anaerobic
alaktik iaitu satu sistem tenaga kedua
selepas sistem tenaga ATP-PC).
- Meransang kesediaan tubuh menghadapi
situasi yang mewujudkan ketegangan
dan stress pada otot.
• Mineralokortikoid.
- Mengimbangi cecair dalam badan.
Hormon inilah yang memberikan satu
respon rasa dahaga apabila paras
cecair dalam tubuh berkurang hasil
daripada pengeluaran cecair
(perpeluhan) dari tubuh badan manusia.
Adrenal medulla
• Hormon adrenalina (hormon epinefrin)
- Meningkatkan gerak balas tubuh badan
terhadap tekanan dan keadaan kecemasan
dengan meningkatkan kadar denyutan jantung,
pernafasan, aras gula dalam darah dan
menyediakan bahan untuk menghadapi
situasi cemas.
- Jantung tidak dikawal oleh mana-mana
sistem tubuh tetapi boleh dipengaruhi oleh
hormon, tindak balas psikologi (takut,
marah) dan penggunaan fizikal dalam
aktiviti kesukanan.
• Hormon Noradrelina (hormon norepinefrin)
- Mengawal kadar metabolisme
(penghasilan bahan kimia dalam tubuh
untuk kegunaan bahan kimia lain yang
terdapat dalam tubuh) serta
meningkatkan peredaran darah ke otot.
- Pengawalan dalam erti kata lain adalah
hormon ini mengawal dari penghasilan
metabolisme dalaman tubuh.
Fungsi kelenjar adrenal dalam
aktiviti sukan
• Kelenjar adrenal yang menghasilkan hormon
yang memberi kesan kepada gerak balas
terhadap tekanan dan keadaan menekan
dalam situasi kecemasan membantu atlet
berada dalam keadaan sentiasa bersedia.
• Ransangan yang meransang penghasilan
hormon seperti adrenalina menyebabkan
atlet bersedia menghadapi sebarang tekanan
selain membantu bertindak balas dan
penghasilan tenaga baru untuk meneruskan
aktiviti.
Kelenjar pankreas

• Kedudukan kelenjar ini adalah dibahagian


belakang perut dan berhampiran limpa.
• Kata kunci bagi kelenjar ini adalah
pencernaan dan glukosa.
• Proses pencernaan melibatkan enzim
seperti pepsin, rennin dan lipase akan
dihasilkan bagi membantu pencernaan
makanan.
Lokasi kelenjar pankreas
• Kelenjar ini berperanan penuh dalam
proses “bekerja secara bersama” dalam
merembeskan dua hormon iaitu insulin
dan glukagon.
• Kedua-dua hormon yang dihasilkan dan
dirembeskan dibaha g i a n t i s u d a l a m
kelenjar pankreas iaitu kelompok
langerhans.
• Kedua-dua hormon ini tidak dirembeskan
sekaligus tetapi bergantung dengan
keperluan tubuh.
• Glukosa yang kurang dalam darah akan
menyebabkan kelenjar pancreas
merembeskan hormon glukagon bagi
menguraikan glikogen menjadi glukosa.
• Berlaku disebaliknya apabila kandungan
glukosa dalam darah terlalu tinggi akan
menyebabkan pancreas merembeskan
hormon insulin bagi memudahkan bagi sel-
sel menerima glukosa seterusnya
mengurangkan kandungan glukosa dalam
darah.
• Sekiranya kadar glukosa dalam darah
tinggi dan pada masa yang sama kelenjar
pancreas tidak mampu menjana hormon
insulin bagi mengurangkan kadar glukosa
dalam darah akan menyebabkan penyakit
diabetes.
Fungsi kelenjar pankreas dalam
aktiviti sukan
• Kelenjar pankreas yang membantu
menguraikan glikogen dan glukosa untuk
proses penghasilan bahan dalam sistem
tenaga merupakan satu proses penting
dalam aktiviti sukan.
• Sentiasa memerlukan bahan untuk
pergerakan menjadikan kelenjar pankreas
menjadi pusat utama penguraian bahan
untuk sistem tenaga.
Kelenjar tiroid
• Kelenjar ini antara kelenjar terbesar dalam
sistem endokrin manusia dengan setiap
kelenjar tiroid seberat 25 gram hingga 40
gram.
• Lokasi kelenjar tiroid ialah di bahagian depan
(anterior) leher, sedikit dibawah leher dan
melapisi trakea.
• Kelenjar tiroid secara khususnya berfungsi
dalam mengatur kadar metabolisme badan
selain mensintesis protein dan mengawalatur
sensitiviti tubuh terhadap hormon lain.
• Kelenjar tiroid menghasilkan dan merembeskan
hormon Tiroksin (T4) dan Triiodotironin (T3) selain
hormon kalsitonin.
• Hormon tiroksin dan triidotironin berperanan
dalam mengawal kadar metabolisme dengan cara
bertindak balas dalam sel untuk mengubah lebih
banyak glukosa dengan mensintesiskan protein
untuk kegunaan dalam sistem tenaga.
• Selain itu, hormon tiroksin dan triidotrionin juga
berperanan dalam membantu hormon kalsitonin
yang mengawal kalsium (mineral dalam tulang
dan gigi) dan fosfat (sistem tenaga manusia).
• Penghasilkan hormon kalsitonin juga
berperanan dalam meransang penyimpanan
kalsium dalam tulang d a n ke ku r a n g a n
hormon ini akan menyebabkan penyakit
osteoporosis.
• Secara umumnya, kelenjar ini membantu
dalam mengawal proses metabolisme
(penghasilan tenaga) manusia melalui proses
pengubahan oksigen dan kalori menjadi ATP
serta menjana hormon bagi membantu
penyimpanan kalsium dalam tulang.
• Kekurangan tiroksin kepada kanak-kanak
menyebabkan ‘kretisme’ iaitu keadaan
individu yang mempunyai kaki lebih
pendek berbanding badan
• Penyakit dibahagian leher atau tiroid yang
disebabkan kekurangan iodin dalam diet
menyebabkan Goiter (Beguk atau gondok).
Kretisme Beguk
Fungsi kelenjar tiroid dalam aktiviti
sukan
• Penghasilan hormon kalsitonin yang
membantu dalam kecekapan otot untuk
mengendur dan menguncup kepada
seorang atlet semasa melakukan
pergerakan.
• Kecekapan otot seseorang atlet untuk
mengendur dan menguncup akan
mempercepatkan penghasilan daya untuk
pergerakan yang mana merupakan satu
proses penting dalam aktiviti kesukanan.

You might also like