You are on page 1of 21

TEMA 2: PENYENGGARAAN DAN KESINAMBUNGAN HIDUP BP 7 : KOORDINASI BADAN

Standard Kandungan 7.1 Sistem Endokrin Manusia

Apakah itu sistem endokrin?


1 Sistem endokrin adalah salah satu sistem di dalam badan yang mengkoordinasikan fungsi badan yang
melibatkan bahan kimia

2 Contoh situasi yang melibatkan sistem endokrin


 Kelenjar endokrin merembeskan hormon menyebabkan
Apabila ternampak terjumpa seekor anjing
peningkatan:
 Denyutan jantung
 Kadar pernafasan
 Tekanan darah
 Aras glukosa darah
 Kadar metabolism

Kesannya:
Jantung akan mengepam lebih banyak darah untuk
membekalkan lebih banyak oksigen dan glukosa ke otot
Maka, otot akan mendapat lebih banyak tenaga
Lebh banyak glikogen simpanan ditukar kepada glukosa
untuk berlari dengan lebih laju
3 Sistem endokrin berfungsi sebagai penghantar maklumat ke seluruh badan menggunakan hormon

4 Apakah itu hormon? Hormon ialah sejenis bahan kimia organik yang dirembeskan oleh kelenjar khas yang
dikenali sebagai kelenjar endokrin

5 Apakah itu kelenjar endokrin? Kelenjar ini ialah kelenjar tanpa duktus kerana hormonnya tidak dibawa melalui
duktus tetapi dirembeskan secara terus ke dalam sistem peredaran darah untuk diedarkan ke seluruh badan

6 Satu jenis hormon boleh mempunyai lebih daripada satu organ sasaran (organ yang bergerak balas terhadap
hormon)

Latihan Prestasi : TP 1

1 Apakah sistem endokrin?

Sistem endokrin adalah salah satu sistem di dalam badan yang mengkoordinasikan fungsi badan yang
melibatkan bahan kimia

2 Nyatakan fungsi bagi sistem endokrin?

penghantar maklumat ke seluruh badan menggunakan hormon

3 Namakan bahan kimia yang dirembeskan oleh sistem endokrin?

hormon

4 Apakah kelenjar endokrin?

Kelenjar ini ialah kelenjar tanpa duktus

5 Kenapakah kelenjar endokrin dikatakan sebagai kelenjar tanpa duktus?

hormonnya tidak dibawa melalui duktus tetapi dirembeskan secara terus ke dalam sistem peredaran darah
untuk diedarkan ke seluruh badan

6 Adakah satu hormon mempunyai satu organ sasaran sahaja?

Tidak, hormon boleh mempunyai lebih daripada satu organ sasaran


MODUL ULAS SAINS T4 KSSM

Cara koordinasi hormon bertindak

Kelenjar endokrin

Merupakan kelenjar tanpa duktus -


Fungsi: Mengkoordinasikan aktiviti badan
dirembeskan secara terus ke dalam sistem
dengan bergerak balas terhadap rangsangan
peredaran darah untuk diedarkan ke seluruh
daripada persekitaran
badan

Merembeskan - hormon (Ciri-ciri hormon)

- Kesan adalah lama


- Merangsang fungsi tisu atau organ khusus
-Sejenis protein
-Dirembeskan dengan kuantiti yang sedikit
-Gerak balas dengan perlahan

Dibawa ke peredaran darah - ke organ sasaran


Mempunyai reseptor sesuai yang boleh
Apakah itu organ sasaran? mengenal dan bergerak balas terhadap
hormon yang tertentu

Organ sasaran

Hormon

Kelenjar endokrin Reseptor

Salur darah
Organ sasaran

Latihan Prestasi : TP 1

1 Apakah fungsi kelenjar endokrin?

Mengkoordinasikan aktiviti badan dengan bergerak balas terhadap rangsangan daripada


persekitaran

2 Berikan 3 ciri-ciri bagi hormon

Kesan adalah lama, Sejenis protein, dan Gerak balas dengan perlahan

3 Nyatakan lokasi seterusnya selepas hormon dirembeskan ke dalam sistem peredaran darah?

organ sasaran

2
CIKGU ABADI @ SMKIP 2020
MODUL ULAS SAINS T4 KSSM

Kelenjar endokrin dan kedudukannya di dalam badan

1 Di mana kelenjar endokrin? (Kelenjar pituitari, kelenjar tiroid, kelenar adrenal, pancreas, testis
dan ovari)

Kelenjar pituitari
Kelenjar tiroid
Terletak di bawah serebrum yang dikenali
Terletak di bahagian hadapan trakea sebagai kelenjar utama / kelenjar induk
Hormon : Hormon tiroksina Hormon : Hormon pertumbuhan
Fungsi : Mengawal kadar metabolisme Fungsi: Mengawal kelenjar endokrin lain
badan dan mengawal pertumbuhan dan
perkembangan badan
Pankreas
Kelenjar adrenal Bentuk seakan daun berhampiran kelenjar
Terletak di bahagian atas ginjal adrenal, terletak di atas perut
Hormon : Hormon adrenalina Hormon : Hormon insulin
Fungsi : Menyediakan badan kita bertindak Fungsi : Merangsang penukaran glukosa
semasa kecemasan kepada glikogen

Testis Ovari

Organ pembiakan lelaki di dalam skrotum Organ pembiakan wanita terletak di dalam
Hormon : Hormon testosteron abdomen
Fungsi : Mengawal perkembangan ciri-ciri Hormon : Hormon estrogen dan progesteron
seks sekunder lelaki Fungsi : Mengawal perkembangan ciri-ciri
seks sekunder perempuan atau mengawal
kitar haid
Latihan Prestasi:

2 Namakan kelenjar berikut dan hormon yang dirembeskan

a)Kelenjar pituitari
hormon: Pertumbuhan

b) Kelenjar tiroid
hormon: Tiroksina

e) Pankreas
c) Kelenjar adrenal
hormon: Insulin
hormon: Adrenalina

d) Ovari f) Testis
hormon: Estrogen hormon: testosteron

3 Namakan kelenjar yang mengawal kelenjar-kelenjar yang lain

Kelenjar pituitari

4 Nyatakan lima kelenjar utama bagi manusia.

Kelenjar pituitari, kelenjar tiroid, pankreas, adrenal, testis dan ovari

5 Nyatakan lokasi kelenjar-kelenjar berikut:

Kelenjar tiroid : bahagian hadapan trakea Adrenal : bahagian atas ginjal

Kelenjar
: Terletak di bawah serebrum Pankreas : terletak di atas perut
pituitari

3
CIKGU ABADI @ SMKIP 2020
MODUL ULAS SAINS T4 KSSM

Fungsi hormon yang dirembeskan oleh kelenjar endokrin

Kelenjar
Hormon Fungsi
endokrin

Hormon antidiuresis  Mengawal kuantiti air yang diserap semula


(ADH) oleh ginjal

Kelenjar  Merangsang pertumbuhan di peringkat


pituitari kanak-kanak
Hormon pertumbuhan  Mengekalkan komposisi badan yang sihat
(GH) bagi orang dewasa
 Mengekalkan jisim otot serta jisim tulang bagi
orang dewasa

 Mengawal kadar metabolism badan


 Mengawal pertumbuhan dan
Kelenjar tiroid Tiroksina
perkembangan fizikal dan mental dalam
kanak-kanak

 Menyediakan badan kita untuk bertindak


dalam keadaan kecemasan, iaitu dengan:
 Meningkatkan kadar metabolism
Kelenjar
Adrenalina  Meningkatkan kadar denyutan jantung
adrenal
 Meningkatkan aras glukosa di dalam
darah
 Membesarkan saiz anak mata

 Mengawal aras glukosa di dalam darah


dengan menukarkan glukosa berlebihan
Pankreas Insulin
kepada glikogen untuk disimpan di dalam
hati

 Mengawal ciri-ciri seks sekunder perempuan


seperti perkembangan payudara dan
pembesaran pinggul
Estrogen
 Merangsang penghasilan ovum
Ovari  Menyediakan uterus untuk penempelan
embrio

 Mengekalkan dinding uterus untuk


Progesteron
penempelan embrio

 Mengawal perkembangan ciri-ciri seks


sekunder lelaki seperti suara yang garau dan
Testis Testosteron
pertumbuhan misai
 Merangsang penghasilan sperma

4
CIKGU ABADI @ SMKIP 2020
MODUL ULAS SAINS T4 KSSM

Latihan Prestasi

1 Padankan kelenjar endokrin berikut dengan fungsi hormon dengan betul

Mengawal kadar metabolisme badan


A

Mengawal kadar pertumbuhan badan


B

Bertindak balas semasa kecemasan C


D
E
Mengawal aras glukosa dalam darah

Mengawal kitar haid

2 Namakan hormon yang betul bagi setiap fungsi berikut

i) Mengawal perkembangan ciri seks sekunder bagi Testis


lelaki

ii) Mengawal pertumbuhan Kelenjar pituitari

iii) Menukarkan glukosa kepada glikogen Pankreas

iv) Meningkatkan kadar pernafasan dan denyutan Kelenjar tiroid


jantung

v) Mengekalkan ketebalan diniding uterus Ovari

vi) Mengawal kuantiti air yang diserap oleh ginjal Pituitari

vii) Mengawal aras gula dalam aliran darah Insulin

viii) Mengawal kitar haid Ovari

ix) Meningkatkan kadar metabolisme dalam badan Kelenjar tiroid

x) Merangsang penghasilan sperma Testis

3 Nyatakan hormon yang dirembeskan sekiranya terjumpa seekor ular sawa ketika pulang dai
sekolah.

Adrenalina

4 Namakan hormon yang berfungsi untuk menukarkan glukosa kepada glikogen untuk disimpan
di dalam hati

Insulin

5
CIKGU ABADI @ SMKIP 2020
MODUL ULAS SAINS T4 KSSM

Kesan Ketidakseimbangan Hormon

Kesan
Hormon
Kekurangan hormon Kelebihan hormon

Hormon pertumbuhan  Kegergasian


 Kekerdilan
 Pertumbuhan tidak terkawal
 Air tidak dapat diserap
semula di ductus pengumpul
di ginjal
Hormon antidiuresis (ADH)  Penghasilan urin yang  Sakit kepala
berlebihan  Pening
 Sentiasa berasa dahaga
 Diapetes insipidus

 Kadar metabolisme rendah  Kadar metabolisme tinggi


 Tidak tahan sejuk  Berpeluh
Tiroksina  Cenderung menjadi gemuk  Cenderung menjadi kurus
 Goiter ringkas  Goiter toksik (Graves)
(bengkak pada kelenjar (mata yang menonjol dan
tiroid) leher bengkak)
 Diabetes mellitus  Aras glukosa darah rendah
 Aras glukosa darah  Lemah / hipoglisemia
meningkat  Dahaga yang berlebihan
Insulin
 Glukosa berlebihan tidak
dapat ditukar kepada
glikogen

Adrenalina  Keletihan kronik


-
 Mudah alergi
 Menjejaskan  Sifat keperempuanan pada
Estrogen
perkembangan ciri-ciri seks lelaki
sekunder perempuan
 Masalah haid
Progesteron  Sakit kepala -
 Sembelit
 Keguguran kandungan
 Menjejaskan  Sifat kelelakian pada wanita
perkembangan ciri-ciri seks
Testosteron
sekunder lelaki
 Kurang sperma dihasilkan
 Lambat akil baligh

Latihan Prestasi

1 Aras gula yang rendah disebabkan kekurangan hormon Insulin

2 Kekurangan hormon antidiuresis boleh menyebabkan penghasilan…urin..berlebihan

3 Kegergasian adalah disebabkan oleh kelebihan hormon…pertumbuhan…dalam badan

4 Punca lambat akil baligh adalah disebabkan kekurangan hormon…testosteron.

5 Insulin berfungsi untuk menukarkan glukosa kepada…glikogen…dalam darah

6 Kadar metabolism yang rendah disebabkan oleh kekurangan hormon…tiroksina….

6
CIKGU ABADI @ SMKIP 2020
MODUL ULAS SAINS T4 KSSM

Latihan Prestasi : Soalan SPM Sebenar 2006 -2016

1 Rajah 1 menunjukkan kesan ketidakseimbangan hormon dalam badan manusia.

Rajah 1

Antara kelenjar endokrin berikut, yang manakah menyebabkan kesan tersebut?

A Tiroid B Pituitari

C Adrenal D Pankreas

2 Seorang remaja perempuan tidak menunjukkan perkembangan ciri-ciri seks sekundernya. Antara
berikut, yang manakah gagal berfungsi dengan baik?

A Ovari B Adrenal

C Pankreas D Tiroid

3 Rajah 2 menunjukkan kelenjar endokrin bagi seorang remaja perempuan.

Dia mengalami kitar haid yang tidak teratur.

Antara organ A, B, C dan D yang manakah tidak berfungsi dengan baik?

Rajah 2

4 Seorang remaja perempuan menjerit-jerit sewaktu menonton tayangan filem seram.


Kelenjar manakah yang berkaitan dengan aksi beliau?

A Ovari B Tiroid

C Adrenal D Pankreas

5 Kelenjar endokrin manakah yang juga dikenali sebagai kelenjar induk?

A Ovari B Tiroid

C Pankreas D Pituitari

7
CIKGU ABADI @ SMKIP 2020
MODUL ULAS SAINS T4 KSSM

6 Rajah 3 menunjukkan sistem endokrin seorang lelaki.

Rajah 3

Apakah yang akan berlaku apabila kelenjar R dibuang?

A Kadar metabolisme rendah B Tekanan darah meningkat

C Aras gula dalam darah meningkat D Ciri seks sekunder tidak berkembang

7 Kelenjar manakah yang menyebabkan pembengkakan di bahagian leher?

A Testis B Pankreas

C Kelenjar tiroid D Kelenjar pituitari

8 Kelenjar manakah yang menyebabkan mata menonjol keluar akibat lebihan hormon yang
dirembeskan oleh kelenjar tersebut?

A Pituitari B Pankreas

C Ovari D Tiroid

9 Kegergasian dan kekerdilan merupakan simptom atau kesan daripada kesan lebihan dan
kurangnya hormon yang dirembeskan oleh kelenjar Q. Antara A, B, C dan D, yang manakah
kelenjar Q tersebut?
A

B
C

10 Semasa pulang dari sekolah, Siti bersama Alia lari bertempiaran akibat dikejar seekor anjing gila di
kawasan perumahannya. Tindak balas ini akibat perembesan hormon oleh kelenjar X. Apakah X?

8
CIKGU ABADI @ SMKIP 2020
MODUL ULAS SAINS T4 KSSM

Latihan 19: Soalan Bahagian B SPM 2015

1 Rajah 5 menunjukkan kedudukan kelenjar endokrin seorang wanita

P : Kelenjar pituitari

Q : Ovari

Rajah 5

a) Namakan kelenjar P dan Q dalam petak yang disediakan dalam Rajah 5.

b) Nyatakan satu fungsi hormon yang dirembeskan oleh kelenjar P dan kelenjar Q.

P: Merangsang pertumbuhan di peringkat kanak-kanak

Q: Mengawal ciri-ciri seks sekunder perempuan

c) Nyatakan satu kesan kepada wanita itu jika kedua-dua kelenjar Q dikeluarkan.

Menjejaskan perkembangan ciri-ciri seks sekunder perempuan

d) Labelkan dengan huruf R dan S pada kelenjar tiroid dan kelenjar adrenal dalam Rajah 5.

2 Rajah 6 menunjukkan satu situasi cemas. (SPM 2016 – Situasi dikejar anjing)

Rajah 6

a) Berdasarkan Rajah 6, nyatakan dua sistem koordinasi badan yang terlibat

Sistem endokrin dan sistem koordinasi badan

b) Nyatakan fungsi kelenjar endokrin dalam situasi yang ditunjukkan dalam Rajah 6

Mengawal kadar metabolism badan dengan merembeskan hormon adrenalina

c) Namakan hormon yang dirembeskan oleh kelenjar tersebut.

Adrenalina

9
CIKGU ABADI @ SMKIP 2020
MODUL ULAS SAINS T4 KSSM

3. Rajah 7 menunjukkan kelenjar endokrin seorang lelaki.

R: Kelenjar tiroid

S: …Pankreas

Rajah 7

a) Namakan kelenjar R dan S dalam kotak yang disediakan dalam Rajah 7.

b) Namakan hormon yang dirembeskan oleh kelenjar R dan S berserta fungsinya

Kelenjar Hormon dirembeskan Fungsi hormon

R Tiroksina Mengawal kadar metabolism badan

S Insulin Mengawal aras glukosa dalam darah

c) Apakah yang akan berlaku kepada lelaki itu jika kelenjar R dan S merembeskan kurang
hormon?

Kelenjar Kesan kekurangan hormon

R
Kadar metabolisme rendah
S Aras glukosa dalam darah akan meningkat

d) Selepas menjalankan pemeriksaan kesihatan, seorang lelaki yang telah berkahwin disahkan
kekurangan hormon yang dirembeskan oleh kelenjar T.
Nyatakan satu masalah yang mempengaruhi kehidupannya dan nyatakan rawatan yang
boleh dilakukannya untuk mengatasi masalah tersebut.

Perkembangan seks sekunder bagi dirinya akan terjejas/Lambat akil baligh

Berjumpa dengan pakar sakit tuan ataupun berurut secara tradisional

e) Nyatakan lokasi bagi kelenjar R terletak?

Di hadapan trakea

10
CIKGU ABADI @ SMKIP 2020
MODUL ULAS SAINS T4 KSSM

4 a) Nyatakan empat ciri-ciri bagi hormon yang dirembeskan oleh kelenjar endokrin

Jawapan:

-Merangsang fungsi tisu atau organ khusus

-Dirembeskan dengan kuantiti yang sedikit

-Kesan adalah untuk jangka masa panjang dan lama

-Gerak balas adalah sangat perlahan

b) Rajah 8 menunjukkan beberapa contoh kelenjar endokrin.

Kelenjar pituitari Kelenjar adrenal

Kelenjar endokrin

Ovari Pankreas

Rajah 8

Kaji maklumat dalam Rajah 8 di atas dan bina konsep kelenjar endokrin.
Jawapan anda hendaklah berdasarkan aspek-aspek berikut:

i) Nyatakan satu maklumat daripada Rajah 8.

Kelenjar pituitari, kelenjar adrenal, ovari dan pankreas merupakan contoh kelenjar
endokrin

i) Nyatakan dua ciri sepunya bagi kelenjar endokrin.

-Kesan adalah untuk jangka masa panjang dan lama

-Gerak balas adalah sangat perlahan

ii) Nyatakan contoh lain bagi kelenjar endokrin.

Testis

iii) Nyatakan bukan contoh bagi kelenjar endokrin.

Sistem perkumuhan / Perut / Hati / Sistem pencernaan

iv) Hubungkaitkan ciri sepunya yang dinyatakan untuk membina konsep sebenar

Kelenjar endokrin ialah kelenjar yang akan memberikan kesan untuk jangka masa

yang panjang dan lama dan gerak balasnya adalah sangat perlahan

11
CIKGU ABADI @ SMKIP 2020
MODUL ULAS SAINS T4 KSSM

5 a) Nyatakan kesan akibat kekurangan dan kelebihan bagi hormon antidiuresis (ADH) dan
tiroksina
Jawapan:

Hormon Kesan kekurangan hormon Kesan kelebihan hormon

Penghasilan urin yang


Antidiuresis berlebihan Sakit kepala / Pening

Kadar metabolisme rendah Kadar metabolisme tinggi


Tiroksina

b) Rajah 9 menunjukkan seorang perempuan mengalami masalah pembengkakan leher akibat


masalah pada kelenjarnya dan menderita sejak berusia 19 tahun lagi.

Rajah 9

i) Berdasarkan Rajah 9, terangkan penyakit yang dialami oleh perempuan tersebut .


Penerangan anda hendaklah berdasarkan aspek-aspek berikut:

Mengenal pasti masalah

masalah pembengkakan leher akibat masalah pada kelenjarnya

Terangkan punca masalah tersebut

Akibat kekurangan hormon tiroksina

Terangkan dua kaedah penyelesaian masalah tersebut

Secara pengambilan ubat-ubatan seperti pil sintetik hormon tiroid secara oral

Kaedah kedua melalui pembedahan bagi mengelakkan kemungkinan akan

mengakibatkan barah tiroid dan kesukaran bernafas

12
CIKGU ABADI @ SMKIP 2020
MODUL ULAS SAINS T4 KSSM

Standard Kandungan 7.2 : Gangguan kepada Koordinasi Badan

1 Koordinasi badan boleh terganggu disebabkan oleh pelbagai faktor

2 Salah satu faktor utama ialah pengambilan dadah yang di luar kawalan

3 Apakah itu dadah?


Bahan kimia yang dapat mengganggu fungsi neuron dengan cara melambatkan pergerakan
impuls di dalam neuron, mengganggu koordinasi badan dan menyebabkan ketagihan

4 Jenis-jenis dadah dan kesannya

Penenang Perangsang

 Menghalang atau  Mempercepatkan pergerakan


melambatkan pergerakan impuls dalam koordinasi badan
impuls dalam koordinasi badan  Pengguna akan berasa sangat
 Pengguna akan mengantuk yakin dan berwaspada
dan kurang cemas terhadap perubahan sekeliling
 Kesan juga bergantung pada  Kesan juga bergantung pada
dos yang diambil dos yang diambil
 Contohnya : Barbiturat dan  Contohnya : Amfetamina dan
alkohol metamfetamin

 Mengubah laluan impuls di


 Bahan kimia yang boleh disedut dalam otak
menerusi pernafasan  Menyebabkan khayal,
 Menyebabkan halusinasi menjejaskan persepsi
 Merosakkan otak, peparu dan  Menjejaskan koordinasi otot
ginjal  Menyebabkan terdengar suara-
 Contohnya : Pelarut dan bahan suara dan terlihat objek tidak
gas wujud
 Contohnya : Ketamin dan LSD

Inhalan Halusinogen

5 Penyalahgunaan dadah menyebabkan ketagihan dan penagih akan mengalami simptom


penarikan jika tidak mengambil dadah. Antara symptom tersebut ialah menggigil, loya, resah
dan sedih.

6 Kesan penyalahgunaan dadah terhadap sistem saraf ialah

 Dadah akan merangsang degupan jantung, kadar pernafasan, dan tekanan darah di
mana akan menyebabkan lebih bertenaga, aktif, perasaan tidak menentu dan ganas
 Dadah juga akan menyebabkan gangguan persepsi, halusinasi dan ilusi
 Dadah juga akan melambatkan degupan jantung, kadar pernafasan, dan tekanan
darah di mana menyebabkan gerak balas terhadap rangsangan akan menjadi
lambat, mengantuk dan koordinasi otot yang lemah

7 Antara faktor-faktor yang menyebabkan penyalahgunaan dadah ialah

 Sifat ingin tahu


 Pengaruh rakan sebaya
 Mencari keseronokan
 Ingin mengatasi kesedihan atau melupakan masalah

13
CIKGU ABADI @ SMKIP 2020
MODUL ULAS SAINS T4 KSSM

Latihan Prestasi

1 Apakah itu dadah?

Bahan kimia yang dapat mengganggu fungsi neuron dan mengganggu koordinasi badan

2 Bagaimanakah dadah mengganggu fungsi neuron?

melambatkan pergerakan impuls di dalam neuron, mengganggu koordinasi badan

3 Nyatakan empat jenis dadah

Perangsang , Penenang, Halusinogen dan Inhalan

4 Padankan contoh dadah berikut kepada jenis kumpulan dadah yang betul.

Barbiturat Halusinogen

Metamfetamin Perangsang

Bahan gas Penenang

Ketamin dan LSD Inhalan

5 Nyatakan contoh dadah yang merupakan bahan kimia yang perlu disedut menerusi
pernafasan

Pelarut dan bahan gas

6 Berikut ialah maklumat bagi sejenis dadah X.

 Mempercepatkan pergerakan impuls dalam koordinasi badan


 Pengguna akan berasa sangat yakin dan berwaspada terhadap perubahan sekeliling

Apakah X? Metamfetamin / Amfetamina

7 Berikut ialah maklumat bagi sejenis dadah Y.

 Menghalang atau melambatkan pergerakan impuls dalam koordinasi badan


 Pengguna akan mengantuk dan kurang cemas

Apakah Y? Barbiturat dan alkohol

8 Namakan simptom yang berlaku ke atas seorang penagih yang menyalahgunakan dadah
secara berlebihan

menggigil, loya, resah dan sedih.

9 Nyatakan dua faktor yang menyebabkan penyalahgunaan dadah

Sifat ingin tahu dan pengaruh rakan sebaya

10 Apakah kesan penyalahgunaan dadah terhadap sistem saraf?

Dadah akan merangsang degupan jantung, kadar pernafasan, dan tekanan darah di mana
akan menyebabkan lebih bertenaga, aktif, perasaan tidak menentu dan ganas //

Dadah juga akan menyebabkan gangguan persepsi, halusinasi dan ilusi

14
CIKGU ABADI @ SMKIP 2020
MODUL ULAS SAINS T4 KSSM

Kesan Penyalahgunaan Dadah dan Alkohol kepada Koordinasi Badan

Ketidakseimbangan hormon

 Badan akan mengalami gangguan koordinasi. Badan akan terdedah kepada bahaya
dan kecederaan. Tubuh badan akan mengalami pertumbuhan yang melampau atau
tidak berlaku perkembangan jika berlaku kerosakan pada kelenjar pituitari.
Perkembangan seks sekunder juga akan terbantut jika hormon estrogen dan
testosterone gagal berfungsi dengan normal
 Gejala ketidakseimbangan hormon dapat diperhatikan melalui perubahan fizikal dan
mental seperti badan terlalu besar dan tinggi, terlalu kurus, murung dan kurang daya
ingatan

Pertuturan kurang jelas

 Mengambil alkohol akan memberikan kesan buruk kepada bahagian serebrum dalam
otak. Serebrum ialah bahagian otak yang mengawal pertuturan manusia
 Hal ini menyebabkan mereka yang minum alkohol secara berlebihan akan mengalami
pertuturan yang tidak jelas dan meracau

Tindakan reflex yang lambat

 Bahan kimia psikoaktif di dalam dadah dan etanol di dalam alkohol akan melambatkan
gerak balas sistem saraf terhadap rangsangan. Bahan kimia ini akan berada di antara
neuron aferen dengan interneuron. Pergerakan impuls akan terhalang dan akan
melambatkan proses penghantaran maklumat ke otak
 Hal ini dapat diperhatikan pada penagih dadah dan mereka yang minum minuman
beralkohol berlebihan

Hilang keseimbangan

 Pengambilan dadah dan minuman beralkohol akan menyebabkan koordinasi otot


lemah dan mengakibatkan cara berjalan tidak betul,terhuyung-hayang dan hilang
keseimbangan badan

15
CIKGU ABADI @ SMKIP 2020
MODUL ULAS SAINS T4 KSSM

Kesan Penyalahgunaan Dadah dan Alkohol kepada Kesihatan Fizikal dan Mental

Sirosis hati

 Pengambilan minuman beralkohol yang berterusan terutamanya jika diambil dalam


jumlah yang banyak dan penyalahgunaan dadah boleh memberikan kesan toksik
kepada hati dan menyebabkan sirosis hati
 Sirosis hati ialah keadaan hati mengalami kerosakan yang kronik, berparut, mengeras
dan tidak berfungsi seperti hati yang sihat. Parut ini akan merebak secara perlahan-
lahan sehingga fungsi hati hilang sepenuhnya

Hati yang sihat Sirosis hati

Ulser perut

 Alkohol boleh menyebabkan ulser perut


 Ulser perut atau ulser peptik merupakan satu keadaan selaput di dalam perut
mengalami luka
 Hal ini demikian kerana alkohol menyebabkan perut menghasilkan lebih banyak asid
daripada biasa yang akan mengakibatkan iritasi dan radang pada selaput di dalam
perut
 Pesakit akan mengadu pedih atau sakit di kawasan ulu hati, berasa kembung peru,
loya dan muntah
 Pesakit ulser perut juga boleh mengalami gejala yang lebih serius seperti muntah darah
dan najis berwarna hitam

Perlakuan ganas

 Pengambilan dadah seperti amfetamina akan mengaktifkan sel-sel otak dan


meningkatkan kadar metabolisme. Pengguna akan menajdi lebih aktif, tidak dapat tidir,
bersikap ganas dan agresif
 Seseorang yang minum beralkohol secara berlebihan akan mabuk dan hilang
kewarasan fikiran. Mereka yang berkelakuan seperti orang gila, ketawa berseorangan,
bertindak di luar kawalan dan boleh menjadi ganas

Halusinasi

 Dadah seperti ganja mengganggu fungsi otak. Dadah ini akan mengubah persepsi
seseorang pengguna
 Hal ini menyebabkan penagih itu mengalami halusinasi, paranoid atau perasaan syak
wasangka dan takut terhadap orang lain. Halusinasi juga mungkin menyebabkan
kelakuan menjadi agresif terhadap orang lain

16
CIKGU ABADI @ SMKIP 2020
MODUL ULAS SAINS T4 KSSM

Latihan Prestasi

1 Maklumat berikut merupakan salah satu jenis dadah X.

 Mempercepatkan pergerakan impuls dalam koordinasi badan


 Pengguna akan berasa sangat yakin dan berwaspada terhadap perubahan sekeliling

Apakah jenis dadah X?

A Penenang B Perangsang

C Inhalan D Halusinogen

2 Maklumat berikut merupakan salah satu contoh bagi dadah Y.

 Mengubah laluan impuls di dalam otak


 Menyebabkan khayal, menjejaskan persepsi

Apakah Y?

A Barbiturat B Metamfetamin

C Ketamin D Pelarut

3 Rajah 1 menunjukkan jenis kumpulan dadah

Jenis dadah

Perangsang T Inhalan Halusinogen

Rajah 1

Apakah salah satu contoh bagi dadah T?

A Barbiturat B Metamfetamin

C Ketamin D Pelarut

4 Antara yang berikut, padanan manakah yang betul?

Jenis dadah Contoh

A Penenang Alkohol

B Perangsang Barbiturat

C Inhalan Ketamin

D Halusinogen Metamfetamin

17
CIKGU ABADI @ SMKIP 2020
MODUL ULAS SAINS T4 KSSM

Latihan Prestasi : Soalan Struktur

1 Rajah 2 menunjukkan statistik penagih mengikut jenis dadah yang diguna pada tahun 2017.

Sumber : AADK Tahun 2017

Rajah 2

a) Apakah yang dimaksudkan dengan dadah?

Bahan kimia yang dapat mengganggu fungsi neuron dan mengganggu koordinasi
badan

b) Berdasarkan Rajah 2, apakah contoh dadah yang paling tertinggi


pengambilannya?

Metamfetamina

c) Apakah jenis dadah yang dinamakan di (b)?

Perangsang

d) Nyatakan kesan penyalahgunaan dadah jenis ganja terhadap koordinasi badan

mengganggu fungsi otak dan akan mengubah persepsi seseorang pengguna

e) Pada pendapat anda, penyalahgunaan dadah sering berlaku dalam kalangan


remaja yang meningkat usianya, apakah faktor yang mempengaruhi mereka
terjebak dalam hal ini?

Sifat ingin tahu dan pengaruh rakan sebaya

f) Berikan satu contoh lain bagi dadah yang satu kumpulan dengan metamfetamin?

Amfetamina

18
CIKGU ABADI @ SMKIP 2020
MODUL ULAS SAINS T4 KSSM

Stabdard Kandungan 7.3 Minda yang Sihat

1 Apakah yang dimaksudkan dengan minda yang sihat?


Minda yang sihat ialah keupayaan otak untuk menaakul dan berfikir iaitu mampu membuat
pertimbangan yang logik sebelum tindakan diambil

2 Minda yang sihat juga merujuk kepada sikap positif, berdikari, penyayang dan
bertanggungjawab

3 Individu yang mempunyai minda yang sihat mempunyai ciri-ciri seperti yang berikut:

 Boleh berfikir dan membuat pertimbangan yang wajar


 Mampu mengesan rangsangan dan bergerak balas dengan sewajarnya
 Boleh mengingati peristiwa silam yang sedih dan gembira
 Sanggup menerima cabaran
 Mampu membezakan yang betul dan salah
 Bertanggungjawab
 Hidup tenteram dan mempunyai pandangan positif terhadap kehidupan
 Bebas daripada prasangka
 Berfikiran terbuka
 Mampu menaakul

4 Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi minda dan kesihatan mental.

Pengambilan
minuman
beralkohol
Kecederaan
secara Ketidakseimbang
pada bahagian
berlebihan an hormon
otak akibat
jangkitan semasa haid atau
mikroorganisma sindrom prahaid
/patogen, dan juga selepas
kemalangan Faktor yang putus haid
atau tumor mempengaruhi
kesihatan
minda

Penyalahgunaa Tekanan mental


n dadah

Penuaan

a) Ketidakseimbangan hormon biasa berlaku sebelum atau semasa kitar haid dan juga
apabila putus haid. Kebiasaannya seseorang itu akan mengalami sakit kepala, murung
dan cepat marah
b) Pengambilan minuman beralkohol secara berlebihan akan menjejaskan keupayaan
seseorang untuk berfikir, mengesan rangsangan, menaakul dan mengawal emosi.
Seseorang yang mabuk boleh menjadi agresif dan membahayakan diri sendiri atau diri
orang lain
c) Penyalahgunaan dadah akan mendatangkan akibat buruk seperti kegagalan
melaksanakan kewajipan terhadap keluarga, kerja atau pelajaran, dan orang
sekeliling. Penyalahgunaan dadah boleh mengakibatkan masalah mental yang serius
d) Tekanan mental boleh menjejaskan minda yang sihat. Oleh itu, kita perlu sentiasa
pandai mengawal tekanan supaya tidak menjejaskan minda
e) Kecederaan otak boleh menyebabkan seseorang itu hilang ingatan atau daya intelek.
Kecederaan otak juga boleh menyebabkan seseorang mudah dipengaruhi oleh
perasaannya

19
CIKGU ABADI @ SMKIP 2020
MODUL ULAS SAINS T4 KSSM

Setiap individu seharusnya mempunyai minda yang sihat dan baik. Hal ini demikian kerana setiap
individu mempunyai tanggungjawab sendiri terhadap keluarga, tempat kerja, masyarakat dan
negara.

Keluarga Tempat kerja

 Menjalin hubungan yang baik


 Dapat membina keluarga antara pekerja dan majikan
bahagia
 Menjalin hubungan yang baik
 Membuat keputusan secara dengan rakan sekerja
bijak
 Menghasilkan kerja yang
 Menjadi teladan dalam berkualiti
keluarga supaya diikuti oleh ahli
 Berdisiplin
keluarga

Negara Masyarakat

 Berfikir dengan positif  Belajar menangani kritikan


 Amalkan nilai-nilai keagamaan dengan baik
dan moral  Boleh berperanan sebagai
 Mengamalkan cara hidup yang kawan untuk bertukar-tukar
sihat fikiran
 Dapat menjanakan ekonomi  Membantu masyarakat yang
negara dalam kesusahan

Latihan Prestasi

1 Apakah maksud minda yang sihat?

keupayaan otak untuk menaakul dan berfikir iaitu mampu membuat pertimbangan yang logik
sebelum tindakan diambil

2 Nyatakan lima ciri individu yang mempunyai minda yang sihat

Bertanggungjawab, berfikiran terbuka, mampu menaakul, bebas dari berprasangka

Hidup tenteram dan mempunyai pandangan positif terhadap kehidupan

3 Nyatakan lima faktor yang mempengaruhi kesihatan minda

Pengambilan minuman beralkohol secara berlebihan, tekanan mental, penuaan,

Penyalahgunaan dadah, dan tekanan mental

4 Sebagai seorang pelajar, apakah tanggungjawab anda terhadap keluarga dalam konteks
memenuhi kriteria minda yang sihat?

Menjadi teladan dalam keluarga supaya diikuti oleh ahli keluarga

20
CIKGU ABADI @ SMKIP 2020
MODUL ULAS SAINS T4 KSSM

Latihan Prestasi

1 Rajah 1 menunjukkan satu poster yang terdapat di Bilik Kesihatan di sebuah sekolah.

Badan yang Minda yang


Hidup ceria
sihat sihat

Rajah 1

a) Apakah yang dimaksudkan dengan minda yang sihat?

keupayaan otak untuk menaakul dan berfikir iaitu mampu membuat


pertimbangan yang logik sebelum tindakan diambil

b) Nyatakan dua faktor yang mempengaruhi kesihatan minda?

Tekanan mental

Penyalahgunaan dadah

c) Tandakan (√) individu yang mempunyai minda yang sihat

Mudah mengalah jika tidak berkemampuan

Selalunya berfikir negatif pada sesuatu isu

√ Boleh mengingati peristiwa silam yang sedih dan gembira

d) Jika seseorang mengambil minuman beralkohol berlebihan, adakah


mempunyai minda yang sihat? Terangkan.

Tidak mempunyai minda yang sihat Kerana alkohol dapat mengganggu


koordinasi badan dalam membuat keputusan

e) Jika anda mempunyai ramai kawan di sekeliling, apakah peranan anda


terhadap mereka dalam konteks mempunyai minda yang sihat?

Menjalinkan hubungan dengan baik dan sentiasa berprasangka baik dengan


rakan

~MODUL BP 7 : KOORDINASI BADAN TAMAT~

21
CIKGU ABADI @ SMKIP 2020

You might also like