You are on page 1of 3

Soalan Bab 12 (Bahagian 3)

1. Sistem saraf dan sistem endokrin mengkoordinasikan segala aktiviti yang berlaku dalam
badan.

2. Sistem endokrin terdiri daripada kelenjar yang merembeskan pengutus bahan kimia iaitu
kelenjar tidak berduktus

3. Mengapa hormon dirembeskan terus ke dalam aliran darah?

-untuk merangsang aktiviti kelenjar lain

4. Namakan kesemua kelenjar endokrin yang terdapat dalam seorang

(a) perempuan - kelenjar pituitari, kelenjar adrenal, kelenjar tiroid, pankreas, ovari

(b) lelaki - kelenjar pituitari, kelenjar adrenal, kelenjar tiroid, pankreas, testis

5. Mengapakah kelenjar pituitari dikenali sebagai kelenjar utama atau induk?

-karena menghasilkan hormon yang mengatur fungsi kelenjar atau sistem hormon lain, seperti
kelenjar tiroid, ovarium, testis, dan kelenjar adrenal

6. Dimanakah kedudukan kelenjar pituitari?

-di bahagian dasar otak dan posisinya sangat dekat dengan hipotalamus.

7. Kelenjar pituitari terdiri daripada dua lobus iaitu Lobus posterior dan

Lobus anterior

8. Terangkan mengapa walaupun hormon dirembeskan ke dalam aliran darah tetapi hanya organ
sasaran sahaja yang bergerak balas.
-kerana kelenjar endokrin manusia tidak mempunyai duktus

9. Lengkapkan jadual berikut yang berkaitan fungsi hormon yang dirembeskan oleh lobus
posterior kelenjar pituitari.

Hormon Tisu/Organ sasaran Fugsi


Antidiuresis Tubul ginjal Merangsang penyerapan
semula air
Oksitosin Otot uterus, kelenjar susu Merangsang pengecutan otot
uterus semasa kelahiran,
merangsang pengeluaran
susu daripada kelenjar susu

10. Lengkapkan jadual berikut yang berkaitan fungsi hormon yang dirembeskan oleh lobus
anterior kelenjar pituitari.

Hormon Tisu/ Organ sasaran Fungsi


Pluteinan Ovari, testis Merangsang ovulasi,
perkembangan korpus
luteum, dan rembesan
estrogen dan progesteron
Hormon pertumbuhan Tisu lembut ,tulang Merangsang pertumbuhan,
sintesis protein dan
metabolisme lemak
Adrenokortikotrof Korteks adrenal Merangsang korteks adrenal
untuk merembes hormon
Perangsang tiroid Kelenjar tiroid Merangsang tiroid untuk
merembes tiroksina
Perangsang folikel Ovari, testis Merangsang perkembangan
folikel dalam ovari,
merangsang
spermatogenesis

11. Hormon yang mengawal atur rembesan kelenjar hormon lain dikenali sebagai
hormon perangsang
12. Berikan 2 contoh hormon seperti dalam jawapan 11.
- hormon perangsang tiroid, hormon adrenokorikotrof
13. Namakan 3 hormon yang bertindak balas secara langsung pada organ sasaran.
- hormon pertumbuhan, oksitosin, hormon adtidiuresis
14. Namakan organ sasaran bagi setiap hormon yang dinyatakan di no 13.
- hormon pertumbuhan ; tulang, tisu lembut
-oksitosin ; otot uterus, kelenjar susu
- hormon adtidiuresis; tubul ginjal

15. Namakan hormon yang dirembeskan oleh hipotalamus dan fungsi hormon tersebut.
- hipotalamus merembeskan hormon perembes gonadotrofin(GnRH).GnRH merangsang
kelenjar pituitari untuk merembes FSH dan LH ke dalam darah

16. Lengkapkan jadual berikut berkaitan dengan kelenjar-kelenjar endokrin, hormon, organ
sasaran dan fungsi.

Kelenjar Hormon Tisu/Organ Fungsi


sasaran
Kelenjar adrenal Aldosteron Ginjal Meningkatkan
penyerapan semula
garam mineral di
ginjal
Kelenjar tiroid Tiroksina Semua tisu Meningkatkan suhu
badan
Kelenjar pankreas Glukagon Hati, otot, tisu Meningkatkan aras
adipos glukosa darah
Kelenjar testis Testosteron Gonad, kulit, otot, Merangsang
tulang perkembangan ciri-
ciri seks sekunder
lelaki dan
spermatogenesis
Kelenjar ovari Estrogen Gonad, kulit ,otot, Membaiki serta
tulang merangsang
penebalan dinding
uterus

17. Huraikan mekanisme penglibatan kedua-dua sistem saraf dan sistem endokrin dalam situasi
cemas atau ‘lawan atau lari’ (contoh soalan esei).
-hipolalamus menghantar impuls saraf secara terus ke medula adrenal dan merangsang sel
medula adrenal untuk merembeskan adrenalina dan noradrenalina. Kedua-dua hormon ini
bertindak pantas menghasilkan gerak balas yang diperlukan semasa situasi ini. Jantung
mengepam lebih banyak oksigen dan glukosa ke otak dan otot rangka kerana tenaga
tambahan diperlukan untuk berlawan /berlari dengan cepat. Kedua-dua sistem endokrin dan
sistem saraf bekerjasama untuk menghasilkan gerak balas serta merta bagi menangani
keadaan bahaya tersebut.

18. Bandingkan diantara sistem saraf dan sistem endokrin dengan memberi 3 persamaan dan 5
perbezaan di antaranya.
-persamaan; ada tisu/organ sasaran, hasilkan gerak balas terhadap sesuatu rangsangan,
berfungsi menyelaraskan segala aktiviti badan
- perbezaan;
Sistem saraf : tempoh kesan singkat, rangkaian berjuta-juta sel neuron, utusan dihantar dalam
bentuk impuls elektrik melalui neuron,gerak balas adalah cepat,kesan impuls hasilkan gerak
balas satu organ
Sistem endokrin : tempih kesan lama,kelenjar endokrin tanpa duktus,utusan diangkut oleh
bahan kimia organik,gerak balas perlahan dan berpanjangan,kesan hormon hasilkan gerak
balas terhadap beberaoa organ

19. Huraikan tentang isu kesihatan berkaitan sistem endokrin manusia berikut:
(a) diabetes mellitus - tidak hasilkan insulin yang mencukupi/tidak boleh menggunakan
isnsulin yang dihasilkan
(b) diabetes insipidus - lobus posterior kelenjar pituitarinya gagal merembeskan hormon
antidiuresis
(c) hipertiroidisme - rembesan tiroksina tidak mencukupi
(d) hipotiroidisme - rembesan tiroksina terlalu banyak
(e) kegergasian - rembesan hormon pertumbuhan secara berlebihan sewaktu usia kanak-
kanak
(f) kekerdilan - kekurangan rembesan hormon pertumbuhan srmasa tempoh pembesaan
20. Penyakit yang menyebabkan pembesaran kelenjar tiroid dikenali sebagai hipertiroidisme

You might also like