You are on page 1of 2

TAN HUI YEN PISMP Sem 3 MTE Ambilan Jan 2011

Refleksi
Semasa saya membuat tugasan ini, saya mendapat banyak ilmu pengetahuan mengenai Anatomi dan Fisiologi. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah kami iaitu En. Rosley bin Abdullah. Beliau telah memberi taklimat tentang cara menyiapkan tugasan tersebut. Mula-mula, saya dan ahli kumpulan telah mencari maklumat di pusat sumber. Selain itu, saya dan ahli kumpulan juga mendapatkan maklumat daripada laman internet supaya dapat melaksanakan tugasan ini. Kami juga menerima tunjuk ajar daripada senior supaya dapat menyempurnakan tugasan ini. Semasa membuat tugasan ini, saya telah mempelajari banyak pengetahuan mengenai Sistem Endokrin. Sistem pengawalan kelenjar tanpa saluran yang menghasilkan hormon yang di tubuh melalui aliran darah untuk mempengaruhi organ-organ lain. Hormon merujuk kepada sebatian kimia yang bertindak sebagai penyampai maklumat atau isyarat antara sel-sel badan melalui darah dan penting dalam transduksi isyarat organisma multisel. Melalui tugasan ini, saya juga dapat mempelajari tentang pelbagai jenis hormon yang dihasilkan oleh kelenjar yang berbeza. Sebagai contoh, kelenjar pituitari menghasilkan hormon pertumbuhan manakala kelenjar pineal menghasilkan hormon melatonin. Fungsi hormon pertumbuhan adalah untuk menghasilkan tisu dan mengekalkan kesihatan badan. Hormon pertumbuhan juga dapat melakukan proses rejunavasi, tisu kulit, tulang dan otot serta meningkatkan daya ketahanan semula jadi. Fungsi hormon melatonin pula dapat mengoksidasikan radikal bebas yang boleh merosakkan sel-sel badan dan kesan-kesan sampingan metabolism serta memperbaiki kualiti tidur pada waktu malam. Selain itu, saya juga dapat mempelajari masalah dan kesan yang dihadapi sekiranya sistem endokrin terganggu. Sekiranya mengalami kekurangan hormon pertumbuhan, kanak-kanak akan mengalami kekerdilan, iaitu pertumbuhannya tersekat. Sekiranya mengalami kelebihan hormon pertumbuhan, akan menyebabkan kegergasian di kalangan kanak-kanak

TAN HUI YEN PISMP Sem 3 MTE Ambilan Jan 2011 serta menyebabkan akromegali di kalangan orang dewasa, iaitu, pertumbuhan luar biasa pada tulang tangan, kaki dan tengkorak. Sekiranya mengalami kekurangan hormon insulin pula, aras glukosa dalam darah meningkat dan menyebabkan diabetes melitus (glukosa hadir dalam air kencing). Sekiranya mengalami kelebihan hormon insulin pula, penurunan aras glukosa dalam darah hingga boleh membawa maut. Di samping itu, saya juga dapat mempelajari cara untuk mencari dan menganalisis maklumat tentang langkah-langkah rawatan dan pencegahan dalam masalah yang dihadapi oleh sistem endokrin. Sebagai contoh, Salah satu cara rawatan untuk penyakit Goiter adalah ubat-ubatan. Sekiranya berlaku keradangan pada kelenjar tiroid, doktor mungkin mencadangkan pengambilan aspirin atau kortikosteroid keradangan. Selain itu, pembedahan juga boleh dilakukan untuk goiter yang besar dan mendatangkan ketidakselesaan atau sukar bernafas dan menelan. Iodin radioaktif juga boleh digunakan untuk kelenjar tiroid yang terlalu aktif yang diberi secara oral dan akan sampai di kelenjar tiroid melalui saluran darah dan memusnahkan selsel tiroid. Melalui tugasan ini, saya juga dapat mempelajari mengenai teknik membina bantu belajar untuk Sistem Endokrin dengan persembahan slaid, iaitu Power Point. Melalui penghasilan persembahan slaid ini, saya dapat mempelajari cara menganalisis maklumat, mencari gambar dan mengaplikasikan teknik persembahan slaid dalam tugasan ini. Secara tuntas, saya telah mempelajari banyak maklumat semasa membuat tugasan ini. Sekian, terima kasih.

You might also like