You are on page 1of 22

Tajuk 2

Sinopsis

PERKEMBANGAN ASPEK FIZIKAL

Modul ini membincangkan tajuk Sistem reproduktif lelaki,Sistem reproduktif perempuan, Akil Baligh,Perubahan Fizikal Semasa Akil Baligh,Perubahan Emosi dan Psikologi Semasa Akil Baligh,Persenyawaan,Kehamilan dan Keperluan Asas dan sebagainya. Pada akhir modul, anda dibekalkan dengan soalan latihan serta panduan su mber bacaan.

Hasil Pembelajaran

Setelah selesai mengikuti modul ini, diharap anda dapat: 1. Mengenalpasti beberapa bahagian dan fungsi sistem reproduktif lelaki perempuan 2. Menghuraikan tentang akil baligh 3. Mengenal pasti ovulasi,haid dan ihtilam sertaperubahan fizikal dan tingkah laku semasa akil baligh 4. Mengenal pasti kepentingan penjagaan pranatal dan keperluan asas semasa kehamilan 5. Merangkakan dan menjalankan perbandingan dan membeza ciri perubahan fizikal, emosi dan psikologi remaja lelaki dan perempuan 6. Menjelaskan tentang proses fisilogi sewaktu persenyawaan dalam tubuh 7. Menjelaskan proses fisiologi kehamilan Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini SISTEM REPRODUKTIF L wanita dan

AKIL BALIGH

SISTEM REPRODUKTIF P PERUBAHAN EMOSI DAN PSIKOLOGI SEMASA AKIL BALIGH

PERUBAHAN FIZIKAL SEMASA AKIL BALIGH

ASPEK FIZIKAL

PERSENYAWAAN

KEHMILAN DAN KEPERLUAN ASAS

13

KANDUNGAN 2.0 Bahagian dan fungsi sistem reproduktif lelaki dan perempuan SISTEM REPRODUKTIF LELAKI

Rajah 4.1: Organ reproduktif lelaki Sistem reproduktif lelaki terdiri daripada beberapa organ. Antaranya ialah zakar, testis, saluran urethra dan kelenjar prostat Fungsi Sistem Reproduktif Lelaki Organ Zakar Fungsi 1. Organ persetubuhan lelaki yang menyalurkan semen dan sperma untuk tujuan reprodu ksi 2. Berfungsi untuk menyalurkan air kencing keluar daripada tubuh lelaki Tesis 1. Organ yang menghasilkan sperma 2. Sel-sel dalam testis menggeluarkan hormon lelaki iaitu testosteron 3. Hormon testosteron mengembangkan sifat kejantinaan lelaki Kelenjar prostat 1. Kilang yang menghasilkan bendalir cair bersifat alkali 2. Bendalir ini adalah sebahagian daripada komponen air mani 3. Sifat alkalinya melindungi sperma daripada tindak balas dalam saluran kencing dan dalam faraj perempuan Saluran urethra 1. Saluran yang mengalirkan air mani dan air kencing

14

SISTEM REPRODUKTIF PEREMPUAN

Rajah 4.2: Orga n reproduktif perempuan Sistem reproduktif perempuan terdiri daripada organ luaran dan organ dalaman.Organ luaran terdiri daripada labia majora, labia minora, klitoris, selaput dara dan perineum, manakala organ dalaman adalah seperti yang diterangkan dalam Jadual 4.2. Fungsi Sistem Reproduktif Perempuan Organ Vulva Fungsi 1. Vulva adalah komponen organ reproduktif perempuan yang membentuk organ kemaluan luar 2. Ia terdiri daripada vagina, clitoris, labia minora dan labia majora Ovari 1. Setiap perempuan mempunyai 2 ovari 2. Ovari menghasilkan hormon estrogen dan sel reproduktif perempuan atau ovum 3. Sel ovari turut menggeluarkan hormon progesteron Tiub Fallopian 1. Saluran fallopian menghubun gkan uterus dengan ovari 2. Ia menyediakan saluran perjalanan untuk pergerakan ovum yang telah disenyawakan ke uterus 3. Persenyawaan atau percantuman ovum dan sperma biasanya berlaku dalam saluran fallopian

15

Fungsi Sistem Rep roduktif Perempuan Organ Lapisan Dinding Uterus Fungsi 1. Lapisan yang terdiri daripada otot 2. Lapisan ini menyediakan ruang untuk ovum yang telah

disenyawakan melekat 3. Zsemasa proses kelahiran, otot-otot ini menguncup untuk membantu pros es mengeluarkan bayi

Servik

1. Serviks berfungsi sebagai leher uterus yang terletak pada bahagian bawah sekali 2. Di dalamnya terletak saluran yang menyambung faraj dengan uterus

Faraj

1. Bahagian yang menyambungkan organ reproduktif dengan luar tubuh 2. Ia adalah organ persetubuhan perempuan 3. Faraj juga adalah saluran untuk darah haid keluar. Faraj menyediakan sebahagian daripada saluran kelahiran bayi

2.1

Akil Baligh

Akil baligh merujuk kepada fasa perubahan antara zaman kanak-kanak kepada zaman remaja. Akil baligh dicirikan dengan bebera pa perubahan fizikal, mental dan sosial. Ciri-ciri perubahan ini berbeza antara lelaki dan perempuan. Fasa akil baligh berbeza bagi setiap individu. Sesetengah kanak-kanak akan mencapai akil baligh sebelum usia sepuluh tahun dan ada yang mengalaminya semasa belasan tahun. Tahap permulaan akil baligh dipengaruhi oleh kadar hormon di dalam badan. Pemakanan di zaman kanak-kanak banyak mempengaruhi perkembangan ini. Pemakanan yang mencukupi dan seimbang serta taraf kesihatan yang baik mempengaruhi usia seseorang kanak-kanak mencapai akil baligh. 2.2 Ovulasi (Pengeluaran Ovum)

Ovari terdiri daripada sel-sel reproduktif perempuan. Apabila seseorang perempuan telah akil baligh, sel-sel ini menjadi matang dengan ban tuan hormon. Sel ovum yang telah matang akan pecah dan menolak ovumnya ke dalam umbai saluran Fallopian. Proses ini dinamakan ovulasi atau pengeluaran ovum. Proses ini berlaku dalam pertengahan pusingan haid tetapi masanya berbeza di antara individu. Ovum yang dibebaskan akan bergerak ke saluran Fallopian dan bersedia untuk disenyawakan.

16

2.2.1

Haid

Kedatangan haid adalah petunjuk utama akil baligh seseorang perempuan dan organ reproduktif telah berfungsi.Haid adalah petunjuk bahawa organ reproduktifperempuan telah berfungsi.Haid dicirikan dengan pengeluaran darah daripada faraj. Pusingan haid biasanya berlaku di antara 28 hingga 35 hari. Seseorang perempuan akan mengalami haid selama 3 hingga 6 ha ri. Tempoh haid ini berbeza antara individu. Ovum atau sel telur akan menjadi matang di dalam ovari. Hormon progesteron akan merangsang lapisan tebal darah yang baru terbentuk semula di dalam uterus. Semasa pertengahan kitaran haid, ovum atau telur dibebaskan daripada ovari ke saluran Fallopian. Sekiranya ovum tidak disenyawakan oleh sperma, ovum akan hancur dan dikeluarkan melalui faraj. Bekalan hormon progesteron yang menyuburkaN lapisan uterus akan terhenti. Lapisan dinding uterus akan luruh dan keluar sebagai darah haid. Tetapi sekiranya ovum disenyawakan dan janinmelekat pada dinding uterus yang subur ini, haid tidak berlaku kerana kehamilan telah berlaku. Seseorang perempuan akan mengalami haid setiap bulan sehinggalah dia memasuki fasa putus haid atau menopause. Gangguan haid seperti lewat atau tidak teratur akan berlaku jika seseorang mengalami gangguan emosi atau tekanan. 2.2.2 Ihtilam

Ihtilam atau mimpi basah (wet dream) berlaku kepada kanak-kanak lelaki.Ihtilam adalah petanda bahawa kanak-kanak tersebut telah remaja dan organ reproduktif telah mula berfungsi. Remaja lelaki akan mengalami mimpi yang ghairah sehingga mengeluarkan sperma. Perkara ini adalah normal dalam kalangan kanak-kanak lelaki. Mereka perlu didedahkan dengan makl umat ini. S

EMAK KEN

17

2.2.3

Perubahan fizikal dan tingkah laku

LELAKI Suara menjadi garau Misai dan janggut mula tumbuh Bulu mula tumbuh di bahagian tertentu tubuh Bahu dan dada menjadi bidang Tubuh berotot Jerawat mula tumbuh dimuka Zakar dan buah zakar mula membesar Mengalami mimpi yang mengairahkan sehingga mengeluarkan aair mani Perubahan inilah yang menunjukkan kanakkanak lelaki telah akhir baligh

Perubahan Semasa Akhir Baligh PEREMPUAN Payu dara mula membesar Bulu mula tumbuh di celah ketiak dan bahagian ari-ari Punggung melebar Jerawaat mula tumbuh dimuka Suara berubah dari suara keanak-anakan kepada suara yang lebih matang Mula datang haid

Rajah 4.3: Perubahan semasa akil baligh

18

2.3

Kepentingan penjagaan pranatal Tempoh purata kehamilan manusia ialah 280 hari atau 40 minggu. Penjagaan adalah penting bagi ibu mengandung. Suami perlu bertanggungjawab dalam memberikan sokongan moral kepada ibu. Penjagaan semasa pranatal adalah seperti berikut : Kehadiran berkala di klinik pranatal Ibu mengandu ng perlu mendapat rawatan dan khidmat nasihat di klinik secara berkala bagi penjagaan diri dan kandungannya.Biasanya ibu mengandunng perlu ke klinik pranatal sekurang-kurangnya lapan kali semasa tempoh kehamilannya. Makanan seimbang Makanan seimbang amat penting ketika mengandung bagi ibu dan kandungannya . Senaman Senaman semasa kehamilan membantu meningkatkan serta merangsa ng peredaran darah, memelihara postur yang baik, memperkuat otot dan men ambah keupayaan berehat. Terdapat banyak senaman yang sesuai dilakukan oleh ibu mengandung. Senaman pranatal Senaman pranatal adalah senaman semasa mengandung . Ia disyorkan bersenam semasa tempoh mengandung tetapi kurangkan bilangan senaman bila mana kandungan and a membesar. Jenis-jenis senaman Walau pun anda mengandung, anda perlu meneruskan senaman dan jika belum, mulakan sekarang.Dibawah ini adalah senaman yang sesuai untuk anda: Senaman peredaran darah Senaman regangan o Kaki o Tangan Senaman penafasan Senaman regangan belakang Senaman leher 19

Senaman abdomen (Perut) Senaman pelvis (senaman men gangkat punggung) Senaman otot - otot pelvis (otot -otot punggung )

Mengekalkan postur yang baik 1. Berdiri Berdiri dan bersenang diri dengan postur tegak. Meluruskan tulang belakkang dan mengecutkan bahagian perut dan punggung dan relaks bahu anda.

2. Duduk tegak dengan tulang belakang yang disandarkan. Gunakan bantal kecil untuk mengampu belakang anda. Duduk diatas kerusi penyandar yang tinggi bagi menyokong belakang anda Kedua dua peha hendakl ah diatas kerusi, dan kedua dua kaki anda direhatkan diatas lantai yang rata, jika kamu duduk dalam keadaan yang lama, pusingkan bahu dalam satu arah kemudian berlawanan arah untuk melegakan tegangan .

20

3. Berbaring sendalkan bantal dibawah kedua peha anda bagi mendapatkan lebih keselesaan.

4. Mengiring dengan dua bantal dibawah kepala dan satu bantal dibawah dikepit antara lutut dan peha bagi mengelakkan kejangan sacroiliac joint (sendi peha ) postur begini sesuai bagi anda diperingkat akhir mengandung.

5. Mengangkat bebanandengan keadaan yang selamat iaitu membengkok an lutut anda untuk mengangkat, bagi mengekalkan graviti (pusat daya tarikan bumi)

6. Mengangkat bebanandengan keadaan yang selamat iaitu membengkokan lutut anda untuk mengangkat, bagi mengekalkan graviti (pusat daya tarikan bum i) 21

Garis panduan program senaman untuk mempastikan keselamata n dan kesihatan semasa mengandung. Yang perlu dibuat: a) Jika anda telah mengikuti program senaman yang tetap sebelum anda men gandung, kekalkan program tersebut kesatu tahap semasa tempoh mengandung. b) Senaman tidak akan menyebabkan risiko keguguran. c) Jika anda baru memulakan senaman, mulakan dengan perlahan-lahan dan berhati hati agar tidak membebankan diri anda. d) Fahami kemampuan diri anda, elakkan unsur persaingan. e) Melakukan senaman dengan tetap se kurang kurang nya 3 kali seminggu adalah selamat daripada melakukan aktiviti senaman sekali sekala yang mendadak. f) Berhati-hati 'warm up' perlu mendahului latihan-latihan bertenaga yang mesti diikuti 'Cooling down' atau penurunan yang beransur-ansur. g) Berhati hati untuk memanaskan badan kemudian diikuti dengan senaman yang bertenaga dan diikuti pula dengan menurunkan aktiviti -aktiviti secara perlahan lahan. h) Minum banyak air dan kerap berehat i) Mengawal berat badan patut ditekankan bagi merperbaiki otot otot bahagian atas badan dan bahagi an perut.dan regangan sebelum dan selepas setiap senaman. j) Makan makanan berkhasiat termasuk makan banyak buah buahan, sayura n dan karbohidrat kompleks.

22

Pekara yang dilarang a) Elakkan aktiviti yang menyentap, melambung-lambung dan gerakan-gerakan tangkas. b) Jangan sekali kali melakukan senaman yang mengakibatkan kepenatan yang melampau atau sesak nafas. Ini menandakan anda dan janin anda tidak mendapat bekalan oksigen yang diperlukan. c) Elakkan melakukan senaman dal am cuaca yang sangat panas. d) Bilangan denyutan jantung ibu tidak melebihi 140/ seminit dan senaman yang bertenaga tidak melebihi 15minit. e) Elakkan tanah yang tidak rata dan berbuki t bukit semasa aktiviti berlari atau berbasikal. f) Elakkan sukan lasak. g) Elakkan mengang kat bebanan di atas kepala dan bebanan yn g menyebabkan tegangan otot dibahagian bawah belakang. h) Jangan membeng kokan sendi-sendi secara berlebihan. i) Hentikan senaman dengan segera jika anda mengalami tanda tanda berikut: o Sakit dada, o Perdarahan dari faraj atau kontraksi atau jika anda mengalami pecah mentuban, o Kabur penglihatan, pening, dan pitam, Denyutan jantung tidak tetap o Bertambah bengka k dikaki, tangan dan buku lali o Perubahan suhu badan yang mendadak.

10. Semasa trimester kedua dan ketiga elakkan senaman berbaring rata dilantai yang boleh mengakibatkan kurang bekalan darah ke rahim anda. Senaman untuk melegakan sakit belakang semasa mengandung. Dibawah ini adalah senaman mudah untuk melegakan sakit belakang semasa mengandung:

1.Melutut seperti kedudukan merangkak dengan meluruskan bahagian belakang. Bayangkan anda sedang mengimbangi sebuah dulang dibelakang anda. Jungkitkan dulang dengan menguncupkan otot dibahagian abdomen (p erut), dan tolakkan sedikit bahagian belakang keatas. Rata semula bahagian belakang, dan ulangi sehingga 6 hingga 8 kali. Kekalkan kedudukan untuk 5 saat. 23

2.Pusingkan setiap bahu kehadapan 5 kali dan kebelakang 5 kali. Pakai coli yang mempunyai sokongan yang baik.

3.Baring melentang dengan me mbengkokan kedua dua lutut dan kedua dua tapak kaki diatas lantai, dengan menget atkan bahagian perut serta menolakkan kebawah sehingga bahagian belakang anda rapat ke lantai..

24

4.Baring melentang dengan me mbengkokan kedua dua lutut dan kedua dua tapak kaki diatas lantai, tarik lutut kanan anda perlahan lahan ke dada, ulangi gerakan yang sama untuk lutut kiri anda.

Baring mengiring dan cuba bawa lutut anda ke bahu anda. Pakaian yang sesuai Pakaian Longgar dan selesa dan tidak mencengkam dibahagian pinggang. Pakaian yang longgar dibahagian depan (potongan baju mengandung). Gaun wanita mengandung adal ah lebih selesa bilamana kandungan membesar. Memilih paka ian dalam Pakai pakaian dalam yang bers aiz besar dan bercangkuk lebar dibahagian belakkang dan bertali lebar dibuat dari kain kapas yang nipis semasa mengandung. Bagi penyusuan susu ibu pakai pakaian dalam yang boleh dibuka dibahagian depan. Pakai seluar dalam yang dikhaskan bagi wanita mengandung. Kasut yang sesuai Pakai kasut bertumit rendah kera na ia sesuai untuk postur dan belakang anda dari memakai kasut bertumit tinggi atau kasut leper. Pilih kasut kulit atau kanvas agar kaki anda dapat eda ran udara. Kasut sukan yang mempunyai sokongan lengkok tapak kaki dan tumit yang baik adalah sesuai dipakai dirumah atau bersiar-siar.

25

2.4

Ciri perubahan fizikal,emosi,psikologi remaja lelaki dan perempuan FIZIKAL Berlaku perubahan rupa dan bentuk seperti munculnya jerawat dalam kalangan lelaki dan perempuan Perubahan lain: Remaja lelaki, mulai tumbuh misai dan remaja perempuan, buah dada semakin membesar Semakin jelas ciri-ciri kelakian dan keperempuanan

Peringkat Umur

Perubahan

8 11 tahun

Alat kelamin iaitu rahim dan faraj mula membesar

9 15 tahun

Buah dada semakin membesar dan pejal Bulu di sekitar kemaluan menjadi lebih hitam dan kasar Lelehan faraj semakin banyak dan bibir labium menjadi tebal

10 16 tahun

Puting buah dada membesar dan menonjol menjadi jelas Bulu kemaluan tumbuh dalam bentuk segi tiga terbalik Bulu ketiak mula tumbuh Haid pertama terjadi Rahim, telur, dan faraj menjadi lebih matang Ovari mengeluarkan telur yang boleh disenyawakan Ketinggian tubuh menjadi perlahan Buah dada membesar menyerupai buah dada permpuan dewasa Putaran haid menjadi lebih teratur Kerampingan tubuh bad an mengikut kontur tubuh perempuan dewasa

12 19 tahun

26

Peringkat umur

Perubahan

9 15 tahun

Testis (buah zakar) mula membesar Kulit kerandut testis menjadi merah dan kasar Bulu kemaluan mula tumbuh pada pangkal zakar (penis) Otot badan membe sar dan ketinggian menjadi semakin pantas Zakar mula memanjang Testis dan kerandutnya terus membesar Bulu kemaluan mula menjadi lebat dan kasar Bidang dada dan bahu bertambah Peti suara menjadi matang dan garau Zakar memanjang dan men besar sari segi ukur lilitnya Bulu ketiak menjadi lebih nyata Pancutan air mani pertama dirasai atau bermimpi Kilang air peluh menjadi aktif, justeru jerawat bertambah

11 16 tahun

11 17 tahun

14 18 tahun

Bentuk susuk tubuh seakan-akan lelaki dewasa Bulu dada menjadi lebih nyata Ketinggian masih bertambah, otot-otot semakin lingkungan umur 20an

membesar sehingga

27

PSIKOLOGI Remaja mula mempamerkan rasa tindak balas terhadap perubahan diri seperti cuba membentuk identiti diri Identiti dibentuk melalui imej berpakaian, cara berfikir dan kefahaman tentang orientasi seksual dan peranan jantina masing-masing Krisis identiti akan berlaku sekiranya pada masa ini didapati ada gangguan dari dalam dan luar diri seseorang Remaja akan mengalami penyakit ganjil seperti homoseksualiti dan transeksualiti (permasalahan orientasi seksual) Ada juga remaja yang enggan menjadi dewasa dan menolak proses kedewasaan melalui kecelaruan identiti Remaja mula lebih berani melakukan hubungan sek s sebagai langkah percubaan awal

EMOSI Emosi adalah salah satu komponen dalam kognitif manusia. Sebagaimana pentingnya domain pengetahuan dan psikomotor, begitu juga dengan emosi. Ia umpama pendorong kepada domain pengetahuan untuk melakukan sesuatu.Unsur-unsur utama perasaan yang dimanifestasikan dalam bentuk emosi ialah perasaan benci, suka, minat dan cinta. Elemen-elemen ini yang akan mempengaruhi sikap mereka terhadap s esuatu perkara dan objek. Perubahan Mental dan Emosi Semasa Remaja } } } } } } }

Kedua-dua remaja lelaki dan perempuan menyedari perubahan fizikal yang berlaku Mereka lebih peka dan memberi lebih perhatian terhadap rupa dan perwatakan diri masingmasing Remaja kerap meluangkan masa untuk membuat persiapan diri, berdandan di hadapan cermin dan mula minat menggunakan pewangi Remaja lelaki lebih agresif dan aktif serta minat terhadap perempuan mula terserlah Bagi remaja perempuan, naluri keibuan (minat dan kecenderungan terhadap kank-kanak), sifat pemalu dan minat terhadap lelaki mula berkembang Perubahan mental dan emosi kedua-dua remaja lelaki dan permpuan akan mempengaruhi remaja dari segi pergaulan, penampilan diri dan tingkah laku Terdapat sesetengan remaja yang lebih gemar bersama-sama rakan sebaya berbanding dengan ahli keluarganya sendiri 28

} }

Remaja juga tidak suka ditegur dan dimarahi seperti zaman kanak-kanak Ada yang mula melawan dan memberontak apabila ditegur

2.5

Proses fisiologi sesuatu persenyawaan dalam tubuh badan Proses yang awal berlaku dalam sistem reproduktif manusia. Ia terbahagi kepada tiga proses:-

PERGERAKAN SPERMA Sperma dikeluarkan daripada dua testi s lelaki. Sperma mempunyai bentuk seperti berudu yang amat halus Sperma dilepaskan ke dalam faraj melalui saluran urethra. Berjuta-juta sperma akan bergerak ke arah uterus, namun hanya satu sperma sahaja yang mung kin berjaya menembusi dan bercantum dengan ov um di saluran fallopian

29

IMEJ PERGERAKAN SPERM A PERGERAKAN PERSENYAWAAN

Sperma dan ovum yang telah bercantum akan bergerak daripada saluran Fallopian menuju ke uterus. Ia akan melekat pada dinding uterus yang subur. Proses pembentukan embrio bermula Embrio berkembang menjadi janin dan bera da di uterus selama 40 minggu.

PEMBAHAGIAN SEL Apabila sperma bertemu dengan ovum, salah satu sperma yang mengelilingi ovum akan menembusi ovum. Percantuman kedua-duanya akan membentuk zigot. Kromosom akan terbentuk menjadi 23 pasang. Setengah da tang daripada sperma dan setengah lagi daripada ovum 2..6 Proses fisiologi kehamilan Kehamilan adalah fasa dalam hidup seseorang individu yang cukup menakjubkan

30

KEHAMILAN

31

2.7 PERINGKAT DALAM PROSES KEHAMILAN Peringkat perkembangan fetus

RUMUSAN Memahami proses reproduktif adalah penting bagi membantu seseorang lebih bersedia untuk menempuh masa kehamilan dan saat melahirkan zuriat. Proses persenyawaan terdiri daripada tiga proses iaitu : pergerakan sperma, pergerakan persenyawaan dan pembahagian sel. Peringkat kehamilan dibahagikan kepada tiga iaitu peringkat awal, peringkat pertengahan dan peringkat akhir. Semasa proses kehamilan, ibu mengandung mengalami perubahan fizikal yang mendadak seperti perubahan saiz payu dara, pening dan mabuk, kerap kencing dan bengkak kaki. Penjagaan asas kehamilan merangkumi pemeriksaan kesihatan berkala, senaman ibu hamil, makan makanan seimbang. Ibu hamil perlu rehat secukupnya. Selain itu, sokongan emosi dan mental daripada keluarga juga amat penting.

32

TUGASAN TERARAH

1. Apakah perubahan e mosi yang dialami oleh remaja? 2. Mengapakah perubahan emosi ini berlaku? 3. Apakah kesannya jika perubahan emosi tidak ditangani dengan baik? 4. Kajian kes: Lingam dan Letchumy ialah sepasang kekasih. Akibat hilang pertimbangan dalam hubungan, mereka telah melakukan hubungan seks luar nikah dan mengakibatkan Letchumy mengandung. 4.1 Apakah tindakan yang perlu dilakukan oleh Lingam dan Letchumy? 4.2 Apakah kesan terhadap kesihatan fizikal, emosi, mental dan sosial Letchumy jika kehamilan diteruskan sehingga proses kelahiran dan jika kandungan digugurkan? PORTFOLIO

Dokumen atau tugasan perlu

disimpan dalam portfolio dan

diserahkan kepada

pensyarah dalam bentuk soft dan hard copy.

33

RUJUKAN Baharudin Omar. (1997). Asas penjagaan kesihatan kanak-kanak. Kuala Lumpur. Bignell,S.(1980),Family Life Education:Resources for the Elementary Classroom,Network Publications,California. Bignell,S.(1982),Family Life Education:Curriculum Guide,Network Publications,California. Bignell,S.(1982),Sex Education:Teacher s Guide and Resource Manual,Network Publications,California. Boyd, D. & Bee, H. (2006). Lifespan development. Pearson Education , Inc. DeSpelder,L.A.& Prettyman,N.(1980),A Guidebook for teaching Family Living,Allyn and Bacon,Boston. Federation of Family Planning Association(1985), A Curriculum on Family Life Education for Yourth Organizations,FFPA,Malaysia Kementerian Kesihatan Malaysia. (1998). Rahsia remaja. Kuala Lumpur. Masood. (1990). Anatomi dan fisiologi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Readers Digest. (2002). Facts at your fingertips. Readers Digest. Saccuzzo, D. P. (1987). Psychology: From research to applications. Boston: Allyn and Bacon. Shriver,S.P.,Byer,C.O.,Shainberg,L.W.&Galliano,G.(2002),Dimensions of Human Sexuality,(6th edn),McGraw-Hill,Inc,New York. Weinste in,E,&Rosen,E.(1999),Teaching Children About Health,Morton Publishing Company,Colorado. Wilson, K.J.W. (1992). Anatomy and physiology in health and illness. Edinburgh: Churchill Livingstone.

LAMAN WEB URL:http://www.siecus.org/ URL:http://www.serc.mb.ca/ URL:http://www.unescobkk.org/ URL:http//www.plannedparenthood.org/education/ URL:http//www.safehealthyschools.org/sexualityeducation/gateway.html URL:http//www.latrobe.edu.au/aidsap/icaap/themes/gender04.html 34

You might also like