You are on page 1of 17

INSTITUT LATIHAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA SULTAN

AZLAN SHAH

31250 TANJONG RAMBUTAN


PERAK DARUL RIDZUAN

KURSUS DIPLOMA PEMBANTU PERUBATAN


TAHUN 3 SEMESTER 1

CASE STUDY

UNIT DEWAN BERSALIN


(HOSPITAL SUNGAI SIPUT)

TAJUK:
NORMAL DELIVERY

Nama Pelatih: MUHAMMAD SYAHMI BIN JAFREE

No. K/P : 980701

No. Matrik : BPP2017-1004


MAKLUMAT PESAKIT

NAMA : NUR AZIRA BINTI AZIZ

UMUR : 23 TAHUN

NO.I/C : 930518-08-5944

JANTINA : PEREMPUAN

BANGSA : MELAYU

PEKERJAAN : SURI RUMAH

DATE OF ADMISSION : 17/3/2019

DATE OF DELIVERY : 18/3/2019

HISTORY :

Pesakit datang ke hospital dengan aduan mengalami sakit dibahagian abdomen


dan keluar cecair seperti darah berwarna merah. Tiada pembukaan os, dan
beliau dimasukkan ke dalam wad untuk pemerhatian. Pada 18/3/2019, beliau
mengadu sakit yang teramat. Pemeriksaan vagina yang dilakukan menunjukkan
pembukaan os sudah 7 cm. beliau segera dimasukkan ke dalam dewan bersalin.
Pemerhatian dan pemeriksaan dilakukan secara berkala kepada beliau. Tepat
jam 10.13 am, pembukaan os sudah 10 cm, dan pada pukul 10.30 am beliau
selamat melahirkan anak lelaki seberat 3.5 kg dan tinggi 48.5cm
PENGENALAN

Proses kehamilan bermula apa apabila telur dan sperma bersatu untuk menjadi satu
sel-titik permulaan kepada satu kejadian yang menakjubkan. Sel kecil ini akan terbahagi
berulang kali sehingga pada minggu yang ke 38, ia berubah menjadi manusia yang
mempunyai lebih dari 2 trilion sel.

Semasa proses persenyawaan ini, lebih kurang 100 sperma cuba untuk menembusi
dinding ovum, walaubagaimanapun cuma satu saja yang akan berjaya memasukinya.
Selepas mereka bersatu, selaput ovum
tiba-tiba bertukar dan bertindak menyekat
kemasukkan sperma yang lain.

Terdapat juga keadaan dimana ovari


mengeluarkan lebih dari satu telur dalam
masa yang sama dan sekiranya kedua-
dua ovum tersebut disenyawakan oleh
sperma kelahiran kembar akan terjadi.

Sperma dan ovum yang bersatu ini


dipanggil ZYGOTE. Zygote mempunyai 46
chromosom. Dua puluh tiga dari isteri dan
23 lagi dari suaminya. Kromosom in mengandungi beribu-ribu bahan genetik yang bakal
menentukan jantina, rupa dan personaliti bayi.

Dan seterusnya janin akan terbentuk mendapat bekalan makanan dan nutrient daripada
plasenta. Tempoh kehamilan ini selalunya mengambil masa selama 9bulan atau kurang
dari 40 minggu.
PENcarian literature

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mentakrifkan kelahiran normal sebagai


"spontaneous in onset”, berisiko rendah pada permulaan labour dan selebihnya
sepanjang labour sehingga kelahiran bayi. Bayi dilahirkan secara spontan di kedudukan
puncak antara 37 dan 42 minggu kehamilan.

Setelah serviks sepenuhnya terbuka dan membesar, perubahan tubuh anda

untuk "push" mode amat penting sehingga tahap kedua dari tenaga kerja aktif bayi

lahir. Keadaan ini boleh menyebabkan bayi lahir dalam beberapa minit sahaja. Tetapi

sebaliknya mengambil tempoh yang lambat jika ibu tidak “push” untuk melahirkan bayi.

Hal ini mungkin akan lebih cepat jika anda sudah memiliki bayi dahulu.(Davis 2007).

Forseps sering digunakan untuk proses kelahiran secara normal ketika tahap

tenaga kerja mungkin akan menjadi lama (contohnya, kerana ibu terlalu letih untuk

meneran semasa melahirkan bayi (Haywood 2007).


PERBINCANGAN

KELAHIRAN NORMAL

Proses pengeluaran bayi dan plasenta daripada uterus pada penghujung tempoh
kehamilan tanpa menimbulkan komplikasi .Biasanya berlaku pada minggu ke 36 hingga
minggu ke 40. Ciri-ciri kelahiran normal :

 37- 40 minggu (Term)


 28-36 minggu (preterm/ prematured)
 40 minggu (posterm)

Fetus pula dilahirkan secara sama ada dalam dua keadaan iaitu vertex (menegak) atau
breech (sonsang). Bayi akan dilahirkan secara spontan dengan daya upaya ibu (SVD –
Spontaneous Vaginal delivery) iaitu dengan melalui laluan vagina ibu. Tempoh masa
kelahiran yang normal keseluruhan tidak melebihi 16 – 18 jam dan kelahiran yang
normal adalah kelahiran tanpa komplikasi.

Tanda-tanda kelahiran

 Sakit Abdomen iaitu disebabkan kontraksi uterus, kontraksi akan menjadi


semakin kerap dan panjang.
 Rasa kerap kencing.
 Rasa sakit belakang pinggang (lumbar)
 Cecair dari vagina.atau dipanggil “ SHOW”
 Turun darah bersama-sama cecair liquar (cecair amniotic)
Proses kelahiran

Terdapat 4 peringkat dalam kelahiran yang normal iaitu :

1) Peringkat pertama – dilatasi serviks


2) Peringkat kedua – kelahiran bayi
3) Peringkat ketiga – kelahiran plasenta
4) Peringkat keempat – pemulihan ibu

Tempoh masa bagi setiap kelahiran

Peringkat 1 Peringkat 2 Peringkat 3

Primigravida 12-14 jam 1 jam 20-30 min @ 5-15 min

Dengan pengurusan
yg aktif
Multigravida 6-10 jam 30 min ke atas
PERINGKAT PERTAMA

Penguncupan uterus

Bermula dari penguncupan uterus dan pembukaan serviks sehingga dilatasi serviks
sepenuhnya (10cm). Setiap kali kuncupan, bermula dari fundus – menurun ke seluruh
bahagian uterus. Ciri-ciri kuncupan seperti ombak (wave-like pattern). Kuncupan
bermula secara perlahan, kemudian semakin kuat sehingga mencapai puncaknya dan
selepas itu berkurangan dan akhirnya berhenti.
Dilatasi serviks

Di akhir kehamilan , serviks akan menjadi lembut & nipis ( riped cervix ). Manakala
kesan daripada kuncupan uterus, serviks ditarik naik dan menjadi nipis (effacement of
cerviks). Dilatasi serviks membawa kepada proses pembukaan os ( bermula – os yang
tertutup hingga membuka ke 10 cm ).

Dilatasi untuk membolehkan pengeluaran bayi.. Serviks sekarang telah menjadi


sebahagian drp segmen bawah uterus. Sempadan pembahagian uterus – pada
bahagian ismus dimana bahagian atas isthmus – segmen atas dan bahagian bawah
isthmus – segmen bawah.

Biasanya terdapat bersama kehadiran “show” (mukus berwarna merah jambu/putih


daripada serviks) dan/atau ruptur membran dengan pengeluaran cecair liquor.

Ini adalah disebabkan daripada kesan drp dilatasi, kapilari pada segmen bawah uterus
dipisahkan dari dinding uterus menyebabkan operkulum dan mukus keluar
bercampuran darah. Keadaan ini dipanggil ‘ blood show’.Ibu yang hendak bersalin –
mengalami tanda perdarahan menerusi vigina. Purata jam yang diambil bagi
primigravida adalah lebih kurang 12 jam, manakala multigravida 8 jam.
PERINGKAT KEDUA

Bermula dari dilatasi serviks sepenuhnya sehingga kelahiran bayi. Purata masa:
Primigravida 1.5 jam manakala bagi multigravida 0.5 jam. Kontraksi uterus berlaku
setiap 2-3 minit. Ibu berasa keinginan untuk meneran. Bayi akan ditolak keluar dari
uterus dan vagina

Tanda-tanda kelahiran peringkat kedua

Kuncupan uterus lebih kerap dan bertambah


cepat
Kepecahan membran
Anus dan vulva membuka
Perineum menjadi nipis dan leper
Kepala fetus mungkin kelihatan

Mekanisma kelahiran normal peringkat kedua

 Penurunan fetus
 Fleksi kepala fetus
 Putaran internal
 Pengkoronaan ( crowning )
 Ekstensi kepala fetus
 Restitusi
 Putaran bahu
 Kelahiran bayi
Fisiologi kelahiran normal peringkat kedua

Penguncupan uterus.
Kepecahan membran.
Anus dan valve membuka.
Perinium jadi nipis dan leper.
Kepala bayi mungkin kelihatan

PERINGKAT KETIGA

Fisiologi kelahiran normal peringkat ketiga

Plasenta dipisahkan dari dinding uterus dengan cepat.


Faktor penting – pemisahan plasenta:

A )Pengecutan & retraksi uterus.


B )Proses fisiologi semulajadi ( uterus kosong )

Pengecutan dan retraksi uterus pada kawasan


penanaman plasenta – penyempitan kawasan.
Saluran darah yang membekalkan plasenta juga terpisah – perdarahan.
Tindakan semulajadi menerusi kuncupan otot-otot uterus akan mengawal
perdarahan
Teknik mengeluarkan plasenta

 Menggunakan “ controlled cord traction”.


 Tangan kiri berada di kawasan suprapubik dan menolak uterus ke arah
umbilikus.
 Tangan kanan memegang tali pusat dan menarik perlahan-lahan untuk
mengeluarkan plasenta dan membran.
 Selepas plasenta dilahirkan, uterus mengecut lagi – mengawal perdarahan.
 Periksa plasenta untuk menentukan tiada tisunya yang tertinggal.
 Periksa perineum dan vagina untuk mengesan laserasi.
 Pastikan uterus mengecut - keras, bulat di bawah paras pusat dan tengah
abdomen.
 Ukur isipadu darah yang hilang.
 Periksa “vital signs”.
 Catatkan penemuan dalam nota pesakit.
PERINGKAT EMPAT

Satu jam pertama selepas kelahiran plasenta


Ibu mengalami perubahan fisiologi – proses kembali kepada sebelum kehamilan
Kontraksi dan pengucupan uterus
BP menjadi sedikit rendah
Mengalami ketidakselesaan – keletihan, kesakitan otot, lapar dan dahaga

Selepas bayi di resusitasikan, bayi akan diberikan kepada ibunya untuk mengalakkan
bonding dan penyusuan. Sementara jururawat menjahit luka episiotomy.
RUMUSAN

PENJAGAAN SELEPAS BERSALIN

Seseorang ibu yang baru melahirkan anak haruslah menjaga kesihatan diri dan bayi
dengan sempurna dan teratur.Penjagaan kesihatan penting agar ibu tetap sihat dan
ceria selepas bersalin.

1.Kebersihan Diri

 Amalkan mandi sekurang-kurangnya sekali sehari


 Pakai pakaian bersih dan selesa dan ditukar setiap hari
 Tukar tuala wanita kerap
 Pastikan luka akibat bersalin atau pembedahan di dalam keadaan bersih dan
kering

2.Pemakanan

Makan pelbagai jenis makanan berasakan piramid makanan


Minum 6-8 gelas air
Banyakkan pengambilan serat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan

3.Penyusuan Susu Ibu

 Bersihkan payudara setiap hari


 Gunakan coli yang bersih dan selesa
 Susukan bayi dengan kerap
4.Rehat dan Senaman

Lakukan senaman ringan mengikut kemampuan


Rehat yang secukupnya

5.Amalan Bahaya Dan Pantang Larang

Elakkan amalan pantang larang yang bahaya seperti sekak dan salai

6.Tanda -tanda Bahaya

Demam panas
Pendarahan berlebihan dan berlarutan
Anemia
Pening/Sakit kepala
Sakit kaki atau bengkak
Sakit betis
Sesak nafas dan sakit dada
Meroyan
Sukar buang air kecil
Sakit dan keluar nanah dari luka kesan bersalin atau pembedahan

Dapatkan rawatan segera sekiranya terdapat tanda seperti di atas.


7.Perancang Keluarga

Amalkan kaedah perancang keluarga yang sesuai untuk menjarakkan


kehamilan:
 Pil
 Alat dalam rahim
 Kondom
 Implan
 Ligasi Tiup Fallopian
 Suntikan

8.Rawatan Lanjut

Dapatkan rawatan lanjut 6 minggu selepas bersalin dari klinik atau hospital yang
berhampiran.
RUJUKAN

Care, P. (2002). Normal Pregnancy, Labor, and Delivery. Family Medicine: Principles
and Practice, 95.

Friedman, E. A. (1975). Disordered labor: objective evaluation and management. The


Journal of family practice, 2(3), 167-172

Iams, J. D. (1994). Prematurity: Prevention and treatment. Management of High Risk


Pregnancy. 3rd edition. Boston: Blackwell Scientific Publication, 464-70.

Norman, L. A., & Karp, L. E. (1986). Biophysical profile for antepartum fetal
assessment. American family physician, 34(4), 83-89.

Scherger, J. E. (1996). Normal Pregnancy, Labor, and Delivery. In Fundamentals of


Family Medicine (pp. 57-77). Springer, New York, NY.

Sever, L. E. (2000). Ethics, society and occupational reproductive hazards: fetal


consequences?. Women & health, 30(3), 25-37.

You might also like