You are on page 1of 13

PENGENALAN

Menurut World Health Organization (2002), penyakit demam denggi ialah penyakit
berjangkit yang menjadi satu masalah global dan endemik di beberapa buah negara seperti
Afrika, Amerika Syarikat, Mediterranean Timur, Asia Tenggara dan Pasifik Barat. Penyakit
ini adalah disebabkan oleh virus denggi yang dibawa oleh nyamuk aedes yang
mengakibatkan peningkatan morbidity dan mortaliti.

Di Malaysia, penyakit demam denggi ialah penyakit berjangkit yang masih


merupakan satu masalah kesihatan awam. Sejak lima tahun yang lalu, bilangan kes demam
denggi yang dilaporkan di negara ini telah menunjukkan peningkatan iaitu daripada 4,718 kes
pada tahun 1999 kepada 15,442 kes pada tahun 2003. Kadar insiden pula meningkat daripada
20.7/100,000 penduduk pada tahun 1999 kepada 61.6/100,000 penduduk pada tahun 2003
(KKM 2003).

Pelbagai aktiviti dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia bagi mencegah


dan mengawal penyakit demam denggi, seperti menjalankan pemeriksaan Aedes,
penyemburan kabus (fogging), larviciding dan penguatkuasaan Akta Pemusnahan Serangga
Pembawa Penyakit 1975 (Pindaan 2000).

Demam denggi ialah sejenis penyakit bawaan nyamuk yang menjadi masalah utama
kesihatan awam antarabangsa dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Jenis demam denggi
yang lebih merbahaya ialah demam denggi berdarah. Ia merupakan punca utama kematian
kanak-kanak di kebanyakan negara hari ini. Demam denggi dibawa oleh nyamuk Aedes
kepada manusia melalui gigitannya.

Penyakit demam denggi berpunca dari 4 jenis virus denggi yang dipindahkan kepada
manusia melalui nyamuk Aedes yang telah dijangkiti. Pada asasnya terdapat 4 jenis virus
denggi iaitu flavivirus DEN-1, DEN-2, DEN-3 dan DEN-4. Semua nyamuk Aedes berupaya
bertindak sebagai vektor virus denggi sebelum memindahkannya kepada manusia. Walau
bagaimanapun, vektor utama virus ini ialah nyamuk Aedes Aegypti. Vektor lain adalah seperti
nyamuk Aedes Albopictus yang merupakan vektor virus denggi di kawasan bandar.

1
Demam denggi didapati berlaku di kawasan bandar dan sekitarnya di negara-negara
rantau tropika. Sesiapa sahaja yang digigit nyamuk yang membawa kuman virus denggi
menghadapi risiko yang lebih tinggi mendapat denggi. Demam denggi menyerupai demam
selsema dan ciri klinikalnya berbeza-beza mengikut umur pesakit.

Diantara cara pemindahan penyakit ialah virus denggi dipindahkan kepada manusia
melalui gigitan nyamum Aedes yang membawa virus denggi ini. Nyamuk ini berupaya
menyebarkan penyakit berkenaan dalam jangka masa 8 – 12 hari selepas menghisap darah
manusia (perumah). Seseorang pesakit yang telah mendapat denggi akan menjadi pembawa
sepanjang hayat. Nyamuk betina yang dijangkiti virus denggi boleh memindahkan virus
tersebut ke generasi seterusnya melalui pemindahan transovarial (melalui ovari).

Manusia merupakan perumah gandaan utama bagi virus denggi walaupun terdapat
kajian menunjukkan di beberapa bahagian tertentu dunia, monyet boleh dijangkiti dan
menjadi sumber virus bagi nyamuk yang belum dujangkiti. Virus denggi dari perumah
pertama (mangsa pertama) hanya dapat menjangkiti/dipindahkan ke perumah kedua 18 jam
sebelum suhu badan meningkat dan sekurang kurangnya 3 hari selepas timbulnya gejala
penyakit demam denggi.

Vektor demam denggi adalah nyamuk Aedes betina. Nyamuk yang telah dijangkiti
membawa virus denggi di dalam badannya. Virus ini kemudiannya dipindahkan kepada
manusia semasa proses menghisap darah. Sebaik sahaja seseorang itu digigit, virus denggi
akan memasuki dan beredar di dalam aliran darahnya, maka bermulalah penyakit ini.

2
PENYATAAN MASALAH

Seorang lelaki melayu berumur 30 tahun datang dengan aduan demam dan batuk
selama 3 hari. Beliau juga rasa sakit pada abdomen, kurang selera makan (LOA) selama 3
hari. Selain itu, beliau mengadu mengalami mual, sakit kepala dan sakit pada bola mata
(retroorbital). Hasil pengambilan sejarah pesakit ini, beliau kurang pengeluaran urin serta
tiada cirit birit atau muntah. Disamping itu, didapati beliau berasal dari kawasan yang
mempunyai kes denggi.

3
LITERATURE REVIEW

Menurut Plianbangchang (2007) dan Campbell-Lendrum D & Reithinger R (2002),


denggi merupakan masalah buatan manusia yang berkaitan dengan perlakuan manusia
sendiri. Ianya dipengaruhi oleh globalisasi, pembangunan bandar yang tidak dirancang dan
tidak dikawal, tempat penyimpanan air yang tidak sesuai serta kebersihan yang kurang
memuaskan. Faktor-faktor ini menyebabkan pertambahan bilangan tempat pembiakan
nyamuk Aedes.

Egger JR et al (2007), telah menyatakan bahawa kes denggi telah merebak secara
mendadak di seluruh dunia dalam dekad kebelakangan ini. Lebih kurang 2.5 billion manusia
iaitu 2/5 daripada jumlah populasi dunia berisiko untuk dijangkiti denggi setiap tahun di
seluruh dunia. Penyakit ini sudah menjadi tetap di lebih 100 buah negara di Afrika, Amerika
Syarikat, Timur Mediterranean, Asia Tenggara, dan juga Barat Pasifik. Asia Tenggara dan
Barat Pasifik merupakan kawasan yang terjejas teruk. World Health Organization (WHO)
menyokong kenyataan ini dengan menyatakan bahawa kes demam dengi yang dilaporkan
pada badan ini telah menunjukkan peningkatan yang agak ketara terutama di kawasan-
kawasan bandar (WHO,2006).

Guzman et al. (2002), turut menyatakan bahawa lebih kurang 2.5 billion manusia
tinggal di kawasan endemic penyakit ini dan tambahan seramai 120 million manusia keluar
masuk daripada kawasan yang berisiko tinggi ini. Dianggarkan kes dijangkiti penyakit ini
adalah sebanyak 50-100 million. Kes yang melibatkan kematian berubah-ubah daripada 0.5%
sehingga 3.5% di negara-negara Asia.

Hasil kajian yang dijalankan oleh Gubler et al. (2001), menunjukkan bahawa
perubahan cuaca yang tidak menentu,kekurangan program-program kawalan vektor,proses
urbanisasi yang tidak terkawal dan juga peningkatan perjalanan antarabangsa antara sebab
yang menyumbang kepada peningkatan factor risiko penyebaran penyakit demam denggi.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (2003), penyakit demam denggi ialah


penyakit berjangkit yang masih merupakan satu masalah kesihatan awam. Sejak lima tahun
yang lalu, bilangan kes demam denggi yang dilaporkan di negara ini telah menunjukkan
peningkatan iaitu daripada 4,718 kes pada tahun 1999 kepada 15,442 kes pada tahun 2003.

4
Kadar insidens pula meningkat daripada 20.7/100,000 penduduk pada tahun 1999 kepada
61.6/100,000 penduduk pada tahun 2003.

Hay SI et al. (2000), menyatakan demam denggi merupakan demam yang boleh
membawa maut jika tidak di beri perhatian dengan sepenuhnya. Denggi adalah infeksi viral
yang disebabkan oleh bawaan nyamuk yang menyebabkan demam dan kesakitan. Selepas
tempoh inkubasi virus dalam badan individu akan memperlihatkan simptom tersendiri. Virus
boleh diperoleh setelah individu digigit oleh nyamuk Demam Denggi merupakan sejenis
penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus Denggi (famili Flavivirus) yang disebar oleh
nyamuk Aedes betina. Virus Denggi akan terpendam di dalam badan pesakit selama 3 - 14
hari (purata 4 hingga 6 hari) sebelum menunjukkan tanda-tanda.

Reiter P et al. (1998), menyatakan demam denggi disebarkan kepada manusia melalui
nyamuk betina Aedes Aegypti. Beberapa fakta mengenai nyamuk Aedes Aegypti dan cara
transmisinya adalah nyamuk ini menggigit pada waktu siang hari sahaja. Jangka hayat
nyamuk adalah adalah sekitar 10 hari dan mampu untuk terbang dalam lingkungan 100 meter.
Nyamuk ini bertelur di persekitaran air yang bersih dan telur akan menetas dalam masa 6 – 8
hari, tetapi boleh bertahan dalam tempoh yang lama dan menetas apabila bertemu dengan air.
Tahap kelangsungan hidup dari telur sampai dewasa adalah sangat rendah. Masa inkubasi
adalah sekitar 14 hari.Virus hidup di dalam tubuh manusia selama 7 hari dan kemudian mati
secara semulajadi

Gubler DJ (1997), pula menyatakan bahawa setiap kali bertelur, nyamuk betina dapat
mengeluarkan sekitar seratus butir telur dengan ukuran sekitar 0,7 milimeter perbutir. Di
tempat kering (tanpa air), telur dapat bertahan sampai enam bulan. Telur akan menetas
menjadi jentik setelah sekitar dua hari terendam air. Setelah 6-8 hari, jentik nyamuk akan
tumbuh menjadi pupa nyamuk. Pupa nyamuk yang masih dapat aktif bergerak di dalam air
tanpa makan, itu akan memunculkan nyamuk menunggu proses pematangan telurnya.
Selanjutnya nyamuk betina akan meletakkan telurnya di dinding tempat perkembangbiakan,
sedikit di atas permukaan air. Pada umumnya telur akan menetas menjadi jentik dalam waktu
2 hari setelah terendam air.

5
PERBINCANGAN

Terdapat 2 jenis nyamuk Aedes iaitu Aedes Aegypti dan Aedes Albopictus. Ciri- ciri
untuk kedua-dua nyamuk ini berbeza. Bagi nyamuk Aedes Aegypti, terdapat tanda putih-
perak berbentuk kecapi di kepala. Ia sering berterbangan di sekitar rumah dan tinggal di
tempat-tempat gelap di dalam rumah. Nyamuk ini bertelur dan berkembang biak di dalam
bekas buatan di dalam dan di luar rumah seperti lapik pasu bunga, bekas makanan terbiar dan
lain-lain. Bagi nyamuk Aedes Albopictus pula, terdapat garisan putih-perakdisepanajang
pertengahan kepala dan badannya. Ia banyak berada di kawasan perumahan di bandar, kebun
dan juga di hutan.

Selain itu, demam denggi terbahagi kepada 2 jenis iaitu demam denggi klasikal dan
demam denggi berdarah. Bagi demam denggi klasikal, pesakit akan menunjukkan gejala
seperti demam, ruam, sakit badan, sakit sendi dan sakit otot. Gejala penyakit ini biasanya
tidak teruk dan jarang menyebabkan kematian. Demam jenis ini juga pernah dinamakan
sebagai ‘demam patah tulang’ atau ‘breakbone fever’.

Bagi demam denggi berdarah, pesakit pada tahap awalnya (selama 2-4 hari) akan
menunjukkan gejala sama seperti demam denggi klasikal dan diikuti oleh tahap yang lebih
teruk dengan gejala seperti tekanan darah rendah,ruam dan bintik-bintik merah di badan,
perdarahan gusi, berak berdarah (najis berwarna hitam) disertai dengan sawan dan tidak
sedarkan diri. Ia sering menyebabkan kematian jika rawatan tidak diberikan dengan segera. Ia
juga dikenali sebagai ‘demam berdarah Filipina’.

Antara perkara yang boleh dilakukan bagi mencegah dan mengawal demam denggi
ini adalah dengan meningkatkan tahap kesedaran di kalangan masyarakat setempat ialah
peranan Kementerian Kesihatan Malaysia sebagai badan penggerak utama. KKM boleh
meneruskan Kempen 10 Minit sebagai contoh yang bertujuan bagi meningkatkan kesedaran
masyarakat tentang bahayanya penyakit demam denggi dan menggalakkan penglibatan
mereka dalam aktiviti pencegahan dan kawalan demam denggi dengan meluangkan
sekurangnya 10 minit seminggu, untuk menghapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes.

Pihak kerajaan juga perlu berusaha meningkatkan penglibatan ketua masyarakat dan
masyarakat setempat dalam melaksanakan aktiviti pengurangan sumber pembiakan nyamuk

6
(source reduction) melalui pelaksanaan program COMBI (Communication for Behavioural
Impact) dan aktiviti gotong royong atau aktiviti yang serupa dengannya. Langkah ini sangat
penting dijalankan terutama di kawasan ‘hot spots’ di mana wabak penyakit demam denggi
sentiasa melanda di kawasan tersebut.

Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) juga boleh bekerjasama dengan Pejabat Kesihatan
Daerah (PKD) dengan melakukan paparan statistik yang terkini kes demam denggi di
kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai. Langkah ini agak serupa yang dijalankankan di
bandar – bandar besar yang menggunakan skrin tetapi ini semestinya akan melibatkan kos
yang lebih besar. Paparan statistik boleh dipaparkan menggunakan ‘banner’ atau boleh
menggunakan cara hebahan. Dengan mengetahui statistik yang terkini, masyarakat sudah
tentu akan lebih peka dengan keadaan semasa dan dalam pada masa yang sama, mereka akan
lebih prihatin dengan tahap kebersihan kawasan kediaman dan kawasan persekitaran mereka.
Ini secara tidak langsung meningkatkan taraf kesedaran masyarakat mengenai kes demam
denggi.

7
RAWATAN

Masih tiada rawatan khas untuk demam denggi. Pesakit yang mengalami tanda-tanda
dan menunjukkan gejala-gejala demam denggi hendaklah mendapatkan rawatan segera.
Rawatan utama adalah terapi sokongan. Pesakit akan diberikan ubat demam dan dinasihatkan
berehat serta digalakkan minum air. Pesakit akan dimasukkan ke dalam wad sekiranya
disyaki menghidap demam denggi berdarah. Sekiranya pesakit tidak mahu atau mampu
minum, tambahan melalui cecair intravena mungkin diperlukan untuk menghalang
kekeringan dan hemoconcentration teruk. Pemindahan darah mungkin diperlukan sekiranya
bilangan platelet turun dengan banyaknya. Pemantauan keadaan pesakit akan direkodkan
dalam carta denggi iaitu setiap jam tekanan darah, bacaan nadi, suhu akan diambil.

Diagnosis demam denggi boleh disahkan oleh ujian makmal mikrobiologi. Ini boleh
dilakukan dengan pengasingan virus dalam budaya sel, pengesanan asid nukleik oleh
Polymerase Chain Reaction (PCR), pengesanan antigen virus seperti NS1 atau antibodi
khusus (serologi). Pengesanan NS1 semasa fasa demam jangkitan utama mungkin lebih besar
daripada 90% sensitif bagaimanapun hanya 60-80% dalam jangkitan yang berulang.

Ujian-ujian makmal hanya nilai diagnostik semasa fasa akut penyakit kecuali
serologi. Ujian bagi denggi antibodi virus khusus, jenis IgG dan IgM, boleh berguna dalam
mengesahkan diagnosis di peringkat akhir jangkitan. Kedua-dua IgG dan IgM dihasilkan
selepas 5-7 hari.

8
RUMUSAN

Penyakit demam denggi sering dikaitkan dengan penyakit – penyakit urban kerana
penyakit ini seringkali berlaku di bandar dan juga kawasan yang sedang mengalami
pembangunan yang pesat. Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan berlaku peningkatan
kes penyakit demam denggi pada masa kini. Faktor persekitaran yang tidak bersih dan
menyumbang kepada tempat-tempat pembiakan nyamuk Aedes seperti bekas polisterin,
bekas plastik dan tayar terpakai. Faktor pergerakan manusia yang tidak terbatas dan lebih
meluas terutamanya bagi pesakit yang telah dijangkiti virus denggi akan mudah menyebarkan
virus ke tempat lain apabila pesakit melawat ke tempat baru.

Faktor cuaca contohnya hujan dan panas menyebabkan bekas yang boleh menakung
air akan menjadi tempat pembiakan Aedes, dan suhu mempengaruhi perkembangan nyamuk
dan larva yang menyebabkan populasi Aedes meningkat seterusnya menyebarkan virus
demam denggi. Faktor tabiat dan sikap masyarakat yang membuang sampah merata rata dan
tidak mengurus sampah dengan baik. Selain itu, kurangnya kesedaran masyarakat untuk
melaksanakan tindakan pencegahan seperti membersihkan persekitaran mereka dan
melaksanakan aktiviti “cari dan musnah” tempat pembiakan Aedes setiap minggu.

Akhir sekali, pihak kerajaan harus meneruskan kerjasama dengan ketua masyarakat
dan pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai
demam denggi, menjalankan aktiviti gotong royong bersama, memperkasakan COMBI di
kawasan hotspot demam denggi.

9
RUJUKAN

Arima Y, Edelstein Z, Han HK, et al. Epidemiologic update on the dengue situation in the
Western Pacific Region, 2011. Western Pac Surveill Response J 2013; 4(2): 47-54.

Bounlay. (2000). Comprehensive approach to control the spreading of DF/DHF in


Vientiane, Lao P.D.R, Health M. Vientiane

Campbell-Lendrum D & Reithninger R (2002) Dengue and climate change. Trends in


Parasitology 18,524

Chew MH, Rahman MM, Sharifah Azura S. Dengue in Malaysia: An epidemiological


perspective stud . Pak J Med Sci 2012; 28(4): 643-7

Datuk Dr. Noor Hisyam Abdullah – Kenyataan Akhbar Ketua Pengarah Kesihatan
Malaysia Mengenai Situasi Semasa Demam Denggi, Zika dan Chikugunya Di
Malaysia; Tarikh : 26 Januari 2018

Egger JR, Ooi EE, Kelly DW, Woolhouse ME, Davies CR, et al. (2007) Reconstructing
historical changes in the force of infection of dengue fever in Singapore: implications
for surveillance and control. Bulletin of the World Health Organization 86: 187–196.

Gubler DJ, Reed D, Rosen L, Hitchcock JC Jr. Epideniio- logic, clinical, and viroogic
observations on dengue in the Kingdom of Tonga.Am J Trop Med Hyg
1978;27:581-589.

Gubler DJ (2010). "Dengue viruses". dalam Mahy BWJ, Van Regenmortel MHV.
Desk Encyclopedia of Human and Medical Virology. Boston: Academic Press.
m/s. 372–82. ISBN 0-12-375147-0.

Gubler DJ (1997) Dengue and dengue hemorrhagic fever: its history and resurgence as a
global public health problem. In: Gubler DJ, Kuno G, eds (1997) Dengue and Dengue
Hemorrhagic Fever. Wallingford: CAB International. pp 1–22.

Gubler D (2015) The partnership for dengue control – A new global alliance for the
prevention and control of dengue. Vaccine 33 (10), 1233.

10
Gupta, P., Kumar, & Aggarwal, O.P. (1998). Knowledge, attitude and practices related to
dengue in rural and slum areas of Delhi after the dengue epidemic of 1996. Journal of
Communicable Disease, 30,107-112.

Guzman, M.G., Kouri, G., 2002. Dengue : an update. Lancet Infect. Dis. 2, 33-42 Hay SI,
Myers MF, Burke DS, Vaughn DW, Endy T. (2000) Etiology of interepidemic
periods of mosquito-borne disease. Proc Natl Acad Sci USA 97:9335–9339.

Kementerian Kesihatan Malaysia. (2013). Pelan Strategik Pencegahan & Kawalan


Denggi 2009-2013, Sektor Penyakit Bawaan Vektor Bahagian Kawalan Penyakit,
Kementerian Kesihatan Malaysia.

McConnell KJ, Gubler DJ: Guidelines of larval control programs to reduce dengue
transmission in Puerto Rico. Rev Panam Salud Publica. 2003, 14 (1): 9-16.
10.1590/S1020-49892003000600003.

Plianbangchang S. Ensuring health for all people : Balanced development in healthcare and
services is the key issue. Indian J Community Med 2007 ;32 :101-2

Reiter P, Gubler DJ (1998) Surveillance and control of urban dengue vectors. In: Gubler DJ,
Kuno G,(1998) Dengue and Dengue Hemorrhagic Fever. Wallingford: CAB
International. pp 425–462.

Tikki Pang, Hamimah Hassan, & Shivaji Ramalingam. (2017). Demam Denggi dan
Demam Denggi Berdarah. Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Thomas L, Verlaeten O, Cabie A, Kaidomar S, Moravie V, Martial J. Influence of the dengue


serotype, previous dengue infection, and plasma viral load on clinical presentation
and outcome during a dengue-2 and dengue-4 co-pidemic. Am J Trop Med Hyg.
2008;78:990-98

World Health Organization (2009), Dengue : Guidelines for Diagnosis,Treatment,


Prevention and Control

World Health Organization (2002), Dengue Prevention and Control, World Health
Organization Publication.

11
LAMPIRAN

12
13

You might also like