You are on page 1of 8

KOLEJ PEMBANTU PERUBATAN ALOR SETAR

KURSUS DIPLOMA PEMBANTU PERUBATAN

MAGS 3111

DEWAN BEDAH

TUGASAN INDIVIDU

TAJUK : ABSCESS DORSUM KAKI KIRI

NAMA : MUHAMMAD FAIZ BIN NASIR

NO MATRIX : DBMA15-4896

AMBILAN : JULAI 2015


ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

BAB 1: PENGENALAN

1.1 PERNYATAAN MASALAH

BAB 2: PENCARIAN LITERATUR

BAB 3: PERBINCANGAN

3.1 CADANGAN PENYELESAIAN

RUMUSAN

RUJUKAN
Bab 1

Pengenalan

1.0 Pengenalan

Kajian kes ini dilakukan bagi memenuhi syarat bagi Subjek Praktis Dewan Bedah MAOG

3111. Kajian kes ini akan mendedahkan tentang perkara berkaitan Abscess di dorsum kaki kiri.

Tujuan kajian kes ini adalah untuk memahami perawatan yang telah diberikan bagi kes yang

telah dinyatakan. Pesakit telah mendapatkan rawatan awal di Klinik Kesihatan berhampiran

rumahnya dan telah dirujuk ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Kedah bagi mendapat

rawatan yang selanjutnya. Pesakit telah dimasukkan ke wad 3D pada 22 Ogos 2017 dan telah

menjalani pembedahan pada 24 Ogos 2017 di Dewan Bedah HSB. Kajian kes ini turut

membincangkan pengurusan atas pesakit yang telah dilakukan ketika di Dewan Bedah.

Prosedur perioperative, intra operative dan post operatif turut diterangkan dalam kajian kes

ini. Semoga penulisan kajian ini mencapai objektif yang dikehendaki iaitu memahami keadaan

dan pengurusannya.

1.1 Pernyataan Masalah

Pesakit kanak perempuan berumur 4 tahun 10 bulan dibawa masuk ke dewan bedah 7 pada 24 Ogos

2017 kerana waris yang juga ibu kepada pesakit mengadu kaki kiri dorsum anaknya bengkak seluas

4 cm x 3 cm, pesakit didiagnos terdapat abscess terkumpul di kaki kiri dorsum anaknya. Pesakit ini

perlu menjalani pembedahan Incision And Drainage untuk mengeluarkan nanah yang terkumpul

di kaki anaknya
BAB 2

Pencarian Literatur

Abses ialah pengumpulan nanah yang terkumpul di dalam tisu badan. Ianya terjadi ketika

tubuh badan melawan kuman yang masuk ke badan (Lika, 2017). Nanah atau Pus ialah cecair likat

busuk yang berwarna kuning kehijauan mengandungi sel darah putih, tisu mati dan bakteria.

Kebiasaannya infeksi jangkitan kuman yang mengeluarkan toksin sendiri seperti Staphylococcus

Aureus dan Streptococcus Pyogenes akan menyebabkan sistem imunisasi berlaku dimana sel darah

putih melawan kuman bakteria (Jacqueline, 2017).

Abses boleh berlaku dimana sahaja kawasan kulit kita dimana kawasan bawah kulit dan di

gigi ialah tempat kebiasaan berlakunya abses. Ia boleh disebabkan oleh jangkitan kuman, parasit dan

bendasing. Tanda dan simptom berlakunya abses termasuklah kemerahan, kesakitan, kehangatan

dan bengkak pada kawasan yang terlibat. Bengkak tersebut akan terasa bendalir apabila ditekan

(Singer, 2014). Kawasan kemerahan tersebut sering melampaui kawasan bengkak yang berlaku

(Elston, 2009). Pengurusan bagi kes abses ini bergantung kepada jenis abses dan saiz abses tersebut.

Rawatan utama termasuklah pemberian antibiotik, prosedur pengaliran dan pembedahan.

Sekiranya abses tersebut kecil ia akan keluar secara sendiri dan akan makin pulih walaupun

tidak mendapatkan sebarang rawatan. Demahan panas boleh mengurangkan bengkak dan

mempercepatkan pemulihan. Bagi abses yang besar atau abses yang kerap berlaku, pengambilan

antibiotik penting bagi menghalang aktiviti infeksi kuman daripada merebak ke kawasan lain.

Walaubagaimanapun, pengambilan antibiotik sahaja tidak mencukupi dan nanah ini perlu

dikeluarkan bagi mengurangkan jangkitan kuman. Sekiranya abses ini tidak dikeluarkan, ia akan terus

menerus membesar dan boleh merebak ke tempat lain (NHS, 2016)


Bab 3

Perbincangan

Abses ialah pengumpulan nanah dimana-mana kawasan anggota badan. Ia boleh berlaku secara

jangkitan kuman, gigitan kutu mahupun terpijak atau termasuk bendasing ke dalam tubuh badan.

Abses yang teruk boleh mengakibatkan berbagai komplikasi serious. Antaranya ialah abses-abses

baru akan terbentuk di kawasan yang berlainan, tisu kulit juga boleh mati disebabkan kesan

jangkitan dimana akhirnya akan menyebabkan gangren dan kemungkinan besar kehilangan

permukaan kulit yang banyak ataupun amputasi

Selain itu, sekiranya infeksi kuman masuk ke dalam salur darah, kuman tersebut boleh

menyebabkan inflamasi di kawasan dinding jantung ataupun dikenali sebagai endokarditis. Penyakit

endokarditis boleh menyebabkan maut sekiranya tidak dirawat dengan segera dan kes ini perlu

pemantauan berterusan daripada sudut pengambilan ubatan antibiotik dan pesakit mungkin perlu di

pantau di wad. Selain itu juga, jangkitan kuman boleh merebak hingga ke tulang dimana boleh

menyebabkan penyakit osteomyelitis, satu keadaan dimana jangkitan kuman berlaku di dalam

tulang dicirikan dengan rasa sakit tulang, demam, loya dan muntah, dan bengkak di bahagian kaki.

Terdapat banyak faktor risiko yang menyebabkan berlakunya abses, berlaku kembali

(relapse) atau abses berganda (multiple abscesses). Antaranya ialah terapi steroid yang berterusan,

kemoterapi, pesakit kencing manis, pesakit yang mengalami kanser, mengalami Systemic Lupus

Erythomatosus, pesakit yang menjalani dialisis, pesakit yang HIV/AID, penyakit Sickle Cell, Penyakit

Crohn, Ulser Colitis, luka terbakar, trauma yang teruk, tempat tusuk jarum ubatan, prosedur

mahupun tatoo dan alkoholism


CADANGAN PENYELESAIAN

Bagi pesakit ini langkah yang diambil bagi mengeluarkan nanah yang terkumpul ialah dengan

melakukan Incision And Drainage. Incision ialah satu torehan yang dilakukan pada tisu kulit dengan

menggunakan pisau dan manakalan drainage pula ialah pengaliran keluar cecair dari kaviti yang

telah terkumpul secara banyak di tubuh pesakit.

Persediaan peralatan

Sebelum pembedahan dilakukan dilakukan, segala peralatan perlu disediakan. Bagi prosedur ini,

barangan berikut perlu disediakan. Barangan tersebut ialah Bard Parker handle, kidney Dish,

Gallipot, gauze, sinus forcep, non-tooth dissecting forcep, sterile dressing towel, receiver, lotion

povidone, water for irrigation, plaster, scalpel blade dan ribbon gauze.

Semasa Operasi

Selepas doktor bedah dan pembantu siap memakai gaun dan sarung tangan steril, pembantu akan

sembur kawasan terlibat dengan menggunakan ethyl chloride. Doktor kemudiannya akan melakukan

torehan dan akan menekan tisu sekeliling sehingga semua nanah keluar masuk ke bekas kidney dish.

Sample nanah berkenaan diambil bagi ujian culture and sensitivity bagi mengenalpasti kuman bagi

menentukan antibiotik yang sesuai. Setelah nanah habis keluar, luka tersebut akan dicuci dengan

povidone dan luka tersebut akan di pack dengan ribbon gauze bagi menarik kotoran nanah tersebut.

Luka tersebut akhirnya akan ditutup dengan gauze sterile.


RUMUSAN

Abses iaitu pengumpulan nanah di bawah kulit boleh berlaku dimana-mana sahaja dimana ianya

puncanya sering dikaitkan dengan jangkitan kuman, gigitan kuku mahupun, kemasukan bendasing

dalam tubuh badan manusia. Jangkitan kuman yang berkaitan dengan abses ialah Staphylococcus

aureus dan Streptococcus pyogenes. Keterukan abses ini bergantung kepada jenis dan saiz abses ini.

Bagi kes ringan, ia boleh pulih sendiri dengan demahan panas sebagai bantuan dalam proses

pemulihan. Bagi kes yang berat pula, pengambilan antibiotik dan pembedahan perlu dilakukan bagi

mengelakkan ia merebak ke tempat lain. Terdapat banyak faktor risiko yang telah dinyatakan tapi

berdasarkan justifikasi tersebut penggunaan jarum yang sama, mempunyai penyakit darah ataupun

mengalami trauma yang teruk merupakan faktor risiko bagi mendapat abses ini. Kesan komplikasi

boleh dicegah pada awalnya kerana sekiranya tidak dijaga, pesakit boleh mendapat berbagai lagi

masalah seperti Gangrene tisu, Endocarditis mahupun Osteomyelitis.


Jacqueline. (2017). Patient. Abscess. Diperoleh di: https://patient.info/health/abscess-leaflet

Marx, John A. Marx (2014). "Skin and Soft Tissue Infections". Rosen's emergency medicine : concepts

and clinical practice (8th ed.). Philadelphia, PA: Elsevier/Saunders. pp

https://medlineplus.gov/ency/article/001353.htm

NHS (2016) NHS choices. Abscess - Treatment

http://www.nhs.uk/Conditions/Abscess/Pages/Treatment.aspx

You might also like