You are on page 1of 17

INSTITUT LATIHAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

SULTAN AZLAN SHAH [ILKKM SAS]


ULU KINTA, PERAK DARUL RIDZUAN

DIPLOMA PEMBANTU PERUBATAN


TAHUN III SEMESTER I
KUMPULAN 43

PENEMPATAN:
DEWAN BERSALIN HOSPITAL BATU GAJAH

TAJUK CASE STUDY:


SPONTANEOUS VAGINAL DELIVERY [SVD]

NAMA PELATIH : MUHAMMAD SHAHRIZ AIZAT BIN AZHAR


NO. MATRIK : BPP2018-0542
NO. KAD PENGENALAN : 981028-56-5259
TEMPOH PENEMPATAN : 2 MINGGU [8/2/2021 - 19/2/2021]
ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT

1 Pernyataan Masalah 1-2

2 Pengenalan 3

3 Pencarian Literatur 4

4 Perbincangan/Hujah 5 - 11

5 Rumusan 12 - 13

6 Rujukan 14

7 Format Pemarkahan 15
1. PERNYATAAN MASALAH

MAKLUMAT PESAKIT

No. Pendaftaran : 0757


Nama : Nur Nadiah binti Masdan
No. Kad Pengenalan : 961007-08-5696
Tarikh Lahir : 7 Oktober 1996
Umur : 24 Tahun
Jantina : Perempuan
Bangsa : Melayu
Warganegara : Malaysia
Pekerjaan : Surirumahtangga [SRT]
Date of Admission [DOA] : 10 Februari 2021
Date of Delivery [DOD] : 11 Februari 2021
Date of Discharge : 12 Februari 2021
Gr : 1 P : 0 @ 38/52 + 4/7

1
Chief Complain / CO
Pesakit datang ke hospital pada 10/2/2021 hari rabu dengan aduan mengalami
sakit di bahagian abdomen dan keluar cecair seperti darah berwarna merah. Tiada
pembukaan os dan beliau dimasukkan ke dalam wad untuk pemerhatian pada jam 7
malam.

Sejarah Penyakit Lalu


- Ini adalah kandungan yang pertama pesakit [primigravida].

Sejarah Penyakit Kini


- Pemeriksaan terakhir bersama doktor di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak [KKIA]
Batu Gajah menyatakan bahawa pesakit tidak mempunyai sebarang penyakit
semasa mengandung.

Keesokan harinya, 11/2/2021 bersamaan hari khamis, pemeriksaan vagina telah


dilakukan dan mendapati pembukaan os sudah 7 cm. Beliau segera dimasukkan ke
dewan bersalin. Pemerhatian dan pemeriksaan dilakukan secara berkala kepada
beliau. Tepat jam 10:15 pagi, pembukaan os sudah 10 cm, dan pada pukul 10:30 pagi
beliau selamat melahirkan anak lelaki seberat 3.5kg dan tinggi 48.5cm.

Vital Sign
i. Blood Pressure : 112 / 71 mmHg
ii. Pulse Rate : 74 bpm
iii. Respiration Rate : 21 bpm
iv. Temperature : 37.1 °C
v. Pain Score : 4

2
2. PENGENALAN

Proses kehamilan bermula apabila telur dan sperma bersatu untuk menjadi satu
sel. Sel kecil ini akan terbahagi berulang kali sehingga pada minggu yang ke-38, ia
berubah menjadi manusia yang mempunyai lebih daripada 2 trilion sel.
Semasa proses persenyawaan ini, lebih kurang 100 sperma cuba untuk
menembusi dinding ovum, walaubagaimanapun cuma satu saja yang akan berjaya
memasukinya. Selepas mereka bersatu, selaput ovum bertukar dan bertindak
menyekat kemasukan sperma yang lain.
Terdapat juga keadaan di mana ovari mengeluarkan lebih daripada satu telur
dalam masa yang sama dan sekiranya kedua-dua ovum tersebut disenyawakan oleh
sperma, maka kelahiran kembar akan terjadi.
Sperma dan ovum yang bersatu ini dipanggil ‘zygote’. Zygote mempunyai 46
kromosom. 23 daripada isteri dan 23 lagi daripada suaminya. Kromosom ini
mengandungi beribu-ribu bahan genetik yang bakal menentukan jantina, rupa dan
personaliti bayi.
Seterusnya janin akan terbentuk serta mendapat bekalan makanan dan nutrisi
daripada plasenta. Tempoh kehamilan ini selalunya mengambil masa selama 9 bulan
atau kurang dari 40 minggu.

3
3. PENCARIAN LITERATUR
Pertubuhan Kesihatan Sedunia [WHO] mentakrifkan kelahiran normal
sebagai “spontaneous in onset”, berisiko rendah pada permulaan bersalin sehingga
kelahiran bayi. Bayi dilahirkan secara spontan di kedudukan puncak antara 37 dan 42
minggu kehamilan.

Setelah serviks sepenuhnya terbuka dan membesar, perubahan tubuh anda untuk
meneran amat penting sehingga tahap kedua daripada tenaga kerja aktif bayi lahir.
Keadaan ini boleh menyebabkan bayi lahir dalam beberapa minit sahaja. Akan tetapi
mengambil tempoh yang lambat jika ibu tidak meneran untuk melahirkan bayi. Hal
ini mungkin akan lebih cepat jika anda sudah pernah melalui proses bersalin
sebelumnya (Davis 2007).

Forseps sering digunakan untuk proses kelahiran secara normal ketika tahap
tenaga kerja mungkin akan menjadi lama. Sebagai contoh, ibu terlalu letih untuk
meneran semasa melahirkan bayi (Haywood 2007).

4
4. PERBINCANGAN / HUJAH

KELAHIRAN NORMAL

Proses pengeluaran bayi dan plasenta daripada uterus pada penghujung tempoh
kehamilan tanpa menimbulkan sebarang komplikasi. Kebiasaannya berlaku pada
minggu ke-36 hingga minggu ke-40. Ciri-ciri kelahiran normal adalah;

 37 - 40 minggu [term]
 28 - 36 minggu [pre-term / pre-matured]
 40 minggu [posterm]

Fetus pula dilahirkan sama ada dalam dua keadaan iaitu secara menegak [vertex]
atau secara songsang [breech]. Bayi akan dilahirkan secara spontan dengan daya
upaya ibu [Spontaneous Vaginal Delivery / SVD] iaitu dengan melalui laluan vagina
ibu. Tempoh masa kelahiran yang normal secara keseluruhan adalah tidak melebihi
16 – 18 jam dan kelahiran yang normal adalah kelahiran tanpa sebarang komplikasi.

TANDA-TANDA KELAHIRAN

1. Sakit bahagian abdomen iaitu disebabkan oleh pengecutan uterus. Ia akan


menjadi semakin kerap dan panjang.
2. Rasa kerap kencing [poliuria]
3. Rasa sakit belakang pinggang [lumbar]
4. Cecair dari vagina.atau dipanggil “show”
5. Keluar darah bersama-sama air mentuban [amniotic fluid]

5
PROSES KELAHIRAN

Terdapat 4 peringkat dalam kelahiran yang normal iaitu penguncupan uterus dan
dilatasi serviks, kelahiran bayi, pengeluaran plasenta dan akhir sekali pemulihan ibu.
Tempoh masa bagi setiap kelahiran adalah seperti berikut:

Peringkat 1 Peringkat 2 Peringkat 3

Primigravida 12 hingga 14 jam 1 jam 20 hingga 30 minit


@
5 hingga 15 minit
Multigravida 6 hingga 10 jam 30 minit dan ke [bergantung
atas kepada cara
pengurusan]

6
PERINGKAT PERTAMA

1. Penguncupan Uterus
Bermula daripada penguncupan uterus dan pembukaan serviks sehingga dilatasi
serviks sepenuhnya [10cm]. Setiap kali kuncupan, bermula dari fundus sehingga
menurun ke seluruh bahagian uterus. Ciri-ciri kuncupan seperti ombak [wave-like
pattern]. Kuncupan bermula secara perlahan, kemudian semakin kuat sehingga
mencapai puncaknya dan selepas itu berkurangan dan akhirnya berhenti.

2. Dilatasi Serviks
Di akhir kehamilan, serviks akan menjadi lembut dan nipis [riped cervix].
Manakala kesan daripada penguncupan uterus, serviks ditarik naik dan menjadi nipis
[effacement of cervix]. Dilatasi serviks membawa kepada proses pembukaan os [0-10
cm]. Dilatasi adalah untuk membolehkan pengeluaran bayi.
Biasanya terdapat bersama kehadiran “show” iaitu mukus berwarna merah
jambu atau putih daripada serviks. Hal ini disebabkan oleh kesan daripada dilatasi
serviks. Keadaan ini dipanggil ‘blood show’.
Ibu yang hendak bersalin mengalami tanda perdarahan menerusi vagina. Purata
jam yang diambil bagi primigravida adalah lebih kurang 12 jam, manakala
multigravida pula 8 jam.

7
PERINGKAT KEDUA

Bermula dari dilatasi serviks sepenuhnya [10cm] sehingga kelahiran bayi. Purata
masa bagi primigravida adalah lebih kurang 1 jam 30 minit manakala bagi
multigravida 30 minit. Pengecutan uterus berlaku setiap 2 hingga 3 minit. Nasihatkan
ibu untuk meneran supaya bayi dapat ditolak keluar dari uterus dan vagina.

1. Tanda-tanda Kelahiran

 Kuncupan uterus lebih kerap dan bertambah cepat


 Kepecahan membran
 Anus dan vulva membuka
 Perineum menjadi nipis dan leper
 Kepala fetus mungkin kelihatan

2. Mekanisma Kelahiran Normal

 Penurunan fetus
 Fleksi kepala fetus
 Putaran internal
 Crowning
 Ekstensi kepala fetus
 Restitusi
 Putaran bahu
 Kelahiran bayi

8
PERINGKAT KETIGA

1. Fisiologi Kelahiran Normal

 Plasenta dipisahkan dari dinding uterus dengan cepat.


 Faktor penting pemisahan plasenta:
 Uterus globular
 Gushing of blood
 Lengthening of cord

 Saluran darah yang membekalkan plasenta juga terpisah mengkibatkan


perdarahan.
 Tindakan semulajadi menerusi kuncupan otot-otot uterus akan mengawal
perdarahan.

9
2. Teknik Mengeluarkan Plasenta

 Menggunakan “controlled cord traction”.


 Tangan kiri berada di kawasan suprapubik dan menolak uterus ke arah
umbilikus.
 Tangan kanan memegang tali pusat dan menarik perlahan-lahan untuk
mengeluarkan plasenta dan membran.
 Selepas plasenta dikeluarkan, uterus mengecut lagi bagi mengawal
pendarahan.
 Periksa plasenta untuk menentukan tiada tisunya yang tertinggal bagi
mengelakkan kes retained placenta.
 Periksa perineum dan vagina untuk mengesan laserasi.
 Pastikan uterus mengecut iaitu keras dan bulat di bawah paras pusat dan
tengah abdomen.
 Ukur isipadu darah yang hilang.
 Periksa tanda vital ibu.
 Catatkan penemuan dalam nota pesakit.

10
PERINGKAT EMPAT

1. Satu jam pertama selepas pengeluaran plasenta.


2. Ibu mengalami perubahan fisiologi iaitu proses kembali kepada sebelum
kehamilan.
3. Pengecutan dan penguncupan uterus.
4. Tekanan darah menjadi sedikit rendah.
5. Mengalami ketidakselesaan seperti keletihan, kesakitan otot, lapar dan dahaga.

Selepas diresusitasikan, bayi akan diberikan kepada ibunya untuk mengalakkan


“bonding” dan penyusuan. Manakala jururawat pula akan menjahit luka episiotomi.

11
5. RUMUSAN

PENJAGAAN SELEPAS BERSALIN


Seseorang ibu yang baru melahirkan anak haruslah menjaga kesihatan diri dan
bayi dengan sempurna dan teratur. Penjagaan kesihatan penting agar ibu tetap sihat
dan ceria selepas bersalin.

1. Kebersihan Diri
 Amalkan mandi sekurang-kurangnya sekali sehari
 Pakai pakaian bersih dan selesa dan ditukar setiap hari
 Tukar tuala wanita dengan kerap
 Pastikan luka akibat bersalin atau pembedahan dalam keadaan bersih dan
kering

2. Pemakanan
 Makan pelbagai jenis makanan berasaskan piramid makanan
 Minum sekurangnya 6 hingga 8 gelas air
 Banyakkan pengambilan serat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan

3. Penyusuan Susu Ibu


 Bersihkan payudara setiap hari
 Gunakan coli yang bersih dan selesa
 Susukan bayi dengan kerap

4. Rehat dan Senaman


 Lakukan senaman ringan mengikut kemampuan
 Rehat yang secukupnya

5. Amalan Bahaya dan Pantang Larang


 Elakkan amalan pantang larang yang merbahaya seperti sekak dan salai

12
6. Tanda -tanda Bahaya

Dapatkan rawatan segera sekiranya terdapat tanda-tanda berikut:


 Demam panas
 Pendarahan berlebihan dan berlarutan
 Anemia
 Pening atau sakit kepala
 Sakit kaki atau bengkak
 Sakit betis
 Sesak nafas dan sakit dada
 Meroyan
 Sukar buang air kecil
 Sakit dan keluar nanah dari luka akibat bersalin atau pembedahan

7. Perancang Keluarga
 Amalkan kaedah perancang keluarga yang sesuai untuk menjarakkan
kehamilan seperti pil, alat dalam rahim, kondom, implan, ligasi tiub
fallopian dan suntikan.

8. Rawatan Lanjut
 Dapatkan rawatan lanjut 6 minggu selepas bersalin di klinik kesihatan atau
hospital yang berhampiran.

13
6. RUJUKAN

1. Care, P. (2002). Normal Pregnancy, Labor, and Delivery. Family Medicine:


Principles and Practice, 95.
2. Friedman, E. A. (1975). Disordered labor: objective evaluation and
management. The Journal of family practice, 2(3), 167-172.
3. Iams, J. D. (1994). Prematurity: Prevention and treatment. Management of High
Risk Pregnancy. 3rd edition. Boston: Blackwell Scientific Publication, 464-70.
4. Norman, L. A., & Karp, L. E. (1986). Biophysical profile for antepartum fetal
assessment. American family physician, 34(4), 83-89.
5. Scherger, J. E. (1996). Normal Pregnancy, Labor, and Delivery.
In Fundamentals of Family Medicine (pp. 57-77). Springer, New York, NY.
6. Sever, L. E. (2000). Ethics, society and occupational reproductive hazards: fetal
consequences?. Women & health, 30(3), 25-37.

14
INSTITUT LATIHAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
SULTAN AZLAN SHAH, ULU KINTA, PERAK DARUL RIDZUAN
KURSUS DIPLOMA PEMBANTU PERUBATAN

FORMAT PEMARKAHAN CASE STUDY


NAMA PELATIH : MUHAMMAD SHAHRIZ AIZAT BIN AZHAR
NOMBOR KAD PENGENALAN : 981028-56-5259
NOMBOR MATRIK : BPP2018-0542
TAHUN & SEMESTER : TAHUN 3 SEMESTER 1
KAWASAN PENEMPATAN : DEWAN BERSALIN HOSPITAL BATU GAJAH

BIL PERKARA WAJARAN MARKAH

1. Pengenalan dan pernyataan masalah yang jelas. 10

2. Pencarian literatur yang lengkap dan relevan. 20

Perbincangan dan hujah yang jelas, kukuh serta


3. 40
menunjukkan keaslian.

4. Rumusan yang padat dan konklusif 10

5. Sumber rujukan yang sesuai dan mencukupi. 10


6.
Format
2
A. Kulit pakej yang kemas.
B. Bilangan perkataan seperti yang
2
ditetapkan.
2
C. Cetakan yang jelas dan bersih.
2
D. Penjilidan yang kemas.
2
E. Mengikut format yang ditetapkan.
F. Demerit: kesilapan ejaan melebihi 20
-5
patah perkataan

JUMLAH MARKAH

Tandatangan pemeriksa :
Nama :
Tarikh :

15

You might also like