You are on page 1of 17

1.

0 Pengenalan

Kelahiran secara normal ialah satu proses dimana janin keluar dari dalam uterus
ibu melalui salur genitalia selepas 38 minggu mengandung dengan lengkap. Terdapat 3
peringkat labour iaitu peringkat pertama bermula di permulaan kontraksi uterus yang
progresif sehingga pembukaan OS(open servix) sepenuhnya berlaku. Peringkat kedua
pula bermula di pembukaan OS dengan sepenuhnya sehingga bayi dilahirkan manakala
peringkat ketiga bermula dari masa bayi dilahirkan sehingga plasenta membrane
dikeluarkan. Semasa menyambut kelahiran secara normal biasanya 2 orang staff sahaja
diperlukan. seorang berperanan semasa proses ibu melahirkan anak dan seorang lagi
diperlukan untuk menilai keadaan bayi. Kerjasama daripada ibu sangat penting semasa
proses kelahiran kerana ia memerlukan tenaga yang kuat untuk meneran bayi keluar
daripada uterus. Jika ibu tidak memberikan kerjasama semasa proses tersebut bayi sukar
untuk dikeluarkan
2.0 Pernyataan Masalah

Nama : Long Jok

No kad pengenalan : 82121113xxxx

Umur : 33 tahun

Kumpulan etnik : Kenyah

Warganegara : Malaysia

No. Daftar : 1578/16

Pekerjaan : Suri rumah tangga

Tarikh kemasukan : 25-03-2016

Tarikh discaj : 26-03-2016

TAL (EDD) : 28-03-2016

Gr : 06 Para : 05

Sejarah kelahiran lalu:

Ini adalah kandungan yang keenam pesakit.


Pesakit mempunyai dua anak lelaki dan tiga anak perempuan sebelum ini
Semua anaknya dilahirkan normal secara Spontaneous Vaginal Delivery (SVD)
dan disambut oleh jururawat terlatih dan jururawat masyarakat.
Sejarah penyakit kini

Pemeriksaan terakhir bersama doktor di klinik ibu dan anak menyatakan bahawa
pesakit mengalami preterm labour with preterm delivery
Jumlah kelahiran : 5
Jumlah anak yang masih hidup: 5
Jumlah keguguran: 0

General condition: Patient alert and conscious, no show, no leaking liquor.

Tanda-tanda vital seperti berikut:

Suhu : 37.2C
kadar nadi : 96 bpm
tekanan darah : 139/83 mmHg
kadar pernafasan : 20 per min
skor kesakitan :3

Blood GxM: group O, Rh positive

VDRL/ TPHA/ HIV : NON REACTIVE

Obstetric Condition :
Gestation: 38/52
Cephalic
Head engaged 0.5cm-3cm
FHR: 135
Uterus term size
Membrane intact
OS: 3cm
Pesakit ini datang ke dewan bersalin Hospital kapit pada 25/03/2016 pada jam
7.15 pagi dengan aduan sakit dan mengalami kontraksi yang kerap.Pada ketika itu,
pesakit berada pada minggu ke 36 dan 5 hari kehamilan.Setelah pemeriksaan vagina
dilakukan, kelihatan terdapat sedikit darah dan lendir (show) dan bukaan os masih pada
2cm. Pemeriksaan kardiotokografi dilakukan dan pesakit dimasukkan ke wad
maternitykatil 16 sebagai persediaan untuk bersalin.Pesakit juga diminta memberitahu
jika beliau terasa seperti mahu meneran atau apabila kontraksi yang dirasakan meningkat
dalam masa 10minit.

Pada jam 11.30 tengah hari pesakit mengadu sakit dan kontraksi yang semakin
kerap. Pesakit dibawa ke dewan bersalin dan disediakan untuk melalui proses bersalin.
Jururawat masyarakat yang melakukan pemeriksaan vagina melaporkan bahawa bukaan
os sudah ke tahap 8cm dan pesakit disuruh meneran jika terasa seperti ingin meneran.
Setelah 45 minit melalui proses tersebut, pesakit melahirkan anak lelaki dengan berat
3.1kg selamat pada jam 12.19pm. Semasa dalam fasa kelahiran yang ketiga, pesakit
selamat dalam melahirkan plasenta.Uterus pesakit kontrak, rasa keras dan globular.Tiada
pendarahan yang banyak berlaku.
3.0 Pencarian Literature

Menurut Yvonne Cheng (2009) mengatakan kelahiran merupakan satu proses


fisiologi dimana fetus, membran, tali pusat dan plasenta dilahirkan daripada uterus.
Kelahiran dapatdicapai dengan perubahan biokimia tisu penghubung dan dengan
penipisan berperingkat dan pengembangan serviks uterus hasil daripada kontraksi uterus
yang berirama dengan frekuensi, kekuatan dan durasi yang mencukupi.

Menurut Mander R(1998) berkata cara mengurangkan kesakitan semasa proses


kelahiranharuslah memberikan kesan yang baik, selamat untuk bayi, mempunyai kesan
yangboleh diramal, boleh di rawat jika perlu, senang untuk diberikan dan tidak akan
mengganggu kontraksi uterus.

Menurut (Steer P, 1999) kebanyakan kehamilan akan berakhir dengan kelahiran


normal.Perawat bertanggungjawab unutk memberikan sokongan kepada pesakit dan
suamiserta memerhatikan keabnormalan semasa proses

Menurut David (2007), setelah serviks sepenuhnya terbuka dan membesar,


perubahan tubuh anda untuk"push" mode amat penting sehingga tahap kedua dari tenaga
kerja aktif bayi lahir.Keadaan ini boleh menyebabkan bayi lahir dalam beberapa minit
sahaja. Tetapisebaliknya mengambil tempoh yang lambat jika ibu tidak push untuk
melahirkan bayi.Hal ini mungkin akan lebih cepat jika anda sudah memiliki bayi dahulu.
4.0 Penemuan/prosedur

Bil Langkah tatacara Rasional


1. Beri salam/ucap selamat.
2. Beri penerangan kepada ibu untuk Mendapat kerjasama dan mengurangkan
melakukan pemerhatian menyambut kebimbangan ibu.
kelahiran.
3. Sediakan keperluan untuk kelahiran
3.1 troli menyambut kelahiran
3.2 mesin penyedut
4. Lindung katil dengan skrin Memberi privasi dan menjaga kehormatan
ibu.
5. Lakukan pemerhatian yang penting: Mengesan keabnormalan ibu dan fetus.
5.1 Nadi
5.2 Palpasi uterus untuk tentukan posisi,
presentasi dan engagement
5.3 Kontraksi uterus
5.4 Denyutan jantung fetus

6. Posis ibu dalam dorsal rekumben. Posisi yang sesuai untuk menyambut
kelahiran.
7. Mencuci tangan dan pakai glove dengan Mengelakkan infeksi kepada ibu dan anak.
teknik asepsis.
8. Susun alatan di atas troli untuk Menyenangkan pelaksanaan.
menyambut kelahiran.
9. Lakukan vulval swabbing. Untuk mengelak infeksi.

10. Lakukan pemeriksaan vaginal dan Menentukan berada dalam peringkat kedua
pemerhatian: labor.
10.1 tanda-tanda peringkat kedua labor
10.2 membran pecah atau tidak.
10.3 Likuor samada jernih (clear) atau Mengesan fetal distress supaya boleh
ada kesan mekonium. dirujuk kepada doktor untuk tindakan.
10.4 Presentasi dan posisi fetus. Untuk mengesan malpresentasi dan
malposisi.
*11. Drap ibu dengan dressing towel yang Mengadakan kawasan steril.
steril/perineal sheet di bawah punggung
dan atas abdomen.

*12. Arahkan ibu meneran bila ada kontraksi Untuk mempercepatkan kelahiran.
uterus.
Bil Langkah tatacara Rasional
13. Lakukan infiltrasi perineum dengan Kurangkan keskitan semasa episiotomi.
anestesia setempat jika perlu.
14. Lakukan episiotomi jika perlu semasa Untuk membesarkan liang vaginal dan
kontraksi dan perinium telah menipis. mengelakkan tisu koyak di vagina dan
vulva.

15. Bantu fleksi kepala bayi dengan jari. Supaya diameter terkecil keluar dahulu
untuk mengurangkan kecederaan kepada
tisu vagina dan vulva.

16. Kawal perinium dengan tangan dan pad. Untuk mengelakkan kekoyakan pada
(Rujuk Gambarajag A). perinium.
17. Kawal kelahiran kepala bayi dengan Untuk menyenangkan pengeluaran kepala
tangan: bayi dengan selamat.
17.1 fleks kepala bayi sehingga
crowning.
17.2 Arahkan ibu pant out the head,
jangan teran lagi selepas crowning. Untuk melahirkan kepada bayi secara
perlahan-lahan untuk elak kecederaan.
17.3 Dongakkan kepada bayi selepas
crowning. Menyenangkan pengeluaran sinsiput, muka
dan dagu.

18. Buangkan pad perinium. Mencegah infeksi.

19. Bilas tangan dalam losyen antiseptik Elak infeksi.


(Bersihkan tangan sebelum swab mata dan
hidung bayi).

20. Swab mata dan hidung bayi dengan swab Kurangkan risiko infeksi.
steril.
21. Sedut mukus dari mulut dan hidung. Mengelak aspiration.

22. Rasa talipusat di keliling leher bayi Mengenalpasti talipusat tidak melilit leher
dengan jari-jari dan ambil tindakan bayi supaya bayi tidak lemas akiban
sewajarnya. penyekatan saluran pernafasan.
Bil Langkah tatacara Rasional
23. Pegang kepala bayi dengan kedua-dua Restitusi berlaku menandakan bahu bayi
tapak tangan apabila restitusi berlaku. berada dalam diameter anterior-posterior
outlet.

24. Bantu kelahiran bahu tarik kepala bayi Mengeluarkan bahu secara berasingan
ke bawah untuk mengeluarkan bahu boleh mengelakkan otot perineum menjadi
anterior sehingga pertengahan lengan bayi over stretching.
kelihatan.

25. Angkat kepala bayi ke arah atas mengikut


curve of Carus untuk melahirkan bahu
posterior.

26. Masukkan 2 jari kecil/kelingking di celah Mengelakkan bayi dari tergelincir dan
ketiak bayi dan keluarkan badan bayi jatuh.
mengikut Curve of Ca.rus

27. Lihat masa bayi dilahirkan. Data untuk datat dan mendaftar.

28. Letakkan bayi atas katil dengan mukanya


jauh dari vulva (tidak mengadap ke arah
vulva ibu).

29. Palpat abdomen sebelum memberi Mengesan undiagnosed twin.


suntikan sintometrine/pitocin. Pemberian oxitocin untuk menggalakkan
kontraksi uterus dan mempercepatkan
peringkat ketiga labor dan mencegah
pendarahan.

30. Kepit tali pusat dengan forseps arteri: Memisahkan bayi dari plasenta.
30.1 Dekat dengan vulva ibu
30.2 4 sm dari pusat
30.3 2 sm dari forseps yang kedua
30.4 Letakkan holister clamp Mengelakkan perdarahan dari talipusat.

31. Potong tali pusat dengan cord scissors di Memisahkan bayi dari plasenta.
hadapan holister clamp.
32. Letakkan talipusat di dalam bekas kidney Mengumpulkan darah yang mengalir keluar
dan letakkan bekas kidnye dekat vulva. dari vagina.
Bil Langkah tatacara Rasional
33. Ambil darah talipusat untuk G6PD. Mengesan keadaan kekurangan enzim
G6PD dalam darah bayi.
34. Lakukan penilaian Skor Apgar pada 1 Menilai keadaan bayi.
minit selepas kelahiran dan 5 minit selepas
kelahiran.

35. Keringkan bayi dengan dressing towel Mencegah hipotermia bayi.


steril, balutkan bayi.
36. Letakkan tag bayi di tangan kanan. Mengelak penukaran bayi.
Tunjukkan tag nama kepada ibu. Untuk yakinkan ibu bahawa anaknya
ditanda dengan betul mengelakkan
penukaran bayi.
37. Tunjukkan jantina bayi kepada ibu-ibu Untuk memastikan ibu tahu jantina bayinya.
perlu sebut lelaki atau perempuan
dengan betul.

38. Letakkan bayi atas dada ibu dan nasihat Membantu mengeratkan hubungan awal
ibu peluk dan menyusukannya. antara ibu dan bayi (maternal child
bonding).

39. Rasa uterus samada kontrak dan retrak. Untuk memastikan plasenta telah terpisah
Memerhatikan tanda-tanda perenggangan dari uterus sebelum menjalankan control
plasenta: cord traction.
39.1 Talipusat memanjang di luar vulva
39.2 Pengeluaran darah sebanyak 30-
60ml.
39.3 Paras fundus meningkat dari bawah
pusat dan di atas paras pusat.
40. Palpat bladder, lakukan pengkateteran jika Bladder yang penuh boleh menghalang
perlu. kontraksi uterus dan penurunan plasenta.

41. Lahirkan plasenta dengan cara controlled Mengelakkan inversion of uterus.


cord traction:
41.1 Kepit talipusat hampir dengan Untuk menyenangkan tarikan.
vulva.
41.2 Letak tangan kiri di atas Untuk memberi counter traction.
simfisispubis.
41.3 Pegang talipusat di forseps arteri.
41.4 Tarik ke arah bawah sehingga
plasenta di bawah vulva.
Bil Langkah tatacara Rasional
42. Letakkan plasenta dalam bekas kidney. Mengelakkan darah mengotorkan katil dan
memudahkan menyukat amaun darah.

43. Keluarkan forseps dan letak dalam bekas Memastikan forseps tidak tertinggal di
kidney di atas troli. dalam uterus.
44. Keluarkan bekuan darah dari uterus dan Bekuan darah boleh menghalang kontraksi
vagina. uterus.
45. Rasa uterus samada telah kontrak dan Memastikan tiada perdarahan sebab
retrak. anatomi uterus.
46. Swab vulva. Memudahkan pemeriksaan luka.

47. Periksa kekoyakan di vagina, vulva dan Supaya jahitan dibuat untuk pencegahan
perinium (jahit jika perlu). pendarahan dan infeksi.
48. Pakaikan pad. Menyerap lokia.

49. Membersihkan ibu dan selesakan.

50. Memeriksa tanda-tanda vital, tonus uterus Menilai keadaan ibu selepas bersalin.
dan pundi kencing.
51. Catat butir-butir kelahiran dalam buku Maklumat untuk pendaftaran dan rujukan.
rekod kelahiran/borang-borang berkaitan:
51.1 Jenis kelahiran
51.2 Tarikh dan masa kelahiran
51.3 Amaun perdarahan
51.4 Keadaan perineum
51.5 Keadaan plasenta & membran
51.6 Keadaan bayi: jantina
51.7 Skor Apgar
51.8 Ubatan yang diberikan kepada ibu
dan anak.
4.0 Perbincangan

Terdapat tiga peringkat labour:

1. Peringkat Pertama :
Menurut WHO, kontraksi tersebut dikatakan mild jika tempoh sesuatu
kontraksi tersbut kurang daripada 20 saat. Jika kontraksi bertahan selama 21
hingga 40 saat pula, ianya dikatakan sebagai moderate dan strong jika
melebihi 41 saat

Kontraksi uterus yang berirama, regular dan dilatasi servik.


kesakitan di uterus yang regular/tetap.
Pada mulanya Kekerapan ialah satu kontraksi setiap 10 minit ,
jangka masa ialah 20- 30 saat.
Pada hujung peringkat pertama, kekerapan kontraksi ialah 3-4
kontraksi dalam 10 minit, jangka masa ialah 50 - 60 saat.

Jangka Masa :
Primigravida : 11 12 Jam
Multigravida : 6 jam

2. Peringkat Kedua:

Bermula dengan serviks terbuka dengan sempurna iaitusebesar 10cm dan


berakhir apabila fetus berjaya dilahirkan. Pada peringkat ini, ibu akan merasa
ingin meneran disebabkan oleh kontraksi uterus yang menjadi semakin kuat
dan kesakitan yang dialami oleh ibu menjadi semakin kerap.
Selain itu, perineum ibu akan menjadi tegang dan menipis dan vulva akan
mengembang. Ini disebabkan oleh kepala fetus yang menekan serviks ketika
sedang dilahirkan. Di vulva pula, presenting part fetus akan kelihatan. Pada
kebiasaanya, bayi yang berada pada kedudukan vertex atau cephalic,
presenting partnya adalah kepala.
Ketika proses ini, bahagian anus akan terkeluar sebesar syiling 20 sen. Ini
disebabkan oleh tekanan ketika ibu sedang meneran. Pada kebiasaannya,
proses ini akan berakhir selepas 20 minit hingga 2 jam
Servik dilat sepenuhnya (10sm) dan pengeluaran fetus.
Kontraksi uterus menjadi semakin kuat.
Membran ruptur/pecah
Tanda darah menjadi makin banyak.
Os servik dilat 10 sm.
Anus dan vulva dilat/gaping
Perineum diregang dan kelihatan nipis.
Bahagian presentasi/kepala fetus dapat dilihat di vulva

Jangkamasa
Primigravida : 12jam
Multigravida : 5 minit jam

Mekanisme kelahiran normal

Lie : longitudinal
Presentation : Cephalic
Position :Left/right occipital anterior
Attitude : Fleksi
Denomintor :Oksiput

Memerhati kontraksi uterus, tanda-tanda vital, warna likuor, denyutan jantung


fetus dan posisi kepala fetus semasa peringkat kedua untuk mengelakkan
sebarang kompikasi
3. Peringkat Ketiga:

Mulai dari kelahiran bayi sehingga kelahiran plasenta dan


membran.didefinisikan sebagai tempoh antara kelahiran fetus dan kelahiran
placenta dan membrane fetus. Dalam peringkat ini, kontraksi uterus
menyebabkan pengaliran darah seterusnya mengakibatkan penebalan dan
pengurangan luas permukaan lapisan miometrium dimana plasenta melekat.
Ini akan menyebabkan plasenta mudah untuk dilahirkan. Walaupun kelahiran
plasenta biasanya kurang daripada 10 minit, tempoh masa bagi peringkat
ketiga kelahiran boleh berlangsung sehingga 30 minit.

Jangkamasa : 5 15 minit.

Kontraksi dan retraksi uterus menyebabkan plasenta berpisah dari dinding


uterus.

Perhatikan tanda-tanda semasa perpisahan plasenta:


- uterus kontrak, rasa keras dan globular.
- tali pusat di bahagian vulva memanjang
- terdapat sedikit darah memancut dari vagina

o Semasa kelahiran plasenta dan membran, pastikan plasenta dilahirkan


dengan controlled cord traction.
o Perhatikan masa kelahiran plasenta hendaklan direkod sebagai
dokumentasi.
o Urut uterus untuk memastikannya kontrak dengan sempurna.
o Periksa vagina dan perineum untuk mengesan laserasi/kekoyakan
o Periksa plasenta dan membran untuk memastikan ia lengkap.
o Sukat jumlah darah dalam carta sebagai rekod.
Gangguan dan Komplikasi Yang Mungkin Berlaku Semasa Kelahiran iaitu

Prolonged Labor
Obstructed Labor
Prolap talipusat
Hipoksia fetal
Kekoyakan darjah ketiga
Post partum Hemorhage.
Retain placenta
5.0 Cadangan

Pengurusan semasa kelahiran normal agak berbeza bagi setiap peringkat.

Peringkat pertama

Sokongan emosi perlu diberikan kepada wanita yang bakal melahirkan


anakuntuk mengurangkan kerisauan
Lakukan pemerhatian kepada ibu dan fetus seperti tekanan darah, kadar
nadi dan pemeriksaan vagina 4 jam sekali untuk memantau pergerakan
fetus
Pantau kadar denyutan jantung fetus dengan menggunakan
fetalskop atau kardiotocogram.

Pemeriksaan vagina 4 jam sekali untuk perkembangan proses


kelahiran dan presentasi bayi

Terdapat beberapa langkah yang boleh dilakukan untuk mengurangkan


masalah
tersebut daripada terus berlaku. Pendidikan kesihatan adalah amat penting. Ibu-
ibu perlu diajar cara meneran dan pengawalan nafas yang betul semasa kelahiran.
Mereka perlu diajar dengan betul supaya tidak menimbulkan masalah semasa
kelahiran terutamanya kepada ibu primigravida.

Jika mereka pandai dan faham dengan pengajaran tersebut, sesuatu proses
kelahiran akan menjadi lebih mudah bukan sahaja kepada perawat tetapi juga
kepada ibu sendiri. Mereka tidak memerlukan masa yang panjang untuk brsln dan
mereka juga tidak perlu menanggung kesakitan yang lama
6.0 Rumusan

Kebanyakan kehamilan akan berakhir dengan kelahiran normal. Kelahiran normal


padakebiasaannya tidak mempunyai sebarang komplikasi yang membawa maut
sekiranyadilakukan dengan betul.Mungkin prosedur episiotomy perlu dilakukan
kepada wanitayang primigravida untuk mengelakkan koyakan eksternal.Namun
begitu, kelahirannormal biasanya dapat dilakukan tanpa mengancam nyawa ibu
dan fetus. Pengurusanyang sempurna terhadap ibu dan fetus sebelum, semasa dan
selepas proses kelahiranamat penting untuk memastikan ibu dan fetus berada
dalam keadaan yang sihat dan tidak mengalami sebarang masaalah
7.0 Rujukan

Cheng, Y (2009) Obstetrics Normal & Problem Pregnancies. 5thed. New York:
ChurchillLivingstone

Mander R. (1998). Analgesia and anaesthesia in childbirth: obscurantism and


obfuscation. J Advanced Nursing 28:86-93.

Steer, P (1990) Physiology and management of normal labor. British Medical


Journal

Willson JR. Atlas Of Obstetric Technic. 2nd ed. St Louis, Mosby; 1969

You might also like