You are on page 1of 6

SOALAN 1 :

Puan Z, 59 tahun dibawa ke Jabatan Kecemasan oleh anaknya kerana mengalami pening

kepala, chest discomfort, sesak nafas dan batuk sejak 3 minggu yang lepas.

A. Nyatakan empat (4) diagnosis perbezaan Puan Z. [4markah]

i. Dispnea

ii. Hipertensi

iii. Pneumonia

iv. Bronkitis Akut

Puan Z, memaklumkan beliau menghidap hipertensi sejak 15 tahun dan masih menjalani

rawatan susulan. Pemeriksaan fizikal mendapati penemuan seperti berikut:

- Leher - JVP 3.5 sm

- Auskultasi paru-paru - krepitasi basal bilateral

- Pergelangan kaki - edema berlekuk bilateral

B. Nyatakan diagnosis beliau. [2 markah]

i. Bronkiektasis

ii. Bronkiolitis
C. Huraikan pengendalian kes ini di hospital. [8 markah]

i. Memberikan ubat-ubatan diuretik seperti Frusemide 20-40 mg / setiap hari dan

Chlorotiazide 500 mg / setiap hari.

ii. Agen Beta Blocker seperti Metoprolol 50-200 mg XD / BD dan Propanolol 20-40 mg

XD / BD.

iii. Agen Hipertensif seperti Methyldopa 125-250 mg XBD / TDS, Prozosin 0.5- 2 mg

XBD / TDS dan Reserpine 0.2-0.5 mg XD.

iv. ACE Inhibitors seperti Captropil 12.5 mg XD

v. Calcium Channel Blockers seperti Nifidepine 10 mg XD.

D. Nyatakan enam pendidikan kesihatan yang perlu diberikan kepada pesakit ini. [6markah]

i. Mengambil ubat mengikut arahan doktor.

ii. Jangan merokok atau mengambil alkohol.

iii. Sentiasa membuat senaman ringan.

iv. Jangan buat kerja yang berat.

v. Kurangkan pengambilan makanan yang berlemak atau masin.

vi. Amalkan cara hidup yang sihat.


SOALAN 2 :

Puan K, 72 tahun, telah dihantar ke Jabatan Kecemasan dengan aduan sesak nafas, batuk,

takipnea serta takikardia.

A. Senaraikan enam (3) diagnosis perbezaan [3 markah]

i. Pneumonia

ii. Bronkial Asma

iii. Trakeitis

Semasa pemeriksaan, didapati beliau demam tinggi dan batuknya berkahak warna besi

karat.

B. Nyatakan diagnosis anda [2 markah]

i. Pneumonia

ii. Bronkiektasis

C. Nyatakan lima (5) manifestasi klinikal lain bagi penyakit ini [5 markah]

i. Sakit dada menyucuk dan menular ke bahagian lengan dan bahu.

ii. Dispnea dengan sianosis.

iii. Menggigil [rigor]

iv. Perkusi - dullness di bahagian konsolidasi

v. Auskultasi - kurang bunyi pernafasan, rales dan pleural rub.


D. Terangkan pengendalian kes ini di wad [10 markah]

1. RAWATAN SPESIFIK :

Pemberian Antibiotik

= suntikan Benzylpenicillin 1 mega unit setiap 6 jam x 1 / 52.

= suntikan Procaine Penicillin 600,000 unit setiap hari x 1 / 52.

= tablet Penicillin 250-500 mg setiap 6 jam sekali x 1 / 52.

= lain-lain seperti Erythromycin, Tetracycline, Cephalosporin, Gentamycin.

2. RAWATAN SIMPTOMATIK :

= batuk - mist exp stim 10-15 ml TDS.

= demam - tablet paracetamol 1000 mg TDS.

= muntah - stemetil 12.5 mg PRN.

3. PENJAGAAN KEJURURAWATAN :

= rehat di atas katil.

= infusi intravena [IV].

= terapi oksigen [ventimask / nasal prong].

= pemerhatian tanda vital.

= pemantauan carta ‘intake - output’.

= tenpid sponging jika demam.

= diet yang ringan dan lembut.

= pulihkan renjatan dan edema pulmonari jika berlaku.

= pengendalian kegagalan jantung kongestif jika berlaku.

= rawatan komplikasi lain.


SOALAN 3 :

Puan M, 65 tahun dibawa ke jabatan kecemasan kerana mengadu sakit dada. Beliau telah

diarahkan untuk menjalani ujian Electrocardiography.

A. Berikan definisi Electrocardiography. [2 markah]

= Adalah satu bacaan yang dihasilkan oleh mesin elektrokardiograf untuk tujuan

menganalisa perubahan aktiviti elektrik dalam jantung.

Keputusan ujian mendapati berlaku elevasi pada gelombang ST di lead II, III dan aVF.

B. Senaraikan 6 langkah pengawasan yang perlu diambil semasa ujian tersebut. [6 markah]

i. Meletakkan pesakit dengan posisi baringan supine.

ii. Tanggalkan benda-benda logam daripada pesakit seperti gigi palsu dan tali pinggang.

iii. Bahagian dada, pergelangan tangan dan kaki didedahkan.

iv. Memastikan kesemua tempat tersebut bersih dan mempunyai kontak yang baik dengan

elektrod.

v. Rerambut mestilah dicukur [dengan izin pesakit] serta krim elektrod disapu.

vi. Semasa operasi pesakit mestilah tenang dan elakkan daripada sebarang gangguan.

C. Berikan diagnosis anda berdasarkan interpretasi diatas. [2 markah]

= Infarksi Miokardium

= Perikarditis
D. Huraikan 5 (lima) perubahan lain yang boleh berlaku pada segmen ST. [10 markah]

= depresi ST yang boleh menyebabkan ischemic heart disease [IHD] dan digitalis

overdose.

= ST berpanjangan boleh menyebabkan hipokalsiumia, penyakit renal.

= ST pendek boleh menyebabkan hiperkalsiumia dan karsinoma metastatik.

You might also like