You are on page 1of 16

KOLEJ SAINS KESIHATAN BERSEKUTU, KOTA KINABALU

KURSUS DIPLOMA PEMBANTU PERUBATAN

CASE STUDY
PENEMPATAN UNIT KESIHATAN SEKOLAH

SKABIES

BIL NAMA NO. MATRIK NO. K/P


01 MOHD AZAHARI BIN BPP2012-1527 931208 - 12 - 6741
ALI

SESI AKADEMIK : JULAI NOVEMBER 2013


KURSUS DIPLOMA PEMBANTU PERUBATAN

CASE STUDY

Nama Pelatih : ...

No. Matrik : ...

Tahun : ......... Semester : ..

Kawasan Penempatan : ......


1.0 PENGENALAN

Penyakit Scabies atau turut lebih dikenali sebagai kudis buta merupakan sejenis
penyakit berjangkit yang disebabkan oleh hama arthropod yang juga dikenali sebagai
Tungau ataupun Sarcoptes Scabiei. Tungau terbahagi kepada dua jenis iaitu, Tungau
Gatal dan Tungau Kudis dari keluarga Sarcoptidae. Akan tetapi, tungau yang seringkali
mengakibatkan penyakit kepada manusia adalah dari jenis Sarcoptes Scabiei. Ia
merupakan sejenis tungau yang kecil berbentuk bujur, tidak mempunyai mata dan
bahagian dorsalnya cembung manakala bahagian ventralnya leper. Kebiasaannya tungau
betina akan mempunyai saiz yang lebih besar berbanding dengan tungau jantan.

Terdapat perbezaan antara tungau betina dan tungau jantan iaitu, tungau betina
lebih aktif pada waktu malam berbanding tungau jantan. Selain itu, tungau betina akan
menyusup ke dalam lubang pada kulit di mana lubang itu terhad pada lapisan korneum
kulit sahaja berbanding dengan tungau jantan yang akan membuat cabang sisi daripada
lubang tersebut.

Tungau betina mampu untuk menghasilkan lebih kurang 30 sehingga 50 biji telur
sepanjang hayatnya iaitu dalam lingkungan sebulan. Dalam hanya beberapa hari, telur
akan bertukar menjadi larva dan seterusnya akan membuat lubang terowong halus pada
bahagian lateral dan mengelongsong untuk menjadi nimfa yang mempunyai empat kaki.
Peringkat nimfa ini sempurna dalam masa lebih kurang dua minggu. Sarcoptes scabiei ini
biasanya ditransmisikan melalui sentuhan secara langung(direct contact).
2.0 PENYATAAN MASALAH DAN ISU

Pada 20 Ogos 2013, jam 10.00am, seorang pesakit berumur 13 tahun bersekolah harian
di Sekolah Menengah Kebangsaan(SMK) Sook, telah datang ke Jabatan Pesakit Luar
Klinik Kesihatan Sook bersama penjaganya bagi mendapatkan rawatan. Pesakit telah
mengadu bahawa terdapat ruam-ruam berair timbul pada celah-celah jari kedua belah
tangannya. Apabila waktu malam, pesakit merasakan sangat gatal berbanding dengan
waktu siang.

Aduan :
Ruam-ruam merah dan berair, timbul pada celah-celah jari di kedua-dua belah
tangan.
Rasa gatal pada ruam tersebut. Lebih gatal pada waktu malam berbanding siang.

Keadaan Semasa :

pesakit di bawa oleh penjaganya.


Menaiki kenderaan kereta datang ke klinik.
Pesakit berada dalam keadaan yang stabil, sedar, dan peka.
Pesakit memiliki postur badan yang baik.

Pemeriksaan Menyeluruh :
Suhu : 37.9C
Pulse Rate : 124 bpm
SPO2 : 99 %
CVS : DRNM , S1S2
CHEST : lungs = clear.
Abdominal : soft , no tenderness
Pemeriksaan fizikal/kulit : terdapat lesi pada kulit yang kemerahan dan berair.
Kelihatan juga kudis-kudis yang bernanah.

Diagnosis :
Scabies
Rawatan :
Emulsion Benzyl Benzoate LA BD x 1
Tablet Paracetamol 500mg TDS x 3/7
Tablet Chlorpheniramine Maleate 4mg BD/TDS x 3/7

Pendidikan Kesihatan :
Tingkatkan penjagaan kebersihan diri
Elakkan berkongsi barangan peribadi seperti tuala mandi, selimut, baju, seluar
dengan orang lain. Meski pun orang yang tinggal serumah, bagi mengelak
jangkitan silang.
Elakkan bersentuhan secara terus mahupun tidak terus dengan ahli keluarga
semasa tempoh jangkitan.
Basuh pakaian yang berkaitan dengan air sabun dan rendam dalam air yang panas
dan seterusnya jemur kain tersebut di bawa sinaran matahari terik bagi
membunuh hama-hama tungau betina dan jantan yang melekat pada pakaian.
Pengajaan makanan dan pengambilan makanan yang sihat dan seimbang.
Ambil dan makan ubat mengikut arahan yang telah diberikan oleh doctor.
3.0 PENCARIAN LITERATURE

Perkataan scabies daripada bahasa Latin adalah scabere yang bermaksud menggaru,
turut juga dikenali sebagai Norwegian Scabies atau kata lainnya colloquially gatal
tujuh tahun. Merupakan satu jangkitan yang disebabkan oleh hama Sarcoptes Scabiei.
Hama adalah parasite kecil dan biasanya tidak dapat dilihat secara langsung oleh mata
kasar dimana hama berada di bawah kulit hos yang telah dijangkiti. Apabila hos telah
dijangkiti, menyebabkan gatal-gatal seperti alahan alergik. Hama ini bukan sahaja
menjangkiti manusia, tetapi juga kepada haiwan. Namun, hama penyebabnya berbeza
daripada hama yang menjangkiti manusia tetapi mempunyai kaitan dan dikenali sebagai
Sarcoptic mange.

Scabies dikelaskan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia sebagai satu penyakit


berkaitan air. Penyakit ini boleh merebak melalui objek, akan tetapi kerapnya merebak
melalui sentuhan langsung kulit ke kulit dengan risiko lebih tinggi apabila terlalu lama
bersentuhan dengan orang yang telah di jangkiti. Jangkitan awal memerlukan tempoh
penggeraman selama empat hingga enam minggu untuk menjadi gejala.

Menurut Melissa Conrad dalam artikel beliau, masyarakat yang berisiko tinggi
untuk mendapat jangkitan Scabies adalah mereka yang tidak menjaga kebersihan diri,
mendiami suatu kawasan yang sesak atau padat seperti rumah setinggan dan disebabkan
oleh kemiskinan. Selain itu, masyarakat yang malnutrisi juga berisiko mendapat
jangkitan ini. Pengamal seks rambang juga salah satu individu yang sangat berpotensi
mendapat jangkitan disebabkan sentuh langsung (Carson-DeWitt 2002 ).

Satu kajian telah dilakukan oleh seorang doctor pakar kanak-kanak iaitu
Doktor Saiful mengenai jangkitan scabies pada kanak-kanak sekolah terutama yang
bersekolah asrama penuh. Hal ini berlaku keatas mereka disebabkan pengamalan
penjagaan kebersihan diri yang tidak baik serta kurang pengetahuan dan pendedahan
terhadap hal-hal berkaitan penyakit yang boleh berjangkit seperti jangkitan scabies.

Seseorang yang telah dijangkiti akan mudah menjangkiti seseorang individu


yang lain sama ada ahli keluarga, jiran tetangga, kawan-kawan sekolah serta kawan-
kawan sebilik dalam asrama memalui sentuhan secara langsung seperti berpegang tangan
atau bersalaman. Selain itu, perkongsian barangan peribadi seperti tuala mandi, baju,
selimut, mahupun tempat tidur merupakan salah satu cara rebakan penyakit berjangkit
scabies ini.

Menurut Doktor Saiful, hama tungau ini kerap didapati pada celah-celah
jemari, pergelangan tangan, lengan, siku, ketiak, dan kawasan genitalia. Kesemua
kawasan tersebut seringkali digemari oleh mikroorganisma untuk tinggal dan membiak.
Namun demikian, bagi kes-kes yang teruk kita boleh lihat melalui badan individu
tersebut dan akan terdapat lesi-lesi vesikel yang akan bertukar menjadi lesi yang
mengandungi nanah akibat jangkitan sekunder.

Simptom-simptom yang akan timbul setelah kita dijangkiti oleh hama


Sarcoptes Scabiei ini adalah rasa gatal pada kawasan yang dijangkiti dan bertambah
teruk rasa gatal pada waktu malam kerana hama betina aktif pada waktu malam. Dapat
diperhatikan juga ruam-ruam yang berair muncul pada permukaan kulit. Jika kelihatan
seperti itu, menunjukkan bahawa terdapa hama tungau pada bawa permukaan kulit.

Menggaru pada kawasan jangkitan memburukkan lagi keadaan kerana


menggaru akan menyebabkan kulit mengalami luka yang halus dan memudahkan untuk
mendapat jangkitan sekunder. Jangkitan sekunder adalah apabila lesi-lesi menjadi kudis
yang bernanah.

Jangkitan scabies ini dikaitkan dengan penyakit cacar air ataupun Chicken
Pox kerana simptom bagi kedua-dua penyakit ini hamper sama. Membezakan cacar air
dengan scabies adalah cacar air akan melibatkan seluruh tubuh badan dan disusuli
dengan demam. Manakala, scabies pula hanya melibatkan celah-celah jari, pergelangan
tangan, siku, jejari pada kaki dan tidak mempunyai demam.

Secara ringkasnya, kita dapat mengenal pasti simptom-simptom jangkitan


penyakit scabies melalui kemunculan lesi vesikel, rasa gatal pada kawasan yang terdapat
lesi, jika tidak dirawat dengan kadar yang segera lesi akan bertambah banyak dan akan
bernanah akibat jangkitan sekunder.
4.0 PENEMUAN

Merujuk kepada rekod yang terdapat di Jabatan Pesakit Luar Klinik Kesihatan
Sook, dalam pertengahan bulan Ogos terdapat tiga(3) pesakit yang dalam lingkungan umur
13 sehingga 14 tahun mendapat jangkitan scabies. Kesemua mereka merupakan rakan
seperjuangan dan berkongsi dalam satu bilik asrama di sekolah. Ketiga-tiga mereka telah
datang ke klinik bagi mendapatkan rawatan dan telah dirawat oleh Penolong Pegawai
Perubatan yang sedang bertugas melalui pemberian ubat-ubatan dan pendidikan kesihatan.

Berikut adalah pesakit yang dikatakan diatas sebentar tadi :


1. Mohd Luqman Hakim bin Hakimi 13yrs/Male/Brunei
2. Mohd Norhasyim bin Maluki 13yrs/Male/Dusun
3. Noorizam bin Norman 14yrs/Male/Bajau

Hasil pemeriksaan keatas ketiga-tiga mereka didapati bahawa ruam-ruam


merah berair telah muncul pada kedua belah tapak tangan dan banyak pada celah-celah
jemari mereka serta pada hadapan kedua belah tangan mereka. Rawatan ubatan telah
diberikan dan pendidikan kesihatan turut diberikan. Pihak klinik telah menghubungi pihak
sekolah bagi memaklumkan kes ini agar sesuatu dapat dilakukan oleh pihak sekolah bagi
mengelakkan berlaku jangkitan pada pelajar-pelajar yang lain.
5.0 PERBINCANGAN DAN HUJAH

Dalam kita memahami apa itu penyakit berjangkit scabies terdapat beberapa soalan
yang bermain diminda kita mengenai penyakit ini. Antara soalan-soalan yang bermain di
kotak fikiran kita adalah seperti berikut :

Soalan 1
Apa punca ataupun penyebab kepada kehadiran hama Sarcoptes Scabiei ini ?
Berpunca daripada kurang penjagaan kebersihan diri.
Sentuhan langsung daripada individu yang dijangkiti penyakit scabies.
Factor kemiskinan yang melanda. Kawasan penempatan yang padat.
Perkongsian barangan peribadi seperti tuala mandi, selimut dan tempat tidur.

Soalan 2
Apakah rawatan yang selalunya diberikan jika mendapat penyakit scabies ?
Tiada rawatan yang spesifik dengan jangkitan scabies. Namun, jika seseorang
yang dijangkiti menunjukkan simptom-simptom seperti demam, batu-batu kita
boleh rawat symptom ini dengan alternative rawatan simptomatik iaitu :

i. Tablet Paracetamol 500mg TDS x 3/7(dos untuk umur pesakit)


ii. Syrup Diphenhydramine HCL 5mls x 3/7(dos ikut umur pesakit)

Manakala rawatan untuk scabies adalah :

i. Emulsion Benzyl Benzoate LA BD/TDS x 1


ii. Sekiranya teruk bagi Tablet Chlorampheniramine Maleate 4mg TDS x3/7
*tidak boleh diberikan bersama-sama dengan Diphenhydramine HCL

Soalan 3
Apakah komplikasi-komplikasi yang boleh diperoleh daripada jangkitan scabies ?
Jangkitan kulit sekunder jika tidak mendapat rawatan. Lesi bernanah dan
kemerahan serta gatal yang teramat.
Impetigo
Eczema
Crusted scabies

Soalan 4
Pendidikan kesihatan yang boleh diberikan kepada masyarakat diluar ?
Tingkatkan penjagaan kebersihan diri
Elakkan berkongsi barangan peribadi seperti tuala mandi, selimut, baju, seluar
dengan orang lain. Meski pun orang yang tinggal serumah, bagi mengelak
jangkitan silang.
Elakkan bersentuhan secara terus mahupun tidak terus dengan ahli keluarga
semasa tempoh jangkitan.
Basuh pakaian yang berkaitan dengan air sabun dan rendam dalam air yang panas
dan seterusnya jemur kain tersebut di bawa sinaran matahari terik bagi
membunuh hama-hama tungau betina dan jantan yang melekat pada pakaian.
Pengajaan makanan dan pengambilan makanan yang sihat dan seimbang.
Ambil dan makan ubat mengikut arahan yang telah diberikan oleh doctor.

6.0 CADANGAN DAN PENYELESAIAN

Berhadapan dengan penyakit berjangkit ini, sememangnya mudah untuk kita rawat dan
tangani sekiranya masyarakat sedar dan peka dengan kempen-kempen, promosi-promosi
kesihatan yang telah dijalankan mengenai penyakit-penyakit berjangkit yang mana bukan
sahaja penyakit berjangkit scabies tetapi banyak lagi jenis penyakit berjangkit yang lain.

Menjadi tanggungjawab setiap individu itu dalam memastikan bahawa


penjagaan kebersihan diri ditingkatkan dan diambil perhatian serius. Penjagaan
kebersihan diri termasuk la kerap mandi, memotong kuku dan sentiasa kemas. Selain
menjaga kebersihan diri, kebersihan kawasan tempat tinggal dan sekeliling juga harus
selari dengan pemerhatian kita agar peratusan individu yang dijangkiti akan berkurang.
Sekali gus membantu kita dalam menghindari jangkitan scabies.

Sekiranya kita mendapati bahawa timbul simptom-simptom jangkitan scabies


pada diri sendiri mahupun orang yang terdekat di nasihatkan agar segera datang ke klinik
bagi mendapatkan rawatan yang disediakan di semua klinik kesihatan mahupun hospital.
Hal ini berikutan untuk kita mengelak daripada berlakunya jangkitan sekunder pada kulit
kita yang boleh mendatangkan penyakit yang lain.

Pengambilan ubatan secara berterusan serta mengikut arahan doktor juga


penting dalam proses pemulihan daripada jangkitan scabies. Makan pada waktu yang
ditetapkan, kaedah pengambilan ubat yang betul, dos ubat yang betul serta kekerapan
yang betul. Gunakan ubat jenis sapuan yang dibekalkan oleh Penolong Pegawai
Perubatan ataupun doctor yang bertugas.
7.0 PENGURUSAN

Jangkitan scabies merupakan penyakit berjangkit yang mudah untuk dirawat sekiranya
kaedah yang digunakan adalah betul dan tepat.

1. Penggunaan ubat-ubatan :
i. Krim Lindane 1% (sapukan pada kawasan infeksi selepas mandi air panas)
ii. Emulsion Benzyl Benzoate 25% (sapu pada kawasan infeksi)
iii. Anti Histamin seperti Chlorpheniramine Maleate 4mg (mengurangkan
kegatalan)
iv. Antibiotik seperti Cloxacillin 250mg (rawatan jangkitan sekunder)
v. Anti piretik seperti Paracetamol 500mg-1000mg (jika terdapat demam)

2. Pendidikan kesihatan :

i. Tingkatkan penjagaan kebersihan diri


ii. Elakkan berkongsi barangan peribadi seperti tuala mandi, selimut, baju, seluar
dengan orang lain. Meski pun orang yang tinggal serumah, bagi mengelak
jangkitan silang.
iii. Elakkan bersentuhan secara terus mahupun tidak terus dengan ahli keluarga
semasa tempoh jangkitan.
iv. Basuh pakaian yang berkaitan dengan air sabun dan rendam dalam air yang
panas dan seterusnya jemur kain tersebut di bawa sinaran matahari terik bagi
membunuh hama-hama tungau betina dan jantan yang melekat pada pakaian.
v. Pengajaan makanan dan pengambilan makanan yang sihat dan seimbang.
vi. Ambil dan makan ubat mengikut arahan yang telah diberikan oleh doctor.
8.0 RUMUSAN

Scabies lebih dikenali sebagai kudis buta oleh masyarakat sememangnya sudah
dikenali sejak dari dahulu lagi. Rasa gatal yang disebabkan oleh hama Sarcoptes Scabiei
yang membiak pada bawa lapisan epithelium kulit kita menyebabkan ruam-ruam
kemerahan muncul disusuli dengan rasa gatal.

Scabies akan berjangkit sekiranya individu yang terjangkit sentuh individu yang
belum dijangkiti dalam jangka masa yang lama atau melalui perkongsian barangan
peribadi seperti tuala mandi, selimut dan tempat tidur, mahupun mengadakan hubungan
seks bersama individu yang telah dijangkiti.

Simptom-simptom yang akan muncul adalah ruam-ruam kemerahan, rasa gatal


dan menjadi lebih teruk pada waktu malam dan sekiranya terdapat jangkitan sekunder
lesi-lesi bernanah akan muncul.

Rawatan segera diperlukan bagi mengelakkan jangkitan sekunder dengan datang


ke klinik yang terdekat atau hospital untuk mendapatkan rawatan. Tiada penyiasatan
yang spesifik dalam kes jangkitan penyakit scabies, namun melalui tanda dan simptom
mampu didiagnoskan sebagai scabies.

Pendidikan kesihatan sangat penting dalam pencegahan berlakunya jangkitan


penyakit scabies dalam masyarakat. Kebersihan diri adalah aspek terpenting dalam misi
kawalan dan pencegahan penyakit scabies.

Akhir sekali, dengan mematuhi arahan dan pendidikan kesihatan yang telah
diberikan, maka probabiliti kita untuk mendapat penyakit berjangkit scabies akan
berkurang.
9.0 RUJUKAN

Internet:
i. http//:www.NHS Choices.com
ii. http//:www.encyclopedia.com
iii. http//:www.webmd.com

Buku:
i. MAMB 1113 SEMESTER 1
ii. MACH 2114 SEMESTER 3
iii. MACP 2113 SEMESTER 3
iv. KAMUS KEJURURAWATAN OXFORD
10.0 LAMPIRAN

Scabies on the foot Scabies on the hand

Scabies on the arm

Scabies on the finger

Crusted Scabies in a person with AIDS

Scabies site of rashes scabies life cycle


ISI KANDUNGAN

NO. PERKARA MUKASURAT

1. PENGHARGAAN

2. 1.0 PENGENALAN

2.0 PENYATAAN MASALAH DAN ISU

3.0 PENCARIAN LITERATURE

4.0 PENEMUAN

5.0 PERBINCANGAN DAN HUJAH

6.0 CADANGAN DAN PENYELESAIAN

7.0 PENGURUSAN

8.0 RUMUSAN

3. RUJUKAN

4. LAMPIRAN
PENGHARGAAN
Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam perpaduan. Dalam ruangan khas penghargaan
ini, saya MOHD AZAHARI BIN ALI selaku pelatih Diploma Penolong Pegawai Perubatan
Kolej Sains Kesihatan Bersekut Kota Kinabalu, Sabah ingin mengucapkan setinggi-tinggi
penghargaan yang tak terhingga kepada semua staff dan kakitangan kesihatan Klinik
Kesihatan Sook, Keningau atas bantuan, pengajaran, dan pembelajaran dalam saya
menyiapkan tugasan pengkajian kes ini sewaktu berada di Klinik Kesihatan Sook, Keningau.
Dalam tempoh sebulan saya berada di sini, dapat dapat pelajari amalan kerja yang
professional dan dapat mempraktikkan segala teori ketika sesi kuliah. Jasa kalian semua staff
kakitangan KK Sook tidak akan saya lupakan. Ucapan khas juga saya ingin sampaikan
kepada ketua program Penolong Pegawai Perubatan KSKB KK iaitu En. Nawi Bair atas
bantuan dan sokongan beliau. Tidak dilupakan juga penyelaras En. Rozzan Edinin serta staff-
staff klinikal yang melawat kami di penempatan kali ini dengan bantuan dan tunjuk ajar
dalam melaksanakan tugasan ini. Akhir sekali, terima kasih kepada kedua ibubapa saya yang
seringkali memberikan sokongan dan dorongan dalam membantu saya agar bersemangat
untuk menyiapkan tugasan ini. Ribuan terima kasih. Sekian.

You might also like