You are on page 1of 8

PENGENALAN

Scrub nurse merupakan seorang jururawat yang terlatih khas yang bekerja dengan doktor
pakar dan pasukan perubatan di dalam bilik pembedahan. Jururawat scrub amat berharga
dalam anggota pasukan pembedahan, memberi sokongan dalam bilik pembedahan dan
rawatan pesakit luar. Jururawat scrub memang sudah biasa dengan pelbagai prosedur.
Secara definisinya, scrub nurse adalah seseorang yang menscrubkan atau mensterilkan
diri dan menjaga serta bertanggungjawab ke atas segala barang steril di sekeliling ketika
sesuatu pembedahan iaitu sebelum, semasa, dan selepas pembedahan. Scrub nurse juga
boleh dikatakan seseorang yang membantu pakar bedah dalam setiap pembedahan.

Semasa saya berada di dewan pembedahan, kesemua jenis pembedahan adalah satu usaha
yang sukar , dan ia memerlukan satu pasukan sokongan yang besar daripada professional
perubatan untuk memastikan bahawa pembedahan itu berjalan dengan lancar.

Jururawat scrub juga dikenali sebagai jururawat perioperative. Perioperative


kejururawatan melibatkan penjagaan pesakit sebelum, semasa dan selepas pembedahan.
Pada umumnya, jururawat scrub sebenarnya sepenuhnya digosok untuk pembedahan,
bermaksud bahawa dia telah menggunakan sabun khas dan memakai pakaian steril
supaya jururawat boleh melakukan tugasnya di bidang pembedahan. Jururawat scrub
juga menyediakan instrumen kepada doktor dan membantu memerhatikan keadaan
pesakit. Jururawat scrub juga biasa dengan pengendalian peralatan bilik kecemasan.
PENCARIAN LITERATURE

Peranan scrub nurse yang utama adalah untuk bekerja secara langsung dengan pakar
bedah , biasanya berada di kawasan yang steril serta mengedarkan instrumen yang sesuai,
swab dan suture dengan cara yang kukuh mengikut arahan yang digunakan semasa
sesuatu prosedur. ( Haytham al- khaffaf,1990 )

Seorang scrub nurse harus mengetahui prosedur bedah, anatomi dan fisiologi yang terkait
dengan prosedur pembedahan. ( Mary Baradero,1991 )

Scrub nurse akan menyediakan instrumen , walaubagaimanapun dia tetap steril semasa
pembedahan dilakukan dan mengedarkan instrumen kepada doktor. Sekiranya, ahli
teknologi pemantauan mempunyai masalah steril, stimulators, elektrod atau kabel untuk
kegunaan pakar bedah , ini akan diedarkan secara steril kepada scrub nurse.
( Aatif m. Husain, 2008 )

Scrub nurse perlu memastikan bahawa pesakit berada pada kedudukan yang betul atas
meja operasi untuk mengelakkan berlakunya nerve compression, burns and injuries.
Scrub nurse perlu mengetahui pelbagai peringkat pembedahan dan teknik mengendali
operators. ( Frank Novak, 1987 )
PERBINCANGAN

Sepanjang tempoh 2 minggu, saya menjalani praktikal di dewan bedah Hospital Tuanku
Fauziah saya mendapati bahawa tanggungjawab seorang scrub nurse adalah memang
rumit. Saya dapat memerhatikan tugas-tugas yang dilakukan oleh scrub nurse dalam
setiap prosedur pembedahan.

Sebelum memulakan operasi, scrub nurse perlu memastikan bahawa jururawat


circulating telah menyemak peralatan yang telah diedarkan dengan betul, memastikan
bahawa dewan bedah telah dibersihkan sebelum penyediaan troli, menyediakan
instrumen dan peralatan yang diperlukan dalam operasi pembedahan, penggunaan teknik
steril untuk scrubbing, gowning, dan gloving, menerima peralatan steril melalui jururawat
circulating dengan menggunakan teknik yang steril .

Selain itu, scrub nurse juga membantu pakar bedah. Apabila pakar bedah tiba selepas
scrubbing, membantu dengan gowning dan gloving kepada doktor dan pembantu pakar
bedah dengan segera, memasang drapes yang sesuai untuk digunakan, mula dengan
towel, towel clips, draw sheet dan scrub nurse akan membantu dalam draping pesakit
aseptically mengikut prosedur rutin. Bukan itu sahaja, akan menyediakan jahitan dan
jarum mengikut penggunaan doktor.

Semasa pengendalian pembedahan, scrub nurse memainkan peranan yang besar .


Antaranya, hendaklah mengekalkan sterility di sepanjang dan seluruh prosedur yang
dilakukan, kesedaran tentang keselamatan pesakit. Scrub nurse perlu mengekalkan
sterility.

Di akhir operasi pembedahan, scrub nurse bertanggungjawab menjalankan kiraan span


dan instrumen dengan circulating nurse, memberitahu doktor mengenai hasil kiraan
akhir, membersihkan instrumen dan peralatan, selepas prosedur pembedahan membantu
melakukan dressing kepada pesakit, menyediakan dokumentasi dan seterusnya
menghantar pesakit ke bilik pemulihan.

Jururawat scrub adalah seorang jururawat yang dilatih khas yang bekerja dengan pakar
dan pasukan perubatan di dalam bilik operasi. Jururawat Scrub amat berharga dalam
anggota pasukan pembedahan , memberi sokongan dalam bilik pembedahan dan rawatan
pesakit luar. Kerjaya dalam bidang kejururawatan sentiasa berkembang kerana
professional ini penting dalam penjagaan kesihatan yang semakin meningkat.
RUMUSAN

Peranan seorang scrub nurse bukanlah sesuatu yang amat mudah. Seorang scrub nurse
haruslah mengetahui tentang prosedur pembedahan, anatomi, dan fisiologi yang berkait
dengan sesuatu prosedur pembedahan yang dijalankan.

Scrub nurse perlu bersedia dengan sempurna dari segi fizikal dan emosi bagi
mengendalikan kes-kes pembedahan yang dilakukan. Justeru, scrub nurse juga mesti
mempunyai kemahiran komunikasi yang baik dan boleh berinteraksi dengan pesakit, dan
kakitangan perubatan. Scrub nurse juga harus mempunyai kekuatan fizikal dan stamina
yang diperlukan untuk meletakkan pesakit di pembedahan dan persediaan peralatan
pembedahan .

Secara amnya, , seorang scrub nurse harus memiliki keterampilan manual dan kecekapan
serta mengikuti prinsip teknik aseptik dengan ketat. Ia biasanya melaksanakan tugasnya
secara konsisten dan menjamin sterility selama pembedahan berlangsung.
RUJUKAN

Retrieved from http://www.wisegeek.com/what-is-a-scrub-nurse.htm.

A, M. (1998). How theatre nurses perceive their role:a study.Nurs Stand 1 .

Baradero, M. (1991) Prinsip dan Praktik Keperawatan Perioperatif.

Husain, A. M. (2008) A practical approach to neurophysiologic intraoperative monitoring.

Novak, F. (1978). Surgical gynecologic techniques.


KOLEJ PEMBANTU PERUBATAN ALOR SETAR

KEDAH

TAJUK

PERANAN SCRUB NURSE DALAM DEWAN BEDAH

PENEMPATAN

DEWAN BEDAH HOSPITAL KANGAR

DISEDIAKAN OLEH

SHIVANESHWARI A/P RANGANATHAN

900810-01- 6308

DBMA090420

TARIKH PENEMPATAN

26/09 /2011 07/10/2011

You might also like