You are on page 1of 14

Kandungan

Pengenalan
Pencarian literature
Penyataan masalah
Penemuan
Perbincangan
Investigasi
Golongn berisko mndpt anemi
Simptom anemia smasa hmil
Klisifikasi anemia smsa kehamilan
Pendidikan kesihatan
Penyelesaian
Rumusan
Rujukan

PENGENALAN
Anemia ketika mengandung terjadi apabila seseorang wanita itu mempunyi paras hemoglobin yang
rendah semasa mengandung. Anemia berlaku apabila jumlah sel-sel darah merah di dalam daranh
berkurangan dari biasa. Sebagai seorang wanita mengandung, adalah penting untuk mendapatkan ujian
darah bagi menentukan paras hemoglobin semasa lawatan pertama pemeriksan kandungan (lawatan
antenatal). Walaupun tidak mengalami masalah pada lawatan pertama, seseorang itu msih berpotensi
untuk mengalami keadaan ini dalam tempoh kehamilan tersebut. Kebanyakan Anemia yang berlaku
semasa mengandung adalah berkaitan dengan kekurangan ferum dan juga asid folik.
Dalam kebanyakan kes, perkara-perkara berikut boleh menyebabkan masalah Anemia:

Kurang pengambilan ferum dan asid folik di dalam diet harian.


Mengalami kehilangan darah yang berpunca dari pendarahan gastrousus,
Buasir, ataupun darah haid yang terlalu banyak.
Proses pencernaan mungkin mengalami sedikit perubahan semasa hamil di mana ini akan

menyebabkan berlakunya anemia.


Walaupun jumlah pengambilan ferum dan juga asid folik mencukupi. Ini kerana sebahagian

daripada ferum dan juga asid folik itu diagihkan kepada janin dalam kandungan.
Talasemia sejenis penyakit darah keturunan yang banyak berlaku di kawasan asia,
Mediterranean dan juga afrika.

PENCARIAN LITERATURE

Menurut definisi World Health Organization(WHO), Anemia semasa mengandung ialah keadaan di
mana bacaan kandungan hemoglobin kurang daripada 11g/dL, manakala anemia kekurangan iron
semasa mengandung ialah satu keadaan di mana bacaan hemoglobin kurang daripada 11g/dL semasa
mengandung yang disebabkan oleh kekurangan bekalan iron (artikel Brandy PG Iron Deficiency
Anemia).
Menurut takrifan WHO terhadap anemia semasa mengandung, hampir 50% daripada wanita yang
mengandung akan menghidapi anemia sekiranya mereka tidak mengambil ubat hematinik (Oxford
Handbook of Clinical Specialties).
Kajian menunjukkn bagi wanita mengandung yang mempunyai masalah anemia kekurangan iron,
pengambilan iron tambahan dalam seharian boleh mengelakkan daripada melahirkan bayi yang tidak
cukup berat. Pengambilan iron tmbahan boleh juga mengurangkan kadar bayi dilahirkan sebelum
tempoh matang iaitu Pretern Labour (artikel Impact of Anemia Prophylaxis in Pregnancy on
Maternal and Fetus/Medline).
Menurut buku (Oxford Handbook of Clinical Specialities) bahagian obstetrics, seorang wanita yang
mengandung akan mula menglami keadaan anemia bermula mminggu ke 20 dia mengandung.
Anemia semasa mengandung ialah seorang wanita yang mempunyai kandungan hemoglobin yang
rendah semasa mengandung (Ismail Taqib dalam artikel Anemia semasa mengandung).

PENYATA MASALAH

Wanita hamil cenderung menghadapi masalah anemia iaitu kurang jumlah pigmen haemoglobin yang
membawa oksigen dalam darah. Apabila darah kekurangan sel darah merah untuk mengankut bekalan
oksigen ke tisu seluruh badan, ia boleh membahayakan ibu dan bayi yang dikandung.
Semasa hamil, tubuh menghasilkan lebih banyak darah untuk menyokong tumbesaran bayi dalam
kandungan. Jika berlaku kekurangan zat besi atau sesetengah nutrient, penghasilan darah tambahan
dalam tubuh wanita hamil akan terjejas.
Kekurangan zat besi yang kronik dan tidak dirawat semasa kehamilan boleh meningkatkan risiko
kepada ibu dan bayi.
Ibu hamil yang menghadapi anemia berisiko mendapat tekanan darah yang tinggi atau pre-eklampsia
yang boleh mendatangkan komplikasi buruk jika tidak dirawat. Selain itu, ibu hamil berkemungkinan
mengalami keguguran, kelahiran pra-matang, melahirkan anak yang tidak cukup berat badan, kematian
janin dalam kandungan, laktasi berkurangan dan koma atau meninggal dunia untuk kes yang sangat
kronik.
Bagi bayi, berat lahir yang kurang iaitu kurang daripada 2.5 kg, lemas semasa lahir, pertumbuhan
terbantut dan lahir tidak cukup bulan.

PENEMUAN

Pada tarikh 5 ogos 2014, saya dan rakan sekumpulan saya sedang bertugas di Klinik Kesihatan Ibu dan
Anak, Lahad Datu. Kumpulan kami terdiri daripada 15 orang pelatih penolong pegawai perubatan.
Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil untuk masuk ke setiap bilik pemeriksaan ibu dan
anak(MCH). Pada hari tersebut, sy mengambil satu kes antenatal yang dipantau oleh staf nurse di bilik
tersebut. Sy membuat pemeriksaan antenatal yang melakukan pemeriksaan kandungan iaitu memeriksa
denyutan jantung janin(fetalskop), memberi pendidikan kesihatan mengenai cara pemakanan ibu yng
betul semasa hamil, memberi ubat hematinik, pendaftaran pra-natal serta memberikan pendidikan
kesihatan perancang keluarga.
Seorang wanita hamil berketurunan suluk berasal dari Kampung Bakau Lama, Lahad Datu berusia 21
tahun didapati menghidapi Iron Deficiency Anaemia selepas menjalani ujian FBC dan ujian Serum
Feritinin.
Ibu ini mengandung kandungan yang pertama dengan bacaan haemoglobin 8.2g/dl dan bacaan tekanan
darah ialah 110/90 mmHg.

PERBINCANGAN

Anemia pada ibu hamil dapat dipastikan jika tahap hemoglobin ibu hamil adalah kurang daripada 11.0
g/dl. Ujian darah yang perlu dijalani di Klinik Antenatal dapat menguji samada hemoglobin berada
pada tahap memuaskan atau tidak.
Tahap keterukan anemia:

Paras hemoglobin (g/dl)


<6.9
7.0 - 7.9
8.0 - 9.5
9.5 - 10.9

Tahap keterukan
Sangat teruk
Teruk
Sederhana
Ringan

Berdasarkan standard bacaan yang ditetapkan oleh WHO, paras bacaan kaemoglobin yang normal
adalah 11g/dl dan ke atas. Hematrocit kurang daripada 33% juga dikategorikan sebagai anemia.
Trisemester
First
Second
Third

Haemoglobin (g/dl)
<11
<10.5
<11

Hematrocit
<33
<32
<33

INVESTIGASI

Full Blood Count (FBC): mengesan anaemia, thrombositopenia dan sebarang infeksi
Full Blood Picture (FBP): mengesan morfologi sel darah:
a) MCV (Mean Cell Volume) : kesan jumlah eritrosit
b) MCHC (Mean Corpuscular Haemoglobin Concentration) : kesan
isipadu eritrosit

Serum Feritinin : menilai tahap feritinin dalam darah


Serum Vitamin B12 : mengesan vitamin B12 dalam darah
Renal Profile : mengesan fungsi ginjal sama ada berfungsi dengan baik atau tidak.

Golongan berisiko menghidapi anaemia


Wanita yang mengamalkan diet rendah zat besi lebih berkemungkinan mengalami anemia. Ibu hamil
juga berkemungkinan menghidapi anemia akibat kekurangan zat besi semasa hamil jika bekalan zat
besi dalam badan telah sedia berkurangan atau jarak di antara kehamilan terdahulu dan kini sangat
rapat serta darah haid keluar terlalu banyak sebelum hamil. Jika ibu mangandungkan anak kembar,
maka keperluan bagi setiap bayi juga boleh meningkatkan risiko ibu mengalami anemia.
Thalassaemia juga adalah penyebab bagi anemia semasa hamil. Ia merupakan penyakit keabnormalan
darah yang diwarisi dimana keupayaan untuk menghasilkan rantai hemoglobin samada ALFA atau
BETA terjejas.
Simptom anaemia semasa hamil
Keletihan dan sesak nafas adalah simptom umum bagi anemia. Namun, ibu yang hamil kebiasaannya
tidak sedar bahawa diri menghidapi anemia kerana simptom-simptom ini juga dialami oleh ramai lagi
wanita hamil yang tidak mengalami anaemia. Sakit kepala, tinnitus dan jantung berdebar adalah
simptom lain bagi anemia. Kelopak mata, dasar kuku dan lidah juga kelihatan pucat. Ibu juga merasa
cepat letih dan sering berasa lemah serta palpitasi.
Berikut merupakan risiko yang bakal dihadapi oleh bayi dalam kandungan jika ibu menghadapi
anemia semasa hamil.
1. Kandungan kurang daripada 5 bulan (<20 minggu)
Pada masa ini, bayi sedang melalui proses organogenesis iaitu pembentukan organ-organ
seperti kepala, tangan, kaki, jantung, otak dan anggota tubuh yang lain. Jika darah kurang
daripada 11g/dl, pertumbuhan organ janin tidak terbentuk dengan sempurna dan menyebabkan
keguguran. Jika jantung janin dapat dibentuk tetapi paras darah ibu terlalu rendah, bayi
mungkin hidup tetpi abnormal. Jika bayi sempurna sifat tetapi paras darah ibu rendah semasa
kehamilan akan melambatkan pembentukan otak bayi.
2. Kandungan 5 bulan ke 7 bulan (20-28 minggu)
Ketika ini bayi telah sempurna dari pembentukan sifat dan anggota badan tetapi jika
hemoglobin terlalu kurang, jantung bayi tidak dapat mengepam dengan baik dan boleh
menyebabkan bayi mati dalam kandungan.
3. Kandungan 7 bulan ke atas (28-40 minggu)

Sifat bayi telah sempurna dalam usia ini tetapi jantung bayi masih bergantung kepada paras
darah ibu. Jika haemoglobin terlalu rendah, jantung tidak dapat mengepam dengan baik dan
bayi berisoko mati dalam kandungan. Jika jantung mampu bertahan tetapi anggota badan lain
mendapat sedikit, bayi akan lebih kecil saiznya iaitu kurang daripada 2.5 kg semasa dilahirkan.

Klasifikasi anemia semasa kehamilan


Iron defisiancy anaemia
Anemia ini sering terjadi pada ibu hamil disebabkan kekurangan sumber zat besi dalam badan semasa
hamil. Bone marrow memerlukan zat besi untuk membentuk haemoglobin iaitu bahagian utama yang
diperlukan untuk pengangkutan oksigen ke seluruh tubuh. Tanpa zat besi yang cukup, badan tidak
mampu menghasilkn haemoglobin secara produktif dan sihat sekaligus memberi komplikasi kepada
ibu dan bayi.
Vitamin Deficiency Anaemia
Vitamin B12 diperlukan tubuh untuk menghasilkan eritrosit. Kekurungan vitamin B12 dalam diet
harian mengakibatkan tubuh tidak dapat menghasilkan eritrosit yang mencukupi. Wanita yang tidak
makan daging, produk tenusu dan telur lebih berisiko untuk menghadapi masalah kekurangan vitamin
B12 dan membahayakan janin.
Anemia akibat kekurangan asid folik
Tubuh memerlukan asid folik untuk menghasilkan sel tisu baru termasuklah penghasilan eritrosit.
Jumlah asid folik yang lebih amat penting semasa hamil. Namun, bekalan asid folik yang diperolehi
dari diet seharian tidak mencukupi. Justeru, ibu hamil digalakkan mengambil supplemen dan vitamin
tambahan. Kekurangan asid folik menyebabkan pertumbuhan janin terbantut.

Bone marrow dan stem cell bermasalah


Menghalang penghasilan eritrosit oleh badan kerana bone marrow dan stem cell merupakan asas
kepada pembentukn eritrosit. Anaemia yang berkaitan dengan masalah ini adalah Aplastic Anaemia
dan Thalasemia.
Anemia disebabkan oleh masalah lain
Kerap terjadi disebabkan kekurangan atau sedikitnya hormon dihasilkan dalam membentuk eritrosit
iaitu erythroproietin.

Pendidikan kesihatan untuk ibu hamil yang menghidapi anaemia:

Pengambilan makanan yang kaya zat besi seperti bayam dan hati ayam haruslah

diperbanyakkan.
Pengambilan ubat hematinik secara teratur iaitu sejam selepas makan dengan air putih. Elakkan

mengambil ubat dengan minuman berkafein kerana mengurangkan penyerapan ubat.


Kurangkan melakukan kerja-kerja yang berat.
Tinggikan kaki semasa berehat.
Jaga kebersihan diri dan risiko Urinary Tract Infection (UTI)
Dapatkan rehat dan tidur yang mencukupi dan elakkan tekanan diri.
Jika berlaku pendarahan pada vagina, segera datang ke hospital dengan segera.
Datang ke klinik ikut temujanji yang diberikan.

PENYELESAIAN
Seorang wanita hamil memerlukan sekurang-kurangnya 30 mg zat besi setiap hari melalui sumber
makanan yang kaya dengan zat besi seperti ayam, sayur berdaun hijau, kekacang hati, bijirin penuh,
buah-buahan kering seperti buah prun dan kismis serta labu. Pengambilan makanan kaya zat besi dan
pil tambahan hendaklah diteruskan sehingga ibu berhenti menyusukan bayi atau sehingga enam bulan
melahirkan.
Bagi meningkatkan tahap hemoglobin wanita hamil yang mengalami anemia, mereka perlu diberikan
makanan tambahan iaitu Vitaman B Complex, Vitamin C, Asid Folik dan Ferrous Fumarate.
Rawatan yang lazim diberikan adalah:

Tab Ferrous Fumarate 400 mg OD


Tab Folik Acid 5mg OD
Tab Vitamin BCO OD
Tab Ascorbic Acid 100mg OD

Ferrous Fumarate adalah garam ion yang diberikan secara oral untuk merawat anemia kurang ion. Ia
perlu diambil 1 jam sebelum makan atau waktu dintara 2 waktu makan utama untuk penyerapan yang
lebih baik. Namun demikian, pengambilan Ferrous Fumarate yang kerap boleh menyebabkan
konstipasi. Bagi mengelakkan keadaan tersebut, ibu disarankan untuk meningkatkan pengambilan serat
dan lebihkan meminum air kosong. Elakkan mengambil pil-pil tersebut bersama teh atau kopi kerana
mengurangkan kadar penyerapan ubat tersebut.
Rawatan anemia semasa hamil ini melibatkan pemgambilan diet yang kaya dengan ferum, asid folik
dan vitamin. Rehat yang cukup dan elakkan diri daripada tekanan adalah penting. Asid folik juga
penting untuk mengelakkan kejadian anemia dan keabnormalan kelahiran. Makanan yang kaya dengan
asid folik termasuklah sayuran berdaun hijau, jus dan buah-buahan sitrus dan juga kekacang.
Pengambilan multivitamin adalah digalakkan.

RUMUSAN
Sekiranya masalah ini dikesan awal dan dirawat dengan sempurna, prognosis untuk pesakit dan anak
dalam kandungan adalah baik. Dengan kata lain keselamatan pesakit dan janin adalah terpelihara.
Semasa hamil, tubuh ibu akan sentiasa mempastikan yang bayi di dalam kandungan akan mendapat
bekalan ferum yang cukup berbanding dengan ibu itu sendiri. Oleh itu keperluan untuk bayi sentiasa
ada. Anemia biasanya mudah dirawat dengan pengambilan ferum dan juga asid folik tambahan yang
cukup. Tetapi sekiranya keadaan anemia itu dibiarkan tidak dirawat, kesan buruk akan timbul pada ibu
dan juga bayi dalam kandungan dan juga untuk kehamilan-kehamilan yang mendatang.
Demi kesihatan ibu mengandung dan fetus dalam kandungan, ibu mengandung harus mengambil
penyakit ini sebagai suatu perkara yang penting dan berusaha untuk mengubatinya dengan mematuhi
arahan doktor seperti menjaga pemakanan. Bagi melahirkan bayi yang sihat dan sempurna, pengamal
perubatan dan ibu harus saling bekerjasama untuk menyelesaikan masalah ini.

RUJUKAN

Journal article.ukm.my/277/1/1 tahun 2009


Berita harian utusan online
http://www.babycenter.com.my/a25006493/anaemia-kekurangan-zat-besi
http://www.beingmary.com./2013/05/punca-risiko-dan-cara-mengatasi-anaemia.html
Arjunahaikal.blogspot.com/2011/04/anemia-semasa-mengandung.html?m=1

KOLEJ SAINS KESIHATAN BERSEKUTU KOTA KINABALU


KURSUS DIPLOMA PEMBANTU PERUBATAN

CASE STUDY

KLINIK KESIHATAN IBU DAN


ANAK
NAMA

NO. KAD PENGENALAN

NO. MATRIK

AMBILAN

SEMESTER

PENEMPATAN

TAHUN 2 SEMESTER 2

TAJUK

ANEMIA
KALANGAN IBU MENGANDUNG

You might also like