You are on page 1of 15

INSTITUT LATIHAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

SULTAN AZLAN SHAH, PERAK

DIPLOMA PEMBANTU PERUBATAN


TAHUN 2 SEMESTER II
KUMPULAN 45

COMMUNITY HEALTH (MACH 2212)

CASE STUDY: KLINIK IBU DAN ANAK (KKIA)

TAJUK:
PENYAKIT JAUNDIS NEONATAL

NAMA PELATIH: ADLI ZIL IKRAM BIN ABDULLAH


NO MATRIKS: BPP2019-0365
NO KAD PENGENALAN: 951012-11-5045
TARIKH HANTAR: 27 JULY 2021
PENGAJAR: ENCIK MARZUKI BIN MUHAMMAD
PENEMPATAN KLINIKAL: UNIT KKIA KLINIK KESIHATAN CHEMOR, PERAK
ISI KANDUNGAN
NO TAJUK MUKA SURAT

1 Pengenalan 2

2 Penyataan Masalah 3

3 Pencarian Literatur 4

4 Jenis Jaundis 5

5 Penyebab lain Jaundis 7

6 Peringkat Jaundis 8

7 Cara Jaundis dikesan 9


Kaedah Analisis Yang Digunakan Di Makmal Untuk
8 9
Penentuan Tahap Bilirubin
9 Rumusan 12

10 Lampiran 13

11 Rujukan 14

1 | CASE STUDY: Penyakit Jaundis Neonatal


PENGENALAN

Jaundis neonatal atau dikenali sebagai icterus dalam bahasa ilmiah, merupakan
sejenis penyakit yang disebabkan oleh perubahan warna kekuningan pada kulit
dan sclera (bahagian putih pada mata) bayi yang baru lahir. Jaundis neonatal
merupakan sebab utama kemasukan semula ke hospital dalam minggu pertama usia
selepas kelahiran. Keadaan ini berlaku hampir 70% dalam kalangan bayi yang
dilahirkan selepas melalui terma penuh. Bayi yang dilahirkan sebelum mencapai
terma penuh lebih cenderung untuk menjangkitijaundis neonatal. Jaundis neonatal
terjadi akibat pemendapanbilirubin apabila terdapat peningkatan tahap bilirubin
dalam darah, iaitu keadaan yang juga dikenali sebagai hyperbilirubinemia.

Bilirubin terhasil daripada penguraian hemoglobin dalam sel darah Merah. Bilirubin
wujud dalam bentuk tak terkonjugasi atau bebas (unconjugated) yang tidak larut air
dan dibawa ke organ hati melalui albumin dalam plasma. Di dalam hati, ia
kemudiannya ditukar kepada bilirubinterkonjugasi (conjugated) yang memiliki sifat
larut dalam air. Bilirubin yang terkonjugasi kemudiaannya disingkirkan dalam
hempedu.

Hyperbilirubinemia neonatal boleh disebabkan oleh pelbagai keadaan yang sama


ada bersifat sementara contohnya jaundis fisiologikal neonatal ataupun keadaan
lebih teruk yang menyebabkan hyperbilirubinemia yang berlanjutan dalam bayi.
Jaundis fisiologikal neonatal disebabkan oleh peningkatan kadar pemecahan sel
darah merah serta organ hati bayi yang kurang matang. Keadaan yang tidak
memudaratkan ini biasanya muncul dalam bayi yang berusia 2 hingga 4 hari dan
akan beransur hilang sewaktu bayi berumur 1 hingga 2 minggu. Jaundis yang
berlanjutan seringkali menunjukkan keadaan yang serius bagi bayi, contohnya
penyakit hemolitik bayi yang baru lahir, penyakit atresiabiliari (penyakit di mana
sistem hempedu luar tidak wujud dan menyebabkan bayi mengalami jaundis
berpanjangan) ataupun hepatitis neonatal idiopathic yang jarang berlaku

2 | CASE STUDY: Penyakit Jaundis Neonatal


PENYATAAN MASALAH

Biodata Pesakit

Nama ibu Siti Hamidah binti Jusoh


Nombor Kad Pengenalan 890211-08-xxxx
Nama Anak Rafiq Hariri bin Omar
No Pendaftaran 085045
Alamat Lot 23, Taman Aman,Tanah hitam 31200 Chemor
Bangsa Melayu
Hospital / klinik Klinik Kesihatan Chemor
Tarikh Lahir bayi 18 July 2021
Kaedah Lahir LSCS
Berat Semasa Lahir 3.10 kg

Perihal Atenatal

Gravida 2
Para 2
Redd 20 July 2021

Aduan pesakit:

- Antara aduan yang dibuat oleh ibu pesakit adalah seperti dibawah: -
• Kulit tubuh dan wajah bayi nampak pucat, kebiruan, atau kuning
• Muncul ruam kemerahan di kulit
• Tidak mahu menyusu atau makan
• Demam
• Kaki dan tangan terasa dingin dan pucat

3 | CASE STUDY: Penyakit Jaundis Neonatal


PENCARIAN LITERATUR

Menurut buku Garis Panduan Bagi Pengendali Kes-Kes Jaundis Neonatal:

Jaundis neonatal adalah satu masalah yang biasa didapati dalam kalangan bayi baru
lahir. Dianggarkan sebanyak tiga suku dari bayi-bayi baru lahir mendapat jaundis dalam
masa seminggu pertama. Kebanyakkan jaundis ini adalah fisiologikal. Di antara sebab-
sebab lain yang boleh mengakibatkan keadaan jaundis ialah kumpulan darah ABO yang
tidak sesuai, jangkitan, kekurangan enzim G6PD, bayi yang tidak cukup bulan, Rh yang
tidak sesuai dan sebagainya.

Menurut buku Mother and Child Parenting Guide Book:

Jaundis ialah kekuningan pada kulit dan kadangkala pada mata. Jaundis pada bayi baru
lahir berlaku apabila kandungan bilirubin dalam darah tinggi. Bilirubin diproses di hepar
dan dibuang di dalam air kencing dan najis. Bayi baru lahir selalunya mempunyai hepar
yang belum matang dan kurang berupaya untuk memproses bilirubin ini.

Menurut Lampiran yang dikeluarkan oleh Unit Pembangunan Kesihatan Keluarga


Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan:

Satu keadaan di mana mata dan kulit bayi berwarna kuning. Keadaan ini disebabkan oleh
tahap bilirubin yang berlebihan di dalam darah. Bilirubin adalah sejenis bahan kimia
semula jadi dalam darah. Bilirubin terhasil daripada pemecahan sel darah merah dan
ditapis oleh hati. Bilirubin yang tidak aktif disingkirkan melalui najis dan air kencing.
Bilirubin yang terlalu tinggi boleh memasuki bahagian otak atau system saraf dan
menyebabkan kecacatan dan kematian.

4 | CASE STUDY: Penyakit Jaundis Neonatal


JENIS-JENIS JAUNDIS

Terdapat beberapa jenis Demam Kuning. Antara yang biasa didapati adalah:

Demam kuning normal (physiological jaundice). Demam kuning normal, biasa


berlaku pada bayi baru lahir. Ini disebabkan bayi yang baru dilahirkan, hati bayi
kadang-kala tidak mampu memproses bilirubin dari sel darah merah yang
diuraikan disebabkan hati bayi tersebut masih belum matang atau disebabkan
kadar penguraian sel darah merah yang cepat. Keadaan ini meningkatkan kadar
bilirubin dalam darah dan seterusnya menyebabkan warna kuning- kekuningan
pada kulit dan putih mata bayi. Ia mula kelihatan dua - empat hari pertama dan
akan hilang sepenuhnya selepas satu hingga dua minggu.

Demam kuning pra-matang. Demam kuning pra-matang disebabkan oleh hati bayi
yang masih belum terbentuk sepenuhnya mengambil masa yang lebih lama untuk
memproses jumlah bilirubin yang terhasil.

Demam kuning susu ibu (Breast milk jaundice). Demam kuning susu ibu hanya
berlaku dalam 1% - 2% kes ibu yang menyusu. Demam kuning susu ibu
disebabkan bahan yang terhasil dalam susu ibu yang menghalang penyingkiran
bilirubin melalui usus. Ia bermula pada hari ke empat hingga hari ke tujuh dan
menghilang selepas tiga hingga sepuluh minggu. Pihak doktor akan menentukan
sekiranya ini berlaku, biasanya sekiranya demam kuning berterusan melebihi tujuh
hari. Ibu boleh kembali menyusukan bayi selepas bayi sembuh daripada demam
kuning.

5 | CASE STUDY: Penyakit Jaundis Neonatal


Ketidaksuaian kumpulan darah antara ibu dan emak. Sekiranya bayi mempunyai
darah yang berbeza dengan ibu, susu ibu mungkin mempunyai antibodi yang
memusnahkan darah bayi. Ini akan meningkatkan paras bilirubin dalam darah
bayi. Ia biasanya mula dikesan pada hari pertama. Masalah Rh pernah merupakan
bentuk demam kuning yang teruk tetapi boleh dielakkan dengan suntikan
imunisasi Rh (Rh immune globulin) pada ibu

dalam tempuh 72 jam selepas kelahiran. Suntikan ini menghalang penghasilan


antibodi yang boleh membahayakan bayi

Selain itu terdapat juga komplikasi seperti kekurangan enzim G6PD, jangkitan kuman,
bayi pra-matang, dan lain-lain lagi. Secara semula jadi, penyakit demam kuning normal
(physiological jaundice) bermula pada penghujung hari kedua atau ketiga selepas bayi
dilahirkan. Paras bilirubin dalam darah akan terus meningkat sehingga bayi mencapai
umur lima-enam hari sebelum paras bilirubin menurun dan akhirnya menghilang
apabila usia bayi mencecah sepuluh hari.

6 | CASE STUDY: Penyakit Jaundis Neonatal


PENYEBAB LAIN JAUNDIS

Ada banyak sebab-sebab lain untuk bayi baru lahir kuning. Sekiranya
kekuningan datang terlalu awal contohnya hari pertama kelahiran, ini mungkin
disebabkan oleh tersumbatnya pundi hempedu akibat kecacatan lahir (biliary
atresia).

Antara penyebab lain :

• Trauma di kepala disebabkan oleh kelahiran secara forceps atau vakum

• Jangkitan kuman di dalam darah (sepsis)

• Jangkitan virus seperti Rubella atau Toxoplasma

• Masalah tidak Serasi dengan darah ibu (Coombs Positive)

• Masalah dengan enzim darah merah (G6PD)

• Hormon tiroid yang rendah (hypothyroidism)

• Masalah hati dan hempedu (biliary atresia, Dubin Johnson)

Kuning disebabkan oleh susu ibu (setelah semua penyebab di atas telah dikenalpasti
negatif)

7 | CASE STUDY: Penyakit Jaundis Neonatal


PERINGKAT JAUNDIS

Bacaan normal bagi jaundice bayi ialah kurang daripada 5 mg/dL. Sebarang bacaan lebih
daripada 5 mg/dL dianggap sebagai jaundice. Fototerapi diberi jika bacaan jauh lebih
tiggi dan mengambil kira berapa hari bayi sudah lahir, kadar kenaikan bacaan bilirubin,
berat badan bayi dan lain-lain lagi. Ibu memerlukan nasihat doktor untuk memastikan jika
anak anda memerlukan fototerapi.

➢ Zon 1 – Jaundis dikesan dibahagian muka dan leher bayi.


➢ Zon 2 – Jaundis dikesan dibahagian muka, leher dan dada hingga ke paras
pusat.
➢ Zon 3 – Jaundis dikesan dibahagian muka, leher, dada hingga ke pusat dan
abdomen hingga ke pertengahan peha.
➢ Zon 4 – Jaundis dikesan dibahagian muka, leher, dada hingga ke pusat dan
abdomen hingga ke pertengahan peha dan kaki serta tangan.
➢ Zon 5 – Jaundis dikesan pada semua bahagian tubuh bayi termasuk tapak
tangan dan ka

8 | CASE STUDY: Penyakit Jaundis Neonatal


CARA JAUNDIS DIKESAN
Jaundis boleh dilihat dipermukaan kulit, dan boleh dikesan dengan mudah menggunakan
kaedah ‘blanching’.Para doktor dapat mengesahkan bahawa bayi mempunyai masalah
jaundice dengan mencucuk pada tapak kaki bayi dan meletakkan darah tersebut pada
sebuah tiub untuk dibacakan oleh alat tertentu. Ini dipanggil ‘serum bilirubin’. Ianya
digunakan untuk membaca kuantiti bilirubin dalam darah bayi tersebut.

KAEDAH ANALISIS YANG DIGUNAKAN DI MAKMAL UNTUK


PENENTUAN TAHAP BILIRUBIN

1. Kaedah spektrofotometrik langsung

Tahap penyerapan diukur dengan menggunakan spektrofotometer laluan jalur sempit


dwi-gelombang. Jumlah Bilirubin bayi boleh ditentukan melalui perbezaan tahap
penyerapan pada kedua-dua panjang gelombang tersebut.

9 | CASE STUDY: Penyakit Jaundis Neonatal


2. Kaedah Diazo

Bilirubin paling biasa diukur berdasarkan prinsip kaedah tindakbalas diazo seperti
yang dilaporkan oleh Hijmans van denBergh, di mana diazotizedsulfanilicacid (bahan
uji diazoEhrlich) bertindakbalas dengan Bilirubin untuk
menghasilkan azodipyrroles berwarna antara merah-jambu dan merah-keunguan
yang boleh diukur secara kalorimetrik. Dalam larutan akueus, bilirubinterkonjugasi
yang larut-air bertindakbalas dengan cepat dengan bahan uji dan boleh dikatakan
bertindakbalas langsung (direct-reacting). Walaubagaimanapun, apabila metanol
ditambahkan, kedua-dua bilirubinterkonjugasi dan tidak terkonjugasi adalah larut dan
bertindakbalas dengan bahan uji untuk memberikan nilai jumlah bilirubin.Bilirubin tak
terkonjugasi yang kurang larut dalam larutan akueus hanya dapat diukur selepas
penambahan metanol, memberikannya istilah tindakbalas tidak langsung (indirect-
reacting)

10 | CASE STUDY: Penyakit Jaundis Neonatal


3. Kromatografi Cecair Prestasi Tinggi / HighPerformanceLiquidChromatography
(HPLC)

Kaedah HPLC membolehkan pemisahan dan pengukuran pecahan bilirubin yang


agak pantas. Kaedah pengukuran baru yang sangat tepat melibatkan metanolisis
beralkalibilirubin diikuti dengan pengekstrakan metil-ester bilirubin menggunakan
kloroform dan kemudiannya pemisahan ester tersebut menggunakan kromatografi
dan pengukuran secara spektrofotometrik.

Walaubagaimanapun, untuk tujuan diagnostik, penggunaan teknik diazo langsung


dan tidak langsung memberikan maklumat klinikal yang mencukupi.

Mesin Kromatografi Cecair Prestasi Tinggi

11 | CASE STUDY: Penyakit Jaundis Neonatal


RUMUSAN
Bagi jaundis neonatal, pengesanannya adalah lebih baik dilakukan pada waktu siang.
Jaundis lebih mudah dikenali pada waktu siang dengan cara menekan kulit pesakit
dengan ibu jari sehingga menjadi pucat. Lihat kekuningan kulit itu. Bayi-bayi dengan
jaundis hendaklah diperiksa setiap hari sehingga jaundisnya hilang. Adalah diingatkan
bahawa warna kulit adalah petunjuk paras jaundis yang kurang baik. Walau
bagaimanapun, bagi kes-kes jaundis neonatal yang teruk, warna kuning bertambah
dengan cepat dari kepala hingga kaki. Pada amnya jika jaundis dilihat pada atau di bawah
pusat, menunjukkan bahawa rawatan segera di hospital adalah perlu dan jika jaundis
terdapat di tapak kaki menandakan pertukaran darah adalah diperlukan segera. Semua
bayi yang mengalami jaundis dalam masa 24 jam selepas lahir walaupun sedikit mesti
dirujuk ke hospital. Jangan beri air glukos atau menjemur bayi dalam cahaya matahari.
Jika bayi mendapat jaundis 24 jam selepas lahir minta ibu sentiasa memerhatikan paras
jaundis dan jika bertambah teruk ila segera rujuk ke hospital.

Kriteria bagi bayi dengan jaundis yang perlukan penilaian diagnostic antaranya
termasuklah semua bayi yang menunjukkan kesan-kesan jaundis dalam masa 24 jam
lepas lahir, semua bayi yang mempunyai jumlah serum Bilirubin (total serum bilirubin)
yang meningkat lebih dari 5mgm/dl (85mmol/l) dalam sehari, semua bayi yang
mempunyai Serum Bilirubin melebihi 12mgm/dl (204mmol/l), semua bayi yang diberi
rawatan fototerapi, semua bayi yang mempunyai bahagian bilirubin konjugat (conjugate
ilirubin) melebihi 2mgm/dl (34mmol/l) dan semua bayi baru lahir cukup bulan, yang
mempunyai jaundis yang berterusan melebihi seminggu selepas lahir juga bayi yang lahir
tak cukup bulan yang mempunyai jaundis yang berterusan melebihi 2 minggu lepas lahir.

12 | CASE STUDY: Penyakit Jaundis Neonatal


LAMPIRAN

13 | CASE STUDY: Penyakit Jaundis Neonatal


RUJUKAN

1. https://www.doctoroncall.com.my/soalan/bacaan-normal-jaundice-bayi
2. http://www.myhealth.gov.my/jaundis-neonatal-sakit-kuning-pada-bayi-dari-
pandangan-makmal/
3. http://kautsarku.wordpress.com/2008/02/13/penyakit-kuning-di-kalangan-
bayi-yang-baru-lahir/
4. http://www.sihatselalu.com.my/2009/06/penyakit-bayi-kuning.html
5. http://www.geocities.com/alam_penyakit/PenyakitDemamKuningJaundis

14 | CASE STUDY: Penyakit Jaundis Neonatal

You might also like