You are on page 1of 11

PENGENALAN

Anemia dalam kalangan ibu mengandung merupakan salah satu masalah utama di
Malaysia dan negara membangun yang lain. Penyaringan awal berdasarkan faktor risiko
boleh membantu pihak kesihatan mengenalpasti kes yang berpotensi mendapat masalah
anemia semasa mengandung dan diteruskan untuk tujuan merawat. Ini disebabkan
Anemia boleh menimbulkan pelbagai komplikasi seperti masalah pertumbuhan janin,
kematian dalam kandungan dan kematian ibu semasa kelahiran.Anemia semasa
mengandung terjadi apabila seseorang wanita itu mempunyai paras hemoglobin yang
rendah semasa mengandung. Bagi menganalisa anemia semasa mengandung definasi
berdasarkan paras hemoglobin mengikut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) selalu
digunakan iaitu paras hemoglobin kurang dari 11.0 g/dl. Hemoglobin merupakan
pengangkut oksigen dan zat makanan ke seluruh badan. Oleh itu, apabila anda mengalami
anemia, tisu seluruh badan menjadi hipoksia (kurang kandungan oksigen) dan kurang
tenaga.
Sebagai seorang wanita mengandung, adalah penting bagi anda untuk
mendapatkan ujian darah bagi menentukan paras hemoglobinnya semasa lawatan pertama
pemeriksaan kandungan (lawatan antenatal). Walaupun ibu tidak mengalami masalah
anemia pada lawatan pertama, ibu masih berpotensi untuk mengalami keadaan ini
kemudiannya dalam tempoh kehamilan tersebut.
Gejala yang paling biasa berlaku adalah kepada penghidap anemia semasa
hamil adalah cepat mengalami rasa letih, lemah anggota dan sering pengsan, kelihatan
pucat, mengalami kesukaran bernafas/sesak nafas, sentiasa merasa loya, mengalami
debaran (palpitasi) iaitu dengupan jantung yang cepat, sakit kepala dan pening. Penyebab
utama anemia semasa kehamilan adalah Kekurangan Zat besi (Iron), asid folik dan
Vitamin B1 juga berkemungkinan disebabkan oleh ibu mempunyai penyakit
kronik lain dan penyakit darah seperti thalasaemia.

PENYATAAN MASALAH

Kampung Warisan merupakan sebuah perkampungan yang terletak di Daerah Inanam.


Kajian ini telah dijalankan selama dua minggu dan populasi sasaran adalah semua wanita
mengandung yang datang ke Klinik Kesihatan Inanam bagi mengetahui faktor serta
punca-punca

anemia

semasa

kehamilan.

Untuk

mendapatkan

diagnosis,

pemeriksaan sejarah perubatan dan pemeriksaan fizikal telah dijalankan oleh


doktor, selain ujian darah di makmal seperti ujian paras hemoglobin, ferum,
hematokrit dan juga paras asid folik. Ini adalah penting untuk mengesan
sebarang kekurangan ferum dan juga asid folik.

Kajian perincian telah dilakukan terhadap seorang pesakit yang mengalami


anemia semasa kehamilannya. Berikut merupakan butir-butir kajian perincian pesakit :

BUTIR-BUTIR PESAKIT
No. Pendaftaran

: 101/15

Tarikh lahir

: 19 Feb 1984

Jantina

: Perempuan

Umur

: 31 Tahun

Bangsa

: Brunei

Tiartini merupakan seorang pembantu tadbir yang berasal dari Kg Warisan,berumur 31


tahun dan berbangsa Brunei. Beliau datang ke Klinik Kesihatan Inanam setelah
mendapati dirinya mengalami tanda- tanda kehamilan. Ujian UPT (Urine Pregnancy
Test) telah dijalankan ke atas Tiartini dan didapati positif. Setelah pengambilan sejarah
dijalankan ke atas klien, klien menyatakan bahawa beliau pernah mengalami morningsickness yang teruk, letih lesu dan selera makan berkurangan. Pemeriksaan fizikal yang
dijalankan ke atas klien mendapati berat badan beliau adalah 45kg, konjuntiva pucat dan
bibir beliau kering. Ujian FBC yang dijalankan ke atas klien mendapati paras Hb beliau

adalah rendah iaitu 9.1 g/dL sahaja. Klien kemudiannya dirujuk kepada doktor untuk
rawatan dan pemeriksaan lanjut.

PENCARIAN LITERATUR

Anemia berdasarkan Wikipedia merupakan perkataan yang berasal daripada bahasa


Greek yang membawa pengertian "tiada darah", merujuk kepada kekurangan sel darah
merah (RBC) dan/atau hemoglobin. Arisman, 2007 menyatakan bahawa anemia adalah

keadaan dimana kadar penurunan hemoglobin, hematokrit dan jumlah sel darah merah
dibawah nilai normal oleh seseorang itu, manakala Soebroto (2010) mendefinisikan
anemia sebagai penyakit kurang darah yang ditandai dengan kadar hemoglobin dan sel
darah (eritrosit) lebih rendah dibandingkan normal.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berdasarkan laporannya menyatakan hampir 50%
ibu mengandung di seluruh dunia mengalami anemia. Di negara maju prevalen anemia
dalam kalangan ibu mengandung adalah 18% dan di negara membangun pula,
prevalennya adalah 56%. WHO juga menyatakan bahawa taburan anemia dikatakan
paling tinggi di Asia Selatan di mana tiga perempat daripada jumlah ibu mengandung
mengalami masalah anemia.
Terdapat beberapa kajian mengenai Anemia semasa kehamilan diseluruh Malaysia
disebabkan implikasi yang melibatkan dua individu iaitu bayi serta ibu. Berdasarkan
kajian Prevalen Anemia semasa mengandung dan faktor-faktor mempengaruhi di Johor
Bahru menyimpulkan bahawa kekerapan mengambil Ferrous Fumerate ferus merupakan
risiko utama anemia semasa mengandung. Oleh itu pihak kesihatan awam perlu
menekankan kepatuhan pengambilan pil Ferrous Fumerate bagi mencegah dan merawat
anemia semasa mengandung.
Kajian di Singapura pula menunjukkan prevalen anemia semasa melahirkan anak adalah
15.3% dan 81.3% daripada kes anemia tersebut disebabkan oleh kekurangan zat besi.

PENGKELASAN KETERUKAN ANEMIA

Paras Hb (g/dl)

Tahap Keterukan Anemia

< 6.9

Sangat Teruk

6.9 < 8.0

Teruk

8.0 < 9.5

Sederhana

9.5 < 10.5

Ringan

Melalui ujian darah Full blood count yang dijalankan keatas klien, didapati beliau
menghidap anemia dan klien dinasihati berjumpa doktor untuk tindakan serta rawatan
lanjut. Ujian FBC ini terdiri daripada RBC, white blood cell count, haemoglobin, buse,
creatinine,LFT dan ESR.
Pemantauan: Pemeriksaan kandungan yang berkala serta pemantauan paras Hb
yang berterusan dilakukan setiap kali lawatan klien ke untuk sepanjang tempoh
kehamilan. Pemantauan terhadap gejala anemia ibu turut dititikberatkan bagi menilai
serta memastikan kesihatan ibu pada tahap yang memuaskan.

PERBINCANGAN

Antara masalah yang boleh terjadi kepada bayi jika seseorang itu menghidapi anemia
adalah boleh menyebabkan kematian janin disebabkan oleh kekurangan bekalan oksigen,
kelahiran bayi yang tidak cukup bulan serta kelahiran bayi yang kurang berat badan.
Manakala bagi ibu pula masalah yang boleh terjadi kepada ibu jika menghidapi anemia
adalah boleh menyebabkan tekanan darah meningkat yang boleh menyebabkan preeklampsia, kekurangan bekalan darah semasa dan selepas bersalin, keguguran malah
kematian.
Di dalam kes anemia, rawatan yang selalu diberi oleh doktor adalah
tambahan asid folik dan Ferrous Fumerate. Ambillah Ferrous Fumerate tambahan
1 jam sebelum makan atau waktu di antara 2 waktu makan utama untuk
penyerapan yang lebih baik atau pun dua kali sehari. Walau bagaimanapun,
terlalu kerap mengambil Ferrous Fumerate boleh menyebabkan sembelit. Jadi,
untuk mengelakkan masalah sembelit, ambil lebih banyak serat dan lebihkan
meminum cecair. Elak pengambilan ubat haematinik tersebut bersama-sama dengan

susu atau kopi, gantikan dengan jus buah-buahan.


Rawatan mungkin melibatkan pengambilan diet yang kaya dengan ferum,
asid folik dan juga vitamin.Asid folik adalah sejenis vitamin yang boleh
didapati di dalam banyak jenis makanan dan multivitamin tambahan. Asid
folik adalah penting untuk mengelak kejadian Anemia dan kecacatan
kelahiran. Makanan yang kaya dengan asid folik termasuklah sayuran seperti

kekacang, brokoli, asparagus,serta jus dan buah-buahan sitrus. Pengambilan


multivitamin tambahan juga adalah perlu. Wanita hamil juga harus mendapatkan

rehat dan tidur yang cukup selain bijak mengatasi stress dalam kehidupan seharian.

CADANGAN

Dalam kes Tiartini, setelah pemeriksaan dilakukan ,doctor telah memberi nasihat dan
penerangan mengenai amalan pemakanan ubatan yang perlu untuk ibu mengandung yang
mengalami anemia. Ubatan yang telah diberikan kepada tartiani adalah :
Tab.Ferrous Fumerate 400mg TDS
Tab.Folic Acid 5mg OD
Tab.VIT C 100mg OD
Tab.B Complex OD
Double haematinik diamalkan klien sepanjang tempoh kehamilan sehingga tempoh
gestasi 36 minggu, suntikan imferon juga akan diberikan sekiranya kadar Hb yang
rendah walaupun selepas menerima double haematinik sejak sebulan memulakannya.
Pendidikan kesihatan berterusan juga dilakukan di klinik kesihatan yang diberikan oleh
Jururawat Masyarakat setiap kali lawatan klien ke klinik. Nasihat pemakanan sihat,
kepentingan ubat-ubatan dan gejala-gejala anemia juga telaah diterangkan kepada klien.
Secara umumnya, pihak hospital haruslah mengadakan beberapa bengkel serta kempen
kesedaram kepada setiap individu agar mereka sedar akan tanggungjawab serta keperluan
diri mereka. Antara aktiviti yang sepatutnya diadakan;

a. Bengkel Klinik kehamilan

Bengkel nasihat mengenai klinik kehamilan sepanjang sembilan bulan harus diberikan
kepada ibu-ibu mengandung ataupun kepada wanita yang sudah berkahwin bagi
menimbulkan kesedaran tentang kepentingan menjaga kesihatan ibu serta bayi bagi
mengelakkan sebarang implikasi serta gangguan tumbesaran bayi. Bahan-bahan
pendidikan yang berupa risalah mengenai anemia diedarkan dan ceramah-ceramah di
kelas keibubapaan oleh anggota kesihatan juga dilaksanakan untuk penyebaran

maklumat. Pendidikan kesihatan haruslah diperkasakan agar ibu-ibu mengandung ini


patuh kepada pengambilan ubat-ubatan sepanjang kehamilan.

b. Kempen kesedaran pemakanan sihat

Bengkel pengambilan pemakanan yang sihat seperti makanan kaya dengan zat besi,
makanan yang meningkatkan penyerapan dan mengurangkan penghalang penyerapan zat
besi juga telah diberi oleh pegawai zat makanan kepada untuk ibu-ibu yang sedang hamil
khususnyapenghidap anemia sebagai langkah untuk mengatasi masalah anemia. Selain itu
pemberian hematinik (ferrous fumarate, asid folik, vitamin C dan vitamin B kompleks)
harus dijalankan secara percuma.

c. Transfusi darah

Secara umumnya, pemindahan darah merupakan jalan yang terakhir untuk mendapatkan
zat besi. Hal ini kerana terdapat beberapa kes menunjukkan keadaan ibu tersebut
bertambah teruk dalam kaedah pemindahan darah. Oleh sebab itu, hanya ibu yang betulbetul memerlukan pemindahan darah (transfusi darah) boleh mendapatkan transfusi darah.

RUMUSAN

Melalui kajian ini, dapat dirumuskan bahawa anemia merupakan penyakit yang
berbahaya kepada ibu serta bayi yang dikandung yang mana keduanya akan berhadapan
dengan komplikasi yang berbahaya seperti kematian. Oleh itu langkah awal harus dibuat
bagi mengelak, serta bagi mengesan anemia semasa kehamilan.
Ibu haruslah sentiasa menjalankan klinik sepanjang kehamilan bagi mendapatkan
imunisasi secukupnya serta mendapatkan khidmat nasihat bagi memastikan tumbesaran
bayi adalah sihat di dalam rahim juga selepas dilahirkan.
Oleh itu, sebagai Penolong Pengawai Perubatan saya amat menitikberatkan kesihatan
serta rawatan klinikal ibu mengandung serta pendidikan kesihatan bagi wanita yang suda
berkahwin. Saya juga menyeru agar para suami mengambil berat setiap keperluan isteri
yang hamil.

Prognosis
Sekiranya masalah ini dikesan awal dan dirawat dengan sempurna, prognosis untuk
kesihatan anda dan anak dalam kandungan adalah baik. Dengan kata lain keselamatan
anda dan janin adalah terpelihara. Semasa hamil, tubuh ibu akan sentiasa memastikan
yang bayi di dalam kandungan akan mendapat bekalan ferum yang cukup berbanding
dengan ibu itu sendiri. Oleh itu keperluan untuk bayi sentiasa ada.
Anemia biasanya mudah dirawat dengan pengambilan ferum dan juga asid folik
tambahan yang cukup.
Tetapi sekiranya keadaan anemia itu dibiarkan tidak dirawat, kesan buruk akan timbul
pada ibu dan juga bayi dalam kandungan dan juga untuk kehamilan-kehamilan yang
mendatang.

SENARAI RUJUKAN

1. WHO. World health report. Geneva: World Health Organization, 2001.


2. Siti Khatijah AR., et al. Prevalen Anemia semasa mengandung dan faktor-faktor
mempengaruhi di Johor Bahru. Universiti Kebangsaan Malaysia. 2010.

3. Malaysian Journal of Public Health Medicine.2010.

4. http://en.wikipedia.org/wiki/Anemia
5. Dr.Suhazeli Abdullah. Anemia SemasaMengandung. (Slide show)
6. Dr.

NiniShuhaida

Mat

Harun.

Anemia

KlinikKesihatanSeberangTakir. (Slide show).

kalanganibumengandung.

LAMPIRAN

Gambar 1. Menunjukkan sel darah merah yang kecil dan pucat.

Gambar

2.

Sel darah merah dalam keadaan normal (kiri), manakala gambaran sel
darah merah yang mengalami anemia (kanan).

KOLEJ SAINS
KESIHATAN
BERSEKUTU KOTA
KINABALU
DIPLOMA
PEMBANTU
PERUBATAN
JALAN KOLAM,
BUKIT PADANG
88300, KOTA
KINABALU
SABAH
CASE STUDY
ANEMIA
DIKALANGAN IBU MENGANDUNG
(MCH)

NAMA PELATIH: PRIZYBAM JINIK


NO MATRIK: BPP2014-2293
NO KAD PENGENALAN: 930311-12-6841
AMBILAN: JANUARI 2014 (SEMESTER 5)

SESI AKADEMIK: JANUARI - JUN 2016

You might also like