You are on page 1of 14

Pengenalan

Hipertensi merupakan satu penyakit perubatan yang kerap ditemui ketika kehamilan dan
masih menjadi salah satu daripada penyebab kepada morbiti dan mortaliti ibu dan fetal. Keadaan
ini melibatkan hampir 10 % daripada jumlah kehamilan di seluruh dunia [1]. Penyakit hipertensi
bagi ibu hamil (Pregnancy Induced Hypertension, PIH) ini juga dianggarkan telah membebankan
dan menyebabkan komplikasi kepada 5 8 % daripada jumlah kehamilan di seluruh dunia [2].
Hipertensi ketika kehamilan boleh diklasifikasikan kepada sekurang-kurangnya dua jenis
yang berbeza. Pertama, ialah hipertensi kronik yang asasnya bercirikan tekanan darah seseorang
melebihi paras 140/90 mmHg. Manakala yang kedua ialah hipertensi yang didapati ketika hamil
iaitu Pregnancy Induced Hypertension (PIH). PIH ini juga kebiasaannya disebut pre-eklampsia
dan toksimia (toxemia) [3].
Keadaan toxemia ini disebut oleh para pengkaji berdasarkan keadaan gambaran seperti
adanya toksin yang dihasilkan oleh ibu hamil sebagai tindak balas badan ibu kepada protein
asing (fetus-kandungan) yang menyebabkan berlakunya tanda dan gejala kepada ibu hamil.
Namun belum ada penemuan toksin yang ditemui [4]. Manakala ada pengkaji yang menyifatkan
perubahan dan peralihan hormon adalah punca kepada terjadinya PIH. Perubahan pada pola
paras hormon memainkan peranan penting yang menyebabkan ibu hamil cenderung mendapat
pre-eklampsia (Zhorzholade et al, 2006). Selain itu, perubahan fisiologi badan terhadap reaksi
kepada kehamilan juga mendorong kepada perubahan fungsi badan ibu hamil. Pengecutan salur
darah (vasospasm) arteri berlaku semasa ibu sedang hamil (Daisy jane, 2010)
Pesakit PIH akan bermula pada usia kandungan dua puluh (20) minggu usia kandungan
pada ibu yang normotensif (tiada sejarah penyakit hipertensi atau penyakit hepar) sebelumnya.
Tekanan darah ibu hamil akan berada pada paras normal seperti sebelumya dan akan meningkat
pada trimester ketiga dalam sesetengah kes tetapi lebih awal pada kes yang teruk[3]. Peningkatan
tekanan darah ibu hamil 30/50 mmHg dari paras sebelumnya juga boleh disyaki mengalami PIH
walaupun paras akhir tekanan darah ibu masih berada paras normal (Sibai et al, 2007). Sebagai
contoh, sekiranya paras tekanan darah ibu hamil sebelumnya adalah 90/50 mmHg tetapi
meningkat kepada 120/80 mmHg, keadaan menunjukkan ciri peningkatan tekanan darah pada
ibu hamil.

PIH boleh dicirikan dengan tanda pembengkakan pada bahagian tubuh badan ibu
terutama pada bahagian ankles dan kaki (edema), hiper fleksia atau tindakan tendon refleks
berlebihan, proteinuria. Keadaan protenuria pada pesakit PIH merupakan tanda kerosakan
patologikal pada sel glomerular di buah pingang yang terjadi selepas hipertensi, menyebabkan
kegagalan proses penapisan yang menyebabkan protein juga ditapis keluar bersama urine, 60%
daripada protein yang ditapis keluar adalah albumin. Salur darah mengecut dalam keadaan yang
abnormal menyebabkan meningkatnya tekanan darah dan tidak balas refleks menjadi hiperaktif
(Guice Booth, 2005).
Kekerapan kes PIH akan menyebabkan komplikasi kepada bayi (Hollegaard et al, 2013).
Kekerapan terjadinya PIH pada kalangan ibu hamil adalah tinggi. Ibu hamil yang mengalami
PIH berdepan dengan risiko kandungan yang teruk daripada ibu hamil yang tidak mengadapinya.
Kurang pengetahuan dari segi pengurusan PIH dan maklumat yang tidak mencukupi adalah
ancaman bagi pesakit. Ujian urinalis mestilah dilakukan sebagai rutin kepada pantauan ibu
mengandung selain daripada tekanan darah mereka [6].

Pernyataan Masalah Pesakit


Pada 2 JUN 2016, jam 2.00 petang, seorang ibu hamil bernama Puay Pey Shy, berbangsa
Cina dan berumur 31 tahun telah datang ke Klinik Kesihatan Simee bagi tujuan pemeriksaan
rutin kandungannya yang berusia 33 minggu. Ketika pemeriksaan tekanan darah dibuat, bacaan
tekanan darah bagi Puan Puay Pey Shy adalah 140/100mmHg pada jam 2.05 petang. Setelah
dikenal pasti, pesakit telah dirujuk kepada doktor yang bertugas iaitu Dr. Sujatha Kandiah.
Pengambilan ulangan bacaan tekanan darah pesakit telah diambil pada jam 2.45 petang dan
bacaannya ialah 140/90mmHg. Begitu juga pada tarikh 09 JULAI 2016, keadaan yang sama
telah berlaku di mana bacaan tekanan darah pesakit ialah 140/100 mmHg dan nilai bacaan
ulangan juga 140/90 mmHg Berikut adalah butiran peribadi pesakit : Puan Puay Pey Shy.
Nama : Puay Pey Shy

No. kad pengenalan : 850723-01-6374

Bangsa : Cina

Warganegara : Malaysia

Tarikh lahir : 23 JULAI 1985

Umur : 31 Tahun

Alamat : No. 40, Persiaran Bercham Selatan 14, Taman Desa Kencana, Ipoh, Perak.
Pekerjaan : Guru Tadika Botani
Tarikh akhir menstruasi : 17/10/15
Tinggi : 161cm

Jangkaan bersalin : 24/7/2016

Berat semasa 12 minggu : 101kg

Kumpulan Rh : A positif

Berat pada tarikh 2 Jun : 108kg

Haid : 5 hari regular.

Sejarah penyakit lalu : TIADA penyakit berkaitan seperti diabetes, hipertensi, alergik, asthma,
sakit jantung, tuberculosis, anaemia dan lai-lai penyakit. Tidak pernah mengambil apa-apa
rawatan berkaitan dengan penyakit darah tinggi.
Sejarah keluarga : Emak pesakit merupakan seorang penghidap penyakit hipertensi dan telah
mendapatkan rawatan.

Sejarah sosial : Pesakit bekerja sebagai guru di Tadika Botani, Ipoh. Tidak merokok. Telah
berkahwin pada 4 Januari 2013 bersama dengan En. Liew Chee Fong yang berusia 33 tahun dan
bekerja sebagai Jurutera Teknologi Maklumat di Batu Gajah. Suami pesakit juga tidak merokok.
Sejarah perubatan obstetrik dan ginekologi : pesakit pernah mengalami keguguran pada tahun
2014 dan 2015. Kedua-dua usia kandungannya ketika itu adalah pada gestasi 2 bulan. Pesakit
telah menjalani proses Dilate and Curritage (D&C). Keguguran adalah secara spontan dan
complete.
Ujian makmal bagi menilai kehadiran protein dalam urin telah dijalankan dan mendapati
keputusannya ialah negative namun pada pemeriksaan rutin 4 JULAI 2016, terdapat protenuria
dalam nilai bacaan albumin urinalisis pesakit. Pada pesakit tiada tanda-tanda dan manifestasi
yang menunjukkan adanya cirri-ciri pre-eklampsia tetapi beliau telah diletakkan di bawah
kumpulan ibu berisiko tinggi dan didiagnos menghidapi Pregnancy Induced Hypertension.

Pencarian literature
Dr. S. Silvam, seorang pakar Obstetrik dan Ginekologi Pusat Perubatan Kelana
Jaya menyatakan tekanan darah tinggi dalam kalangan wanita hamil biasanya berlaku ketika
usia gestasi 20 minggu dan ke atas. Menurut beliau lagi, tekanan darah yng normal untuk orang
yang tidak hamil ialah 140/90 mmHg, tetapi bagi ibu mengandung, tekanan darah normal ialah
110/70 mmHg.
Manakala, bagi penyelidik Dr. Maimoona Ahmed dan Dr. Rekha G. Daver dalam
jurnalnya yang bertajuk Study of Feto-Maternal Outcome in Pregnancy Induced Hypertension
menyatakan, PIH dibahagikan kepada tiga (3) keadaan berdasarkan bacaan tekanan darah mereka
iaitu keadaan mild, moderate dan severe PIH. Bagi kes mild, tekanan bagi sistolik yang melebihi
130 mmHg manakala bagi distolik melebihi 90 mmHg. Bagi kes yang moderate bacaan tekanan
distolik pula 110 mmHg, manakala bagi kes severe iaitu yang teruk pula nilai bacaan sistolik
melebihi 160 mmHg dan bacaan distolik melebihi 110 mmHg.
Berdasarkan laporan World Health Organization (WHO) pada tahun 2002, kira-kira 5
juta kematian dicatatkan pada setiap tahun berpunca daripada tekanan darah tinggi ketika hamil.
Pengerusi Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) dan Perunding Kardiologi, Datuk Dr
Khoo Kah Lin berkata senario yang sama juga berlaku di negara ini dan dianggarkan seorang
daripada tiga warga Malaysia berusia 30 tahun ke atas berhadapan dengan masalah tekanan darah
tinggi semasa hamil.
Menurut kajian Health Consultant dari HUSM Encik Hafis Wasa, tekanan darah
tinggi yang dihidapi semasa hamil memberi kesan 5% terhadap kandungan dan 1 per 4 wanita
hamil yang mana mempunyai tekanan darah tinggi akan cenderung kepada preeclampsia
semasa hamil, bersalin atau selepas melahirkan anak. Semua wanita yang mengidap hipertensi
semasa mengandung perlu menjalani pemeriksaan tekanan darah secara berkala di klinik
kesihatan yang terdekat selepas bersalin. Lazimnya tekanan darah akan kembali normal selepas 6
minggu tempoh berpantang, namun ia mungkin mengambil masa yang lebih panjang bagi
sesetengah wanita. Pengambilan ubatan bagi mengawal tekanan darah akan dikurangkan secara
berperingkat-peringkat sebelum diberhentikan, dan bukan dengan mengejut. Penggunaan ubat
Methyldopa dalam tempoh selepas bersalin adalah tidak dibenarkan oleh kerana risiko kejadian

kemurungan yang tinggi.Peningkatan tekanan darah yang tidak terkawal boleh terjadi selepas
bersalin dan keadaan ini perlu diambil secara serius oleh kerana ia mungkin satu tanda kejadian
eklampsia (yang masih boleh berlaku selepas bersalin). Jika tekanan darah kekal tinggi selepas
tiga bulan bersalin, wanita tersebut boleh didiagnosa mengidap hipertensi yang kronik.
Wanita yang berisiko menghidap hipertensi semasa mengandung dan pra-eklampsia
adalah turut berisiko mendapat penyakit jantung (atau kardiovaskular) apabila umur mereka
semakin meningkat. Oleh yang demikian mereka perlu dinasihatkan untuk menjalani
pemeriksaan susulan secara berkala sepanjang hayat mereka. Semua wanita yang menghidap
hipertensi sebelum mengandung perlu memastikan tekanan darah mereka terkawal dengan baik
selama tiga bulan sebelum bercadang untuk mengandung lagi.
Ketua Jabatan Pertumbuhan dan Pembangunan Manusia dan Pakar Perunding
Obstetrik dan Ginekologi (O&G), Universiti Putra Malaysia - Hospital Kuala Lumpur
(UPMHKL), Prof. Madya Dr. Noraihan Mohd. Nordin berkata, pemeriksaan berkala yang
dilakukan sepanjang tempoh kehamilan adalah untuk mengesan sama ada wanita terbabit
menghidap hipertensi atau sebaliknya.Ini kerana hipertensi yang tidak terkawal atau dibiarkan
tanpa rawatan boleh menimbulkan pelbagai komplikasi.``Komplikasi yang membahayakan
nyawa ini boleh berlaku pada kedua-duanya sekali iaitu ibu dan juga janin dalam kandungan,''
katanya.Tekanan yang tinggi pada pembuluh darah dimanifestasikan sebagai tekanan darah
tinggi.Kehamilan yang menyebabkan hipertensi (Pregnancy Induced Hypertension - PIH)
berlaku apabila tekanan darah diastolik (bacaan bawah) mencecah lebih 90mm Hg. Adakalanya
keadaan ini disertai dengan protein dalam air kencing.Menurut beliau, hipertensi yang disertai
dengan protein dalam air kencing semasa hamil yang dikenali sebagai preeklampsia ini biasanya
berlaku pada trisemester kedua kehamilan iaitu selepas 20 minggu kehamilan.

Perbincangan.
Di serata dunia, pre-eclampsia atau penyakit tekanan darah tinggi ketika hamil atau
sawan yang dialami oleh ibu hamil ini menjadi punca utama kematian ibu hamil. Preeclampsia
berlaku lebih kurang 5 10% daripada keseluruhan ibu hamil. Di Malaysia, ia merupakan punca
kedua kematian ibu-ibu hamil selepas pendarahan postpartum. Pendarahan postpartum ialah
pendarahan dari saluran pembiakan yang berlaku selepas kelahiran (tumpah darah). Ia boleh
menyebabkan hipotensi (tekanan darah rendah) atau renjatan.
Faktor-faktor yang menyumbang kepada PIH adalah kehamilan pertama kali atau
dipanggil primigravida (2-3 kali ganda lebih tinggi risiko) Walaupun wanita primigravida
(kandungan pertama) berisiko tinggi mendapat pra-eklampsia, wanita yang multiparous (anak
yang ramai) berisiko mendapat gejala yang lebih serius dengan pelbagai komplikasi.. Selain itu,
faktor genetik contohnya sejarah keluarga seperti ibu atau kakak yang menghidap pre-eclampsia
juga meningkatkan risiko antara 20% hingga 40% kepada saudara atau anak perempuan untuk
menghidapinya. Jika ibu hamil pernah mempunyai latar belakang preeclampsia pada kehamilan
lalu, berkemungkinan besar untuk pesakit menghidapnya pada kehamilan seterusnya. Risiko
untuk mendapatkan hipertensi semasa hamil lebih cenderung kepada wanita yang berat badannya
di atas paras normal atau gemuk (obesiti) BMI <30 kg/m2 adalah dikaitkan dengan peningkatan
dua kali ganda risiko mendapat pra-eklampsia. BMI yang tinggi sebelum mengandung atau pada
peringkat awal mengandung akan meningkatkan risiko kejadian hipertensi semasa mengandung.
Selain itu, Faktor-Faktor lain Obstetrik adalah Kandungan kembar, Tempoh antara kandungan
yang lama, Penyakit Hydrops, dengan uri yang besar dan Kandungan molar. Seterusnya FaktorFaktor Perubatan juga mempengaruhi PIH contohnya Hipertensi yang sedia ada (sebelum
mengandung), Penyakit buah pinggang, Diabetes, Kehadiran antibodi Anti-fosfohipid, Penyakit
Connective tissue dan Trombofilia keturunan (Inherited thrombophilia).
Hipertensi ketika hamil ini berlaku apabila terdapat pertumbuhan plasenta abnormal atau
berlaku kerosakan pada tisu plasenta akibat microthrombosis yang menyeluruh. Tindak balas
imuniti akan berlaku terhadap tisu fetal dan plasenta. Maka akan berlaku kegagalan fungsi
endothelium

plasenta

secara

menyeluruh.

Kerosakan

pada

endothelium

akan

menyebabkankepecahan kapilari darah dan ibu mengandung akan menunjukkan ciri-ciri seperti
pertambahan berat badan, non-dependent edema pada muka atau tangan dan edema pulmonari.

Ubatan yang lazim digunakan adalah Methyldopa dan Labetolol. Wanita yang
menghidapi hipertensi sedia ada (sebelum mengandung) mungkin perlu menukarkan ubatan yang
mereka ambil memandangkan Angiotensin Receptor Blocker (ARB) dan Angiotension
Converting Enzyme Inhibitor (ACE-I) tidak boleh digunakan semasa mengandung. Rawatan
hipertensi semasa mengandung adalah bertujuan untuk keselamatan wanita yang mengandung itu
sendiri. Rawatan tidak mengurangkan risiko kejadian pra-eklampsia atau kematian janin atau
membantu tumbesaran janin. Pemeriksaan saringan untuk mengesan sebab-sebab lain yang
menyebabkan hipertensi perlu dilakukan sekiranya hipertensi dikesan sebelum 20 minggu
tempoh kehamilan. Selepas 16 minggu tempoh kehamilan, pemeriksaan saringan bagi mengesan
hipertensi perlu dilakukan ke atas semua wanita yang mengandung tanpa mengira umur dan lainlain faktor risiko.
Sasaran rawatan mungkin berbeza dari satu ke satu klinik. Untuk memastikan peredaran
darah di dalam sistem darah uri-janin tidak terganggu, tekanan darah diastolik mestilah tidak
kurang dari 90 mmHg. Jika pra-eklampsia terjadi, tidak kira sama ada sedikit ataupun serius,
rujukan kepada doktor pakar obstetrik adalah wajib, dan pesakit diberikan rawatan dengan
kerjasama pakar perubatan keluarga. Bagi kes yang tiada komplikasi, wanita tersebut dibenarkan
bersalin pada tempoh kehamilan 38 hingga 40 minggu. Bagi semua kes-kes eklampsia pula,
wanita ini perlu dirawat di hospital pakar, yang mempunyai unit rawatan rapi neonatal yang baik.
Keputusan untuk melahirkan bayi awal perlu dilakukan oleh doktor pakar obstetrik dengan
mengambil kira semua fakta klinikal bagi setiap kes. Beberapa cadangan rawatan telah di
masukkan ke dalam plan tindakan bagi pengurusan pesakit.
Rawatan di klinik: Pesakit seperti biasa datang ke klinik untuk pemeriksaan bulanan.
Tekanan darah diambil 140/100 mmHg. Berat badan pesakit ialah 108kg Pesakit berehat dahulu
sebelum pergi ke makmal untuk melakukan beberapa penyiasatan lanjutan. Mula-mula, pesakit
diminta ke makmal untuk menjalani urine test untuk menganalisa urin jika terdapat proteinuria.
Keputusannya ialah negatif. Manakala untuk FBC (full blood count) pula, platelet count dan
hemoglobin adalah normal. Setelah melihat keputusan, pesakit ke bilik pemeriksaan. Staff nurse
memeriksa kandungan pesakit dan kandungannya berada dalam keadaan yang baik. Ketinggian
fundus juga sama seperti usia gestasi. Kemudian pesakit di bawa ke bilik doktor untuk

pemeriksaan lanjutan. Tekanan darah pesakit ketika di periksa buat kali kedua ialah 140/90
mmHg.
Rawatan di Hospital pesakit pernah di wadkan pada 30 JUN 2016 setelah
memaklumkan kepada Staff Nurse yang mengendalikan kandungannya. Pesakit diwadkan akibat
tekanan darah yang tinggi. Kebiasaannya pesakit dimasukkan ke wad untuk pemerhatian bagi
tempoh 24-48 jam. Pesakit ditempatkan di wad yang kondusif dan sunyi. Pesakit diarahkan
untuk berehat sahaja di atas katil. Perawat bertugas bertanggungjawab untuk memeriksa tekanan
darah pesakit setiap jam dan apabila tekanan darah pesakit sudah stabil dan mengulang
pengambilan tekanan darah dua ke tiga jam sekali. Kemudian, lakukan pemerhatian carta
pergerakan fetus bagi memastikan fetus dalam keadaan baik. Perawat hendaklah sentiasa
memantau keadaan pesakit seperti memeriksa tanda vital, tanda-tanda hendak bersalin, input dan
output chart beserta tanda-tanda sawan. Tanda-tanda pre-eclampsia ialah seperti tekanan darah
ibu hamil melebihi 140/90 mmHg beserta proteinuria. Selain itu, takikardia, takipnea and urine
output meningkat. Ia juga boleh dikesan melalui inpeksi. Muka, tangan dan kaki pesakit akan
kelihatan membengkak (edema). Antara simptom yang lain pula ialah, pesakit akan kelihatan
tercungap-cungap beserta nafas yang pendek. Pesakit juga akan merasa loya selain
penglihatannya terganggu. Jika serangan eclampsia berlaku tiba-tiba (rawatan kecemasan),
segera posisikan pesakit dalam baringan lateral ke kiri untuk memastikan aliran darah yang
maksimum sampai ke fetus. Kemudian berikan oksigen menggunakan non-rebreather mask.
Pastikan salur pernafasan pesakit terbuka dan lakukan suction selepas sawan berlaku untuk
memastikan salur pernafasan tidak tersekat. Kawal sawan dengan memberikan Magnesium
Sulphate stat 4gm secara IV perlahan-lahan selama 5 minit. Selain Magnesium Sulphate,
Diazepam juga boleh diberikan 10mg secara IV. Seterusnya, berikan ubat-ubatan AntiHipertensif
Hydralazine 5mg setiap 5 minit atau Labetolol 10mg setiap 10 minit secara IV sehingga tekanan
darah pesakit stabil.
Masukkan pesakit ke wad yang kondusif (senyap dan berhawa dingin). Antara penjagaan
kejururawatan yang perawat perlu lakukan ialah membuat persediaan awal dengan menyediakan
peralatan kecemasan seperti set intubation, suction dan oksigen. Ubah baringan pesakit setiap
dua jam untuk mencegah hipostatik pneumonia. Lakukan juga pemasangan cateter bladder
drainage (CBD) untuk monitor pengeluaran urin. Perlunya pengawalan input dan output urin

adalah untuk merekod berapa banyak air yang telah masuk dan keluar dari badan. Itu ialah
pengurusan yang perlu dilakukan untuk jika berlaku serangan sawan.
Pengurusan PIH secara amnya pesakit akan di tahan di wad untuk tempoh 24-48 jam bagi
pemerhatian. Tekanan darahnya akan diambil. Perawat hendaklah sentiasa berada berdekatan
pesakit kerana dikhuatiri berlaku serangan eclampsia jika terdapat proteinuria dalam urin pesakit.
Selagi pesakit masih di wad, setiap pagi pesakit harus menimbang berat badan, mengambil ujian
FBC dan urin. Catatkan segala penyiasatan yang telah dilakukan ke atas pesakit. Pastikan pesakit
mengambil makanan yang bersesuaian dengan penyakitnya. Makanan yang bersesuaian ialah
makanan low salt diet dan tinggi protein. Kita sebagai perawat perlu memastikan pesakit makan
ubatan yang diberikan pada masa mengikut dos yang betul. Ini bertujuan untuk mengawal paras
tekanan darah pesakit agar stabil. Ubatan yang diberikan kepada ibu hamil ialah, tablet
Labetolol 10 mg STAT. Ubat ini merupakan ubat Kalsium Antagonist yang digunakan untuk
meredakan tekanan darah tinggi. Ia akan memberi kesan sampingan seperti pening, loya dan
muntah. Yang kedua ialah pemberian tablet Labetolol 100mg tds. Seterusnya pemberian tablet
Ca. Lactate dan tablet Aspirin sebanyak 75mg bagi mengurangkan kesakitan di abdomen ibu
mengandung.
PIH merupakan penyakit utama yag member risiko kepada ibu dan anak. Ibu dan anak
terdedah kepada beberapa komplikasi yang teruk.
Komplikasi terhadap ibu : Kadangkala boleh membawa kepada kematian atau koma
jika berlaku keadaan eclampsia (tidak boleh bergerak) yang mana disebabkan oleh
pembengkakan dibahagian otak (cerebral oedema). Berlaku stroke jika terdapat pendarahan
dibahagian otak. Pembengkakan hati yang kadangkala membawa kepada kegagalan hati
berfungsi dan HELLP syndrome- Microangiopathic hemolysis, thrombocytopenia(platelet <100)
Komplikasi terhadap bayi :

Berlaku placental abruptio berikutan pengasingan

placenta dari dinding rahim sebelum bersalin yang mana menyebabkan pendarahan faraj dan
pendarahan dalam badan yang mendorong kepada kes kematian dan kecacatan bayi.
Pertumbuhan dalam rahim yang terencat yang mana berikutan pencerutan salur darah yang
membawa oksigen dan nutrisi kepada bayi. Tumbesaran bayi akan terencat menyebabkan berat
badan bayi ringan. Bayi memerlukan bantuan pernafasan dan sokongan incubator selepas

dilahirkan. Kematian dalam rahim (IUD) yang mana disebabkan berlaku plancental abruption,
iaitu masalah plancental tidak mencukupi dan tali pusat yang terhimpit. Kelahiran pramatang
berlaku berikutan kelahiran yang mendadak. Kelahiran elektif iaitu pramatang kadangkala
dilakukan untuk mengelakkan ibu dan bayi mendapat komplikasi. Kadangkala bayi akan
melepaskan najis sebelum sempat dilahirkan, penyedutan najis oleh bayi itu sendiri akan berlaku
menyebabkan kerosakan pada paru-paru.

Rumusan
Pregnancy-Induced Hypertension (PIH) merupakan satu keadaan dimana bacaan tekanan
darah ibu mengandung didapati melebihi paras normal walaupun bacaan sebelum mengandung
adalah normal. Oleh itu, pengawalan dan pendidikan yang sempurna haruslah dijalankan bagi
mengawal tekanan darah tinggi yang dialami ibu mengandung. Ini bagi menjamin keadaan
pesakit dan kandungan supaya tidak terjadinya komplikasi yang tidak diingini berlaku.
Perawatan dan jadual pemantauan ke atas ibu dan kandungan dapat mengurangkan risiko
kematian bagi keadaan ini. Ada orang mengalami masalah tekanan darah tinggi hanya ketika
hamil dan bebas dari hipertensi sebaik sahaja melahirkan.
Penyakit ini dapat dielakkan sekiranya ibu hamil mengambil langkah penjagaan seperti
melakukan pemeriksaan, menjaga permakanan, menjaga kesihatan tubuh badan dan melakukan
senaman ringan. Bagi ibu hamil yang mempunyai sejarah keluarga yang juga menghidap
penyakit darah tinggi, penyakit tersebut dapat dikawal sekiranya ibu hamil tersebut mengambil
ubat seperti yang telah diarahkan. Faktor dalam menjaga pemakanan amat penting bagi ibu hamil
untuk diri serta bayi dalam kandungan supaya bayi sihat serta dapat mengelakkan komplikasi.
Ibu yang tidak menjaga kesihatan dan juga permakanan ketika hamil akan mendapat komplikasi
yang sangat buruk pada diri serta pada anak yang dikandung seperti anak mati dalam kandungan,
anak yang dilahirkan terlalu kecil serta anak yang dilahirkan menjadi lembab.
Oleh itu langkah-langkah awal perlu diambil bagi mengelakan sebarang keadaan yang
tidak di ingini berlaku sebagai contoh dapatkan pemeriksaan antenatal di klinik sebaik sahaja
anda hamil, selain itu, Pastikan anda menghadiri temujanji yang ditetapkan. Jika anda salah
seorang dari kumpulan berisiko tinggi, anda dinasihatkan supaya menjalani pemeriksaan lebih
awal dan Laporkan ke klinik dengan segera atau pergi ke hospital apabila anda mempunyai
tanda-tanda amaran ini. Jangan tunggu temujanji yang ditetapkan. Seterusnya Selalu membawa
rekod kesihatan ibu mengandung (kad antenatal) semasa pergi ke klinik supaya sebarang
perkembangan dan keadaan anda akan direkod dan diawasi. Selain itu, Menilai aktiviti bayi anda
setiap hari. Lengkapkan carta pergerakan bayi seperti yang dinasihatkan oleh doktor atau
jururawat dan Pastikan anda mendapat rehat dan tidur yang mencukupi (6-8 jam sehari).
Rumusan yang dapat saya buat di sini ialah, saya lebih mengetahui dengan lebih jelas perawatan
yang perlu diberi, jenis ubatan dan sebagainya bagi kes ini. Saya dapat melihat kes dengan lebih

jelas dengan melakukan rawatan ini mengikut turutan. Sesungguhnya penempatan di Klinik
Kesihatan Ibu dan Anak selama dua minggu ini mengajar saya tentang banyak perkara.

Rujukan
1. Monica Muti, Mufuta Tshimanga, Gombe T. Nation, Donewell Bangure and Prosper
Chonzi, Research Article BMC Cardiovascular Disorders : Prevalence of pregnancy
induced hypertension and pregnancy outcomes among women seeking maternity
services. (2015) 15:111. DOI 10.1186/s12872-015-0110-5
2. Aleem Arshad. Waseem Pasha et al, Impact of Pregnancy Induced Hypertension on Birth
Weight of Newborn at Term, Journal of Rawalpindi Medical College (JRMC);
2011;15(2):113-115
3. Oyeyemi A. O and Asaolu M.F, Reproductive Hormones and Pregnancy Induced
hypertension Cases in Nigerian Women, Journal of Environmental Science, Toxicology
and Food Technology (IOSR-JESTFT) Volume 9, Issue 3 Ver.1 (Mar 2015).
4. Daisy Jane Antipuesto, Pregnancy Induce Hypertension Case Study, March 8, 2010.
5. Nazli R, Jan MR, Shah J., Changes in lipoprotein concentration in primiparous women
with pregnancy iduced hypertension. Pak J Med Res. 2009;48:83-87.
6. Naz F, Iqbal A, Niaz N. Management and Perinatal Consequences of Pregnancy Induce
Hypertension. Mother & Child 1999;37:38-102
7. Peters RM, Flack JM. Hypertensive disorders of pregnancy. J Obstet Gynecol Neonatal
Nurs. 2014;33:209-20

You might also like