You are on page 1of 11

PENGENALAN Darah, merupakan sejenis tisu perantara yang berperanan sebagai penghubung di antara tubuh badan kita dengan

dunia luar.Darah adalah sangat penting bagi kita dalam kita menjalani kehidupan seharian.Darah sangat penting, kerana ianya mempunyai peranan seperti ; 1. Pengangkutan Darah mempunyai struktur yang membolehkannya mengangkut gas seperti oksigen, karbon dioksida, dan nitrogen ke seluruh tubuh badan kita.Selain daripada gas, darah juga membolehkan proses penyingkiran bahan-bahan kumuh seperti urea, keratinin dan asid urik (terhasil daripada metabolisma protein). Darah juga akan bertindak sebagai sistem pengangkutan hormon-hormon.

2. Antibodi Darah mengandungi pelbagai bahan sistem imunisasi bertujuan mempertahankan badan dari jangkitan kuman, dan mempunyai faktor pembeku (menghalang benda-benda asing masuk semasa luka)

Darah setiap orang adalah salah satu daripada empat jenis kumpulan darah: A, B, AB, atau O. Ianya ditentukan oleh jenis antigen (sejenis protein yang menyebabkan tindak balas daripada sistem imun) pada sel darah.Faktor Rh adalah sejenis protein pada permukaan sel darah merah. Selalunya mereka yang mempunyai faktor Rh dikenali sebagai Rh-positif. Mereka yang tidak mempunyai faktor Rh dikenali sebagai Rh-negatif. Golongan Rh-negatif ini merupakan golongan yang selalunya berisiko tinggi semasa proses kelahiran. Hasil kajian mendapati hampir 90% perempuan di Malaysia memiliki Rh positif, manakala hanya 2% dikesan memiliki Rh negatif.

DEFINISI-PERSPEKTIF YANG BERBEZA (PENCARIAN LITERATUR)

Prof Madya Dr Shah Reza Johan Noor Faktor rhesus merujuk protein khusus yang ditemui pada permukaan sel darah merah.Jika darah anda memiliki protein, anda dikategorikan sebagai Rh positif - iaitu faktor rhesus yang sangat biasa ditemui dan jika permukaan darah kurang protein, anda dikategorikan sebagai Rh negatif. Walaupun faktor Rh tidak mengganggu kesihatan, ia menjejaskan kehamilan. -Pakar Runding Perbidanan dan Sakit Puan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan Prof Madya Dr Shah Reza Johan Noor

Liz Marshall Faktor Rh adalah antigen yang terdapat pada sel darah merah manusia. Faktor Rh, seperti jenis-jenis darah A, B, dan O, diwarisi daripada ibu bapa. Ujian darah yang ringkas boleh menentukan jenis darah, termasuklah kehadiran faktor Rh pada sel darah merah tersebut.Kesihatan diri sendiri seseorang tidak terjejas oleh kehadiran atau ketiadaan faktor Rh. - Liz Marshall "Rh factor". Encyclopedia of Nursing and Allied Health.FindArticles.com.

Karen L. Rice Faktor Rh, adalah sejenis protein dan memainkan peranan yang kritikal dalam proses kehamilan. Jika seorang wanita negatif Rh hamil dengan janin yang Rh positif, badannya akan menghasilkanantibodi yang mana antibodi ini akan melawan darah janin. - Karen L. Rice, M.A. "Rh Factor". Encyclopedia of Childhood and Adolescence.FindArticles.com.

APA YANG AKAN BERLAKU JIKA SAYA ADALAH RH-NEGATIF?? (PENYATAAN MASALAH)

Jika seseorang itu adalah Rh-negatif, terdapat kemungkinan seseorang itu boleh melahirkan seorang bayi yang mempunyai antibodi Rh-positif. Jika sejumlah kecil darah bayi ini bercampur dengan darah ibunya yang merupakan Rh-negatif, yang mana sering kali berlaku, badan si ibu akan bertindak balas seolah-olah ia alah kepada bayi tersebut. Badan si ibu boleh membuat antibodi kepada antigen Rh dalam darah bayi.Ini bermakna si ibu telah menjadi sensitif dan antibodi si ibu boleh menyeberangi plasenta dan menyerang darah bayi.Mereka memecahkan sel darah merah janin dan menghasilkan anemia (darah mempunyai bilangan sel darah merah yang rendah).Keadaan ini lebih dikenali sebagai penyakit hemolitik atau anemia hemolitik.Ia boleh menjadi sangat teruk sehingga boleh menyebabkan penyakit yang serius, kerosakan otak, malah boleh menyebabkan kematian janin atau bayi yang baru lahir.

CONTOH KES -Pengenalan diri : Ibu bernama Elnora Arsad, berbangsa Suluk, lahir pada tahun 1981 dan berusia 30 tahun. Mempunyai darah jenis B dan didapati berada dalam golongan Rh-negatif. -Sejarah kelahiran :Tarikh kelahiran terakhir adalah pada 4 Ogos 1990. Gradient 03 Para 02.Tiada sejarah kelahiran abnormal. Melahirkan kesemuannya anaknya melalui kaedah yang normal. -Maklumat pemeriksaan terkini : Tarikh pemeriksaan terakhir adalah pada 25 Julai 2011.Albumin : Negatif / Gula : Negatif / Hb : 11.1 gm% / Berat : 54.7 / Tekanan darah : 110/60 / Tempoh hamil : 14/52 . Ibu mengadu sakit kepala, pening& gastrik. -Tindakan : Ibu tersebut dirujuk kepada doktor kerana tergolong di dalam kumpulan Rh-negatif dan kerana aduan di atas agar pemeriksaan dan tindakan selanjutnya dijalankan.

PROSEDUR YANG BERKAITAN

1. Ujian Darah (Blood Test) Antara prosedur yang berkait rapat dengan dengan kes faktor Rh adalah prosedur ujian darah atau lebih dikenali sebagai blood test.Ujian darah adalah analisis makmal yang dilakukan ke atas sampel darah yang biasanya diekstrak daripada vena di lengan dengan menggunakan jarum.Dalam kes ini,ujian darah dilakukan bagi menentukan kehadiran antigen pada darah seseorang ibu.

2. Fetalskop Fetalskop biasanya dilakukan kepada ibu semasa ibu mendapatkan rawatan di klinik kesihatan ibu dan anak. Kebiasaanya ia dilakukan semasa prosedur pemeriksaan fizikal dijalankan. Fetalskop dilakukan untuk mengesan kehadiran degupan jantung bayi, sekaligus memastikan janin atau bayi masih hidup dan berada dalam keadaan yang normal.

RAWATAN

Jika seseorang itu sudah mempunyai antibodi bagi faktor Rh, doktor akanmemantau ibu dan bayi ibu. Jika bayi tersebut tergolong dalam kelompok Rh negatif, rawatan tidak diperlukan. Jika bayi tersebut merupakan Rh positif, doktor akanmenjalankan ujian untuk memantau status bayi tersebut. Semakan darah ibuuntuk menilai tahap antibodi di dalam tubuh badan ibu akan dilakukan . Semakan cecair amnion pada bayi juga dilakukan bagi mengesan sebarang pemecahan sel darah merah bayi.Jika perlu, bayi boleh diberi transfusi darah melalui tali pusat semasa mengandung atau sebaik sahaja selepas bersalin.Terdapat beberapa situasi yang boleh menyebabkan bayi dilahirkan awal, terutama sekali apabila bayi menunjukkan tanda-tanda yang bahaya. Dalam kes-kes yang tertentu, pemindahan kontrasepsi turut dijalankan..

LANGKAH PENCEGAHAN

Ketidakserasian faktor Rh boleh dicegah melalui suntikan RhoGAM.Kerana darah bayi tidak biasanya bercampur dengan ibu sehingga lahir, kehamilan pertama biasanya tidak mendatangkan risiko besar kepada bayi. Semasa kelahiran, sedikit darah bayi akan bercampur dengan darah ibu. Suntikan RhoGAM harus diberikan dalam tempoh 72 jam semasa kelahiran. Suntikan ini akanmemberhentikan penghasilan antibodi terhadap faktor Rh. Terdapat sedikit risiko pengoyakan plasenta pada peringkat akhir kehamilan, menyebabkan suntikan RhoGAM turut diberikan pada minggu ke 28 semasa kehamilan.Jika jenis darah bayi adalah Rh negatif, pemberian suntikan RhoGAM adalah tidak perlu. Suntikan RhoGAM adalah sejenis suntikan yang memberikanimuniti dalam bentuk sementara.Oleh itu, suntikan ini perlu diberikan kepada ibu selepas setiap kelahiran, keguguran atau pengguguran. National Institute for Health & Clinical Experience (NHS atau NICE) yang berpengkalan di United Kingdom telah menggariskan ibu mengandung yang berfaktor Rh negatif hendaklah diberi suntikan pencegahan rutin sebelum beranak. Di Malaysia, Rh negatif dikategorikan sebagai salah satu faktor risiko bagi ibu yang sedang mengandung. Catatan dan pengkodanakan dibuat agar pemantauan berterusan dapat dilakukan dan tindakan awal dapat diambil.

PERBINCANGAN

1. Adakah pengambilan suntikan RhoGAM akan mendatangkan sebarang kesan sampingan pada bayi contohnya : terencat akal, autism, hipersensitiviti? - RhoGam atau pun Rho(D) Immune Globulin (Anti-D Immunoglobulin) kebiasaannya akan diberikan kepada ibu mengandung yang darahnya tidak mempunyai faktor rhesus (rhesus-negative mother) dan juga dalam rawatan penyakit idiopathic thrombocytopenic purpura. Mengikut kajian yang telah dijalankan, British National Formulary 59 (BNF) versi Mac 2010 tidak menyatakan mana-mana kesan sampingan hasil daripada suntikan RhoGam.Kajian membuat kesimpulan bahawa kesan sampingan RhoGam mungkin wujud, namun puncanya bukanlah RhoGam tetapi bahan pengawetnya Thimerosal, daripada merkuri. Thimerosal juga digunakan untuk mengawet vaksin, antibiotik & immunoglobulin yang lain dan thimerosal memang terbukti mempunyai kesan sampingan kepada bayi dalam kandungan. Walaubagaimanapun, hari ini telah wujud RhoGam yang tidak menggunakan Thimerosal sebagai bahan pengawet.Orang awam berhak bertanyakan tentang kandungan Thimerosal kepada doktor yang terlibat sebelum menerima suntikan.Orang awam juga berhak untuk menerima atau tidak menerima suntikan RhoGam sebelum melahirkan anak.

2. Bagaimana Rhogam bertindak ? - Secara ringkasnya, sistem pertahanan badan kita akan bertindak-balas dengan mana-mana musuh seperti bakteria, virus dan protein asing, salah satu caranya adalah dengan menghasilkan antibodi yang akan menyerang musuh-musuh tersebut. Hal yang sama berlaku apabila seorang ibu mengandung yang darahnya faktor rhesus negatif, tambahan pula berkahwin dengan suami yang berfaktor rhesus positif, maka kemungkinan besar bayi dalam kandungan si ibu ini berfaktor rhesus positif. Sistem pertahanan badan si ibu ini akan mengesan kehadiran faktor rhesus daripada si bayi di dalam kandungannya dan menganggap faktor rhesus tersebut sebagai protein asing lalu menghasilkan antibodi yang akan menyerang faktor rhesus tersebut. Namun demikian, antibodi ini secara tidak lansung akan turut memusnahkan sel darah merah bayi dalam kandungan si ibu tersebut.Apabila antibodi si ibu yang menyerang faktor rhesus tersebut mencapai satu tahap tertentu, ia boleh membunuh si bayi kerana terlalu banyak sel darah merah yang musnah.Rhogam akan memusnahkan faktor rhesus daripada bayi dalam kandungan di dalam badan ibu dan secara tidak lansung akan mengelakkan sistem pertahanan badan si ibu daripada menghasilkan antibodi tersebut, maka bayi tidak akan "diserang mati oleh si ibu."

RUMUSAN Faktor Rh adalah sejenis protein yang terdapat pada permukaan sel darah merah.Jika seseorang itu adalah Rh-negatif, terdapat kemungkinan seseorang itu boleh melahirkan seorang bayi yang mempunyai antibodi Rh-positif. Jika sejumlah kecil darah bayi ini bercampur dengan darah ibunya yang merupakan Rh-negatif, yang mana sering kali berlaku, badan si ibu akan bertindak balas seolah-olah ia alah kepada bayi tersebut. Ketidakserasian faktor Rh boleh dicegah melalui suntikan RhoGAM.Rhogam akan memusnahkan faktor rhesus daripada bayi dalam kandungan di dalam badan ibu dan secara tidak lansung akan mengelakkan sistem pertahanan badan si ibu daripada menghasilkan antibodi.Jika seseorang itu sudah mempunyai antibodi bagi faktor Rh,doktor akan memantau ibu dan bayi ibu. Jika bayi tersebut tergolong dalam kelompok Rh negatif, rawatan tidak diperlukan. Jika bayi tersebut merupakan Rh positif, doktor akan menjalankan ujian untuk memantau status bayi tersebut.Jika perlu, bayi boleh diberi transfusi darah melalui tali pusat semasa mengandung atau sebaik sahaja selepas bersalin.

RUJUKAN 1. Avent ND, Reid ME (2000). "The Rh blood group system: a review". 2. Scott ML (2004). "The complexities of the Rh system". 3. Landsteiner K, Wiener AS (1940). "An agglutinable factor in human blood recognized by immune sera for rhesus blood". 4. Johnson &Robert V (2008) Mayo Clinic Complete Book of Pregnancy & Babys First Year 5. James R & Ed Scoot (2009) Danforths Obstetrics and Gynecology Ninth Edition. 6. Anne Waugh & Allison Grant (2008) Anatomy and Physiology in Health and Illness.

10

LAMPIRAN

11

You might also like