You are on page 1of 6

Anemia Semasa Mengandung

PENGENALAN

Anemia ketika mengandung terjadi apabila seseorang wanita itu


mempunyai paras hemoglobin yang rendah semasa mengandung.
Anemia berlaku apabila jumlah sel-sel darah merah di dalam darah
berkurangan dari biasa. Sebagai seorang wanita mengandung, adalah
penting untuk mendapatkan ujian darah bagi menentukan paras
haemoglobin semasa lawatan pertama pemeriksaan kandungan
(lawatan antenatal). Walaupun tidak mengalami masalah anemia pada
lawatan pertama, seseorang itu masih berpotensi untuk mengalami
keadaan ini dalam tempoh kehamilan tersebut. Kebanyakkan Anemia
yang berlaku semasa mengandung adalah berkaitan dengan
kekurangan ferum dan juga asid folik. Dalam kebanyakan kes, perkaraperkara berikut boleh menyebabkan masalah Anemia :
Kurang pengambilan ferum dan asid folik di dalam diet harian.
Mengalami kehilangan darah yang berpunca dari pendarahan
gastrousus, buasir, ataupun darah haid yang terlalu banyak.
Proses pencernaan mungkin mengalami sedikit perubahan semasa
hamil di mana ini akan menyebabkan berlakunya Anemia.
Walaupun jumlah pengambilan ferum dan juga asid folik mencukupi.
Ini kerana sebahagian daripada ferum dan juga asid folik itu diagihkan
kepada janin dalam kandungan.
Talasemia - sejenis penyakit darah keturunan yang banyak berlaku di
kawasan Asia, Mediterranean dan juga Afrika.

PENYATAAN MASALAH

Anemia merupakan kekurangan ferum yang ringan dan tidak


mendatangkan masalah terutamanya kepada bayi. Masalah yang serius
hanya akan berlaku apabila keadaan Anemia tersebut menjadi lebih
teruk.
Kajian menunjukkan bahawa keadaan Anemia yang teruk boleh
menyebabkan kelahiran pramatang, mengurangkan bekalan oksigen
kepada bayi dan juga menyebabkan tumbesaran bayi terbantut.
Ia boleh meningkatkan tekanan darah tinggi atau Praeklampsia di

kalangan ibu. Praeklampsia merupakan satu keadaan di mana tekanan


darah meningkat semasa mengandung dan boleh mendatangkan
komplikasi yang buruk kepada ibu dan juga janin sekiranya tidak
dirawat serta lebih mudah untuk mendapat jangkitan semasa
mengandung dan selepas bersalin.

KAJIAN LITERATURE
Menurut definisi World Health Organization , Anemia semasa
mengandung ialah keadaan di mana bacaan kandungan hemoglobin
kurang daripada 11g/dL, manakala anemia kekurangan iron semasa
mengandung ialah satu keadaan di mana bacaan hemoglobin kurang
daripada 11g/dL semasa mengandung yang disebabkan oleh
kekurangan bekalan iron (artikel Brady PG Iron deficiency anemia).
Menurut takrifan World Health Organization terhadap anemia semasa
mengandung, hampir 50% daripada wanita yang mengandung akan
mengidapi Anemia sekiranya mereka tidak mengambil ubat hematinik
(Oxford handbook of clinical specialties) .
Kajian menunjukkan bagi wanita mengandung yang mempunyai
masalah Anemia kekurangan iron ,pengambilan iron tambahan dalam
seharian boleh mengelakkan daripada melahirkan bayi yang tidak
cukup berat. Pengambilan iron tambahan boleh juga mengurangkan
kadar bayi dilahirkan sebelum tempoh matang iaitu preterm labour
(artikel Impact of Anemia prophylaxis in pregnancy on maternal and
fetus/Medline).
Menurut buku (Oxford handbook of clinical specialties) bahagian
obstetrics, seorang wanita yang mengandung akan mula mengalami
keadaan anemia bermula minggu ke 20 dia mengandung .
Anemia semasa mengandung ialah seorang wanita yang mempunyai
kandungan hemoglobin yang rendah semasa mengandung (Ismail Taqib
dalam artikel Anemia semasa mengandung).

PENEMUAN

Pada tarikh 30 Mei 2011, saya dan rakan saya bertugas di Klinik ibu dan
anak di daerah Pendang. Kami setiap orang bergilir-gilir bertugas di
bahagian yang berlainan. Pada hari tersebut, saya bertugas di bahagian
pemeriksaan antenatal yang melakukan pemeriksaan kandungan,
memeriksa denyutan jantung janin, memberi pendidikan kesihatan dan
memberi ubat hematinik. Seorang wanita mengandung yang
berketurunan Siam berasal dari kawasan Kampung Tanah Merah. Dia
berusia 21 tahun dan didapati menghidapi Iron deficiency Anemia,
selepas menjalani ujian Full blood count dan ujian serum ferritin yang
diarahkan oleh doktor. Pesakit yang sedang mengandung kandungan
yang berusia 22 minggu dengan bacaan hemoglobin 9.1g/dL dan bacaan
tekanan darah ialah 120/84 mmHg. Ini merupakan kali pertama pesakit
mengandung dan dia mengatakan dia tidak pernah mengidap masalah
Anemia atau sebarang penyakit sebelum ini.

PERBINCANGAN

Menurut data yang terdapat di Klinik ibu dan anak di daerah Pendang,
didapati peratusan penghidap Anemia semasa mengandung yang
mempunyai bacaan hemoglobin dari 9-11g/dL ialah sebanyak 30.3%
manakala bacaan kurang dari 9g/dL ialah 3.1% dan 66.6% yang lain
ialah wanita mengandung yang mempunyai bacaan hemoglobin yang
melebihi 11g/dL dan perkara ini jelas disokong berdasarkan kajian
literature (World Health Organization dalam artikel Brady PG Iron
deficiency Anemia). Oleh itu, statistik menunjukkan 33.4% wanita
mengandung di dearah Pendang yang menghidapi Anemia semasa
mengandung . Pemeriksaan antenatal secara berjadual dijalankan demi
mengesan penyakit ini pada peringkat awal dan melakukan pencegahan
dengan menggalakkan wanita mengandung mengambil ubat hematinik
dan perkara ini jelas disokong berdasarkan kajian literature (World
Health Organization dalam Oxford handbook of clinical specialties).

Selain itu, peratusan kaum yang menghidapi Anemia semasa


mengandung dalam daerah Pendang adalah 56.3% dan daripada
penghidap Anemia semasa mengandung ialah kaum Melayu, 20.2%,
kaum Cina, 10.78%, kaum India 9.6%, manakala 15.72% ialah kaum
yang lain. Perkara ini jelas terbukti bahawa penghidap Anemia semasa
megandung adalah tinggi di dalam daerah Pendang. Anemia terjadi
disebabkan oleh sel darah merah yang berperanan untuk mengagihkan
oksigen ke seluruh badan. Komponen darah yang memainkan peranan
utama dalam hal ini dikenali sebagai hemoglobin. Ia membawa oksigen
ke seluruh tisu-tisu badan. Hemoglobin terdiri daripada protein dan
juga ferum (zat besi). Ferum ini adalah penting untuk mengekalkan
paras hemoglobin dan perkara ini jelas disokong berdasarkan kajian
literature (Ismail Taqib dalam artikel Anemia semasa mengandung)

Bagi meningkatkan tahap hemoglobin wanita mengandung yang


menghidapi Anemia, mereka perlu diberi makanan tambahan iaitu
vitamin B complex, vitamin C, asid folik dan ferrous fumarate. Selain
itu, pendidikan kesihatan juga diberikan kepada wanita mengandung
yang menghidapi Anemia mengenai pengambilan makanan yang tinggi
zat besi dan vitamin C, contohnya daging, hati haiwan, sayur-sayuran
dan buah-buahan. Penyebaran maklumat tentang Anemia semasa
mengandung melalui media masa elektronik, melalui laman web
kesihatan, iklan di majalah dan surat khabar serta cetak risalah
berkaitan dengan Anemia semasa mengandung untuk diberikan kepada
ibu mengandung. Selain itu, mengadakan ceramah atau sesi pendidikan
kesihatan bagi wanita-wanita mengandung supaya mereka memahami
kesan buruk Anemia semasa mengandung terhadap tubuh badan dan
perkembangan fetus, supaya mereka mengambil berat akan kesihatan
mereka semasa mengandung dan perkara ini jelas disokong
berdasarkan kajian literature dalam artikel (Impact of Anemia
prophylaxis in pregnancy on maternal and fetus/Medline).

PENYELESAIAN

Di dalam kes anemia, rawatan yang selalu diberi adalah tambahan asid
folik dan ferum. Ferum tambahan perlu diambil 1 jam sebelum makan
atau waktu di antara 2 waktu makan utama untuk penyerapan yang
lebih baik atau pun dua kali sehari. Walau bagaimanapun, terlalu kerap
mengambil ferum boleh menyebabkan sembelit. Jadi, untuk
mengelakkan masalah sembelit, ambil lebih banyak serat dan lebihkan
meminum cecair.
Rawatan mungkin melibatkan pengambilan diet yang kaya dengan
ferum, asid folik dan juga vitamin. Rehat yang cukup adalah penting.
Asid folik adalah sejenis vitamin yang boleh didapati di dalam banyak
jenis makanan dan multivitamin tambahan. Asid folik adalah penting
untuk mengelak kejadian anemia dan kecacatan kelahiran. Makanan
yang kaya dengan asid folik termasuklah sayuran berdaun hijau, jus
dan buah-buahan sitrus dan juga kekacang. Pengambilan multivitamin
tambahan juga adalah perlu.

RUMUSAN
Sekiranya masalah ini dikesan awal dan dirawat dengan sempurna,
prognosis untuk pesakit dan anak dalam kandungan adalah baik.
Dengan kata lain keselamatan pesakit dan janin adalah terpelihara.
Semasa hamil, tubuh ibu akan sentiasa mempastikan yang bayi di
dalam kandungan akan mendapat bekalan ferum yang cukup
berbanding dengan ibu itu sendiri. Oleh itu keperluan untuk bayi
sentiasa ada.
Anemia biasanya mudah dirawat dengan pengambilan ferum dan juga
asid folik tambahan yang cukup. Tetapi sekiranya keadaan anemia itu
dibiarkan tidak dirawat, kesan buruk akan timbul pada ibu dan juga
bayi dalam kandungan dan juga untuk kehamilan-kehamilan yang
mendatang.
Demi kesihatan ibu mengandung dan fetus dalam kandungan, ibu
mengandung harus mengambil penyakit ini sebagai suatu perkara yang
penting dan berusaha untuk mengubatinya dengan mematuhi arahan
doktor seperti menjaga pemakanan. Bagi melahirkan bayi yang sihat
dan sempurna, pengamal perubatan dan ibu harus saling bekerjasama

untuk menyelesaikan masalah ini .

RUJUKAN

1. Madan N, Agarwal N, Sikka M, Sood S. Effect of maternal iron


deficiency anemia on fetal outcome.[Medline]
2. Garn SM, Ridella SA, Tetzold AS, Falkner F. Maternal hematological
levels and pregnancy outcomes.[Medline]
3. Brady PG (2007). Iron deficiency anemia. SouthAus.
4. Singla PN , Dash D, Shankar R. Fetal growth in maternal anemia.
5. World Health Organization , health topic 2010.
6. Artikel hemoglobin science facts dari www.austincc.edu.
7. Artikel Anemia semasa kelahiran oleh Ismail Taqib .
8. Kajian Anaemia in pregnancya cross-sectional study in Singapore
9. Laporan kajian Anemia in pregnancy in Malaysia oleh Haniff J, Das A,
Onn LT, Sun CW, Nordin NM, Rampal S, Bahrin S, Ganeslingam M,
Kularatnam KI, Zaher ZM. Kementerian Kesihatan Malaysia , Pusat
Perubatan Universiti Malaya , Hospital kuala Lumpur

You might also like