You are on page 1of 2

Masalah Obesiti Di Malaysia

Masalah obesiti merupakan keadaan kesihatan yang merunsingkan berikutan ia boleh menyebabkan
pelbagai komplikasi kesihatan yang mempengaruhi kualiti hidup individu. Malaysia merupakan
negara pada kedudukan tertinggi di Asia dalam konteks individu yang mempunyai masalah obesiti
dan berat badan berlebihan. Perkara ini bukan sahaja akan mempengaruhi hidup individu yang
didiagnosis, malahan negara secara menyeluruh kerana terpaksa membelanjakan sejumlah wang ke
arah rawatan penyakit kronik ini. Baca artikel ini untuk tahu dengan lebih lanjut.

Menurut Kaji Selidik Morbiditi dan Kesihatan Negara (NHMS) Malaysia, data terbaru yang telah
direkodkan oleh NHMS pada tahun 2015 menunjukkan peningkatan berbanding dengan data NHMS
pada tahun 2011. Populasi obes di Malaysia berada pada kadar 44.7% daripada jumlah populasi
umum.

Walaupun jumlah kes obesiti dalam kalangan kanak-kanak tidak teruk berbanding dengan orang
dewasa, Malaysia masih menduduki carta 3 teratas bagi negara dengan jumlah tertinggi kanak-kanak
terobes di Asia. Menurut Kaji Selidik Nutrisi Kanak-kanak Malaysia yang dijalankan pada tahun 2013,
kanak-kanak yang berusia di antara 6 bulan hingga 12 tahun mempunyai kadar obesiti setinggi 11.8%.

Ini merupakan satu statistik yang membimbangkan berikutan permasalahan obesiti pada usia muda
boleh meningkatkan risiko komplikasi seperti hipertensi dan penyakit jantung seterusnya kematian
pramatang. Jika masalah ini tidak dibendung, menjelang tahun 2030, jumlah kanak-kanak yang
mempunyai masalah obesiti akan mencecah 250 juta kes dengan negara China mempelopori di
tangga teratas.

Mungkin punca kepada masalah obesiti buat sesetengah individu kelihatan jelas namun obesiti boleh
dipengaruhi oleh faktor genetik dan persekitaran. Menurut Alex Teo, Pengarah Perhubungan Saintifik
dan Perkembangan Kajian Asia Pasifik di Herbalife Nutrition, secara amnya, masalah obesiti
kebiasaannya disebabkan oleh tabiat pengambilan makanan yang banyak dan kurang bergerak.
Faktor seperti pemakanan, aktiviti fizikal, keadaan kesihatan dan kesan sampingan ubat merupakan
antara punca utama mengapa seseorang itu mendapat obesiti.

Ketidakseimbangan nutrisi makro merupakan salah satu punca mengapa masalah berat badan
berlebihan menjadi semakin serius. Pengambilan makanan melebihi saranan jumlah kalori harian di
samping jumlah karbohidrat dan makanan berlemak yang tinggi menyebabkan peningkatan pada
kebarangkalian untuk mendapat masalah obesiti, hipertensi dan kencing manis.
Kebanyakan (jika bukan semua) makanan berproses mempunyai kandungan gula, garam dan
lemak yang tinggi. Kesan makanan segera adalah lebih jelas pada golongan kanak-kanak dan remaja
berbanding dewasa memandangkan kebanyakan makanan segera disasarkan kepada golongan
tersebut. Kajian menunjukkan bahawa makanan segera mempunyai kandungan kalori 55% lebih
daripada makanan yang dimasak di rumah

Walaupun kajian menunjukkan pengambilan minuman beralkohol secara sederhana tidak


menjejaskan kesihatan namun jika diambil secara berlebihan, ia boleh menyebabkan masalah obesiti
dan penyakit kronik yang lain berikutan kandungan kalorinya yang tinggi. Jika dilihat pada statistik
kajian, mereka yang sering mengambil alkohol pada jumlah yang banyak kebiasaannya mempunyai
masalah berat badan berlebihan

Tabiat ini juga boleh menyebabkan peningkatan jumlah lemak badan. Ia merupakan salah
satu punca utama berkaitan dengan peningkatan jumlah obesiti dalam kalangan remaja. Menurut
kajian yang telah dijalankan oleh Universiti Malaya pada tahun 2016, purata jumlah pengambilan air
bergula dalam kalangan remaja di Malaysia adalah lebih rendah berbanding dengan negara Australia
dan Eropah. Namun, melihat kepada peningkatan jumlah obesiti dalam kalangan remaja di Malaysia,
berkemungkinan jumlah pengambilan air manis tersebut lebih rendah berbanding dengan nilai
sebenar

Tabiat keluar makan di kedai-kedai luar juga boleh meningkatkan risiko obesiti berbanding
dengan memasak sendiri di rumah. Kebanyakan makanan yang dijual di kedai-kedai mempunyai
kandungan gula dan lemak yang tinggi. Anda juga pasti tertarik dengan senarai hidangan pencuci
mulut yang disediakan di dalam menu kedai menyebabkan pengambilan kalori berlebihan, tanpa
disedari

You might also like