You are on page 1of 3

MALAYSIA NEGARA PALING OBES DI ASIA TENGGARA!!

😱😱😱

Obesiti adalah penyakit yang melanda banyak negara di dunia, terutama negara maju
dan makmur. Malaysia tidak terkecuali dalam masalah ini, malah dari segi statistik,
negara kita antara negara tertinggi di dunia yang dihuni oleh manusia obes, iaitu di
tangga keenam di Asia-Pasifik dan juara di antara negara-negara Asia Tenggara
(ASEAN) yang mempunyai penduduk paling ramai obes dan menghidap kencing
manis.
sebab utama masalah ini berlaku adalah kerana pengambilan makanan yang terlalu
berlebihan. Ia turut diburukkan lagi oleh kecenderungan kepada makanan manis
sejak usia muda lagi. Ini turut meramalkan jumlah rakyat Malaysia yang gemuk
melampau akan terus meningkat jika tiada usaha bersungguh-sungguh dilakukan
masyarakat untuk mengurangkan berat badan dan mengamalkan gaya hidup sihat.

Masalah obesiti di Malaysia merupakan satu penyakit yang membahayakan kesihatan


seseorang dan kini semakin meningkat yang menjadikan negara kita berada di kedudukan
tertinggi di rantau asia pasifik yang mempunyai masalah ini.
Penghidap obesiti di Malaysia begitu besar jumlahnya setanding dengan Amerika
Syarikat. Puncanya ialah masyarakat khususnya ibu bapa yang bekerja cenderung
memilih makanan segera sebagai sajian ruji untuk anak-anak kerana mudah dan cepat.
Anda boleh bayangkan, faktor-faktor di atas yang menyumbang kepada masalah obesiti
boleh mengundang pelbagai kesan dan risiko seperti penyakit kanser, pereputan tulang,
serangan jantung dan diabetes.
Kaji Selidik Kesihatan dan Morbiditi Nasional (NHSM) 2011 yang dikeluarkan
Kementerian Kesihatan pada tahun sebelumnya menunjukkan satu daripada lima orang
dewasa di Malaysia menghidap diabetes.
Statistik itu telah meletakkan Malaysia di tangga ke-10 dunia dengan jumlah penghidap
diabetes seramai 3 juta orang, jauh lebih tinggi daripada jangkaan Pertubuhan Kesihatan
Sedunia (WHO) menjelang 2025 iaitu hanya kira-kira 800,000 orang.
Sementara itu, Majlis Pencegahan Obesiti pula menjangkakan Malaysia akan menjadi
negara pertama di Asia Tenggara dengan pesakit kencing manis teramai pada 2017 dan
tempat keenam di Asia Pasifik dari segi obesiti.
Melihat pendedahan angka tersebut, tidak hairanlah hospital-hospital kerajaan mahupun
swasta ketika ini dikunjungi ramai orang dan ada ketika sesak seperti di pusat beli-belah,
yang sebahagian besarnya sakit yang berpunca dari pemakanan yang salah.
Presiden Persatuan Kajian Obesiti Malaysia Prof Dr Mohd Ismail Noor berkata situasi
masa kini menunjukkan bahawa langkah perlu dimulakan segera kerana terdapat juga
kanak-kanak yang mengalami masalah berat badan.
“Mereka tidak menyedari bahawa ia (obesiti) adalah penyakit. Jadi, tiada siapa peduli dan
berfikir bahawa gemuk itu memuaskan. Apabila kita menganggapnya sebagai satu
penyakit, ia akan menyedarkan orang ramai,” katanya.
Terdapat kira-kira tiga juta rakyat Malaysia yang mengalami lebihan berat badan dan
bilangannya semakin meningkat dalam situasi di mana kira-kira lima juta individu
menderita mengalami pelbagai peringkat penyakit kencing manis.
Sesetengah ibu bapa menganggap mempunyai anak-anak yang montel adalah gambaran
bahawa mereka dijaga dan diberi makan yang secukupnya tetapi mereka tidak sedar
bahawa kanak-kanak itu mungkin berlebihan berat badan semasa akil baligh dan ini akan
berterusan sepanjang hayat mereka.
Semua pihak yang berkepentingan perlu memberi perhatian yang mencukupi ke arah
mencegah masalah obesity serta pelan tindakan. yang sistematik perlu dibuat ke arah
membanteras masalah ini.

Statistik menunjukkan bahawa Malaysia di tangga kesepuluh dunia dengan jumlah


penghidap diabetes 3 juta orang, jauh lebih tinggi daripada jangkaan Pertubuhan
Kesihatan Sedunia (WHO) menjelang 2025 iaitu hanya kira-kira 800,000 orang.

Berdasarkan statistik yang diperoleh melalui Kajian Kesihatan dan Morbiditi


Nasional (NHSM) 2011 yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan pada tahun
sebelumnya menunjukkan satu daripada lima orang dewasa di Malaysia menghidap
diabetes.

Statistik itu telah meletakkan Malaysia di tangga ke-10 dunia dengan jumlah penghidap
diabetes seramai 3 juta orang, jauh lebih tinggi daripada jangkaan Pertubuhan Kesihatan
Sedunia (WHO) menjelang 2025 iaitu hanya kira-kira 800,000 orang.

Sementara itu, Majlis Pencegahan Obesiti pula menjangkakan Malaysia akan menjadi
negara pertama di Asia Tenggara dengan pesakit kencing manis teramai pada 2017 dan
tempat keenam di Asia Pasifik dari segi obesiti.
Terdapat beberapa punca mengapa obesiti meningkat secara mendadak pada
zaman sekarang. Salah satunya adalah pengambilan makanan berlebihan terutama
makanan manis.

Makanan yang tinggi kandungan gula dan berkarbohidrat akan meningkatkan paras
gula dan hormon insulin di dalam darah. Sekiranya lebih banyak makanan bergula
diambil, semakin banyak insulin akan dirembeskan untuk menstabilkan paras gula.

Lama-kelamaan, paras gula ini akan menjadi tidak stabil. Seseorang itu akan
menjadi lesu, kurang bertenaga dan sentiasa teringin makanan manis untuk
meningkatkan tenaga. Akhirnya, berat badan akan naik sehingga terjadinya obesiti
yang membawa pelbagai penyakit.

You might also like