You are on page 1of 2

GEORGETOWN - Semakin ramai golongan muda, termasuk kanak-kanak seawal usia tujuh tahun,

menghidap penyakit Kencing Manis Jenis 2 (T2D) dan kini, angka itu semakin meningkat.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata dianggarkan 2.6 juta rakyat Malaysia
menghidap diabetes dan jumlahnya boleh mencecah dua kali ganda jika diambil kira kes-kes yang tidak
dilaporkan.

Beliau berkata, semakin ramai golongan muda menghidap penyakit diabetes berikutan peningkatan kadar
obesiti di kalangan mereka yang berkait rapat dengan tabiat pemakanan tidak seimbang.

"Hampir setiap seorang daripada tiga rakyat Malaysia terutamanya golongan muda dikesan sama ada
mengalami berat badan berlebihan atau obes, menjadikan mereka berisiko tinggi untuk dijangkiti diabetes,"
katanya kepada pemberita selepas melepaskan peserta Walkathon sambutan Hari Diabetes Sedunia, di sini
hari ini.

Beliau berkata kajian juga menunjukkan pesakit diabetes muda biasanya mengalami masalah kegemukan
akibat daripada tabiat memakan terlalu banyak makanan tidak sihat dan mengamalkan gaya hidup tidak
aktif.

"Oleh kerana kurangnya kesedaran mengenai penyakit ini, ibu bapa terus memberi makan 'makanan ringan'
kepada anak-anak mereka dan saya berharap semua ibu bapa dapat mula membimbing anak mereka untuk
mengamalkan gaya hidup sihat, " katanya.

Menurut Dr Hilmi, penyakit diabetes bukan sekadar mempunyai kandungan gula berlebihan dalam sistem
darah, malah lebih serius ia boleh menjejaskan organ penting pesakit seperti jantung, buah pinggang, saraf
dan mata.

Bagaimanapun, Perunding Endocrinologis dan Ketua Unit Endokrinologi dan Diabetes Hospital Pulau
Pinang Dr Nor Azizah Aziz berkata penyakit diabetes kronik boleh dicegah dengan mengamalkan gaya
hidup sihat dan permakanan seimbang.

"Bagi mereka yang dijangkiti, komplikasi diabetes boleh dilambat atau dihalang," katanya.

Beliau menambah, selain tabiat permakanan yang tidak betul, waktu makan yang tidak teratur turut
menyumbang kepada peningkatan trend T2D di kalangan orang muda.

Justeru, beliau menasihati rakyat Malaysia agar mencegah, mengurus diabetes dan komplikasinya dengan
mengekalkan gaya hidup sihat dan membuat pilihan yang lebih baik dalam diet mereka. - Bernama

ubat kencing manis

ubat kencing manis

You might also like